You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan
Secara umumnya, sintaksis bermaksud kajian tentang pembentukan ayat.
Sintaksis bahasa Melayu merangkumi tajuk-tajuk seperti Frasa, Klausa, Pola Ayat,
Jenis Ayat, Bentuk Ayat, Ragam Ayat dan Proses Penerbitan Ayat. Oleh itu, berikut
dinyatakan keterangan berkenaan dengan setiap elemen yang dikaji dalam bidang ini:-
 Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek
dan predikat. Dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada
klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
 Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terdiri daripada klausa bebas dan
klausa tak bebas.
 Jenis Ayat
 Ayat penyata: Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan
maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunayai tujuan
mkenyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga
disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
 Ayat tanya: Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan
sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu,
ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata
tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
 Ayat perintah: Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan
tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang
kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu,
engkau dan sebagainya yang digugurkan.
 Ayat seruan: Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan
membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan
perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi
seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru ( ! ) yang biasanya
terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata

1
seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan
sebagainya.
 Proses Penerbitan Ayat
Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu
melibatkan pelaksanaan rumus trnsformasi yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam
bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-
unsur struktur dalaman.

2.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Majmuk
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk boleh dilakukan
dengan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran. Contohnya seperti pendekatan
kontekstual dan koperatif seperti mana yang dihuraikan dalam perbincangan berikut.

2.1 Pendekatan Kontekstual
Pendekatan kontekstual adalah antara pendekatan pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk yang boleh dilaksanakan. Dalam kelas kontektual, tugas
guru adalah membantu siswa mencapai tujuannya. Maksudnya, guru lebih banyak
berurusan dengan strategi daripada memberi informasi. Tugas guru mengelola kelas
sebagai sebuah tim yang bekerja bersama untuk menemukan sesuatu yang baru bagi
anggota kelas. Sesuatu yang baru datang dari menemukan sendiri bukan dari apa kata
guru.Begitulah peran guru di kelas yang dikelola dengan pendekatan kontekstual.
Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kontekstual dapat
memberikan kesan yang positif kepada pelajar, terdapat beberapa peringkat
pembelajaran yang perlu dilakukan dan dilaksanakan oleh guru dalam memastikan
setiap matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu aspek pembelajaran
akan dapat direalisasikan. Antaranya adalah seperti mana yang dapat dilihat dalam
rajah di bawah:-

2
Penilaian Aspek
1 Kendiri Pelajar

Membentuk Hubungan
2 Guru dan Pelajar

Pemilihan Kaedah
3 Penyampaian Guru

Pemindahan Aspek
4 Pembelajaran

Rajah 1 : Proses Pembelajaran Secara Kontekstual

 Peringkat Pertama
Pada peringkat ini, kebanyakan murid akan mengalami proses pembelajaran
yang berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan
peluan untuk mencari identiti sendiri. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk
setiap guru membantu pelajar menjadi dan mengenal pasti identiti mereka
menerusi pengalaman pembelajaran yang lebih efektif di dalam bilik darjah.

 Peringkat Kedua
Peringkat atau proses kedua yang perlu dilakukan oleh guru dalam memastikan
pembelajaran secara kontekstual ini mampu memberikan impak yang positif
kepada pelajar adalah membentuk hubungan yang baik di antara guru dan
pelajar dengan meningkatkan kemahiran komunikasi guru khususnya yang
melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk. Heenich dan
rakan-rakannya (2002) menyatakan bahawa proses pembelajaran yang berkesan
perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk. Ini bermakn bahawa
kejayaan guru dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pembelajaran akan
dapat direalisasikan sekiranya pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk. Walau bagaimanapun,
keadaan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya guru mampu menarik minat dan
kecenderungan pelajar menerusi kemahiran berkomunikasi yang dimiliki.

3
 Peringkat Ketiga
Perkara yang ketiga yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam usaha untuk
memastikan setiap aktiviti pembelajaran kontekstual dapat mencapai matlamat
dan objektifnya adalah meneliti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan topik pembelajaran iaitu ayat majmuk. Kebanyakan murid
belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam
kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang
positif. Ini bermakna bahawa proses pembelajaran akan lebih berkesan
sekiranya pelajar dalam berkomunikasi di antara mereka yang akhirnya mampu
untuk membentuk kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bersosial di
kalangan pelajar khususnya semasa pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk.

 Peringkat Keempat
Proses terakhir yang boleh dijalankan oleh guru adalah memindahkan segala
maklumat, data dan pengetahuan kepada pelajar menerusi kaedah pengajaran
yang telah dipilih. Ini bermakna bahawa guru perlu mempunyai kemahiran
dalam memindahkan aspek pembelajaran kepada guru dengan kaedah dan cara
yang paling berkesan.

Berdasarkan kepada perbincangan berkenaan dengan proses dan peringkat
pembelajaran kontekstual seperti mana yang telah dinyatakan di atas, dapat dilihat
bahawa keberkesanan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat
majmuk akan dapat dicapai sekiranya guru dapat menilai dan melaksanakan setiap
peringkat pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif seperti mana yang
sepatutnya.

2.2 Pendekatan Koperatif
Selain pendekatan kontekstual, pendekatan koperatif juga boleh digunakan
dan dilaksanakan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat
majmuk. Pelaksanaan pendekatan koperatif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk dilihat sebagai salah satu medium pengajaran yang akan
dapat meningkatkan pengetahuan, penguasaan dan kemahiran membina ayat majmuk

4
di kalagan pelajar. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembangunan
kemahiran sosial dan berpusatkan murid di bawah kawalan murid dan guru semasa
guru sedang melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk. Guru
hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Ringkasnya, pendekatan
pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu murid berinteraksi
antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu
hasil akhir, iaitu end produkt yang berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk berlandaskan
pendekatan koperatif khususnya dalam aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran
penulisan dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah:-

Peringkat Pramenulis

Peringkat Menulis

Peringkat Maklum Balas

Peringkat Menyemak

Peringkat Mengedit

Peringkat Menilai

Rajah 1 : Proses Pelaksanaan Aktiviti Menulis Berdasarkan Pendekatan Koperatif

Peringkat Prapenulisan
 Berdasarkan pengalaman dan aktiviti untuk mewujudkan
motivasi dan mengembangkan atau mengurus idea sebelum menulis
 Memahami tujuan menulis, iaitu sasaran pembaca
 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah bercerita,
main peranan, lawatan, temu bual, temu ramah, wawancara, penulisan
kreatif dan sumbang saran

5
 Pembelajaran koperatif ialah round robin, round table,
similarity grouping dan kumpulan perbincangan
 Round table : Murid-murid memberi sumbangan idea
dalam bentuk perkataan, frasa dan ayat yang berkaitan dengan tajuk
 Simultaneous round table : Setiap murid memulakan
karangan atas helaian kertas masing-masing. Kemudian kertas diedarkan
kepada rakan-rakan dalam kumpulan untuk menokok tambah ayat, iaitu isi
karangan.
 Sumbang saran : Melontarkan idea untuk
mengelompokkan idea dan membuat pemetaan idea

Peringkat Menulis
 Idea ditulis di atas kertas. Fokus ialah menulis dengan
lancar, menyampaikan idea secara pantas tanpa khuatir tentang kesilapan
bahasa.
 Murid harus faham bahawa draf pertama, iaitu
mensintesiskan idea dan fikiran adalah berdasarkan aktiviti pramenulis.
Justeru penulisan tidak perlu kemas.
 Perlu diingatkan bahawa ada pelbagai tujuan menulis,
pelbagai audiens (kumpulan sasaran) dan pelbagai jenis penulisan.

Peringkat Maklum Balas
 Memberi maklum balas kualiti dan penyusunan idea.
 Reaksi pertama daripada pembaca, iaitu rakan atau guru
terhadap penulisan dalam bentuk penyataan, cadangan dan soalan secara
lisan atau bertulis.
 Guru boleh memodelkan cara memberi maklum balas
tentang idea melalui perkongsian secara kelas berdasarkan sebuah karangan
murid.

Peringkat Menyemak
 Mengkaji semula penulisan berdasarkan maklum balas
daripada rakan-rakan.
 Murid menambah, membuang dan mengubah idea.

6
 Sepanjang proses menulis murid-murid sentiasa
membaca semula dan membuat perubahan.

Peringkat Mengedit
 Mengesan kesilapan bahasa, iaitu ejaan, tatabahasa, tanda
baca, pemilihan kata dan tajuk.
 Murid mengedit sendiri

Peringkat Menilai
Kepentingan penilaian dalam proses p & p memang tidak boleh dinafikan. Para
pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Kejayaan atau
kegagalan mereka bertitik-tolak daripada ujian yang menilai mereka sama ada
sebagai orang yang pandai atau lemah. Kejayaan atau kegagalan guru mengajar
bergantung kepada keputusan pencapaian pelajarnya. Jika tinggi peratus yang
lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengejar, sebaliknya jika rendah
peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.
Pelaksanaan pendekatan koperatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat:-
 Bantu murid memahami penilaian sebagai sebahagian
daripada proses pasca menulis
 Digunakan untuk menyokong dan membantu
perkembangan penulisan murid
 Murid harus faham cara dan siapa yang menilai
 Cara penilaian ada dua jenis, iaitu:-
 Skor holistik : Skor pencapaian keseluruhan
daripada segi kemahiran berkomunikasi dengan pembaca.
 Skor analitikal : Kekuatan dan kelemahan dalam
aspek-aspek tertentu karangan, iaitu proses:-
1. Penilaian rakan sebaya/guru/kendiri
2. Pembelajaran koperatif : think - pair - share (berikan skor,
banding dengan rakan, kongsi dengan kelas), perbincangan
kumpulan (moderasi bersama guru 2 atau 3 karangan, kemudian
murid bertukar karangan / kertas untuk menilai.

7
3. Penilaian portfolio : Pramenulis, penulisan draf, penyemakan,
pengeditan, sahsiah dan kolaborasi.
4. Markah : 60% untuk proses dan 40% produk atau hasil.
5. Menilai komponen-komponen kemahiran mengarang : Struktur
dan gaya, isi, perbendaharaan kata, penyusunan, mekanis,
(sekolah rendah) Abdul Aziz Talib (1989)

Berdasarkan kepada proses pelaksanaan pendekatan koperatif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dapat dilihat bahawa pelaksanaan
pendekatan ini akan dapat membantu meningkatkan kerjasama dan menjana idea di
kalangan murid untuk lebih mahir dalam menghasilkan idea untuk menyelesaikan
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.0 Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan
Penggunaan kaedah kontekstual dan koperatif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai alat
bantu mengajar. Contohnya seperti penggunaan perisian Power Point yang merupakan
salah satu alat bantu mengajar yang sangat efektif dan berkesan yang juga akan dapat
meningkatkan penguasaan murid ke tahap yang lebih baik khususnya yang berkaitan
dengan topik ayat majmuk. Ini adalah disebabkan oleh penekanan kepada penggunaan
elemen-elemen multimedia yang bersifat interakrif yang mana menjadi perangsang dan
pendorong kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran membina ayat majmuk ini.

Perisian kursus bersifatkan interaktif lebih kepada pengaplikasian teknologi
maklumat dalam pembelajaran. Pengaplikasian penggunaan komputer dalam sistem
pendidikan di Malaysia telah lama berlaku. Lebih dari itu, penggunaan komputer ini
tidak hanya terhad di peringkat pendidikan tinggi sahaja, malah turut mencakupi
pendidikan pada peringkat prasekolah. Pengunaan Cakera Padat Interaktif untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran, penggunaan talian internet untuk tujuan capaian data dan
pelbagai alat bantu mengajar yang lain telah menjadikan sistem pendidikan negara
semakin berkembang maju. Perubahan positif ini telah mendorong ramai penyelidik

8
untuk melihat keberkesanan penggunaan komputer dan teknologi maklumat ini dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang akan dibincangkan kemudian.

Definisi ini jelas menunjukkan penggunaan media adalah untuk memberi kesan
kepada pembelajaran. Namun, makna pembelajaran di sini adalah pembelajaran secara
am, yang tidak dibataskan kepada pembelajaran di sekolah sahaja. Dari sudut
penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia
adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau
pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk juga proses
pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman
yang total. Pandangan ini membuka skop media pengajaran dengan luas kerana ia tidak
menekankan aspek alat sahaja tetapi juga teknik dan seluruh proses pembelajaran itu.
Namun, penekanan kepada aspek pendengaran dan penglihatan sahaja tidak memadai
kerana manusia belajar melalui seluruh pancainderanya. Walau apapun, semua definisi
di atas jelas menekankan media pengajaran sebagai satu elemen yang amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia merupakan penghubung antara pelajar
dan guru, antara pelajar dengan pelajar dan setiap orang yang terlibat dalam proses
P&P.

Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran
berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi
fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan
penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam
bukunya Business @ The Speed of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat
mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan
kepada pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada
dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat
mengikut kapasiti masing-masing.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan
pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran
berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh
menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan

9
hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang
tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT
menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan
ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Satu kajian
( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT
dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional
serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus
mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis
untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.

Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan
inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran ICT sahaja tidak
dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT
ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara
untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta
memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan. Dalam keadaan ini terdapat
peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan
pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan
pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan
dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang
membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Pandangan P.A. Brett dan M. Nash tersebut telah disokong oleh tiga lagi orang
pengkaji iaitu Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko (1997). Ketiga-tiga orang
pengkaji ini menyimpulkan bahawa penggunaan multimedia dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pendidikan terutamannya
program yang menggunakan grafik. Hal ini adalah kerana ia dapat memrangsang
pemikiran para pelajar bermasalah dalam pembelajaran. Penggunaan visual membantu
pelajar dalam memahami maklumat yang hendak disampaikan. Pengajaran dengan
menggunakan kertas adalah kurang cekap kerana pelajar hanya mendapat pengetahuan
dengan membaca teks. Tetapi dengan adanya multimedia yang menggunakan video,
bunyi dan gambar akan dapat merangsang deria para pelajar supaya lebih aktif dalam
mengesan maksud pelajaran.

10
Dalam melihat perkembangan positif yang berlaku dalam sistem pendidikan
kebangsaan, kita juga perlu melihat sama ada tenaga pendidik kini telah bersedia
mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya kajian yang dijalankan oleh Rosseni
(2002) ke atas 40 orang guru. Kajian beliau mendapati bahawa masih terdapat lagi di
kalangan tenaga pendidik yang masih tidak tahu menggunakan cakera padat interaktif
(salah satu bahan banatu mengajar dalam pembelajaran berasaskan komputer) dalam
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada kajian beliau, sebanyak 42
peratus guru tersebut yang mempunyai tahap pengetahuan terhadap penggunaan cakera
padat yang rendah. Sementara itu, sebanyak 48 peratus daripadanya hanya tahu
meneroka dan menilai cakera padat untuk penggunaan pendidikan. Daripada hasil
kajian yang dijalankan oleh Rosseni ini menunjukkan bahawa tahap dan pengaplikasian
cakera padat pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berada
pada tahap yang rendah. Kebanyakan daripada pendidik ini hanya menggunakan buku
teks sebagai asas utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa penekanan kepada penggunaan
bahan bantu mengajar yang bersifat interaktif seperti power point ‘ayat majmuk’ adalah
satu bentuk pendekatan pengajaran baru yang akan dapat membantu meningkatkan
pemahaman dan penguasaan murid terhadap sesuatu aspek pengajaran seperti topik
ayat majmuk ini.

4.0 Penutup
Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersifat interaktif dan digabungkan
dengan strategi dan pendekatan pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar, akan
dapat membantu guru meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap
sesuatu aspek pengajaran. Dalam masa yang sama juga, kedua-dua elemen seperti ini
dilihat mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Dalam kajian Wan Noraini juga, beliau
juga telah mendapatkan keputusan kajian mengenai integrasi multimedia dalam
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis yang dilakukan,
seramai 55% respondan mempunyai kemahiran membina persembahan menggunakan
Power Point. 12% daripadanya tahu menggunakan Authorware, 6% tahu menggunakan

11
perisian Flash dan 15% respondan mampu membina laman web. Sementara itu, hasil
kajian beliau juga menunjukkan bahawa sebanyak 42% respondan memasukkan unsur-
unsur bunyi-bunyian, suara dan muzik dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan
pemebelajaran, 30% yang lain menyelitkan unsur-unsur video, 30% yang lain
memasukkan animasi persembahan dan 24% yang lain tahu merakam suara menerusi
penggunaan komputer dan cakera padat interaktif. Kajian-kajian yang dilaksanakan ini
menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam mempelbagaikan corak dan teknik
pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dan baik.

Jumlah : 2,757 Patah Perkataan

12
Rujukan
Abdullah Hassan, (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Kuala
Lumpur

Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3,
Longman, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu : Bahasa
Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi, Longman, Selangor

Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur

Arba’ie Sujud et. al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Agensi Penerbitan, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Kamarudin Hj Husin, (1995). Laras Bahasa, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,
Kuala Lumpur

13
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

14