You are on page 1of 3

BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN

Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru serta rakan sekalian.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Berdirinya saya pada hari yang penuh barakah ini adalah untuk menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk ‘BUDAYA MEMBACA KUNCI KEJAYAAN’.
SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI...
Dengarkan pantun ini : Bunga cempaka si bunga raya,
Menyemai benih di rumah kaca,
Kalau kita hendak berjaya,
Perlu kita banyak membaca
HADIRIN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH SAW...
Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya.
Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya
merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya
wahyu pertama yang diterima olah Rasul Allah S.A.W. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


(sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu
yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Imam al-Qurtubi dalam penafsirannya ke atas ayat di atas turut mengutarakan bahawa
permulaan wahyu yang pertama ini adalah perintah Allah yang ditujukan kepada nabi
Muhammad S.A.W. dan umat manusia seluruhnya bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu
pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya. Ia merupakan dasar utama yang
diperjuangkan oleh Islam bagi membangunkan diri insan. Islam yang di dalamnya tersingkap
keindahan ajarannya menggesa umatnya mencari dan mendapatkan ilmu samaada secara
formal dan tidak formal di mana membaca adalah salah satu cara di antara cara-cara tersebut .
SIDANG PENDENGAR SEKALIAN,

Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan
menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik
seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan
hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. Sedikit
ilmu yang diperolehi akan meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu
pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan
masyarakat lalu mampu membentuk suatu masyarakat yang berjaya dan cemerlang.
Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan. Islam telah
meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan penganutnya
sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat
kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa adalah
bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN....

Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang
boleh digunakan, antaranya ialah:-

1. Usaha Menyedarkan Masyarakat Dan Memperbetulkan Sikap Pengabaian Minat


Membaca, Wajar Digerakkan

Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas
membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca. Kempen untuk
menyedarkan masyarakat Malaysia tentang faedah tabiat membaca perlu diadakan secara lebih
sistematik dan meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli
belah, stesyen bas dan di tempat-tempat lain. Sekolah juga berperanan menggalakkan para
pelajar membaca dengan mengadakan pelbagai kempen seperti minggu membaca dan
pertandingan anjuran sekolah untuk membudayakan tabiat membaca. Amalan membaca perlu
dipupuk sejak awal persekolahan lagi kerana tanpa amalan ini tidak wujud budaya membaca
apabila kita dewasa kelak.Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-
anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Berdasarkan kajian, 80 hingga 88 % ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca.
Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli
buku-buku ilmiah.
2. Mewujudkan Suasana Yang Boleh Mendorong Tabiat Membaca
Bagi mewujudkan suasana yang terarah kepada budaya membaca, institusi keluaga perlu
mewujudkan perpustakaan mini di rumah selain menitikberatkan lebih banyak aktiviti
pembacaan secara bersama dalam kehidupan seharian serta perlu dijadikan aktiviti bersama
seperti makan dan solat berjemaah.

3. Menggerakkan Penulisan Buku-Buku Ilmiah Yang Bermutu Dan Berkualiti


Para ulama’, cendekiawan dan ilmuan perlu memainkan peranan penting dalam menghasilkan
buku-buku ilmiah yang bermutu dan menterjemahkan buku-buku dari bahasa Arab, bahasa
inggeris dan lain-lain bahasa yang mempunyai nilai ilmu yang tinggi ke dalam bahasa ibunda
agar ianya dapat menjadi rujukan masyarakat. Secara tidak langsung ianya akan merancakkan
aktiviti dakwah Islamiah. Saidina Ali R.A. pernah mengatakan : "Berbicaralah dengan manusia
dengan apa yang mereka dapat mengetahuinya dan tinggalkanlah apa yang tidak mereka
ketahui. Apakah kamu semua mahukan Allah dan Rasul-Nya didustakan?.

Buku-buku yang ditulis atau yang diterjemah akan memberi kesan secara langsung dalam
menggandakan semangat membaca di kalangan masyarakat seperti yang berlaku di Negara-
negara barat atau Negara-negara maju yang lain. Penulisan atau penterjemahan buku-buku
ilmiah akan membolehkan masyarakat mempelajari agama dan keduniaan dengan lebih baik
dan dapat diwarisi sepanjang zaman. Imam Syafi’e mengungkapkan:-

" ‫ص ُي ْو َد َك بِال َْواثَِقة‬ ِ ِ


ُ ‫ َقيِّ ْد‬،‫ص ْي ٌد َوالْكتَابَةُ َق ْي ٌد‬
َ ‫ْم‬
ُ ‫اَلْعل‬.
Maksudnya: " Ilmu itu (umpama) binatang buruan, tulisan itu (laksana) ikatan, ikatlah binatang
buruan itu dengan kuat (agar ia tidak dapat lari)."

Kesimpulannya, jadikanlah tabiat membaca sebagai satu budaya samaada kepada diri, ahli
keluarga dan masyarakat sekeliling kita. Imam al-Ghazali mengungkapkan: “Sekiranya aku
berhajat dengan orang jahil nescaya aku tertewas dan jika aku berhajat dengan orang yang
‘alim pasti aku menemui kemenangan”.
Akhir kata, terimalah serangkap pantun dari saya:
Hang Jebat Pahlawan Melayu,
menuntut ilmu di Gunung Tahan,
bak kata pepatah Melayu,
membaca itu kunci kejayaan.
WASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

You might also like