You are on page 1of 21

PENDEKATAN KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM.

Roslee Ahmad

Mohamed Sharif Mustaffa

Sulaiman Shakib Mohd Noor

Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Kertas kerja ini merupakan hasil sorotan kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling berdasarkan
perspektif islam di Malaysia dan di luar negara sejak tahun 1980-an hingga 2008. Hasil tinjauan dan
sumber yang diperolehi kini, penyelidik mendapati di Malaysia masih belum banyak penyelidikan secara
empirikal yang dilakukan berkaitan psikologi dan kaunseling daripada perspektif Islam. Pendekatan
kaunseling berperspektif agama atau lebih dikenali sebagai Religious and Pastoral Counseling di Barat
tidaklah sepopular mazhab pendekatan kaunseling kontemporari seperti Person Centered Client Rogers,
Rational Emotif Behavioral Therapy Ellis, Gestalt Therapy, Behavioral Therapy, Therapy Reality Glasser
dan sebagainya. Ini kerana pendekatan kaunseling agama dianggap mistik, sukar diukur secara
empirikal, kurang penyelidik meminati, berkemahiran atau berpengalaman dalam mengendalikan
kaunseling dalam konteks agama. (Chee Siang, 2000). Implikasinya, kebanyakan sumber yang ditemui
berkaitan pendekatan kaunseling berperspektif islam hanya menyentuh konsep asas dan berbentuk
gagasan pemikiran oleh para sarjana dan penyelidik tempatan. Namun, jika ada penyelidikan yang
dilakukan secara empirikal, ia hanya menggunakan sampel yang kecil dan tidak diterbitkan untuk
khalayak umum. Persoalan yang paling menyedihkan sehingga kini ialah tiada pendekatan standard
untuk merawat penyakit tertentu dalam konteks islam yang boleh diguna pakai oleh kaunselor islam
tempatan untuk merawat klien dalam setting kaunseling di sesebuah organisasi kerajaan atau swasta. Di
samping itu, kertas kerja ini turut menyentuh kaedah dan jenis persampelan yang pernah digunakan
penyelidik terdahulu berkaitan pendekatan kaunseling islam. Hasil penulisan dan penyelidikan ini amat
berguna kepada penyelidik untuk membina Modul Amar Makruf Nahi Mungkar untuk menangani tingkah
laku seksual pelajar islam berdasarkan Model Al Ghazali.

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

1

1.0 PENGENALAN

Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Syarikat yang
didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama Islam. Isu untuk mengkaji dan mengubahsuai
amalan kaunseling barat ini pernah dicetuskan Halim (1986). Hassan Langgulung (1990) menjelaskan
kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan yang bercanggah
dengan nilai dan budaya tempatan yang melibatkan soal akidah, sosial, hukum-hakam dan pendidikan
dikalangan masyarakat Islam. Berdasarkan pendekatan teori barat, jelas memperlihatkan pengisian
teorinya yang berbeza dengan konteks agama dan budaya masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori
tersebut banyak menyentuh tentang logik akal manusia yang langsung tidak menyentuh tentang aspek
kerohanian. Menurut Hassan Langgulung (1996) semua mazhab psikologi Barat sebenarnya tidak
mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Namun, dalam Islam istilah nafs merujuk pada jiwa. Kata nafs dalam
Al-Quran menunjukkan zat dalam keseluruhan. Kata nafs terdapat dalam al-quran sebanyak 367 kali.
Menurut Hassan Langgulung (1996) berdasarkan teori psikoanalisis, bukan sahaja unsur nafs malah akal,
roh dan qalb tidak kelihatan sama sekali. Ini disokong Halim Othman (1986) yang mendakwa aspek
kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang tidak dianggap penting. Begitu juga dengan Malik Badri
(1994) yang menyatakan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan ahli psikologi barat kerana syarat
yang tidak menghukum (non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa
syarat. Menurutnya lagi, syarat tidak menghukum klien adalah punca aspek spiritual tidak menjadi
penting dalam amalan kaunseling barat dan kadangkala menimbulkan kekeliruan dikalangan kaunselor
Islam khususnya. Hal ini perlu diberi perhatian dan menjadi tugas utama kaunselor Islam untuk
memikirkan sejauh mana konsep ini perlu diadaptasikan.

Perubahan teori dan pendekatan barat ini amat berbeza dengan pendekatan psikologi Islam atau
pendekatan kaunseling Islam kerana secara prinsipnya pendekatan Islam hanya berpegang kepada Al
Quran dan Al Sunnah. Menurut Ishammudin (2000) Al Quran merupakan suatu sumber yang tidak
berubah-ubah atau diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Menurut Wan Hashim dan Mahayudin (1996)
kedua sumber ini mempunyai peraturan yang lengkap sebagai panduan hidup manusia di dunia dan di
akhirat. Kebanyakan kajian dan penulisan berhubung konsep dan pendekatan kaunseling kerohanian di

