You are on page 1of 2

Dalam 1 muka surat, nyatakan mengapa kaunselor perlu menguasai

kemahiran asas kaunseling. Pilih satu kemahiran kaunseling dan
jelaskan secara ringkas.

Sebagai seorang guru kaunselor perlu memberi perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling yang baik dan berkesan kepada klien yang
menghadapi masalah atau tekanan. Oleh itu, kaunselor perlu menguasai dan
mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling untuk membantu
klien. Kemahiran-kemahiran kaunseling sangat penting dan berguna apabila
berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi.

Salah satu kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor
ialah kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar juga merupakan satu
kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Hal ini
kerana setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah. Oleh hal
yang demikian, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang
sanggup mendengar masalahnya atau perasaannya, begitu juga keadaannya
dengan murid-murid. Namun, mereka kadangkala rasa tertekan dan malu
untuk berjumpa dengan kaunselor untuk menyatakan tentang masalah
mereka kerana banyak punca. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak
meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien
dan belajar cara mendengar dengan berkesan sebelum bertindak membantu
murid mengatasi masalahnya.

Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,
kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya
untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata,
gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama.
Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan
yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan
perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran
mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam
keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.

menghantar mesej suara yang baik. Secara umumnya. menunjukkan kefahaman konteks perbualan dan mengurus resistan di peringkat awal serta elakkan perkataan jangan. memahami sudut pandangan klien. parafrasa. menghantar mesej badan yang baik.. seseorang kaunselor hendaklah mendegar secara aktif. . gunakan kata-kata pembuka. untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Menurut Rogers. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat. masa dan keadaan yang sesuai. ganjaran dan soalan terbuka. Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti memiliki sifat menghormati dan menerima. membuat refleksi perasaan.