Konflik Ibu Bapa dan Remaja.

Pengenalan • Definisi Konflik Konflik, menurut Wikipedia,secara sociologis, konflik merujuk kepada “suatu proses sosial antara dua orang atau lebih (bisa juga kelompok) dimana salah satu pihak berusaha menyingkirkan pihak lain dengan menghancurkannya atau membuatnya tidak berdaya “ Konflik juga “dilatarbelakangi oleh perbedaan ciri-ciri yang dibawa individu dalam suatu interaksi. perbedaan-perbedaan tersebut diantaranya adalah menyangkut ciri fisik, kepandaian, pengetahuan, adat istiadat, keyakinan, dan lain sebagainya” Dengan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa konflik merupakan situasi yang terjadi apabila ada perbezaan pendapat antara dua pihak. Kedua-dua pihak ini menentang pendapat antara satu sama lain walaupun kadang-kadang mempunyai tujuan yang sama. • Cabaran Remaja Pada usia remaja, seseorang itu akan mengalami perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social. Ini secara langsungnya akan memberi kesan terhadap kesihatan mental. Antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh remaja ialah, keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering merasa diri disalahertikan, merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi, susah membuat keputusan dan mempunyai konflik dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, kajian lepas menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mereka sering

1

terbuka. remaja akan sering bertelingkah dengan orang-orang yang bersifat authoriti disekelilingnya. dan menyeronokkan. • Konflik Ibu Bapa dan Remaja Apabila seseorang itu meningkat remaja. seseorang itu akan lebih cenderung untuk bersifat egosentrik. iaitu jurang umur. Ibu bapa amat sukar memahami anak-anak remaja mereka dengan jurang umur yang sangat berbeza ini. Walau bagaimanapun. Remaja juga kelihatan lebih suka menghabiskan masa mereka dengan rakan-rakan sebaya kerana mereka berpendapat rakan-rakan sebaya lebih bebas. remaja dan ibu bapa melihat kehidupan dengan perspektif yang berbeza. dirasakan tidak begitu penting oleh ibu bapa. adalah penting untuk mengurangkan konflik ibu bapa dengan remaja demi kesejahteraan remaja itu. mengikut Papalia dan Olds (1992). dengan ibu-bapa. Selain itu. dan jika berada dirumah. Tambahan pula. konflik remaja dengan ibu bapa merupakan fenomena normal yang tidak dapat 2 . Disebabkan dengan jurang umur ini. Oleh itu. pernolakan remaja terhadap nilai-nilai ibu bapa hanyalah sementara sahaja. Perkara-perkara yang dirasakan begitu penting oleh remaja. Jika di sekolah. Oleh itu. remaja juga cenderung bersifat memberontak dengan orang-orang diselilingnya yang dilihatnya mempunyai nilai yang ‘keras’.menjalinkan hubungan mesra dengan orang lain. nilai-nilai yang didukung oleh remaja pada hakikatnya tidak jauh beza dangan nilai-nilai yang dipegang oleh ibu bapa. Oleh itu. Mereka juga kurang mempunyai masalah kesihatan mental. dengan guruguru. Ini juga merupakan sebab utama remaja mempunyai konflik dengan ibu bapa.

dari segi nilai dan sikap yang dipengang oleh ibu bapa dan remaja. mengambil berat terhadap diri mereka.dielakkan dalam perkembangan pada peringkat remaja. cara mengatur bilik. dalam cita rasa peribadi. Apa yang penting sebenarnya ialah. Berdasarkan adapt atau peraturan social. Tetapi. Ahli psikologi pula berpendapat. mersepsikan ibu bapa sebagai penyayang . Jurang Generasi antara Ibu Bapa dan Remaja Kajian lepas mendapati bahawa. konflik remaja dengan ibu bapa boleh mendatangkan kesan positif kerana konflik itu menggalakkan dan meransang daya kreativiti dan pemikiran kritis kaum remaja seandainya konflik itu dapat diimbangi dan diatasi dengan jayanya oleh remaja. ibu bapa akan melabelkan sesuatu itu ‘betul’ atau ‘salah’. majoriti remaja masih rapat dengan ibu bapa mereka. seperti isu mengemas bilik. Smetana (1989) berpendapat bahawa faktor utama yang menyebabkan pertelingkahan ialah cara mendefinisikan isu-isu tertentu yang berbeza. Walau bagaimanapun. oleh kerana mereka sudah mula membuat pernaklukan sendiri. seperti cara berpakaian. Remaja pula. kajian lepas mendapati remaja masih mempunyai nilai dan sikap yang sama dipegang oleh ibu bapa mereka. akan faham bahawa sesuatu isu itu merupakan pilihan peribadi. Ini kerana remaja dipengaruhi dengan cita rasa rakan-rakan sebaya mereka. waktu pulang ke rumah dan sebagainya. 3 . ibu bapa dan remaja haruslah cuba memahami pendapat masing-masing tanpa mendefinasikan sesuatu isu itu dengan berbeza. dan masih menghormati akan penilaian ibu bapa mereka. perbezaan pendapat memang akan wujud. bukan peraturan sosial. waktu makan . Tambahan pula.

egosentrik dan pencanggahan rasa rendah diri (Inferior). Mereka mendahagakan ‘role – model’.Pada peringkat ini juga. remaja kelihatan ingin diidentifikasikan sebagai apa-apa pun selain daripada ibu bapa mereka. remaja menghadapi konflik dengan ibu bapa mereka. Ini menyebabkan perselisihan faham antara remaja dengan ibu bapa. 4 . lebih-lebih lagi dihadapan kawan-kawan mereka. Pada peringkat ini. Krisis identiti Pada zaman remaja. mereka cenderung berpaling kepada rakan-rakan sebaya supaya mereka dapat merasakan diri mereka tergolong dalam sesuatu golongan. Di bawah perkembangan kognitif terdapat tiga cabang iaitu idealistic.Faktor. proses ‘pemisahan’ ini adalah perkara yang normal. Dengan pencarian identi yang masih kabur itu. Oleh itu. Tambahan pula. dengan isu krisis identiti ini. contoh teladan yang mereka boleh ikuti. remaja ‘menolak’ ibu bapa mereka supaya mereka merasakan diri mereka bukan lagi di zaman kanak-kanak dan dengan itu dapat membentuk identity mereka sendiri dengan lebih mudah.faktor yang Mengakibatkan Konflik Ibu Bapa dengan Remaja Antara faktor-faktor yang mengakibatkan konflik di antara ibu bapa dengan remaja ialah krisis identiti dan perkembangan kognitif. remaja sering membuat keputusan yang berbeza dengan keputusan yang diambil oleh ibu bapa mereka. pencarian identiti merupakan satu ciri yang begitu menonjol. Mereka seolah-olah tidak ingin lagi meluangkan waktu bersama keluarga malah merasakan tidak selesa jika kelihatan bersama ibu bapa. Walau bagaimanapun.

Hal ini berlaku kerana ibu bapa tidak memahami perubahan pengalaman yang dialami oleh remaja dan cuba untuk mempengaruhi cara pemikiran anak remaja mereka dengan cara yang tidak sesuai. Malahan. Walau bagaimanapun. mereka gunakan untuk membuat pemilihan peribadi.apa yang diinginkan jika mereka berusaha. • Egosentrik Dalam psikologi. utopia . pekerjaan atau ideology. cinta dan membuat penaklukan sendiri berdasarkan hipotesis yang mereka memikirkan sendiri. mengkritik anak remaja mereka dan mengenakan hukuman. bagi remaja yang mempunyai impian yang tidak selaras dalam hidup mereka cenderung memperlihatkan sikap tidak kisah. keadaan menjadi lebih buruk ketika ibu bapa mula masuk campur .Perkembangan Kognitif • Idealistik Remaja berkebolehan memikirkan teori-teori abstrak menyentuh soal politik. Tambahan pula. Dengan pemikiran yang sangat tebal dan idealistic ini. Mereka juag mungkin mengasingkan diri daripada masyarakat . mereka juga berpendapat bahawa mereka boleh mencapai apa. egosentrik ialah satu sifat ketidak bolehan membezakan antara diri dengan orang lain dan cenderung melihat sesuatu perkara hanya dengan 5 . Mereka juga menentang apaapa perkara dalam masyarakat yang tidak disenanggi oleh mereka.

dengan rasa rendah diri yang dialami oleh kedua-dua pihak ini. Dengan kebolehan intelek yang baru mereka perolehi. 6 . bagi ibu bapa. menghasilkan tingkah laku yang meingkatkan ketegangan dalam hubungan. Apabila sesuatu keputusan perlu dibuat. Remaja pula cuba mempertahankan pendapat mereka dan ini boleh mengakibatkan perbalahan dengan ibu bapa mereka. Manakala. mereka sering bercanggahan pendapat dengan ibu bapa mereka. • Pencanggahan Rasa Rendah Diri Kesedaran mengenai ketidakupayan mengatasi ibu bapa menyebabkan remaja merasa merendah diri.pandangan mereka sendiri. Disebabkan dengan ini. Kesedaran ini digantikan dengan tingkah laku palsu yang ditunjukkan oleh remaja. mereka berangan-angan untuk menakluki dunia. Sifat egosentrik ini sangat berkai rapat dengan ketidak stabilan emosi remaja. percanggahan pendapat menjadi perkara biasa. Maka. mereka tertekan dengan hakikat bahawa zaman kegemilangan mereka sudah berakhir dan mereka sudah pasti tidak boleh mengulangi kecerdasan dan kelincahan seperti yang dialami oleh remaja. Mereka sukar menerima pendapat dan pandangan orang dewasa.

ibu bapa perlu sedar bahawa tidak semua remaja mempunyai taraf pemikiran dan kognitif yang sama. Harapan yang diberi oleh ibu bapa ini memberi tekanan yang melampaui keupayaan anak remaja mereka. mereka berpendapat dengan pencapaian akademik yang baik dapat menjamin masa depan anak-anak mereka. Hal ini kerana. Salah satu contoh tekanan yang diberi ialah dengan membanding-bandingkan pencapaian akademik anak mereka dengan anak-anak kawan mereka. perbelanjaan wang. Apabila tekanan yang dihadapi oleh remaja bercanggah dengan perasaan kecewa ibu 7 . Pencapain akademik merupakan faktor penentu pencapain sosioekonomi anak-anak. pemilihan rakan dan pencintaan. • Pencapaian akademik dan kerja rumah Ibu bapa sangat mengambil berat tentang pencapaian akademik dan kerja rumah anak remaja mereka. Ibu bapa akan menambah tekanan lagi jika pencapain akademik anak mereka tidak secemerlang dengan pencapain anak rakan mereka. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza. Oleh itu. remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya dengan menjalankan aktiviti sosial. Disebabkan dengan tekanan yang diberikan itu. Mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan berseronok.Jenis-jenis Konflik Antara jenis-jenis konflik yang dialami oleh ibu bapa dan remaja ialah pencapaian akademik dan kerja rumah. Mereka kurang memikirkan soal akademik dan kerja rumah.

dan sosioekonomi rakan-rakan anak remaja mereka. ibu bapa ingin anak-anak mereka berkawan dengan yang setaraf sosioekonomi dengan 8 . Kadangkala. Tindakan ini pula sering menimbulkan prasangka dan kebimbangan di kalangan ibubapa kerana mereka merasakan yang kuasa mereka mengawal aktiviti anak semakin merosot. Ramai ibu bapa berpendapat remaja masih belum mampu mengagihkan perbelanjaan secara rasional. Jika remaja berharap mendapatkan sesuatu . apabila sangat nekad ingin mendapatkan apa-apa yang diinginkannya. Ibu bapa beranggapan bahawa remaja akan menghabiskan wang pada barang-barang atau hal-hal yang tidak membawa apa-apa faedah. remaja akan memperlihatkan satu akademik pencapaian yang lemah sebagai penentangan emosi terhadap tekanan ibu bapa.bapa mereka. maka konflik akan berlaku. dan harapan mereka itu musnah akibat tiada sokongan wang daripada ibu bapa. etnik. • Permilihan Rakan Ibu bapa sebenarnya sangat prihatin tentang latar belakang agama. Mereka amat bimbang jika anak mereka terjerumus dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. • Perbelanjaan Wang Konflik jenis ini berkaitan dengan jumlah wang saku dan kebebasan dalam soal perbelanjaan wang. maka konflik akan berlaku. Mereka sering merasakan remaja bersikap membazir dalam perbelanjaan. akan mula cuba bekerja sambilan untuk memperoleh wang. Sesetengah remaja pula. Dalam sesetengah kes.

Walau bagaimanapun.keluarga mereka. Apabila ibu bapa mengkritik anak remaja mereka tanpa memberi alasan yang munasabah. membawa hubungan yang lebih tegang. ada ibu bapa yang tidak kisah dengan taraf sosio ekonomi kawan-kawan anak-anak mereka. tidak hairanlah wujud kes-kes remaja lari daripada rumah akibat daripada konflik ini. mereka akan lebih berani berkonflik dengan ibu bapa mereka. pemilihan rakan bagi remaja ialah berdasarkan nilai-nilai tersendiri seperti nilai hidup. Ini berkait rapat tentang pemikiran dan pandangan ibu bapa itu. Maka. mereka akan cuba menilai 9 . Satu kritikan yang bersifat emosional akan membawa peningkatan tingkah laku yang dikritik. personaliti. Mereka mahu kawan-kawan anak remaja mereka itu memberi pengaruh yang baik terhadap anak mereka. dan sebanyak manakah hubungan itu membawa keseronokan kepada mereka. Jika remaja menerima sokongan dari rakan sebaya . Oleh itu. mengharapkan penerimaan dan meunujukkan kepada ibu bapa yang mereka mampu hidup berdikari. ia mendorong remaja beralih kepada kawan-kawan. Kadangkala pula. Ibu bapa sebenarnya sangat bimbang jika pencintaan akan membawa kepada perkahwinan yang tidak sepadan. Mereka juga mengharapkan dengan pengaruh yang baik itu dapat meningkatkan lagi prestasi akademik dan tingkah laku yang positif anak. minat. Dengan perbezaan pandangan dari segi ini. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.anak mereka. • Pencintaan Kebiasaannya banyak remaja perempuan yang mengalami konflik jenis ini.

etnik dan agama. pandangan mereka lebih kritikal. 10 . Pada ibu bapa pula.kesesuaian rakan anak remaja mereka berdasarkan latar belakang sosioekonomi. Ini menyebabkan ibu bapa sentiasa mengawasi masa dan tempat temu janji anakanak mereka itu. maka timbul lah konflik. Dengan masing-masing mempertahankan pendirian dan pendapat mereka. Mereka bimbang pertemuan dengan teman lelaki akan membawa kepada tingkah laku yang seksual yang bertentangan dengan nilai masyarakat dan agama. Mereka juga mengambil berat tentang reputasi dan imej rakan lelaki anak perempuan mereka. Ibu bapa juga berpendapat. Remaja perempuan pula cuba membela dan imej teman lelakinya kerana mereka berpendapat hanya mereka sahaja yang memahami teman lelakinya itu. Namun begitu. remaja sering salah erti dengan hasrat ibu bapa ini. Contohnya. atau balik ke rumah lewat malam. ibu bapa melarang anak perempuan mereka bertemu dengan teman lelaki pada waktu malam. pada kebiassanya. Kadang-kala tanggapan terhadap rakan lelaki itu berdasarkan kepada khabar angin yang mereka dengar . remaja sepatutnya berinteraksi dengan pelbagai individu supaya mereka mengenali karakter yang pelbagai berbanding hanya berinteraksi hanya dengan individu yang tertentu sahaja.

Ibu bapa mesti berusaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain. Hurlock (1968) mendapati bahawa ibu bapa yang menggunakan disiplin yang terlalu ketat lebih banyak mewujudkan krisis personaliti antara remaja dengan ibu bapa. Sebenarnya. Perasaan mereka sangat sensitive sehingga perkara-perkara yang remeh-temeh pun boleh mengecilkan hati mereka. pada peringkat ini remaja memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasih sayang daripada orang dewasa. Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi remaja yang sedang membesar. Ibu bapa yang tidak memahami keperluan-keperluan dan kehendak-kehendak remaja akan menyebabkan remaja menjauhkan diri mereka daripada keluarga. 11 . Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemuka dengan anak-anak mereka dan jangan sesekali memperkecilkan kemampuan dan menolak pendapat remaja.Langkah-langkah Untuk Mengatasi Konflik • Peranan Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam mengatasi konflik dengan remaja. Remaja ternyata menghadapi kehidupan yang kritikal pada peringkat umur dari 12 hingga 21 tahun. Pada masa ini jugalah konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidup mereka. Ini kerana remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati seperti mana ibu bapa ingin disanjungi.

kebebasan yang dimiliki haruslah digunakan untuk mengembangkan potensi yang sedia ada. Di samping itu. Jika perlu. • Peranan Remaja Seterusnya kita lihat bagaimana remaja sendiri juga memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan konflik dengan ibu bapa mereka sendiri. Para remaja ini perlu berhati-hati apabila mengambil satu-satu keputusan dan tindakan. Setiap masalah yang timbul boleh dibincang bersama kerana masalah yang kecil pun boleh menjadi besar jika tidak diselesaikan secara rasional. Bagi mereka yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang permissif pula. haruslah sedar bahawa mereka telah diberikan kebebasan tanpa kawalan.remaja juga harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan apabila berselisih faham atau pendapat dengan ibu bapa. dapatkan nasihat daripada orang yang boleh dipercayai. 12 . Selain itu. Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru sekolah atau rakanrakan yang berpersonaliti positif. remaja harus memahami cara dan bentuk didikan ibu bapa.Akhir sekali. remaja harus melakukan sesuatu untuk mengelak berlakunya konflik dengan ibu bapa. Bagi remaja yang menerima didikan secara demokrasi. Terlebih dahulu. Remaja sendiri perlu sedar akan kesukaran ibu bapa mencari nafkah untuk membesarkan mereka. ibu bapa juga harus memberikan anak-anak didikan agama yang secukupnya kerana melalui pendidkan agama yang lengkap dan sempurna akan menghasilkan generasi muda yang lebih baik.