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

2

Siti Fatimah (1986). Malik Badri (1979) Abdul Halim Othman (1986). Wan Rosmini Omar (1987). Mohamed Sharif dan Roslee (2003) dan Jawiah dan rakan-rakan (2003). Pendekatan Rasional Emosi Tingkahlaku (REBT) oleh Ellis. sumbangan penyelidik tempatan cuba melihat perlunya Islam dalam disiplin psikologi dan kaunseling pernah dilakukan seperti Hassan Langgulung (1979). Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Mimi dan Hawa (2003) Elias (1997). Mahzatun (1992). Ahmad (1987). Sebaliknya isu. Rashidah Sadi (1989). Pendekatan Tingkah laku dan sebagainya. Nor Anisah (1985). Azizah Othman. Eani (1992). Hushim dan Ishammudin (2005). Kaunselor di sekolah kebanyakannya menggunakan Pendekatan Pemusatan Klien oleh Rogers. kebanyakan pelajar berbangsa Melayu di Malaysia beragama Islam maka sudah tentulah kaedah menangani permasalahan mengikut konteks kerohanian Islam merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah yang dihadapi mereka. Mustafa (2003). Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Ismail Dollah (1986). Normala (1988). Othman Mohamed (2000) dan Mohd Fauzi (2003). Di samping itu. 2.Malaysia tertumpu kepada perbandingan tokoh psikologi dan kaunseling dengan ilmuwan Islam seperti Skinner dan Rogers dibandingkan dengan Al Ghazali seperti kajian Eani Rashidah (1992) Kamal (1997) Shahabuddin (2003) dan Yatimah (2005). Cheng Choon (1993).0 LATARBELAKANG MASALAH Isu dan permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja di sekolah pada masa kini ditanggani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling Barat. Terdapat juga penyelidik yang melaksanakan penyelidikan secara sepintas lalu seperti Noor Aznita. Amir Awang dan Iran Herman (2003). Amir Awang (1987). Ismail (1987). Kajian Mohd Yusuf (1986). 3 . Oleh kerana. Mat Sidi Salleh (1989). Noraini (1992) Rohana (1992) dan Abdul Rahman (1983). Manakala penulisan bersifat pandangan tentang keperluan kerohanian dalam kaunseling turut pernah dilaksanakan oleh Sapora (2005). Rosliza Saad Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot.isu disiplin yang berkait dengan masalah kerohanian perlu ditangani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling kerohanian menurut perspektif Islam. Patemah (1989). Norliza dan Azmi (2003) Namir (2003) Rozman. Misnan (1987). Penyelidik tempatan seperti Rohani (2002) dan Siti Hairaney (2002) pernah melaksanakan kajian kes melibatkan pendekatan kaunseling Islam dikalangan pelajar sekolah di Johor Bahru. Hamzah (1987). Terdapat banyak kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa seriusnya keperluan Pendekatan Kaunseling Islam perlu dilaksanakan di sekolah. Jamaludin (1991). Patemah Ibarhim (1989).

Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Meneroka nilai yang ditetapkan klien iii. pengambilan dadah dan sebagainya. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Mohd Nor Ibrahim (2001). Enam langkah tersebut adalah: i. (Husin Ali. bercumbuan. Menilai semula dan penamatan Othman Mohamed (2000) memperkenalkan Teori Psikologi ad Din sebagai suatu usaha memenuhi unsur spirituality dalam dimensi pendekatan teori kaunseling. Mahmood Nazar (1993). dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah disiplin yang berlaku dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar.(1992). maka penyelidik berpandangan perlunya Model Pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani kes-kes kerohanian dikalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Berdasarkan limitasi Pendekatan Kaunseling Barat apabila berdepan dengan aspek kerohanian khususnya bagi kaunselor yang beragama Islam kepada klien muslim (pelajar). Alizanariah Ali (1993).1 Pendekatan Kaunseling Islam Elias (1997) mengutarakan enam langkah proses teraputik kaunseling yang dikenali sebagai Iman Centered Therapy (ICT).0 KAJIAN LEPAS DALAM NEGERI 3. Beliau mengungkapkan bahawa spirituality Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. 1983). meyakinkan penyelidik bahawa amalan pendekatan kaunseling Islam sesuai dilaksanakan bagi menangani kes-kes klien yang memerlukan aspek kerohanian sebagai pengisian dalam rohani. Faktor- faktor lain seperti masalah dalam keluarga. 2003). 3. Menilai compatibility nilai islam v. hiburan media massa dan rakan sebaya memudahkan mereka terlibat dalam perbuatan tidak bermoral seperti terlibat dengan amalan seks bebas. 1984) dan (Haron Din dan rakan-rakan. Kesesuaian agama Islam sebagai agama universal kepada semua agama. 4 . Mewujudkan perhubungan ii. bangsa dan zaman (Sayyid Quttb. Menilai compatibility nilai iv. Kassim Ahmad (1994). Membuat keputusan dan melaksanakan tindakan vi.

Dalam proses Teori Psikologi ad Din.t. tablik dan fatanah. Ini kerana taqwa terletak antara proses ikhtiar dengan tindakan teknik seseorang kaunselor. sifat kerja. Othman turut menegaskan sebagai seorang kaunselor perlu memiliki sifat taqwa. amalan pengurusan dan amalan Islam. Penerokaan dan kefahaman berteraskan taqwa – Kaunselor meneroka gangguan masalah klien berdasarkan perbincangan. iv. bermuhasabah diri selepas maghrib. 5 . menghadiri majlis ilmu. amalan Islam boleh diamalkan dengan cara-cara seperti teguhkan keimanan dengan memohon kepada Allah s. Ikhtiar dan tindakan – Klien yang berjaya menangani masalah akan menghasilkan insan yang bersyukur manakala jika gagal. bergaul dengan orang alim. dual/ multiple role. ii. struktur dan sistem organisasi. emosi dan tingkah laku. perhubungan/persekitaran kerja. memupuk amalan solat berjemaah.sebagai satu klasifikasi baru bagi mengatasi kekosongan ruang yang nyata dalam diri manusia. iii.Kaunselor akan mencerap dan mengenalpasti gangguan masalah klien secara teliti dari aspek fikiran. Oleh yang demikian. saranannya supaya seseorang kaunselor yang mahu memiliki sifat taqwa harus berpegang kepada ciri sidik. terapi Teori Psikologi ad Din bertujuan melahirkan suatu kesedaran baru dengan menggunakan tekad dan akal klien bagi menjana perubahan. klien perlu mengulangi proses ini diperingkat diagnosis. amanah. rehda ketentuan ilahi dan bertawakal. Penerokaan dan kefahaman nafsu – Peringkat ini penting bagi menimbulkan keyakinan dan sokongan klien bahawa kaunselor mengambilberat terhadap diri klien. Menurut mereka. Antara cara adalah dengan dasar. berzikir dan berdoa. bersyukur. mengambil wuduk dan solat hajat. Menurutnya. Diagnosis. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot.. beliau menerangkan terdapat lima peringkat: i. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. tunjuk ajar dan pemberian maklumat berteraskan taqwa. Amir Awang dan Iran Herman (2003) menjelaskan tentang cara menangani tekanan di tempat kerja melalui kaunseling berperspektif Islam.w. membaca dan rajin mendengar Al Quran. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

