You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan
Pendekatan behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi
perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya
memberi tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak
nyata. Terdapat beberapa orang tokoh yang teleh memperkenalkan teori behaviorisme ini
seperti B.F Skinner, Watson dan juga E.L. Thorndike. Teori Pelaziman Operant yang
merupakan salah satu teori behaviorisme misalnya dipelopori oleh Edward Thorndike dan
B.F. Skinner. Pelaziman Operant ialah satu proses pembelajaran di mana kemungkinan
sesuatu gerak balas berlaku ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan
atau hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ‘the law of effect’. Ia bermaksud, tingkah
laku dibentuk oleh konsekuens atau akibatnya. Jika konsekuensnya memuaskan maka
tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak
memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi semakin lemah. Thorndike menganggap
prinsip ‘the law of effect’ sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Untuk
membantu memahami konsep ini dengan lebih baik dan sempurna, cuba lihat jadual yang
dipaparkan seterusnya.

Pelaziman Konsekuens sesuatu tingkah laku cenderung untuk mengubahsuai
Operant tingkah laku tersebut di masa hadapan. Tingkah laku yang
dikukuhkan cenderung untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang
tidak diberi perhatian atau dihukum kurang berkemungkinan untuk
dilakukan lagi.
Peneguhan Apa juga yang mengukuhkan satu gerak balas atau meningkatkan
kemukinan ia akan berlaku.
Pembentukan Secara berperingkat membentuk satu tingkah laku yang dikehendaki
dengan meneguhkan gerak balas yang semakin hampir menjadi
tingkah laku yang dikehendaki tersebut.
Successive Satu siri langkah latihan yang berperingkat dengan setiap langkah
Approximation semakin menyerupai gerak balas yang dikehendaki.

Dalam membentuk dan menjalankan teori ini, terdapat tiga perkara utama yang
perlu dilaksanakan seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
Tingkatkan motivasi klien.

1
Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan.
Gunakan successive approximations dalam latihan pengubahsuaian tingkah
laku.

Menerusi teori behaviorisme ini juga, proses untuk meningkatkan proses
pembelajaran bahasa pelajar juga boleh dilakukan dengan berkesan. Proses pembelajaran
ayat-ayat adalah antara elemen yang sangat ditekankan dalam teori ini yang akan
meningkatkan proses pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar.

2.0 Pemerolehan Bahasa Berdasarkan Teori Behaviorisme
Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, teori behaviorisme adalah teori yang
diperkenalkan oleh beberapa orang ahli psikologi seperti Skinner dan sebagainya. Teori
pembelajaran behaviorisme ii menjelaskan bahawa proses pembelajaran adalah perubahan
tingkah laku yang dapat dilihat, diukur dan dinilai secara tepat. Dalam pada itu, perubahan
terhadap tingkah laku juga boleh berlaku menerusi rangsangan yang akan meghasilkan
tindak balas dan ditentukan oleh hukum tertentu. Rangsangan adalah proses pembelajaran
pelajar sama ada yang berlaku secara dalaman ataupun luaran. Manakala tindak balas pula
ialah kesan atau akibat yang berbentuk reaksi seseorang kesan daripada rangsangan yang
diterima. Keadaan ini telah membentuk satu proses yang dikenali sebagai R-G (rangsangan
gerak balas).

Menurut Thorndike yang juga merupakan salah seorang pelopor teori behaviorisme
ini, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas, manakala denda pula
boleh menyekat organisme daripada melakukan sesuatu gerak balas. Dengan perkataan
lain, organisme mengaitkan gerak balas tertentu dengan rangsangan tertentu. Thorndike
melabelkan jenis pembelajaran ini sebagai ‘pembelajaran instrumental atau operan’ yang
diperluaskan kemudian oleh B.F. Skinner. Skinner (1904-1990) pula terkenal dengan
pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. Beliau telah membuat
eksperimennya ke atas tikus dan juga burung merpati. Dalam eksperimennya yang
terkawal beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frekuensi
ganjaran dan dendaan.

