You are on page 1of 2

SEK. KEB.

DURIAN MENTANGAU
23100, PAKA, DUNGUN, TERENGGANU
TBA 1027 / tba1027@moe.edu.my

‘SEDERAP SEPAKAT 1 MATLAMAT’


Ruj.Kami :
Ruj.Tuan :
Tarikh : 12 Februari 2018
Kepada,

En. Jumali Bin Mamat,


CEO JSF Maju Enterprise

MOHON SUMBANGAN PERALATAN SUKAN PASUKAN SEKOLAH

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan pihak sekolah ingin memohon sumbangan peralatan sukan pasukan
sekolah seperti berikut:

Bil Sukan Peralatan Bilangan Anggaran Harga


1 Olahraga Kasut Spike 8 pasang RM 800.00
Track Suit 15 pasang RM 2160.00
2 Bola Baling Jersi 1 set ( baju, seluar, stoking ) RM 750.00
3 Coleman Ice Bekas Minuman 1 unit RM 480.00
Box 40QT Sejuk
Jumlah RM 4190.00

Bil Sukan Peralatan Kondisi


1 Olahraga Kasut Spike Lama dan rosak. Tapak semua tercabut, Terjejas akibat
banjir
Track Suit Tiada
2 Bola Baling Jersi Lama dan bilangan tidak mencukupi, Terjejas akibat
banjir.
3 Coleman Ice Bekas Minuman Tiada
Box 40QT Sejuk

3. Maka dengan penuh rasa rendah diri, kami ingin memohon jasa baik dari pihak Tuan untuk menghulurkan
sumbangan peralatan tersebut atau peruntukan wang tunai untuk kami membelinya sendiri.

4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan semoga melalui
sumbangan tersebut dapatlah kami melengkapkan kelengkapan sukan untuk kemudahan warga SK Durian
Mentangau dalam menjalankan sebarang aktiviti Kokurikulum. Semoga pihak Tuan dapat mempertimbangkan
permohonan ini untuk pembangunan murid SK Durian Mentangau pada masa ini dan akan datang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(Pn. Kasmah Binti Ibrahim)
Guru Besar,
SK Durian Mentangau, 23100 Paka, Dungun, Terengganu