You are on page 1of 13

1.

0 Ulasan Kritis
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 – 2025 adalah
kesinambungan daripada pelan pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini. Namun, PPPM
lebih menyeluruh berbanding pelan sebelum ini kerana melibatkan penyelidikan yang
dilakukan secara rapi oleh pakar pendidikan luar dan dalam negara. PPPM 2013-2025
merangkumi pelan pendidikan khusus buat pelajar dari prasekolah sehingga lepasan
menengah. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk membangunkan murid
secara menyeluruh disamping meningkatkan kualiti standard pendidikan di negara kita.
Objektif dan kajian baharu telah dirangka secara khusus kerana buat pertama kalinya
melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran.

Pelan pembangunan ini mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan sebuah pendidikan berprestasi tinggi serta seimbang. Sebelas anjakan telah
terbina dalam PPPM agar selari dengan lima aspirasi pendidikan. Bagi menjayakan PPPM
ini, guru perlu bersedia dengan cabaran pendidikan masa kini yang semakin mencabar dari
semasa ke semasa. Kejayaan PPPM terletak pada bagaimana seorang guru itu berupaya
meningkatkan kualiti diri seiring dengan gelombang pendidikan masa kini. Tanpa usaha yang
jitu daripada seorang guru, maka adalah mustahil untuk pelan ini berjaya kerana tiada siapa
yang melaksanakannya kecuali guru.

1.1 Peranan guru mencabar
1.1.1 Melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap global
Guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk membentuk sahsiah, membina
pengetahuan dan mendidik murid-murid dengan kemahiran yang diperlukan. Penulis
menyatakan bahawa kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) terletak
di tangan seorang guru dan saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Tanpa usaha seorang
guru, hasrat untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap global hanyalah impian
semata-mata. Untuk mencapai tahap yang diingini, guru-guru masa kini perlu memiliki
wawasan yang unggul bagi meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid.
Antaranya ialah menerusi penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dan juga
amalan inovasi di sekolah.

Hal ini bermaksud, guru diharapkan untuk memiliki kemahiran merefleksi diri untuk
menilai sejauh manakah kompetensi diri mereka untuk terus mampan dalam membina
pengetahuan dalam diri murid tanpa pernah menidakkan polisi pendidikan masa kini.
Pemahaman yang jelas akan membantu guru-guru untuk membina pendidikan yang
berkualiti. Antaranya adalah menerusi Professional Learning Community ( PLC ) atau
Komuniti Pembelajaran Secara Profesional yang menjadi medan untuk guru-guru berkongsi