2
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, terdapat
beberapa perkara yang perlu wujud dalam proses pembelajaran bahasa pelajar. Antaranya
adalah seperti mana yang dijelaskan di bawah:-

a) Rangsangan dan Gerak Balas
Berdasarkan kepada konteks teori behaviorisme, rangsangan adalah sebarang aspek
yang mampu mendorong pelajar untuk bertindak belas dengan perkara tersebut.
Dalam konteks ini, guru perlu mewujudkan pelbagai elemen rangsangan kepada
pelajar yang akan dapat menggalakkan pelajar bertindak balas dengan rangsangan
tersebut. Dalam proses mempelajari pelbagai pola ayat Bahasa Melayu misalnya,
guru boleh merangsang pelajar dengan menggunakan bahan pengajaran yang sesuai
seperti penggunaan pelbagai jenis bahan bacaan, mengemukakan soalan kepada
pelajar, mengadakan aktiviti perbincangan untuk memahami pola ayat Bahasa
Melayu berkenaan dan sebagainya. Kesemua perkara ini boleh dijadikan sebagai
salah satu cara yang akan dapat merangsang pelajar untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dilaksanakan. Secara tidak
langsung, perkara seperti ini akan menjadi elemen yang sangat berkesan untuk
sentiasa mendorong pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa yang dilaksanakan. Mohd Azhar (2004) menyatakan bahawa
rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bahasa akan menghasilkan gerak balas yang positif dalam kalangan pelajar. Secara
tidak langsung, perkara seperti ini akan membantu pelajar untuk memahami bahasa
yang dipelajari.

b) Ganjaran
Elemen kedua yang turut ditekankan dalam teori behaviorisme ialah ganjaran.
Dalam memastikan proses pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih memuaskan, guru boleh memberikan ganjaran
kepada pelajar. Ianya juga adalah salah satu bentuk rangsangan yang boleh
digunakan oleh guru untuk memastikan proses pemerolehan dan pembelajaran
bahasa pelajar akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Contohnya seperti
melaksanaka kuiz yang berkaitan dengan pola ayat dengan memberikan ganjaran
dalam bentuk hadiah kepada kumpulan yang memperolehi markah tertinggi dalam
kuiz tersebut. Dalam pada itu, guru juga boleh menggunakan akhbar dan majalah

3
dengan mengarahkan pelajar untuk meneliti jenis-jenis pola ayat yang terdapat pada
akhbar atau majalah berkenaan. Secara tidak langsung, pelaksanaan aktiviti seperti
ini akan sentiasa mendorong pelajar untuk bersungguh-sungguh memahami jenis-
jenis pola ayat yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Secara tidak langsung,
ganjaran yang dijadikan sebagai elemen rangsangan akan dapat mendorong pelajar
untuk lebih bersugguh-sungguh memahami bahasa yang sedang dipelajari.

c) Denda
Denda juga boleh dijadikan sebagai salah satu elemen rangsangan yang dapat
membantu pelajar untuk memahami dan mempelajari suatu bahasa. Dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan jenis-jenis pola ayat
Bahasa Melayu, guru perlu mengarahkan semua pelajar untuk berdiri. Setiap pelajar
kemudiannya diberikan akhbar atau majalah dan mereka perlu mengenal pasti pola
jenis ayat seperti mana yang diarahkan oleh guru. sekiranya pelajar tidak dapat
menjawab soalan guru, maka pelajar tersebut akan terus kekal berdiri. Menerusi
pelaksanaan aktiviti seperti ini, maka pelajar akan terdorong untuk bersungguh-
sungguh mengenal pasti po;a-pola ayat yang terdapat pada bahan pengajaran yang
digunakan. dalam situasi seperti ini juga, perubahan tingkah laku dalam kalangan
pelajar akan dapat ditingkatkan ke arah yang lebih positif. Mohd Azhar (2004)
menyatakan bahawa guru perlu kreatif dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
bahasa di dalam kelas. Ini adalah untuk memastikan agar pelajar lebih seronok
untuk mengikuti setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Dalam masa yang
sama, ianya juga akan menjadi pendorong kepada pelajar untuk sentiasa mengambil
bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dilaksanakan
oleh guru.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa rangsangan
adalah elemen yang sangat penting yang ditekankan dalam teori behaviorisme.
Rangsangan yang wujud ini akan menjadi antara faktor penting yang akan memastikan
pelajar sentiasa bertindak balas dengan rangsangan tersebut. Ini juga akan menjadi antara
perkara penting yang akan sentiasa memastikan pelajar sentiasa memberikan reaksi yang
positif terhadap proses pembelajaran bahasa yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.

4
Semasa guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa juga, guru
juga perlu memantau perkembangan yang ditunjukkan oleh guru khususnya yang
melibatkan perubahan tingkah laku pelajar. Ini adalah untuk memastikan agar setiap
perkara yang ditekankan dalam teori behaviorisme ini sentiasa menjadi keutamaan guru.
Dalam masa yang sama, ianya juga akan membantu guru mencapai matlamat yang telah
dinyatakan dalam teori behaviorisme ini. Justeru, rangsangan dan tindak balas perlu
sentiasa wujud dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dilaksanakan oleh
guru di dalam kelas.