kesihatan mental. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terhadap 61 kaunselor di Pulau Pinang dan Kedah. Kerjaya – 1019 kes Menurut mereka. Dapatan kajian menunjukkan seperti berikut: i. Akademik – 1326 kes ii. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Pengkaji menegaskan Brief Kaunseling penting kerana Islam menitikberatkan masa suatu yang penting dan harus dihargai setiap manusia.99%) Manakala kekerapan permasalahan kes adalah seperti berikut: i. berorientasikan tindakan.58%) ii. 6 . melakukan aktiviti riadah.43%) iii. kerjaya. Zulkifli dan Syed Mohamad (2003) melakukan kajian perkhidmatan Brief Kaunseling sebagai satu kaedah alternatif daripada perspektif Islam.t. menyatakan bahawa manusia yang berada dalam kerugian dan tidak mendapat apa apa manfaat kecuali yang beriman dan beramal soleh. 1 dan 2 sesi kaunseling – (60. Berdasarkan pekeliling ikhtisas guru kaunseling sepenuh masa (1996-2000) sekolah gred A atau B mempunyai bilangan pelajar lebih daripada 750 orang akan mendapat 2 guru kaunseling sepenuh masa. Rahimi. menjauhi alkohol dan minuman keras dan niat bekerja kerana Allah s. Permasalahan adalah nisbah kaunselor di sekolah dengan bilangan pelajar adalah 1:1000 seperti di Pulau Pinang nisbah kaunselor adalah 1:23000.w. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. psikososial.w.t. 5 dan lebih sesi kaunseling – (8. 3 dan 4 sesi kaunseling – (30. fokus kepada penyelesaian masalah. Allah s.mengamalkan ajaran Islam dengan membuat kebaikan dan kebajikan. Langkah ini juga dapat mengelakkan kebergantungan pelajar kepada kaunselor kerana Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. menyelitkan humor. memberi perhatian kepada perkembangan dan berasaskan perhubungan. Brief Kaunseling menurut Islam mempunyai ciri-ciri seperti menekankan limitasi masa. interaksi sosial. Tujuan kajian rintis adalah bagi mendapatkan maklumat awal kekerapan sesi kaunseling yang dilakukan kaunselor dari bulan januari sehingga Jun 2002. keibubapaan dan sebagainya. Masalah dalam sesi kaunseling adalah meliputi akademik. Ini bermaksud kaunselor yang dapat mengurus masa kerja dengan baik seperti menjalankan sesi kaunseling dengan ringkas dan padat tanpa mengambil masa yang lama. suka memaafkan orang lain. Psikososial – 1125 kes iii.

manusia yang mengutamakan tauhid memiliki kelebihan-kelebihan berikut: Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot.w. Maka jelas pendekatan kaunseling berguna kepada para imam untuk diaplikasikan dalam pendekatan Islam dan membantu dalam aspek intervensi kekeluargaan.w.t.t. dari segi dhat. pendapat para imam mengenai kemahiran kaunseling dan kesesuaian kemahiran kaunseling keluarga diadaptasikan dalam perhubungan menolong para imam. Norliza dan Azmi (2003) melihat amalan kemahiran kaunseling keluarga dikalangan para imam di daerah Kota Setar. semua amalan buruk boleh dihapuskan apabila manusia mengubah perbuatan tidak sihat kepada nilai murni melalui pemantapan tauhid dan iman kepada Allah s. Menurutnya. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Seramai 60 responden dikalangan para imam di daerah Kota Setar. Kedah. Noor Aznita. Dalam konteks kehidupan manusia. 68. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar.w. Seramai 81. Oleh itu. Perkataan tauhid merujuk pada keesaan kepada Allah s. 7 . Inilah yang tersirat dalam syahadah yang diucapkan setiap muslim. kemahiran sedia ada.7% responden yakin dengan kemahiran yang dimiliki. sebagai rujukan hidup sama ada amalan yang menjurus kebaikan atau keburukan. 78.3 % responden sangat bersetuju menerima latihan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dengan pendekatan Islam.klien sedar bahawa kaunselor hanya membantunya ke arah penyelesaian masalah bukannya menyelesaikan masalah klien.3% responden sangat bersetuju bahawa kemahiran kaunseling yang diadaptasikan dengan kemahiran sedia ada dapat membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan sebanyak 66. Mohd Fauzi (2003) menegaskan tentang kepentingan tauhid sebagai motivator budaya hidup sihat dalam sesebuah masyarakat. sifat dan perbuatan. Kedah terlibat dalam kajian. 43% daripada responden bergantung sepenuhnya kepada kemahiran sedia ada dan berpendapat mereka tidak memerlukan adaptasi.7% responden berpendapat mereka memerlukan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dalam intervensi keluarga yang dijalankan.t. sejarah membuktikan keunggulan tamadun Islam adalah berteraskan tauhid yang menjadi unsur motivator dan ransangan dalaman. Kajian ini memfokuskan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan tingkah laku menolong. Tauhid bermaksud manusia meletakkan Allah s.

