You are on page 1of 9

PEMBINAAN INSTRUMEN JATI DIRI PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA
Zamli Toti, Ruslin Amir, Saemah Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen untuk mengukur tahap jati diri pelajar.
Instrumen dibina berdasarkan konstruk sedia ada oleh pengkaji tempatan dan dihalusi oleh
pandangan 6 orang pakar dalam bidang pendidikan. Satu soal-selidik telah disediakan dan ditadbir
kepada 118 orang pelajar sekolah menengah. Untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan
dalaman data kajian dianalisis menggunakan statistik analisis faktor dan nilai pekali Alpha
Cronbach. Nilai Alpha Cronbach yang diperoleh antara .55 hingga .83. Analisis dapatan menunjukkan
konstruk Jati Diri ini terdiri dari dua dimensi utama dan tujuh sub dimensi. Dimensi pertama dikenali
sebagai Dimensi Kesetiaan mempunyai 3 sub dimensi iaitu Patriotisme, Budaya Kebangsaan dan
Bahasa Kebangsaan. Manakala dimensi kedua yang dikenali Dimensi Kekuatan Diri terdiri dari 4 sub
dimensi iaitu Ketahanan Diri, Sahsiah Diri, Kekuatan Jiwa dan Etika. Kajian ini mendapati instrumen
jati diri yang dibina mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dan boleh
digunakan dalam mengukur Jati Diri pelajar sekolah menengah.

Kata Kunci: Jati diri, dimensi kesetiaan, kekuatan diri, patriotisme, budaya kebangsaan, bahasa
kebangsaan, ketahanan diri, sahsiah diri, kekuatan jiwa, etika.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Tujuan pendidikan ialah untuk membentuk seorang insan yang berilmu, berketerampilan dan
berbudi mulia iaitu sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM 2010). Segala usaha ini dipertanggungjawabkan kepada
sekolah (Affizal 2008), namun demikian, sebaik sahaja pelajar memasuki sekolah menengah, mereka
sering berhadapan dengan cabaran yang lebih besar seperti yang dinyatakan oleh Joyce et al. (2007)
iaitu dalam membentuk peribadi atau identiti. Dari segi sejarah Erikson (1950) menjelaskan bahawa
cabaran utama para remaja adalah pertarungan besar di antara ‘identiti’ dan ‘kekeliruan peranan’
dalam diri mereka. Persoalan “Siapakah aku” ini mula ditanya olehnya sehingga mereka beroleh
jawapan “Inilah aku.

Penyataan Masalah

Pendidikan di Malaysia seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Harapan Kementerian pendidikan Malaysia adalah memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum,
program kokurikulum dan sukan. Ini disebabkan jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan
negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju (Kementerian pendidikan Malaysia
2006). Malah, sistem pendidikan negara berfungsi sebagai wahana membina jati diri bangsa di
samping membina keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progresif, sikap
dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia (Resolusi Kongres
Kebudayaan Melayu II 2009). Jati diri ialah ukuran penting bagi menentukan baik buruk tingkah laku
pelajar. Oleh kerana jati diri menjadi cermin identiti yang baik, maka pembentukan jati diri pelajar
amatlah penting dan harus diberi perhatian sewajarnya. Tidak dinafikan individu itu sendiri
memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadiannya. Walau bagaimanapun faktor-

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 664

Dalam hal ini. Dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah membuat perancangan yang lebih kemas serta menggunakan kelebihan-kelebihan tertentu bagi memastikan pelajar dapat terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan selesa dan didorong oleh tahap motivasi yang tinggi. pengkaji dan pelajar dalam pelbagai disiplin serta sesuai untuk pelbagai dasar tertentu dari pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan. Sabah. Aminuddin (1990) mencadangkan supaya kajian-kajian yang berkaitan dengan pendidikan diperbanyakkan.faktor persekitaran memberi pengaruh besar dalam kehidupan pelajar (Yahya 2006). Usaha membina dan menambah bahan ilmiah merupakan usaha berterusan kerana sesuatu ilmu berkembang dengan pesat terutamanya dalam bidang pendidikan.net 665 . Di samping itu. Walau bagaimanapun. jasmani dan rohani. Oleh itu. jati diri adalah kekuatan kepada seseorang dalam menyeimbangkan akal. MALAYSIA. supaya mereka dapat mempengaruhi. Objektif Kajian Berdasarkan tinjauan kajian lepas mendapati bahawa belum ada kajian tentang jati yang khusus untuk pelajar Malaysia. mengurangkan rasa tegang. Kajian tentang jati diri dapat memberi faedah kepada cendekiawan. kehebatan seorang pelajar bukan semata-mata terletak kepada kecemerlangan akademik tetapi juga kepada ketinggian nilai moral dan akhlak yang diamalkan (Tajul Ariffin 2007). Definisi Operasional Jati Diri Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). wujud keperluan untuk mengkaji aspek jati diri pelajar pada masa kini sejajar dengan hasrat kementerian pendidikan dan wawasan negara. Justeru. pembinaan jati diri merupakan aspek penting yang ditekankan dalam sistem pendidikan negara kerana ia akan melahirkan generasi muda yang menjadi tonggak negara. Kepentingan kajian Secara implikasinya matlamat pendidikan pada akhirnya akan menghasilkan warganegara yang mempunyai jati diri (Sufean et al. Organized by http://WorldConferences. bosan apalagi dalam kalangan pelajar agar mereka dapat menjadikan sekolah seperti rumah sendiri dan tempat yang menyeronokkan untuk belajar. 9-10 June 2014. kajian ini bertujuan untuk membina instrumen jati diri dan menguji kesahan dan kebolehpercayaan pembinaan instrumen tersebut. Oleh sebab itu. Usaha ini dapat memperkukuhkan fungsi sesebuah sekolah selari dengan visi dan misi Kementerian pendidikan Malaysia dan negara. Malah menurut Saat (2007). Joanna (2001) menegaskan bahawa kajian seperti ini adalah penting kepada pengkaji dan penggubal dasar. Remaja positif perlu memiliki jati diri yang kukuh dan kuat. Kota Kinabalu. Di samping itu. Johari dan Sutinah (2010) dalam kajiannya merumuskan bahawa sahsiah dan jati diri yang teguh mampu membawa kepada kecemerlangan dalam akademik dan seterusnya akan terserlah ciri-ciri kepimpinan pada diri pelajar. Menurut Kamarudin (2006) menegaskan bahawa aspek-aspek pembangunan sahsiah perlu diseimbangkan dengan kecemerlangan akademik. Hanya satu dalam lima item yang diambil melalui istilah carian sedia ada yang biasa digunakan dalam pelbagai perkhidmatan carian atas talian (on-line) dan katalog perpustakaan universiti sebenarnya memperkatakan jati diri (Joanna 2001). kajian ini diharap dapat memperkayakan ilmu dalam bidang kajian pendidikan. sejauh manakah hasrat Kementerian pendidikan Malaysia dapat direalisasikan sekiranya persoalan ini tidak dapat diungkap melalui kajian saintifik. hasil kajian ini diharap dapat membantu guru berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar. Oleh itu. 2005).

tetapi tahap ketahanan yang perlu dicapai adalah berbeza mengikut individu (Shaharudin 2010). Sabah. identiti. mempunyai etika yang kukuh. Organized by http://WorldConferences. kepercayaan. sentiasa melihat sesuatu dengan harapan yang cerah. sikap dan sifat mahupun watak seseorang individu. perasaan dan tingkah laku individu. jujur. melakukan sesuatu kerja dengan teliti. jati diri dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang kuat. Ketahanan Diri Ketahanan diri merujuk kepada kecekapan dalam menghadapi cabaran yang signifikan (Sarah 2003). mengadaptasi strategi baru bila mana menghadapi sesuatu krisis atau gangguan (sama ada gangguan kecil atau besar). semangat patriotisme yang tinggi. Paimah et al. tidak mudah terpengaruh dengan nilai-nilai asing dan pada masa yang sama dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa (Paimah et al. berpegang pada nilai budaya kebangsaan dan dasar bahasa kebangsaan. melihat sesuatu dari sudut yang positif.net 666 . -tatis. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). nilai dan perasaan. jati diri menekankan kepada sifat ketahanan diri. tetap dengan pendirian yang telah dibuat. mengatasi serta pulih. seorang yang mudah memaafkan orang lain dan sentiasa tenang. Istilah ini berasal dari perkataan Perancis identité. sifat ketahanan diri. kekuatan jiwa. iaitu secara bahasanya sebagai identitas manakala dalam bahasa Latin. Sahsiah Diri Menurut Kamarul Azmi (2007) sahsiah diri menggambarkan sifat-sifat keperibadian seseorang yang boleh membezakannya daripada orang lain. Justeru itu sahsiah adalah satu perkara yang dirujuk bercorakkan kepada pemikiran. dan lambang keperibadian (Zaharani et al. yakin dengan kebolehan yang dimiliki. keupayaan dan kemampuan seseorang untuk bertahan dalam menghadapi. kekuatan jiwa dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai kawalan emosi yang baik. kemurungan dan rasa tertekan yang melampau (Anon 2008). seorang yang tabah. MALAYSIA. ketahanan diri dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai kemampuan untuk bertahan dalam menghadapi.Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang khas dan istimewa yang menjadi teras. sahsiah diri dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang tidak suka memburukkan orang lain. merumuskan bahawa sahsiah diri merujuk kepada penekanan kepada pembentukan dan peningkatan peribadi dan budi pekerti mulia. mereka menjauhkan diri dari emosi-emosi negatif seperti kesedihan. tidak mementingkan diri. (2003). perkara yang menimbulkan kemarahan atau penderitaan tanpa merungut. mengatasi serta pulih daripada sesuatu situasi. tidak lupa kepada nilai-nilai kebudayaan bangsa. kehendak. suka membantu. tidak suka menangguhkan kerja dan melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna. sentiasa berusaha sehingga mencapai matlamat diri dan memaparkan akhlak mulia. (2011). tabiat. tidak mudah kecewa. jati diri merujuk kepada imej diri dan merupakan pengukuhan tingkah laku secara berulang-ulang (Charng et al. terbit dari kata sifat Latin yang bermaksud "yang sama" (Joanna 2001). Oleh itu. Mereka bijak mengawal emosi. menyelesaikan setiap tugas yang diberikan. mempunyai kesabaran yang tinggi dan boleh menerima sesuatu hakikat kejadian. Dalam masa yang sama. Oleh itu. malah jika perlu. Kekuatan Jiwa Kekuatan jiwa merupakan kebolehan individu menerima kelewatan. Oleh itu. 2003). Sahsiah diri merangkumi gaya hidup (life-sytle). mempunyai pendirian yang kuat. 1988). Dalam hal ini. Kota Kinabalu. Oleh itu. Selain itu. 9-10 June 2014. Di samping itu.

