IPGM KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR

PKE 3102
( PENDIDIKAN KESELAMATAN P&P PENDIDIKAN JASMANI )
NAMA : NORAFIFAH BT. ABD AZIZ NURUL FAEZIEN BT. ABD RASID NUR FARHANA BT. JAMALUDDIN HANANI BT. ISHAK ASH FIRDAUSI B. ABDUL NASSAIR WAN MOHD SANY B. WAN AHMAD KUMP : PISMP G 3.8

PENSYARAH : PN JAMALIYAH BT AHMAD
ISI KANDUNGAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 TAJUK 1.0 Definisi Pendidikan Keselamatan P&P PJ 2.0 Sebelum P&P PJ 3.0 Semasa P&P PJ 4.0 Selepas P&P PJ 5.0 Keselamatan acara balapan 6.0 Acara padang 7.0 Alatan

1.0 Definisi Pendidikan Keselamatan P&P (PJ) 1.1 Pendidikan bermaksud usaha sistematik yang disengajakan, yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya serta usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan dalam diri manusia. 1.2 Keselamatan dalam sukan boleh didefiniskan sebagai satu situasi atau keadaan yang membolehkan kita melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti sukan, rekreasi atau permainan tanpa menimbulkan kesan buruk. 1.3 Pengajaran pula bermaksud sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. 1.4 Secara umumnya, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. 1.5 Keselamatan P&P PJ boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas. 1.6 Kebiasaannya, keselamatan P&P PJ berlaku di luar kelas iaitu di padang atau gelanggang. 2.0 Sebelum P&P PJ 2.1 Guru perlu memastikan kehadiran murid sama ada kehadiran mencukupi atau tidak • Jika ada murid yang tidak hadir, kenal pasti nama murid tersebut dan sebab dia tidak hadir. 2.2 Guru perlu memastikan kawasan padang / gelanggang selamat dari risiko bahaya.

Contohnya, kawasan gelanggang / padang tiada kaca, paku dan sebagainya.

2.3 Guru perlu memastikan bahawa gelanggang / padang rata dan tidak berlubang. 2.4 Guru juga perlu memastikan bahawa setiap peralatan yang digunakan di susun dengan kemas dan selamat. 2.5 Guru juga perlu memastikan murid-murid memakai pakaian yang sesuai. • Contohnya t-shirt sukan, seluar track dan kasut sukan. 2.6 Guru perlu mulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan sebelum lakukan aktiviti lain. • Tujuannya ialah untuk menyediakan anggota badan murid bersedia membuat aktiviti fizikal. 2.7 Guru perlu menetapkan beberapa peraturan. • contohnya, jangan tolak menolak sesama rakan, jangan bermain alat secara merbahaya dan sebagainya. 2.8 Guru perlu memastikan alatan yang rosak di letakkan di kawasan yang dikhaskan dan direkodkan agar alatan itu tidak digunakan lagi.

2.9 Guru perlu memastikan kesihatan murid sebelum mulakan aktiviti. • Hal ini sangat penting kerana jika ada murid yang demam atau sakit, mereka perlu dikecualikan daripada melakukan aktiviti fizikal. 3.0 Semasa P&P PJ 3.1 Guru perlu memberi arahan dengan jelas kepada murid. • Tujuannya adalah untuk memastikan murid mendengar arahan dan dapat dikawal. 3.2 Guru perlu memastikan murid mengikut arahan yang telah diberikan.

3.3 Guru perlu memastikan murid melakukan aktiviti secara berpasangan. • Tujuannya kecederaan. adalah untuk mengelakkan apabila guru murid mengalami murid Contonhya, mengarahkan

membuat imbangan sebelah kaki, aktiviti ini perlu dilakukan berpasangan bagi murid sekolah rendah. Kemungkinan ada sesetengah murid yang tidak dapat membuatnya dan tugas pasangannya ialah membantu kawannya untuk membuat imbangan tersebut.