Individu yang mempunyai halatuju dan matlamat yang jelas dalam hidup. Dia akan merasa dirinya sentiasa diperhatikan Allah swt kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt yang bersifat Maha Mengetahui. i. jujur dan melakukan kerja dengan penuh itqan. Individu yang mempunyai ketenangan jiwa. Ini terhasil daripada kepercayaan manusia kepada Allah swt yang menentukan segala rezeki. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. menaik dan menurunkan darjat dan martabat seseorang dan memberi rahmat dan kelebihan kepada seseorang manusia. Individu yang terkawal perilakunya. 8 . apa yang harus dilakukan dan ke mana dia akan pergi selepas kematiannya. ii. iii. Kaedah Niat Matlamat Rajah 1: Model Jalinan 3 Dimensi Matlamat. Individu yang bersifat amanah. Kaedah dan Niat dalam Munif Zarirruddin (2001) Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. Mohd Fauzi (2003) menjelaskan gaya hidup sihat yang diimpikan semua orang harus berteraskan tauhid yang menjadi unsur dalaman terpenting dalam diri manusia. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Maha Mendengar dan Maha Melihat dengan ditugaskan dua orang malaikat iaitu raqib dan atid untuk tujuan mencatat segala amalan yang dilakukan manusia. iv. Dia mengetahui asal usulnya.

Data temubual dan analisis dokumen digunakan dalam kajian.t. Matlamat kerja sosial ialah untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan menggunakan kaedah yang dibenarkan Allah s. Mohamed Sharif dan Roslee (2003) melakukan kajian keperluan pendekatan kaunseling terhadap masalah perceraian dikalangan pasangan beragama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. kemahiran dan persepsi kaunselor dalam membantu pasangan suami isteri yang bermasalah. jalinan tiga dimensi iaitu matlamat. 9 . Bimbingan agama adalah berdasarkan kurikulum pendidikan Islam yang digubal Jabatan Penjara Malaysia. Nahi mungkar iii. Mereka juga didedahkan dengan isu-isu Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. sirah dan tilawah.Menurutnya lagi. kaedah dan niat adalah jalinan yang melengkapi antara satu sama lain. Amar makruf ii. Hasil kajian turut mendapati bahawa perkhidmatan kaunseling di JAIJ boleh ditingkatkan melalui pelbagai aspek seperti setting yang lebih sesuai dan selesa. Ia merangkumi aspek ilmu fardu ain dan fadu kifayah. Bentuk proses kerja sosial dalam Islam berasaskan 3 ciri iaitu: i.w. akidah. Skop kajian ini berkisar kepada bentuk-bentuk pengetahuan. Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan bimbingan agama dan kaunseling dikalangan banduan di penjara. pembinaan sikap dan pemikiran positif. (JAIJ) Kajian ini meninjau dan menganalisis keperluan pendekatan kaunseling di kalangan pegawai-pegawai agama yang bertugas sebagai kaunselor di JAIJ. Keimanan Rozman. pengetahuan dan kemahiran kaunseling melalui kursus-kursus sepenuh masa dan menambahkan bilangan kaunselor yang sedia ada. Bimbingan fardu ain merangkumi ilmu-ilmu asas seperti fekah. pendidikan rohani. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 4 orang kaunselor. Jawiah dan rakan-rakan (2003) melakukan kajian berkenaan bimbingan agama dan kaunseling dipenjara Kajang dan Sungai Buluh. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Kaunselor yang bertugas di JAIJ juga memerlukan kemahiran- kemahiran asas dan cara mengendalikan sesi kaunseling. Hasil kajian mendapati bahawa kaunselor JAIJ memerlukan pengetahuan hukum hakam agama yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan Islam yang mantap dan teori-teori kaunseling yang bersesuaian. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar.

nuzul Al Quran dan sebagainya. Menurut mereka. 10 . Selain itu. Reynold’s Depression Scale dan Beck Depression Inventory. Sapora (2005) menjelaskan keperluan agama dalam kaunseling. Rogers berpandangan manusia secara semulajadi adalah makhluk yang baik dan berpotensi untuk mengalami perkembangan yang sempurna. Freud melihat agama sebagai suatu yang boleh memesongkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ketiga pandangan ahli terapi tersebut membuktikan agama dipisahkan daripada bidang ilmu kaunseling. Manakala kaedah rawatan Islam perlu mendapat perhatian yang serius oleh pengamal kaunseling dan psikologi kerana ia amat relevan dengan klien beragama Islam. Sesunggunya proses muhasabah diri dapat mengetahui dan menilai kendiri yang terbukti bahawa individu yang lupa diri akan bertindak mencetuskan kemurungan dan tekanan. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. kewujudan Pastoral Counseling adalah bukti bahawa agama amat perlu dalam disiplin ilmu kaunseling. Tambah Sapora (2005) lagi. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Rogers. bimbingan agama juga melibatkan khidmat nasihat yang turut dikenali sebagai kaunseling agama. hijrah. wirid dan muhasabah diri mengikut perspektif Islam. Responden telah diuji dengan 3 jenis alat kemurungan iaitu Inventori Kemurungan Kanak-kanak. kaedah rawatan yang sedia ada di barat sesuai digunakan dalam konteks norma dan budaya tempatan kerana terbukti memberi kesan positif.keagamaan semasa seperti peristiwa maulidur rasul. Amalan doa. Iran Herman dan Asmah Bee (2003) mengkaji rawatan kemurungan dikalangan kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah kemurungan menggunakan amalan doa. Menurutnya tokoh-tokoh kaunseling dan psikoterapi seperti Freud. wirid dan proses muhasabah diri terbukti mengembalikan keyakinan responden yang dapat mengurangkan masalah kemurungan setanding dengan terapi barat. Contohnya. Manakala Frued dan Skinner pula menegaskan bahawa tuhan tidak wujud dan lantaran itu manusia tidak perlu bertanggungjawab kepada tuhan tetapi hanya pada diri sendiri. Ellis dan Skinner telah memisahkan agama dari disiplin ilmu kaunseling berdasarkan premis-premis tertentu. Hushim dan Ishammudin (2005) menerangkan tentang kaunseling daripada perspektif Islam yang selari dengan pandangan Muhd Mansur (1993) iaitu kaunseling merupakan suatu proses menolong individu Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot.

bila dan di mana. hubungan Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. siapa.untuk memahami dirinya agar mampu mengendalikan hidup ke arah kebenaran (al haq) dengan berkesan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Kaunselor perlu memiliki ciri-ciri seperti penerimaan tanpa syarat. Mengendalikan hidup – Klien mempunyai kemahiran seperti membuat keputusan. Segala perubahan tersebut adalah membawa kepada kebenaran (al haq). Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Memahami diri – Memahami bermaksud kaunselor bertanyakan soalan-soalan seperti apa. Namun begitu. Manakala diri merujuk pada klien dari aspek kekuatan. terdapat kajian yang pernah dilakukan oleh Nadiyah Elias (2005) tentang Dialectical Cognitive Behavioral Therapy (DCBT) mengenai rawatan klien yang mengalami masalah kecelaruan seksual. Nadiah Elias (2005) cuba menyesuaikan DCBT dalam konteks Islam dengan menekankan Shariah Islam terhadap klien. Menurutnya bahagian yang penting dalam terapi kognitif islam ialah mendidik klien untuk membezakan antara kemahuan dan keinginan sebenar dalam konteks fizikal. istiqamah dalam membantu dan melayani klien dalam masalah. empati dan terbuka. senang dihubungi. Islam mendorong seksual secara melalui perkahwinan yang sah (halal) tetapi melarang manusia melakukan seksual yang haram disisi Islam seperti melancap. berfikir. mengapa. iv. Suatu proses – perubahan yang berlaku kepada klien sama ada secara sedar atau tidak sedar dengan mengambilkira suatu jangkamasa tertentu. bersikap asertif. Menolong individu – bermaksud menolong sedaya upaya kaunselor kepada klien. 3. 11 . tidak banyak kajian yang dilakukan penyelidik tempatan berhubung kaedah rawatan menangani masalah tingkah laku seksual dikalangan pelajar. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. bagaimana. iii. Beliau memberi pemikiran tentang peraturan seksual yang berkaitan dengan Islam seperti: i. kelemahan dan potensi yang ada pada seseorang klien. ketulenan.2 Pendekatan Islam Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar Sehingga penyelidikan ini dilakukan. ii. Mereka menekankan tentang beberapa aspek yang penting iaitu: i. kemahiran mengatasi tekanan dan sebagainya.

0 KAJIAN LEPAS LUAR NEGARA 4. bersetubuh ketika isteri dalam haid dan bersetubuh pada siang hari ketika di bulan Ramadhan. Menerima kelemahan dan limitasi peribadi klien iv. homoseksual. 12 . Menerima perbuatan homoseksual suatu yang dilarang dalam Islam iii. Mengubah dorongan diri 4. Berdasarkan DCBT. Contoh minum arak dan bertukar pasangan di dunia adalah haram tetapi di syurga kemungkinan manusia boleh minum air anggur dan bertukar pasangan sebagai ganjaran tinggal di syurga.1 Pendekatan Spiritual Counselling Kelly dan rakan-rakan (1994) turut bersetuju bahawa kebanyakan kaunselor sekolah menjelaskan aspek spiritual dan keagamaan merupakan suatu topic dalam latihan kaunselor tetapi kepercayaan ini tidak dimasukkan dalam kuriulum kursus kaunseling. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. iii. Nadiah (2005) turut memberi pandangan bahawa gaya hidup homoseksual turut bukan menjadi larangan kepada manusia ketika tinggal di syugra. Mengubah konsep kendiri vi. Manusia mempunyai limitasi kehidupan di dunia tetapi apabila disyurga manusia bebas melakukan segala perbuatan. Mengubah tingkah laku lampau yang dilarang vii. ahli terapi cuba membantu klien dari aspek-aspek berikut: i. Berangan-angan tidak dianggap berdosa tetapi berfantasi secara bernafsu adalah suatu perbuatan yang berdosa. Menurut Kelly (1994) kajian dikalangan 341 kaunselor Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. ii. Menerima limitasi yang ditentukan Allah swt v. Menerima keinginan dan dorongan klien sebagai suatu yang semulajadi ii.

kesedaran dan sikap kaunselor terhadap aspek spiritual dan agama seperti silang budaya. Mereka berpandangan berdasarkan kurikulum Council for Accreditation of Counseling and Related Educational Programs (CACREP) kaunselor perlu bekerja secara beretika dan efektif dengan isu sedemikian dalam setting kaunseling yang sekular. Spiritual dan dan agama mempunyai makna yang pelbagai dan ekspresi melibatkan budaya dan diri individu. Manakala kajian Pate dan High (1995) terhadap 60 CACREP akreditasi program mendapati 60% daripada program dilaporkan menyentuh kepercayaan dan latihan klien dalam bidang pengajian asas sosial dan budaya CACREP. 13 . 8 ahli psikoterapi ditemubual secara naratif. Chris (2006) melakukan kajian secara kualititatif untuk melihat pengalaman ahli psikologi terhadap perkembangan amalan perkhidmatan spiritual. dan signifikan dalam setting penghidupan yang sekular. iv. sistem kepercayaan spiritual dalaman. Kajian ini mendapati bahawa Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. penglibatan pengalaman psikologi. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Tema penting melibatkan perkembangan proses berterusan. Kajian ini cuba melihat bagaimana ahli psikologi mengubah diri ketika menjalani sesi terapi dan kesan perubahan ini terhadap amalan terapi spiritual. v.yang mengikuti program pendidikan kaunseling hanya 25% dilaporkan bahawa isu spiritual dan agama dimasukkan dalam komponen kursus. pengalaman penerokaan kepercayaan spiritual. Spiritual dan agama mempunyai pelbagai sifat negative terhadap tingkah laku manusia yang memerlukan kaunselor untuk membantu masalah klien. kesan positif sistem kepercayaan spiritual dan system kepercayaan spiritual yang memberi kesan amalan psikoterapi. iii. Lima andaian diberikan berdasarkan artikel ini iaitu: i. spiritual dan agama mempunyai legitimasi dalam menangani isu kehidupan. Kaedah deskprif fenemenologikal digunakan untuk menilai pengalaman spiritual ahli psikologi dan kesannya terhadap amalan terapi. Terdapat persamaan antara spiritual dan agama (pertindanan berlaku) ii. Thomas Burke dan rakan-rakan (1999) memberi gambaran populasi umum dikalangan kaunselor menunjukkan bahawa isu spiritual dan keagamaan adalah relevan. Berdasarkan etika. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. sesuai secara etika. Kesepaduan antara spiritual dan agama dalam kurikulum kaunseling wujud melalui kejujuran.

Selepas dikecam hebat oleh golongan activist lesbian dan gay. dikod dan dikategori untuk menjawab persoalan kajian dan kemudian dianalisis berdasarkan interpretasi pengkaji.perkembangan pengalaman spiritual ahli psikologi yang berkait dengan amalan terapi. Kategori dan tema diperolehi berdasarkan kekerapan ciri-ciri yang ditunjukkan responden. 10 responden tersebut mengaku mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap tuhan tetapi menolak kehadiran agama dalam psikoterapi. Responden sering mengalami konfron dengan klien dari aspek kekaburan makna. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. suatu yang tidak dijangka. Temubual ditranskrib. Kebanyakan rawatan yang diberikan tersebut memberikan ketidakpuasan dan kemarahan kepada klien. 14 . tiada rawatan-rawatan tersebut yang berkesan untuk mengubah masalah seksual yang dihadapi klien. dan penambahan insulin. dan sukar dikawal. Penyelidik turut mendapati bahawa pengalaman pengkaji bersama 10 ahli psikoterapi bukan suatu yang statik tetapi dinamik dan pengalaman berguna. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. castration. James (2007) menjalankan kajian pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi psikoterapi. transformatif individu. 2000) Beberapa strategi yang digunakan adalah psikoanalisis. masalah tingkah laku seksual dilihat sebagai suatu tingkahlaku tidak normal dalam masyarakat Barat dan matlamat rawatan pada masa itu adalah mengubah gaya hidup homoseksual kepada heteroseksual. Terdapat 10 ahli psikoterapi berlesen terlibat dalam kajian yang mempunyai sekurang- kurangnya pengalaman selama 3 tahun dalam spiritual dalam psikoterapi. proses berterusan yang memberi kesan terhadap hubungan pendekatan kaunseling.Menurut American Psychological Association (2005) The American Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. Di samping itu. terapi hormon. (Evosevich dan Avriette. penyelidik turut melihat ahli psikoterapi ingin membantu klien untuk memahami pengalaman dalam psikoterapi melalui makna dan interpretasi.2 Pendekatan Barat Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar Sehingga tahun 1970-an. 4. kesatuan American Public mencadangkan pengubahan dalam senarai American Psychological Association berhubung masalah tingkah laku seksual (homoseksual). Ini kerana responden menilai agama sama seperti menilai psikoterapi tradisional tanpa spiritual. Menurut Evosevich dan Avriette (2000). Tujuan kajian ini ialah untuk melihat apakah pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi psikoterapi. batasan dan makna spiritual antara psikoterapi dengan klien dalam sesi psikoterapi dan adakah ahli pskioterapi memisahkan antara pengalaman spiritual dan pengalaman agama dalam sesi psikoterapi.

Penyelidik menggunakan kaedah eksperimen dimana satu kumpulan merupakan kumpulan eksperimen dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Namun secara statistik. Manakala untuk mengukur tingkah laku. penyelidik menggunakan Sex Knowledge and Attitude Test (SKAT) yang mengandungi lima skala iaitu heteroseksual. autoercticm dan knowledge. Ficher (1977) menjalankan penyelidikan berkaitan sek kaunseling dikalangan kaunselor. dan maklumat demografi. sexual myths. Keputusan eksperimen menunjukkan tidak peningkatan yang signifikan terhadap kumpulan kawalan berkaitan sikap. pengetahuan dan tingkah laku. sebaliknya mengubah nilai yang ada pada manusia. Nassif Goldstein (2006) mengkaji penerokaan spiritual dan identiti dikalangan remaja mengikut perkembangan Erikson yang mempunyai 4 tahap perkembangan. Analisis statistik menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara spiritual dan jantina (perempuan lebih tinggi daripada lelaki). status 4 identiti. Untuk mengukur pengetahuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Penyelidik merekod temubual secara digital. 15 . Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. abortion. terdapat keputusan yang signifikan perubahan tingkah laku dikalangan kumpulan eksperimen. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Sejak 1983. walaupun melibatkan homoseksual yang bertentangan dengan ajaran agama Kristian. Regresi linear digunakan untuk melihat hubungan spiritual. penyelidik menggunakan teknik temuduga dengan mengambilkira jumlah melakukan amalan seksual. menganalisis dan kod transkrip untuk memperoleh tema.Psychiatric Association mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai kecelaruan seksual dalam DSM III 1973. 3 daripada 12 responden mendapat skor yang tinggi dalam Human Spiritual Scale (HSS) daripada setiap identiti dan terlibat dengan temubual bagi meneroka spiritual secara lebih mendalam. Tujuan penyelidikan ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dan sikap dikalangan kaunselor terhadap seksualiti manusia. Persatuan Profesional Kesihatan Mental bersetuju untuk tidak mengubah seksual orientasi manusia. gred. Analisis kuantitatif menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara spiritual dengan umur. 261 responden yang berumur 14 hingga 18 tahun grade 10 hingga 12 daripada 2 buah sekolah tinggi di California Utara melengkapkan maklumat demografi dan Ego Identiti Process Questionaire (EIPQ) dan Human Spiritrual Scale (HSS) untuk menilai status identiti dan tahap spiritual. Ini menandakan bahawa aktiviti seksual telah dapat diterima masyarakat barat.

