You are on page 1of 2

Jawab semua soalan dibawah berserta huraian yang berkaitan

:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)?

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) didefinisikan sebagai satu strategi atau bentuk pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk menyampaikan keseluruhan atau sebahagian daripada
kandungan matapelajaran (Rao et.al,1991). Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dapat dikenal
pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan
dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti.

Merujuk kepada kaedah pengajaran yang menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar dan komputer
merupakan aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan. Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu
dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh komputer boleh digunakan untuk
menghasilkan bahan pengajaran atau menyimpan rekod. Dengan ini pengajaran menjadi mudah dan proses
pembelajaran dan pemahaman pelajar lebih berkesan. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu boleh disimpan
di dalam disket dan dibuka semula apabila diperlukan.

2. Apakah proses instruksi yang digunakan dalam PBK?

a. Pendekatan yang sesuai untuk pengajaran topik tersebut, teori pengajaran yang digunakan, penentuan
matlamat pembangunan perisian, kandungan pelajaran, dan mengenalpasti kumpulan sasaran

b. Pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis
media dan teknologi yang akan terlibat. Oleh itu, dalam fasa rekabentuk ini pembangun akan membentuk
objektif pembelajaran, mengaplikasikan teori pembelajaran dan pendekatan pengajaran dalam reka bentuk
perisian serta menghasilkan carta alir.

c. Dalam fasa pembangunan, semua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa reka bentuk
diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktikal. Oleh itu, pembangun perlu tahu dan mahir menggunakan
perisian tertentu di samping mengetahui spesifikasi komputer yang diperlukan untuk tujuan pembangunan
perisian PBK ini.

d. Proses penilaian dan pengulangan dilakukan pada setiap fasa sehinggalah perisian PBK ini siap sepenuhnya.
Ini membolehkan proses penilaian dan pengulangan dilaksanakan secara berterusan. Selain itu, ia dapat
mengelakkan sebarang masalah besar yang mungkin timbul jika penilaian hanya dilakukan setelah perisian PBK
ini siap sepenuhnya.

3. Apakah metodologi yang boleh digunakan dalam PBK?

a. Ceramah merupakan metodologi pembelajaran yang kenvensional. Metodologi ceramah adalah sebuah
model pembelajaran dengan menyampaikan informasi dan pengetahuan secara lisan.

b. Metodologi mind mapping adalah metodologi pembelajaran dengan cara meringkas bahan yang perlu
dipelajari, dan menyelesaikan masalah yang dihadapi ke dalam bentuk peta atau grafik sehingga lebih mudah
memahaminya. Mind mapping dapat mendorong pelajar untuk mencatat hanya dengan menggunakan kata
kunci dan gambar.

c. Metodologi praktis dan latihan ini merupakan metadologi pengajaran yang dilaksanakan dengan cara
diulang-ulang dan terus-menerus, sehingga menghasilkan ketangkasan, keterampilan dan profasionalisme.

d. Metodologi soal jawab merupakan metodologi pembelajaran konvensional. Metodologi soal jawab digunakan
guru untuk mengetahui tingkat pemahaman pelajar.