You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Bahasa Melayu telah melalui banyak fasa perkembangan yang bermula
dengan zaman Bahasa Melayu kuno yang kemudiannya berkembang ke zaman
Bahasa Melayu klasik dan terus berkembang hingga ke zaman Bahasa Melayu
moden. Peranan dan fungsi Bahasa Melayu Kuno yang semakin berkembang
khususnya semasa zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya, telah mendorong kepada
perkembangan Bahasa Melayu ke peringkat seterusnya yang dikenali sebagai Bahasa
Melayu Klasik. Zaman ini berlaku dalam 5 abad yang bermula dari abad ke-13
hingga abad ke-18. Pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13, aktiviti perdagangan
daripada pedangan Arab semakin berkembang pesat dan semakin meluas di kawasan
Nusantara. Ini termasuklah aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu yang mana
aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu semakin berkembang pesat.

Walau bagaimanapun, kedatangan pedagang Arab tidak hanya untuk tujuan
perdagangan semata-mata. Sebaliknya, aktiviti penyebaran agama Islam juga turut
berkembang pesat dan semakin menampakkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang digunakan untuk menyebarkan dakwah Islamiah di kalangan masyarakat
di Kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu. keadaan ini seterusnya
mendorong kepada perkembangan Bahasa Melayu yang mana turut menerima
pengaruh daripada bahasa Arab dalam proses pembentukan perkataan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Dalam pada itu, sistem tulisan Bahasa Melayu
juga turut mengalami perubahan daripada tulisan Palawa kepada penggunaan tulisan
Jawi sebagai bentuk tulisan utama dalam penyebaran Islam oleh pedagang Arab.
Untuk melihat kepada perkembangan Bahasa Melayu pada zaman ini yang mana
menerima pengaruh daripada bahawa Arab dalam proses pembentukan perkataan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu, terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan
sebagai sumber rujukan.

Bermula dari abad ke-18, Bahasa Melayu telah mengalami perkembangan
yang sangat luas menerusi yang dikenali sebagai Bahasa Melayu moden. Setelah
berakhirnya abad ke-18 dan bermulanya abad ke-19, maka usaha untuk memodenkan
Bahasa Melayu semakin berkembang pesat dan semakin kuat diperjuangkan oleh
pejuang-pejuang Bahasa Melayu. salah seorang daripada penuang Bahasa Melayu
ialah Munsyi Abdullah atau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah

1
dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai ‘Tokoh Penulisan Moden’ selepas
menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan
pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura. Padahal pada
zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam
Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi
seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi
dan lain-lain.

Perkembangan Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden yang berada
pada dua zaman yang berlainan menyebabkan ciri-ciri morfologi dan sintaksis bagi
kedua-dua jenis bahasa ini adalah berbeza. Oleh itu, perbezaan bagi Bahasa Melayu
klasik dan Bahasa Melayu akan di analisis menerusi penulisan tugasan ini yang
berpandukan kepada Hikayat Indera Bangsawan (rujuk lampiran).

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang
bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara
satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah
R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff,
P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang
turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari
Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara
(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji,
iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa
bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap
kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu
Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa
dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa
kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama
dengan bahasanya sekali. Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi
Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah

2
berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa
perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar,
Taiwan, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati
bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.

Bahasa Melayu pada masa kini tidak hanya digunakan oleh pengguna Bahasa
Melayu di Malaysia sahaja. Sebaliknya, turut digunakan oleh penutur Bahasa Melayu
di serata dunia khususnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan juga beberapa
universiti di Rusia, Australia dan sebagainya yang memperkenalkan kursus Bahasa
Melayu. Ini bermakna bahawa jumlah penutur Bahasa Melayu di dunia pada masa
kini mungkin melebih 70 juta orang berdasarkan kepada populasi pengguna Bahasa
Melayu yang semakin meningkat.

Justeru, perkembangan Bahasa Melayu yang digunakan oleh jumlah penutur
yang ramai ini menuntut penyelarasan perbendaharaan kata Bahasa Melayu agar
setiap perbendaharaan kata yang dibentuk dapat dipelajari dan difahami oleh
pengguna Bahasa Melayu di negara lain khususnya di Indonesia, Brunei dan juga
Singapura. Justeru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah organisasi yang
berperanan penting memastikan perkembangan Bahasa Melayu moden pada masa
kini dapat diperkasakan. Oleh itu, terdapat beberapa peranan yang telah dimainkan
oleh DBP untuk memastikan setiap pengguna Bahasa Melayu dapat menggunakan
Bahasa Melayu dengan sebaik mungkin.

Salah satu daripadanya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Sorotan sejarah peradaban di rantau ini menyerlahkan keutamaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu yang mesra dengan jiwa dan kebudayaan masyarakat Melayu
yang beragama Islam. Bahasa Melayu juga terbukti keterbukaannya dalam
menyerapi, memperolah dan menjelmakan perkataan dan pengaruh kebudayaan asing
secara adil bagi mengelak timbulnya kekacauan dan kekeliruan dari segi makna dan
kefahaman. Oleh yang demikian, amatlah wajar sekiranya kesungguhan dalam
menggunakan bahasa Melayu secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan dalam
bidang pendidikan digunakan sebagai penanda aras kefahaman dan penghayatan
terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3
Seperti yang tercatat dalam sejarah, pengislaman bahasa Arab oleh al-Qur’an
telah mengangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu yang paling utama di dunia.
Begitu juga dengan pengalaman sejarah bahasa Melayu, yang pernah menjadi bahasa
ilmu yang utama di Alam Melayu. Sekitar kurun ke-16 dan ke-17, bahasa Melayu
melalui zaman kegemilangannya dengan kelahiran tokoh-tokoh besar persuratan
Melayu, seperti Hamzah Fansuri dan Nuruddin al-Raniri yang mengangkat
kedudukan bahasa Melayu ke persada keilmuan yang tertinggi. Unsur kesejagatan
dan keilmuan yang terkandung dalam wacana persuratan Melayu telah berjaya
menyatukan akidah dan kepercayaan seluruh Alam Melayu. Bahasa Melayu yang
menjadi kenderaan untuk meneroka saujana alam falsafah juga telah menjadi bahasa
utama yang menghubungkan keseluruhan wilayah dan etnik yang terdapat di Alam
Melayu. Sejajar dengan identiti, kebudayaan dan sejarah rantau ini, Persuratan
Melayu wajar diberi tumpuan khusus sebagai sumber penghayatan yang mendalam
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam pada itu, Bahasa Melayu juga turut dijadikan sebagai bahasa
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai belakang
bangsa, kaum dan agama. Peranan Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan ini turut
menjadi matlamat dalam bidang pendidikan negara menerusi penetapan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam bidang pendidikan negara
seperti mana yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan yang menyatakan bahawa keperluan terhadap sesuatu bahasa perlu
ditundukkan kepada kehendak pasaran semasa adalah berbahaya kerana ia bakal
mencabut akar jiwa dan makna diri sesuatu bangsa dan menggantikannya dengan
sesuatu yang tidak tetap dan sementara. Bahkan usaha ini amat bertentangan dengan
proses pembinaan peradaban sesuatu bangsa yang menuntut perkembangan positif
bahasa ibundanya. Bangsa yang kehilangan bahasanya tidak akan mampu mencapai
mercu ketamadunan jika bahasa ibunda yang mesra dengan dirinya tidak diangkat
menjadi bahasa keilmuan yang utama untuknya. Amatlah dikhuatiri, kecenderungan
untuk memberi tumpuan berlebihan terhadap bahasa Inggeris dalam seluruh aspek
kehidupan akan melenyapkan peranan bahasa Melayu untuk bangsa dan
peradabannya.

4
Oleh yang demikian, setiap peranan dan usaha yang dilakukan oleh DBP
adalah untuk memastikan agar Bahasa Melayu dapat berkembang dengan baik dan
dapat digunakan dengan meluas oleh pengguna Bahasa Melayu di seluruh dunia.
Dalam pada itu, peranan DBP juga adalah untuk memastikan agar istilah yang
dibentuk dapat difahami dan diselarikan maknanya dengan istilah yang digunakan
oleh pengguna Bahasa Melayu di Indonesia, Brunei dan juga Singapura.

3.0 KESIGNIFIKANAN BAHASA MELAYU KLASIK TERHADAP BAHASA
MELAYU MODEN
Seperti mana yang diketahui ramai, Bahasa Melayu telah berkembang dalam
beberapa zaman seperti zaman klasik sehinggalah ke zaman moden. Ini bermakna
bahawa Bahasa Melayu moden yang wujud dan diguna pakai oleh pengguna Bahasa
Melayu pada masa kini adalah kesinambungan daripada Bahasa Melayu klasik yang
pernah digunakan suatu ketiga dahulu khususnya di sekitar abad ke-7 sehingga abad
ke-13. Kesinambungan dan kesignikanan antara Bahasa Melayu moden dan Bahasa
Melayu klasik dapat dilihat menerusi beberapa contoh yang dihuraikan di bawah:-

(1) Perbezaan Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat adalah bentuk perkataan atau kosa kata yang digunakan pada
awal setiap ayat. Penggunaan kata pangkal ayat ini adalah untuk mewujudkan
kesinambungan di antara ayat yang dibentuk dengan ayar sebelumnya. Namun
begitu, kata pangkal ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu klasik tidak
mengutamakan fungsi penggunaan kata pangkal ayat ini. Sebaliknya, kata
pangkal ayat yang digunakan hanyalah bersifat ‘hiasan’ dalam suatu ayat.
Berdasarkan kepada Hikayat Gunung Tidar, berikut adalah beberapa kata pangkal
ayat yang digunakan dalam hikayat ini:-

Bil Kata Pangkal Ayat Contoh Ayat

1 Shahdan  Syahdan, dahulu kala Tanah
Jawa ini masih berupa hutan belantara yang
tiada seorangpun berani tinggal di sana.

2 Alkisah  Alkisah, datanglah seorang
manusia yang terkenal berani untuk mencoba

5
membuka wilayah Tidar untuk ditinggali.

3 Adapun  Adapun kedatanganku kemari
untuk membuka tempat dan aku akan tinggal di
sini bersama saudara dan sahabatku.

4 Bahkan  Bahkan sebagian lagi anak
buah Kiai Semar ada yang melarikan diri ke
alas Roban, bahkan ke Gunung Srandil.

Jadual 1 : Penggunaan Kata Pangkal Ayat Dalam Hikayat Gunung Tidar

Dalam jadual 1 yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa Hikayat Gunung
Tidar ini menggunakan kata pangkal ayat yang banyak dan pelbagai. Namun
begitu, kata pangkal ayat dalam Bahasa Melayu moden adalah berbeza dengan
kata pangkal ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu klasik. Antara kata
pangkal ayat yang wujud dan digunakan dalam Bahasa Melayu moden ialah
‘mesikupun’, ‘walau bagaimanapun’, ‘namun begitu’, ‘sekiranya’ dan
sebagainya. Ini bermakna bahawa kata pangkal ayat yang digunakan dalam
Bahasa Melayu moden adalah sangat berbeza dengan Bahasa Melayu klasik
seperti mana yang telah dijelaskan di atas.

(2) Perbezaan Kata Ganti Nama
Perbezaan kedua yang dapat dilihat dalam Bahasa Melayu klasik dan Bahasa
Melayu moden ialah penggunaan kata ganti nama diri. Dalam Bahasa Melayu
klasik, kata ganti nama diri ketiga adalah bentuk dan jenis kata ganti nama yang
banyak digunakan dalam Bahasa melayu klasik berbanding dengan penggunaan
Bahasa Melayu moden. Ini juga dapat dilihat menerusi Hikayat Gunung Tidar
yang mana banyak menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Namun begitu, kata
ganti nama diri ketiga yang digunakan dalam Hikayat Gunung Tidar adalah untuk
menggantikan diri seseorang. Berikut dinyatakan beberapa contoh penggunaan
kata ganti nama diri yang terdapat dalam Hikayat Gunung Tidar:-

6
Bil Kata Ganti Nama Contoh Ayat

1 Dewa / Dewata  Maka melihat itu para dewata
segera mencari cara untuk mengatasinya.
 Maka berkumpullah para dewa
untuk membahas persoalan Tanah Jawa yang
tidak pernah tenang oleh hantaman ombak itu.
 Diutuslah sejumlah dewa untuk
tugas menenangkan pulau ini.

2 Ksatria  Ksatria berani ini berasal dari
tanah jauh.

3 Syekh  Kedua syekh ini disertai juga
oleh tujuh pasang manusia, dengan harapan
dapat mengembangkan masyarakat yang kelek
mendiami wilayah itu.

4 Ia  Sesampai di negeri Turki, ia
mengambil sebuah tombak sakti yang bernama
Kiai Panjang.
 Selain itu, iapun menyiapkan
lebih banyak lagi manusia.

Jadual 2 : Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Dalam Hikayat Gunung Tidar

Dalam contoh yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa empat jenis kata
nama yang digunakan di atas adalah bentuk kata nama yang mempunyai
pengaruh daripada bahasa Arab dan bahasa Sanskrit. Contohnya seperti kosa kata
Syekh yang mana merupakan kosa kata yang diambil atau dipinjam daripada
Bahasa Arab. Dalam pada itu, kosa kata dewa dan ksatria adalah kata nama yang
dipinjam daripada bahasa Sanskrit. Ini juga menunjukkan bahawa Hikayat
Gunung Tidar ini menggunakan kata ganti nama yang berbeza mempunyai
pengaruh daripada Bahasa Arab dan Bahasa Sanskrit. Berbeza dengan Bahasa
Melayu moden yang mana menggunakan kata ganti nama diri yang sangat
sinonim dengan konteks budaya masyarakat Melayu. Contohnya seperti
perkataan ‘aku’, ‘dia’, ‘mereka’, ‘awak’ dan sebagainya. Kesemua kata ganti
nama diri juga memperlihatkan perbezaan dengan bentuk kata ganti nama diri

7
yang digunakan dalam Bahasa Melayu klasik khsusunya dalam Hikayat Gunugn
Tidar yang dianalisis.
(3) Perbezaan Fungsi Kosa Kasa Pun dan Kosa Kasa Lah
Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden juga mempunyai perbezaan
dari aspek penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah. Dalam Bahasa Melayu
klasik, penggunaan kosa kata seperti ini digunakan dengan luas tanpa melihat
kepada konteks ayat yang dihasilkan atau dibina. Ini bermakna bahawa kosa kata
pun dan kosa kata lah adalah suatu bentuk kosa kata yang digunakan dengan
meluas dalam Bahasa Melayu klasik. Perkara ini dapat dilihat menerusi Hikayat
Gunung Tidar seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

Bil Jenis Kosa Kata Contoh Ayat

1 Pun  Syahdan, dahulu kala Tanah
Jawa ini masih berupa hutan belantara yang
tiada seorangpun berani tinggal di sana.
 Adapun kedatanganku kemari
untuk membuka tempat dan aku akan tinggal di
sini bersama saudara dan sahabatku.
 Siapapun tak boleh tinggal di
sini. Merekapun lari tunggang langgang
meninggalkan Gunung Tidar.

2 Lah  Maka berkumpullah para dewa
untuk membahas persoalan Tanah Jawa.
 Diutuslah sejumlah dewa.
 Maka didapatkanlah sebuah
ide cemerlang.
 Datanglah seorang manusia
yang terkenal

Jadual 3 : Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Dalam Hikayat Gunung Tidar

Dalam contoh yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa kosa kata pun dan
kosa kata lah adalah antara kosa kata yang digunakan dengan sangat meluas
dalam Bahasa Melayu klasik khususnya dalam Hikayat Gunung Tidar seperti
mana yang dapat dilihat dalam jadual 2. Dalam pada itu, kosa kata pun dan kosa
kata lah yang digunakan juga adalah tidak disesuaikan dengan konteks ayat yang

8
dibina. Berbeza dengan penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah dalam
Bahasa Melayu moden yang mana menggunakan kedua-dua kosa kata ini dalam
konteks ayat yang lebih terhad. Contohnya seperti kosa kata pun yang mana kerap
digunakan bersama dengan kata pangkal ayat seperti ‘meskipun’, ‘walaupun’,
‘begitu pun’ dan sebagainya. Ini bermakna bahawa kosa kata pun digunakan
dalam konteks ayat yang lebih khususnya. Sebaliknya, penggunaan kosa kata ini
dalam Bahasa Melayu klasik adalah lebih umum dan digunakan dengan meluas
seperti mana dalam Hikayat Gunung Tidar.

(4) Perbezaan Imbuhan Kata Kerja
Perbezaan dari penggunaan imbuhan kata kerja yang digugurkan juga antara ciri
lain yang dapat dilihat dalam Bahasa Melayu klasik dan ternyata berbeza dengan
Bahasa Melayu moden. Dalam Bahasa moden, setiap kata kerja akan menerima
imbuhan kata kerja seperti imbuhan ‘men-’, imbuhan ‘ber-’ dan sebagainya.
Namun begitu, imbuhan seperti ini dalam konteks Bahasa Melayu klasik sering
digugurkan semasa membentuk ayat. Contohnya adalah seperti mana dalam
jadual 4 yang berpandukan kepada Hikayat Gunung Tidar:-

Bil Imbuhan Kata Kerja Dalam Bahasa Melayu Imbuhan Bahasa
Klasik Melayu Moden

1 Bukit itu sangat terkenal karena jadi salah satu menjadi
tempaan para taruna AKABRI

2 Maka melihat itu para dewata segera mencari mengatasinya
cara untuk atasinya

3 Diutuslah sejumlah dewa untuk tugas menenangkan
tenangkan pulau ini

4 Melihat kenyataan itu maka para dewa sibuk mencari
cari jalan pemecahan

Jadual 4 : Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Dalam Hikayat Gunung Tidar

Dalam contoh yang dinyatakan dalam jadual 4, dapat dilihat bahawa kesemua
empat contoh ayat yang dinyatakan dalam jadual tersebut menggunakan kata
kerja yang mana imbuhan kata kerja dalam kesemua ayat tersebut telah

9
mengalami penguguran imbuhan. Ini bermakna bahawa bentuk kata kerja dalam
Bahasa Melayu klasik khususnya dalam Hikayat Gunung Tidar telah digugurkan
semasa proses membentuk ayat tersebut. Namun begitu, kata kerja dalam Bahasa
Melayu moden sentiasa menggunakan imbuhan yang kata kerja yang lengkap. Ini
adalah untuk memastikan agar frasa kata kerja yang dibina dalam suatu ayat akan
memperlihatkan kesempurnaan sifat dan ciri dalam ayat tersebut.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan
bahawa Bahasa Melayu moden yang wujud pada masa kini mempunyai
kesignifikanan dengan Bahasa Melayu klasik. Secara tidak langsung, perkara ini
memperlihatkan akan kesinambungan perkembangan Bahasa Melayu pada zaman
klasik sehinggalah ke zaman moden.

4.0 KESIMPULAN
Bahasa Melayu klasik adalah bahasa yang berkembang di antara abad ke-13
hingga abad ke-18. Pada ketika ini, pedagang atau saudagar Arab adalah antara
pengaruh yang terdapat dalam kosa kata Bahasa Melayu klasik pada ketika itu.
Berbeza dengan Bahasa Melayu moden yang mana banyak menerima pengaruh
daripada bahasa Inggeris ekoran daripada masa perkembangan Bahasa Melayu
moden ini selepas abad ke-18 hinggalah ke hari ini. Perkembangan Bahasa Melayu
moden pada ketika ini juga memperlihatkan pengaruh bahasa asing yang sangat
meluas seperti bahasa Portugis, bahasa Belanda, bahasa Inggeris dan sebagainya.
Pengaruh pelbagai budaya bahasa ini juga adalah disebabkan oleh proses penjajahan
Inggeris ke Kepulauan Melayu yang bermula seawal abab ke-15. Portugis, Belanda,
Inggeris dan sebagainya adalah antara negara yang pernah menjajah di Kepulauan
Melayu yang turut mempengaruhi proses pembentukan dan perkembangan Bahasa
Melayu moden. Tidak hairanlah sekiranya Bahasa Melayu moden banyak menerima
pengaruh daripada bahasa asing seperti ini dalam proses pembentukaan perkataan
dan juga ayat. Keadaan seperti ini juga turut menjadi antara perkara penting yang
membezakan Bahasa Melayu moden dengan Bahasa Melayu klasik khususnya dari
aspek perkataan dan ayat.

10
Bahasa Melayu Moden bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantara, pentadbiran, kesusasteraandan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan. Semasa
Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta bahasa kebangsaan
1963/1967 menetapkan bahasa Melayusebagai bahasa rasmi Negara. Laporan Razak
1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam sistem
pendidikan Malaysia. Ini memperlihatkan akan fungsi Bahasa Melayu dalam
pelbagai aspek sama ada yang digunakan sendiri oleh penduduk berbangsa Melayu
mahupun oleh orang asing.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam
menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai
‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di
negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3 tujuan utama yang terkandung
dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan
adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan
negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan
menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan
polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap
dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak
tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan
dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan
yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang
utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh
pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai
kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah
menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara
kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar
pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa

11
kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan
pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru-guru yang
mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang
sama. Ketiga-tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi
nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Menerusi perancangan yang
sistematik, kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan-amalan pedagogi
di bilik- bilik darjah yang bersesuaian, maka sistem pendidikan kebangsaan ini
dijangka dapat membentuk ciri-ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian
dengan tatasusila masyarakat Malaysia.

JUMLAH PERKATAAN : 3,085 PATAH

12
RUJUKAN
Abdullah Hasssan Dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid Dan Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu : Bahasa
Dalam Komunikasi Dan Proses Komunikasi, Longman, Selangor

Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur

Arba’ie Sujud Et. Al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan
Berbahasa, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian Dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna Dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Borhan Md. Zin. (2000). Kesusasteraan Melayu Sebagai Komponen Bahasa Melayu:
Menangani Kekeliruan Teknik Pengajaran. Dewan Sastera, 19-21.

Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Agensi Penerbitan, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan Dan Sebutan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Sulaiman Masri, (1995). Penulisan Dalam Bahasa Melayu Baku, Edisi Kedua, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

13