ibu bapa enggan bekerjasama kerana merasai kurang berpengatahuan. perasaan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kaunselor diperingkat sekolah rendah mampu memberi tanggungjawab kepada ibu bapa sebagai pendidik seks terhadap kanak-kanak iv. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Program ini mendapat kerjasama kaunselor sekolah di peringkat sekolah rendah. dan agama.etnik.Manakala keputusan kualitatif pula menunjukkan 4 kategori remaja mempunyai pengalaman spiritual ketika berinteraksi dengan orang lain. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam program khususnya dari segi kognitif. Ibu bapa merupakan asas pendidik kepada kanak-kanak. Bundy dan White (1990) menjalankan program latihan dikalangan ibu bapa uuntuk menjadi lebih efektif dalam pendidikan seks untuk anak-anak. Para pelajar pula terdiri diperingkat tadika hingga diperingkat gred lima. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. dan menguruskan pengalaman. aktiviti kumpulan harus dibina kepada ibu bapa untuk memproses maklumat dengan mengambilkira sistem nilai mereka. Mereka juga berasal daripada kalangan kelas pertengahan. Ini kerana ibu bapa banyak mempengaruhi cara bagaimana kanak-kanak berfikir. Asas program adalah seperti berikut: i. manakala dari segi warna kulit 17 ibu bapa berkulit putih dan 2 ibu bapa berkulit hitam. iii. Di samping itu. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Mereka berpandangan program ini merupakan suatu usaha yang efektif berdasarkan pengalaman selama 18 tahun dimana usaha diperingkat pencegahan adalah lebih baik berbanding diperingkat pemulihan. 19 ibu bapa yang terdiri daripada 15 ibu dan 4 bapa terlibat dalam pertemuan. Satu seminar bertajuk keluarga sebagai pendidik seks diadakan diperingkat sekolah rendah. Kanak-kanak lebih mengutamakan ibu bapa sebagai sumber rujukan berkait dengan seks. 16 . Namun begitu. tidak selesa untuk berbual tentang seks dengan anak-anak dan kurang pasti apa kemahuan anak-anak tentang seks apabila berada diperingkat umur tertentu. Kombinasi keputusan ini menunjukkan remaja mengalami pengalaman spiritual khususnya ketika berinteraksi dengan orang lain. ii. penguasaan bahasa.

Seramai 63 kaunselor terpilih dalam penyelidikan selepas mengalami proses tapisan. Mereka kemudiannya dikehendaki menonton video klien selama 5 minit. Parisien dan Long (1994) menjalankan kajian dikalangan kaunselor yang diberi latihan untuk menangani klien yang menghadapi penganiayaan seksual. Kemahiran komunikasi secara efektif amat perlu untuk mengendalikan pendidikan seksual. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. v. Penyelidik berpandangan isu penganiayaan seksual seringkali memberi trauma kepada kaunselor kerana mempunyai perasaan bimbang dan memberi pandangan yang negatif kepada klien. Ibu bapa harus dilatih berkomunikasi dengan efektif seperti bahasa badan. John Tuell (2003) menjalankan penyelidikan berkaitan intervensi efektif dikalngan remaja yang melakukan kesalahan juvana. eye contact. Amerika Syarikat. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menilai model rawatan berkaitan kesalahan seksual dikalangan remaja. 56 pesalah seksual juvana dinilai yang dipilih daripada direktori program pesalah juvana di daerah Ohio. Hubungan antara data dan bukti empirikal menyumbang kepada profesion klinikal kaunseling. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. lesen. Keputusan menunjukkan kaunselor yang menerima latihan menangani penganiayaan seksual dikalangan klien mempunyai peningkatan komunikasi diri. Proses pemilihan kaunselor berdasarkan tiada pengalaman atau pengalaman minima mengendalikan kes penganiayaan seksual datau fizikal dan telah mengikuti kursus kemahiran temubual. penyelidikan ini berguna sebagai program rawatan kepada pesalah juvana. Di samping itu. imiginasi memberi kaunseling kepada klien. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti kaunselor wanita dari aspek komunikasi diri apabila berdepan dengan klien yang bersekedudukan dan perbezaannya dengan klien yang menghadapi masalah konflik dalaman dan penganiayaan fizikal. Remaja yang terlibat dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. The National Task Force on Juvenile Sex Offenders mengenalpasti bidang rawatan terhadap populasi pesalah ini. program setting dengan rawatan intervensi. 17 . Paad tahun 1993. Schwartz States of Mind Model digunakan dalam penyelidikan ini. Pesalah juvana sering melakukan serangan seksual dan berdasarkan laporan 1/5 kejadian dan hampir ½ daripada banyak kes gangguan seksual melibatkan remaja. dan kemahiran mendengar secara aktif. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap. dan melengkapkan soalan tentang video yang ditonton.

