You are on page 1of 1

PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN CERPEN BERSEMPENA

DENGAN MINGGU BAHASA MELAYU SMK. PETRA JAYA, 2018.
(26 Februari – 2 Mac 2018)

Syarat-syarat pertandingan ;

1. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori ;
a. Menengah Rendah (Tingkatan 1 – Tingkatan 3)
b. Menengah Atas (Tingkatan 4 – Tingkatan 6)

2. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid S.M.K. Petra Jaya sahaja.

3. Karya hendaklah asli dan tidak pernah disiarkan di mana-mana
penerbitan.

4. Esei atau cerpen yang dihantar sebagai penyertaan bolehlah ditulis atau
ditaip.

5. Panjangnya esei atau cerpen ;
a. Menengah Rendah : Tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
b. Menengah Atas : Tidak kurang daripada 500 patah perkataan.

6. Tajuk esei atau cerpen adalah bebas.

7. Karya hendaklah tidak menyentuh sensitiviti kaum lain, agama lain,
negara dan pemimpin negara.

8. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 09 Mac 2018.

9. Penyertaan boleh diserahkan kepada Encik Hairi bin Hj. An.

10.Keputusan hakim adalah muktamad.

11.Esei atau cerpen yang berkualiti akan dicadangkan untuk dimuatkan
dalam Majalah Sekolah 2018.