1

Guru-guru masa kini diingatkan supaya bersedia untuk mengharungi gelombang transformasi pendidikan negara dengan sikap yang positifGuru tidak lagi terikat dengan kaedah pedagogi masa lalu tetapi diasimilasikan dengan kaedah pedagogi masa kini.3 Penerokaan pelbagai cabang ilmu Guru yang berkualiti adalah guru yang berupaya untuk menguasai pelbagai cabang ilmu.2 Melengkapkan diri dengan kemahiran pedagogi Untuk menjayakan hasrat dan cita-cita PPPM. guru ini akan berupaya 2 . Howard Gardner (1983) menyatakan kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah. menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (David Lazear.pendapat mengenai kaedah pembelajaran terkini dan sebagainya yang boleh membantu guru meningkatkan kualiti diri. 1. 2007). 1. guru-guru diingatkan untuk menyiapkan diri dengan kemahiran pedagogi terkini untuk menambah baik amalan sedia ada. Untuk itu. Penulis menyatakan bahawa peranan guru menjadi keutamaan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara. Hal ini adalah bertujuan bagi menyediakan murid dengan ilmu yang diperlukan.1. Jika pemikiran begini masih menebal. Misalnya menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan bahan berbanding pendekatan berpusatkan guru semasa sesi pembelajaran berbanding pendekatan berpusatkan guru. aspek yang perlu diberikan penekanan terlebih dahulu ialah untuk memastikan guru-guru juga bertahap global. Adalah amat penting guru menguasai dan melengkapkan diri dengan amalan pedagogi terbaik untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. guru yang efektif perlu menguasai pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran bagi setiap kelompok murid yang berbeza. melaksanakan strategi pengurusan sikap dan kandungan pengajaran untuk memberikan pendidikan yang terbaik dan menyeluruh kepada murid-murid ini. Pembelajaran akan berjalan dengan lancar. 1992 ). kualiti pengajaran guru masih berada di takuk yang lama kerana tiada perubahan.1. Sekiranya ilmu guru tidak terhad kepada sesuatu bidang ilmu sahaja. guru perlu mencabar diri sendiri untuk memastikan anak murid dipersiapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 supaya mereka dapat menempuh cabaran masa kini yang kian mencabar. Sebelum kita ingin melahirkan sebuah pendidikan bertahap global. masih ada dalam kalangan guru masih enggan melibatkan diri dengan aktiviti sebegini kerana dianggap membazir masa sahaja. Walaupun begitu. menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif ( Chua Tee Tee etc. Keengganan guru melibatkan diri adalah kerana mereka perlu untuk turun ke sekolah di waktu petang. Guru masa kini masih selesa dengan kaedah terdahulu seperti kaedah chalk and talk yang sudah tidak relevan dengan keadaan pendidikan masa kini. Jadi.

ianya akan mempengaruhi kualiti murid dan mereka mungkin akan terus ketinggalan dalam mendepani cabaran globalisasi. Misalnya menyelitkan elemen Sejarah dan Pendidikan Moral dalam subjek Bahasa Melayu. guru-guru perlu keluar dari zon sedia ada dengan mengimplementasikan penggunaan ICT dalam kaedah pembelajaran sedia ada. Untuk memastikan kita terus kompoten untuk bersaing di peringkat global. Penulis juga menyebut bahawa guru perlu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah bagi mencapai penanda aras dalam PPPM iaitu Standard Teknologi Pendidikan Kebangsaan ( NETS ). Penggunaan ICT dalam PdPc bukan lagi sebagai tempat mengakses maklumat semata-mata tetapi juga bertindak sebagai peransang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) dalam kalangan murid di sekolah. 3 . Ini disokong oleh pendapat Diaz.. Pelletier & Provenzo yang menyatakan sekiranya guru gagal untuk berbuat demikian.untuk menggabungkan beberapa bidang ilmu dalam pengajaran. Penggunaan ICT terutamanya dalam kalangan guru yang sudah berusia masih kurang kerana mereka beranggapan bahawa ianya hanya menyusahkan mereka. Penggunaan ICT sebagai teknik pengajaran amatlah digalakkan. Alasan yang sering diberikan ialah mereka sudah berusia dan tidak lagi mampu untuk belajar benda yang baharu.

Untuk itu. Apabila guru tidak berjaya untuk mengimplementasikan diri dengan keadaan semasa. maka keadaan negatif ini mungkin berlaku dan seterusnya akan merencatkan usaha melahirkan pendidikan berkualiti selari dengan pendidikan peringkat global. maka ini akan mempengaruhi murid apabila mereka tidak mendapat ilmu yang diperlukan.1 Kompetensi seorang guru Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan akses kearah mempertingkatkan kualiti pendidikan negara terutamanya dari segi penggunaan ICT dalam pengajaran. Dalam konteks pendidikan masa kini. Kita tidak menginginkan prinsip ketam yang mengajar anak berjalan lurus tertanam dalam dunia pendidikan di Malaysia kerana tidak mendatangkan hasil kepada semua pihak. Sekiranya guru itu sendiri gagal untuk menguasai bidang ICT. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan dianggap mempunyai tiga keadaan negatif. moral guru yang rendah dan perletakan jawatan. Untuk itu. guru masa kini perlu bersedia untuk menghadapi cabaran pendidikan masa kini iaitu menyediakan pendidikan bertaraf global dengan menggunakan kaedah pengajaran terkini.2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan akan perlunya untuk melahirkan yang seimbang dari segenap aspek termasuklah aspek rohani. Untuk mencapainya.2 Guru perlu jadi suri teladan 1. Tahun Tajuk Berita Sumber 2008 Guru Ponteng : Tindakan tegas akan diambil Utusan Malaysia Online 4 .1994 ). maka guru ini tidak akan berupaya untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara dan menganggap perubahan dalam pendidikan sebagai sesuatu yang membebankan guru masa kini. penulis mengingatkan bahawa guru perlu bersedia untuk menguasai bidang ICT sebelum segala ilmu itu hendak disalurkan kepada murid. Sekiranya guru tidak memiliki kompetensi ini. iaitu keadaan yang tekanan.2 Penghayatan nilai dan perpaduan Nilai dan perpaduan tidak pernah dapat untuk dipisahkan dari dunia pendidikan.2. kompetensi seorang guru adalah kemampuan seorang guru untuk meningkatkan kualiti diri selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini. penulis menyatakan bahawa guru perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid seperti yang terkandung dalam hasrat PPPM dalam anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai. 1.1. Menurut Leahly (1985) kompentensi merupakan suatu bentuk atau dimensi evaluasi diri dengan kompetensi yang dimilikinya ( Abdul Rahman Md Aroff Etc. Pelan pendidikan sedia ada mengambil kira kepentingan nilai dan perpaduan kepada negara walaupun kita perlu untuk mengejar kemajuan duniawi.

Usaha yang dilakukan ini akan membantu bagi melahirkan sebuah pendidikan yang bertaraf global. Transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan guru untuk terus mampan dalam mendepani cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan. Situasi ini amat merisaukan profesion perguruan kerana boleh menjejaskan imej profesion. Ini menunjukkan bahawa masih ada dalam kalangan guru yang belum benar-benar dapat menjadi suri teladan kepada murid. cabul murid dalam makmal Kosmo Online 2010 Guru ponteng isu serius Utusan Borneo Online 2011 Kes murid mati dipukul guru Harian Metro Online 2012 Guru rogol murid dapat padah Sinar Harian Online 2013 Ditampar guru sekolah anak Akhbar Sinar Harian Jadual 1: Antara kes yang melibatkan salah laku guru dari tahun 2008 sehingga 2013 Tambahan pula. penulis mengingatkan guru bahawa setiap seorang guru itu memikul hasrat kementerian untuk menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional. Adalah penting perkara ini dijayakan bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang dirancang tercapai. Menurut jadual 1 didapati bahawa kes salah laku guru kerap dipampangkan di dada akhbar. "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar.3 Kesimpulan Guru masa kini mempunyai cabaran yang berbeza berbanding guru pada masa yang lepas. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia. Mohd Kamal Hasan (1998) yang menjelaskan. 2009 Rogol. Ini disokong oleh pendapat Prof. walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini “( Abd Ghani Abdullah Et al. 2009 ). Maka. 5 . guru perlu untuk memainkan peranan sebagai agen penerapan nilai dan perpaduan di sekolah. 1.

