You are on page 1of 9

2.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

2.1 Teori / Model Pengurusan Tingkah laku

Model Psikodinamik

Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada
proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang.
Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:

- Masalah dalaman individu
- Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:

- Model Psikopendidikan
- Teknik Kaunseling
- ‘Expressive Media’
- Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi
pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi
gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah:

- Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan
- Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak
- Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak
dengan adil dan kasih saying
- Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-
kanak.

Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku
bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu
dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang
boleh dilaksanakan ialah:

- Life-space Interview
- Reality Theraphy

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui
aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member
kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara
teknik-teknik yang boleh digunakan:

- Free Play
- Permainan Puppet
10

Tension Reduction Through Humor . Antara Teknik yang boleh diguna ialah: . Terapi Mega Vitamin . Kaunseling genetic . Main Peranan . Hurdle Helping Model Persekitaran Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Intervensi berpusatkan kanak-kanak . Ujian perubatan . Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran . Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Intervensi berpusatkan persekitaran . penyakit yang dialami. Planned Ignoring . Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Perubatan 11 . Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Terapi Seni . Fotografi dan rakaman video Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Muzik . Antara teknik yang boleh diguna ialah: . Pemakanan dan diet . Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Penjagaan selepas kelahiran . Interest Boosting . Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran Model Biofizikal Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal. Menurut model ini. Antara teknik –teknik yang boleh digunakan ialah: . Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) . . Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Pergerakan Kreatif . alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan).

Model Tingkah Laku Merupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. ii.2 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH Secara umumnya. tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. 12 . Misalnya. Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain.Behavior -------Consequence 2. dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri. Berasaskan 3 elemen – ABC Antecedent -----. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain. tidak dapat berdikari. Pergantungan berlebihan Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain. Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak- kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Tingkah laku Disruptif/mengganggu Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut: i.

v. Pengasingan diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya. ix. Agresif Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan. viii. vii. Ponteng sekolah Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan. barangan kawan sekelas. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. vi. pergaduhan. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran. suka bergaduh.iii. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. iv. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang . Distruktif/merosakkan Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja. dan dipulaukan oleh rakan sekelas. Mencuri Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. suka memaki hamun. 13 . dan sebagainya. mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya. Enggan ke sekolah Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah.

Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang. jangkaan tingkah laku Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising. kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya. seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. 14 . Peneguhan yang kurang sesuai Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. kesihatan dan perubatan ix. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Ketakutan dan fobia Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Sebagai contoh. Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. panas. dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk. persekitaran ii. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. tekanan psikologikal iii. sejuk. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing. ketakutan dan fobia iv. aktiviti dan tahap rangsangan viii. i. autisme. peneguhan yang kurang sesuai v.Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad vi. dan lain-lain. Oleh itu. kesukaran tugasan vii.

Sebagai contoh. Strategi pengurusan tingkah laku melibatkan teknik-teknik berikut. Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. 2. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is). dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu. i. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan. mental. tahap keterukan. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya.3 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pelupusan dan peningkatan tingkah laku Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktor- faktor murid tersebut seperti fizikal. dan juga faktor pengaruh persekitaran.Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. ganjaran (reinforcers) Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu. emosi. Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. ganjaran primer – makanan. guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. minuman dll 15 . Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

tahanan kelas (lambat balik) . dan melepaskan perasaan yang tertekan penamatan/pelupusan (extinction) . anxiety.menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik.mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan modeling .pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pementukan perlakuan yang dikehendaki. bilik khas) . kupon. ganjaran sekunder – token. ambil balik token/hak pengasingan (isolation) . fading (pelunturan) . ganjaran social. pujian dll iii. suspension) .“Over Correction” adalah satu teknik kejelakan.pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbjng murid menghadapi atau menangani masalah tingkah laku terapi muzik/seni .digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan. bintang dll dendaan (punishment) .menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi.senyuman.membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri . fobia dll bimbingan dan kaunseling .asingkan murid daripada aktiviti yang disukainya pembentukan (shaping) .memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif pengasingan (time-out.mengasingkan peneguh daripada tingkah laku yang dipilih .menggunakan watak-watak (murid. dendaan fizikal. prompting . mainan.mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan 16 . gerak badan (gesture) dan fizikal.tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas. desensitization .ii.guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid kejelakan (satiation) .

melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala (periodical evaluation) . Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku? . Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan . dan direkod bagi meningkatkan atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai . . 2.mengenal pasti masa pelaksanaan bagi tiap peringkat . . Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan murid tersebut. Bila tingkah laku itu berlaku? .iaitu. dibina. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan? . beberapa perkara perlu diambil perhatian terlebih dahulu.menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai (target behaviour) .4 LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU Program pengurusan tingkah laku merupakan dokumen bertulis yang telah dirancang. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. .menentukan ganjaran dan dendaan (reinforcer and punishment) menjalankan program .persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis.tindakan/intervensi susulan (berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai . Bagaimana hendak mengurus tingkah laklu tersebut? 17 .kontrak perjanjian (contigency contracting) . Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati? . dilaksana .membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut .memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku yang telah dipulih (positif) dikekalkan atau ditingkatkan Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku. Kekerapan tingkah itu berlaku.

b. jelaskan langkah- langkah Pengurusan Tingkah Laku.Latihan a. beberapa teknik pengurangan tingkah laku boleh dijalankan. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan 18 . Huraikan tiga daripada teknik pengurangan tingkah laku tersebut. Dengan sokongan pengurusan grafik. Bagi mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid pemulihan.