tradisi. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan utama masyarakat. emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006).Patriotisme Patriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme. 9-10 June 2014. berbangga sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa taat dan setia kepada pemimpin negara. MALAYSIA. yakin dengan prinsip hidup bersatu padu dan berharmoni. tanggungjawab dalam kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum. percaya kepada hidup bersefahaman dan bermuafakat. Oleh itu. etika kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perasaan bangga dengan budaya Malaysia yang sedia ada. memberikan takrif “betul” dan “salah” (Mohammad Abu Bakar 2011) dan menekankan kepada penghayatan nilai-nilai murni yang boleh memupuk budi pekerti mulia (Paimah et al. Menurut Paimah et al. budaya kebangsaan dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perasaan bangga dengan budaya Malaysia yang sedia ada. etika merupakan sesuatu yang berkait dengan keupayaan seseorang untuk membezakan antara yang betul dan salah dan seterusnya melakukan sesuatu yang betul (Zaharah at al. Kota Kinabalu. Dalam hal ini. Manakala menurut Mel Thompson (2011). sikap. nilai. berani. berakhlak dan berbudi pekerti mulia serta berbangga dengan warisan negara. Etika Etika merupakan peraturan sosial iaitu peraturan-peraturan yang dikenakan oleh lingkungan sosial untuk mengawal tingkah laku manusia. bandar. bertolak ansur dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Abdul Fatah (2001). kesedaran. bangsa akan menjadi kuat. berbangga dengan sejarah negara Malaysia. etika adalah sesuatu yang didasarkan kepada nilai umum. Budaya Kebangsaan Budaya mempunyai banyak definisi. latar belakang agama dan sebagainya (Cathy 2008). (2003). Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan adalah bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. 2003). patriotisme juga membawa erti fahaman atau pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu. mempunyai ketahanan mental. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan termasuklah sebagai Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. merumuskan etika sebagai usaha menyelidik. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. patriotisme menekankan kepada kehidupan harmoni masyarakat berbilang kaum. 2009). menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Sabah. Oleh itu. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia. berintegriti serta berbangga dengan warisan negara. Oleh itu. norma. Budaya adalah satu set kepercayaan. menghormati perbezaan budaya yang ada. yakin dengan prinsip hidup bersatu padu dan berharmoni. dan satu cara hidup yang membezakan satu kumpulan dari yang lain (Lee Su Kim 2003). Di samping itu. pinggir bandar). ritual. Oleh itu. perasaan. Organized by http://WorldConferences. sedia berkorban dan bertanggung jawab kepada bangsa dan negara. bertolak ansur dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat. adat. kelompok dan wilayah di mana kelompok tersebut menghuni (Nazri & Jamsari 2009).net 667 . Budaya juga dilihat sebagai satu set pandangan dunia yang dikongsi bersama dan tingkah laku penyesuaian yang diperoleh daripada kumpulan tertentu dalam pelbagai konteks seperti ekologi (luar bandar. memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. patriotisme dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai semangat.

pencapaian akademik dan harga diri dalam kalangan pelajar Mexico- Amerika di beberapa buah universiti Eropah-Amerika. Meskipun demikian. emosi (David 2008) dan psikologi silang budaya (Miriam 2001. Oleh itu." "jati diri sosial. (2007). Zulkifli (2003). di samping melibatkan isu etnik (Joanna 2001). Dalam hal ini. Nurul Ezzati (2008). Sabah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif konsisten antara masalah pelajar dan pencapaian akademik. Simon (2002). Ruhil Amal & Daing Zaidah 2011). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan jati diri budaya dan pencapaian akademik pelajar universiti." "jati diri kaum. termasuk "jati diri budaya. MALAYSIA. Kajian-kajian Berkaitan Jati Diri Berdasarkan sorotan kajian yang dilakukan. bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006). (2007). bahasa kebangsaan dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang mempunyai perasaan bangga menggunakan bahasa kebangsaan. Menurutnya jati diri boleh berubah melalui interaksi sosial dan komunikasi antara lain yang mana boleh meningkatkan pencapaian akademik. tahap masalah pelajar yang tinggi mempunyai sedikit kesan negatif kepada purata nilai gred. Pamela dan Mark (2005) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara jati diri etnik. jantina dan umur. iaitu tinggi masalah yang berkaitan dengan penurunan dalam purata nilai gred dalam kalangan responden dengan jati diri budaya yang rendah.net 668 . 9-10 June 2014. hubungan ini tidak meramal pencapaian akademik sama ada untuk nilai purata gred keseluruhan. mereka membuat kesimpulan bahawa jati diri dan harga diri tidak mempunyai hubungan yang ketara berkaitan dengan ukuran kejayaan akademik. Manakala tahap harga diri yang tinggi sentiasa bergandingan dengan tahap jati diri etnik yang juga tinggi dalam kalangan pelajar kajian ini. Kajian-kajian tersebut adalah seperti kajian Coover & Murphy (2000). kajian yang melihat hubungan jati diri dengan motivasi adalah amat terbatas. (2010b) serta Jamaludin dan Naswa (2011). Walau bagaimanapun.bahasa rasmi. pengkaji menggunakan kajian-kajian berkaitan konsep kendiri dan identiti untuk menjelaskan hubungan di antara jati diri dan pencapaian akademik. bahasa perpaduan dan boleh meningkatkan kemajuan negara serta bangga apabila berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Oleh itu. Coover & Murphy (2000) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan di antara jati diri dengan pencapaian akademik dan mendapati jati diri antara dimensi yang lebih positif berkait dengan pencapaian akademik." "jati diri kumpulan”. Norlaily (2008). Oleh itu. Pamela dan Mark (2005). Schmitt & Allik 2005). Kajian-kajian jati diri lebih menjurus kepada pemboleh ubah bahasa (Abdullah 2009. yakin bahasa kebangsaan boleh menjadi bahasa ilmu. Gao Yihong et al. Azizi et al. tidak banyak kajian-kajian jati diri yang dilakukan di Malaysia khususnya mengguna pakai soal selidik jati diri yang khusus. Walau bagaimanapun. Kajian ini telah dijalankan ke atas 516 orang pelajar kolej. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). sementara dalam kalangan responden dengan jati diri budaya yang tinggi. Oleh itu. Ishak (2004). Organized by http://WorldConferences. Brenda et al. bahan ini adalah agak sukar untuk diakses kerana ia cenderung untuk diletakkan di bawah kata carian yang terlalu umum dan pelbagai." "jati diri etnik. bahasa perpaduan. Chee et al. Manakala Simon (2002) telah menjalankan kajian ke atas 72 orang mahasiswa Māori dari Massey Universiti. dan konsep diri. Dalam hal ini. (2005). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa jati diri budaya memberi kesan sederhana kepada pencapaian akademik. Hasil kajian mendapati bahawa skor tinggi untuk jati diri etnik mempunyai hubungan yang signifikan dengan harga diri sama ada bagi pelajar Mexico-Amerika atau pun pelajar Eropah- Amerika. Manakala kajian-kajian berkaitan jati diri di Malaysia sangat sukar diperoleh. Joanna (2001) menjelaskan bahawa banyak penyelidikan telah dilakukan di Kanada yang memberi tumpuan khusus pada isu-isu jati diri. Kota Kinabalu.

Dyer (2006). (2002) dan Khalid (2003) menyatakan kaedah soal selidik berupaya mengumpul data secara terperinci. Soal selidik ini dibina oleh pengkaji sendiri kerana tidak terdapat soal selidik untuk mengukur jati diri pelajar sebelum ini. Dua dimensi utama jati diri ini memuatkan tujuh sub dimensi jati diri. budaya kebangsaan dan Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). Hasil analisis yang dijalankan ke atas sampel berasingan dari pelajar gred 9 dan pelajar gred 12. mendapati bahawa terdapat tiga daripada empat kumpulan profil jati diri bangsa seperti yang telah dikenal pasti oleh Chavous et al. Soal selidik ini mempunyai 49 item soalan dengan dua dimensi jati diri iaitu dimensi Kesetiaan dan dimensi Kekuatan Diri. Kajian mereka melibatkan seramai 289 orang pelajar Afrika Amerika dari tiga buah sekolah tinggi di daerah Midwestern. analisis ini akan digunakan sebagai teknik penjelajahan jika ingin membuat sesuatu kesimpulan mengenai struktur sesuatu set pemboleh ubah. Kajian tersebut menggunakan Multi-dimensional Model of Black Identity (MMBI). tetapi sampel yang mengandungi 200 atau lebih subjek adalah lebih digalakkan (Hishamuddin 2005). Lazimnya. Thierry Devos dan Jose A. Manakala kajian kedua pula mendapati bahawa pelajar kolej yang dikenal pasti lebih Latin daripada orang lain dan dilihat lain mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. 9-10 June 2014. Sampel Kajian Kajian ini melibatkan seramai 118 orang pelajar Tingkatan Empat di dua buah sekolah menengah di bahagian Kuching. Analisis faktor merupakan teknik mengelompokkan pemboleh ubah yang banyak kepada beberapa faktor yang berbeza.Dalam hal ini.net 669 . kajian ini mendapati bahawa antara kedua-dua pelajar gred 9 dan gred 12. mudah ditadbir dan menjimatkan. menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara kepercayaan jati diri bangsa dan pencapaian akademik pelajar kulit hitam. pelajar dalam kumpulan Alienated secara signifikannya mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding pelajar dari kumpulan Idealized. Manakala bagi tujuan analisis faktor. Soal selidik ini dibina berasaskan budaya dan pemikiran masyarakat Malaysia berbanding penggunaan ujian psikologi luar negara yang lebih mirip kepada budaya dan nilai hidup barat. personaliti. analisis faktor merupakan satu cara lanjutan yang digunakan untuk menentukan sama ada item-item yang dianalisis itu mengarah kepada dimensi yang sama. Sabah. Oleh itu. Para pengkaji seperti Mohd Majid (2005). Dimensi Kesetiaan terdiri daripada tiga sub dimensi iaitu sub dimensi patriotisme. Soal selidik ini dibina berdasarkan penelitian terhadap kajian literatur dan beberapa soal selidik dalam bidang kestabilan emosi. Selain daripada itu. Brian dan Bruce (2006). Hoyle et al. (2003). Kajian ini dijalankan ke atas 83 orang pelajar sarjana muda di San Diego State University yang terdiri daripada 43 orang pelajar Latin dan 40 orang pelajar kulit putih. MALAYSIA. satu sampel yang mengandungi 100 subjek boleh diterima. Kota Kinabalu. konsep kendiri dan nilai. Kajian ini menjurus kepada jati diri etnik dan signifikannya dengan pencapaian akademik. Hasil kajian pertama mendapati bahawa lebih ramai pelajar kolej yang dikenal pasti sebagai Latin (relatif kepada pelajar kulit putih) dan Latin stereotaip mempunyai pencapaian akademik yang rendah(berbanding dengan pelajar kulit putih). Organized by http://WorldConferences. Metodologi Kajian Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan menggunakan soal-selidik. Sekiranya ingin membina ujian yang mempunyai kebolehpercayaan. Cruz Torres (2007) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hubungan antara jati diri dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Latin di kolej. tersusun. piawai. Instrumen Kajian : Soal Selidik Instrumen Jati Diri Soal selidik Instrumen Jati Diri (IJD) merupakan alat ukur yang digunakan untuk mengukur tahap jati diri seseorang pelajar.

pengkaji telah mendapatkan bantuan 6 orang pakar dalam proses membina item-item soal selidik dalam Instrumen Jati Diri. 23. 15. 19.2. Dalam kajian ini. Nilai eigen value dan bentuk graf scree plot menunjukkan bahawa item-item soal selidik tersebut mengandungi lebih daripada satu faktor. 27. kekuatan jiwa dan etika. 29. 44 dan 49. 9. Skala Skor Mata 1 = Sangat tidak setuju 1 2 = Tidak setuju 2 3 = Kadang-kadang Setuju dan Kadang-kadang Tidak Setuju 3 4 = Setuju 4 5 = Sangat setuju 5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan ciri penting bagi suatu instrumen pengukuran (Salkind 2006). iaitu tujuh faktor di ekstrak Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0).6 maka nilai kebolehpercayaan alat ukur adalah rendah dan item-item berkenaan perlu diperbaiki atau disingkirkan. 22. MALAYSIA. 7 Sahsiah diri 6. 7 Etika 4. Setiap sub dimensi mempunyai tujuh (7) item soalan. 28 dan 40. 41. 7 Kekuatan Diri Ketahanan diri 3. Perincian item bagi setiap dimensi jati diri yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti dalam jadual berikut. 7. Segala cadangan dan pendapat pakar digunakan untuk membina dan mengubahsuai setiap item yang berkesesuaian. 7 Bahasa Kebangsaan 11. Dapatan Kajian Instrumen Jati Diri mengandungi 70 item telah dianalisis menggunakan analisis faktor. 26. pengkaji menggunakan kaedah ketekalan dalam alpha cronbach untuk membuat andaian bahawa setiap item dalam soal selidik yang digunakan sebagai satu ujian setara dan semua korelasi antara item adalah sama. 42 dan 47. Organized by http://WorldConferences. Kebolehpercayaan instrumen kajian diuji dengan tujuan untuk memastikan kesahan dan kestabilan alat ukur sebelum pengkajian sebenar dilaksanakan (Yahya 2006). Pakar-pakar yang dipilih adalah merujuk kepada kepakaran masing-masing. Kota Kinabalu. 30.net 670 . jadual Roteted Component Matrix menunjukkan bahawa item-item soal selidik berbentuk tujuh dimensi. 16. 8.6 merujuk kepada alat ukur yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya jika nilai r < 0. Sabah. 17. 43 dan 48.2 Skor Mata bagi Setiap Dimensi dalam Profil Jati Diri. 33. 34 dan 46. 14. Bagi tujuan kajian ini. Item Kesetiaan Patriotisme 1. Manakala menurut Mohd Salleh et al. 7 Kekuatan jiwa 5. sahsiah diri. 10. 12. 21. Jadual 1. Manakala dimensi Kekuatan Diri mempunyai empat sub dimensi iaitu sub dimensi ketahanan diri. Semua item dalam soal selidik ini (49 item) adalah item positif dan tiada item negatif. 31. 13. 7 Budaya Kebangsaan 2. 9-10 June 2014. 36 dan 45.bahasa kebangsaan. 25. 18. 7 Soal selidik ini menggunakan skala lima mata dengan skor satu hingga lima seperti yang terdapat dalam Jadual 1. 37. 38. nilai r > 0. 24. Jadual 1. 20. 35 dan 39. Manakala kesahan adalah kebenaran pada alat ukur yang digunakan (Gravetter & Forzana 2009) dan berkait rapat dengan persoalan sama ada instrumen menyediakan maklumat yang dikehendaki oleh pengkaji (Beins 2004).1 Dimensi Profil Jati Diri Pelajar Dimensi Sub Dimensi Item Bil. (2001). 32. Setiap responden dikehendaki memberi respons tentang tingkah laku dan pemikiran yang mereka tunjukkan dengan menandakan satu daripada kekerapan tersebut. Melalui prosedur pemutaran Varimax. Konsep kebolehpercayaan adalah berbeza dengan kesahan.

net 671 . 37. kurang jelas dan menunjukkan nilai korelasi yang rendah telah dikeluarkan dari soal selidik tersebut. 49. Berdasarkan hasil analisis faktor. Penyingkiran ketiga-tiga item tersebut juga dibuat kerana tujuan kajian ini adalah untuk perbezaan antara ketiga- tiga dimensi tersebut. hasil daripada ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbachyang dilakukan. faktor tujuh (7) adalah dimensi Etika yang terdiri daripada 10 item iaitu. Perincian item soal selidik Profil Jati Diri setelah melalui analisis faktor dan ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbach adalah seperti Jadual 1. Manakala faktor 3 merupakan dimensi Bahasa Kebangsaan terdiri daripada 10 item iaitu item 7. Kesan daripada pengguguran beberapa item yang mempunyai nilai korelasi yang rendah telah meningkatkan nilai alpha untuk dimensi utama dan sub dimensi dalam soal selidik tersebut. 39. 50 dan 64.743 Budaya Kebangsaan 6. pengkaji memastikan pengguguran item-item tersebut tidak menjejaskan dimensi jati diri soal selidik kajian. 39. 22. 10. Selepas diteliti item-item tersebut. sukar untuk difahami. item 8. 43. 22. 41 & 55. .33. 50 & 64. 21. Sabah. Organized by http://WorldConferences. 18. 27. 63 dan 70. Secara kesimpulannya. 14. 59 dan 66. 33. 20. 25. 40. 29. 9-10 June 2014. 56.daripada soal selidik cadangan. Faktor 4 pula merupakan dimensi Ketahanan Diri terdiri daripada tujuh (7) item iaitu. Manakala faktor 5 adalah dimensi Sahsiah Diri terdiri daripada lapan (8) item. Item 3. 60 dan 67. 2. Oleh sebab item 1. 53. 7. iaitu item 5. 63 & 70. 34. item 4. 32. 7. iaitu item 6. 41 dan 55. 58 dan 65. 61 dan item 62 yang boleh dimuatkan ke dalam beberapa faktor. 19. . 27. 40 dan 47. 26. 36. Ini bermakna bahawa kedua-dua faktor tersebut adalah bebas antara satu sama lain. 28. 38. Meskipun demikian. maka item-item tersebut disingkirkan daripada soal selidik kerana nilai pekali korelasi kecil daripada . Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa beberapa item dalam soal selidik perlu diperbaiki kerana mempunyai min yang rendah berbanding item-item yang lain. Faktor 6 pula merupakan dimensi Kekuatan Jiwa terdiri daripada sembilan (9) item. 51. 28. 35. 12. 46. soal selidik Profil Jati Diri telah disusun semula secara rawak mengikut sub dimensi masing-masing yang mempunyai hanya 49 item berbanding soal selidik cadangan asal yang mempunyai 70 item. 45. iaitu 3. 20. ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbach dan pengguguran item. 43. Walau bagaimanapun. 49 dan item 58 dalam soal selidik cadangan asal terpaksa digugurkan setelah menjalani ujian korelasi antara item. Kota Kinabalu. 42. 36. dengan memeriksa ciri-ciri setiap item di bawah setiap faktor dengan merujuk kepada kajian lepas.3 Rumusan Ujian Faktor Analisis dan Alpha Cronbach Soal Selidik Profil Jati Diri untuk Kajian Rintis Dimensi Item Alpha Sub Dimensi Item Analisis Faktor Jati Diri digugurkan Cronbach Kesetiaan Patriotisme 5. 16.557 Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 47 & 54. Analisis faktor juga menunjukkan bahawa korelasi antara semua faktor tersebut adalah kurang daripada . 23. Jadual 1. 56. 17.3. 68 dan item 69 tidak sesuai untuk mengukur kedua-dua dimensi Jati Diri. 26. 11. MALAYSIA. 35. Item-item di bawah faktor 2 adalah berkaitan dimensi Budaya Kebangsaan yang terdiri daripada tujuh (7) item. 13. .20 (nilai r adalah -. 13. 24. . 19. Item-item dalam soal selidik yang tidak berkaitan. 44. 28 & 49 . . didapati kandungan item-item tersebut adalah kurang sesuai dan perlu disingkirkan. . 34. 30. didapati bahawa item-item di bawah faktor 1 boleh diletakkan di bawah dimensi Patriotisme dan terdiri daripada tujuh (7) item. 21. iaitu item 9. 32.65). Manakala faktor terakhir. 29. 52. 38. 15. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa terdapat tiga item pelbagai dimensi iaitu item 31. 33.837 Kekuatan Ketahanan Diri 8. beberapa item dalam soal selidik Profil Jati Diri terpaksa digugurkan kerana mempunyai nilai Alpha Cronbach yang rendah.703 Bahasa Kebangsaan 14. 12. 18. 42.

. 16. 60 & 67. CA: Wadsworth Cengage Learning..H. 125-148. 2009. Cathy Mills Hudgins. 32 & 39 . 18. G. E. 17. emotion and self‐identity. Gender differences in the academic ethic and academic achievement.H. Hoyle. J. Kota Kinabalu. 9-10 June 2014. 2008. Mexico City. Oleh itu instrumen ini boleh digunakan untuk mengukur jati diri pelajar sekolah menengah dalam konteks Malaysia.682 Kesimpulan Secara keseluruhannya Instrumen Jati Diri ini berjaya mengukur jati diri pelajar sekolah menengah. Organized by http://WorldConferences. 2005.J.net 672 .L. Harris.769 Etika 4. Sabah. Racial identity beliefs and academic achievement: does being black hold students back?. Social Psychology of Education (2006) 9:381–403. no. 46. Smith. Hector Betancourt & Patricia Flynn. Belmont. 25. R. PhD. 2006. 37. 3: 604–19. S. & W. F. David Hesmondhalgh. 2000. human communication research.655 Kekuatan Jiwa 10.W. Edisi ke-3. Research Methods: For The Ehavioral Sciences. B. 329-343 Gravetter. 59 & 66. 52. 2002. N. & Murphy. Research methods in social relations. 45. 2008. M. Pino. 30. Belmont Drive. 26(1).M. MALAYSIA. Culture and Achievement Motivation in Latino and Anglo American High School Students in the USA. Chee. Melalui analisis faktor dan ujian ketekalan dalaman Alpha Cronbach instrumen jati diri ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi... Coover. Region As A Cultural Context In Family Therapy. 24. C. 3 & 38 . & Judd. Brian E. The communicated self. College Student Journal 39. 51. July 2007. Consumption Markets & Culture. Tuckman. Virginia Polytechnic Institute and State University. 11. & Forzano. & 65 58 . CA: Wadsworth Thomson Learning. L. 53. Towards a critical understanding of music. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 11:4. 2007.Diri Sahsiah Diri 9. Presented at XXXI Interamerican Congress of Psychology. T. K. Rujukan Brenda Navarrete. 44. Harper & Bruce W.