JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Tk KEMENTERIAN

fUiUJ PENDIDIKAN 1MW
JALAN TUN ABDUL RAZAK 80604, JOHOR MALAYSIA
BAHRU JOHOR DARUL TA’ZIM Telefon 07-231 0000
Pengarah 07-231 0198
Timbalan 07-231 0191
Faks 07-234 7132
Ruj. Laman Web www.jpnjohor.moe.g
E-mel ov.my
jpn.johor@moe.gov.
my
Kami : JPNJ.HEM(36)/100-19/2 Jld.6( ) Tarikh :>£\Januari
2017
Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Johor.

Melalui,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Johor.

Tuan,

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KARAKTER MURID JOHOR (KrMJ) DAN PENYELARASAN TEKS
DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR 2017

Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memperkenalkan suatu program yang
dinamakan Karakter Murid Johor (KrMJ) bermula sesi persekolahan 2017. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk
memperkasakan jatidiri dan mewujudkan identiti Johor dalam kalangan murid-murid sekolah.

3. Bersama ini disertakan lampiran Garis Panduan Pelaksanaan Karakter Murid Johor (KrMJ) dan Teks Doa
Perhimpunan Mingguan Sekolah Negeri Johor untuk makluman dan tindakan serta-merta sekolah-sekolah di negeri Johor.
Sila layari laman sesawang Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan program
tersebut.

4. Kejayaan program ini di peringkat daerah dan sekolah adalah bergantung kepada komitmen, keterlibatan serta
kerjasama semua pihak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mustaffa bin Ibrahim, Timbalan Ketua Sektor, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan di talian 013-7526969 atau Encik Yazid bin Md Said, Penolong Pengarah Disiplin di talian 012-
7693669.

Sekian, terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya vang menurut perintah,

;,NBINADNAN)\J >
TimbaJan Pengarah Pendidikan Negeri Johor b.p
Pengarah Pendidikan Negeri Johor

s.k. 1) Pengarah Pendidikan Negeri Johor 2) Fail Timbul

CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008
CERT. NO.: AR4166 CERT. NO.: AR4166

Budaya salam. dipandang tinggi dan dikenali. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KARAKTER MURID JOHOR MATLAMAT Murid Johor mempunyai karakter yang terserlah. dipandang tinggi dan dikenali. SASARAN • Murid-murid yang bersekolah di Johor samada bersekolah menengah atau rendah. IMPAK • Membentuk karakter kepimpinan HARAPAN • Jabatan Pendidikan Negeri Johor menaruh harapan agar murid Johor mempunyai karakter yang terserlah. CADANGAN AKTIVITI • Program Karakter Murid Johor akan dilaksanakan di sekolah-sekolah mengikut beberapa fasa: Fasa 1 : Keseragaman pemaikaian T-shirt KrMJ. OBJEKTIF • Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor • Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi • Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti. . Memupuk budaya Johor dan Gaya rambut ala Johor Fasa 3 : Program kendalian murid dan Program kepimpinan. Amalan Doa & Lagu Patriotik Johor Fasa 2 : Budaya kesantunan. disanjung. perpaduan dan muafakat dalam kalangan murid Johor • Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai seni budaya tempatan. disanjung. • Menjalinkan kerjasama.

Keseragaman Kemeja -T Pakaian kemeja . program-program luar bilik darjah.Amalan pengucapan salam 'Salam Muafakat Johor' digalakkan dalam majlis-majlis tertentu yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 3.. 2) Lagu Muafakat Johor . . 4. Salah seorang/ ketua kumpulan akan melaungkan perkataan "Muafakat" sambil mengangkat tangan kanan. Semangat Patriotik Johor 1) Lagu Bangsa Johor . Amalan Doa Skrip doa yang seragam disediakan untuk semua sekolah di Johor. Kedudukan tangan semasa berdoa adalah dengan menandah tangan.T yang direka khas ini boleh digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. Murid-murid bukan Melayu hanya perlu menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Tangan kanan berada diatas tangan kiri.Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi.Merupakan satu laungan untuk menimbulkan rasa gah dan bersemangat dalam sesuatu situasi semasa menjalankan aktiviti. . pertandingan peringkat daerah MSSD. Kedua-dua tangan berada di bawah dengan bersilang. Budaya Salam Budaya bersalam dan mencium tangan guru hanya dipraktikkan untuk murid-murid Melayu sahaja..Dinyanyikan dalam acara-acara rasmi sebagai selingan 3) Lagu Luaskan Kuasa Mu . Cara ini hanya untuk murid Islam sahaja. 2. Fasa 1: 1. Laungan ini juga sebagai satu sokongan moral untuk menaikkan semangat juang semasa bertanding. .Dinyanyikan dalam pertandingan seperti sukan dll 4) Laungan "Muafakat Johor" . Adalah tidak menjadi halangan kepada murid-murid bukan Melayu untuk bersalam seperti amalan murid Melayu. mereka hanya perlu berdiri tegak seperti bertafakur sambil menundukkankepala. . MSSJ dan MSSM. Laungan ini disambut dengan perkataan "JOHOR". Bagi murid bukan Islam. kokurikulum.

Budaya Kesantunan Menghormati dan menyayangi orang tua/ guru dan rakan-rakan sebaya. lontong. zapin "Gendang Perayaan 24 Musim' dan "Kavadi" atau Iain-lain yang sesuai. mee bandung. ghazal. Qaza' adalah tidak dibenarkan. tidak menjolok mata. menggalakkan dan mengamalkan seni budaya Marhaban & Berzanji dalam Panatia Pendidikan Islam. burasak. Menonjolkan penampilan/ keterampilan terpuji (pakaian yang kemas. . Membudayakan aktiviti J-robik dan muzik Johor seperti keroncong. Memupuk Budaya Johor Memupuk nilai. Mengenali dan menghargai makanan tradisi Johor seperti laksa Johor. Budaya melayan dan meraikan tetamu Budaya memberi penghargaan kepada guru dan warga sekolah dengan ucapan "Terima kasih". Mengenali. tatasusila dan kesantunan dalam kalangan warga sekolah. mee rebus. 1. Program Kendalian Murid Murid dilatih untuk mengendalikan beberapa progam di sekolah seperti: . Gaya Rambut Ala Johor Ukuran guntingan rambut adalah tapak 2 dan 3 atau tapak 2 dengan bahagian atas rambut tidak melebihi 2 inci panjang. Budaya meraikan kejayaan rakan. Menggalakkan pemakaian baju Melayu teluk belanga & pakaian tradisi kaum lain.Perhimpunan sekolah. perangai yang sopan dll).Gaya rambut tetap mengikut dasar yang ditetapkan oleh KPM. asam rebus dll. Gaya rambut yang pendek dan fesyen yang tidak keterlaluan. Walau bagaimanapun gaya rambut KrMJ adalah tersendiri sebagi satu identiti. Fasa 2: 1. Menggalakkan apresiasi tulisan jawi. tingkahlaku yang baik. 3. tidak ketat. asam pedas. 2. .

Program Team Building'.Perkhemahan dan lawatan dll.Kursus Pembangunan Sahsiah.Menguruskan Hari Sukan sekolah . Program pengawas dll dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid untuk menjadi pemimpin.Guru hanya sebagai fasilitator sahaja 2.Pertandingan-pertandingan bagi meningkatkan keyakinan diri pelajar seperti pertandingan berpidato.Majlis Hari Guru . Contoh program yang boleh dilaksanakan seperti: . . . perbahasan.Kejohanan Olahraga . . pengucapan umum dll. Program Kepimpinan Sekolah menjalankan program-program berbentuk kepimpinan seperti Kelab dan persatuan. Mewujudkan Students Leader Board (SLB) di peringkat sekolah dengan tujuan menyediakan mereka kepada District Students Leader Board (DSLB) & Johor Students Leader Board (JSLD).Kern Bina Semangat. .Mengendalikan solat 5 waktu dan solat-solat sunat. Fasa 3: . .Pembimbing Rakan Sebaya . .

berdaulat. . ibu bapa kami. jadikanlah negeri kami sebuah negeri yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat disisiMu agar agama. dan kurniakanlah kepada kami segala rahmatMu. anugerahkan apalah kiranya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim akan keselamatan dan keafiatan serta penjagaan dan perlindungan yang berterusan. himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu yang melimpah ruah. berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan. seterusnya. Bantulah kami untuk menjadi insan mulia yang baik akhlak dan budi pekertinya. daya ingatan yang kuat untuk menerima ilmu pengetahuan serta bimbingan para guru yang kami kasihi. Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam. putera-putera dan puterinya. kami mohon taufik dan hidayahMu. kukuh dan mampu menghadapi segala cabaran. Permaisuri Johor. kerabat- kerabat diraja. Juga kepada para pemimpin. Kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Ya Allah. guru-guru kami dan seluruh rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim akan kesejahteraan. Bukakanlah kepada kami segala pintu hikmahMu. DOA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH NEGERI JOHOR Dengan keberkatan majlis perhimpunan ini. hati yang terang. keamanan dan kedamaian. bangsa dan Negeri Johor Darul Ta'zim akan terus menjadi sebuah negeri yang bermaruah. Ya Allah. Anugerahkan kepada kami kesihatan yang sempurna. akal yang cerdas.