3.0 Rancangan Pengajaran Harian
Dalam proses untuk mengaplikasikan teori behaviorisme dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bahasa, maka rancangan pengajaran harian di bawah boleh dijadikan
sebagai rujukan:-

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4
Masa : 40 Minit
Topik : Kata Nama
Standard Kandungan : 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila

Standard Pembelajaran : 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
secara bertatasusila
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat dan jelas secara bertatasusila
1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan
tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan menggunakan ayat yang
mengandungi rangkai kata yang sesuai secara
bertatasusila

5
Objektif Pengajaran : Di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran:-
1) Murid dapat menyatakan golongan Kata Nama
dengan lebih baik dan tepat
2) Murid dapat mengenalan pasti jenis-jenis Kata
Nama
3) Murid dapat menghubung kaitkan pengalaman
harian mereka dengan topik golongan Kata Nama

Bahan Bantu Mengajar : Akhbar dan Majalah

Kaedah Pengajaran : Syarahan, Sintesis, Siasatan dan Perbincangan

EMK : Kreativiti dan Inovatif

Nilai : Bersungguh-sungguh dan bekerjasama

Aktiviti / Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan
Masa
Set  Berbicara untuk  Guru menyatakan tajuk Kaedah : Simulasi
Induksi mendapatkan pengajaran yang akan Nilai :
(2 Minit) maklumat yang tepat dijalankan Bersungguh-
tentang sesuatu  Guru menghubung sungguh dan
perkara daripada kaitkan pengalaman harian bekerjasama
pelbagai sumber murid dengan tajuk
secara bertatasusila pengajaran
 Guru meminta murid
bersedia dan menyediakan
bahan pengajaran yang
berkaitan
Aktiviti 1  Berbicara untuk  Guru menerangkan BBM : Buku Teks
(13 Minit) menyampaikan kepada murid tentang topik Kaedah :
maklumat tentang golongan Kata Nama Bahasa Syarahan dan
sesuatu perkara Melayu tentang konsep, jenis Perbincangan
daripada pelbagai ciri-ciri Kata Nama
Nilai :
sumber dengan tepat  Guru meminta murid Bersungguh-
dan jelas secara memberikan contoh yang sungguh dan
bertatasusila diketahui berkenaan dengan bekerjasama
 Murid dapat setiap jenis Kata Nama iaitu
menyatakan Kata Nama Am, Kata Nama
golongan Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama
dengan lebih baik

6
dan tepat  Guru menilai kefahaman
dan pengetahuan murid
terhadap topik golongan Kata
Nama
Aktiviti 2  Berbicara untuk  Guru membentuk murid BBM : Akhbar
(10 Minit) menyampaikan kepada kumpulan kecil di dan Majalah
maklumat dengan mana setiap kumpulan terdiri Kaedah : Sintesis,
tepat tentang sesuatu daripada 3 orang murid Siasatan dan
perkara daripada  Setiap kumpulan Perbincangan
pelbagai sumber diberikan satu akhbar dan Nilai :
dengan majalah yang mengandungi Bersungguh-
menggunakan ayat petikan teks untuk dianalisis sungguh dan
yang mengandungi
 Setiap kumpulan bekerjasama
rangkai kata yang
sesuai secara menyenaraikan sebanyak
bertatasusila mungkin golongan Kata
Nama Am, Kata Nama Khas
 Murid dapat dan Kata Ganti Nama yang
mengenalan pasti terdapat pada akhbar dan
jenis-jenis Kata majalah tersebut
Nama
 Guru memantau aktiviti
yang dijalankan oleh murid
Aktiviti 3  Berbicara untuk  Guru meminta setiap BBM : Akhbar
(14 Minit) menyampaikan kumpulan untuk dan Majalah
maklumat tentang membentangkan hasil Kaedah :
sesuatu perkara perbincangan mereka Syarahan dan
daripada pelbagai  Guru menerangkan Perbincangan
sumber dengan tepat kepada semua murid Nilai :
dan jelas secara berkenaan dengan jenis Bersungguh-
bertatasusila golongan kata nama yang sungguh dan
 Murid dapat telah dibentangkan oleh setiap bekerjasama
mengenalan pasti kumpulan
jenis-jenis Kata  Guru menilai hasil
Nama perbincangan murid dan
tahapa kefahaman murid
terhadap golongan Kata Nama
Penutup  Pengetahuan  Guru membuat rumusan Kaedah :
(1 Minit) dan kefahaman terhadap aktiviti pengajaran Syarahan
murid terhadap dan pembelajaran yang telah Nilai :
golongan Kata Nama dijalankan Bersungguh-
Bahasa Melayu telah  Guru menilai sungguh dan
dapat ditingkatkan keberkesanan kaedah bekerjasama
pengajaran tidak langsung
dalam aktiviti pengajaran
tatabahasa Bahasa Melayu

7
4.0 Kekuatan Dan Kelemahan Teori Behaviorisme
Pelaksanaan teori behaviorisme dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa
ini memberikan beberapa kesan positif sama ada kepada guru mahupun kepada pelajar.
Antaranya adalah seperti mana yang dijelaskan di bawah:-

a) Penerangan Guru
Aktiviti pertama yang telah dijalankan oleh guru ialah penerangan yang dibuat oleh
guru untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang
diajarkan iaitu Kata Nama. Pada peringkat ini, guru telah menjelaskan tentang
konsep kata nama, jenis-jenis kata nama dan juga beberapa contoh kata nama.
Menerusi penerangan yang dibuat oleh guru ini, maka murid akan dapat
meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka terhadap kata nama. Dalam pada
itu, guru juga turut menjalankan sesi soal jawab untuk mengenal pasti dengan lebih
baik sama ada murid masih tidak memahami toik pengajaran yang telah dijalankan.
Ini juga adalah untuk memastikan agar sesi soal jawab yang dijalankan mampu
untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik kata nama.

Menurut Asmah Haji Omar (2005), terdapat banyak kebaikan sekiranya guru
menggunakan kaedah soal jawab dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah:-
 Murid bertambah aktif Menambahkan minat pelajar dan mengelakkan
mereka daripada berasa jemu. Ia juga akan dapat menguji pengetahuan
sedia ada pelajar.
 Dapat mengenalpasti masalah pelajar Sekiranya pelajar tidak dapat
menguasai sesuatu topik pelajaran, dia akan sukar atau tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru akan dapat
mengenalpasti masalah pelajar.
 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Menerusi teknik ini,
hubungan guru dan murid akan lebih erat dan pelajar lebih bersedia dan
berkeyakinan menghadapi sesuatu ujian.

8
 Teknik penyoalan juga akan dapat membantu pelajar menjangkakan
soalan-soalan yang mungkin atau menjangkakan tajuk-tajuk penting dalam
peperiksaan. Ini membolehkan mereka untuk mengulangkaji topik-topik
berkenaan.
b) Perbincangan Murid
Setelah guru melaksanakan sesi penerangan dan soal jawab, aktiviti kedua yang
telah dilaksanakan ialah aktiviti perbincangan. Pada peringkat ini, guru telah
melaksanakan aktiviti perbincangan di antara murid dalam kumpulan mereka.
Aktiviti perbincangan yang dijalankan ini akan menggalakkan perkembangan
kognitif murid khususnya yang berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis. Ini juga adalah sebagai salah satu cara yang dapat membantu murid
untuk lebih kreatif dan kritis dalam memahami topik kata nama. Dengan demikian
juga, maka murid juga akan dapat membantu rakan mereka yang masih tidak
menguasai topik kata nama dengan baik. Ini bermakna bahawa sikap saling tolong
menolong dalam aktiviti pembelajaran ini telah dapat ditingkatkan yang juga dapat
dijadikan sebagai medium untuk tujuan perkembangan kognitif, sosial dan afektif
murid. Dengan cara seperti ini juga, murid juga akan dapat mengambil bahagian
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
dalam kelas.

c) Pembentangan
Aktiviti ketiga yang terdapat dalam rancangan pengajaran tersebut ialah
pelaksanakan aktiviti pembentangan. Murid telah membentangkan hasil kerja
mereka yang telah dibincangkan. Menerusi aktiviti penbentangan ini, maka
keyakinan murid untuk berkomunikasi akan dapat ditingkatkan. Walaupun murid
hanya berumur 10 tahun, namun aktiviti pembentangan ini akan dapat
menggalakkan perkembangan keyakinan murid. Ini penting agar kemahiran murid
berkomunikasi dengan yakin akan dapat dipupuk di dalam diri murid.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga aktiviti utama yang
telah dilaksanakan dalam rancangan pengajaran tersebut seperti mana yang telah dijelaskan
di atas. Walaupun guru mampu melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan mampu
untuk mewujudkan suasana pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu yang menarik, namun

9
masih terdapat beberapa masalah yang akan dihadapi oleh guru dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu. Antaranya ialah:-

a) Masalah Minat dan Penglibatan Murid
Salah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh guru semasa melaksanakan aktiviti
pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah minat dan penglibatan murid yang
kurang memuaskan. Perkara seperti ini selalunya berlaku dalam satu aktiviti
pengajaran tatabahasa yang dilihat kurang menarik dan tidak mampu meningkatkan
minat dan kesungguhan murid untuk mengikuti aktiviti pengajaran tatabahasa
Bahasa Melayu. Walaupun guru telah merancang aktiviti pengajaran yang menarik
dan mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pengajaran tatabahasa
berkenaan, namun minat dan kesungguhan yang kurang memuaskan yang
ditunjukkan oleh murid akan mengagalkan usaha guru tersebut. Secara tidak
langsung, kandungan pengajaran tidak akan dapat disampaikan dengan berkesan
kepada murid.

Juriah Long et. al. (1994) menyatakan bahawa guru kerap berhadapan dengan
masalah murid yang kurang berminat dengan aktiviti pengajaran yang dijalankan
oleh guru. Walaupun guru telah merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan
berkesan, namun minat murid terhadap suatu mata pelajaran akan menjadi penentu
kepada kejayaan guru untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Secara tidak langsung, perkara ini akan menyebabkan guru mengalami kesukaran
untuk membantu murid menguasai suatu topik pengajaran dengan lebih berkesan.

b) Masalah Sikap dan Tingkah Laku Murid
Masalah lain yang turut dihadapi oleh guru semasa melaksanakan aktiviti
pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah sikap dan tingkah laku murid yang
tidak memuaskan. Contohnya, murid tidak memberikan fokus dan perhatian
mereka semasa guru sedang menyampaikan kandungan pengajaran di dalam kelas.
Dalam pada itu, terdapat juga murid yang mungkin mengganggu rakan mereka
yang sendag bersungguh-sungguh mendengar dan mengikuti aktiviti pengajaran
tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Sikap dan tingkah laku murid seperti ini

10
akan menyebabkan gangguan dalam proses pengajaran tatabahasa guru. Secara
tidak langsung, perkara seperti ini mampu untuk menjejaskan usaha guru untuk
meningkatkan penguasaan murid terhadap suatu topik pengajaran.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kebaikan dan
kelemahan pengaplikasian teori behaviorisme dalam proses untuk meningkatkan
pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar. Namun begitu, ianya juga turut dipengaruhi
oleh bahan yang digunakan seperti mana penggunaan akhbar dan majalah yang telah
ditunjukkan dalam rancangan pengajaran.

5.0 Kesimpulan
Proses pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar sangat dipengaruhi oleh
rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Rangsangan ini juga boleh dihasilkan menerusi pelbagai cara seperti
penggunaan media pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pemerolehan bahasa
pelajar. Media dalam pengajaran merujuk kepada alaatn atau teknik yang berupaya
menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan
merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Dalam pada itu, media
pengajaran juga adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat
serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan
media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu
pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta
teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini
bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang menyeluruh. Contohnya seperti
penggunaan akhbar dan majalah di dalam kelas yang mana mampu meningkatkan
penyertaan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dapat menggalakkan
perkembangan kemahiran berfikir pelajar.

Namun begitu, akhbar dan majalah yang disediakan di dalam bilik darjah perlulah
sesuai dengan kandungan pengajaran dan kurikulum sekolah. Kesesuaian bahan juga
haruslah menepati standard pengetahuan pelajar yang juga akan dapat merangsang pelajar

11
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran bahasa yang dilaksanakan. Guru
harus sedia maklum bahawa setiap pelajar mempunyai kadar kecerdasan minda yang
berbeza-beza. Ada pelajar yang mampu menangkap pembelajaran dengan pantas dan
begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, guru seharusnya bijak dalam menyesuaikan
bahan bantu mengajar seperti akhbar dan majalah yang akan digunakan dengan tahap
pengetahuan pelajar. Hal ini, bagi mengelakkan guru daripada menghasilkan terlalu banyak
bahan bantu mengajar untuk memenuhi keperluan standard pengetahuan pelajar. Dengan
itu, guru seharusnya mencari titik pengetahuan umum / standard pelajar bagi memastikan
bahawa bahan bantu mengajar yang dibina dapat digunakan untuk setiap pelajar.

Jumlah : 2,992 Patah Perkataan

12
Rujukan
A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, (2003). Kumpulan Kertas Kerja: Globalisasi
dan Peradaban di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu : Bahasa
Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi, Longman, Selangor

Abdullah Hassan, (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa `
dan Pustaka

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Mohd Azhar Abd Hamid (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia

Noriati A.Rashid (Dr) (2011), PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur :
Kementerian Pelajaran Malaysia

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

13