Mimi Iznita Mohamed Iqbal & Hawa Rahmat. Anjuran UUM. Islamic psychotherapy and counseling processes: An alternative approach to the helping relationship. 1986. 1 – 3 Mei 2003. College of Education. Capella University. Oleh itu. 2003.M & Avriette. 18 .5. ‘The gay and lesbian psychotherapy treatment planner’. Universiti Kebangsaan Malaysia.United States of America Evosevich. Chris M. Christopher John Tuell. Menangani stress di tempat kerja melalui kaunseling berperspektif islam. Inc. ‘Beberapa isu kaunseling barat dan implikasinya terhadap praktik kaunseling di Malaysia’. Abdul Halim Othman.0 RUJUKAN Abdul Halim Othman. Doctor oF Education. Hotel Quality. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. 6. ‘A phenomenological study of psychologists’ experience of spiritual development as it relates to therapy practice’. Hammer. Azizah Othman. Singapore: John Wiley & Sons. ‘Senario pendidikan dan latihan kaunselor di Malaysia’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kaunseling. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. 2001. Anjuran UUM. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Unpublished Doctor of Philosophy. Treatment Providers’ Perception of Effective Interventions With Juvenile Sex Offenders. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia. Counseling Program Division of Human Services. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot.0 KESIMPULAN Berdasarkan kajian-kajian lepas jelas menunjukkan pendekatan kaunseling Islam masih belum banyak diterokai penyelidik tempatan khususnya melibatkan kajian secara empirikal. 2003. 2000. Manakala banyak kajian luar negara dilakukan secara empirikal tetapi mengikut sumbernya pendekatan barat dari segi akidahnya amat bertentangan dengan ajaran Islam. penerokaan terhadap penyelidikan ini merupakan suatu penemuan baru dalam bidang bimbingan dan kaunseling khususnya pendekatan kaunseling Islam sebagai suatu alternatif baru di Malaysia. 2006. 2-3 April 2001 Amir Awang & Iran Herman. kajian-kajian barat hanya dapat dirujuk penyelidik dari segi konsep sebaliknya bukan kandungan penyelidikan itu sendiri. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. 1 – 3 Mei 2003. Univesity of Cincinnati. Justeru itu. J.

Kaunseling dari perspektif islam. ‘The effect of an Islamic volitional training on volition. Kelly. Hushim Salleh & Ishammudin Ismail. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. Counselor Trainees’ Self-Statement Responses to Sexuality and Physically Abused Clients and Client Role Conflict.Long. religion and CACREP curriculum standards. ‘Panduan asas kaunselor muslim’. ‘Kaunseling dalam masyarakat islam’. ms 251. Sintok. Counselor Education and Supervision. Spiritual. Gail A. Counselor preparation: The role of religion and spirituality in counselor education: A national survey. Journal of counseling and development. Lynne S. 2005. London: MWH. Michael L. 28 - 29 November 2005. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Journal of Counseling and Development. Universiti Utara Malaysia. academic regulation and academic procrastination’. Mohd Fauzi Hamat.Hassan Langgulung. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Parents as sexuality educators: A parent training program. 2003. White. 2007. Malik Badri.W. Jr. 1990. Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia’. Judith Miranti. 33: 227-237. 68. Nadiyah Elias. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd. Patricia Hudson. Capella University. Harold Hackney. 1 – 3 Mei 2003. Kuala Lumpur. 1994. 72. YADIM. Ishammudin Ismail. 2005. James H Moody. 19 . Paradigma tauhid sebagai motivator terbudayanya gaya hidup sihat dalam sesebuah masyarakat. Jan 1994. Dalam Prosiding Persidangan Kaunseling Universiti Malaya 2005. Kedah. 77. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. ‘Success with Islamic counseling and psychotherapy’.257. E. Watts dan Lawrence Epp. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam. 1994. Bundy dan Priscilla N. Mahmood Nazar Mohamed. Unpublished Doctor of Philosophy. 1999. 304-309. Parisien dan Bonita C. Mary Thomas Burke. Anjuran UUM. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. ‘Psikotherapist’s spiritual experience with their clients in psychotherapy. Keluarga dan Masyarakat. 321-323. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita. 2001. 2000. Summer 1999. ‘Pengantar psikologi. A phenomenological inquiry’. Journal of Counseling and Development: Jan 1990.

Rahimi Che Aman. Sapora Sipon. Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008. Attitudes. ‘Sains sosial dari perspektif islam’. Kajian kes di tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru’. Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. Keperluan agama dalam kaunseling. Othman Mohamed. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Dalam Prosiding Persidangan Kaunseling Universiti Malaya 2005. 1 – 3 Mei 2003. 2003. 1 – 3 Mei 2003. Rozman Harun. Knowledge and Sexual Behaviour of High Risk Adolescents: Implications for Counseling and Sexuality Education. Anjuran UUM. Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. 68. Analisis keperluan pendekatan kaunseling terhadap masalah perceraian. Wan Hashim Wan Teh & Mahayudin Yahaya. Keluarga dan Masyarakat.Noor Azniza Ishak. 28 . Adaptasi kemahiran kaunseling keluarga dalam masyarakat oleh para imam di daerah Kota Setar. 293-298. . Satu pendekatan kajian kes di Jabatan Agama Islam Johor. Journal of Counseling and Development. 1996. 2005. 20 . Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 2002. Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Johor. Anjuran UUM. 2003. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam.29 November 2005. 2002. Zulkifli Mohamed Rasid & Syed Mohamed Syed Abdullah. Norliza Md Noor & Azmi Shaari. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Anjuran UUM. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Tim Melchert dan Kent F. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Rohani Ibrahim.’ Projek Sarjana yang tidak diterbitkan. 2003. 1 – 3 Mei 2003. Burnett. Siti Hairaney Bachok. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita. Jan 1990. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. ‘Analisa keperluan kaunseling kerohanian dalam membina tingkah laku pelajar menghormati guru. ‘Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling’. ‘Amalan kaunseling kerohanian dikalangan pelajar Melayu. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Perkhidmatan kaunseling Brief sebagai satu kaedah.

21 . Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot. Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar.