You are on page 1of 20

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU

BATU 10
71900 LABU

LAPORAN
GOTONG-ROYONG PERDANA &
CERAMAH MOTIVASI
BERSAMA SHAMSUL DEBAT
BIL PERKARA m/s

1. Pendahuluan 1
2. Tujuan 2
3. Nama Program 2
4. Tema Program 2
5. Matlamat 2
6. Objektif 3
7. Penganjur 4
8. Cadangan Tarikh / Masa 4
9. Tempat 4
10. Fokus Kawasan 4
11. Penyertaan Kumpulan Sasaran 4
12. Carta Organisasi 5
13. Tentatif Program 7
14. Penutup 7
15. Laporan Gotong Royong dan Ceramah 8
Motivasi
16. Lampiran Bergambar 10
17. Lampiran Buku Program 18
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat
tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang


perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia
sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah. Persekitaran yang bersih
dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa keceriaan dan


kebersihan telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana
bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan
kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan
dilaksanakan meliputi aspek pembersihan dan mengecat semula dinding koridor dan
tembok sekolah.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Labu akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan
pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah lebih ceria dan ia
selaras dengan tema “Sayangi Kawasan Sekolah Anda”. Program ini diharap dapat
mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih
baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan
oleh warga SK Labu serta kepimpinan Guru Besar akan membuahkan hasil yang
diharapkan.
2.0Tujuan
Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk mengecat semula dinding
koridor dan tembok sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan
sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk
keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan
berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba
ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk
memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa
ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang
melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-
anak untuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat
dan ceria.

3.0 Nama Program


GOTONG ROYONG PERDANA

4.0 Tema Program

“ KEINDAHAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

5.0 Matlamat
Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada
warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan
keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang
sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan
kebersihan di kawasan sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara
amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna.
Murid kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan
selamat.
Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk
membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta
melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan
berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria,
selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan
kakitangan sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan
suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir
ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.

6. 0 Objektif

Objektif program ini adalah:

i. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan
kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan
dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk
mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
indah, selamat dan ceria.
iii. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara pendidik, warga
sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
iv. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang
disediakan.
v. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
7.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh Unit Keceriaan dan Kebersihan Sekolah dengan kerjasama
Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

8.0 CADANGAN TARIKH / MASA

Tarikh : 20 Mei 2017 ( Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari

9.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Labu, Batu 10, 71900 Labu, Negeri Sembilan

10.0 FOKUS KAWASAN

 Dinding koridor bahagian atas blok A


 Tembok sekolah

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:


Seluruh warga SK Labu iaitu guru-guru, pekerja sekolah serta ibu bapa.
12.0 Carta Organisasi
Organisasi pelaksanaan program.

Penasihat : Pn. Salmiah Bt Mohd Isa


Guru Besar

Pengerusi : En. Hairul Amir B Mohd Ibrahim


Guru Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi I : Pn. Rashidah Bt Abd Raoff


Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi II : Pn. Zarina Bt Minhat


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Penyelaras : Cik Azana Bt Ahmad

Setiausaha : Pn. Norlila Bt Ahmad

Bendahari : Pn. Norzaliza Bt Ahmad

Ahli jawatankuasa : En. Zamree Bin Nordin


YDP PIBG

En. Suhaimi Bin


NYDP PIBG

En. Shahrulnizam
Biro Keceriaan dan Keselamatan

Pn. Mazlina Bte Ismail

Pn. Rahayu Bte Mohamed


AJK PELAKSANA

PENYAMBUT TETAMU JURUACARA


Pn. Salmiah Bt Mohd Isa Pn. Norzaliza Bt Ahmad
Pn. Rashidah Bt Abd Raoff JAMUAN
En. Hairul Amir Bin Mohd Ibrahim Pn. Norlila Bt Ahmad
Pn. Zarina Bt Minhat Pn. Zainora Bt Japar
Pn. Zailani Bt Zakaria
SIARAYA Pn. Nooraidah Bt Udin
En. Mohd Riduan Bin Mohd Yusof
KEBERSIHAN
BACAAN DOA Pn. Mazlina Bt Ismail
En. Najib Nubhan Bin Khairudin Pn. Loh Juan Geak
Pn. Wan Rahimah Bt Wan Embong
PERALATAN Pn. Rosnita Bt Ishak
En. Mohd Farhi Bin Md Rejab Pn. Wan Zaienab Assyura Bt Wan
En. Khairilnizam Bin Hashim Mohamad
En. Mohd Riduan Bin Mohd Yusof Pn. Jamaliah Bt Hassan
En. Murugan Raj
KETUA UNIT KAWASAN
BUKU PROGRAM En. Abd Ghani Bin Zainudin (A)
Pn. Rahayu Bt Mohamed En. Kamalrozaman Bin Abd Aziz (B)
En. Najib Nubhan Bin Khairudin (C)
JURUGAMBAR
Pn. Norizah Bt Abu Bakar KESELAMATAN
Pn. Suzila Bt Wahab
DOKUMENTASI Pn. Zainura Bt Zainul
Cik Azana Bt Ahmad Pn. Rosnah Bt Haru

PENDAFTARAN
Pn. Norhidayah Edah Bt Mamat
Pn. Yusnizar Bt Mohd Yunus
13.0 Tentatif Program

1. Semua guru,pekerja dan ibu bapa berkumpul di di kantin sekolah.


2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Labu.
3. Ucapan aluan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Labu
4. Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-
tempat yang telah ditetapkan
5. Aktiviti- aktiviti :
a. Mengecat dinding koridor sebelah luar, koridor sebelah dalam dan
tembok hadapan sekolah.
b. Melukis blok huruf pada dinding sekolah dengan ‘SEKOLAH
KEBANGSAAN LABU’
c. Mengecat blok huruf

14.0 Penutup
Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat
menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, serta dapat
menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras
dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai
pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat
menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan
masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah
ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara
masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk
saling bekerjasama antara satu sama lain.
Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta
semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-
murid dalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan
dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.

9
GOTONG ROYONG PERDANA DAN CERAMAH MOVIVASI

12 OGOS 2017 (SABTU)

PERKARA BUTIRAN

a) Nama Program GOTONG ROYONG PERDANA DAN CERAMAH MOTIVASI


BERSAMA SHAMSUL DEBAT

b) Tarikh Program 12 OGOS 2017

c) Tempat Program DATARAN PERHIMPUNAN SK LABU BATU 10

d) Penganjur Bersama
 UNIT KECERIAN DAN KEBERSIHAN
 UNIT HAL EHWAL MURID
 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

e) Penglibatan SEMUA GURU, KAKITANGAN DAN MURID SK LABU

f) Ringkasan Pada 12hb Ogos 2017, sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-
Perjalanan royong dan ceramah motivasi bersama Syamsul debat. Aktiviti gotong-
Program. royong ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan antara pihak
(Rumusan sekolah dengan pihak luar, iaitu Majlis Perbandaran Nilai dan Sime
mengikut tentatif Darby Property. Gotong-royong ini berfokus kepada keceriaan dan
keseluruhan kecantikan kawasan sekolah. Aktiviti ini dibahagikan kepda beberapa
program) zon, iaitu tangga turun ke padang, taman ilmu dan blok A. Selepas
taklimat bidang tugas gotong-royong, para guru dan ibu bapa serta
kakitangan MPN pun mula membersihkan taman ilmu. Manakala
kakitangan Sime Darby Property mengecatkan blok A supaya ceria dan
cantik. Aktiviti gotong-royong ini berakhir pada jam 10:15 pagi.
Di samping itu, bengkel UPKK telah dijalankan pada kelas 5
Permata untuk murid Tahun 5. Manakala taklima aktiviti Tahun 6 yang
akan dijalan disampaikan oleh penyelaras tahun 6, iaitu En Abdul Ghani.
Murid Tahun 6 diberi bengkel Sains di makmal komputer. Semua aktiviti-
aktiviti ini dijalan secara serentak dengan aktiviti gotong-royong dan
tamat pada 10:10 pagi.

10
Pada 10:30 pagi, ketibaan penceramah motivasi, iaitu En Syamsul
Amri Bin Ismail @ Syamsul Debat. Para tetamu memberi tepukan
gemuruh kepada penceramah.
Pada 12 tengah hari, YB Dato Hashim B Rosdi memberi ucapan
perasmian penutup dan menyampaikan “bunting” calon target 6A kepada
murid tahun 6. Seterusnya para tetamu dijemput menikmati jamuan
makan tengah hari yang ditaja oleh SIME Darby.
g) Kos Perbelanjaan -
h) Masalah/Kekangan -
yang dihadapi
i) Kelebihan -
j) Cadangan
Bilangan pokok bunga yang dibekalkan harus mencukupi dan mengikut
Penambahbaikan
cadangn lanskap yang dicadangkan
program

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan kerjasama di
antara pihak terlibat akan berterusan bagi meningkatkan hubungan luar dan kemajuan
sekolah.

Disediakan oleh :

Nama : PN LOH JUAN GEAK


Jawatan : AJK Dokumentasi
Tarikh : 12 Ogos 2017

Disahkan oleh :

Nama : EN. HAIRUL AMIR BIN MOHD IBRAHIM


Jawatan : GPK Hal Ehwal Murid
Tarikh : 12 Ogos 2017

11
12
GAMBAR PENDAFTARAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

13
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERGOTOG-ROYONG
PERDANA

14
GAMBAR-GAMBAR CERAMAH MOTIVASI DAN
KEDATANGAN PARA TETAMU

15
16
17
GAMBAR-GAMBAR JAMUAN SELERA PARA TETAMU

18
GAMBAR-GAMBAR BENGKEL

19
20

You might also like