Jalan penyelesaian yang paling baik ialah meyakinkan remaja bahawa mereka mempunyai nilai tersendiri yang berbeza dengan matlamat akhir yang dikehendaki oleh ibu bapa. Mereka mahukan anak mereka berdikari tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan anak mereka jauh daripada pandangan. terutamanya dari segi kewangan. 1982). Walaupun untuk menukar cara didikan amat sukar dilakukan. remaja harus memperlihatkan sikap menghormati ibu bapa. tetapi sekiranya remaja terus menghormati ibu bapa. Lantaran itu. 13 . Masalah jurang generasi dapat diatasi sekiranya remaja sedar bahawa ibu bapa mempunyai nilai mereka yang tersendiri. harus dicari jalan supaya sikap ibu bapa mereka dapat diubah agar dapat samasama berbincang soal-soal berkaitan dengan remaja. mereka ingin membina hidup mereka sendiri tetapi pada masa yang sama terpaksa mengekalkan ikatan dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain (Siegel. Kita sedar bahawa bukan mudah untuk mematuhi peraturan-peraturan yang dikenakan.Bagi remaja yang dibesarkan dalam keluarga bercorak autokratif pula. ibu bapa juga mempunyai perasaan tidak menentu. Apa yang sering berlaku ialah remaja ingin ‘melarikan diri’ daripada ibu bapa tetapi pelarian ini terhalang kerana masih terikat dan bergantung kepada ibu bapa mereka. Munglin untuk cara mentafsir nilai itu berbeza. Bukan sahaja remaja. lama-kelamaan ibu bapa akan terpengaruh dan mengubah sikap mereka. Degan erti kata lain. tetapi remaja mesti pastikan bahawa ibu bapa memahami tujuan dan matlamat mereka sebenarnya.

1989). 14 .wujudlah apa yang dikenali sebagai maklumat berganda dalam tingkah laku. Offer dan Offer (1974) pula mendapati kebanyakkan remaja gembira dengan hidup mereka. pandai menyesuaikan diri dan mempunyai imej kendiri yang realistik. 1990). terdapat kajian yang menunjukkkan bahawa hanya sekitar 15-25% sahaja keluarga yang mengalami konflik dan konflik ini pula timbul sebelum seseorang anak itu menjadi remaja (Collins. Terdapat juga yang hanya mengalami konflik ringan sahaja yang dianggap tidak dapat dielakkan (Larson dan Lampman-Petraitis. Ini bermaksud ibu bapa akan berkata sebegini tetapi bertingkah laku sebegitu. Walau bagaimanapun.

ibu bapa tidak perlu bimbang kerana lazimnya pertelingkaran dan konflik-konflik yang disebut tadi hanya akan memuncak semasa awal remaja.Kesimpulan Secara keseluruhannya. stabil semasa remaja pertengahan dan mula menurun apabila remaja tersebut berumur 18 tahun. Daripada kajian Montemayor (1983) didapati pertengkaran wujud kerana remaja inginkan kebebasan tetapi ibu bapa masih cuba berusaha untuk mengajar mereka tentang peraturan-peraturan social yang kemudiannya menghasilkan tekanan kepada remaja. remaja dan ibu bapa tidaklah berkonflik dari segi nilai-nilai politik.agam. Seboleh-bolehnya. dan ekonomi tetapi sebenarnya mereka berkonflik akan perkara-perkara yang remeh-temeh seperti kerja sekolah. siapa yang patut dijadikan rakan. 15 . masa untuk keluar berjumpa kawan. kerja rumah. social. cara berpakaian dan sebagainya. Apa yang ibu bapa perlu lakukan islah cuba menyelesaikan percanggahan-percanggahan pendapat antara mereka dan remaja sebaik mungkin dan perlulah difahami bahawa konflik mesti wujud dalam apa jua bentuk perhubungan.

R. (1970).BIBLIOGRAFI Jas Laile Suzana Jaafar(2008) Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Relationships of Parents’ Perceived Actions toward Their Children. Avery Goldstein. Variables related to romanticism and self-esteem in pregnant teenagers.wikipedia. Hinsdale.org/wiki/Egocentrism 16 .com/p/articles/mi_m2248/is_n109_v28/ai_13885854/ Necessary. (1986). Health Care Industry. Mc Candless. G. Medora.S. (Eds). B. Retrieved at http://findarticles. Milufer P. 30. (1995).175-176. and Peterson. Wikipedia. J. IL: Dryden Press. Cincinnati : South Western. Adolescents in Families. Cheryl von der Hellen (1993). Wikipedia (2009) Egocentrism. Retrieved at http://en. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd Leigh. Adolescents: Behaviour and Development. Adoloscence. T. G. the free encyclopedia.R. and Parish.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful