You are on page 1of 2

2017

GURU MUDA BAHASA INGGERIS

1.0 PENGENALAN
Sebahagian besar murid menganggap Bahasa Inggeris sebagai satu subjek yang sukar
dipelajari dan menjemukan serta berasa rendah diri bila berhadapan dengan subjek ini.
Oleh itu, sekumpulan pelajar yang dilatih khas boleh berfungsi bagi membantu pelajar
yang lemah itu,mereka ini yang dilatih dan terlatih dikenali sebagai Guru Muda.
Guru Muda adalah suatu program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah
setiap mata pelajaran melalui rakan sebaya mereka yang berprestasi baik bertindak sebagai
Guru Muda untuk membimbing mereka.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan Guru Muda yang mampu dan yakin bagi mencapai prestasi cemerlang untuk
subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan
2.2 Menanam rasa ingin belajar secara berkongsi ilmu atau secara kolobaratif dalam kalangan
murid SMKIS.
2.3 Menyedarkan pelajar bahawa belajar Bahasa Inggeris secara perbincangan berkumpulan
adalah lebih berkesan dan menyeronokkan.

3.0 RASIONAL
3.1 Mewujudkan hubungan baik antara murid di dalam bilik darjah.
3.2 Menggalakkan murid untuk saling membantu antara satu sama lain.
3.3 Membina dan mengembangkan sifat kepimpinan di kalangan murid yang berpotensi.
3.4 Membantu guru untuk melaksanakan program pemulihan di dalam bilik darjah melalui
bimbingan berterusan pada waktu lapang.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Bahasa Inggeris.
4.2 Memupuk kerjasama antara murid melalui amalan ‘Mengajar Sambil Belajar’.
4.3 Melahirkan murid yang berkebolehan dan mempunyai keyakinan diri.
4.4 Membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid melalui bimbingan rakan sebaya.
5.0 TEMPOH
5.1 Februari – November 2017
5.2 Dalam kelas semasa PdPC berlangsung
5.3 Semasa kelas tambahan pada waktu petang/lain-lain
5.4 Bila-bila masa yang sesuai

6.0 SASARAN
Pelajar-pelajar cemerlang Bahasa Inggeris dalam setiap kelas yang mampu
belajar sambil mengajar.

7.0 PELAKSANAAN
7.1 Guru Bahasa Inggeirs setiap kelas mengenalpasti pelajar yang layak untuk di lantik sebagai
Guru Muda.
7.2 Guru Muda yang sudah yakin digalakkan mencari klien masing - masing untuk dibantu.

8.0 PENUTUP
Semoga dengan adanya Program Guru Muda ini, adalah diharapkan dapat
membantu pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri murid sendiri dalam meningkatkan
kuantiti dan kualiti kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuai dengan nama Guru
Muda, secara tidak langsung murid yang dilantik sebagai Guru Muda menyedari
tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan menguasai
setiap mata pelajaran dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam setiap mata
pelajaran yang dipelajari.
Melalui program ini, pihak sekolah akan memberikan sumbangan kepada Guru
Muda dan ahli Kumpulan yang berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang dalam setiap
ujian atau peperiksaan yang dijalankan.

Disediakan oleh,

………………………………………………