0 Penulisan Akademik Dalam kesibukan guru-guru melonjakkan pendidikan negara kearah yang lebih baik. Selain itu juga adalah dengan meningkatkan kualiti diri atau profesionalisme diri melalui persidangan.1 Kepentingan guru mematuhi kod etika profesion dan implikasinya terhadap perkembangan profesion guru. jurutera dan sebagainya. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan. Kod etika profesion yang ditetapkan perlu untuk dipatuhi supaya guru-guru boleh menjalankan tugas dengan berkualiti. Meningkatkan imej profesion perguruan Guru yang patuh kepada kod etika akan memiliki sahsiah dan akhlak yang baik. sekolah dan negara. 2. Setelah itu baharulah ianya akan dapat meningkatkan imej profesion perguruan yang menjadikan kemenjadian murid dan pembangunan insan sebagai asas utama. Hal ini bermaksud bahawa seorang guru seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia. b. Maka. Hal ini amatlah penting kerana profesion perguruan adalah profesian yang amat disegani oleh masyarakat. lahirlah golongan profesional yang lain seperti doktor. etika keguruan ini bermaksud bahawa tugas seorang guru menekankan dua amanah utama iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. Memelihara kepercayaan Etika kerja merupakan nilai-nilai yang amat penting dalam sesebuah organisasi. maka mereka akan berusaha untuk mencapainya. Apabila guru-guru ini memahami kod etika perguruan. guru-guru tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang guru kepada murid. Prof. masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Terdapat beberapa tatatusila yang perlu untuk dipatuhi oleh guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar. Melahirkan guru yang bertanggungjawab Kod etika profesion perguruan ini merupakan satu wadah yang mampu menjadi landasan terbaik bagi menyediakan seorang guru yang cemerlang daripada segenap aspek tanpa pernah menidakkan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).2. Pengamalan etika dapat mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas. masyarakat. guru-guru akan dapat bekerja dengan selesa kerana 6 . "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar “( Abd Ghani Abdullah Etc. Ini sekaligus akan dapat mengeratkan hubungan antara ahli dalam organisasi iaitu sekolah.1.1 Kepentingan a. kursus ikhtisas dan sebagainya yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak. Kejayaan profesion yang lain adalah berpaksikan kepada keupayaan seorang guru menterjemahkan kekuatan dan kebolehan murid . Perkara ini meski nampak kecil namun sebenarnya boleh meningkatkan kualiti pendidikan sedia ada. 2. 2009 ). Maka. Pengamalan. ibu bapa. c. Dalam kata lain.

Kebolehan-kebolehan ini hanya boleh diperolehi dengan kefahaman yang mendalam mengenai tanggungjawab seorang guru. Contohnya. Membolehkan misi dan visi pendidikan tercapai Dunia pendidikan mempunyai visi dan misi yang tersendiri iaitu untuk membangunkan potensi individu menerusi pendidikan yang berkualiti.mereka yakin bahawa rakan sekerja mereka melakukan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati sebagaimana yang dilakukan oleh dirinya. Guru ini akan lebih mengenali dan memahami setiap muridnya. pengetahuan dan kemahiran yang diperolehinya semakin bertambah dari masa ke semasa. ianya akan menjadikan guru itu lebih cekap untuk menguruskan sesuatu samaada melibatkan murid. Dengan adanya kod etika perguruan ini.1. Kefahaman yang mendalam terhadap tatatusila yang perlu dipatuhi guru menyebabkan guru cekap untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Kepercayaan merupakan rumusan dan tafsiran tentang masa lalu. c. Keyakinan bahawa guru boleh dipertanggungjawabkan untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada murid dan sekaligus menjadikan mereka insan berguna adalah berpaksikan kepada bagaimana seorang guru ini menjaga kredibilitinya. Menjadikan guru lebih cekap dalam mengurus sesuatu. ibu bapa dan sebagainya. Dalam falsafah pendidikan Confucius. ianya akan menyebabkan masyarakat mempercayai bahawa anak-anak boleh diamanahkan kepada guru di sekolah. Guru yang patuh kepada etika akan sentiasa komited terhadap tanggungjawab. ketika 7 . adalah sukar untuk guru tersebut melakukan tindakan yang boleh melanggar kod etika perguruan kerana guru sedar bahawa apakah kesan dan akibat tindakan yang dilakukan. Ini adalah antara cara untuk membentuk suasana kerja yang kondusif iaitu dengan komited terhadap kerja tanpa melanggar kod etika yang ditetapkan. b. 2. penjelasan tentang masa kini atau ramalan pada masa hadapan. Pendidikan yang berkualiti hanya mampu untuk dicapai apabila seorang guru itu memiliki kompotensi sebagai seorang guru. Masyarakat sentiasa memerhatikan tingkah laku seorang guru tidak kira masa dan tempat kerana imej guru itu dibawa oleh guru walaupun bukan berada di sekolah. potensi murid dapat digilap dan dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini adalah kerana setelah guru ini melalui sesuatu fasa mengajar misalnya dari guru novis ke guru pakar.2 Implikasinya a. Guru yang mematuhi kod etika kebiasaannya adalah seorang guru yang memahami tugasnya sebagai seorang guru. Maka. guru bergerak sebagai fasilitator dan menyampaikan ilmu dengan kemahiran yang mereka perolehi. Profesion perguruan semakin dipandang mulia Apabila guru menjaga imej profesion perguruan. Menjadikan guru bijak mengawal keadaan Apabila guru menjadikan amalan nilai moral sebagai asas kehidupan. d.

kebiasaannya seorang guru akan ke klinik dan mendapatkan sijil sakit bagi membolehkannya mendapat cuti rehat daripada doktor. akauntabiliti guru dan integriti guru Kod etika profession pula merupakan peraturan untuk membantu guru yang professional mematuhi prinsip – prinsip yang termaktub demi menjaga imej profesion yakni keguruan. 2. Pengamalan nilai murni menjadikan guru lebih waras dalam membuat sesuatu tindakan dan tidak dikuasai oleh emosi. Dengan ini masyarakat dapat memahami kepentingan sesuatu profesion. perkara itu akan dibawa berbincang secara baik.2. 8 . keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan. Akauntabiliti guru merujuk kepada sifat bertanggungjawab seorang guru kepada orang lain/ seseorang atau terhadap sesuatu tindakan.murid membuat gangguan dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran. akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhadap profesionnya yakni keguruan.2 Isu-isu etika profesion guru. Guru tersebut akan dapat mengawal emosi dan bukannya mengherdik murid-murid tersebut ataupun melakukan tindakan yang tidak wajar. yang menjadi isunya adalah terdapat segelintir guru mengambil peluang apabila berniat memalsukan sijil sakit dengan tujuan tertentu. Ia juga merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.1 Penipuan sijil sakit Guru juga merupakan seorang manusia biasa yang biasanya mengalami masalah keletihan ataupun diserang penyakit. apabila guru melakukan tindakan yang menyebabkan ibu bapa merasa tidak puas hati. Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid juga akan dapat mengekalkan hubungan yang baik diantara kedua-dua pihak serta menjamin hubungan yang baik diantara guru dengan pelajar. Perkara ini adalah normal bagi guru yang benar-benar berada dalam keadaan sakit. 2. Apabila guru diserang penyakit seperti demam. Namun. Sekiranya hubungan ibu bapa dan pihak sekolah berada dalam keadaan yang baik. d. Selain itu. Wujud hubungan baik antara guru dan ibu bapa Dengan wujudnya panduan ini. Secara amnya. Guru yang tidak melanggar kod etika akan menyebabkan ibu bapa percaya kepada setiap tindakan guru. Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion iaitu memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkaikan. Sepatutnya guru meningkatkan prestasi dan profesionalisme dengan menyertai seminar dan kursus yang berkaitan dan bukannya melanggar kod etika untuk diri sendiri. Ini sekaligus akan membina hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa. semua guru akan menjaga tingkah laku sebagaimana yang harus diamalkan oleh seorang guru untuk menunjukkan teladan yang baik. Antara akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru adalah akauntabiliti terhadap pelajar iaitu mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh.

tidak menyampaikan Pengajaran dan Pemudahcaraan ( PdPc ) dan tidak menyampaikan PdPC mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.2. Tugas-tugas sampingan sebegini memerlukan guru untuk bersikap jujur dalam menjalankan kewajipan. Guru boleh menjadikan perjumpaan PIBG sekolah sebagai ruang bagi mengadakan perbincangan untuk mengatasi masalah-masalah disiplin murid.4 Penyalahgunaan masa di sekolah Masa adalah sesuatu yang amat berharga terutamanya ketika berada di sekolah.3. setiausaha dan sebagainya. Terdapat juga sesetengah guru yang mendenda murid dengan bertindak merotan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada murid.2. Apabila berlakunya salah 9 . 2. maka guru-guru akan mudah untuk terlibat dengan budaya pecah amanah. 2. Masa yang ada perlu digunakan sebaik-baiknya bagi memberikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Penggunaan kaedah ini sebegini adalah bertujuan bagi membentuk sikap murid supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.2. Tindakan sebegini boleh menyebabkan kredibiliti guru-guru di Malaysia terjejas. Guru masa kini bukanlah seperti guru di masa lalu yang tugasnya hanyalah mengajar. Duit sebenarnya sangat berkuasa kerana boleh mengaburi nafsu dan akal manusia sekiranya tidak dikawal.3 Peranan Atau Langkah-Langkah Untuk Mengelak Terlibat Dalam Pelanggaran Kod Etika Keguruan. penyalahgunaan masa sering berlaku di sekolah apabila terdapat guru-guru yang tidak menepati masa keluar dan masuk kelas. Tindakan pelanggaran kod etika oleh guru ini menyebabkan profesion perguruan mendapat cemuhan di seluruh negara sehingga guru-guru lain yang tidak terlibat juga dicemuh. Sikap sebegini menyebabkan murid menjadi rugi kerana tidak mendapat pendidikan sepenuhnya apabila guru menjalankan kewajipan secara sambil lewa.1 Memperkasakan konsultansi antara guru dan ibu bapa Hubungan antara ibu bapa dan guru perlu untuk dipertingkatkan bagi mengelak berlakunya pelanggaran kod etika terutamanya apabila melibatkan murid. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah salah satu medium bagi mewujudkan hubungan antara guru dan ibu bapa. Namun. Antara tugas guru masa kini adalah menjadi bendahari.2.Akauntabiliti dan Integriti Guru 2. Apabila nafsu membatasi akal.2 Hukuman terhadap murid Dendaan atau hukuman adalah salah satu daripada kaedah modikasi tingkah laku yang digunakan oleh guru di sekolah untuk mengurangkan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid. 2. Dendaan yang kebiasaannya diberikan oleh seorang guru ialah mendenda murid menyalin ayat di papan tulis sebanyak mungkin di dalam buku latihan. Sigmund Freud ( 1949 ) berpendapat bahawa personaliti manusia.3 Pecah amanah Tugas seorang guru masa kini bukan hanya sebagai pengajar di dalam kelas tetapi juga merangkumi bidang tugas yang lain.

Rakan sekerja boleh menjadi teladan kepada guru dengan memberikan nasihat dan dorongan supaya guru ini tidak melakukan pelanggaran kod etika.4 Kepimpinan melalui teladan Rakan sekerja juga boleh membantu bagi mengelakkan berlakunya pelanggaran kod etika menerusi kepimpinan melalui teladan. 2001 ).faham dan rasa tidak puas hati ibu bapa terhadap guru.3. kepercayaan dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai aspek kritikal yang menyumbang kepada keberkesanan organisasi. Guru adalah suri teladan kepada murid-murid di sekolah kerana guru-guru adalah ibu bapa murid di sekolah. Dalam konteks guru sesama guru. Sekiranya terdapat guru ini bermasalah. Rahman. Manusia banyak belajar menerusi kepimpinan melalui teladan sebagaimana murid mencontohi perlakuan gurunya. 2.2 Mempertingkatkan amalan nilai murni dalam diri guru.3. kesucian. guru perlu menunjukkan amalan yang baik dan tidak melanggar kod etika terutamanya kes pecah amanah. 2. Peranan pihak pentadbir bagi memastikan guru tidak melanggar kod etika dan memberikan nasihat. ianya sedikit sebanyak mengurangkan kes-kes dalam kalangan guru. guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. menurut Rajendran dan Meng (1994). Dengan cara ini. 2. guru akan sering diperhatikan oleh murid baik dari segi tingkah laku dan perlakuan.3 Menjalankan kerjasama dengan pihak pentadbir Pihak pentadbir juga boleh menjalankan peranan mereka dengan sentiasa memantau prestasi guru dari semasa ke semasa. penyalahgunaan masa dan penipuan sijil sakit. Rashid (2009) berpendapat bahawa. kecantikan dan kebenaran ( Abd Rahim Abd Rashid. Ibu bapa masa kini banyak menjadikan saman sebagai langkah mudah bagi membalas dendam terhadap tindakan guru tanpa menyiasat terlebih dahulu. 10 . pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang tersebut jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Untuk mempertingkatkan nilai murni dalam kalangan guru. ibu bapa boleh merujuk kepada pihak pentadbiran iaitu guru besar dan tidak terus mengambil tindakan sendiri. Seterusnya adalah guru perlu bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat ideal sebagai seorang guru. Noriati A. Maka. Selain itu. kewajipan. Maka. peniruan amalan yang baik oleh guru lain juga boleh berlaku. guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru. Dengan cara ini. guru-guru digalakkan untuk menyertai program-program berbentuk pengamalan nilai moral seperti budaya penyayang dan program anak angkat.3. Murid-murid banyak menghabiskan masa mereka di sekolah bersama dengan guru. secara umumnya nilai-nilai murni memberi maksud kebaikan. Menurut Lokman Bin Mohd Tahir dan Hamidon A.

Janji menjadi seperti pepatah iaitu seperti mengajar anak ketam berjalan lurus. adalah perlu untuk guru tersebut menyiapkan diri dengan pengamalan nilai moral terlebih dahulu. Kod etika sedia ada perlu difahami dan dihayati oleh semua guru supaya tidak berlakunya pelanggaran kod etika. Sebelum mengajar murid tentang nilai-nilai moral. Terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan berlakunya pelanggaran kod etika.2. Hal ini memerlukan guru bersedia dengan cabaran-cabaran semasa. bagaimana hendak menjadi teladan kepada generasi muda khususnya murid-murid. Sekiranya guru sendiri tidak dilengkapkan dengan pengamalan nilai moral. Perkara ini memerlukan usaha guru itu sendiri untuk mengatasinya. Guru perlu mengelak untuk melakukan tindakan atau tatakelakuan yang boleh dianggap melanggar etika. 11 . Pelanggaran kod etika akan memberikan kesan yang negatif kepada profesion perguruan.4 Kesimpulan Dunia pendidikan masa kini terlalu banyak cabaran yang perlu untuk dihadapi.

PTS Profesional. DBP. Abdul Rahman Md Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Noriati A. Pengantar Psikologi. Terjemah). Perkembangan Kanak. P.Kanak. T. (1992). & Koh. Mengurus Tingkah laku Pelajar. Abd Rahim Abd Rashid. Rashid. Selangor: Oxford Fajar. S. Kuala Lumpur: DBP. B. B. B.0 Rujukan Abd Ghani Abdullah & Abd Rahman Abd Aziz. (2009). Selangor: Wisdom Mind Resource Sdn Bhd. Murid Dan Alam Belajar. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. (2009). (2012). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. M.3. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Petaling Jaya: Longman Malaysia. (1992). David Lazear. 12 . T.. Sang. (2007). Mahmood Nazar Mohamed. Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain Sani. Chua. Dinamika guru: Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

0 Lampiran Rajah 1 : Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 3 April 2011 Rajah 2 : Keratan akhbar mengenai kes pecah amanah melibatkan guru besar 13 .4.