A.

Konsep Sekolah Bestari (Smart School Conceptual Model)

1. Apakah dia Sekolah Bestari? / What is a Smart School? Institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat. An institute that prepares students for the information era. As such, the institute equips its students to be life long-learners.

2. Mengapakah penting menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman maklumat? / Why is it important to prepare an individual to be a life long-learner in the information era? Kerana maklumat perubah dengan pesat di zaman maklumat. Because information is changing rapidly in the information era.

3. Apakah objektif Sekolah Bestari? / What are the Objectives of a Smart School? Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Membangunkan tenaga kerja untuk Zaman Maklumat Menghasilkan tenaga kerja yang berfikir dan celik teknologi. Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar Mewujudkan peluang bagi meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu

Meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan Mendemokrasikan pendidikan Achieve the aims of the National Education Philosophy Prepare a workforce for the information era. Produce a thinking and technology-literate workforce Democratize education Increase participation of stake holders Provide all-round development of the individual (intellectual, physical, emotional and spiritual) Provide opportunities to enhance individual strengths and abilities.

4. Bagaimanakah Sekolah bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat? How can Smart Schools prepare students as life-long learners? Dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat. By developing generic skills that enable students to obtain, analyse, evaluate, interpret, synthesize and communicate or transmit information.

5. Namakan kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan. / Name the generic skills that are required to be developed. Kemahiran belajar / Learning skills; Kemahiran berfikir / Thinking skills; Kemahiran mentaksir dan menilai / Interpreting and evaluating skills;

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi / ICT skills; Guru perlu kembangkan: Kemahiran pemudahcaraan / Facilitating skills (Guru)

6. Sebagai guru bagaimanakah anda akan menentukan perkembangan kemahiran generik pelajar anda? / As a teacher how would you ensure the development of your students generic skills?

Dengan memahami ciri-ciri pelajar, menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. By understanding the characteristics of students, using various learning approaches and teaching and learning strategies.

7. Apakah ciri-ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru sekolah bestari? / What are the characteristics of students that should be understood by a smart school teacher?

Ciri- ciri pelajar yang perlu difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VAK), kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

8. Namakan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar. / Name the learning approaches that are suitable to develop students generic skills.

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning) Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning): Pembelajjaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning) Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning) Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning) Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning) Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning) Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning) Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)

9. Namakan strategi-strategi pengajaran pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar. / Name the teaching and learning strategies that are suitable to develop students generic skills. Direktif (Directive) Pemerhatian (Observation) Mediatif (Mediative) Generatif (Generative) Koperatif dan Kolaboratif (Co-operative and Collaborative) Konteks Luar (Outside-Context) Metakognitif (Metacognitive)

Berasaskan guru. rangkaian dan yang pelbagai. Kadar kendiri. Apakah tunjang P&P Bestari? Akses kendiri. Kadar kendiri. inkuiri.kontekstual dan sebagainya.Konteksual (Contextual) Kajian Masa Depan (Futuristic Studies) 10.maklumat dikongsi secara bersama Mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran.berfikrah. Budaya kaya ilmu Berfikiran Kritis dan kreatif Berpusatkan pelajar:Pembelajaran Masteri. Apakah ciri-ciri pedagogi? / What are the pedagogical characteristics? Pembelajaran melalui pengalaman-aktiviti berpusatkan pelajar Participatif. perisian pendekatan.bersifat individu. kecerdasan pelbagai. teknik 11.menggalakkan penglibatan secara aktif Kolaboratif. Terarah kendiri Konteks global Penggunaan kemudahan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Pelbagai kaedah dan strategi P&P digunakan seperti stesyen. Terarah kendiri . strategi. Akses kendiri.

nilai. Apakah ciri-ciri bahan P&P bestari? Modul pembelajaran membolehkan pembelajaran kadar kendiri. Apakah ciri-ciri penilaian dan pentaksiran bestari? Rujukan kriteria Penilaian on-line . bertema dan berkesinambungan merentasi bidang pembelajaran Mengintegrasikan pengetahuan. bahasa merentas Kurikulum Futuristik menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan membantu pelajar mencapai perkembangan menyeluruh Developmental dan seimbang Pelbagai dimensi ilmu. Apakah ciri-ciri kurikulum Bestari? Pelbagai disiplin.12. kemahiran dan bersifat global Fleksibel mengikut tahap dan kebolehan pelajar pemupukan akhlak dan nilai murni merentas kurikulum Berpandukan nilai Berorientasi praktis dan berasaskan proses 14. kemahiran. akses kendiri dan terarah kendiri dijalankan Interaktif Pelbagai aras kesukaran 13.

Tumpuan pentaksiran ialah perkara atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan kurikulum 15. Apakah perbezaan penilaian sekarang dan penilaian bestari? Sekarang Berfokuskan pencapaian Berasaskan subjek Merujuk norma Berpusatkan sistem Berpusat Terminal Tertumpu Ujian Off-line Bestari Holistik Berasaskan elemen Merujuk criteria Berpusatkan pelajar Pelbagai bentuk Berterusan Panca Instrumen On-line .Autentik / performance-based Fleksibel Pentaksiran lebih berbentuk tidak formal. berterusan dan berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran Fokus pentaksiran ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar untuk memudahkan tindakan susulan Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan objektif matapelajaran diutamakan Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria yang menerangkan tahap pencapaian pelajar.

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan gaya pembelajaran ? Gaya pembelajaran ialah minat atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman. Pedagogi. Apakah yang dirujuk sebagai elemen-elemen pembelajaran bestari? Kemahiran generik.16. 17. Penilaian dan Bahan. ciri-ciri pelajar. 2. Apakah 4 komponen P&P Bestari yang mesti diberi perhatian? Kurikulum. Nyatakan dua model gaya pembelajaran? . 1. CIRI-CIRI PELAJAR GAYA PEMBELAJARAN VAK DAN DUNN & DUNN. B. pendekatan pembelajaran dan strategi P&P.

suka belajar secara keseluruhan. otak kiri/kanan (kanan. Impulsif atau reflektif (impulsive. . Pola (contoh: susunan kelas) Emosi: Motivasi. Cahaya. makan. Sosiologi: sendiri. pelbagai cara. tanggungjawab (dengan atau tanpa bimbingan guru). reflektif. pasukan. ketabahan (jangka masa belajar). Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan). Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud). struktur (contoh: suka ikut jadual waktu). Terangkan secara ringkas model VAK. mencipta).· · Model Dunn dan Dunn Model VAK 3. guru. Suhu.bertindak secara spontan. pasangan. gerakan. waktu.berfikir sebelum bertindak) · · · · 4. Terangkan secara ringkas model Dunn dan Dunn ` Model Dunn dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut: · Alam sekitar: Bunyi. rakan sebaya.

2. Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/ hands-on. Namakan dan nyatakan secara ringkas ciri-ciri setiap jenis Kecerdasan Pelbagai · Verbal Linguistik penguasaan bahasa berkaitan dengan penggunaan + · Logik Matematik berkaitan dengan pengiraan/penaakulan . Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.· · · Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu. KECERDASAN PELBAGAI 1. Apakah itu Kecerdasan Pelbagai? Kecerdasan pelbagai adalah suatu teori oleh Howard gardner (1983) bahawa manusia ada pelbagai jenis kecerdasan.

· Naturalis .berkaitan dengan pergerakan badan .berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.· · · · Visual-ruang Kinestetik Muzik . 3. Bagaimana mengenalpasti kekuatan Kecerdasan Pelbagai seseorang pelajar? · · · · Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar Aktiviti murid semasa lapang Laporan prestasi murid Profil Kecerdasan Murid .berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang lain · Intrapersonal secara lebih dalam dengan diri .berkaitan dengan ritma dan melodi Interpersonal .berkaitan dengan memahami diri dengan mengaitkan apa yang dipelajari sendiri.berkaitan dengan ruang + visualisasi .

Kecerdasan Emosi: kesedaran tentang emosi diri dan orang lain. Lengkapkan pernyataan yang berikut: EIC: menentukan cara kita menguruskan diri Kompetensi Peribadi Kesedaran kendiri (sedar tentang perasaan diri) Pengurusan kendiri (kebolehan menguruskan perasaan) Motivasi kendiri (perasaan yang mendorong kendiri) . Apakah itu EIC? Emosi: perasaan. 2.· Soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for AdultsMICA) KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (EIC: EMOTIONAL INTELLIGENCE COMPETENCY) 1. Kompetensi kecerdasan emosi (EIC): Kebolehan menguruskan emosi sendiri dan orang lain untuk menghasilkan hubungan yang positif.

Nyatakan peranan TMK dalam pendidikan? .Menentukan cara kita menguruskan hubungan dengan orang lain Kompetensi Sosial Kesedaran sosial empati (memahami dan mengurus mengikut perasaan orang lain) Kemahiran sosial (kemahiran menghasilkan respon yang diharapkan daripada orang lain) C. Apakah yang anda tahu mengenai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi? Teknologi yang melibatkan pengumpulan. penyimpanan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk (Pemangkin kepada pendidikan Bestari). 2. KEMAHIRAN GENERIK KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT SKILLS) 1.

TMK sebagai alat dalam pengurusan dan pentadbiran maktab/sekolah. TMK sebagai alat bantu. Nyatakan cara. TMK sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.cara yang sesuai digunakan dalam pengajaranpembelajaran TMK? · · · · Tutorial Ekspolaratori Applikasi Komunikasi 4. 3.· · · · TMK sebagai subjek. Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar Memberi peluang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. Terangkan bagaimana kemahiran TMK boleh memberi manfaat kepada pelajar ? · Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperoleh. · · · .

Bagaimana penggunaan TMK dapat membantu guru dalam mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan P&P di bilik darjah? · · · Dapat menjimatkan masa p & p Pembelajaran tidak rigid Lebih fleksibel KEMAHIRAN MENTAKSIR DAN MENILAI 1. Meningkat kemahiran TMK. Apakah itu kemahiran mentaksir dan menilai? Kemahiran menggunakan · · · kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel mengambilkira tahap kehadiran pelajar . · 5.· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

· · 3. Apakah jenis-jenis penilaian yang boleh digunakan ? · · · · · · Penilaian melalui kontrak pembelajaran. Penilaian melalui pemerhatian (observation). kemajuan dan pencapaian pelajar. Penilaian melalui projek. 2. Apakah kepentingan (tujuan) mentaksir dan menilai? · · Sebagai pelengkap kepada proses P&P. Untuk mendapatkan maklumat perkembangan.· mengambil kira tahap kecerdasan pelajar dalam proses penilaian. Untuk mendapat gambaran keseluruhan prestasi pelajar. Penilaian portfolio. . Penilaian kendiri Ujian dan peperiksaan · Penilaian dengan menggunakan perisian (Evaluation using Courseware). Untuk membuat tindakan susulan dan pertimbangan daripada maklumat yang diperolehi.

Nyatakan jenis-jenis kemahiran belajar untuk memperoleh maklumat Kemahiran y y y y y y y y y y mendengar membaca mencatat nota menulis mengingat komunikasi carian (sourcing for information) teknikal memerhati penyelidikan . Apakah itu kemahiran belajar? Kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. 2.KEMAHIRAN BELAJAR 1.

Apakah kemahiran maklumat ? kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan y y y Kemahiran menulis. Mensintesis maklumat 4. Kemahiran ICT. Nyatakan sumber-sumber maklumat y y y y Sumber berasaskan manusia.3. Sumber berasaskan komputer. Kemahiran persembahan. Mentaksir maklumat. Bahan bercetak. Nyatakan langkah-langkah dalam memproses maklumat y y y y Menganalisis maklumat. KEMAHIRAN BERFIKIR . Bahan audiovisual. Menilai maklumat. 5.

membuat keputusan wajar dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami. meneroka pelbagai idea. 3. .1. 2. kreatif. 4. Apakah pemikiran? Pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Apakah kemahiran berfikir secara kritis? Kemahiran berfikir secara kritis adalah keupayaan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti. Nyatakan jenis-jenis kemahiran berfirkir Kritis. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menjana menghasilkan / mencipta idea baru dan mencari makna dan penyelesaian masalah secara inovatif. membuat keputusan (pilih yang terbaik) dan menyelesaikan masalah menangani sesuatu situasi bermasalah/ berusaha untuk mencapai matlamat atau keadaan yang diingini).

APC Alternatives. membuat sekuen.Consider All Factors. Possibilities and Choices. CAF. Minus.5.Consequence and Sequel (what follows. Goals & Objectives. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kreatif Mencipta analogi. OPV Other People s Views). C&S. 6. AGO-Aims. menjana dan menghasilkan idea baru. membuat inferens. Nyatakan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis Membanding dan membeza. FIP. mencipta metafora. menerangkan sebab. mengusul periksa andaian. 7. Nyatakan jenis-jenis alat berfikir Lembaran pengurusan grafik. meneliti bahagian kecil dan keseluruhan. mengesahkan sumber maklumat. as a result) -kesan mengikut jangka masa. membuat ramalan. soalan dan penyoalan. Cognitive Research Trust (CoRT I: PMI-Plus.First Important Priorities. Interesting. Siapakah fasilitator? . KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN (FASILITATOR) 1. peta minda.

The pieces of any story are related to this main idea) Memberi maklum balas (Feedback) Pengarahan (Instructing: example. . Contoh: Stories have main ideas. Apakah peranan fasilitator dalam P&P? Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi dirinya. Apakah teknik-teknik fasilitator yang digunakan semasa pembelajaran yang membantu pelajar mencapai matlamat pelajaran? y y y y y Penyoalan (Questioning) Percontohan (Modelling) (especially psychomotor performance) Penstrukturan kognitif (Cognitive structuring): memberi penerangan atau struktur sebagai panduan untuk aktiviti.Fasilitator merupakan guru atau kumpulan guru yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan 2. 3. Semasa berinteraksi.Think about the main theme of this story) (Cooperative development) y Memberi perhatian (Attending: mendengar dan non-verbal communication/body language must show what we wish to show).

y y y y y y y Renungan (Reflecting: to improve your teaching or determine the sections that require discussion with peers). Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ? . Memberi focus (Focusing: decide on focus for discussion with peers) Penentuan tema (Thematising: to determine relationship between statements or aspects discussed) Mencabar (Challenging: to ensure that the ideas of the teacher are coherent) Pendedahan (Disclosing: technique for aiding clarification) Penentuan matlamat (Goal-setting: helps to decide on the course of action) Menjejak (Trialling: purpose is to ensure course of action towards a goal be well organized and meaningful in its own right) D. PENDEKATAN PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR 1.

Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. y Menggunakan sekolah. Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari). Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ).y y y y Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu). Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. y Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. pekerjaan. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. rumah dan komuniti sebagai resos. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. kumpulan dan kelas. . Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. terlibat dalam penilaian berterusan Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. 2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu. y y y y Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

. Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu? Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara individu. PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU 1. 2. Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.y y Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. barangkali satu hingga dua minggu. 3. guru dan interaksi mereka. buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan).Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka. CD interaktif. program penggunaan komputer yang terancang. program. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki dirinya. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu. Contoh: Modul. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan pembelajaran individu berlaku. Menekankan sikap lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti aktiviti pembelajaran pelajar. . Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan.

mengadakan inferens. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. Apakah pembelajaran berfikrah? Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan . PEMBELAJARAN BERFIKRAH 1. keperluan.PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenalai sebagai Pusat Akses Kendiri. perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran pelajar. memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran. tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran. Pelajar belajar mengikut minat.

menggalakkan interaksi antara pelajar. mengambil bahagian dalam pembelajaran. akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah. memberi sebab untuk jawapan. mengambil masa untuk berfikir. 4. meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya. akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah? Pelajar y akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)? Guru y y y y y y y y y berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. 3. menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended) menyoal soalan-soalan lanjutan. menerima kepelbagaian maklum balas. tidak akan mengulang maklum balas pelajar. akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain. menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat. memikir akan pemikirannya. menunggu maklum balas daripada pelajar. y y y y y y y y . tidak memberi pendapat atau value judgement terhadap pelajar.

2. terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ? Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah : · · merancang dan memilih topik yang sesuai merancang objektif pengajaran pembelajaran . Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ? Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah.PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI 1.

4. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi.· merancang dan menyediakan bahan akses mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai kawal selia penggunaan media atau · · 3. kaedah penggunaan. 5. tujuan. terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p. kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar. kesesuaian. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT? Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi (a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: .

6. dsbnya). Apakah itu pembelajaran berasaskan otak? . melihat demonstrasi sesuatu babaknya boleh dikawal oleh murid. (d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ? Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP. PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK 1. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. grafik. (b) Penerokaan: ICT sebagai medium · mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom. menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks. maklumat dll. TV. kejadian yang urutan · · (c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. audio. demonstrasi. latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem). portal. internet. video). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.ekspositori. radio. mengalami.

2.Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak? · Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa. Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi Mencari makna secara dalaman Mencari makna melalui pencorakan Emosi adalah penting dalam pencorakan Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan. · · · · · · · · · . Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku. maka akan berlakulah proses pembelajaran. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory.

· Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan · · . Otak adalah unik · 3. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak. Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif 4. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. · Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka.elemen interaktif yang penting dalam proses ini. Nyatakan elemen. Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran. Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam.

guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.· Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. . Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek? · · Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. 2. Oleh kerana otak berbeza. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek? Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. · · · · PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 1.

Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari? · Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. data. · · · . memproses maklumat dan data. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan. Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. kebolehan murid. berkomunikasi dan pengurusan kendiri.· · Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. maklumat. Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. pengetahuan. Mengintegrasikan bidang kurikulum. Berasaskan kemahiran. pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. pengalaman dan · · · · 3. · Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.

Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat. Penyediaan JPT dan PMM Pembentangan. Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.· · Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek? · · Memberi tugasan mengikut kurikulum. penyelarasan dan pemurnian projek Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek · · · · · · · · · . Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil. tahap 4. Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Menentukan jadual kerja. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran. Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari). Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ? y y y y Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu). terlibat dalam penilaian berterusan Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. 2. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial. y Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam menemui pengetahuan. pekerjaan. . y Menggunakan sekolah. Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ).PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR 1. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. rumah dan komuniti sebagai resos.

PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU 1. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu.y y y y y y Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kumpulan dan kelas. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. 2. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif. Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk menguasai (master) . Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu? Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara individu.

guru dan interaksi mereka. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan pembelajaran individu berlaku. Menekankan sikap lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain yang lebih menekankan perkaitan aktiviti aktiviti pembelajaran pelajar. barangkali satu hingga dua minggu. PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu. Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. 3.apa yang diajarkan kepada mereka sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar. Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan. . Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk memperbaiki dirinya.

Apakah pembelajaran berfikrah? Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk mewujudkan . keperluan. program.PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. Pelajar belajar mengikut minat. PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenalai sebagai Pusat Akses Kendiri. Pentaksiran kendiri disediakan supaya pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka. PEMBELAJARAN BERFIKRAH 1. tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. CD interaktif. memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran. mengadakan inferens. PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan pembelajaran. Contoh: Modul. perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan pembelajaran pelajar. buku teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan). program penggunaan komputer yang terancang.

memberi sebab untuk jawapan. mengambil masa untuk berfikir. menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended) menyoal soalan-soalan lanjutan. menunggu maklum balas daripada pelajar. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah? Pelajar y akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah. 4. akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut. menerima kepelbagaian maklum balas. mengambil bahagian dalam pembelajaran.iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya. akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain. y y y y y y y y . memikir akan pemikirannya. tidak memberi pendapat atau value judgement terhadap pelajar. tidak akan mengulang maklum balas pelajar. menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat. akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah. menggalakkan interaksi antara pelajar. 3. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)? Guru y y y y y y y y y berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI 1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ? Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ? . terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.E. 2.

Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT? Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah. tujuan. terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p. 4. kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi.Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah : · · · merancang dan memilih topik yang sesuai merancang objektif pengajaran pembelajaran merancang dan menyediakan bahan akses mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai kawal selia penggunaan media atau · · 3. kaedah penggunaan. kesesuaian. .

melihat demonstrasi sesuatu babaknya boleh dikawal oleh murid. 6. (b) Penerokaan: ICT sebagai medium · mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom. menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks. video). mengalami. Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. demonstrasi. dsbnya). portal. maklumat dll. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ? Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP. radio. TV. . kejadian yang urutan · · (c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. grafik. latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem). internet. audio. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi (a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori. (d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar.5.

Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi Mencari makna secara dalaman Mencari makna melalui pencorakan Emosi adalah penting dalam pencorakan Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan. · · · · · · .PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK 1. maka akan berlakulah proses pembelajaran. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak? · Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa. Apakah itu pembelajaran berasaskan otak? Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. 2. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku.

Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory. Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.elemen interaktif yang penting dalam proses ini. Otak adalah unik · · 3.· · · Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif 4. . Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak. · Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Nyatakan elemen. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan.

· · Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam. guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa. Oleh kerana otak berbeza. 2. mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya. · · · · · PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK 1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek? Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek? . Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

· Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan bestari? · Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai. Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan. dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. pengetahuan. pengalaman dan · · · · · · 3. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan. · . Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. kebolehan murid. Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. maklumat. data. Berasaskan kemahiran. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. memproses maklumat dan data.· · Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

· Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. berkomunikasi dan pengurusan kendiri. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil. Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Menentukan jadual kerja. Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat. tahap · · · 4. Penyediaan JPT dan PMM · · · · · · · . Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza. pengajaran bertema dan isu-isu komuniti. Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek? · · Memberi tugasan mengikut kurikulum. Mengintegrasikan bidang kurikulum. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.

· · Pembentangan. penyelarasan dan pemurnian projek Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful