You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN BATU TIGA

Jalan Pekan Baru,Taman Eng Ann,


41150 Klang,Selangor Darul Ehsan.
Tel/Faks : 03-33417757
Email : bbb0026@btpnsel.edu.my
__________________________________________________________________________
“ 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

Ruj Kami : 700/8/2/1(1)


Tarikh : 20.2.2017

Kepada:
Pengarah,
Jabatan Kesihatan,
Majlis Perbandaran Klang,
Jalan Perbandaran,
41675 Klang.
(u.p: IK Hani)

Tuan/Puan,

MEMOHON PENCERAMAH BAGI PROGRAM KESEDARAN BAHAYA DENGGI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK(2) Jln Batu Tiga akan mengadakan Program Bebas Aedes.
Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput pegawai dari pihak tuan untuk menyampaikan ceramah
berkaitan bahaya denggi.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

3.1 Tarikh : 17 Mac 2017


3.2 Hari : Jumaat
3.3 Masa : 8.30pagi hingga 10.00pagi
3.4 Tempat : Dewan SK 2 Jalan Batu Tiga

4 Seterusnya kami dengan berbesar hati agar pihak tuan dapat memberi khidmat semburan(fogging)
di kawasan sekolah kami pada waktu dan masa yang sesuai dengan pihak tuan sebagai tindakan awal
pencegahan sebelum berlakunya penularan denggi di kawasan sekolah.

5 Kerjasama tuan dalam perkara diatas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( EN. ROSLAN BIN ZAKARIA )


Guru Besar SK 2 Jalan Batu Tiga
s.k Fail HEM ( Unit Kesihatan )