You are on page 1of 4

KURIKULUM

1.Apa itu PBS?

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah (PS) dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek
perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran,
perekodan dan pelaporannya.

Pentaksiran Pusat (PP) merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen
pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Manakala pelaporan dicetak oleh pihak sekolah. Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3) adalah komponen di dalam pentaksiran pusat.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai
aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam
pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul
maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan
personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran
murid. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired
ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

2. DI mana dan bagaimana Pentaksiran (PBS) berlaku?

PS berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Proses ini
berlaku secara berterusan dengan menggunakan kaedah formatif dan sumatif.

PS memberi penekanan terhadap pelaksanaan kaedah formatif, supaya guru memberi bimbingan secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berlangsung agar dapat menentukan tahap
pencapaian dan tahap penguasaan sebenar murid.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pentaksiran sekolah (PS) secara formatif dan sumatif?

Pentaksiran secara formatif dilaksanakan seiring dengan proses p&p. Manakala pentaksiran secara
sumatif dilaksanakan pada akhir suatu unit pembelajaran atau penggal.

Dalam melaksanakan PS, guru perlu merancang, membina item, mentadbir, memeriksa, merekod dan
melapor pencapaian dan perkembangan pembelajaran murid dalam mata pelajaran yang diajar

4. siapakah yang melaksanakan pentaksiran sekolah (PS) dan bila ia akan dilaksanakan?

Guru akan melaksanakan PS secara berterusan, sama ada secara sumatif atau formatif. PS akan
dilakukan oleh guru ketika sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah.
5.

5. mengapakah pentaksiran sekolah (PS) penting?

i) Kepentingan kepada murid:-


•Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
•Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran
•Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap penguasaan lebih tinggi

(ii) Kepentingan kepada ibubapa:-


•Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh
•Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak
•Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
•Membantu anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat pentaksiran

(iii) Kepentingan kepada guru:-


•Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
•Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
•Mengetahui keberkesanan pengajaran
•Merancang dan mengubahsuai pengajaran
•Menjalankan tindakan susulan yang wajar

(iv) Kepada pentadbir sekolah:-


•Mengetahui perkembangan murid secara keseluruhan
•Mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran
•Merancang program peningkatan murid
•Memantau pelaksanaan tindakan susulan

6. Bagaimana hasil pentaksiran berguna kepada murid?

Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan,
kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang
lebih baik.

Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan
pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan
prestasi mereka di masa hadapan.

7. Bagaimanakah tahap penguasaan diukur dalam PS?

Tahap penguasaan diukur berdasarkan kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Tahap penguasaan juga merupakan satu bentuk
label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki penguasaan
dan pencapaian untuk tujuan pelaporan individu. Terdapat enam tahap penguasaan di dalam PS untuk
menentukan di mana tahap penguasaan murid bagi setiap mata pelajaran.

8. bolehkah guru sandaran tidak terlatih (GSTT) menjadi pentaksir?

Boleh kerana pentaksiran mata pelajaran dilakukan semasa P&P dan guru yang mengajar sahaja boleh
mentaksir muridnya.
9. Adakah murid dibenarkan memohon pengecualian dari melaksanakan PBS?
Tidak boleh. Semua murid ditaksir mengikut kemampuan masing-masing dan Pentaksiran boleh dilakukan
apabila murid telah bersedia untuk ditaksir.

10. bolehkah seseorang guru yang tidak mengajar mata pelajaran menjadi pentaksir dan seterusnya
membuat pentaksiran?

Tidak boleh kerana pentaksiran PBS dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran.

KOKURIKULUM

1. Apakah itu dasar satu murid satu sukan?


1. Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah.

2. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun.

2. Kenapa dasar 1m1S diwujudkan?


1. Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan
faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif;
2. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan
3. . Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.
3. Apakah objektif dasar IM1S ini?
1. Meningkatkan kecergasan jasmani;
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;
3Memupuk perpaduan di antara kaum;
4.Membentuk budaya sukan di kalangan murid
;5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

4. Apakah perkara2 yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan dasar 1m1s ini?
Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;
2. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh
sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah;
3. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan
pergerakan fizikal.
4. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan
kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan
sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
5. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna
sama bagi pelaksanaan dasar ini;
6. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;
7. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada
pembangunan sukan sekolah; dan
8. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah
mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

5. Siapakah yang harus terlibat dalam pelaksanaan dasar 1m1s?

1. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan
Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah
hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm
asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah
Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S

You might also like