3.4 Guru perlu memastikan murid tidak melakukan aktiviti tanpa pengawasan guru. • Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali membuat aktivit tanpa pengawasan guru. Hal ini kerana, jika berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini, guru harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada murid tersebut. 3.5 Guru perlu memastikan murid tidak bermain-main semasa melakukan aktiviti (tidak bersungguh2). 3.6 Guru perlu memastikan setiap aktiviti yang dilakukan mengikut urutan ansur maju. • Ansur maju sangat penting dalam PJ. Hal ini kerana setiap murid mempunyai tahap kemahiran yang berbeza. Contohnya, aktiviti lompat tinggi. Ada sesetengah daripada mereka yang takut dengan ketinggian. Ada juga yang tidak yakin dan sebagainya. Oleh sebab itu, ansur maju itu sangat penting dalam P&P PJ. 3.7 Guru perlu memastikan murid mengambil dan menggunakan alatan sukan dengan pengawasan. • • Setiap peralatan yang diambil oleh murid perlu direkodkan dalam buku rekod. Guru perlu berada di sana dan mengawasi murid yang mengambil alatan. 3.8 Guru perlu memastikan murid mengambil alatan sukan bersesuaian dengan aktiviti. • Jika pada hari tersebut guru ingin membuat aktiviti kemahiran bola sepak, murid perlulah mengambil bola sepak, Murid tidak boleh mengambil bola keranjang untuk dijadikan bola sepak. 4.0 Selepas P&P PJ 4.1 Guru perlu memastikan murid melakukan aktiviti “cooling down”.

Cooling down sangat penting bagi murid-murid. Tujuannya adalah untuk memastikan otot-otot murid tidak mengalami kesakitan dan sebagainya.

4.2 Guru perlu memastikan peralatan yang digunakan disimpan di tempat yang sepatutnya. 4.3 Guru perlu memastikan jika ada alatan rosak, diasingkan dan dilaporkan. 4.4 Guru perlu memastikan bilangan murid mencukupi. 4.5 Guru perlu memastikan murid beratur pulang ke bilik darjah. 5.0 Keselamatan acara balapan 5.1 Guru perlu memastikan getah pelapik blok permulaan masih elok dan permukaannya tidak terkoyak. • Tujuannya adalah untuk memastikan apabila murid ingin membuat ‘starting block’, murid tidak tergelincir ataupun terjatuh. 5.2 Guru perlu memastikan papan pagar kukuh pada besi penyokong.

5.3 Guru perlu memastikan spike tidak terkoyak dan saiz pakunya sesuai dengan acara dan permukaan balapan. • • Spike mestilah dalam keadaan yang selamat digunakan. Pakunya hendaklah sesuai mengikut padang atau trek. Murid tidak dibenarkan memakai spike ketika berjalan-jalan. 5.4 Guru perlu memastikan baton yang digunakan mengikut spesifikasi. 6.0 Acara padang 6.1 Guru perlu memastikan peluru dan blok penahan tidak berkarat serta bersih. • Tujuannya adalah untuk mengelakkan tapak tangan luka ataupun cedera. 6.2 Guru perlu memastikan palang tidak bengkok dan tiang kukuh serta tidak berkarat. • • Tiang mestilah dalam keadaan yang kukuh. Jika tiang tidak kukuh, dikhuatiri tiang itu akan patah dan menghempap murid. Bagi tiang bola jaring, tiang tersebut mestilah dibalut dengan pembalut yang sesuai. 6.3 Guru perlu memastikan ketebalan tilam yang sesuai. • Jika guru ingin membuat aktivit lompat tinggi, tilam yang digunakan mestilah tebal. Tilam tersebut dapat mengurangkan kesakitan atau kecederaan apabila murid membuat fasa pendaratan 6.4 Guru perlu memastikan pemukaan kawasan mendarat bagi lompat jauh terdiri daripada pasir serta tidak ada benda-benda tajam seperti bat dan kaca disitu.

6.5 Guru perlu memastikan papan lonjakan kukuh, rata dan jelas dilihat. • Papan lonjakan yang digunakan mestilah kukuh. Hal ini kerana, murid akan menggunakan papan lonjakan ini berulang-ulang. 7.0 Alatan 7.1 Bola yang digunakan tidak di pam terlalu keras 7.2 Gunakan bola dan kayu hoki yang masih elok. 7.3 Gunakan bola takraw yang elok dan permukaan tidak kasar atau pecah.

7.4 Pastikan permukaan kanvas pada peti lombol tidak koyak atau berlubang.

Sumber Rujukan http://media.photobucket.com/image/tilam%20lompat% Definisi Pendidikan. http://www.scribd.com/doc/7592955/Definisi-Pendidikan Dzulkifli B. Ismail. Jamaliyah Bt Ahmad. Yahya B. Abd Jalil. (2008). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4. Dewan Bahasa dan Pustaka Dzulkifli B. Ismail. Jamaliyah Bt Ahmad. Aris Fazil B. Hj Ujang. (2008). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful