Siri Kampus Sejahtera (Bil. 7)

Promosi Kesihatan: Penilaian dan Perundingan Kecergasan Fizikal

Ahmad Tajuddin Othman, Ph.D. (Purdue)
Universiti Sains Malaysia

bagi pihak Sekretariat Kampus Sejahtera

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik. 613 RA427. mekanik. Siri. 7) ISBN 983-2514-54-1 1. 2003 Hak Cipta Terpelihara. I. Pusat Racun Negara Pembaca Pruf: Rosni Habib Dicetak oleh Sinaran Bros Sdn.Health promotion services. Judul. atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit Universiti Sains Malaysia. rakaman. Bhd.8 Penerbit Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang. Public health . II. 2. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Ahmad Tajuddin Othman Promosi kesihatan : penilaian dan perundingan kecergasan fizikal / Ahmad Tajuddin Othman. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel. fotokopi.© Penerbit Universiti Sains Malaysia. Malaysia Ketua Pegawai Penerbitan: Akhiar Salleh Editor Pengurusan: A’watif Ahmad Pereka Bentuk dan Susun Atur Komputer: Rosman Ahmad. Universities and colleges . (Siri Kampus Sejahtera . . bil.Evaluation.

Ahmad Tajuddin Othman (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan) Profesor Madya Abas Hj. Hussin (Pusat Pengajian Sains Farmasi) Profesor Madya Noryati Ismail (Pusat Pengajian Teknologi Industri) iii .KUMPULAN PROMOSI KESIHATAN Ahli Kumpulan Dr.

Ia merupakan satu proses yang dinamik dimana proses pembangunan dan penambahbaikan berlaku secara berterusan dengan menggunakan sumber dan kepakaran yang sedia ada. Masyarakat kampus melakukan tugas dan fungsi harian dengan semangat sukarela. berganding bahu serta komitmen yang tinggi menggunakan potensi sedia ada secara maksimum. Projek-projek kampus sejahtera yang telah dan sedang dijalankan ataupun yang dirancang untuk masa hadapan bertujuan untuk memperbaiki kesihatan (dalam konteks yang lebih luas) serta kesejahteraan masyarakat kampus melalui penambahbaikan kualiti dalam aspek-aspek seperti: ! ! ! ! ! ! kesihatan dan kecergasan keadaan tempat tinggal makanan dan premis makanan sistem jalan raya dan pengangkutan persekitaran lanskap dan ekosistem ! ! ! ! ! ! pembangunan kampus keadaan tempat kerja keselamatan dan sekuriti prasarana bagi orang kurang upaya prasarana sukan dan rekreasi aktiviti komunikasi dan dokumentasi Matlamat serta aspirasi universiti dalam membangunkan Kampus yang Sejahtera akan tercapai dengan adanya komitmen yang tinggi serta semangat sukarela dan rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat kampus.KAMPUS SEJAHTERA Program Kampus Sejahtera wujud atas kesedaran akan kepentingan aspek kesihatan serta persekitaran fizikal dan sosial yang kondusif kepada masyarakat kampus. Kampus yang sejahtera adalah tempat di mana: ! ! ! ! Tubuh dan minda pelajar-pelajar dapat dipelihara dan dididik Persekitaran yang sesuai (seperti aspek prasarana dan keselamatan) untuk aktiviti pembelajaran dan bekerja Masyarakat kampus bekerja dan menghabiskan usia mereka dengan penuh ketenangan dan sentiasa dihargai Keseimbangan ekologi sebagai sumber kebanggaan dan kepuasan Proses untuk mencapai tahap kampus yang sejahtera memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan universiti. kekuatan organisasi dan tindakan yang inovatif. Tambahan lagi ia memerlukan penglibatan serta kerja sama dari pelbagai lapisan masyarakat kampus dan bidang kepakaran. “KOMITMEN DAN SEMANGAT SUKARELA ASAS KESEJAHTERAAN KAMPUS” Profesor Madya Mohamed Izham Mohamed Ibrahim Penyelaras Sekretariat Kampus Sejahtera Universiti Sains Malaysia iv .

Melalui dokumentasi perkongsian maklumat dapat diperluaskan dan pada masa yang sama mempermudahkan maklum balas daripada semua pihak untuk meningkatkan keberkesanan Program Kampus Sejahtera. Maka. ataupun hanya sebagai satu usaha akademik semata-mata. Setiap orang perlu mengambil inisiatif secara peribadi untuk memikirkan bagaimana ia boleh. Program Kampus Sejahtera menggalakkan setiap warga USM berbincang sesama mereka dalam satu pasukan tentang hal-hal pembangunan kampus. dan bukan tanggapan kasar sahaja. Dimulakan pada tahun 2001. Program ini menjadi satu pelantar untuk membolehkan setiap seorang anggota Universiti menyumbang secara langsung kepada pembangunan kampus melalui pembudayaan lima ciri utama. Penekanannya adalah kepada idea-idea baru. Keempat. merentasi jabatan mahupun kedudukan dan status. bersumberkan data dan maklumat. berdasarkan kelima-lima asas utama ini. Setiap usaha yang ingin diambil perlu bersendikan data dan maklumat yang tepat dan jitu. iaitu menggunakan apa saja kepakaran yang sedia ada di USM untuk memantapkan lagi kajian dan tindakan yang mempunyai nilai praktis dan bukan dari aspek teori sahaja. kesukarelaan. Ini bermaksud satu kajian teliti perlu dijalankan sebagai asas kepada tindakan dan syor yang akan dikemukakan untuk pertimbangan pihak Universiti. Pertama. pentingnya dokumentasi yang lengkap. Kedua. bekerjasama dan berpasukan. Kelima. tanpa disuruh atau dipaksa. usaha untuk menerbitkan monograf Siri Kampus Sejahtera amat dialu-alukan dan tepat dengan tujuan untuk meletakkan pembangunan USM sebagai tanggungjawab bersama ke arah sebuah Kampus Sejahtera.DARI HATI KE HATI Kampus Sejahtera di Universiti Sains Malaysia adalah satu usaha perintis yang unik. insourcing. Profesor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak Naib Canselor Universiti Sains Malaysia v . Ketiga. secara positif dan proaktif. membantu dalam proses membangunkan kampus ini terutamanya tempat ia bekerja dan/atau belajar. ia berhasrat menarik perhatian seluruh warga kampus bersama-sama memusatkan tanggungjawab kepada USM. Ini untuk membolehkan langkah susulan diambil serta dipantau secara berterusan.

