You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN
Perkataan ‘sintaksis’ berasal daripada perkataan Yunani ‘suntutein’ yang
bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, ‘sintaksis bermaksud
kajian pembentukan ayat’. Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah ‘cabang
ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat’, seperti penyusunan kata
kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim et al.
(1986) mendefinisikan sintaksis sebagai ‘bidang linguistik yang mengkaji proses
pembinaan ayat’. Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah ‘istilah untuk
mengkaji pembentukan ayat’, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit
sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar.
Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai ‘bahagian daripada
linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai
kata dan ayat’.

Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji ‘bentuk, struktur dan binaan ayat’. Ia
sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula
dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat.
Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis
melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membina ayat.

Ayat yang terhasil melalui penyusunan rangkaian perkataan yang membentuk
frasa dan daripada gabungan frasa ini membentuk klausa dan seterusnya ayat. Di dalam
erti kata lain, ayat terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Kedua-dua
konstituen ini terbina daripada susunan perkataan. Oleh itu, dalam sesebuah ayat
terdapat unsur kata atau perkataan, frasa dan klausa. Kajian sintaksis juga melibatkan
aspek perbezaan binaan ayat melalui jenisjenis ayat dan ragam ayat; seperti ayat
penyata, ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya, ayat aktif dan ayat pasif. Sintaksis
merupakan cabang daripada ilmu linguistik yang membicarakan tentang wacana, ayat,
klausa dan frasa. Di dalam bahasa Inggeris, istilah sintaksis disebut syntax.

1
2.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT MAJMUK
Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk,
terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan. Antaranya adalah
seperti pendekatan kontekstual dan juga pendekaran koperatif seperti mana yang akan
dibincangkan di bawah.

2.1 PENDEKATAN KONTEKSTUAL
Salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk yang boleh
dilaksanakan ialah pendekatan kontekstual. Penggunaan pendekatan pengajaran
secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang
dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia
pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk ini melibatkan
perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada
pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar,
pengajar dan bahan pengajaran. Selain daripada itu, pengajaran ini juga
menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara pelajar
dengan pelajar yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di kelas sebagai
simulasi kepada tempat kerja. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk
dipelajari (Hull D., 1995).

Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek
persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan seharian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam
konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran
yang dihasratkan. Pendekatan kontekstual penting kerana:-
1) Kebanyakan pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan
peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
2) Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks
hubungan yang tidak asing kepada pelajar.
3) Kebanyakan pelajar belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi
interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu
dan maklum balas yang positif.

2
4) Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu
kemahiran yang perlu dipelajari.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk secara Kontekstual akan
dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori
dan amalan yang perlu dalam menghasilkan ayat majmuk yang menarik dan berkualiti.
Pembelajaran secara kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan
dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual dalam pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk juga akan dapat membolehkan guru
memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kefahaman para guru adalah penting kerana guru mampu
menyampaikan pembelajaran dengan berkesan dan menepati konsep kontekstual.
Kontekstual ialah suatu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu
sendiri iaitu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang
berkenaan atau relevan bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan
seharian mereka. Di sekolah pelajar tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Pelajar tidak
didedahkan kepentingan mempelajari sesuatu matapelajaran, mereka hanya diarahkan
untuk belajar kerana merupakan salah satu daripada matapelajaran peperiksaan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh cara mereka memproses maklumat dan
perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim
digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Pendekatan kontekstual ini juga perlu
difahami kerana konsep itu akan memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana
dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani
kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan
ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk secara kontekstual misalnya, murid akan melalui satu atau
lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:-

3
Belajar dalam konteks
menghubungkait
Relating
R ( Menghubung kait
pengalaman baru dengan
pengalaman hidup
)

Belajar dalam konteks
penerokaan penemuan dan
Experiencing
E ( Mengalami )
reka cipta.

Belajar dalam konteks
Applying bagaimana pengetahuan dan
A ( Mengaplikasi ) informasi boleh diguankan
dalam situasi lain

Belajar dalam konteks
Cooperating bekerjasama, memberi
C ( Bekerjasama ) maklum balas dan
berkomunikasi

Belajar dalam konteks
Transferring pengetahuan sedia ada dan
T ( Memindahkan ) menggunakan atau
membina daripada apa
yang telah diketahui

Rajah 1 : Proses ‘REACT’ Dalam Pembelajaran Secara Kontekstual

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk secara kontekstual
menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran
lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam
konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan
mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-
pengetahuan pelajar. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan
membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang

4
dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam
bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

Ciri yang kedua ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi
pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan
pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan
menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan
membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah
memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan
Kadir,1997).

Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal
ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh
menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin
dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan,
para pelajar didedahkan dengan aktivitaktivit yang membolehkan mereka
mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Menurut Hungate (1982),
ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam
satu-satu mata pelajaran yang diajar.

Ciri yang keempat pula ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks
berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting
dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan
proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar
(Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan
keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami
aspirasi kumpulan.

Ciri yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam
konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan
mereka melalui kaedah kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara
kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui
pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri
ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan

5
(Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah
membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Oleh yang demikian, pendekatan kontekstual adalah salah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk.

2.2 PENDEKATAN KOPERATIF
Selain daripada pendekatan kontekstual, pendekatan koperatif juga boleh
digunakan oleh guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ayat
majmuk. Pembelajaran koperatif adalah satu bentuk pembelajaran dalam kumpulan
kecil dalam menjalankan sesuatu aktiviti penulisan karangan berformat. Murid-murid
bekerjasama, membantu sesama sendiri bagi memenuhi kehendak tugasan individu
dan kumpulan. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid yang mempunyai
pelbagai kebolehan berinteraksi dan bekerjasama untuk menguasai sesuatu konsep
atau kemahiran bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakanrakan yang
lain. Melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif murid dapat menguasai dan
mengamalkan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran
sosial dan nilai-nilai murni. Strategi koperatif memerlukan murid bekerjasama dalam
kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur yang
berkaitan dengan ayat majmuk yang dibincangkan. Dalam pada itu, semua ahli dalam
kumpulan saling bergantungan antara satu sama lain untuk mencapai kejayaan dalam
pembelajaran. Dalam strategi koperatif dan kolaboratif ini, semua ahli perlu
menyedari bahawa mereka sebahagian daripada kumpulan tersebut. Pembelajaran
koperatif dan kolaboratif ini menggalakkan murid berperasaan positif, menghargai,
menyokong dan menghormati sesama ahli dalam kumpulan. Perkongsian kecerdasan
dalam strategi koperatif melalui KISSES, iaitu:-
1) Keep with the group : Sentiasa dalam pasukan
2) Include everyone : Libatkan semua ahli dan elakkan jadi passenger/penumpang
3) Share ideas and feelings : Sedia berkongsi idea dan perasaan
4) Stay on task : Sentiasa melakukan tugasan yang diberi
5) Encourage others : Memberi galakan kepada rakan sebaya

6
6) Six inches Voices : Perbincangan mesra kumpul berdua/berempat dalam jarak
lebih kurang 6 inci

Dalam masa yang sama juga, perkongsian maklumat dan kuasa dalam
pendekatan kolaboratif dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ayat majmuk adalah meliputi beberapa perkara. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-
1) Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid. Sebagai
contoh, maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.
2) Perkongsian kuasa antara guru dengan murid, iaitu empowerment kepada murid
menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru,
menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan
pengurusan grafik.
3) Guru sebagai ‘orang tengah’ atau pemudah cara, iaitu membantu murid
mengaitkan maklumat baru yang diperoleh daripada usaha kolaboratif dengan
pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
4) Mewujudkan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat
sesama rakan sebaya dan guru.

Kaedah perbincangan yang terdapat dalam pendekatan koperatif ini adalah
berasaskan teori perkembangan kognitif, persandaran sosial dan behaviorisme
(Johnson & Johnson 1994) yang juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah
dalam menjalankan aktiviti penulisan wacana berformat. Teori persandaran sosial
menekankan kepentingan dinamika kumpulan, kemahiran sosial dan berkomunikasi
untuk mewujudkan semangat berpasukan. Teori perkembangan kognitif menekankan
kebolehan pelajar belajar mengikut tahap umur tertentu. Teori behaviorisme pula
menekankan kepentingan peneguhan kepada satu perlakuan yang positif. Ganjaran
diberi kepada pelajar untuk motivasi luaran. Pembelajaran kooperatif melibatkan
ganjaran/hadiah yang membezakannya dengan kaedah kumpulan kecil tradisional.
Apabila kaedah berpusatkan guru bertentangan dengan tahap kematangan pemikiran
dan cara pelajar belajar maka ianya telah mencetuskan perselisihan atau “mismatch”
dan menghasilkan prestasi yang rendah dan tidak konsisten dalam hasilan
pembelajaran para pelajar. Satu daripada pendekatan yang sesuai untuk menangani
permasalahan “mismatch” ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam

7
pembelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, pelaksanaan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ayat majmuk yang menekankan elemen perbincangan dan kerjasama
dilihat sebagai suatu pendekatan yang akan dapat meningkatkan pencapaian
akademik dan juga minat murid untuk mendalami sesuatu topik pembelajaran.

3.0 ALAT BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN
Berdasarkan kepada dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran ayat majmuk
yang dinyatakan di atas, bahan yang boleh digunakan oleh guru ialah penggunaan
perisian Power Point. Penggunaan perisian power point dalam menjalankan aktiviti
membina ayat majmuk dilihat sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang telah
dapat meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar untuk mengikuti setiap aktiviti
membina ayat majmuk dengan lebih bersungguh-sungguh. Penggunaan perisian yang
bersifat interaktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti perisian power
point ‘ayat majmuk’ ini mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang tidak hanya
terhad kepada guru semata-mata, sebaliknya mampu memberikan kebaikan kepada
murid khususnya dalam merangsang dan mendorong minat murid untuk menjayakan
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, bahan bahan bantu
mengajar memerlukan beberapa ciri dan sifat interaktif untuk mendorong minat dan
kecenderungan murid menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik
diantaranya ialah Microsoft power point dan Harvard Graphics. Menurut Shaifol
(2004) penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu
persembahan menjadikan persembahan:-
1) Menarik minat pengguna
2) Memberi motivasi kepada pengguna
3) Mudah difahami oleh pengguna.

Sifat persembahan elektronik yang mengerakkan 'slide' demi 'slide' menjadikan
persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan
animasi tanpa 'rendering'. Persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai
preview di peringkat awal sebelum animasi di kompail. Tujuan gerakan animasi
menggunakan persembahan elektronik ini ialah untuk menilai gerakan tanpa
menggunakan proses rendering yang memakan masa. Persembahan elektronik juga

8
mesra pengguna, butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod
pengaturcaraan. Oleh kerana sifat perisian persembahan elektronik yang mesra
pengguna dan boleh mengabungkan media video, animasi, grafik, audio dan teks,
perisian ini sesuai digunakan dalam membentuk backdrop persembahan.

Selain daripada itu, gabungan media persembahan elektronik juga bersifat
interaktif. Oleh itu perisian persembahan elektronik digunakan secara meluas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persembahan elektronik juga
membenarkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mengilustrasi
idea-idea yang kompleks dan memotivasi pelajar. oleh yang demikian, terdapat lima
unsur yang digunakan dalam membina perisian persembahan elektronik. Dalam satu
persembahan elektronik tidak semestinya kelima-lima media ini digunakan.
Pembangun perisian perlu bijak menggunakan media dalam persembahan elektronik
bagi menghasilkan persembahan yang memberi impak yang baik dan berkesan kepada
pengguna.

Kandungan elemen Warna, kedudukan objek dan font, saiz,
seni bentuk dan jenis objek/font

Keperluan Tunjuk cara atau bergambar
persembahan

Lima Golongan sasaran
Unsur
Lokai persembahan

Mesej perlu tepat

Rajah 2 : Lima Unsur Bahan Bantu Mengajar Bersifat Interaktif

Penggunaan media yang sembarangan akan menghasilkan kesan yang negatif
terhadap persembahan. Penggunaan warna yang banyak dan menyilau contohnya,
menyebabkan mata pengguna akan merasa letih. Paparan persembahan yang dibina

9
menggunakan warna, font teks dan saiz teks yang terlalu banyak dalam sesuatu
persembahan akan menganggu tumpuan seterusnya membosan pengguna. Kandungan
kognatif dalam satu skrin juga perlu di kawal supaya tidak terlalu banyak. Penggunaan
media ini bergantung kepada keperluan persembahan. Sebagai contoh, dalam
persembahan elektronik menggunakan kaedah tunjuk cara adalah lebih sesuai
pembangun perisian menggunakan video berbanding menggunakan gambar.
Persembahan menggunakan gambar adalah lebih sesuai untuk menerangkan sesuatu
keadaan berbanding dengan menggunakan teks. Pembangunan perisian perlu memikir
dan menganalisis golongan sasaran pengguna perisian. Bagi membangun persembahan
yang mempunyai golongan sasar terdiri daripada kanak-kanak tadika contohnya, adalah
sesuai pembangun perisian menggunakan animasi adalah bersesuaian dengan golongan
sasar tersebut. Manakala penggunaan animasi yang banyak adalah tidak sesuai
digunakan untuk membuat persembahan bagi golongan dewasa.

Lokasi persembahan juga perlu di ambil kira dalam membina persembahan
elektronik sebagai contoh, bagi membina persembahan di dewan besar penggunaan
teks yang mempunyai font yang kecil akan menyebabkan pengguna tidak dapat
membaca mesej yang hendak di sampaikan dan membosankan pengguna. Maka, Font
Size berukuran besar dan jelas amat bersesuaian dengan lokasi tersebut. Penggunaan
media yang bermakna kepada mesej yang hendak dipersembahkan. Media yang hendak
dipersembahkan seharusnya memberi makna kepada persembahan. Bagi persembahan
keadaan yang membawa mesej yang sedih dan sayu, penggunaan warna panas dan
terang adalah tidak sesuai. Sebaliknya, penggunaan warna yang sesuai ialah warna
yang lembut dan harmoni. Penggunaan media yang digunakan perlulah berkaitan atau
membawa mesej, pembangun perisian perlu memilih media yang berkaitan dengan
mesej persembahan bukan berdasarkan kegemaran pembina persembahan. Clip Video
senario kampus contohnya, tidak sesuai di jadikan video intro untuk persembahan
teknik permainan dan perlawanan bola sepak.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersifat interaktif dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan
seperti mana yang dapat dirumuskan di bawah:-
Motivasi : Persembahan elektronik dapat memotivasikan murid
dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan

10
menggunakan medium yang baru. Penggunaan persembahan elektronik akan
memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi maklumat
dan komunikasi.
Menarik : Persembahan elektronik yang mengaplikasikan
kesemua unsur multimedia dapat menarik perhatian pengguna. Persembahan
elektronik memberi impak yang positif terhadap kefahaman pelajar.
Mesra Penggunaan : Pembinaan persembahan elektronik
mempunyai arahan yang tidak mengelirukan serta mesra pengguna. Ikon yang
digunakan dalam pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Oleh itu
persembahan elektronik mudah dibina dan digunakan walaupun oleh pengguna
baru.
Interakif : Persembahan elektronik membenarkan unsur
interaktif diselitkan dengan mudah dalam persembahan. Persembahan interakif
membenarkan keadaan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif berlaku dalam
persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam
pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru seperti aktiviti membina ayat majmuk,
perlulah melihat kepada dua elemen pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting
iaitu bahan bantu mengajar dan juga pendekatan pengajaran. Kedua-dua perkara ini
adalah elemen penting yang akan dapat membantu guru mencapai setiap objektif dan
matlamat pengajaran yang telah dibentuk.

4.0 KESIMPULAN
Dalam kajian sintaksis, terdapat beberapa bentuk ayat yang menjadi keutamaan
kajian. Antaranya ialah ayat majmuk, ayat tunggal, ayat pasif, ayat dasar dan juga ayat
aktif seperti mana yang dijelaskan di bawah:-
1) Ayat Aktif : Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif,
iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau
unsur penyambutnya.
2) Ayat pasif : Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga
jenis iaitu:-

11
a. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
b. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan ganti nama diri
kedua.
c. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
3) Ayat Dasar : Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu:-
a. Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
b. Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
c. Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif
d. Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
4) Ayat Tunggal : Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja
iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
5) Ayat Majmuk : Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-
cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

JUMLAH PERKATAAN : 2,913 PATAH

12
RUJUKAN
Abdullah Hassan, (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Kuala
Lumpur

Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994). Panduan Ejaan Rumi, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1998) Bahasa Melayu Komunikasi 3,
Longman, Kuala Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu : Bahasa
Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi, Longman, Selangor

Arbak Othman, (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia, Sarjana Enterprise, Kuala Lumpur

Arba’ie Sujud et. al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hashim Hj Musa, (1990). Sintaksis Bahasa Melayu. Agensi Penerbitan, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Kamarudin Hj Husin, (1995). Laras Bahasa, Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,
Kuala Lumpur

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

13
Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

14