You are on page 1of 2

Pemakaian Melanau

Bagi kaum wanita, pakaian rasmi masyarakat tersebut adalah sejenis baju kebaya yang hamper
saa dengan kebaya milik masyarakat melayu. Biasanya baju kebaya milik masyarakat melanau
berwarna hitam kerana warna hitam merupakan identity masyarakat melanau. Lengan baju lebih
singkat dan hanya pada paras siku sahaja. Pada bahagian butang pula terdapat beberapa ropol
yang diperbuat daripada benang emas. Ini akan menjadikan pakaian tersebut lebih cantik.kain
berwarna hitamjuga dan pada bahagian hujung dijahit dengan benang emas. Dengan ini pakaian
tersebut akan kelihatan lebih menarik. Pakaian baju kebaya ini selalu dipakai oleh masyarakat
melanau terutamanya pada musim perayaan atau menyambut pesta kaul. Pakaian ini dipakai oleh
semua golongan, sama ada golongan muda ataupun tua. Ada juga pakaian ini dipakai pada hari
biasa sebagai identity masyarakat tersebut.

Bagi pakaian lelaki pula terdiri daripada dua bentuk yang berbeza. Bentuk pertama lebih
berupa seperti sepasang kot, manakala bentuk kedua seperti pakaian baju melayu. Baju pertama
lebih dikenali sebagai kot kerana bentuk baju tersebut lebih berupa pakaian yang moden. Baju
tersebut mempunyai beberapa biji butang yang besar. Butang tersebut disusun di kolar baju
hingga ke bawah. Kemudian sekitar butang baju akan dijahit menggunakan benang emas dan ini
akan menjadikan si pemakai segak. Warna baju yang dipakai lazimnya berwarna hitam. Ada juga
baju yang dipakai berwarna putih atau berbatik. Seluar pula seperti seluar baju melayu. Seluar
tersebut mempunyai garisan yang diperbuat daripada benang emas pada bahagian hujung. Ini
adalah berpadanan dengan baju kot yang dipakai.

Selain itu, baju melayu juga merupakan baju yang sering dipakai oleh kaum lelaki
masyarakat melanau. Baju tersebut juga berwarna hitam. Kebanyakan baju ini dipakai pada hari
perayaan. Bagi melengkapkan pakaian kaum lelaki, mereka sering menggunakan tengkolok
untuk menutup kepala. Tengkolok ini biasanya diperbuat daripada kain batik yang dibentuk
seperti tanjak. Pemakaian tengkolok ini lebih popular di kalangan lelaki yang telah berusia.
Responden

You might also like