You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Secara amnya, falsafah pendidikan adalah satu bidang kajian, spekulasi dan pengalaman di
mana metod-metod atau kaedah-kaedah falsafah digunakan untuk mengkaji masalah atau isu
dalam sistem pendidikan. Falsafah pendidikan digunakan untuk menjelaskan serta
memberikan justifikasi kepada penyertaan pendidikan.

Falsafah pendidikan di Malaysia hanya dapat dijelaskan secara tersurat dan


berdokumen sejak beberapa tahun yang lalu, terutamanya selepas pihak Jawatankuasa
Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran (1979) mengemukakan perakuan-perakuan untuk
membuat pindaan kepada sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini menunjukkan bahawa
sebelum ini Malaysia tidak mempunyai satu definisi falsafah pendidikan negara yang nyata
dan sempurna dalam bentuk dokumen.

1|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) hlm: 8

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sebelum ini disebut sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar yang telah dilaksanakan di Malaysia (Noriati A.
Rashid et. al., 2016). Berdasarka Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti Pendidikan
diadakan bagi mencapai inti pati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen
epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme,
realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme ( Sufean Hussin, 1996)

2.1 ELEMEN-ELEMEN DALAM FPK

Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),


difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan
ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk
keharmonian dan kemakmuran negara.

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), dapat diringkaskan seperti


berikut : Rujuk Lampiran Rajah 1.0

2|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


3.0 REKA BENTUK KURIKULUM

Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-
komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah
media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan


sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi
setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji
pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi
memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan
ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin
selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994).

Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk
kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Kurikulum yang
berbentuk standard adalah berasaskan standardkandungan dan standard pembelajaran yang
perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi
kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan
bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia2009).

3|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


4.0 PERKAITAN FPK DENGAN REKA BENTUK KURIKULUM

Reka bentuk kurikulum merupakan satu pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan juga
nilai. Reka bentuk kurikulum berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif.

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk


pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan juga nilai. Konsep yang didasari di dalam KSSR
berfokuskan kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan juga sosial. Enam tunjang yang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan
nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan
bersepadu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula turut memfokuskan memperkembang
potensi individu berkait rapat dengan KSSR iaitu pembentukkan modal insan yang seimbang.
Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan
rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh diperkembangkan dan di gilap.

5.0 PERKAITAN FPK DENGAN TUNJANG KSSR DALAM MENULUSURI DSKP

KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan diri.
Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu
kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Perkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tunjang KSSR ialah FPK
terbahagi kepada 4 unsur, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Unsur jasmani ialah unsur
fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal
amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat
berkait rapat. Hal ini selari dalam DSKP mengenai tema jati diri, patriotisme dan
kewarganegaraan yang mengatakan bahawa murid haruslah mempunyai menzahirkan
keperibadian yang seimbang dari segi fizikal, emosi dan rohani. Berdasarkan Standard

4|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Pembelajaran 1.5.1 Tahun 1, murid mampu bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal. Tamsilnya, murid
dapat bercerita mengenai sambutan bulan kemerdekaan yang pernah dilaluinya dengan
menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Seterusnya, saya akan mengupas mengenai perkaitan FPK dengan tunjang KSSR
dalam aspek emosi. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana
memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi
yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula
merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya.
Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur terakhir ialah unsur intelek
iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah
sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Semua unsur-unsur ini membantu dalam
perkembangan potensi individu dan menjadi asas kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan

6.0 PERKAITAN FPK DENGAN MATLAMAT KSSR

Seperti yang kita maklum bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hanya mampu
dicapai sekiranya Kurikulum Sekolah Rendah ini dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, tidak
salah sekiranya mengatakan bahawa Kurikulum Sekolah Rendah ini dibuat berpandukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pedoman dan arah tuju.

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan


murid dengan keterampilan bahasa dan komunikasi untuk memenuhi keperluan diri
memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan juga urusan harian. Selain itu, ianya mampu
melahirkan murid yang menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, bahasa perpaduan dan bahasa bahasa ilmu sesuai dengan semangat Rukun Negara
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.

5|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Pendidikan peringkat rendah adalah Pendidikan yang bertujuan melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan juga
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu diajarkan sebagai subjek yang wajib,
selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),
membaca dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu (Abdullah Hassan, 1996).

Melahirkan insan seimbang, kreatif, kritis, inovatif melalui tunjang komunikasi, sains
dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula ingin melahirkan rakyat
Malaysia yang berketrampilan iaitu rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan
rakyat yang mahir dalam melakukan tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif.

7.0 PERKAITAN FPK DENGAN OBJEKTIF KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan


Dasar Pendidikan Kebangsaan. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas
berikut, insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Objektif
KSSR ialah ingin melahirkan yang bertanggungjawab iaitu warganegara yang boleh
berperanan di arena global. Selain itu, objektif KSSR iaitu ingin melahirkan pekerja berilmu.
Objektif KSSR ini saling berkait dengan unsur dalam FPK iaitu ingin melahirkan rakyat
Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara, memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu, serta memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di
Malaysia.

6|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


8.0 PERKAITAN FPK DENGAN FOKUS KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap dengan memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.


Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti
dan inovasi, keusahawanan dan TMK. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada
pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Hal ini berkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu unsur yang pertama
ialah “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”. Pendidikan merupakan satu proses yang
berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses
pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan
merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak
kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, komputer pengajian
tinggi dan sebagainya.

7|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


9.0 KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh, dengan hujah-hujah yang dinyatakan di atas cukup untuk
menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai pertautan yang rapat
dengan DSKP. Reka bentuk DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah mampu melahirkan
warganegara Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

8|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


10.0 RUJUKAN

Mohd Taib Hj. Dora .(2005). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur;

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka.

9|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


11.0 LAMPIRAN

RAJAH 1.0 : ELEMEN-ELEMEN FPK

10 | K a j i a n K u r i k u l u m B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h

You might also like