You are on page 1of 82

PEMBELAJARAN MASTERI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJUNG MALIM

PERAK

TEORI &PERKAEDAHAN P&PDALAM TEKNOLOGI


MAKLUMAT
MTP2023

Tugasan 2

PEMBELAJARAN MASTERI

DISEDIAKAN OLEH :

Salina binti Ahmad 20021012644


Norhamsaton Abu Bakar 20021012630
Burhanuddin Umar 20021012761
Nur Hasnida binti Ismail 20021012924
Noorfarazila Md Isa 20021012923

PENSYARAH :

Encik Rasyidi Johan


Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

1
PEMBELAJARAN MASTERI

KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

Unit 1
Konsep Dan Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri 1

Proses Pembelajaran Masteri 2


Bagaimana Pembelajaran Masteri Dilaksanakan 3
Peranan Dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri 4
Peranan Dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri 5

Unit 2

Menentukan Dan Menyatakan Hasil Pembelajaran 6


Maksud Hasil Pembelajaran 7
Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif 10
Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Afektif 12
Menyatakan hasil Pembelajaran Dalam Bidang Psikomotor 15
Contoh Dalam Pengajaran dan pembelajaran 17

Unit 3

Pengajaran Dan pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri 21


Kepentingan P&P Kearah pembelajaran Masteri 21
Ciri-ciri guru 21
Gaya Pembelajaran murid 22
Kaedah Pengajaran Pembelajaran masteri 25
Pembelajaran Koperatif 26
Bahan pengajaran Masteri 27
Nilai-nilai murni yang perlu diserap 29
Pengurusan bilik darjah 29

Unit 4

Pelbagai Kecerdasan Dan Kemahiran Berfikir 31

Apakah kemahiran berfikir 32


Bagaimana kemahiran berfikir boleh dikembangkan 33

2
PEMBELAJARAN MASTERI

Unit 5

Kemahiran Belajar 34
Kemahiran belajar perlu dikembangkan 34
Kemahiran dalam proses belajar yang perlu dikembangkan 35
Kemahiran mengurus masa 36
Kemahiran perpustakaan 36
Kemahiran memperoleh maklumat 37
Kemahiran membaca 38
Kemahiran membuat nota 40
Kemahiran memotivasi 40

Unit 6

Unsur-unsur Lain Dalam Pembelajaran Masteri 50


Penyerapan unsur patriotisme 50
Penyerapan unsur pendidikan alam sekitar 51
Unsur pendidikan pencegahan dadah dan AIDS 54

Unit 7

Penilaian 57

Formatif 58
Sumatif 58
Ujian rujukan kreteria 59

Unit 8

Pemulihan Dan Pengayaan 61


Kepentingan 61
Mendiagonisis 61
Bagaimana menjalankan pemulihan 65
Model Input-proses-output 66
Contoh mengubah tingkahlaku atau sikap 67
Aktiviti pengayaan 68
Aktiviti pengukuhan 67
Aktiviti memperkembangkan aspek lain 67
Model Renzulli 70
Cadangan Guskey 73
Contoh penggunaan Strategi pembelajaran masteri dalam
Matapelajaran Teknologi Maklumat 75

Rujukan 78

3
PEMBELAJARAN MASTERI

UNIT 1

KONSEP DAN CARA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI.

Pembelajaran Mastery adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya

pelajar dapat mengusai apa yang diajar. Konsep ini diperkenal oleh B.S. Bloom pada tahun

60an dan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai

sesuatu perkara yang diajar sekiranya :

 Ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya

 Pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat

menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke

unit pembelajaran atau tajuk yang lain. Ia bukanlah perkara yang baru dan konsepnya

berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar jika

diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.

Pembelajaran masteri juga menggalakkan guru menyelesaikan masalah yang

dihadapi dan juga menggalakkan guru mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Walaupun ada

kekangan dalam perlaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan

pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi

kepuasaan kepada guru, pelajar dan pihak lain. Pencapaian pelajar yang telah meningkat,

4
PEMBELAJARAN MASTERI

walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih

tinggi.

Rajah di bawah meringkaskan proses pembelajaran masteri.

Rajah 1 : Proses Pembelajaran Masteri

UNIT PEMBELAJARAN 1

1. Penentuan Hasil
Pembelajaran

2. Pengajaran dan
Pembelajaran

3. Penilaian

Ya Tidak
Sudahkah 4.Aktiviti Pemulihan
4. Aktiviti Pengggayaan pelajar
menguasai ?

UNIT PEMBELAJARAN 2

5
PEMBELAJARAN MASTERI

Masa untuk pelajar menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika :

a. Menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.

b. Menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah.

c. Merangsang dan mendorong mereka untuk belajar

d. Melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

menjadi pelajar berdikari.

Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?

Beberapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadagkan pelbagai strategi

untuk melaksanakannya. Pada asasnya kita perlu merancang dan melaksanakan empat

langkah berikut :

1. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran.

2. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dan mengggunakan alat bantu mengajar yang sesuai.

3. Menilai dengan ujian diagnostic, formatif dan sumatif.

4. Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan.

Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus

mendapat sekurang-kurangnya markah 80%. Kita boleh memulakan dengan markah 50%

6
PEMBELAJARAN MASTERI

sebagai sasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah

80%.

Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

Peranan guru ialah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Kita

tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri

kerana langkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara

tersirat. Manakala tugas yang perlu diambil perhatian bagi seorang guru dalam

perlaksanaan pembelajaran masteri ini ialah :

 Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai.

 Mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

pembelajaran masteri.

 Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya

mereka dapat menjadi pelajar berdikari.

 Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar

melalui ujian diagnostic.

 Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan

 Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, kita mungkin menghadapi

pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah

itu. Kita juga digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan

rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran. Pada mulanya kita mungkin

7
PEMBELAJARAN MASTERI

mengambil masa yang panjang untuk pelajar itu menguasai sesuatu perkara akan tetapi,

dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman kita, masa untuk

mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.

Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri

Peranan pelajar pula ialah sebagai seorang pelajar yang berdikari yang boleh

merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dalam pembelajaran masteri

seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat

dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya kumpulan.

a. Tugas pelajar dalam pembejaran masteri ialah dia harus :

b. Tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai.

c. Belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi.

d. Betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar.

e. Memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai.

f. Membuat kerja pemulihan atau kerja penggayaan yang diberi.

8
PEMBELAJARAN MASTERI

UNIT 2

MENENTUKAN DAN MENYATAKAN HASIL PEMBELAJARAN

Tujuan.

i. Mengapa hasil pembelajaran harus ditentukan.

ii. Maksud hasil pembelajaran.

iii.Bagaimana menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor, kognitif dan

afektif.

iv. Bagaimana mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum.

Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan.

i. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil

pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.

ii. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat ;

a) Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar.

b) Menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.

c) Membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah mengajar dan alat

bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu.

d) Menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif.

iii.Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil

pembelajaran.

iv. Pelajar anda harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka

boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

9
PEMBELAJARAN MASTERI

Maksud Hasil Pembelajaran.

i. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan

dan kebolehan membuat sesuatu perkara diajar.

ii. Contoh hasil pembelajaran ialah ;

a) Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia.

b) Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat.

c) Menambah sebarang dua nombor tidak melebihi 1000.

d) Membanding dan membeza haiwan dan tumbuhan.

e) Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di persisiran pantai.

f) Menerangkan kepentingan kebersihan.

g) Melukis seekor kucing.

h) Mengetam sekeping papan.

i) Memukul bola hoki yang bergolek.

j) Membuang sampah ke dalam tong sampah.

iii. Perkaitan di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran

ditunjukkan dalam rajah 2.

Rajah 2 : Perkaitan Hasil Pembelajaran dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

INPUT OUTPUT PROSES PENGAJARAN DAN


(HASIL PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN

Pelajar Pengalaman pembelajaran Dalam bidang


Guru bergantung kepada interaksi psikomotor, kognitif, afektif
Kemudahan fizikal isi kandungan, kaedah mengajar dan
Dan bukan fizikal. bahan pengajaran Contoh ;
Contoh ; Menerang
Menambah pengetahuan. Membanding
Berbincang Berpakaian kemas
Memperoleh maklumat Menaip

( Di ubah suai daripada Gronlund N.E., 1970 )

10
PEMBELAJARAN MASTERI

iv. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil

pembelajaran.

v. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran

merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.

vi. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi

kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran. Contohnya diberi dalam jadual

1.

vii. Penyataan ’a’ hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar

harus menyenaraikan, mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.

viii.Penyataan ’b’ bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkan

pengetahuan mengenai sifat benda hidup dan penyataan ini merupakan proses

pengajaran.

ix. Penyataan ’c’ bermaksud pelajar memperolehi pengetahuan dan penyataan ini

merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.

PENYATAAN JENIS
a) Benda hidup boleh bergerak, Isi kandungan
makan,bernafas, merespons kepada Proses pengajaran
stimuli. Proses pembelajaran
b) Untuk menambahkan pengetahuan Hasil pembelajaran umum
pelajar tentang sifat benda hidup. Hasil pembelajaran khusus
c) Memperoleh pengetahuan tentang sifat
benda hidup.
d) Memahami sifat benda hidup.
e) Menghuraikan sifat benda hidup.

Jadual 1 : Jenis Penyataan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

11
PEMBELAJARAN MASTERI

x. Penyataan ’d’ bermaksud pelajar dapat memahami dan penyataan ini adalah hasil

pembelajaran umum dan bukan khusus kerana ’memahami sifat benda hidup’ melibatkan

pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti ;

a) Menyatakan sifat benda hidup.

b) Mengenal pasti sifat benda hidup.

c) Menerangkan sifat benda hidup.

d) Memberi contoh benda hidup.

e) Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup.

f) Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.

xi. Penyataan ’e’ bermakna pelajar menghuraikan dan penyataan ini merupakan hasil

pembelajaran khusus.

xii. Dalam pembelajaran masteri, anda harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana

mudah dinilai.

xiii.Di sekolah menengah, anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan

berfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.

Hasil Pembelajaran Dinyatakan.

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam :

a. Bentuk i. Hasil Pembelajaran Umum

ii. Hasil Pembelajaran Khusus

b. Bidang i. Psikomotor

ii. Kognitif

iii. Afektif

12
PEMBELAJARAN MASTERI

c. Aras i. Satu

ii. Dua

iii. Tiga ( lebih tinggi )

Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif.

i. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti

pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

ii. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut

Taksonomi Bloom ;

a) Pengetahuan:

Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau

prosedur.

b) Kefahaman:

Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara

atau prosedur dengan perkataan sendiri.

c) Aplikasi:

Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara

atau prosedur dalam situasi yang baru.

d) Analisis:

Kebolehan memecahkan konsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian

dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.

e) Sintesis:

Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak

atau struktur yang bermakna.

13
PEMBELAJARAN MASTERI

f) Penilaian:

Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau

tindakan.

iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata

kerja berikut :

Pelajar dapat ;

Ø Mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.

Ø Memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.

Ø Mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf.

Ø Menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara,

prosedur dalam situasi yang baru.

Ø Menyelesaikan sesuatu masalah.

Ø Menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil.

Ø Bertutur atau berucap tentang sesuatu.

Ø Menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak atau muzik.

Ø Merancang sesuatu.

Ø Menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja.

iv. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan

kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970) :

Pelajar dapat ;

a) Pengetahuan

melabel, memadan, menama, mendefinisi ,mengenal pasti, menyatakan, menyebut,

menyenarai

14
PEMBELAJARAN MASTERI

b) Kefahaman

memberi contoh, memperluaskan, menambah,menganggar ,menerang ,menghurai

c) Analisis

menemui ,mengait, menggunakan, menghasil, mengira, mengubah suai, menukar

menunjukkan, menyediakan, menyelesaikan meramal

d) Analisis

membahagi, membanding membeza,membuat inferens, memecahkan memilih ,mengasing

mengilustrasikan, menyusun

e) Sintesis

bercerita,bertutur,berucap,membina semula,

membuatgeneralisasi, mencantumkan, mengarang mengkategorikan, mengkelaskan

mengumpul menjana merancang,menulis meringkas merumus

f) Penilaian

membuat kesimpulan, mempertahankan, mempertikaikan

mengkritik menilai menyokong

v. Anda bolehlah menambahkan hasil pembelajaran yang lain yang tidak terkandung dalam

senarai di atas.

Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Afektif.

i. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti

sikap dan nilai murni.

ii. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran ;

Ø Baik hati

Ø Berdikari

15
PEMBELAJARAN MASTERI

Ø Hemah tinggi

Ø Hormat

Ø Kasih sayang

Ø Keadilan

Ø Kebebasan

Ø Keberanian

Ø Kebersihan fizikal dan mental

Ø Kejujuran

Ø Kerajinan

Ø Kerjasama

Ø Kesederhanaan

Ø Kesyukuran

Ø Rasional

Ø Semangat bermasyarakat

iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata

kerja berikut ;

Ø Menyedari tentang sesuatu.

Ø Menerima sesuatu seperti teguran,nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya

perbezaan dan kepercayaan.

Ø Memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai dan peraturan.

Ø Menghargai sesuatu.

Ø Menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru.

16
PEMBELAJARAN MASTERI

Ø Menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu

nilai murni ( rujuk di atas ) atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif,

bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu, ingin menyelesaikan masalah, tekun dan

tabah.

Ø Bersyukur.

Ø Menyayangi sesuatu.

Ø Berjimat cermat.

Ø Berbangga dengan sesuatu.

iv. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan

kata kerja berikut ;

Ø Bekerja dengan tekun dan tabah.

Ø Belajar dengan tekun dan tabah.

Ø Berbaris.

Ø Berbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan.

Ø Bercakap dengan sopan santun.

Ø Berdiri tegak.

Ø Berjalan dengan sopan santun.

Ø Bergembira.

Ø Berpakaian kemas dan bersih.

Ø Bersuara lembut.

Ø Bertanya.

Ø Berucap.

Ø Duduk tegak.

17
PEMBELAJARAN MASTERI

Ø Melaksanakan.

Ø Melakukan.

Ø Mematuhi arahan.

Ø Membantu kawan, rakan dan orang awam.

Ø Memberi barang, derma, perhatian, salam dan tumpuan.

Ø Membezakan betul dan salah, baik dan tidak baik.

Ø Membuang sampah ke dalam tong sampah dan sebagainya.

v. Anda harus tahu bahawa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang

panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai.

vi. Walau bagaimanapun, anda harus menyerapkan sikap positif dan nilai murni di

kalangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran.

Menyatakan Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Psikomotor

i. Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan

seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis,

membina sesuatu dan mengoperasikan mesin atau alat.

ii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata

kerja berikut ;

Pelajar dapat ;

Ø Bermain sesuatu permainan atau alat muzik.

Ø Menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca.

Ø Melakar sesuatu.

Ø Melukis sesuatu.

18
PEMBELAJARAN MASTERI

Ø Memasang sesuatu.

Ø Menaip dengan cara betul.

Ø Mengoperasikan sesuatu alat atau mesin.

Ø Memasak nasi atau lauk.

Ø Menunjukkan kebolehan membuat sesuatu.

Ø Membaiki sesuatu.

Ø Membina sesuatu.

Ø Membuat sesuatu.

Ø Mencipta sesuatu.

Ø Menghasilkan sesuatu.

iii. Anda boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan

kata kerja berikut ;

Pelajar dapat ;

Berenang berlari melompat

memaku memanaskan memangkas

memasangangkan membaja membakar

membaling membalut membersihkan

membuat membuka memegang

menaip menampal mencampur

mencangkuk menebuk menendang

menentukan mengacau mengaitkan

mengapit dan sebagainya.

Selain daripada senarai di atas, anda bolehlah menambah hasil pembelajaran yang lain.

19
PEMBELAJARAN MASTERI

Hasil Pembelajaran Dapat Di kenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

i. Anda boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung dibawah pelbagai

lajur seperti ;

a) Objektif atau objektif khusus.

b) Huraian atau huraian sukatan.

c) Kemahiran, kemahiran saintifik, atau kemahiran berfikir.

d) Aktiviti atau kegiatan.

e) Nilai.

f) Unsur patriotisme.

g) Catatan.

ii. Anda harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam

bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan dalam 4.0 di atas.

iii. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, anda bolehlah

menyatakan secara semula secara khusus dengan panduan yang diberi dalam 4.0 di atas.

iv. Beberapa contoh huraian sukatan pelajaran seperti yang diberi di bawah untuk

menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal pasti atau menyatakan hasil pembelajaran

khusus.

v. Anda boleh teruskan kepada contoh huraian sukatan pelajaran bagi matapelajaran yang

berkenaan.

Contoh Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM : Tingkatan 1

i. Satu contoh huraian sukatan pelajaran tentang ” Tema 1 : Keagungan Kesultanan Melayu

Melaka Menjadi Kebanggaan Kita Bersama ” diberi dalam jadual di bawah.

Contoh huraian sukatan pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1

20
PEMBELAJARAN MASTERI

TAJUK PENGETAHUAN UNSUR KEMAHIRAN


PATRIOTISME /BERFIKIR
WAWASAN 2020 ( CADANGAN )
1.1- Latar belakang Penempatan awalKewujudan cara hidupMemberi rasional
gugusan kepulauan seperti yang teratur. pemilihan gua sebagai
Melayu di kota Tampan, Gua tempat tinggal.
a. Penempatan – Niah, Gua Cha,
Penempatan awal. Jenderam Hilir, Gua
Kepah, Batu Buruk,
Sungai Lang dan
Gua Madai.

ii. Lajur pengetahuan mengandungi hanya kandungan bagi tajuk itu.

iii. Lajur unsur patriotisme / wawasan 2020 menyatakan hasil pembelajaran umum dalam

bidang afektif dan bidang kognitif.

iv. Lajur kemhiran berfikir memberi hasil pembelajaran khusus dalam bidang kognitif.

v. Untuk menyatakan hasil pembelajaran khusus yang lebih lengkap, anda perlu merujuk

kepada ketiga-tiga lajur. Pengetahuan, Unsur Patriotisme / Wawasan 2020 dan kemahiran

berfikir.

Contoh Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM

Tingkatan 1

i. Satu contoh huraian sukatan pelajaran tentang ”Bahagian Teras : 1 Kemahiran

Manipulatif” diberi dalam jadual di bawah.

ii. Kebanyakkan hasil pembelajaran dalam bidang afektif di bawah lajur nilai dinyatakan

secara umum.

iii. Hasil pembelajaran khusus dan umum dalam bidang kognitif dan psikomotor dinyatakan di bawah lajur

kemahiran.

TAJUK KANDUNGAN KEMAHIRAN NILAI CATATAN


1- Kerja Kayui. OrganisasiMemahami danMematuhi Perbincangan
dan Logam makmal menjalankan tugas peraturan Penyediaan

21
PEMBELAJARAN MASTERI

dandi makmal. Kebersihan senarai


keselamatan. Memahami dan Tugas.
a- StrukturMengamalkan per-
organisasi aturan dan langkah
makmal. Keselamatan.
b- Peraturan
keselamatan am

Rumusan.

i. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan

dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

ii. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk ;

a) Mengetahui apa yang perlu dikuasai oleh pelajar.

b) Memberi tumpuan kepada penguasaannya.

c) Merancang kaedah-kaedah mengajar.

d) Membina ujian formatif dan sumatif.

iii. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan

hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses

pengajaran dan proses pembelajaran.

iv. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang dan aras.

v. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh

dikategorikan mengikut Taksanomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian.

vi. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk

sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangka masa yang

pendek.

vii. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahiran gerakan.

22
PEMBELAJARAN MASTERI

viii. Anda perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulium khasnya huraian sukatan

pelajaran.

UNIT 3

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KE ARAH PEMBELAJARAN MASTERI

Kepentingan Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Masteri.

23
PEMBELAJARAN MASTERI

Langkah kedua di dalam pembelajaran masteri ialah guru harus menggunakan

kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai

sesuatu hasil pembelajaran dalam jangka masa yang pendek. Bagi memastikan kejayaan

pembelajaran masteri, guru harus mengambil kira ciri-ciri guru, gaya pembelajaran pelajar,

kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran,

nilai-nilai murni dan pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Perkara lain yang harus diajar atau diserap dalam pengajaran dan pembelajaran

seperti tujuh kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, unsur-unsur patriotisme,

pendidikan alam sekitar, pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS, kemahiran

keibubapaan dalam kekeluargaan dan pendidikan keselamatan di jalan raya.

Ciri-Ciri Guru.

Dalam pengajaran dan pembelajaran kearah masteri, guru harus menyayangi semua

pelajarnya tanpa ada rasa pilih kasih. Guru harus yakin bahawa semua pelajarnya boleh

belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang

cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. Di samping itu, guru harus

mencintai dan memberi sepenuh minat terhadap mata pelajaran yang diajar supaya guru

dapat mengajar dengan baik dan berkesan. Guru harus meransang diri untuk merancang

dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil

pembelajaran. Guru juga harus meransang dan mendorong pelajar anda untuk belajar

sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dengan berkesan. Akhir

sekali, guru harus bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah.

24
PEMBELAJARAN MASTERI

Gaya Pembelajaran Pelajar.

Guru harus tahu bahawa pelajarnya mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza di

antara satu sama lain dan sebab itu tiada kaedah mengajar yang terbaik untuk semua

pelajar. Maka, guru harus menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar

dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran.

Terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu yang pertama pelajar visual, di mana pelajar

dalam golongan ini suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau

gambarajah dan demonstrasi, tindakan atau lakonan. Kedua, pelajar audio, pelajar dalam

golongan ini suka belajar hanya dengan mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita,

penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau rakan sekelas, dan gemar menerangkan,

berbual, memberi pendapat, bercerita atau menghuraikan. Ketiga, pelajar kinestetik, di

mana pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu

seperti menulis, melukis sesuatu dan membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan,

simulasi, atau projek.

Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus

menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik.

Seorang penyelidik, Dr. Bernice McCarthy telah mencipta Sistem 4MAT yang

merangkumi empat jenis pelajar seperti dalam jadual di bawah.

Jenis Pelajar 1. Pelajar 2. Pelajar 3. Pelajar 4. Pelajar


Imaginatif Analitik Praktik Dinamik
Ciri
1. Matlamat Mencari makna Mencari fakta Mencari Mencari sesuatu

25
PEMBELAJARAN MASTERI

dan sebab yang kegunaan yang baru


mempelajari menjelaskan maklumat
konsep
2. Cara Belajar Menggunakan Berfikir tentang Menguji teori Cuba jaya dan
semua deria dan idea dan menaakul penemuan
berkongsi idea secara sendiri
3. Suka Berinteraksi Pendapat pakar Tahu Mencipta atau
dengan orang dan bagaimana mengaplikasi
lain dan menganalisis sesuatu maklumat itu
berkongsi idea sesuatu berfungsi dan berinteraksi
maklumat dengan orang
lain
4. Kekuatan Inovasi dan idea Membina Mengaplikasi Tindakan dan
konsep idea yang menyudahkan
praktikal sesuatu
5. Suka Mengapa? Apa dia? Bagaimanakah Apakah yang
menyoal teori atau boleh dicipta
maklumat itu oleh saya?
dipraktikkan?
6. Cara Gunakan benda Terangkan Beri latihan Beri projek,
mengajar atau (guru atau kuiz, kerja tugasan, atau
pengalaman pelajar) dan amali, masalah dan
sedia ada. Beri galakkan eksperimen galakkan
peluang untuk pelajar untuk pelajar pelajar
perbincangan membuat mencuba berkongsi
dan pengeluaran analisis dengan sendiri hasilnya
idea maklumat

Jadual 1: Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT

Satu lagi gaya pembelajaran ialah menggunakan model Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita

Dunn dan Dr. Kenneth Dunn. Gaya pembelajaran ini mempertimbangkan gaya pembelajaran seseorang

pelajar yang bergantung kepada unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus seperti jadual di bawah.

Seboleh-bolehnya guru harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsur-unsur yang disukainya.

Stimulus Unsur Ciri


a. Alam Sekitar Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi
Bunyi
latarbelakang seperti muzik
Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat
Cahaya
yang kurang cahaya
Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat
yang panas

26
PEMBELAJARAN MASTERI

Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan


Pola meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring
atau di duduk di lantai
Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu
Motivasi
diransang oleh guru
Boleh belajar dalam masa yang panjang atau
Ketabahan
boleh belakar dalam masa yang pendek
b. Emosi Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu
Tanggungjawab
bimbingan oleh guru
Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka
Struktur belajar sekiranya diberi lebih masa untuk sesuatu
mata pelajaran atau perkara
Sendiri Suka belajar dengan sendiri
Pasangan Suka belajar secara berpasangan
Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya
c. Sosiologi
Pasukan Suka belajar dalam pasukan
Guru Suka belajar dengan guru disebelahnya
Pelbagai cara Boleh belajar dengan mana-mana cara di atas
Suka belajar dengan benda atau pengalaman sedia
Persepsi ada dengan perkara abstrak

Suka atau tidak suka belajar sambil makan atau


d. Fizikal Makan
minum
Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu
Waktu
yang sesuai atau pada bila-bila masa
Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar.
Pelajar global suka belajar secara menyeluruh;
Global atau
e. Psikologi pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan
Analitik
membuat analisis.
Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak
kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan
Otak Kiri atau membuat pengiraan serta analisis; pelajar yang
Otak Kanan lebih memproses maklumat di otak kanan suka
belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,
melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.
Pelajar yang impulsive bertindak secara spontan
Impulsif atau
manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum
Reflektif
bertindak.

Jadual 2 : Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Pembelajaran Masteri

27
PEMBELAJARAN MASTERI

Sebenarnya tiada satu pun kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

terbaik untuk pembelajaran masteri kerana setiap pelajar berbeza di antara satu sama lain

dalam kebolehan dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

Bagaimanapun, kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk

pembelajaran masteri ialah kaedah yang berpusatkan kepada pelajar, sesuatu aktiviti yang

menarik dan menyeronokkan. Jadi guru harus merancang dan menggunakan berbagai

kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira

kebolehan dan gaya pembelajaran pelajarnya.

Antara kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru di

mana guru yang akan melakukan aktiviti tersebut ialah syarahan, penerangan, penjelasan,

huraian, demonstrasi, bercerita, pembacaan dan memberi nota. Manakala aktiviti yang

berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar yang akan melakukan aktiviti tersebut ialah soal

jawab dengan guru, latih tubi, bercerita, membuat latihan, penerangan, huraian,

perbincangan, inkuri, penemuan, bacaan, sumbang saran, demonstrasi oleh pelajar, kerja

amali, eksperimen, projek, kuiz, penyelesaian masalah, reka cipta, pembelajaran koperatif

atau kerja kumpulan, main peranan, lakonan, simulasi, membuat nota sendiri, lawatan,

pengajaran berprogram, pembelajaran berbantu komputer dan PAK (Pembelajaran Akses

Kendiri). Setiap aktiviti atau kaedah yang telah diyatakan di atas mempunyai kelebihan dan

kekurangan yang tersendiri.

Pembelajaran Koperatif

Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik pendidikan telah menunjukkan

28
PEMBELAJARAN MASTERI

bahawa pembelajaran koperatif adalah berkesan untuk pembelajaran masteri. Dalam

pembelajaran koperatif, satu tugasan atau projek diberi dan pelajar belajar di antara satu

sama lain secara pasangan, kumpulan atau kelas.

Antara teknik yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif termasuk

(Spencer Kagan, 1990) iaitu Giliran Ahli Kumpulan: setiap pelajar dalam sesuatu

kumpulan memberi idea atau pendapatnya secara giliran. Pameran Kumpulan: setiap

kumpulan mempamerkan hasilnya, setiap pelajar melihat hasil setiap kumpulan dan

berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Memadan Benda: pelajar-pelajar dalam satu

kumpulan memadankan susunan benda. Kuiz: guru memberi soalan kepada satu atau

semua kumpulan, pelajar-pelajar dalam sesuatu kumpulan berbincang untuk mendapatkan

jawapan. Setiap pelajar dalam kumpulan itu memberi jawapan kepada soalan guru. Kad

Hafalan: pelajar dalam semua kumpulan akan diberi kad yang mengandungi fakta atau

maklumat penting untuk dihafal. Guru menyoal pelajar, pelajar yang sudah menghafal fakta

atau maklumat yang diberi akan menjawab dan markah akan diberikan oleh guru.

Semakan Pasangan: dua pasangan pelajar akan diberi masalah yang sama untuk

diselesaikan. Bagi setiap pasangan, seorang pelajar akan menyelesaikan masalah itu dengan

dibantu oleh rakannya. Kemudian penyelesaian masalah itu akan dibandingkan dengan

penyelesaian masalah pasangan yang lain. Pemikiran Berpasangan dan Berkongsi

Pendapat: pelajar dalam satu pasangan berfikir tentang sesuatu topik yang diberi oleh

guru. Pendapat pasangan tadi akan dikongsi dalam kelas. Peta Konsep Berpasukan:

pelajar dalam satu kumpulan membuat peta konsep bersama-sama di atas kertas yang besar.

Peta konsep itu dibentang kepada rakan-rakan yang lain. Jawapan Giliran: satu kumpulan

diberi sebilangan soalan. Setiap pelajar dalam kumpulan itu menjawab satu soalan.

29
PEMBELAJARAN MASTERI

Penguasaan Secara Berpasangan: pelajar-pelajar menguasai sesuatu isi kandungan

secara berpasangan. Jigsaw: beberapa topik akan diberi kepada sesuatu kumpulan. Seorang

pelajar dalam kumpulan tadi akan menjadi pakar dalam sesuatu topik dan pelajar itu perlu

menguasai topik itu. Maklumat tentang topik-topik itu dikongsi supaya kumpulan itu dapat

memahami semua topik dengan berkesan. Kerjasama Semua Kumpulan: setiap

kumpulan akan diberi satu topik yang berlainan tentang sesuatu tajuk. Kumpulan itu akan

membuat penyelidikan dan menjadi pakar dalam topik itu. Semua maklumat yang

diperolehi akan dikongsi di dalam kelas.

Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri

Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk pembelajaran masteri

kerana pelajaran akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Pelajar juga akan dapat

memahami dan mengingat apa yang diajar. Beberapa contoh bahan pengajaran dan

pembelajaran diberi dalam jadual di bawah:

Hasil Pembelajaran Cadangan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran


Pelajar dapat:
1. Mengenal pasti “huruf”. Kad imbasan huruf, carta huruf, bongkah.
2. Menambah sebarang dua Biji, batu atau abacus.
nombor 1-10.
3. Memukul bola hoki dengan Kayu hoki, bola hoki.
cara betul.
4. Menerangkan proses Carta organ penghadaman atau video penghadaman.
penghadaman.

30
PEMBELAJARAN MASTERI

5. Menguji kehadiran kanji dalam Daun hijau, radas (bikar, penunu Bunsen, tripod),
daun. bahan kimia (iodine).

Jadual 3 : Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada bahan bercetak yang meliputi

buku teks dan buku rujukan, dokumen kurikulum, majalah, risalah dan akhbar. Satu lagi

bahan pengajaran dan pembelajaran ialah alat pandang dengar yang terdiri daripada

perkakasan seperti TV, radio kaset, perakam video, projektor, komputer dan pencetak.

Perisian pula adalah bahan yang digunakan dengan perkakasan seperti pita video, pita

kaset, filem slaid, transparensi dan disket. Ia juga termasuk bahan visual seperti carta,

gambar, pita dank ad imbasan. Bahan 3-dimensi juga merupakan alat pandang dengar yang

meliputi glob, model, bongkah, specimen dan bahan permainan.

Sesetengah bahan pengajaran dan pembelajaran telah dibekalkan oleh Kementerian

Pelajaran, ianya juga boleh dibeli di kedai-kedai buku malah boleh juga dibuat sendiri oleh

guru dan pelajar. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran tadi ada juga yang diperolehi

secara percuma.

Bagaimanapun, bahan pengajaran dan pembelajaran itu perlu diurus dengan baik

dengan cara menggredkan bahan itu mengikut tahun dan kebolehan pelajar. Menyimpan

dan menyusun bahan itu di tempat yang selamat dan sesuai serta mengadakan sistem

klasifikasi, sistem katalog, sistem pinjaman dan sistem merekod yang baik.

Nilai-Nilai Murni Yang Perlu Diserap

Antara nilai-nilai murni sarwajagat yang harus diserap merentasi kurikulum ialah

baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian,

31
PEMBELAJARAN MASTERI

kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran,

rasional dan semangat bermasyarakat.

Untuk menyerapkan nilai kebersihan fizikal dan mental sebagai contoh, guru harus

memastikan pelajarnya dapat tunjuk atau mengamalkan hasil pembelajaran khusus seperti

berpakaian kemas dan bersih, berambut pendek dan kemas, menjaga kebersihan badan,

bercakap dengan sopan santun, tidak bercakap tentang perkara yang jahat, membuang

sampah di tong sampah atau di tempat yang telah disediakan, membuat kerja dengan kemas

dan teratur, menyimpan barangnya dengan kemas dan tersusun, memulangkan barang

pinjaman atau yang terjumpa, bekerjasama dengan rakan-rakan dan menegur atau

menasihati pelajar yang lain.

Pengurusan Bilik Darjah Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Kejayaan pembelajaran masteri juga bergantung kepada kebolehan dan kemahiran

guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak.

Dalam hal ini, guru harus berkebolehan dan mahir dalam perkara seperti tahu nama, sifat

peribadi, minat, gaya pembelajaran dan kebolehan setiap pelajar. Guru juga harus

menjadikan bilik darjah menarik dan kondusif untuk pembelajaran masteri. Menyedia,

mengguna dan menyimpan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kemudahan

di masa hadapan.

Guru perlu mahir menyusun dan menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran supaya ada hubungkait dengan isi

kandungan dan pelajar dapat diransang sepanjang waktu pelajaran. Juga menggunakan

aktiviti secara kelas, kumpulan, pasanagn dan perseorangan dengan bijak dalam sesuatu

32
PEMBELAJARAN MASTERI

pelajaran. Mengumpul pelajar yang sesuai dalam kumpulan dan pasangan yang

dikehendaki. Menggunakan kadar mengajar yang sesuai mengikut kebolehan pelajar dalam

kelas itu. Membina, menyimpan dan membuat analisi ujian formatif atau diagnostik dan

ujian sumatif. Menjalankan ujian formatif atau diagnostik dan ujian sumatif pada masa

yang sesuai.

Guru juga mesti berkebolehan untuk membina dan menyimpan aktiviti pemulihan

dan pengayaan. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan pada masa yang sesuai dan

menggunakan kaedah yang berkesan. Guru perlu tahu menggunakan masa dengan bijak

untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran. Serta meyimpan rekod

secara sistematik tentang sifat peribadi dan pencapaian pelajar.

UNIT 4

PELBAGAI KECERDASAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu


diperkembangkan. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran
seumur hidup.
Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh
kecerdasan iaitu bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan

33
PEMBELAJARAN MASTERI

intrapersonal. Guru harus mengenalpasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan
membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti
pengayaan. Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topic yang berasingan tetapi
dikemabngkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 1 : Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan

Kecerdasan Cerdas Dalam Pekerjaan


1. Bahasa Menulis karangan, sajak, puisi, Penulis, penyajak,
pantun dan memberi ucapan penceramah.
2. Logik matematik Menakul, kiraan, membuat analisis Saintis, jurutera,akauntan
3. Ruang(spatial) Mencorak,melukis, mengukir Pelukis, pengukir.
4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, memain Pencipta lagu, penyanyi,
alat muzik pemain alat muzik, peminat
muzik.
5. Kinestetik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, Atlit, pemain bola
memain permainan sepak,penari, pelakon.
6. Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, peniaga
Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafah Pengarang, penyajak,ahli
falsafah.

Apakah Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa istilah


berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.
 Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan
pemikiran yang luas dan mendalam.
 Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran
yang luas dan mendalam
 Perkataan ‘kemahiran berfikir’ yang biasa digunakan
bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi.

34
PEMBELAJARAN MASTERI

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.


 Kemahiran berfikir secara kritis adalah
kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat
dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data
atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur,
mengkelas, mengenal pasti sebab dan akibat.
 Kemahiran berfikir secara kreatif adalah
kemahiran menjanakan idea yang anyak, pelbagai dan baru.
 Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi
boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif.

Kemahiran ‘Vertical’ dan ‘Lateral’
o Pemikiran ‘vertical’ bermakna pemikiran secara logic dan kritis.
o Pemikiran ‘lateral’ bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa
berfikir secara logic, pemikiran ini merupakan pemikiran secara
kreatif.

Kemahiran bertumpu dan bercapah.

 Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam

menganalisis sesuatu data atau maklumat.

 Dalam pemikiran bercapah, guru hendaklah mengeluarkan idea-idea

yang banyak, pelabagai dan baru.

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan?

Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut dengan pendekatan

‘penyerapan’. Dalam pendekatan ‘penyerapan’, keahiran berfikir yang ada kaiatan dengan

35
PEMBELAJARAN MASTERI

isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. Pelajar juga perlu tahu akan jenis kemahiran

berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir.

Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru juga harus

menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. Apabila

guru telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut, guru harus memperkukuhkan

penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang boleh digunakan

untuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk soal jawab, sumbang saran,

permainan, pertandingan, kuiz, teka teki, perbahasan, projek sepert mereka cipta, mereka

bentuk, mengkaji, menyelidik, membuat eksperimen, menyelesaikan sesuatu masalah atau

menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang

tersebut diatas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan.

UNIT 5

KEMAHIRAN BELAJAR

Bertujuan untuk memahami kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan

pelajar untuk pembelajaran masteri.

Kemahiran Belajar Perlu Dikembangkan.

i. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar.

ii. Pada akhirnya, pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai

apa yang telah diajarkan.

36
PEMBELAJARAN MASTERI

iii. Oleh yang demikian, kita harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar yang berikut

semasa pengajaran dan pembelajaran ;

a) Kemahiran dalam proses belajar.

b) Kemahiran menguruskan masa.

c) Kemahiran perpustakaan.

d) Kemahiran memperoleh maklumat.

e) Kemahiran membaca.

f) Kemahiran membuat nota.

g) Kemahiran memotivasi.

h) Kemahiran berfikir.

i) Kemahiran mengingat.

j) Kemahiran menjawab soalan peperiksaan.

Kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan.

i. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar yang berikut semasa belajar ;

a) Menerima dan mendaftar data atau maklumat ;

1) Pelajar anda boleh menerima dan ’mendaftar’ data atau maklumat di mindanya dengan

membaca, mendengar atau membuat sesuatu.

2) Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar anda menggunakan ketiga-tiga cara itu.

b) Memahami apa yang diterima ;

1) Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan

membantu proses mengingat dan proses mengaplikasi.

37
PEMBELAJARAN MASTERI

2) Pemahaman bermakna pelajar boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh

juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.

c) Mengingat apa yang telah dipelajari ;

1) Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari.

2) Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses

mengingat ialah ulangan.

d) Mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ;

1) Pelajar harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang

baru.

2) Proses mengaplikasikan melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang.

ii. Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus ;

a) Memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah.

b) Memotivasikan diri.

c) Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

d) Berfikir secara kritis dan kreatif.

e) Menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.

iii. Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan dalam proses belajar tersebut di aats dan mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.

Kemahiran Menguruskan Masa Yang Perlu Dikembangkan.

i. Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan

menguasai sesuatu.

38
PEMBELAJARAN MASTERI

ii. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding

dengan pelajar cerdas.

iii. Anda harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak.

iv. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.

v. Jadual waktu belajar, bolehlah mengandungi waktu belajar setiap mata pelajaran, rehat,

makan, bermain dan menonton televisyen.

vi. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar

untuk mata pelajaran itu.

Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan.

i. Pelajar pada Tahap 2 sekolah rendah dan ke atas harus belajar kemahiran perpustakaan.

ii. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang

dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.

iii. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan

peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katelog atau komputer dan

mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.

iv. Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.

Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan.

i. Dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri, guru harus melatih

pelajar anda menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau

menyaksikan sesuatu masalah dengan sendiri.

ii. Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar haruslah boleh ;

a) Menentu atau mempastikan maklumat yang di kehendaki.

39
PEMBELAJARAN MASTERI

Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau

bertanya.

b) Mengumpulkan maklumat itu.

Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multi-media

atau internet.

c) Menganalisa, menilai dan menyusun maklumat itu.

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

d) Menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis.

Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.

Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan

i. Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu

merupakan kemahiran seumur hidup.

ii. Kemahiran membaca akan membantu pelajar anda memilih maklumat yang dikehendaki

dan mengenalpasti idea utama atau idea yang penting.

iii. Pada asasnya, pelajar harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R) ;

a) Skim : Baca sepintas lalu.

Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang

mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.

40
PEMBELAJARAN MASTERI

b) Question : Menyoal.

Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.

c) Read : Membaca.

Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih

dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.

d) Recite : Menyebut kembali.

Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan.

e) Review : Menyemak.

Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu Dikembangkan

i. Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar

bagaimana membuat nota.

ii. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini

merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat.

iii. Kemahiran membuat nota memastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat

dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat

maklumat itu.

iv. Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalin atau mencatat nota.

41
PEMBELAJARAN MASTERI

v. Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semua nota yang diberi oleh guru, atau yang

dibuat oleh pelajar lain atau yang terdapat dalam majalah, buku dan sebagainya.

vi. Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat

dalam ceramah, syarahan, buku atau sumber lain.

vii. Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas dalam pelbagai bentuk yang

dihuraikan di bawah.

viii. Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah ;

a) Memahami maklumat yang penting dan menyusunnya.

b) Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.

c) Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam

pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.

Cara Kemahiran Memotivasi Dikembangkan

i. Motivasi atau ransangan adalah sangat penting untuk meransangkan pelajar mempelajari

atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelesaikannya.

ii. Guru haruslah meransang pelajar kerap kali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu

berada pada tahap yang tinggi.

iii. Guru boleh merangsang pelajar dengan dua cara am yang harus juga diketahui oleh

mereka ;

a) Motivasi Ekstrinsik :

Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, dan media massa.

42
PEMBELAJARAN MASTERI

b) Motivasi Instrinsik :

Pelajar merangsang diri.

Motivasi Ekstrinsik

i. Dalam merangsang secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan dua kaedah berikut ;

a) Kaedah ganjaran.

b) Kaedah hukuman.

ii. Anda digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini di dapati membawa

kesan yang lebih baik dan positif.

iii. Dalam kaedah ganjaran, guru boleh menggunakan pelbagai teknik yang dicadangkan di

bawah secara kombinasi ;

 Memberi kasih sayang.

 Memuji.

 Memberi galakan.

 Menghormati.

 Menanam minat.

 Sedia membantu dan bekerjasama.

 Sedia mendengar dan bersimpati.

 Berhemah tinggi.

 Menanam rasa yakin.

 Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri dan membaca.

 Memberi cabaran.

 Memberi tugasan yang boleh diselesaikan.

 Memberi ganjaran atau hadiah.

43
PEMBELAJARAN MASTERI

 Menggunakan unsur-unsur agama.

 Menggunakan pelbagai cogankata atau kata hikmat.

 Menggunakan cerita atau kisah yang bertemakan moral.

 Berfikir secara positif.

 Memberi tanggungjawab tugas.

 Memberi bimbingan dan kaunseling.

iv. Guru juga digalakkan mencipta lain-lain teknik di bawah kaedah ganjaran.

v. Kadangkala guru terpaksa menggunakan kaedah hukuman dan teknik dalam kaedah ini

termasuk ;

 Tegas.

 Tegur.

 Displin.

 Marah.

 Denda.

vi. Sekiranya guru terpaksa menggunakan sesuatu teknik dalam kaedah hukuman, guru

harus juga menggunakan teknik dalam kaedah ganjaran.

vii. Contohnya, sekiranya guru terpaksa marah seorang pelajar yang sudah banyak kali

tidak membuat kerja rumah kerana malas, guru harus juga memberi sebab-sebab, memberi

tugas atau tanggungjawab yang ringan, memuji dan memberi kasih sayang.

viii. Guru haruslah mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh

mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif.

 Memaki.

 Memalukan.

44
PEMBELAJARAN MASTERI

 Menakutkan.

 Mencederakan.

 Dera.

 Tidak mempeduli.

 Mengkritik sifat peribadi.

 Menghampakan.

ix. Guru haruslah sentiasa sedar bahawa walaupun motif anda adalah untuk merangsang

atau mendisplinkan pelajar, guru mungkin boleh didakwa di mahkamah sekiranya

mencederakan seseorang pelajar ataupun mengguna dan menyebarkan penyataan palsu

yang memalukan atau menghampakan seseorang pelajar atau keluarganya.

Motivasi Instrinsik

i. Guru harus mengajar pelajar kaedah atau teknik merangsangkan diri kerana kemahiran

ini adalah kemahiran seumur hidup untuk merangsang mereka belajar atau bertindak bagi

mencapai sesuatu.

ii. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah berikut untuk merangsang diri ;

a) Kaedah ganjaran.

b) Kaedah hukuman.

iii. Dalam kaedah ganjaran, pelajar boleh mengguna mana-mana teknik berikut secara

kombinasi yang akan memberi kesan baik untuk merangsang diri.

45
PEMBELAJARAN MASTERI

a) Ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang

lain seperti guru, ibu bapa dan rakan sebaya.

b) Ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

c) Ingin mencapai cita-cita sebagai doktor, jutera, peguam dan sebagainya.

d) Berasa yakin.

e) Meminat diri.

f) Menggunakan unsur-unsur agama.

g) Menggunkan pelbagai cogan kata atau kata hikmat.

h) Mengamalkan nilai-nilai murni.

i) Tidak berputus asa.

j) Mencuba sehingga berjaya.

k) Sedia menghadapi cabaran.

l) Memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri apabila sudah berjaya seperti

menonton televisyen, membelanjakan diri atau orang lain.

m) Menaakul dan meramal.

n) Berfikir secara kritis dan kreatif.

o) Bertanding dengan diri sendiri.

iv. Guru harus menggalakkan pelajar mencipta dan menggunakan teknik lain yang

berkesan untuk merangsang mereka.

v. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara

kombinasi ;

a) Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah,tegur, malu,

denda, takut atau dera.

46
PEMBELAJARAN MASTERI

b) Mendenda atau menghukumkan diri ; misalnya tidak menonton televisyen atau

mengurangkan masa untuk menonton televisyen.

8.3 - Kemahiran Mengingat Dikembangkan.

i. Walaupun pelajar anda sudah memahami apa yang telah guru ajarkan, ini tidak bermakna

mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.

ii. Jadi, guru harus menentukan pelajar anda mempelajari kemahiran mengingat.

iii. Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulangkaji : kerap kita mengulangkaji

lebih lama ingatan.

iv. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulangkaji yang berbeza.

v. Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk ;

a) Menyediakan dan mengulangkaji peta konsep atau peta minda : Berbagai-bagai peta

konsep atau minda telah diterangkan.

b) Menyediakan dan mengulangkaji carta aliran dan gambarrajah Venn.

c) lukisan atau lakaran.

d) Membuat bayangan atau visual ;

1) Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep,

carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.

2) Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual dengan lebih kerap.

e) Menyebut berulang kali ;

1) Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan.

2) Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan

dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dengan teknik lain

seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya.

47
PEMBELAJARAN MASTERI

f) Menulis atau melakar semula :

1) Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta

aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.

2) Pelajar perlu di latih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan.

g) Melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen :

1) Sekiranya pelajar anda melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan

mereka lebih lama.

2) Misalnya, pelajar yang melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan

fotosintesis, ingatan mereka lebih lama.

h) Membuat kaitan :

1) Membuat kaiatan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat.

2) Nombor, perkataan, data, fakta atau maklumat boleh dikaitkan dengan akronim,

nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta

konsep atau carta.

3) Misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar, kita boleh mengaitkannya dengan

akronim ’BaFIA’ iaitu baca, faham, ingat dan aplikasi.

vi. Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara

berasingan atau kombinasi.

vii. Yang pentingnya, ialah pelajar anda harus mengulang kaji berkali-kali.

8.4 - Kemahiran Menjawab Soalan Peperiksaan Dikembangkan.

i. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah untuk pelajar mendapat markah yang

lebih tinggi.

48
PEMBELAJARAN MASTERI

ii. Guru harus menguji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk

mengetahui ;

a) Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan

menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.

b) Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan.

c) Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.

d) Fakta, konsep, kemahiran berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.

iii. Anda harus melatih pelajar anda sepanjang tahun dalam teknik menjawan soalan

peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan

peperiksaan awam.

iv. Dalam proses melatih pelajar ;

a) Anda harus membimbing pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan

contoh-contoh yang sesuai.

b) Kemudian, anda harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan

peperiksaan.

v. Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif

atau kedua-duanya.

vi. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar

boleh ;

a) Tenangkan hatinya supaya tidak panik.

b) Baca, faham, dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.

c) Tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan.

d) Jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberikan.

49
PEMBELAJARAN MASTERI

e) Hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan.

f) Jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.

g) Baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.

h) Pilih jawapan yang betul daripada pilihan beraneka.

i) Tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul.

j) Semak semua jawapan.

vii. Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei, guru harus

menentukan pelajar supaya boleh ;

a) Tenangkan hatinya supaya tidak panik.

b) Baca, faham, dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.

c) Tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan.

d) Jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberikan.

e) Pilih soalan untuk menjawab.

f) Jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.

g) Hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan.

h) Baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.

i) Rancang jawapan (3 – 5 minit) sebelum menjawabnya.

j) Tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca.

k) Semak semua jawapan.

9.0 - Rumusan.

i. Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting

untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh guru.

ii. Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran berikut ;

50
PEMBELAJARAN MASTERI

a) Kemahiran dalam proses belajar :

Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat, dan mengaplikasikan.

b) Kemahiran menguruskan masa :

Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.

c) Kemahiran perpustakaan :

Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.

d) Kemahiran memperoleh maklumat :

Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul, membuat analisa dan

menyampaikan maklumat.

e) Kemahiran membaca :

SQ3R (skin, question, read, recite, review) : Baca sepintas lalu, menyoal, membaca,

menyebut semula dan menyemak.

f) Kemahiran membuat nota :

Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, nemoniks, akronim,

lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah

Venn, peta konsep atau minda.

g) Kemahiran memotivasi :

Dengan cara ekstrinsik, di mana pelajar dirangsang oleh guru dengan ganjaran atau

hukuman dan cara instrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau

hukuman.

h) Kemahiran berfikir :

Ini melibatkan kemahiran memahami tujuh kecerdasan dan kemahiran berfikir yang perlu

dikembangkan dikalangan pelajar.

51
PEMBELAJARAN MASTERI

i) Kemahiran mengingat :

Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja

amali, eksperimen, dan dengan membuat kaitan atau bayangan.

j) Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.

UNIT 6

UNSUR-UNSUR LAIN DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Terdapat perkara-perkara lain yang perlu diserapkan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran menggunakan strategi Masteriy Learning ini. Antara perkara yang perlu

diserapkan ialah :

1. Unsur Patriotisme

2. Unsur Pendidikan Alam sekitar

3. Unsur Pendidikan pencegahan dadah dan Penyakit AIDS

4. Unsur Kemahiran Keibubapaan dalam Keluarga

52
PEMBELAJARAN MASTERI

5. Unsur Keselamatan Jalan Raya

Unsur-unsur di atas amat penting diserapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

dengan tujuan untuk mengembangkan potensi seseorang pelajar secara menyeluruh dari

segi intelek, emosi, rohani dan jasmani serta membina akhlak yang mulia.

Penyerapan unsur Patriotisme di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Unsur patriotisme perlu dipupuk untuk membentuk warganegara yang mempunyai

semangat patriotik dan keperibadian Malaysia. Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:

i. mengenal diri dan menyintai warisan bangsa dan negara.

ii. Mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara.

iii. Bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis

iv. Memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan.

v. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu

dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya

vi. Bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk

kemajuan bangsa dan negara.

Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerap unsur patriotisme ialah :

i kerja projek

ii permainan

iii simulasi

iv lakonan

v drama

vi perbincangan

53
PEMBELAJARAN MASTERI

vii lawatan

Penyerapan unsur Pendidikan Alam Sekitar

Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan

pelbagai isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca , penipisan lapisan

ozon, hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur

pendidikan alam sekitar merentas kurikulum.Ianya bermatlamat untuk membentuk

masyarakat (pelajar) yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta

memperoleh pengetahuan kemahiran nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak

secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. Antara objektif

pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar :

i mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan

masalahnya.

ii lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalahnya yang berkaitan

dengannya.

iii memperolehi nilai, memupuk sikap positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi untuk

terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

iv memahami bahawa pembangunan negara harus diterusjkan dengan menggunakan

sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.

v menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenalpasti masalh alam sekitar dan

penyelesaiannya.

Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut iaitu :

i Tuhan Pencipta alam semesta dan sekelian makhluk

54
PEMBELAJARAN MASTERI

ii Bumi dan alam semesta

iii Benda bukan hidup dan sumber semula jadi

iv Benda hidup dan alam sekitarnya

v Interaksi antara manusia , haiwan dan tumbuhan

vi Pengurusan alam sekitar

Strategi dama pengajaran dan pembelajaran iaitu melalui pendekatan :

a. rohani dan moral

b. penyerapan

c. berpusatkan pelajar

Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan mestilah menarik, menyeronokkan dan

berpusatkan pelajar seperti :

a. Kerja amali

b. Membuat kajian dan eksperimen

c. Perbincangan

d. Sumbang saran

e. Demonstrasi

f. Menonton TV, video dan slaid

g. Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto

h. Cerita

i. Membaca buku, majalah dan akhbar

j. Projek

k. Permainan dan simulasi

l. Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum

55
PEMBELAJARAN MASTERI

m. Lawatan

n. Kempen alam sekitar

o. Rintis

p. Kem alam sekitar

q. Program sandaran

Terdapat pelbagai stesen-stesen pendidikan alam sekitar yang boleh diwujudkan di sekolah.

Antaranya :

a. Stesen mengkaji tanah termasuk mengkaji hakisan tanah

b. Stesen mengkaji pencemaran

c. Stesen mengkaji tumbuhan

d. Stesen mengkaji haiwan

e. Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan

f. Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik dan sumber air.

g. Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar, tenaga angin, dan penggunaan bahan api.

h. Stesen mengkaji cuaca dan permainan pendidikan alam sekitar.

i. Stesen mengkaji cuaca , bumi dan alam semesta.

Unsur Pemdidikan Pencegahan dadah dan Penyakit AIDS

Masalah penggunaan dadah dan penyakit AIDS di negara ini kian meningkat dan salah satu

daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui pendidikan

pencegahan dadah dan penyakit AIDS. Ianya bermatlamat untuk membentuk pelajar yang

mengetahui dan menyedari tentang bahayanya dadah dan penyakit AIDS dan berupaya

membina ketahanan diri dan menjauhkan diri daripada dadah dan penyakit AIDS.

56
PEMBELAJARAN MASTERI

Objektif utamanya adalah untuk membolehkan pelajar :

a. memperolehi pengetahuan dan kkefahaman tentang bahayanya dadah dan penyakit

AIDS.

b. Memperoleh kemahiran dan mengenal pasti masalah emosi dan sosial remaja dan

membuat keputusan baik.

c. Menghayati dan mengamalkan nilai, sikap yang positif dan kehidupan yang sihat,

selamat dan sejahtera.

Antara aktiviti yag boleh dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah

aktiviti soal jawab, perbincangan, bacaan, ceramah, lawatan, tayangan TV, video. Kerja

projek, lakonan, simulasi, demonstrasi, perbahasan, cerita dan lakaran.

Unsur Kemahiran Keibubapaan dalam Keluarga

Masalah sosial remaja seperti ponteng kelas, penyalahgunaan dadah, merokok, budaya

lepak, bohjan, bohsia dan masalah juvana seperti merompak, peras ugut, mencuri dan lain-

lain adalah banyak dan luas. Masalah ini berpunca dari faktor-faktor seperti kurang

kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan media massa,

kurang perhatian dan kasih sayang, mahukan kebebasan, tidak tahu menggunakan masa

lapang dan menyelesaikan masalah dan lain-lain faktor sosio ekonomi.

Penyelesaian masalah sosial remaja adalah tanggungjawab bersama semua pihak iaitu

remaja itu sendiri. Ibu bapanya, sekolah dan juga masyarakat. Diperingkat sekolah guru

memainkan peranan sebagai ’ibu bapa’ kepada pelajar . Kemahiran keibubapaan yang perlu

ada pada seorang guru ialag seperti mendengar, membimbing, memberi kasih sayang,

57
PEMBELAJARAN MASTERI

menggalak, memberi pendidikan asas agama, memberikan kerjasama, keyakinan,

menunjuk cara, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mambantu, memuji dan

sebagainya.

Unsur Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

Setiap hari kita mendengar dan membaca di akhbar dan televisyen berkaitan kemalangan

yang membabitkan kecederaan dan meragut nyawa termasuklah pelajar. Kemalangan

berpunca daripada berbagai faktor seperti kecuaian, tidak mematuhi peraturan jalan raya,

tidak sabar, mabuk, kerosakan kenderaan dan sebagainya. Walau pun ’kemalangan tidak

berbau’ anda harus menyerapkan keselamatan jalan raya merentas kurikulum dan juga di

dalam kegiatan ko kurikulum.

Objektif pendidikan keselamatan di jalan raya adalah agar pel;ajar dapat :

a. memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai peraturan dan langkah-langkah

keselamatan jalan raya.

b. Menghayati dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya.

Guru perlu menyerapkan unsur-unsur keselamatan jalan raya semasa pengajaran dan

pembelajaran topik yang sesuai dan selalu mengingatkan pelajar agar sentiasa berwaspada

dan berjaga-jaga di jalan raya semasa berjalan kai, menaiki kenderaan, melintas jalan raya

dan sebagainya.

Rumusan

Dalam pembelajaran masteri, selain daripada memastikan pelajar anda dapat menguasai isi

kandungan, anda harus juga mengembangkan atau menyerapkan pelbagai nilai-nilai murni

58
PEMBELAJARAN MASTERI

dan akhlak yang mulia. Galakkan pelajar mengunakan pelbagai bahan sumber yang

dikeluarkan oleh berbagai-bagai pihak kerajaan dan swasta.

UNIT 7

PENILAIAN

Penilaian bertujuan untuk seseorang guru memahami :

a. kepentingan pembelajaran masteri

b. konsep penilaian dan tujuannya

c. jenis-jenis penilaian

d. bagaimanakah melaksanakan penilaian.

Penilaian merupakan langkah ke tiga di dalam pembelajaran masteri . Tujuan penilaian

adalah untuk mengesan :

a pencapaian pelajar secara keseluruhan

b. pelajar yang cerdas, sederhana dan lemah

59
PEMBELAJARAN MASTERI

c. hasil-hasil pembelajaran yang sudah atau belum dikuasai

d. sebab-sebab pelajar anda lemah dalam suatu mata pelajaran

e. aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu djalankan

f. keberkesanan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis penilaian :

Pada amnya penialaian terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

a. Penialaian formatif – Ujian mingguan, ujian bulanan dan ujian diagnostik.

b. Penialaian Sumatif – peperiksaan tengah tahun, akhir tahun, peperiksaan awam seperti

PMR, SPM, STPM dan sebagainya.

a. Penilaian Formatif

merupakan penilaian berterusan yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran

sepanjang tahun dan penilaian ini adalah penting dalam pembelajaran masteri. Tujuan

penilaian formatif adalah untuk ;

a. mengesan pelajar cerdas, sederhana dan lemah

b. mengesan hasil pembelajaran yang sudah dan belum dikuasai.

c. Mengesan sebab pelajar lemah .

d. Membantu dan membimbing pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

e. Mengesan kaedah atau aktiviti yang telah digunakan merancang aktivti pemulihan dan

pengayaan.

Penilaian formatif boleh dilakukan pada setiap hujung minggu, setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran, setiap bulan dan selepasa beberapa tajuk atau bab yang diajar. Penilaian

60
PEMBELAJARAN MASTERI

boleh dijalankan secara soal jawab, memberi latihan harian, memerhati tingkah laku dan

kemahiran membuat sesuatu . Ujian berbentuk soalan subjektif dan objektif juga boleh

dijalankan.

b. Penilaian Sumatif

Penialian Sumatif adalah penilaian secara formal yang dilakukan dengan memberi ujian

atau peperiksaan dalah satu tempoh masa yang ditetapkan. Tujuan penilaian Sumatif adalah

untuk mengesan :

a. pencapaian seseorang pelajar secara keseluruhannya.

b. Pelajar cerdas, sederhana dan lemah

c. Keberkesanan kaedah dan aktiviti yang telah digunakan

Jenis –jenis peperiksaan

a. Peperiksaan tengah tahun :

untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 6 bulan.

b. Peperiksaan akhir tahun :

Untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh satu tahun.

c. Peperiksaan awam :

i. PTS : untuk menilai kecerdasan pelajar selepas tempoh tiga tahun di sekolah rendah.

ii.UPSR : untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 6 tahun di sekolah rendah.

iii.PMR : untuk menilai pencapaian pelajar selepas tempoh 3 tahun di sekolah menengah.

iv. SPM dan SPMV : untuk menilai pencapaian pelajar selepas 2 tahun di sekolah

menengah atas.

v. STPM : untk menilai pencapaian pelajar selepas 2 tahun di tangkatan 6

61
PEMBELAJARAN MASTERI

Penilaian Sumatif boleh berbentuk lisan, bertulis , amali dan berbentuk projek.

c. Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Rujukan Kriteria boleh merupakan

a. Ujian formatif seperti ujian diagnostik, ujian mingguan, ujian bulanan atau ujian selepas

beberapa tajuk atau kemahiran telah diajar.

b. Ujian sumatif seperti peperiksaan awam dan peperiksaan di sekolah.

Kriteria adalah hasil pembelajaran yang penting selepas beberapa tajuk, bab atau

kemahiran diajar dalam tempoh masa.Boleh rujuk kepada sukatan pelajaran dan huraian

sukatan pelajaran. Ianya terdiri dari perihal mengingat kembali faklta dan butiran penting,

menerangkan konsep, fenomena atau peristiwa penting, kemahiran aras tinggi dan

kemahiran khsus untuk sesuatu mata pelajaran.

d. Merekod Maklumat

Selepas menjalankan ujian diagnostik, anda harus merekodkan maklumat uang didapati. Ini

bertujuan untukmengetahuio sama ada seseuatu hasil pembelajaran sudah atau belum

dikuasai oleh seseorang pelajar.

Contoh borang merekod maklumat

Darjah/Tingkatan : ____________

Unit Pembelajaran :____________

Penunjuk / = sudah dikuasai

O = belum menguasai

* = sudah dikuasai selepas pemulihan

Bil Hasil pembelajaran penting 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

62
PEMBELAJARAN MASTERI

(Kriteria )

/ Nama Pelajar
1 Ahmad Bin Rejo / / * / / / * / / * * /
2. Badarudin Bin Buruj
3. Cicilia A/P Punamaran

Rumusan.

Langkah ke 3 di dalam Strategi Masteri ini secara umumnya adalah untuk menentukan

pelajar sudah menguasai atau belum isi pelajaran.

UNIT 8

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Mengapakah Pemulihan Dan Pengayaan Penting?

Langkah keempat dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menjalankan aktiviti

pemulihan dan pengayaan. Aktiviti pemulihan adalah penting untuk memastikan pelajar

yang belum menguasai hasil-hasil pembelajaran dapat menguasainya sebelum anda

mengajar unit pembelajaran atau bab yang lain. Sekiranya anda tidak menjalankan aktiviti

pemulihan, kelemahan pelajar anda akan bertambah. Pelajar yang sudah menguasai hasil

pembelajaran perlu diberi aktiviti pengayaan semasa pemulihan dijalankan untuk pelajar

yang lemah.

Bagaimana Mendiagnosis Dan Mengatasi Kelemahan Pelajar Dalam Pembelajaran

Pada Amnya?

Sebelum anda boleh menjalankan kerja pemulihan anda harus tahu:

a. hasil pembelajaran yang belum dikuasai dan

b. sebab-sebab pelajar tidak dapat menguasai

63
PEMBELAJARAN MASTERI

Untuk mengenal pasti punca kelemahan, anda harus tahu bagaimana mendiagnoskan

kelemahan pelajar anada seperti seorang doktor yang mendiagnoskan seorang pesakit untuk

menentukan penyakit sebenar atau punca penyakit sebelum rawatan diberi.

Untuk mendiagnosis kelemahan pembelajaran seseorang pelajar secara amnya, anda boleh

mengenal pasti punca-punca di bawah faktor berikut:

a. pelajar

b. guru

c. kemudahan

d. pentadbiran

e. faktor lain

Satu panduan diberi dalam Jadual 1 untuk membantu anda menentukan punca kelemahan

pelajar anda pada amnya. Anda juga digalakkan menambah atau mengubahsuaikan senarai

semak punca dan cadangan tindakan yang diberi di dalam jadual di bawah ataupun

mencipta yang lain.

Jadual 1: Panduan mendiagnosis Kelemahan dalam Pembelajaran Pada Amnya

Punca Kelemahan Dalam Pembelajaran Cadangan Tindakan/Pemulihan


Pelajar:
Kesihatan:
a. selalu sakit
b. susah dengar Beritahu ibu bapa supaya mendapatkan
c. susah bercakap, menyebut rawatan.
d. rabun jauh, rabun dekat
Emosi:
a. kurang motivasi Rangsangan pelajar dengan cara-cara yang
b. sikap negatif, malas, tidak diberi dalam unit 5.
tanggungjawab dan sebagainya Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan
c. tekanan jiwa rangsangan (lihat unit 5, 6 juga unit 8)
Beri kaunseling dan bimbingan. Ajar
pelajar menguruskan tekanan jiwa.
Sosial dan Ekonomi:
a. tidak boleh belajar dengan rakannya, Berikan bimbingan dan kaunseling (lihat

64
PEMBELAJARAN MASTERI

nakal, kacau dalam kelas, unit 2 ,6 dan 8)


mempertikaikan.
b. Tidak mampu membeli buku dan alat Beri tahu ibu bapa. Mungkin boleh
tulis. dapatkan bantuan PIBG atau sumber lain.

Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif


secara amnya:
a. Pemahaman: tidak faham konsep, Terangkan semula. Beri lebih banyak
kemahiran atau maklumat. latihan untuk memperkukuhkan
b. Komunikasi: faham tapi tidak boleh kefahaman.
terangkan semula secara lisan atau Bantu pelajar menerangkan semula secara
bertulis. lisan atau bertulis. Berikan lebih banyak
latihan lisan atau tulisan untuk
menerangkannya semula .

c. Ingatan: faham tetapi tidak boleh ingat


sesuatu fakta, konsep atau maklumat. Ajar cara-cara mengingat (Lihat unit5).
d. Aplikasi: faham dan boleh ingat fakta Beri latihan. Rangsangkan pelajar. (unit 5).
atau konsep tetapi tidak boleh Tunjuk cara mengaplikasi. Beri lebih
aplikasikannya ke dalam situasi yang banyak latihan tentang aplikasi.
baru.

Pembelajaran dalam bidang afektif secara


amnya:
a. tingkah laku: tidak amalkan tingkah
laku yang diingini. Beri kaunseling, bimbingan, aktiviti dan
b. Amalan nilai-nilai murni: tidak rangsangan (unit 5,7 dan 8)
amalkan nilai-nilai murni.

Pembelajaran dalam bidang psikomotor


secara amnya:
Tidak boleh melakukan sesuatu
kemahiran manipulatif dengan betul Tunjuk cara secara berperingkat dan pelajar
seperti mengukur, melukis, mewarna, melakukannya sehingga mahir. Beri lebih
melompat tinggi, memukul bola hoki, latihan.
bermain alat muzik , memukul atau
memanjat.

Guru:
Kesihatan:
Selalu sakit
Jumpa doktor.
Emosi:
a. Kurang motivasi
b. Sikap negatif, malas , tidak Angsangkan diri .
bertanggungjawab dan sebagainya. Ubah sikap, menjadi proaktif, rangsangkan

65
PEMBELAJARAN MASTERI

c. Tekanan jiwa diri.


Uruskan tekanan jiwa. Jumpa pakar sakit
Sosial: jiwa.
a. Pandang rendah pada pelajar dan orang
lain. Ubah sikap
b. Anti sosial, malu atau segan dapat Ubah sikap
bantuan daripada rakan atau orang lain.

Pedagogi:
a. Kurang pengetahuan dalam cara
mengajar dalam pembelajaran masteri. Baca buku panduan, tanya pihak yang tahu.
b. Pengajaran dan pembelajaran kurang Lihat demostrasi atau video, hadir kursus.
berkesan Ubahsuaikan teknik atau kaedah, tanya
pihak yang tahu, lihat demostrasi atau
video, hadir kursus.
c. Perancanagan pelajaran kurang
memuaskan. Baiki rancanagan pengajaran
d. Penyimpanan rekod pelajar kurang Baiki penyimpanan rekod.
memuaskan.

Pengkhususan: Tukar ganti guru atau matapelajaran. Hadir


Tidak terlatih untuk mengajar kursus. Baca pelbagai buku atau panduan.
matapelajaran itu.

Kemudahan:
a. Bilik tidak selesa Jadikan bilik selesa.
b. Perabot tidak sesuai Beritahu pihak pentadbiran
c. Alat tulis tidak cukup Tambahkannya. Bincang dengan pihak
d. BBM tidak memuaskan dan tidak pentadbiran.
cukup. Buat BBM yang lebih menarik dan sesuai.
e. Alat da bahan bagi sesuatu Beritahu pihak pentadbiran
matapelajaran tidak cukup.
f. Buku teks dan buku rujukan tidak Tambahkannya. Bincang dengan
cukup. pentadbiran.
g. Kemudahan cetak tidak mencukupi. Bincang dengan pentadbiran.

Pentadbiran: Tambahkan perbincangan pengajaran dan


a. Mesyuarat panitia mata pelajaran: pembelajaran. Adakan mesyuarat panitia
jarang bincang tentang pengajaran dan lebih kerap secara formal atau tidak formal.
pembelajaran. Tambahkan sesi dan buku rujukan guru.
b. Sesi peningkatan taraf profesionalisme
kurang diadakan.
c. Sistem penyeliaan kurang berkesan. Baiki sistem penyeliaan.
d. Sistem komunikasi kurang berkesan. Baiki sistem komunikasi.

Faktor lain:

66
PEMBELAJARAN MASTERI

a. Budaya sekolah dan budaya kelas tidak Baiki budaya sekolah dan budaya kelas.
kondusif untuk pembelajaran.
b. Ibu bapa tidak pentingkan pencapaian Bincang dalam mesyuarat PIBG. Jumpa ibu
akedemik anaknya. bapa yang berkenaan.
c. Pengaruh persekitaran yang kurang Beri kaunseling dan bimbingan.
baik.

Bagaimana mendianosis Dan menjalankan pemulihan Dalam Bidang kognitif?

Bagaimana membuat analisis soalan.

Daripada ujian diagnostik yang telah di beri dalam Unit 8, anda harus membuat analisis

soalan dengan menentukan bilangan pelajar yang sudah dan belum menguasai sesuatu

soalan.

Satu contoh analisis soalan di beri dibawah:

Jumlah pelajar: 45 orang

Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Bilangan pelajar yang 45 40 2 10 45 5 45 40 35 45

telah menguasai

Analisis soalan ujian diagnosis menunjukkan semua pelajar telah menguasai hasil

pembelajaran yang diuji dalam soalan 1,5,7 dan 10.

Bagi soalan 2, 8 dan 9 anda hanya perlu menjalankan kerja pemulihan untuk sekumpulan

kecil sahaja dan bagi pelajar yang sudah menguasainya anda boleh memberikan aktiviti

pengayaan yang akan diterangkan di bawah.

67
PEMBELAJARAN MASTERI

Kebanyakan pelajar belum menguasai hasil pembelajaran atau kreteria yang diuji dalam

soalan 3, 4 dan 6 dan anda harus mengajar semula manakala sebilangan kecil yang sudah

menguasainya boleh diberi aktiviti pengayaan.

Bagaimana Mengubah Tingkah Laku Atau Sikap?

Seperti yang telah diterangkan dalam Unit 8, anda boleh menilai dalam bidang afektif

dengan cara pemerhatian tingkah laku atau sikap seorang pelajar. Sekiranya tingkah laku

atau sikap seseorang pelajar tidak memuaskan, anda boleh menggunakan model inpit-

proses-output yang akan dihuraikan untuk mengubah tingkah laku atau sikap pelajar itu

kepada yang dikehendaki. Anda harus sedar bahawa proses mengubah tingkah laku atau

sikap seseorang pelajar mungkin mengambil masa yang panajang kerana banyak latihan

diperlukan bagi menanamkan tingkah laku atau sikap yang dikehandaki. Anda harus sedar

bahawa tingkah laku atau sikap seseorang pelajar mungkin mengambil masa yang panjang

kerana banyak latihan diperlukan bagi menanam tingkah laku atau sikap yang dikehendaki.

Pelajar itu harus menyedari tentang tingkah laku atau sikap yang tidak baik dan ingin

mengubahnya kepada yang dikehendaki. Anda harus sentiasa menggalak dan memuji

pelajar dalam proses mengubah sikap.

Model Input-Proses-Output

PROSES
INPUT OUTPUT

68
PEMBELAJARAN MASTERI

Ais berbentuk kuboid di leburkan Masukkan cecair ke dalam selinder dan bekukan.

Ais berbentu Selinder.

Dalam model input-proses-output yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas, tingkah

laku atau sikap seseorang pelajar boleh dianggap sebagai ais berbentuk kuboid. Ais

berbentuk kuboid itu telah berbentuk dengan proses pembekuan atau penyejukan dalam

acuan kuboid. Untuk menukar air berbentuk kuboid itu kepada yang berbentuk selinder,

kita harus meleburkan ais berbentuk kuboid itu terlebih dahulu dengan memanaskannya.

Memasukkan cecair yang dihasilkan ke dalam acuan berbentuk selinder dan membekukan

cecair dalam acuan berbentuk selinder dengan menyejukkannya.

Sekiranya cecair dalam acuan selinder tidak dibekukan, maka cecair itu akan kembali

kepada acuan yang lama, iaitu acuan kuboid. Oleh yang demikian , adalah penting untuk

membekukan cecair itu dalam acuan berbentuk selinder.

Contoh mengubah tingkah laku atau sikap

Katakan seorang pelajar selalu rasa takut atau malu di hadapan kelas untuk membuat

sesuatu seperti membaca, bercerita, berucap, berlakon ataupun menyanyi secara

perseorangan. Seperti ais berbentuk kuboid, perasaan takut atau malu telah lama dibekukan

kerana mungkin pelajar itu rasa takut atau malu dikritik, dipersendakan, ditertawakan,

dimarahi atau diperbodohkan. Ada kemungkinan juga pelajar itu tidak pernah diberi

peluang untuk membuat persembahan secara perseorangan dan oleh sebab itu dia kelihatan

gelisah. Untuk mengubah perasaan takut atau malu kepada perasaan berani atau yakin di

69
PEMBELAJARAN MASTERI

hadapan kelas secara perseorangan, anda harus meleburkan pelajar itu terlebih dahulu dan

ini dapat dilakukan dengan:

a. Menyedarkan pelajar berkenaan tentang kepentingan perasaan berani dan yakin,

b. Memberi keyakinan dan merangsang pelajar itu untuk memperoleh perasaan berani dan

yakin,

c. Memberi latihan atau aktiviti yang akan menanam perasaan berani dan yakin dan

d. Memberikan galakan dan pujian.

Langkah untu “meleburkan” perasaan takut atau malu dan menanam perasaan berani dan

yakin adalah seperti berikut:

a. Minta sekumpulan pelajar termasuk pelajar berkenaan membaca sesuatu secara

beramai-ramai di hadapan kelas; anda dan pelajar lain perlu memberi pujian kepada

kumpulan itu.

b. Minta pelajar yang berkenaan serta seorang kawannya membaca sesuatu secara

berpasangan di hadapan kelas, anda dan pelajar memberi pijian kepada pasangan itu.

c. Minta pelajar yang berkenaan membaca dengan sendiri di depan kelas dengan kawan

disisinya; anda dan pelajar lain perlu memberi pujian kepadanya.

d. Minata pelajar yang berkenaan membaca demgan sendiri di depan kelas tanpa kawan

disisinya; anda dan pelajar lain perlu memberikan pujian kepadanya.

e. Memaklumkan kepada pelajar yang berkenaan bahawa dia telah tunjukkan perubahan

yang menggalakkan.

Apabila anda telah ‘meleburkan’ pelajar yang berkenaan, anda harus memberi lebih

banyak latihan atau aktiviti membaca secara perseorangan dihadapan kelas supaya dapat

“membekukan” dia di dalam acuan perasaan berani dan yakin. Selain daripada latihan atau

70
PEMBELAJARAN MASTERI

aktiviti membaca, anda boleh menggunakan aktiviti bercerita, berucap, berlakon atau

menyanyi.

Aktiviti Pengayaan

Bagi pelajar yang sudah menguasai hasil pembelajaran, anda harus memberi aktiviti

pengayaan. Tujuan aktiviti pengayaan adalah untuk:

a. memperkukuhkan pembelajaran hasil pembelajaran

b. mengembangkan lagi pengetahuan, kemahiran, naluri ingin tahu, sifat berdikari dan

bakat kepimpinan pelajar.

Aktiviti pengayaan boleh dijalankan secara:

a. kelas

b. kimpulan

c. pasangan

d. perseorangan

Aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a. Aktiviti pengukuhan

b. Aktiviti perkembangan aspek lain

Aktiviti Pengukuhan

Tujuan aktiviti pengukuhan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan hasil

pembelajaran. Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran asas yang sedang

dipelajari. Anda harus merancang dan menggredkan aktiviti ini mengikut kebolehan pelajar

anda. Pelajar anda perlu menjalankan aktiviti pengukuhan yang telah dirancang pada masa

yang sesuai atau masa yang ditetapkan.

Aktiviti untuk memperkembangkan aspek lain.

71
PEMBELAJARAN MASTERI

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar anda yang sudah

menguasai hasil pembelajaran atau yang pintar cerdas untuk mengembangkan lagi

pengetahuan, kemahiran, bakat dan minat mereka. Aktiviti ini berkait secara tidak langsung

dengan isi kandungan atau kemahiran asas yang sedang dipelajari. Anda harus merancang

pelbagai aktiviti yang mencabar dan memberi peluang bagi pelajar anda memilih aktiviti

yang mereka suka.

Aktiviti ini boleh dijalankan :

a. Secara kelas, pembelajaran koperatif dalam kumpulan atau pasangan atau secara

perseorangan.

b. Di dalam atau diluar waktu persekolahan.

Jenis-jenis aktiviti ini adalah seperti berikut:

a. memperoleh pengetahuan yang lebih luas dan mendalam

b. ceramah oleh penceramah jemputan

c. perbahasan

d. pertandingan

e. membuat kajian, penyelidikan

f. menyelesaikan masalah

g. aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran menaakul

h. kuiz

i. mereka cipta

j. simulasi

k. membuat model

72
PEMBELAJARAN MASTERI

Model Renzulli

Joseph Renzulli (1986) telah mencipta model pengayaan ‘triad’ untuk pelajar pintar cerdas

dan modelnya terdiri daripada tiga jenis pengayaan iaitu (Education department of

Western Australia: Teaching TAGS,1995):

Jenis 1: Minat Am atau Aktiviti Penerokaan:

1. Aktiviti jenis ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman yang

luas.

2. Aktiviti ini termasuk lawatan sambil belajar, aktiviti kelab, pusat pembelajaran,

penceramah jemputan dan sesi sumbang saran.

Jenis II: Aktiviti Latihan Kumpulan atau Perkembangan Kemahiran

1. Aktiviti jenis ini bertujuan mengembangkan pemikiran dan kemahiran perasaan.

2. Pelajar dilibatkan dalam mereka cipta, menjalankan eksperimen, membanding,

membuat analisis, merekod dajn mengkelaskan.

3. Kemahiran untuk memperkembangkan termasuk pemikiran kritis dankreatif, belajar

cara belajar, menggunakan bahan rujukan dan berkomunikasi secara berkesan.

Jenis III: Kajian Kes Secara Individu dan Kumpulan Kecil

1. Pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi melalui aktiviti

jenis I dan II.

2. Mereka menjadi penyiasat masalah sebenar dan menyampaikan dapatan mereka.

73
PEMBELAJARAN MASTERI

3. Aktiviti tersebut merangkumi menyelidik, membahas, mengkaji, menyampaikan

dapatan, mengarang artikel jurnel atau menghasilkan suatu buku atau skrip drama.

Dalam model Renzulli, aktiviti Jenis I dan II adalah sesuai unytuk semua jenis

pelajar, manakala aktiviti Jenis III adalah sesuai untuk pelajar pintar cerdas.

Model Taylor

Model Taylor bertujuan mengembangkan berbagai-bagai bakat di kalangan pelajar.

Kemahiran yang hendak diperkembangkan dan contoh aktivitinya diberi dalam jadual di

bawah ( Diubah suai daripada Education Department of Western Australia: teaching

TAGS, m.s 58.1995)

Kemahiran Kebolehan/Tujuan Contoh aktiviti


1.Akedemik/drama/seni/ Mengembangkan asas Memperoleh maklumat
muzik pengetahuan atau tentang…….
kemahiran tentang sesuatu Menyelidik konsep…….
topik
2. Kreativiti Mereka cipta makna asli, Mereka cipta sesuatu…….
melihat perkaitan dan idea Menjanakan idea……
yang baru Menambahkan butir-butir
terperinci tentang……
3. Membuat keputusan Menghasilkan pelbagai Membuat keputusan tentang
pilihan, menilai dan sifat-sifat penting bagi
menjustifikasikan haiwan kesayangan
keputusan Membuat berbagai-bagai
pilihan
Memilih dan
menjustifikasikan pemilihan
4.Merancang Menyusun cara-cara untuk Merancang satu jamuan hari
mencapai sesuatu jadi bagi seorang sahabat
Membuat pelan untuk……
Membuat belanjawan
untuk…..

5. Meramal Meramal dan memeriksa Memahami apa akan terjadi


sebab dan kesan sekiranya gempa bumi
berlaku di Kuala Lumpur
6. Komunikasi Berkomunikasi secara lisan Menunjukkan perasaan anda
dan bukan lisan seperti sekiranya ditinggalkan di
tulisan dan gerakan bulan, pulau atau hutan.

74
PEMBELAJARAN MASTERI

Menceritakan hari sukan


Lukis satu gambar untuk
menunjukkan perasaan
gembira………
Tunjuk bagaimana ………
Halkan perasaan anda
tentang…….

7. Melaksanakan Melaksanakan satu Melaksanakan rancangan


rancangan untuk ……
8. Perhubungan manusia Mendapatkan suatu Memohon untuk mengisi
pekerjaan jawatan

9. Mengenal pasti peluang Mengenal pasti peluang Mengenal pasti sesuatu


yang baru dan mencapai keperluan dan memulakan
kemajuan satu program untuk …….

Cadangan Guskey

Menurut Guskey (1985), dua sifat penting bagi aktiviti pengayaan ialah aktiviti itu

harus menguntungkan , menarik dan mencabar. Jenis aktiviti pengayaan yang dicadangkan

oleh Guskey termasuklah:

a. Pelajar mengajar rakan sebaya

b. Pelajar membins aktiviti latihan/ pengukuhan untuk pelajar lain

c. Membina bahan pandang dengar seperti kid pembelajaran, permainan

d. Projek khusus dan laporan khusus

e. Permainan. Masalah dan pertandingan yang lebih mencabar

f. Pembelajaran berbantukan komputer yang lebih mencabar

Rumusan

Langkah kekempat dalam Pembelajaran Masteri ialah anda harus menjalankan:

a. aktiviti pemulihan

75
PEMBELAJARAN MASTERI

b. aktiviti pengayaan

Sebelum anda boleh menjalankan aktiviti pemulihan , anda perlu mendiagnos kelemahan

pembelajaran secara amnya dengaan mengenalpasti punca kelemahan di bawah faktor

pelajar, guru, kemudahan, pentadbiran dan faktor-faktor lain.

Daripada ujian diagnostik dalam bidang kognitif, anda harus membuat analisis

soalan bagi mengenal pasti hasil pembelajaran yang sudah atau belum dikuasai sebelaum

merancang dan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Anda boleh mengubah sikap atau tingkah laku dengan mengunakan model input-

proses-output dimana anda perlu “meleburkan”sikap atau tingkah laku lama dan menanam

sikap atau tingkah laku yang baru melalui banyak latihan.

Aktiviti pengayaan bertujuan memperkukuhkan penguasaan hasil pembelajaran

serta memperkembangkan lagi aspek lain seperti pengetahuan, kemahiran, naluri ingin

tahu, sifat berdikari dan bakat kepimpinan pelajar. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan

secara kelas, kumpulan, pasangan atau individu dan di dalam atau diluar waktu sekolah.

Anda harus merancang berbagai-bagai aktiviti pengayaan yang menarik dan

mencabar dan anda juga harus merujuk kepada aktiviti yang dicadangkan oleh pelbagai

penyelidik dan memilih aktiviti yang sesuai. Anda juga digalakkan mereka cipta aktiviti

pengayaan yang baru.

76
PEMBELAJARAN MASTERI

Contoh Penggunaan Strategi Mastery Learning subjek Teknologi Maklumat

Tingkatan 4.

Strategi Mastery Learning yang menekankan kepada penguasaan pelajar merangkumi

bidang:

 kognitif

 afektif

 psikomotor

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai ialah :

 berpusatkan guru dari sudut:

- bercerita,penerangan,beri nota atau syarahan.

 berpusatkan pelajar dari sudut:

- bacaan, latih tubi, inkuiri penemuan, akses kendiri, kooperatif/kolaboratif serta amali.

Salah satu kemahiran Tingkatan 4 yang menggunakan kstrategi Mastery Learning ialah

kemahiran 3.3 iaitu mempamerkan kebolehan memasang peralatan komputer dan

komonen-komponen seperti kad dan RAM pada papan induk.

Berdasarkan kemahiran di atas guru boleh menggabungkan kedua-dua kaedah iaitu

berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Pelajaran dimulakan dengan berpusatkan

pelajar. Guru perlu memberikan penerangan terperinci beserta demonstrasi bagaimanakah

memasang komponen-komponen komputer . Jika jumlah pelajar di dalam kelas agak ramai

77
PEMBELAJARAN MASTERI

maka guru perlu menunjukkan cara pemasangan mengikut kumpulan kecil.Murid perlu

memahami dengan jelas bagaimanakah pemasangan komponen itu berlaku. Sesi soal jawab

boleh dilaksanakan.

Setelah itu untuk meningkatkan penguasaan pelajar, mereka diletakkkan dalam kumpulan

kecil dan memasang komponen-komponen komputer mengikut kumpulan tersebut. Jika

perkakasan mencukupi guru boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara berpasangan.

Guru bertindak sebagai pembimbing dan melihat sejauh makah kefahaman pelajar tentang

topik yang diajar. Pelajar akan bekerja sama, berbincang dan bertukar-tukar pendapat jika

terdapat sebanrang kesulitan.

Bagi pelajar yang sudah mahir, mereka akan diberikan aktiviti tambahan seperti memasang

kesemua komponen-komponen komputer dengan lengkap. Bagi pelajar yang belum mahir

mereka akan diberikan pemulihan iaitu gru akan menunjukkan sekali lagi cara pemasangan

komponen-komponen komputer dengan betul

Selain itu guru boleh memaparkan persembahan power point atau gambar video yang

menunjukkan bagaimana pemasangan itu dijalankan. Dengan cara ini pelajar dapat

memasang kompponen-komponen komputer berdasarkan urutan pemasangan yang

dipaparkan di dalam power point atau gambar video.

Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran guru meminta pelajar menerangkan secara

bertulis bagamanakah menjalankan pemasangan komponen-komponen komputer dan

apakah komponen-komponen yang terlibat . Ini sebagai kerja rumah dan boleh dihantar

pada sesi pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

Secara kesimpulannya, pelajar telah menjalankan kaedah penemuan inkuiri, kooperatif dan

kolaboratif serta kaedah konstruktivisme di mana mereka melakukan sendiri cara

78
PEMBELAJARAN MASTERI

pemasangan komponen-komponen komputer, dapat mengetahui kelemahan dan kesulitan

yang dihadapi dan cara mengatasinya, berbincang dan bertukar pendapat, bekerja sama dan

dapat melakukan aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar cerdas dan kurang cerdas.

Penguasaan pelajar merangkumi nilai afektif, psikomotor dan kognitif.

79
PEMBELAJARAN MASTERI

RUJUKAN

Abd .Rahim Selamat , Ismail Hj Adnan (1990) Pusat Sumber Pendidikan dan Negeri,

Sekolah dan Daerah. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

Abd. Rahim Selamat (1994). Belajar Cara Belajar. Nyrin Enterprise, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1994). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Utusan

Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1995). Kepintaran Daya Cipta dan kemahiran Berfikir.

Utusan Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Ainon Mohd, Abdullah Hassan (1996). Mengajar kanak-Kanak Berfikir. Utusan

Publications & Distribution Sdn, Bhd.

Amstrong T. (1994). Multiple Intelligences in the Classroom. Association for Supervision

and Curriculum Development. ASCD, Alexandria, Virginia, USA.

80
PEMBELAJARAN MASTERI

Anderson L.W.& Block J.H .(1991). Mastery Learning Models in dunkin M.J (ed.), The

International Encyclopedia of Teaching and Teacher Education. New York. Permagon

Press

Barry K. Beyer (1987) Practical Strategies for the Teacher of Thinking. Allyn and Bacon

inc. Boston.

Bloom B.S.(1968) Lerning for Mastery: Evualation Comment (UCLA_CSIEP).

Buzan, Tony (1994). Make the Most of Your Mind. Linden Press, New York

Choate J.S (1990) Reading Asssssment: A Checklist of Reading Problems. Diagnostique,

Council for Exceptional Children 16, 32-37

Davis G.A. and Rimm S.B (1985). Education for the Gifted and Talented. Englewood

Cliffs, New jersey, Prentice Hall.

Hozi A.b.H.A Rahman (1996). Mastery Learning dan Implikasinya dari segi kurikulum,

Laporan Bengkel Kebangsaan Ke arah Mastery Learning. Pusat perkembangan Kurikulum,

KPM

Khoo Teng Sin (1996). Strategi Perlaksanaan Mastery Learning, Laporan Bengkel

Kebangsaan ke Arah Mastery Learning. PPK, KPM

81
PEMBELAJARAN MASTERI

Mohd. Rosli b. Mohd Ghazali (1996). Mastery Learning dan Implikasinya dari Segi

penilaian, laporan Bengkel Kebangsaan Ke Arah Mastery Learning. PPK, KPM

Nik Aziz Nik Pa (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik.

Dewan Pustaka Islam, Petaling Jaya.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). Ujian Diagnostik. Kertas kerja dalam Kursus

KBSR pegawai Sumber Teras Penilaian. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1990). Panduan Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah.

PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Modul Kemahiran Belajar-Draf. PPK, KPM

Pusat Perkembangan Kurikulum (1993). Buku Panduan Pemulihan Dalam KBSR: Bahasa

Melayu. PPK, KPM

82

You might also like