You are on page 1of 6

Pengenalan

Pada amnya, pembinaan tiang bertujuan untuk menyokong balak atau rasuk untuk sesuatu
lantai dimana koyak bentuknya mempunyai papan yang dipanggil ‘’sheating’’. Tiang juga
berfungsi menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya kepada asas bangunan.
Tiang merupakan struktur yang dibina pugak untuk menanggun beban. Tiang terbahagi
kepada 2 jenis iaitu:

1. Tiang Tunggal
2. Tiang Jinjang

- Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan Untuk Pembinaan Tiang :

1. Kotak Bentuk Untuk Acuan Tiang


2. Penukul
3. Paku
4. Pita Ukur
5. Baldi
6. Gergaji
7. Tali Pembenang
8. Plumbup
Fungsi Peralatan Yang Digunakan

 Kotak bentuk acuan tiang


Katak bentuk acuan untuk struktur tiang diperbuat daripada kayu. Ia terdiridaripada
papan lapis sebagai pendinding ,perembat dan dikukuhkan dengan topang. Ia
digunakan sebagai acuan bagi membentuk struktur tiang. Ia sangat ekonomi
digunakan pada masa kini dan penggunaannya boleh diulangi. Namun ia tidak dapat
boleh digunakan melebihi 4 kali penggunaannya.

 Penukul
Penukul dig/unakan untuk kerja meyatukan sisi kotak bentuk tiang bagi
membentukan segi empat. Ia juga disebut sebag/ai tukul kuku kambing. Tukul ini
diperbuat daripada besi keluli. Ia digunakan untuk menaggalkan kotak bentuk apabila
ia telah siap dikonkrit.

 Paku
Paku digunakan untuk mengemaskan sisi dan menyatukan setiap bahagian untuk
mengehasilkan sebuah kotak bentuk tiang yang sempurna. Ia juga digunakan untuk
meletakan perempat supaya binaannya lebih kukuh. Ia diperbuat daripada besi
mempunyai bentuk lurus dan tajam dihujungnya.

 Pita ukur
Ia digunakan bagi mengukur saiz kotak bentuk yang diperlukan mengikut saiz yang
dikehendaki. Ia juga digunakan untuk mendapat ketinggian tiang yang sebenar.
Panjang keseluruhan adalah 30 meter.

 Baldi
Baldi diguanakan bagi mengisi konkrit yang telah siap dibancuh dan dibawa ke
tempat dikehendaki. Baldi yang telah siap diisi konkrit akan diberikan kepada pekerja
yang berada dibahagian atas permukaan tiang dan dituang kedalam kotak bentuk.
 Gergaji
Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut sais kotak bentuk yang
diperlukan. Ketinggian tiang mestilah mengikut didalam pelan lukisan yang telah
ditetapkan oleh jurutera. Papan akan digajikan setelah diukur dengan tepat mengikut
pelan lukisan.

 Tali pembenang
Benang ini digunakan bersama plumbub. Ia digantung dengan plumbub dan diikat
pada batu yang akan menyelaraskan kotak bentuk nanti. Benang ini yang menjadi
panduan kepada pekerja untuk memastikan acuan kotak bentuk dalam keadaan
tegak atau tidak. Ia diperbuat daripada nilon.

 Plumbub
Alat ini digunakan bersama tali pembenang. Ia akan diikat dengan benang dan
dibiarkan tergantung. Ia berbentuk segitiga yang mana salah satu bucunya tajam dan
bucu yang tajam ini akan menghadap kebawah dan disambungkan supaya benang
masuk ketempat yang telah dibuat untuk keselarasan.
Proses kerja yang dilakukan untuk pembinaan tiang

Mengenai tetulang yang digunakan dan cara mendirikannya. Kaedah yang


digunakan untuk pembinaan tiang ini bukan menggunakan kaedah insani. Ia
menggunakan jentera seperti kren untuk mengangkat tetulang tiang dari tempat
pemasangan tetulang dan seterusnya membawa tetulang tiang ke takap asas yang
siap dibina.

Penuangan konkrit kedalam kotak bentuk

1. Kerja menuang konkrit memerlukan 4 orang pekerja binaan dimana dua


orang akan memegang mesin vibrator dan 2 orang lagi akan memegang
papan ketika hendak menuang konkrit. Ini adalah memudahkan konkrit
masuk kedalam kotak bentuk tiang.
2. Digunakan mengangkat bakul konkrit yang telah diisi konkrit ke kotak bentuk
yang siap didirikan.
3. Menuang konkrit, pekerja perlu menggunakan peranca untuk naik ke
bahagian atas untuk menuang konkrit tersebut.
4. Menuang konkrit kedalam kotak bentuk sehingga keparas yang dikehendaki.
5. Menuang konkrit, mesin vibrator perlu digunakan untuk memadatkan konkrit
supaya tiang tiada ruang kosong/ruang udara yang terbentuk dan akan
mengakibatkan honey comb.
6. Konkrit diisi dengan penuh sehingga mencapai tinggi tiang.
Menanggalkan kotak bentuk

1. Setelah konkrit tiang mengeras dan kering sepenuhnya, kerja-kerja


menanggalkan kotak bentuk akan dilakukan.
2. Kerja ini dilakukan bagi mendapatkan 1 struktur tiang yang sempurna.
3. Kotak bentuk dibuka secara perlahan-lahan dan berhati-hati supaya bahagian
tiang tidak mengalami sebarang kecacatan.
4. Menggunakan penukul mengetuk bahagian kotak bentuk supaya dapat
ditinggalkan dengan mudah.
5. Ia dimulakan dengan mengetuk bahagian bawah kotak bentuk dan sehingga
bahagian atas.
6. Pastikan besi R10 tidak tertanggal bersama semasa kotak bentuk tiang
tersebut ditanggalkan.
7. Jika terdapat ruang udara, penampalan akan dibuat ke atas tiang tersebut.
8. Kotak bentuk siap ditanggalkan akan dikumpulkan di satu tempat untuk
kegunaan yang seterusnya.
Kesimpulan

Apa yang saya dapat simpulkan disini adalah kebijaksanaan dalam menggunakan alatan
dan bahan binaan. Bahan binaan yang hendak digunakan hendaklah disukat dengan betul
dan tepat. Ia adalah untuk mengelakkan daripada pembaziran bahan. Namun ia jarang
sekali berlaku.

Jika menjalani latihan industri juga dapat melihat sendiri bagaimana konkrit dicurahkan
kedalam bakul konkrit dengan menggunakan truck mixer, mengikat besi pada tiang dan
sebagainya ataupun berada dibawah cahaya matahari.