You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM KALI KETIGA 2017

Hari : KHAMIS
Tarikh : 15 JUN 2017
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. Encik Kholib bin Abd Hamid Guru Besar


2. Pn. Rosadah binti Hashim Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Navawi bin Hamid Penolong Kanan HEM
4. Pn. Shahrom binti Kassim Penolong Kanan KOkurikulum
5. Pn Ku Asma binti Ku Ahmad Setiausaha Kurikulum
6. En Mohd Ehsan bin Saad KP Bahasa Melayu
7. Pn Adibah bt Ismail KP Sains
8. Pn. Norlaili binti Hj Ali KP Bahasa Inggeris
9. Pn Rafizah bt Mokhtar KP Matematik
10. En Azmir Helmi b Abdul Halim KP Pendidikan Islam
11. Cik Ruzita bt Mustaffa KP RBT
12. En. Zolkefali b Hanafi KP Sejarah/PSV
13. En. Mohd Sany bt Ahmad KP PJK
14. Pn. Katijah binti Ismail KP Bahasa Arab
15. En Jasli bin Sudin KP Muzik/ Penyelaras ICT
16. Pn. Nora’ini binti Zainun Penyelaras LINUS KSSR
17. En. Samsuddin bin Mustaffa Guru Pemulihan / LINUS
18. Pn. Zaihiroh bt Zainol SU Peperiksaan Dalaman
19. Pn. Norazlina bt Aziz Guru Bimbingan Kaunseling
20. En. Pakrul Hisham bin Musa Bilik SAL
21. Pn. Rufaidah bt Ahmad Surau/ bilik J-Qaf
22. Norlida bt Mohd Khozan PRA Sekolah
23. En. Iswardi bin Ahmad Ismara Unit Aset
24. Abdul Rani bin Ahmad LINUS/KSSR

Agenda Mesyuarat:

1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru.
1.2 Pengerusi berharap agar LINUS BM & BI agar mendapat keputusan yang lebih baik. Pengerusi
meminta agar guru BI dapat meningkatkan lagi prestasi bagi mencapai KPI yang disasarkan.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang Program Pemantauan SIC+.
1.4 Pengerusi meminta agar program MBMMBI dapat dimantapkan lagi dan pihak pengurusan
sekolah akan sentiasa memantau.
1.5 Pengerusi turut memaklumkan yang wang PCG telah dibelanjakan oleh panitia masing-
masing.
1.6 Peringatan kepada unit aset agar perlu buat laporan untuk dihantar kepada PPD.

1
1.7 Pengerusi mengingatkan kepada guru-guru yang pergi kursus semakan tahun 1 dan 2 perlu
membuat kursus dalaman kepada semua guru selepas ini.

Tindakan : Makluman
2.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 En. Azmir Helmi mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. En.
Samsuddin b Mustafa menyokong.

2.2 Perkara Berbangkit

2.2.1 Penolong Kanan memaklumkan pengesahan murid bukan warganegara di tahun 4S. Jpn
telah memberi surat akuan penerimaan.

Tindakan : SU Kurikulum

3.0 Agenda Mesyuarat

3.1 PBS

3.1.1 Senarai nama penyelaras untuk Penjaminan Kualiti PBS. Sebarang masalah boleh
merujuk penyelaras yang telah dilantik atau pun penyelaras PBS.

3.1.2 Pelaporan Prestasi untuk kelas tahun 1 hingga 4 perlu dihantar pada bulan
November. Tarikh yang perlu dihantar ialah pada 10 - 14 hb November 2017. Guru
perlu membuat dua salinan iaitu diserahkan kepada Ketua Panitia masing-masing dan
kepada PK 1.

Tindakan : Semua guru

3.2 LINUS

3.2.1 Saringan LINUS kedua akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2017.

Tindakan : Makluman

3.3 MBMMBI

3.3.1 PK 1 memaklumkan kepada guru subjek BM dan BI agar mengemaskini papan kenyataan
yang telah diberi.
Tindakan : Guru BM dan BI

3.4 Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun

3.4.1 Analisa peperiksaan pertengahan tahun secara keseluruhan.


- Sila rujuk lampiran yang disediakan.

3.4.2 Analisa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Penulisan dan Pemahaman telah
dibentangkan oleh KP BM iaitu En. Mohd Ehsan b Saad. Secara keseluruhan keputusan
bagi subjek BM dari tahun 1 hingga 6 adalah baik dan memuaskan. (lampiran)

2
3.4.3 Analisa mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dibentangkan oleh Pn. Norlaili binti Ali.
Secara keseluruhan untuk tahap 1 agak memuaskan. Untuk tahap 2 iaitu terutama
tahun 4 keputusan agak lemah, ini kerana pelajar masih belum menguasai
perbendaharaan kata dan masih lemah dalam pembinaan ayat. (lampiran)

3.4.4 Untuk saringan LINUS BI, murid masih lemah dan tidak menguasai kerana faktor
ponteng sekolah dan krang mendapat kerjasama ibubapa dan waris untuk
Membantu bacaan anak – anak di rumah.

3.4.5 Analisa mata pelajaran Matematik telah dibentangkan oleh Pn Rafizah bt Mokhtar.
Secara keseluruhan untuk tahun 1 hingga 5 keputusan memuaskan. Untuk tahun 6
keputusan agak lemah tetapi keputusan semasa ujian pra-percubaan dan percubaan
UPSR terdapat peningkatan. Antara langkah yang diambil untuk meningkatkan peratus
lulus ialah latih tubi yang berterusan.(lampiran)

3.4.6 Analisa mata pelajaran sains telah dibentangkan oleh Pn. Adibah bt Ismail. Secara
keseluruhan peratus lulus untuk sains adalah baik. (lampiran)

3.4.7 Analisa mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah dibentangkan oleh En
Azmir Helmi b Abd Halim. Secara keseluruhan peratus lulus untuk Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab adalah baik. Bilangan murid yang membaca al-Quran semakin
meningkat untuk tahun 6. Hanya 9 orang belum membaca Al-Quran iaitu 6 orang
untuk Iqraq 5-6 dan 3 orang untuk Iqraq 4. Untuk PAFA semua murid tahun 6 lulus dan
menguasai dan guru membuat pemantapan bacaan dalam solat.(lampiran)

Tindakan: Makluman
3.5 Pemulihan

3.5.1 Secara keseluruhan En. Shamsudin membentangkan bahawa murid-murid yang


terlibat dengan pemulihan terdapat peningkatan berbanding sebelum ini
3.5.2 Antara langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini ialah merujuk murid
berkenaan kepada kaunselor sekolah.

Tindakan: Guru Pemulihan dan guru Kaunselor

3.6 Laporan Pusat Sumber Sekolah

3.6.1 Pn. Ku Asma selaku guru PSS meminta guru agar memanfaatkan
penggunaan pusat sumber sebaiknya. Sekiranya guru membawa murid ke dalam
pusat sumber, guru tersebut haruslah berada bersama murid di dalam pusat sumber.

3.6.2 Unit PSS telah membuat satu program Nilam iaitu bacaan Nilam selama 10 minit
setiap pagi Selasa sebelum kelas bermula untuk menggalakkan murid membaca.

3.6.3 Guru-guru diminta agar menggalakkan murid-murid meminjam buku di PSS kerana
rekod i-nilam pada tahun ini kurang memberansangkan.

3.6.4 Unit PSS akan mengadakan Program Bulan Membaca pada bulan Julai 2017. Antara
aktiviti yang dirancang ialah Ulasan buku, pertandingan bercerita, "story reading"
kuiz dan "Spelling".
Tindakan: Semua Guru

3
4.0 Hal-hal lain

4.1 Pencerapan akan dilakukan seperti biasa oleh pentadbir.


Tindakan: Semua guru dan pentadbir

4.2 MMI - PK1 meminta agar guru melayari lawan sesawang berkenaan pekeliling MMI untuk
maklumat lanjut dan panduan guru di mana guru diminta agar mengoptimumkan masa
sebenar guru mengajar dan murid belajar.
Tindakan: Semua Guru

4.4 Aktiviti selepas UPSR akan dijalankan pada pertengahan bulan September dan perlu dibuat
laporan untuk dihantar kepada PK1 dan pihak PPD.
Tindakan: Semua guru tahun 6

Tindakan: Semua guru

5.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

.........................................
Pn. Ku Asma bt Ku Ahmad
Setiausaha Kurikulum SKST 2017

Disemak oleh,

............................................
(Pn. Rosadah binti Hashim)
PK Pentadbiran
SK SIMPANG TIGA

Disahkan oleh,

............................................
(En. Kholib bin Abd Hamid)
Guru Besar
SK SIMPANG TIGA