You are on page 1of 1

KELAB BERBASIKAL GUGUSAN FELDA KEMAHANG

__________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : .............................


Tarikh : ............................

Kepada ,
_________________________
_________________________
_________________________

Tuan/ Puan,

Per : MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI KELAB BERBASIKAL GUGUSAN


FELDA KEMAHANG (KMEHE CICLISMO TEAM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya bagi pihak Kelab Berbasikal Gugusan Felda Kemahang ingin memohon sumbangan
berbentuk kewangan untuk menampung aktiviti kelab dan membuat baju rasmi.

3. Untuk makluman, Kelab Berbasikal Gugusan Felda Kemahang ini telah ditubuhkan secara tidak
rasmi pada bulan Jun 2017. Sehingga kini, kami mempunyai seramai 25 orang penunggang yang
kebanyakannya terdiri daripada anak-anak generasi Felda dalam gugusan Kemahang.

4. Sepanjang penubuhan kelab ini, kami telah menyertai banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
luar seperti Funride dan Jamboree. Secara tidak langsung kami telah mempopularkan nama Felda
Gugusan Kemahang kepada orang luar.

5. Oleh yang demikian, kami amat berharap pihak Tuan/Puan dapat menyumbangkan sedikit sumber
kewangan untuk kami menjayakan lebih banyak aktiviti disamping mempromosikan gaya hidup sihat
dikalangan anak-anak generasi Felda.

6. Sebagai penghargaan kepada pihak Tuan atas sumbangan ini, pihak kami akan mencetak nama
organisasi/syarikat Tuan/Puan pada baju rasmi kelab.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan /Tuan/ Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ KAYUH UNTUK SIHAT ”

Yang benar,

...........................................................
SHARIMI BIN LAZIN
Kmehe Ciclismo Team

You might also like