vi .

Ujian Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4. Tahap Pencegahan Penilaian Kecergasan Fizikal 1. Analisis Komposisi Badan 6. Ujian Fleksibiliti 5. Analisis Pemakanan 21 22 22 23 24 Perundingan Rumusan Rujukan Lampiran vii . Kontinum Kesihatan b. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular 3. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan b. Soal Selidik Maklumat Diri dan Tahap Kesihatan Am 2.KANDUNGAN Abstrak Objektif Pengenalan Definisi Kesihatan Kesejahteraan dan Kecergasan a. Analisis Darah 7. Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor 1 2 3 3 4 5 6 6 7 8 10 10 11 13 16 17 20 Promosi Kesihatan a.

.

Kecergasan fizikal dikategorikan kepada dua. ujian kekuatan dan daya tahan otot. Keseimbangan antara kesemua dimensi ini dapat mewujudkan seorang insan yang harmonis. analisis darah. iaitu kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor dan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Penilaian kecergasan ini merangkumi soal selidik maklumat diri. persekitaran. emosi. dan pekerjaan. analisis komposisi badan dan analisis pemakanan. kekuatan otot. Komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan ialah daya tahan kardiovaskular. 1 . iaitu dimensi fizikal. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan prestasi. Perkhidmatan ini menawarkan suatu siri ujian kecergasan yang menilai komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan. Penilaian kecergasan komprehensif ini dapat mengenal pasti keperluan kecergasan seseorang serta menjadi asas kepada perundingan dan penasihatan bagi meningkatkan tahap kecergasan. ujian fleksibiliti. seseorang perlu mengubah tingkah laku kesihatan dan cara hidup kepada yang lebih sihat. Perkhidmatan Penilaian dan Perundingan Kecergasan diwujudkan sebagai suatu perkhidmatan kepada warga kampus Universiti Sains Malaysia. Salah satu dimensi yang selalu diutamakan ialah dimensi fizikal. sosial. mental. Bagi mencapai keseimbangan ini. rohani. fleksibiliti dan komposisi badan.ABSTRAK Kesejahteraan merangkumi beberapa dimensi. Preskripsi senaman dan program kecergasan dapat direka bentuk dengan menggunakan maklumat yang dikumpul bagi memenuhi keperluan pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan ini. ujian kardiovaskular submaksimum. terutama di kalangan atlet. daya tahan otot. Kecergasan fizikal pula berlandaskan kesihatan yang lebih menitikberatkan tahap kecergasan dan kesihatan sebagai matlamat utama.

Menyediakan perkhidmatan perundingan berkaitan dengan perlakuan kesihatan bagi memulakan gaya hidup sihat. 2 . ii. Memberi maklumat mengenai tahap kesihatan dan hubung kait dengan perlakuan kesihatan seseorang. Menilai tahap kecergasan diri dan gaya hidup seseorang sebagai titik mula sebelum memulakan program latihan kecergasan.Objektif i. iii.

jika kita tidak mengalami sebarang penyakit. kesihatan mental dan kesihatan sosial. Kesihatan mental pula bermaksud kita tidak mempunyai masalah mental dan berupaya untuk berhadapan dengan cabaran harian serta 3 . Ahli profesional dalam bidang kesihatan awam telah berganjak daripada usaha mengurangkan berlakunya penyakit dan mengelak kematian pramasa kepada mengutamakan atau menggalakkan promosi kesihatan (US Department of Health and Human Services. 1996). punca utama kematian di Amerika Syarikat pada awal 1900-an adalah penyakit-penyakit berjangkit seperti tuberkulosis. Definisi Kesihatan Kesihatan pada awalnya bermaksud seseorang itu tidak berpenyakit. kita dianggap sebagai sihat. Dalam erti kata lain. bukan hanya tidak berpenyakit atau tidak berdaya” (World Health Organization. Dalam definisi ini. Namun. makan makanan berlemak dan tidak dapat mengurus stres dengan baik mula meningkat sebagai akibat kemewahan dan kesenangan yang kita alami sekarang. 2000). Kini. 1947). Sebagai contoh. terdapat tiga komponen utama yang perlu kita lihat bagi memahami maksud kesihatan. dalam satu persidangan kesihatan antarabangsa. ancaman baru yang berkait rapat dengan gaya hidup seperti kurang bersenam. penemuan vaksin dan antibiotik yang telah mengurangkan kematian sebagai akibat penyakit berjangkit dan juga telah menambahkan jangka hayat manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan kesihatan sebagai “keadaan fizikal. Anjakan punca kematian ini adalah sebagai hasil peningkatan sistem sanitasi. mental dan sosial seseorang yang menyeluruh. Kesihatan fizikal merangkumi ketiadaan penyakit dan ketidakupayaan. Komponen-komponen tersebut ialah kesihatan fizikal. Namun pada tahun 1947. serta bertenaga untuk melakukan kerja harian dan aktiviti waktu senggang tanpa berasa lesu. kanser dan penyakit serebrovaskular menjadi punca utama kematian di negara itu (Donatelle dan Davis. pneumonia dan influenza. Jika kita melihat kepada punca kematian di negara maju pada awal abad ke-20 dan membandingkan dengan punca kematian pada akhir abad ke-20. penyakitpenyakit yang berkait rapat dengan gaya hidup seperti penyakit jantung. kita akan mendapati bahawa terdapat satu anjakan daripada penyakit berjangkit kepada penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup.Pengenalan Fokus kesihatan awam telah mengalami suatu perubahan semenjak kebelakangan ini.

Secara amnya. kerohanian. Dimensi fizikal dalam konsep kesejahteraan melibatkan keupayaan operasi sistem tubuh badan. Beliau mentakrifkan kesihatan sebagai sesuatu yang pasif. dimensi kesejahteraan fizikal boleh digolongkan kepada dua. intelektual. 1999). Kesejahteraan adalah satu ketetapan minda sepanjang hayat dan pencapaian dalam dimensi emosional. iaitu: a. fizikal. mengambil langkah sepatutnya apabila sakit dan penggunaan sistem perubatan yang bersesuaian. dan sosial (Robbins. Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor Dimensi fizikal juga merangkumi penjagaan kesihatan kendiri seperti melakukan ujian saringan berkala. Bagi mencapai kesihatan seperti yang ditakrifkan oleh WHO ini. 1949). Halbert Dunn pertama kali menggunakan istilah “wellness” atau kesejahteraan dalam penulisan beliau mengenai pencapaian kehidupan optimum. bergantung kepada tanggungjawab kendiri. emosi atau tingkah laku. Oleh hal yang demikian. konsep kesejahteraan perlu diterapkan seawal mungkin bagi seseorang itu menghayati dimensi-dimensi kesejahteraan.berinteraksi dengan masyarakat tanpa sebarang masalah mental. 4 . sebaliknya kesejahteraan ditakrifkan sebagai suatu proses pengembangan yang sentiasa berubah menuju ke arah menjadi seseorang yang berada di tahap paling optimum (Dunn. tetapi peningkatan dari segi pemikiran dan sikap. kesejahteraan didefinisikan sebagai satu tahap fungsional yang dinamik dan bersepadu ke arah memaksimumkan potensi seseorang. 1999). Powers dan Burgess. kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengubah tingkah laku kesihatan serta gaya hidup bagi memperbaiki keadaan diri kita. Kesejahteraan bukan sahaja melibatkan perlakuan kesihatan preventatif. persekitaran. Hal ini bermakna. Dr. Kini. Kesihatan sosial dihuraikan sebagai keupayaan kita untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran sosial secara berkesan serta menikmati kepuasan hubungan peribadi (Nieman. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan b. Kesejahteraan dan Kecergasan Pada lewat tahun 1950-an. promosi kesihatan dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai kesihatan diri yang optimum.

Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien. ke otot-otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal yang berterusan. 2. Daya tahan otot Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. 5. 4. iaitu: 1. Komponen ini melibatkan efisiensi jantung. Kekuatan otot Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan.a. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan diri secara keseluruhan. terutama oksigen. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Fleksibiliti Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Daya tahan kardiorespiratori Daya tahan kardiorespiratori atau kardiovaskular ini didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien. 3. 5 . salur darah dan paru-paru. Kecergasan ini merangkumi lima komponen utama. Komposisi badan Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah.

iaitu: 1. 2. Promosi Kesihatan Promosi kesihatan ialah satu istilah yang baru digunakan dan sering bertukar ganti dengan pendidikan kesihatan. promosi kesihatan banyak menggunakan kaedah pendidikan dan pendekatan pengawalan. Jadi. 6 . 6. Menurut Breckon. 5.b. Kuasa Kuasa berkait rapat dengan kadar melakukan sesuatu kerja. 3. Masa tindak balas Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Kepantasan Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Koordinasi Koordinasi berkait rapat dengan keupayaan menggunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat. Harvey dan Lancaster (1994). Keseimbangan Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor Kecergasan berlandaskan perlakuan motor berkait rapat dengan pencapaian kemahiran dalam aktiviti sukan. Ketangkasan Ketangkasan berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. 4. Kecergasan ini merangkumi enam komponen. promosi kesihatan ialah satu bidang yang lebih meluas daripada pendidikan kesihatan.

Promosi kesihatan didefinisikan sebagai “sains dan seni untuk membantu seseorang mengubah gaya hidup mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum” (O’Donnell. a. Perubahan gaya hidup boleh berlaku dengan kombinasi usaha-usaha seperti meningkatkan kesedaran. Bahagian sebelah kiri kontinum ini mewakili keadaan penyakit yang teruk atau kematian pramasa. D. sosial dan kerohanian. Walau bagaimanapun. Kontinum Kesihatan Kontinum kesihatan seperti yang dipaparkan dalam rajah berikut telah diubahsuai daripada kerja-kerja John Travis. Promosi kesihatan dapat memajukan kita ke arah kesihatan optimum dengan meningkatkan pengetahuan kita berkaitan kesihatan. 7 . kita mesti memahami konsep kontinum kesihatan yang dapat menjelaskan peranan promosi kesihatan dalam meningkatkan kesejahteraan diri. Bagi melengkapi definisi promosi kesihatan ini. Matlamat perubatan adalah untuk membantu seseorang bagi mengelakkan kematian pramasa dan mengurangkan atau belajar untuk hidup dalam keadaan ketidakupayaan. 2000). M. Titik pertengahan kontinum ialah titik neutral yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tidak berpenyakit ataupun tidak sejahtera. tetapi sering berisiko untuk mendapat penyakit. Kesihatan optimum yang dimaksudkan oleh O’Donnell ialah mencapai keseimbangan yang merangkumi dimensi fizikal. apabila seseorang pesakit telah kembali ke titik neutral sebagai hasil usaha ahli profesional perubatan menyembuhkan penyakit atau masalah kesihatan. dan yang paling penting. 2000). mengubah tingkah laku dan mewujudkan persekitaran yang dapat menyokong amalan-amalan kesihatan yang baik. Di sinilah promosi kesihatan telah menunjukkan impaknya. mengubah tingkah laku kesihatan kita. Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatan bekerja dengan mereka yang kelihatan sihat. atau mempunyai tanda dan simptom penyakit. mengubahkan sikap kita terhadap kesihatan. Ahli profesional dalam bidang perubatan akan bekerja dengan mereka yang berkeadaan tidak berupaya. perubatan tidak banyak membantu kita untuk terus maju ke sebelah kanan kontinum bagi menuju ke arah kesihatan optimum. Perubatan biasanya berfokus pada bahagian sebelah kiri kontinum. Bahagian sebelah kanan kontinum kesihatan pula mewakili keadaan kesihatan yang optimum atau kesejahteraan. mental. emosi. atau yang menunjukkan tanda dan simptom penyakit. (O’Donnell.

program promosi kesihatan cuba membantu dan memberi motivasi untuk mengubah tingkah laku kesihatan kepada yang lebih positif. Terdapat tiga tahap pencegahan yang biasanya diterangkan dalam literatur. meningkatkan pengetahuan. pencegahan penyakit bermaksud mengambil langkah-langkah positif untuk mengelak daripada menjadi sakit kemudian hari. biasanya perbincangan kita akan merangkumi pencegahan penyakit sebagai sebahagian daripada istilah promosi kesihatan. Program promosi kesihatan mengenal pasti mereka yang sihat tetapi terlibat dalam tingkah laku yang berisiko atau tingkah laku yang akan mendedahkan diri kepada penyakit berbahaya. 2000. program promosi kesihatan mempunyai harapan yang baik untuk berjaya dalam jangka masa panjang jika program dan perkhidmatan ini diadakan dalam komuniti. Tahap Pencegahan Apabila kita berbincang tentang promosi kesihatan. malah program ini melibatkan percubaan untuk mengubah tingkah laku. 8 . Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi. b. Program promosi kesihatan bukan sekadar mengadakan kempen informasi sahaja. Secara realistik. organisasi. Secara am. Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatan menggalakkan mereka yang telah mempunyai tingkah laku kesihatan yang baik untuk mengekalkan serta meningkatkan lagi kesihatan diri mereka. sekolah atau mana-mana tempat kita meluangkan kebanyakan daripada masa kita. meningkatkan kemahiran.OPTIMUM Kontinum kesihatan Sumber: O’Donnell. mengubahkan sikap. mempengaruhi nilai dan meningkatkan keupayaan untuk membuat keputusan berkaitan dengan kesihatan.

mengamalkan pemakanan sihat. atau intervensi. Biasanya pencegahan tertiar ini dilakukan oleh pakar perubatan. Usaha-usaha ini melibatkan seseorang itu mengubah gaya hidup mereka serta mengubah tingkah laku agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup serta tingkah laku yang lebih sihat. Pencegahan sekunder juga dirujuk sebagai intervensi. pengimunan daripada penyakit seperti polio. Sebagai contoh. mengamalkan seks selamat dan bersenam dengan kerap. Pendidik kesihatan pada peringkat sekolah mahupun komuniti perlu meningkatkan usaha untuk menggalakkan ahli masyarakat mengamalkan tingkah laku kesihatan yang lebih positif bagi mengelakkan risiko penyakit serta mengadakan program intervensi bagi mereka yang berisiko tinggi untuk mengurangkan peluang mereka menghidapi penyakit. Pencegahan sekunder (secondary prevention) ialah mengenal pasti risiko kesihatan atau masalah awal sebelum keadaan menjadi teruk atau menjadi penyakit dan mengambil tindakan-tindakan pencegahan. Pencegahan tertiar (tertiary prevention) ialah rawatan atau pemulihan selepas seseorang itu telah menghidapi penyakit.i. iii. Pemeriksaan sendiri payu dara atau pemeriksaan sendiri testikular dan ujian saringan lain termasuk dalam pencegahan sekunder. Sebagai contoh. untuk menghentikan tingkah laku tersebut atau mengurangkan risiko sebelum penyakit itu dapat bertapak dalam diri seseorang. Pencegahan primer (primary prevention) ialah tindakantindakan yang diambil untuk mengurangkan risiko dan mengelak daripada penyakit sebelum ia bermula. kita cuba menggalakkan remaja supaya berhenti merokok atau mengurangkan menghisap rokok pada peringkat awal tingkah laku merokok melalui program intervensi atau program mengubah tingkah laku. Ahli profesional dalam bidang promosi kesihatan perlu menganjak minda mereka daripada pencegahan tertiar dan berfokus kepada mempromosikan kesihatan dan program pencegahan. ii. 9 . pesakit jantung koronari yang telah menjalani pembedahan pintasan perlu menjalani program pemulihan jantung untuk meningkatkan keupayaan jantung mereka agar serangan jantung tidak berulang dengan melakukan senaman tetapi dikawal rapi oleh pakar pemulihan jantung agar mereka dapat bersenam dalam keadaan yang selamat. Sebagai contoh.

Analisis pemakanan 4. Soal selidik maklumat diri dan tahap kesihatan am 2.Penilaian Kecergasan Fizikal Program Penilaian dan Perundingan Kecergasan ini berfokus kepada dimensi kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan kesihatan. Ujian kekuatan dan daya tahan otot 7. Soal Selidik Maklumat Diri dan Tahap Kesihatan Am Subjek mengisi borang maklumat diri 10 . Maklumat yang dikumpul daripada siri ujian dan analisis ini digunakan untuk merangka program intervensi bagi meningkatkan tahap kecergasan subjek yang mengambil bahagian. Ujian daya tahan kardiovaskular 6. Analisis komposisi badan 5. Penilaian kecergasan ini merangkumi beberapa ujian dan analisis yang berkaitan dengan komponenkomponen kecergasan berlandaskan kesihatan. Ujian dan analisis yang dijalankan adalah seperti berikut: 1. Analisis darah 3. Maklumat ini juga dijadikan bahan kajian bagi menentukan keberkesanan program intervensi dan hubung kait dengan status kesihatan diri seseorang. Ujian fleksibiliti Protokol Penilaian Kecergasan Fizikal 1.

Maklumat ini digunakan bagi tujuan penyelidikan berkaitan dengan tingkah laku kesihatan dan tahap kesihatan diri sebenar. 1999). tahap senaman. alkohol. amalan pemakanan. penggunaan dadah. 11 . pengukuran submaksimum digunakan sebagai penilaian daya tahan kardiovaskular dalam program ini. keselamatan dan perubatan.Setiap subjek dikehendaki mengisi borang maklumat diri yang mengandungi maklumat demografi. Ujian Daya Tahan Kardiovaskular Ujian berbasikal submaksimum YMCA Ujian makmal yang terbaik bagi mengukur daya tahan jantung dan paruparu ialah pengukuran langsung pengambilan oksigen ketika senaman pada tahap maksimum (Nieman. VO2 max didefinisikan sebagai kadar tertinggi pengambilan oksigen pada tahap senaman maksimum. Pengukuran seperti ini melibatkan peralatan canggih dan mahal. 2. sejarah kesihatan.kg . stres. 1993) bagi mengukur tahap kesihatan am kendiri. Subjek juga dikehendaki melengkapkan soal selidik tahap kesihatan am atau SF-36 Health Survey (Ware. Ujian submaksimum digunakan bagi menganggar pengambilan oksigen maksimum atau VO2 max.min . VO 2 max diekspresikan dalam mililiter oksigen per kilogram berat badan per minit –1 –1 atau ml. yang membenarkan beban kerja ditambah secara beransur-ansur daripada ringan hingga senaman maksimum. Senaman dilakukan dengan menggunakan cycle ergometer atau treadmill. Sebagai alternatif. tembakau.

Rekodkan dalam komputer dan ikut arahan seting beban kerja pada tahap seterusnya. Seting perlu dilaraskan sepanjang masa ujian. Peralatan Monark 828E cycle ergometer Polar Vantage pemantau kadar nadi (heart rate monitor) Alat sphygmomanometer (pengukur tekanan darah) Stethoscope Metronome Perisian komputer ujian berbasikal Monark Komputer Jam randik Protokol " Subjek diberi taklimat mengenai ujian dan risiko ujian. " Sepanjang masa ujian. subjek dikehendaki menandatangani surat kebenaran untuk diuji. terutama pada tahap permulaan.Ujian berbasikal submaksimum YMCA digunakan bagi menganggarkan VO2 max seseorang. Selepas taklimat ini. Hentikan ujian jikalau subjek menunjukkan tanda-tanda yang beliau tidak dapat meneruskan 12 . Biarkan subjek membiasakan diri pada kadar kayuhan yang ditetapkan. " Subjek berkayuh pada tahap beban kerja pertama selama 3 minit. " Tetapkan beban kerja dengan berpandukan kepada perisian komputer ujian berbasikal Monark. " Lihat pada skrin komputer bagi menentukan tahap beban kerja yang berikutnya. Jikalau berlaku keraguan tentang bacaan kadar nadi jantung. Pantau kadar nadi ketika subjek mengayuh. " Siapkan subjek untuk mengambil ujian dengan menentukan tempat duduk dan pasangkan alat pemantau kadar nadi pada bahagian dada. Tali penggeser akan menjadi panas semasa ujian dijalankan dan seting beban kerja akan berubah. perhatikan tanda kelesuan atau ganjil pada subjek. " Sekali lagi. Berikut adalah peralatan dan protokol bagi pelaksanaan ujian berbasikal maksimum YMCA. " Tetapkan metronome pada 100 detik seminit (100 dsm). " Sentiasa periksa seting beban kerja pada cycle ergometer pada setiap tahap beban kerja. bagi kadar kayuhan 50 rpm (satu detik bagi setiap jatuhan kaki). Tahap beban kerja ditentukan berasaskan respons kadar nadi. periksa kadar nadi selepas 3 hingga 4 minit berbasikal pada beban kerja yang baru. Ambil bacaan kadar nadi yang terpapar pada pemantau kadar jantung dan rekodkan dalam komputer pada akhir peringkat itu. teruskan berkayuh pada tahap beban kerja yang sama selama 1 minit lagi. memanaskan badan selama 3 hingga 5 minit. Objektif bacaan ini adalah untuk menentukan kadar nadi dalam keadaan stabil (steady state) pada tahap beban kerja ini.

" Letakkan pita pelekat dan tali pada tilam tangkas dalam dua barisan selari berjarak 10 cm. " Subjek berbaring di atas tilam tangkas dengan bahagian belakang kepala rapat pada tilam. Ujian Kekuatan dan Daya Tahan Otot Tiada satu ujian yang dapat digunakan bagi mengukur kekuatan dan daya tahan otot keseluruhan kerana kekuatan dan daya tahan otot adalah spesifik kepada kumpulan otot tersebut. " Objektif ujian ini adalah untuk mendapatkan dua kadar nadi antara 110 dengan 150 dsm. Jari tengah kedua-dua belah tangan mencecah garisan pertama (tali dilekatkan bersama pita sebagai penanda). " Ujian ini berpandukan protokol Canadian Physical Activity. Ujian Curl-Up 1 Minit " Ujian ini bertujuan mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Kedua-dua lutut dibengkokkan pada sudut 90 darjah. Tumit keduadua belah kaki sentiasa bersentuhan dengan tilam sepanjang ujian. Ujian dilakukan dengan subjek memakai kasut. " Rujuk Lampiran 1 bagi pengelasan prestasi. 3. Dua bacaan kadar nadi antara 110 dengan 150 dsm pada dua beban kerja yang berlainan ini diperlukan bagi menetapkan hubungan linear antara kadar nadi dengan beban kerja subjek yang diuji. 13 . Kedua-dua belah tangan berada di sisi tubuh dalam keadaan lurus.ujian tersebut. " Pengiraan oleh komputer memberi anggaran VO2 max subjek yang diuji. Terdapat perhubungan linear antara kadar nadi dengan beban kerja pada jeda ini bagi kebanyakan orang. Dua ujian yang sering digunakan bagi menguji kekuatan dan daya tahan otot seseorang ialah ujian curlup 1 minit (abdominal) dan ujian tekan tubi. Fitness & Appraisal (Canadian Society of Exercise Physiology. 1996). Peralatan Jam randik Tilam tangkas Metronome Pita pelekat Pita pengukur Tali Protokol I. dengan telapak tangan menghadap ke tilam.

Subjek akan melakukan sebanyak mungkin curl-up dalam masa seminit pada kadar 25 curl-up seminit tanpa henti. deltoid dan pektoralis major). " Seorang pembantu meletak tangan yang digenggam di atas lantai di bawah 14 . Ujian Tekan Tubi (Lelaki) " Ujian ini bertujuan mengukur kekuatan dan daya tahan bahagian atas badan (triseps. II. " Ujian ditamatkan belum cukup tempoh satu minit apabila subjek tidak berasa selesa atau tidak dapat mengikut rentak yang ditetapkan atau tidak dapat melakukan teknik yang betul (sebagai contoh. Bagi setiap curl-up. " Subjek dalam keadaan meniarap. tumit kaki tidak bersentuhan dengan tilam sebanyak dua kali berturut-turut selepas diberi amaran oleh penyelia ujian). kaki rapat dan menjengket. dan keduadua belah tangan berada di bawah kedua-dua belah bahu." Set metronome pada rentak 50 detik seminit. subjek akan bangun dengan “menggulung” bahagian atas badan ke hadapan agar jari tengah kedua-dua belah tangan dapat mencecah garisan kedua di atas tilam tangkas. Semasa baring semula. kedua-dua belah tulang skapula mesti menyentuh tilam dan keduadua belah jari tengah mencecah garisan pertama. Pergerakan ini dilakukan secara perlahan dengan kadar 25 curl-up seminit. " Rujuk Lampiran 2 bagi pengelasan prestasi. Tapak tangan sentiasa bersentuhan dengan tilam semasa pergerakan dilakukan. bersedia untuk ujian tekan tubi dengan keadaan badan lurus dan tegak.

dada subjek. Ujian Tekan Tubi (Perempuan) " Cara melakukan tekan tubi adalah sama seperti yang dilakukan oleh subjek lelaki kecuali bagi subjek perempuan. Subjek menurunkan badan sehingga dadanya bersentuhan dengan genggaman pembantu tersebut sambil menentukan badannya lurus. " Skor ujian ialah jumlah tekan tubi yang dilakukan sehingga subjek berasa lesu. " Rujuk Lampiran 3 yang disediakan bagi pengelasan prestasi. " Kesilapan lazim yang sering berlaku ketika melakukan tekan tubi ialah tidak melurus dan menegakkan badan. III. " Subjek perlu memastikan kedua-dua belah tangan diletakkan ke hadapan bahu sedikit semasa posisi atas supaya kedua-dua belah tangan berada betul-betul di bawah bahu semasa posisi bawah. kemudian mengangkat badannya kembali ke posisi asal. tekan tubi dilakukan dengan posisi lutut dibengkokkan. " Skor ujian ialah jumlah tekan tubi yang dilakukan sehingga subjek berasa lesu. " Rujuk Lampiran 3 bagi pengelasan prestasi. " Kesilapan lazim dilakukan subjek perempuan ialah tidak meluruskan bahagian belakang ketika melakukan tekan tubi. 15 .

berjarak 10–12 cm antara kedua-dua belah kaki. Ujian ini berpandukan protokol Canadian Physical Activity. Subjek juga digalakkan melakukan senaman ringan seperti berkayuh basikal atau berjalan cepat. Ujian Fleksibiliti Ujian duduk dan jangkau Fleksibiliti ialah keupayaan sesuatu sendi itu bergerak lancar melalui julat pergerakan sepenuhnya. Ujian duduk dan jangkau ialah ujian yang sering digunakan bagi mengukur fleksibiliti. tendon. Otot ialah struktur utama dan mudah diubah bagi meningkatkan fleksibiliti. Ujian ini dipilih kerana kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai masalah bahagian belakang sering mempunyai pergerakan terhad pada bahagian otot hamstring dan bahagian belakang badan. otot dan ligamen). Peralatan Kotak pengukur fleksibiliti Pita pengukur Protokol " Subjek yang akan diuji perlu memanaskan badan dengan melakukan senaman regangan statik. Kedua-dua belah tapak kaki 16 . Fleksibiliti sesuatu sendi adalah terhad sebagai akibat keketatan pada struktur tisu lembut (kapsul sendi. Otot yang panas dapat diregangkan dengan lebih baik dan selamat.4. " Subjek dikehendaki menanggalkan kasut dan duduk dengan kaki berlunjur lurus. 1996). Fitness & Appraisal (Canadian Society of Exercise Physiology.

Penyelia ujian memastikan tangan subjek sentiasa berada pada aras yang sama dan juga memastikan lutut subjek tidak dibengkokkan dengan meletakkan sebelah tangan ke atas lutut subjek. bergerak dengan lebih efisien dan berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Analisis komposisi 17 . " Rujuk Lampiran 4 bagi pengelasan prestasi. " Empat percubaan dilakukan dan skor terbaik dicatat pada cm yang hampir. Pengukuran tepat komposisi badan dapat membantu atlet mahupun individu yang ingin menguruskan berat badan mereka. dan kemudian bertahan pada posisi jangkauan maksimum selama 2 saat. Komposisi badan merupakan jumlah lemak relatif kepada jisim tanpa lemak dalam badan. Untuk mencapai kesejahteraan.dan tumit menyentuh kotak dengan rapat. " Tangan subjek diluruskan ke hadapan dan diletakkan atas tangan yang satu lagi dengan kedua-dua belah jari tangan pada aras yang sama. Analisis Komposisi Badan Pengukuran lipatan kulit menggunakan angkup Lange Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting. tapak tangan bersentuhan dengan kotak sejauh mungkin. Subjek menjangkau ke hadapan. Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimum tampak sihat. kita mesti menetapkan tahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan berusaha untuk mencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum. 5.

18 . abdomen dan paha bagi kedua-dua lelaki dan perempuan. Peralatan Angkup lipatan kulit Lange Pita pengukur Penimbang berat Health-O-Meter Pen penanda Protokol " Pilih dan kenal pasti bahagian badan yang perlu diukur. " Pengukuran dilakukan di tempat berikut (Jackson & Pollock. Bahagian yang perlu diukur ialah triseps.badan akan memberi maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan kandungan peratusan lemak dalam badan. Semua ukuran dilakukan di sebelah kanan badan dengan subjek dalam keadaan berdiri. Lengan yang diukur hendaklah dibiarkan lurus dan tergantung secara bersahaja. Suprailiak – Cubit lipatan kulit pada bahagian atas dan kehadapan sedikit dari tulang pinggul sebelah kanan badan. Lipatan kulit dicubit secara condong sedikit mengikut alur lipatan semula jadi kulit pada bahagian tersebut. Terdapat pelbagai cara untuk mengukur lemak dalam badan termasuk timbang pengukuran lipatan kulit. 1989): Triseps – Cubit lipatan kulit secara menegak pada bahagian belakang lengan atas di titik pertengahan di antara bahu dengan siku. suprailiak. Lemak yang berlebihan amat berkaitan dengan pelbagai penyakit.

" Lelaki Peratusan Lemak = 0.15845 (umur) – 5.5 cm di sebelah kanan pusat. Letakkan rahang kaliper yang terbuka secara tegak lurus dan ukur lipatan kulit pada jarak 1 cm dari jari-jari yang mencubit. 19 . Paha yang diukur hendaklah dibengkokkan sedikit dan tergantung secara bersahaja.29288 (jumlah empat lipatan kulit) – 0. Jangan cubit terlalu kuat. " Gunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mencubit lipatan kulit.Abdomen – Cubit lipatan kulit secara menegak 2. Biarkan rahang kaliper mengepit lipatan kulit dan bacaan pada kaliper itu tidak berubah.76377 " Perempuan Peratusan Lemak = 0.29669 (jumlah empat lipatan kulit) – 0.0005 (jumlah empat 2 lipatan kulit) + 0.4072 · Rujuk Lampiran 5 bagi pengelasan komposisi badan. Paha – Cubit lipatan kulit secara menegak pada bahagian hadapan paha di titik pertengahan di antara pinggul (lipatan inguinal) dengan patela (lutut). " Jumlahkan ketiga-tiga ukuran lipatan kulit dan gunakan formula yang disediakan bagi pengiraan anggaran peratusan lemak bagi lelaki dan perempuan. Tarik lipatan kulit tersebut ke atas supaya tisu otot tidak termasuk dalam lipatan kulit. " Lakukan tiga kali pengukuran bagi setiap tempat dan catatkan bacaan median untuk dijumlahkan. " Tandakan tempat yang akan diukur dengan pen penanda.02963 (umur) + 1.00043 (jumlah empat 2 lipatan kulit) + 0.

Profil darah dapat memberi maklumat berkaitan dengan tahap kesihatan individu. trigliserid Protokol " Penyelia ujian dikehendaki memakai sarung tangan getah bagi tujuan keselamatan. " Jari subjek yang dikenal pasti untuk dicucuk dengan lanset dicuci bersih dengan menyapu kapas beralkohol. juga sebagai ujian saringan bagi mengenal pasti risiko beberapa penyakit berbahaya seperti penyakit jantung. kolesterol dan trigliserid dalam darah. Peralatan Sarung tangan getah Lanset pakai buang Kapas beralkohol pakai buang Alat analisis darah Bioscanner 2000 Strip ujian kolesterol. glukosa. 20 . Analisis Darah Analisis darah dapat memberi profil berkaitan dengan kandungan glukosa. " Cucuk jari dengan lanset bagi mendapatkan setitik darah. diabetis dan hiperkolesterolemia. " Lap darah yang berlebihan pada jari dengan kertas tisu. " Sapukan titik darah pada strip ujian memenuhi bulatan putih di atas strip ujian.6.

1 hari hujung minggu). Analisis Pemakanan Pemakanan seimbang amat penting dalam penjagaan kesihatan diri. 7. Amalan pemakanan yang tidak sihat akan meningkatkan risiko pelbagai penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup seperti penyakit jantung. " Subjek dikehendaki merekodkan jenis makanan dan amaun makanan yang dimakan selama 3 hari (2 hari biasa. 21 . " Rekod bacaan pada alat analisis Bioscanner 2000. " Masukkan strip ujian ke tempat yang disediakan dan tunggu. " Rekod ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Nutricalc. Analisis pemakanan akan memberi maklumat berkaitan pengambilan makronutrien dan mikronutrien." Masukkan Memo Chip yang betul pada alat analisis darah Bioscanner 2000 dan hidupkan alat tersebut. Maklumat ini akan dijadikan panduan bagi merancang program pemakanan yang berkualiti dan sihat bersesuaian dengan keperluan individu. Analisis pemakanan menggunakan perisian komputer Nutricalc Peralatan Rekod Pengambilan Makanan 3 Hari Komputer Perisian komputer Nutricalc Protokol " Subjek diberi Rekod Pengambilan Makanan 3 Hari. hipertensi dan diabetis.

Sebagai contoh. Maklumat daripada analisis pemakanan pula membantu pakar pemakanan membuat cadangan untuk meningkatkan pengambilan makanan yang lebih berkualiti. 22 . pakar perunding kecergasan menggunakan maklumat ujian kecergasan bagi mereka bentuk program senaman yang sesuai untuk meningkatkan tahap kecergasan subjek yang diuji.Perundingan Semua maklumat yang dikumpul hasil daripada ujian yang dijalankan diserahkan kepada pakar perunding yang terlibat dalam program ini. Rumusan Program Penilaian dan Perundingan Kecergasan Fizikal ini adalah asas kepada peningkatan tahap kecergasan warga Universiti Sains Malaysia ke arah mencapai kesejahteraan. Cadangan dan perakuan yang diberi oleh pakar perunding adalah khusus dan bersesuaian bagi subjek dan mengambil kira had yang dihadapi oleh subjek tersebut. Program ini boleh dijadikan sebagai pengukur tahap kecergasan warga kampus dan dapat membantu pihak penyelaras Kampus Sejahtera membuat perancangan program-program mempromosikan kesihatan di kalangan warga kampus. Sokongan daripada semua pihak menjayakan program ini akan mengukuhkan kejayaan projek Kampus Sejahtera dan menjadikan Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah universiti terunggul di Malaysia.

Ware. ke-5. MA: WCB/McGraw-Hill. Ontario: Author. Needham Heights. 13: 76–90. Physician and Sports Medicine. Ed. G. M. O’Donnell. L. H. GA: USDHHS (PHS) 91-50212.Rujukan Brekon.. SF-36 Health Survey: Manual and Interpretation Guide. R. (1947). (1996). Constitution of the World Health Organization. Jr. D. Jackson. S. MD: Aspen Publication. D. S. Powers. Mountain View. Physical Activity and Health: A Report of the Surgeon General. Dunn. (1993). Gaithersburg. Boston. MA: Nimrod Press. Community Health Education: st Setting Roles and Skills for the 21 Century. A Wellness Way of Life. Ed. dan Davis. (1989). “High-level wellness for man and society”. Harvey. R. ke-6. MI: American Journal of Health Promotion.. C. How to Design Worksite Health Promotion Programs. dan Burgess. M. Exercise Testing and Prescription: A Health Related Approach. Practical assessment of body composition. World Health Organization. L. Ed. Ottawa. Nieman. A. E. P. R. Fitness & Lifestyle Appraisal. B. 49: 786–792. Rochester Hills. L. (2000). Canadian Society for Exercise Physiology.. 23 . Access to Health. (1999). ke-4. (1994). Boston. MA: Allyn and Bacon. dan Pollock. (1949). dan Lancaster. US Department of Health and Human Services. Atlanta. The Canadian Physical Activity. American Journal of Public Health. Donatelle. J. Robbins. CA: Mayfield Publishing Company. (1996). New York: World Health Organization. (2000). D. J. G. J. J. (1999).

1999) Lampiran 2. Norma ujian curl-up 1 minit (Canadian Society for Exercise Physiology.kg-1.min-1 (Nieman. 1996) 24 . Norma VO2 max dalam ml.Lampiran Lampiran 1.

Norma ujian duduk dan jangkau dalam cm (Canadian Society for Exercise Physiology. 1996) 25 . Norma ujian tekan tubi (Canadian Society for Exercise Physiology.Lampiran 3. 1996) Lampiran 4.

Lampiran 5. 1999) 26 . Norma peratusan lemak badan (Nieman.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful