You are on page 1of 8

Tugasan 2: Penulisan Akademik (50 markah

)

Berdasarkan domain yang telah dipilih, secara individu anda dikehendaki menulis
satu laporan ilmiah tentang implikasi proses pengajaran dan pembelajaran guru
dalam bilik darjah.

1.0 Pengenalan

Satu domain yang telah saya pilih dalam perkembangan kanak-kanak ialah
perkembangan moral. Melalui tugasan satu menghasilkan bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk “Flipped Classroom”, saya telah mencari tiga orang dalam satu
kumpulan untuk mengumpul pelbagai maklumat mengenai konsep, prinsip asas,
faktor-faktor dan peringkat perkembangan kanak-kanak tentang perkembangan
moral. Oleh itu, saya telah lebih memahami tentang konsep dan implikasi
perkembangan moral terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam
bilik darjah.

2.0 Perkembangan Moral

Perkembangan moral adalah perkembangan yang berkaitan dengan
peraturan mengenai apa yang seharusnya dilakukan oleh manusia dalam
interaksinya dengan orang lain (John W.Santrock, 2003). Perkembangan moral juga
merupakan perubahan-perubahan perilaku yang terjadi dalam kehidupan anak
berkenaan dengan tatacara, kebiasaan, adat, atau standar nilai yang berlaku dalam
kelompok sosial. Selain itu, perkembangan moral dipandang sebagai hasil rangkaian
rangsangan dan tindak balas yang dipelajari oleh anak, antara lain berupa hukuman
dan pujian yang sering dialami oleh anak.

Menurut Wong Kiet Wah et. al (2016), beliau menjelaskan bahawa
perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah laku terhadap
nilai kebenaran atau kesilapan. Ia melibatkan regulasi dalaman seseorang individu
dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran mereka. Anak-anak ketika
dilahirkan tidak memiliki moral tetapi dalam dirinya terdapat potensi moral yang siap
untuk dikembangkan. Melalui pengalamannya berinteraksi dengan orang lain (orang
tua, saudara, teman sebaya atau guru), anak belajar memahami tingkah laku mana
yang buruk atau tidak boleh dilakukan dan mana yang baik atau boleh dilakukan
sehingga terjadi perkembangan moral anak tersebut.

1

Moral seseorang individu terbahagi kepada tiga komponen. kanak-kanak menerima peraturan dan menilai pelakuan berdasarkan akibat yang akan diterima selepas pelakuan tersebut. Kohlberg juga menyatakan bahawa cara individu memberikan justifikasi terhadap tindakan yang diambil yang akan menentukan kematangan moral seseorang. Penaakulan moral adalah berkait rapat dengan perkembangan kognitif seseorang individu. individu menyelesaikan konflik dan memberikan justifikasi terhadap tindakan penyelesaian yang diambil. kanak-kanak mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman dan kanak-kanak beranggapan bahawa tingkah laku tidak bermoral ialah tingkah laku yang boleh menyebabkannya dihukum. Individu memfokuskan diri pada akibat langsung dari tindakan mereka yang dirasakan sendiri. 3. komponen kognitif dan komponen tingkah laku. Kanak-kanak tidak memperlihatkan internalisasi nilai-nilai moral. Menurut beliau juga.1 Peringkat 1: Prakonvensional Pada peringkat satu iaitu tahap prakonvensional dan prakonvensional ini adalah tingkat yang paling rendah dalam teori perkembangan moral Kohlberg. iaitu: komponen emosi. 2 . 3. Orientasi kepatuhan dan hukuman ialah tahap pertama dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam komponen emosi.0 Teori Perkembangan Moral Kohlberg Menurut Kohlberg. Pelakuan yang terdapat ganjaran dinilai sebagai baik manakala pelakuan yang mendapat hukuman akan dinilai sebagai jahat. Pemikiran moral kanak-kanak adalah berorientasikan egosentrik yang mementingkan diri sendiri. kadangkala tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. penaakulan moral dikendalikan oleh ganjaran dan hukuman ekternal. Maksudnya. penaakulan moral terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap peringkat terdapat dua tahap. komponen kognitif ialah seseorang individu mampu membuat penilaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada ia betul atau salah dan komponen tingkah laku ialah seseorang individu akan bertingkah laku mengikut apa yang dirasakan atau dinilai sebagai tindakan yang betul. emosi dan perasaan yang kuat dalam diri seseorang yang boleh menimbulkan rasa empati terhadap kesusahan orang lain atau rasa bersalah sekiranya telah melukakan hati orang lain. Pada tahap ini perkembangan moral berdasarkan atas hukuman. Oleh itu. pelakuan atau moral individu dikawal oleh faktor luaran. Pada peringkat ini. Namun. Namun begitu.

sambil mengharapkan dihargai oleh orang tuanya sebagai seorang perempuan yang baik atau lelaki yang baik.” 3. Individu mula bertingkah laku berdasarkan peraturan yang telah diteteapkan untuk menjaga hubungan sesama manusia dan kehidupan yang lebih teratur. Pada peringkat ini.2 Peringkat 2: Konvensional Peringkat konvensional adalah tingkat kedua atau tingkat menengah dari teori perkembangan moral Kohlberg. hukum-hukum. Sebagai contoh“saya tolong awak dalam mata pelajaran Sejarah tetapi awak perlu tolong saya cara-cara untuk menulis karangan tentang Bahasa Melayu.” Kanak-kanak akan cuba menunjukan sikap baik seperti jujur. rajin. Pada tahap ini penalaran moral berdasarkan pada ganjaran dan kepentingan diri sendiri. Seorang ini mentaati standard . Dengan itu. Pada tahap ini. iaitu peraturan masyarakat. Orang di tahap ini menilai moral dari suatu tindakan dengan membandingkannya pada pandangan dan harapan masyarakat. pertimbangan moral berdasarkan atas pemahaman peraturan sosial.standard (internal) sendiri tertentu. setia dan berani. Oleh itu. Orientasi ganjaran peribadi adalah tahap kedua dari teori ini. seperti orang tua atau masyarakat. 3 . individu telah melihat sesuatu dalam perspektif yang lebih luas. Pandangan individu tidak lagi hanya tertumpu kepada diri mereka sahaja tetapi mula berfikir tentang kesan terhadap kesejahteraan masyarakat atau orang lain sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan. Kanak-kanak sering menggunakan standard-standard moral orang tuanya pada tahap ini. Pada tahap keempat ialah akur kepada sistem sosial dan etika peraturan. keadilan.’ Pada tahap ini seseorang menghargai kebenaran. Tahap orientasi perlakuan baik dikenali juga sebagai tahap ‘budak baik. tetapi mereka tidak mentaati standard-standard (internal) orang lain. guru dan rakan sebaya dan dikenali “budak baik. kanak-kanak mematuhi peraturan dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu sebagai ganjaran di mana ganjaran itu adalah untuk memenuhi kepentingan peribadi. kepedulian. dan kewajiban. dan kesetiaan pada orang lain sebagai landasan pertimbangan-pertimbangan moral. Kanak-kanak bertingkah laku baik adalah untuk mendapatkan penghargaan daripada keluarga. umumnya ada pada seorang remaja atau orang dewasa. mereka mula mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa atau guru.

moral benar-benar diinternalisasikan dan tidak berdasarkan pada standard-standard orang lain. Oleh itu. Namun begitu. Selain itu. keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. menjajaki pilihan-pilihan. Individu telah melihat konsep moral sebagai nilai moral dan prinsip yang diamalkan dalam setiap keadaan.0 Implikasi perkembangan moral terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah. individu juga memahami tentang keperluan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang untuk keharmonian masyarakat. Mereka menganggap undang-undang sebagai satu yang fleksibel dan tidak tetap. Pada tahap ini. dan kemudian membuat keputusan berdasarkan suatu kod moral peribadi. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak meningkatan perkembangan moral mereka. Seseorang menyedari undang-undang penting bagi masyarakat tetapi nilai-nilai seperti kebebasan lebih penting dari pada undang-undang. 4. (2015). Tahap etika kontrak sosial dan hak individu menekankan bahawa seseorang mengalami bahawa nilai-nilai dan peraturan-peraturan adalah bersifat relatif dan bahawa standard boleh berbeza dari satu orang ke orang lain. Tahap etika prinsip sejagat merupakan tahap yang tertinggi dalam teori ini. Justeru. Hal ini kerana kanak-kanak pada 4 . guru perlu memberikan peneguhan seperti ganjaran terhadap tingkah laku yang positif. beliau menyatakan bahawa pada peringkat Prakonvensional. setiap peringkat dalam perkembangan moral Kohlberg telah memberi implikasi proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah.3. Seorang mengenal tindakan moral alternatif. Individu menunjukkan tingkah laku moral yang berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manuisa. Aznan Che Ahmad. Menurut Mohd Zuri Ghani. Tindakan seseorang individu adalah berdasarkan kepada prinsip ini akan memberikan kebaikan sejagat. adakala individu tersebut akan membuat atau memilih untuk mempedulikan peraturan sekiranya ia bertentangan dengan prinsip nilai yang dipegang. guru sendiri perlu menjadi teladan yang baik kepada murid terutama dalam aspek tingkah laku dan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan.3 Peringkat 3: Pos Konvensional Peringkat pos konvensional ini adalah peringkat tertinggi dari teori perkembangan moral Kohlberg.

Hal ini akan memupuk murid mempunyai semangat berkerjasama dan sanggup mendengar serta menerima pendapat orang lain. 2016 . guru perlulah menjadi sebagai teladan yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak. Seterusnya. guru boleh mencari murid ini selepas kelas secara persendirian untuk berbincang apa kesalahan yang dilakukan oleh dia tadi supaya murid ini akan berasa menyesal terhadap kesalahan yang dilakukan oleh dia sendiri dan guru tidak boleh terus marah atau tegur dia. sentiasa senyum. Sebaliknya mereka akan melakukan tingkah laku yang membolehkan menerima ganjaran. Di samping itu. al. Hal ini untuk menggalakan murid membuat penaakulan terhadap isu-isu semasa yang melibatkan moral sejagat. Oleh itu. 2016) Contohnya. 2008). nilai mencintai alam sekitar ketika mengajar subjek Sains dan Bahasa Melayu. Misalnya. guru perlu menunjukan tingakah laku dan sikap yang baik kepada murid-murid seperti berbudi bahasa. Contohnya. menurut Wong Kiet Wah et.peringkat ini akan cuba mengelakkan tingkah laku yang boleh menyebabkan mereka menerima hukuman. guru perlu menjadi contoh yang baik kepada murid-murid. guru juga perlu menggalakkan murid ini supaya membuat refleksi dan tidak menggangu orang lain lagi apabila guru mengajar di dalam kelas. Tegasnya. guru perlu menunjukan tingkah laku yang baik supaya boleh menjadi contoh kepada murid dan memberikan murid jangkaan terhadap tingkah laku yang perlu ditunjukkan. mesra dan sabar supaya kanak-kanak boleh meniru tingkah laku daripada guru. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka kerana aspek nilai adalah merentasi kurikulum. Hal ini kerana kanak-kanak memerlukan masa yang panjang untuk mengubah tingkah laku yang tidak baik pada diri sendiri dan mempelajari bagaimana menunjukan tingkah laku yang baik dalam kehidupan mereka. Maka. 5 . guru boleh membincangkan isu-isu semasa dan sejagat serta membuat penyelesaian masalah tentang isu moral bersama dengan kanak-kanak. Sebagai contoh. implikasi peringkat konvensional juga terdapat dalam proses proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru perlu mendidik murid-murid supaya menghormati pandangan orang lain dan memberikan peluang kepada orang lain untuk mengeluarkan pendapat diri dalam sesuatu perbincangan atau aktiviti yang dilakukan oleh guru supaya murid-murid tidak berlaku sebarang konflik dalam bilik darjah (Wong Kiet Wah et. al. aktiviti kerja kumpulan boleh dijalankan oleh guru. guru perlu berbincang dengan murid tentang kesalahan yang dilakukan dan menggalakkan murid untuk membuat refleksi dan membetulkan tingkah laku mereka (Cg Narzuki. Selain itu. apabila seseorang murid sentiasa suka mengganggu orang lain di dalam kelas. Pada peringkat pos konvensional.

Hal ini akan membantu pelajar-pelajar untuk mengeluarkan fikiran mereka dan guru juga boleh menerapkan unsur moral dan nilai murni kepada pelajar-pelajar. sikap. 5. seorang sentiasa menganggu keselamatan negara dan melakukan jenayah. Oleh itu. Oleh itu. pendidikan adalah mendidik pelajar-pelajar seimbang dalam bidang JERI iaitu jasmani. masyarakat dan negara. Hal ini kerana negara kita memerlukan tiang negara dan tidak memerlukan pengganas. Sebaliknya. Apabila kanak-kanak menjadi orang dewasa. rohani dan intelek. semua pihak perlu memberi kerjasama untuk memberi perhatian atas perkembangan kanak-kanak kerana kanak- kanak ialah aset negara dan harapan negara.Contohnya. 6 . emosi dan fikiran yang baik dalam pengajaran terhadap kanak-kanak dan guru perlu sentiasa ingat diri sendiri tentang pendidikan bukanlah mengajar mata pelajaran yang tertentu sahaja. emosi. murid-murid akan mencuba berfikir untuk menyelesaikan masalah tentang pencemaran alam sekitar ini. Guru perlu bertanggungjawab untuk menerapkan moral. Hal ini kerana kanak-kanak telah mempelajari moral tentang bersyukur pada masa kecil. guru boleh membincangkan tentang isu-isu tentang masalah pencemaran alam sekitar di seluruh dunia dan membolehkan murid-murid membuat penaakulan terhadap tindakan yang negara Amerika Syarikat membuang sampah ke atas angkasa lepas adalah betul atau salah. niali-nilai. guru-guru perlu menguasai teori perkembangan moral Korlberg dengan genggam untuk memberi implikasi yang berkesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. guru dan pihak sekolah perlu peka terhadap perkembangan moral kanak-kanak dan Teori Perkembangan Moral Kohlberg juga perlu sentiasa dipegang dengan tegas oleh guru-guru. Akhir sekali. Guru boleh meminta mereka dan membuat satu peta minda tentang fikiran dan cara-cara sendiri bahawa penyelesaikan masalah pencemaran di atas kertas kosong. tingkah laku.0 Penutup Secara keseluruhan. dia akan sanggup berkorban dan memberi sumbangan kepada keluarga.

Bhd. Pulau Pinang. (2016). 2008). Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani.com/2012/09/23/perkembangan-moral/. (2015). http://cgnarzuki. Mazlan Bin Aris. 2012). https://zulhasni. (2014). Mohd Fuad bin Sam & Roslina binti Suratnu . Penerbitan Multimedia Sdn. PnP Berkesan dan Berkualiti. IPTS. IPG & KOLEJ. Penerbitan Erlangga. Aznan Che Ahmad. Selangor. Zulhasni. Diakses pada 31 Ogos 2016. KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. 7 . John W. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Mahdi bin Shuid. Cg Narzuki. Penerbitan Universiti Sains Malaysia Press.wordpress. Mohd Zuri Ghani. (2003). Abdullah Zhidi bin Omar.Santrock. Pengantar Pendidikan Moral IPTA. Bhd. Perkembangan Kanak-kanak EDISI KEDUA. Diakses pada 31 Ogos 2016.Bibliografi Wong Kiet Wah. Perkembangan moral. Selangor.com/. (September 23. (October 25. Edisi keenam ADOLESCENCE Perkembangan Remaja.

Lampiran 8 .