You are on page 1of 10

KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG TERAP


06300 KUALA NERANG

KERTAS KERJA INOVASI DALAM


PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
SAINS TAHUN 1

TAJUK INOVASI:
Puzzle Bergambar dan i-Think Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Tahun 1: Tumbuhan

Nama Pelajar : SALBIAH BINTI AB


RAHMAN
K/P : 821116015452
Nama Sekolah : SK PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG,
Kedah Darul Aman
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

1.0
PENDAHULUAN
Internship merupakan salah satu program latihan yang bertujuan untuk

mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia

ada sebagai seorang guru. Guru dikehendaki merancang, melaksana dan menilai

inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik

darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat

bertugas.

Sehubungan dengan itu, saya sebagai pelajar dari Institut Pendidikan Guru

Kampus Perlis telah memilih untuk melaksanakan satu inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menjayakan internship yang bermula dari 29

Mac 2015 sehingga 24 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Padang Terap, 06300 Kuala

Nerang, Kedah Darul Aman.

Inovasi yang akan dilaksanakan ialah bertajuk Puzzle Bergambar dan i-Think

Dalam Topik Sains Tahun 1: Mengenalpasti Tumbuhan Di Sekeliling, Mengenalpasti

Bahagian-Bahagian Tumbuhan dan Membanding dan membezakan bahagian satu

tumbuhan dengan tumbuhan- tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.


KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

2.0
INOVASI

Inovasi yang akan dilakukan dirancang supaya guru dapat mengaplikasikan

pelbagai strategi dan teknik yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid

juga akan dapat menguasai topik yang diajar dengan perasaan yang seronok dan

berlainan. Bagi inovasi yang akan dibuat, guru memilih pelajaran Sains Tahun 1 bagi

tajuk Tumbuhan. Bagi tajuk tersebut guru akan mula mengajar pada minggu pertama

intership dilaksanakan iaitu pada 1 April 2015 bagi standard pembelajaran yang

pertama dan begitulah seterusnya. Dengan itu, pada minggu terakhir intership iaitu

pada 22 April, guru akan membuat satu inovasi yang merangkumi semua standard

pembelajaran yang telah dipelajari sebelumnya sepanjang iinternship dijalankan.

Guru memilih Puzzle bergambar dan i-Think bagi inovasi yang dibuat. Puzzle

bergambar memerlukan murid-murid mencantumkan kepingan-kepingan kad kecil bagi

menjadikan gambar yang lengkap. Kad-kad tersebut disusun terlebih dahulu di dalam

kumpulan berlima dan murid akan mengenalpasti gambar yang tertera apabila kepingan

kad tersebut lengkap disusun. Murid akan mengenalpasti nama tumbuhan pada Puzzle

Bergambar tersebut dan murid akan mengenalpasti bahagian tumbuhan yang terdapat

pada gambar tersebut. Guru akan menyediakan Puzzle Bergambar yang berlainan bagi

setiap kumpulan iaitu gambar tumbuhan yang berlainan. Dengan itu murid akan melihat

gambar yang berlainan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan membentangkan
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

hasil dapatan kumpulan masing-masing. Dalam penerapan i-Think pula, murid

dikehendaki melengkapkan Peta Buih bahagian-bahagian tumbuhan.

3.0 RASIONAL
PROJEK
Berdasarkan pengalaman hampir 10 tahun mengajar, saya dapat melihat murid begitu
gembira apabila guru menunjukkan kelaianan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan. Apabila masuk ke kelas dan mereka melihat guru membawa sesuatu
yang berlainan, pasti murid akan bertanya ‘nak buat apakah hari ini cikgu?’ kita nak
belajar apa hari ini cikgu?’ Dengan itu, saya merasakan murid akan berasa gembira
dan mereka akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu apabila guru menunjukkan
kelaianan.

4.0 PERNYATAAN MASALAH PROJEK:

Masalah bagi projek yang dilakukan ialah berkaitan murid yang agak lemah dalam kelas
tersebut. Kelas yang akan dibuat inovasi tersebut adalah terdiri daripada kelas yang
muridnya cemerlang, sederhana dan lemah. Bagi inovasi yang dibuat dikira sebagai
satu latihan lanjutan kepada murid lemah tersebut serta lambat meguasai. Ini kerana
inovasi yang dibuat menggabungkan tiga standard pengajaran yang telah dipelajari
sebelum ini.
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

4.0
OBJEKTIF
Antara objektif pelaksanaan inovasi ini ialah untuk ;

1. Menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran sains

2. Mengurangkan masalah disiplin di dalam kelas

3. Memotivasikan murid.

4. Melahirkan guru dan murid yang kreatif dan inovatif sejajar dengan gaya

pendidikan zaman kini.

5.0
SASARAN
Inovasi yang akan dijalankan melibatkan murid tahun satu SK Padang Terap. Murid 1

Setia adalah seramai 28 orang murid yang terdiri daripada 12 lelaki dan 16 perempuan.

Murid kelas ini adalah terdiri dari pelbagai tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

Bagi inovasi yang akan dijalankan, guru memilih untuk membuat bahan bantu mengajar
6.0
yang berbentuk Puzzle Bergambar dengan membuat salinan serta membesarkan
STRATEGI
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

gambar pokok dan seterusnya menjadikannya sebagai puzzle. Murid dikehendaki

menyusun puzzle yang disediakan dan seterusnya menamakan pokok dan

mengenalpasti bahagian tumbuhan yang terdapat di dalam puzzle yang telah disusun.

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan seramai 5 orang. Bagi peta i-Think pula murid

dikehendaki melengkapkan Peta Buih tentang bahagian-bahagian tumbuhan.

7.0 BUDGET
Badget yang digunakan adalah terdiri daripada bahan photostat dan mounting board.

Gambar : 6 x RM 3.50 = RM 21

Mounting Board : 3 x RM 3.00 = RM 9

JUMLAH = RM 30

8.0 JANGKA
MASA
Tarikh : 22 April 2015
Tempoh : 30 minit

9.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK


PROJEK
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

Projek Inovasi merupakan salah satu proses yang bermakna dalam profesian perguruan. Guru
perlu bertindak sebagai penyelidik supaya masalah yang berlaku samada dalam pembelajaran
dan pengajaran atau pengurusan bilik darjah dapat diatasi dengan segera. Ia juga membantu
guru meningkatkan kemahiran pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru.
Seorang guru yang menjalankan kajian tindakan akan sentiasa melakukan penambahbaikan
dalam menangani masalah-masalah yang timbul dalam proses pembelajaran dan pengajaran
bilik darjah. maka dengan itu akan terhasil suatu inovasi.

Inovasi bermula apabila ada masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Masalah
yang timbul perlu dikaji oleh guru dengan melakukan analisis kajian. Tinjauan ke atas subjek
yang dikenalpasti akan membawa kepada perancangan dan pelaksanaan langkah-langkah
intenvensi.

10.0 PELAN PERANCANGAN PROJEK

Inovasi ini terbahagi kepada beberapa fasa iaitu merancang,bahan bantu mengajar iaitu
Puzzle Bergambar dan Peta Buih dan akhirnya melaksanakan di dalam kelas.
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

FASA I : Merancang

Langkah 1 :

1. Guru menyatakan pernyataan masalah yang dihadapi.


2. Guru merancang projek yang ingin dilakukan bagi menangani masalah.
3. Guru menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan.

FASA II : Menyediakan BBM Puzzle Bergambar dan Peta i-Think

Langkah 2 :

1. Guru mencari beberapa gambar tumbuhan dan membuat salinan kepada A3.
2. Setelah siap mewarna gambar tumbuhan tersebut, guru akan menampal
gamber tersebut di kepingan mounting board. Seterusnya guru
mengguntingkannya menjadi kepingan-kepingan Puzzle. Guru menyediakan
peta buih kososng dan di tengah-tengah hanya ada gambar tumbuhan.
Ruangan kosong lai perlu dilengkapkan oleh murid.

Fasa III : Perlaksanaan BBM Puzzle Bergambar dan peta i-Think di dalam kelas.

Langkah 3 :

1. Guru menjadikan permainan Puzzle Bergambar dan Peta i-Think sebagai


salah satu aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Fasa IV : Membuat Refleksi Keberkesanan

Langkah 4 :

1. Guru mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan


untuk menilai keberkesanan inovasi yang telah dilakukan.
KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

11.
KESIMPULAN
Inovasi ini dipilih berdasarkan kepada pemerhatian guru terhadap tingkah laku

murid dalam kelas 1 Setia. Rata-rata mereka sangat aktif dalam semua aspek. Jadi,

mereka memerlukan lebih banyak aktiviti hands-on untuk mengelakkan mereka

daripada membuat bising tanpa tujuan. Kaedah ini dipilih bagi tujuan untuk mengimbas

kembali pengajaran dan pembelajaran yang lepas supaya mereka lebih mengingati dan

memahami apa yang telah dipelajari dalam tajuk Tumbuhan ini. Untuk itu, guru telah

mengulangi kembali tajuk tersebut dengan membuat satu kaedah pengajaran yang

dinamakan Puzzle Bergambar dan Peta Pemikiran i-Think. Murid akan tertarik dengan

kelainan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

Disediakan oleh,

……………………………..
SALBIAH BINTI AB RAHMAN
PPG SAINS A
IPG PERLIS

Disemak oleh ;

.......................................................

(SALEHUDDIN BIN RAMLI)


KERTAS KERJA INTERNSHIP 2015

Ketua Panitia Sains,

SK Padang Perap,

(Guru Pembimbing)

You might also like