You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MUKAH ,

JALAN BESTARI,
96400 MUKAH,
SARAWAK.
______________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KARNIVAL KELAB RUKUN NEGARA


PERINGKAT DAERAH MUKAH 2017

TARIKH : 18 MEI 2017


HARI : Khamis
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Mukah

KEHADIRAN GURU :
1. Dayang Rabia’a Binti Awang Mohsin - Penolong Kanan Kokurikulum SK Mukah
2. Jee Moi Fong - Penolong Kanan Kokurikulum SJK(C) Chong Boon
3. Masiah Binti Ali - Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Tellian
4. Nur Syafiqah Binti Rosli - SK Mukah ( Pencatat )
5. Jaiton Binti Mohamad Ali - SK Mukah
6. Voon Lee Kim - SJK (C) Chong Boon
7. Rose Sita - SK Kg Tellian
8. Abraham - SK Kg Tellian
9. Asfuandy - SK Kg Tellian
10. Nurul Syafiqah - SK Kg Petanak
11. Norlizawati Binti Jahawi - SK Datuk Awang Udin
12. Suraya Dawi - SK Dua Sungai

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Penolong Kanan Kokurikulum SK Kg Petanak


2. Penolong Kanan Kokurikulum SK Datuk Awang Udin
3. Penolong Kanan Kokurikulum SK Dua Sungai

1
AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Penetapan Tarikh Pelancaran
3. Penerangan Kertas Kerja – Penyelaras Program
4. AJK Pelaksana
5. Hal-Hal Lain

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran semua guru penasihat Kelab Rukun Negara dan
Penolong Kanan Kokurikulum yang terlibat bagi karnival ini.

1.2 Peruntukan Kelab Rukun Negara adalah RM1000 untuk menjalankan aktiviti.

1.3 Program Karnival Kelab Rukun Negara adalah program yang menggabungkan Kelab
Rukun Negara bagi 6 sekolah ( SK Dua Sungai, SK Mukah, SK Kg Tellian, SK Kg
Petanak, SJK (C) Chong Boon, SK Datuk Awang Udin)

2.0 PENETAPAN TARIKH PELANCARAN

2.1 SK Mukah mencadangkan tarikh 15 Julai 2017 (Sabtu) dan bertempat di SK Mukah.

2.2 Terdapat kekangan sekiranya program karnival dibuat pada waktu sekolah iaitu
ketiadaan tempat kerana kelas digunakan.

3.0 PENERANGAN KERTAS KERJA – PENYELARAS PROGRAM

3. 1 Makluman tema karnival Rukun Negara – Rukun Negara Nadi Perpaduan.

3.2 Terdapat 6 pertandingan yang akan berlangsung serentak pada hari karnival dijalankan.
Setiap sekolah akan mengelolakan satu aktiviti.

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

2
3.3 Setiap sekolah akan menghantar 12 orang murid bagi mengikuti pertandingan yang
dijalankan. (2 orang bagi setiap satu pertandingan)

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

3.4 Makluman setiap sekolah yang terlibat menyediakan kertas konsep untuk pertandingan
yang dikelolakan.
Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

4.0 AJK PELAKSANA

4.1 Terdapat 6 pertandingan bagi program Karnival Rukun Negara Peringkat Daerah Mukah
yang dikelolakan setiap sekolah.

Pertandingan Menulis Esei – SK Kg Tellian

Pertandingan Mewarna Poster – SJK Chong Boon

Pertandingan Melafaz Rukun Negara – SK Dua Sungai

Kuiz Rukun Negara – SK Mukah

Teka Silang Kata – SK Kg Petanak

Pertandingan Kolaj dan Tampalan – SK Datuk Awang Udin

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

4.2 SJK Chong Boon mencadangkan pertandingan melukis poster ditukar kepada mewarna
poster kerana kekangan masa iaitu hanya 1 jam 30 minit diperuntukkan bagi setiap
pertandingan dan 30 minit lagi untuk sesi penghakiman .

3
4.3 SK Datuk Awang Udin mencadangkan peserta bagi pertandingan kolaj dan tampalan
dilaksanakan secara berpasangan bagi setiap sekolah yang terlibat.

4.4 Makluman hakim yang terlibat bagi setiap pertandingan adalah dalam kalangan guru
penasihat Kelab Rukun Negara bagi sekolah yang terlibat.

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Cikgu Masiah mencadangkan guru-guru penasihat berbincang dengan guru-guru di


sekolah masing-masing untuk aktiviti lain yang sesuai dijalankan bagi program Karnival
Rukun Negara.

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

5.2 Cikgu Dayang mengingatkan setiap sekolah yang terlibat dikehendaki menghantar contoh
borang penyertaan, borang penghakiman dan kertas konsep kepada SK Mukah sebelum
15 Jun 2017.

Tindakan : Makluman semua guru penasihat.

5.3 Makluman mesyuarat kedua iaitu perbincangan mengenai pelaporan aktiviti akan
dijalankan pada 11 Julai 2017 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat SK Mukah pada
pukul 3.00 petang.

Tindakan : Makluman semua guru penasihat dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.05 petang. Dicadang oleh Cikgu Jee Moi Fong dan disokong
oleh Cikgu Suraya.