You are on page 1of 76

Cerpen : A.D.I.

K
31 March 2015
Kategori: Cerpen
4 ulasan

Oleh : erinsya baharuddin


Malam mula bertandang . Kelihatan seorang gadis lingkungan 20an sedang termenung di balkoni
rumahnya . Matanya ditalakan ke arah cahaya bulan sambil sesekali menolak rambut yang ditiup bayu
angin . “ Adik ..” perlahan gadis itu menyebutnya namun masih kedengaran . Lingan air mata mula
mengisi ruang tatkala memori 6 tahun yang lalu terimbau .
“ Maaf , mak terpaksa pisahkan Sofia dengan Amir “ Aku memandang mak yang kelihatan seperti susah
untuk memberitahu khabar itu kepadaku .
“ Mak , memang tak ada cara lain ke ? tolonglah mak , bagilah saya 3 tahun lagi , lepas saya habis
tingkatan 5 saya janji saya akan bawa adik saya dan jaga dia macam anak saya sendiri “ ujarku yang
ketika itu masih berusia 15 tahun .
Mak mengeluh untuk kesekian kalinya “ Iya , mak memang harap hari macam ni tak dapat hadir , tapi fia
tahu kan ? memang protocol dekat sini macam tu , mak dah cuba , dah tanya kalau puan Zurina dan
suami dia dapat ambil kamu sekali , supaya tak payah pisahkan kau orang , tapi nampaknya mereka
seperti hanya mahukan Amir “ perlahan bicara mak . Aku hanya tertunduk . Memandang adikku yang
sedang nyenyak tidur di pangkuanku .
Aku mengusap-usap rambut adikku “ Lagipun mak dah check latar belakang keluarga tu . Keluarga tu
keluarga berada , in shaa allah mereka dapat jaga adik fia dengan baik “ sambung mak lagi .
“Baiklah mak , bila mereka nak datang ambil Amir ? “ ujarku . Memang sejujurnya hati ini sebenarnya
memberontak ! , ingin sahaja aku katakan kepada dunia bahawa ini adik aku dan hanya akulah
selayaknya memeliharanya .
Mak tersenyum kepadaku “ Kalau tak ada aral melintang , in shaa allah esok “ ujar mak . Mak memeluk
bahuku dan kemudian berlalu meninggalkan aku dan adikku sendirian . Aku mencium dahi adikku yang
ketika itu berusia 3 tahun .
“ Amir tak dapat kejar akak , haha , mehlah sini , buek ..” ujarku sambil menjelir lidah ke arah adikku .
Amir tidak henti –henti mengejarku sehingga aku menangkapnya kedalam dakapanku . Aku memeluknya
erat tatkala mak dan dua wajah yang tidak ku kenali muncul di hadapanku .
“ Sofia , kenalkan , ini Pn Zurina dan suaminya , Encik Nizam , merekalah yang ingin mengambil Amir
sebagai anak angkat “ Pn Zuriana dan suaminya melemparkan senyumannya kepadaku , aku hanya
tersenyum kelat tatkala mendengar perihal ibu bapa angkat .
“ Amir , kakak sayang sangat dengan amir , akak janji , nanti suatu hari akak akan ambil balik Amir dari
diaorang , tapi buat masa ini akak harap amir dapat membesar dengan baik dan jadi budak baik , ok “
ujarku . Air mata yang ingin menitis cuba ku tahan .
Aku menyerahkan amir kepada Pn Zuriana . Tiba-tiba Amir menangis “ Adak … “ katanya sambil
menghulurkan kedua belah tanganya seperti ingin kembali kepada dukunganku . Aku menekup mulutku
tatkala air mataku mula menitik .
Tangan ini seperti ringan sahaja untuk berlari dan mencapainya tetapi otakku cuba menidakkanya “ Mak
cik janji , mak cik akan jaga amir macam anak mak cik sendiri “ ujar Pn Zurina .
“Amir .. “ tanganku seperti meraba-raba ke awangan . Aku tersedar dari tidurku . Mata ku tala ke arah jam
digital di sebelah katilku
“ Ya Allah , pukul 6.30 dah “ Aku terus bangkit dan mencapai tuala mandi dan berlari ke tandas . Selepas
menunaikan solat subuh dan siap ala kadar . Aku terus mencapai kunci kereta Honda Accord ku dan
terus memandu keluar kondominium rumahku .
“ Sofia , sofia , sofia , you`re late ! “ Ujar Rayyan yang sudah bersedia dengan buku di tanganya . Aku
hanya tersenyum sambil menyapanya
“ I`m sorry mr Rayyan , traffic jam ! “ ujarku sambil menuju ke Rahiza untuk solekan . Rayyan hanya
mencebik .
“ Banyaklah you punya traffic jam ! I pun baru sampai ni , taka da traffic jam pun “ jerit Rayyan
“ So , kiranya you pun baru sampai lah ni ? “ tanya Rasylan . Rayyan menelan air liurnya apabila
terpandang Rasylan aka mr director kami .
“ Okay Sofia , ready ? “ aku menunjukkan thumbs up kepada Rasylan . Rasylan mengangguk seraya
berkata “ Ready .. and action ! “
“ Wei , kau dapat tak surat undangan ke majlis perkahwinan Tengku Afreena tu ? “ tanya Saiful sambil
melabuhkan punggungnya ke atas kerusi berhadapan Danial .
Danial hanya mengerling sedikit ke arah sahabatnya sebelum menalakan pandangan ke computer
Macnya “dah “ ujar Danial sepatah .
“ Niel , kau ni kan , aku tengok dah macam taka da life dah aku tengok , kalau tak dengan kerja , mesti
dengan anak kau kan , kalau taka da dengan anak mesti dengan kerja kan ? , taka da benda yang lagi
best ke yang kau boleh buat ? “ tanya Saiful .
Danial hanya menjeling ke arah Saiful . Tiba-tiba dia teringat sesuatu yang penting “ Alamak , anak aku ! ,
Ful sekarang pukul berapa ? “ tanya Danial . Saiful hanya menunjukkan angka 1 . Danial mencapai kunci
keretanya dan berlalu ke arah kereta porchenya .
“ Amir , sorry sangat abang lambat tadi , abang tak sedar yang dah pukul 1 tadi , banyak sangat kerja “
ujar Danial sambil sesekali memandang Amir yang sedang enak menikmati ais krim traffic lightnya .
“ Tak apa , Mir tahu abang sibuk “ ujar amir sambil menyambung suapanya . Danial tersenyum kecil
sambil membelokkan keretanya ke pejabatnya .
Amir menguatkan radio kereta “ Bang , bang , lagu sofia la bang ! “ ujar Amir sambil sesekali menari
mengikut rentak lagu . Danial hanya tersenyum
“Macam mana Amir tahu menari lagu ni ? “ tanya Danial . Amir mengerling ke arah Danial “ You tube “
jawapan Amir berjaya membuatkan Danial tercengang .
“ Wow , you tube , mana amir tahu pasal you tube ni ? “ tanya danial . Amir hanya tersenyum.
“Abang , semua orang tahu you tube la sekarang , apalah abang ni “ ujar Amir . Danial hanya tersenyum
mengenangkan keletah adiknya sambil membelokkan keretanya masuk ke perkarangan ofisnya .
“ Amir malam besok ikut abang pergi kenduri kahwin kawan abang ye ? “ tanya Danial . Amir yang
sedang leka bermain patung ultraman memalingkan fokusnya kepada Danial sebelum mengangguk-
anggukkan kepalanya .
“ Nielle , you come “ sapa Tengku Afreena . Danial hanya tersenyum
“ I would not miss it for the world , lagipun you kan one of my besties , suami you tu pun besties I juga , of
course lah “ ujar Danial . Tengku Afreena kemudian memalingkan pandanganya ke arah Amir .
“ I see you brought Amir along , hi amir ! , aunty ada surprise untuk amir malam ni “ ujar Tengku Afreena
sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Amir .
Kelihatan Amir seakan-akan teruja apabila diberitahu tentang perkara ini “ Ye ke aunty ? ni yang buat mir
sayang sangat dengan aunty ni “ ujar Amir sambil sesekali terlompat-lompat . Tengku Afreena hanya
tersenyum melihat keletah Amir
“Okay , you alls have fun okay , I nak pergi greet tetamu lain pula “ ujar Tengku Afreena sebelum berlalu
ke meja tetamu lain .
“ Apa yang aunty freena cakap kat mir tadi ? “ soal Danial . Amir hanya tersenyum mesra “ Rahsia…”ujar
Amir sebelum berlalu mendapatkan kenalannya yang turut hadir di majlis itu .
“ Sofia , thanks a lot sebab dapat juga datang buat persembahan hari ni “ ujar Tengku Afreena . Aku
hanya tersenyum memandang Tengku Afreena .
“ You`re welcome , lagipun hari ni I free , daripada tak buat apa-apa baik I datang tolong riuhkan majlis
you “ ujarku . Tengku Afreena hanya tersenyum memandangku .
“ Okay , tak apalah , you enjoylah dulu ek , I nak pergi greet tetamu lain “ ujar Tengku Afreena sebelum
berlalu mendapatkan suami yang baru dinikahinya sebentar tadi .
Mataku melilau mencari sesuatu untuk dilakukan dan untuk dimakan . Dalam hati aku mengagumi
dekorasi majlis perkahwinan Tengku Afreena ini . Siapa sangka , dengan hanya menambahkan sedikit
keemasan terhadap warna putih dapat menghasilkan suatu impak yang sungguh luar biasa . Tiba-tiba
mataku tertacap ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan seperti terkapai-kapai untuk mengambil
sesuatu dari meja makan kerana tidak sampai . Langkahku dihalakan ke arah meja makan lalu
mengambil makanan itu untuk budak lelaki itu .
“ Terima kasih..ka..” aku terkedu . Serasa wajahnya seperti wajah seseorang yang pernah ku lihat .
Kelihatan budak itu juga sama terkedu sepertiku .
Aku melambai-lambai ke arah mukanya apabila panggilanku tidak disahutnya “ Akak , akak penyanyi lagu
everlasting love tu kan ? “ tanya budak itu . Aku hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan
kepalaku .
Kelihatan budak lelaki itu seperti teruja apabila mengetahui tentangku sehingga terlompat-lompat .
Telatahnya yang mencuit hati itu telah berjaya membuatkanku tersenyum .
“ Hai dik , best sangat ke jumpa akak ni ? “ tanyaku sambil tersenyum ke arahnya . Budak itu
menjengkilkan matanya
“ Gila tak suka , akakkan penyanyi popular dekat Malaysia ni “ ujar Amir , senyumnya tidak lekang dari
bibirnya .
Aku juga turut tersenyum “ Amir , jum balik ! “ jerit satu suara dari arah belakang ku . Aku menoleh
menghadap arah suara itu dan terpana . Wow , sesungguhnya indahnya ciptaan tuhan . Aku kemudian
memandang budak lelaki itu dan sekali lagi terkedu . Bukan ke tadi dia panggil budak ni Amir ?
“ Adik , nama adik amir ye ? “ soalku . Kelihatan budak itu mengangguk-anggukkan kepalanya sambil
mencapai tangan lelaki yang memanggilnya tadi .
“Kak sofia , ni… “ belum sempat Amir memperkenalkan Danial kepada Sofia , Danial terlebih dahulu
mencelah “Ayah , Amir ni anak saya “ ujar Danial sambil tersenyum ke arahku . Aku hanya tersenyum
kelat .
“Oh , hi , nama saya sofia , comel betul anak awak ye “ ujarku sambil mencubit pipi Amir . Amir terpisat-
pisat malu sambil menggosok-gosok pipinya . Aku dan Danial tergelak kecil apabila terpandang pipi Amir
yang kelihatan kemerah-merahan
“ Haah , dia memang comel , sofia kan ? saya minta maaf sebab ganggu perbualan korang sebentar tadi
tapi saya rasa saya kena bawa amir ni balik dululah “ ujar Danial . Selepas mengucapkan selamat tinggal
kepada Danial dan Amir , aku berlalu ke arah Tengku Afreena untuk meminta diri sebelum pulang .
“ Sofia , lepas ni you kena temu bual pengarah syarikat ni .. ha ..ni..nama dia Danial , ceo syarikat Unite “
aku mengangguk-anggukkan kepalaku dan menyambut kad yang dihulurkan oleh Rahiza kepadaku .
Sambil bersembang dengan Rahiza , mataku tertacap ke arah suatu sudut , kelihatan seperti seseorang
yang aku kenali .
Aku berjalan ke arah mereka “ Amir .. hi ! buat apa kat sini ? “ soalku . Kelihatan Amir seperti teruja
memandangku .
“ Eh , kak Sofia pun ada kat sini ? “ soal Amir , aku hanya tersenyum memandang Amir .
“ Tak , sebenarnya Amir temankan abang amir datang sini “ senyum amir . Aku mengerutkan dahiku “
Abang ? amir ada abang ke ? “ soalku .
Persoalanku terjawab apabila Amir menalakan jarinya ke arah Danial yang sedang berjalan ke arah kami
“ Itu abang Amir ? bukan itu ayah Amir ke ? “ soalku . Amir hanya menggeleng-gelengkan kepalanya .
“ Hai danial , berjumpa lagi kita kan ? “ senyumku . Danial membalas senyumanku .
“ Haah , jumpa lagi kita ek , Mir , tunggu aba..eh , ayah kat sini ek “ ujar Danial sebelum berlalu ke arah
kerusi yang telah disediakan untuk tujuan pengambaran . Aku juga turut meminta diri dan mengambil
tempat disebelahnya .
“ Encik Danial , boleh tak kalau lepas ni saya belanja encik dengan Amir minum ke apa ? “ soalku .
Kelihatan seperti Danial rimas dengan soalanku ini
“ Sorry , saya ada kerja lepas ni , lain kali lah ye “ ujar Danial . Aku hanya tersenyum
“Oklah , kalau macam tu saya pergi dengan Amir je lah , boleh ? “ Kelihatan seperti Danial semakin rimas
dengan persoalan ku .
“ Ke , saya kena tanya isteri encik Danial dulu untuk mendapat kebenaran ? “ soalku . Danial kelihatan
sedikit menggelabah apabila perkataan isteri itu diungkitku .
“Encik Danial jangan takut , saya tak akan buat macam-macam dengan amir, saya janji “ ujarku sambil
mengangkat tanganku tanda sumpah . Danial kemudian mengangguk-anggukkan kepalanya manakala
aku pula sudah tersenyum lebar ketika itu .
“ Amir , nak tak ikut akak makan ice krim ? “ soalku . Danial mengangguk-anggukkan kepalanya “okay “
senyum Amir . Aku memimpin tangan kecil Amir ke arah kereta ku .
“ Okay , Amir nak ice krim mana ? “ soalku , Amir menunjuk-nunjukkan jarinya ke arah papan tanda
chocolate chip . Tiba-tiba memori tentang adikku Amir kembali menerjah . Amir . Macam manalah dia
sekarang ye . Tanpa ku sedari air mata mula berjujuran . Amir yang menggenggam tanganku , kak , akak
sofia ok ke ? “ soal Amir . Aku hanya tersenyum kelat ke arahnya .
Setelah membuat pembayaran , kami bergerak menuju ke barisan kerusi yang terdapat di dalam kedai
Baskin Robbins itu . “ Sebenarnya , dulu akak ada adik .. tapi ada orang ambil adik kakak dari kakak “
ujarku .
Amir yang sedang leka menikmati ice krimnya memandangku “ Ada orang ambik adik kakak ? siapa
orang tu ? “ soal Amir . Aku tersenyum melihat ice krim yang melekat di mukanya. Tiba-tiba aku terkenang
kembali Amirku .
“ Amir , umur amir berapa ? “ soalku . “ 9 tahun , sekarang amir darjah 3 “ ujarnya . Aku hanya
mengangguk-anggukkan kepalaku .
“ Nama adik akak pun Amir juga , umur dia pun sama macam Amir “ luah ku . Air mata mula menitik
semula . Amir kemudian datang ke arahku lalu memaut leherku .
“ Ala kak Sofia , janganlah menangis , nanti Amir pun nangis sekali tengok Kak Sofia nangis … kalau kak
Sofia sedih sebab tak dapat jumpa adik akak , amir je lah jadi adik akak .. boleh ? “ soal amir . Aku hanya
mengangguk-angguk sambil tersenyum ke arahnya sebelum kami kembali menikmati ice krim kami .
“Assalamualaikum , hello , ini encik Danial ke ? “ soalku . Danial di dalam talian menyambut salamku . “
Encik , kami dah habis makan ice krim , sekarang saya kena hantar dia ke mana ye ? “ soalku .
“ Boleh tak kalau awak hantar dia dekat office saya ? “ soal Danial . “Office , taka pa lah kalau macam tu
agak-agak pukul berapa encik balik ye ? “ soalku lagi .
“ Saya selalunya balik lebih kurang pukul 6 “ aku mengangguk-anggukkan kepalaku . “Kalau macam tu
saya hantar Amir dalam pukul 5.30 lah “ ujarku . Yes! , peluang ! .” Tak apalah , susah-susahkan Sofia
je ..”ujar Danial .
“Tak adalah yang susahnya , lagipun dia boleh jadi shopping buddies saya “ ujarku . Senyumanku
semakin melebar tatkala Danial menyetujui rancanganku .
“Okay mir , let`s go shopping ! “ ujarku . Aku memimpin tangan Amir dan kami berdua mula menjelajar
Mid Valley itu .
“Mir , banyak nya mainan .. mir nak buka kedai mainan ke ni ? “ soal Danial semasa aku menghantar
amir pulang ke ofis Danial . Amir hanya tersenyum menampakkan barisan giginya kepada abangnya .
“Mana ada , abang ni , jealous ek , akak Fia yang belanja semua ni , dia kata Amir budak baik , sebab tu
dia belanja amir “ ujar amir . Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandang ke
arahku .
“Terima kasih ye sofia , tapi lain kali jangan beli banyak mainan untuk dia , nanti dia tak baca buku balik
nanti “ ujar Danial . Amir menjengkilkan matanya
“Ala , abang jealouskan .. cakap je lah , ye,ye ,nanti amir kongsi mainan amirlah “ amir menarik
muncungnya . Aku dan Danial hanya tertawa melihat telatah amir .
“ Eh , encik Danial , saya rasa dah lewat ni , saya balik dululah , thanks sekali lagi sebab trust saya jaga
amir “ ujarku . Danial hanya mengangguk-anggukkan kepalanya .
“No prob ! , lain kali kalau nak colek dia ke apa , roger je saya , lagipun kalau awak tak colek dia tadi ,
mesti dia akan duduk terperap je kat dalam office ni “ ujar Danial sambil tangannya mengusap kepala
Amir . Aku hanya terangguk-angguk dan tersenyum melihat ke akraban mereka .
Selepas mengucapkan selamat tinggal lagi sekali kepada mereka , aku melangkah ke arah keretaku .
Senyuman tidak lekang dari wajahku apabila mengenangkan peristiwa-peristiwa yang ditempuhi sebentar
tadi . Aku memulas punat radio keretaku sehingga maksimum dan menyanyi mengikut iramanya sambil
memandu keluar dari perkarangan office denial .
“ Okay …and cut! “ ujar Rasylan . Aku berjalan menuju ke arah Rahiza . “Rahz , lepas ni apa ye ?
“soalku . Rahiza membelek-belek scheduleku .
“Umm , lepas ni .. kosong .. free..“ ujar rahiza . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku . “ Tapi , tadi
Tengku Zafril call , dia nak ajak fia makan .. nak pergi ke ? “ soal Rahiza . Aku terfikir sejenak . Nak ke
aku keluar makan dengan mamat yang dah ada 3 isteri tu ? hum .
“Nope , cancel , jangan bagi I keluar dengan dia .. takut nanti dia suruh I isikan tempat yang keempat tu
pula . Lagipun you tengok tak masa I shooting dengan dia haritu , boleh pula dia pandang-pandang I
macam tu .. ish…
memang tak lah I keluar dengan dia “ ujarku sambil tergeleng-geleng aku menidakkannya . Rahiza
tergelak melihat aksiku .
“ So , whats next ? “ soal Rahiza . “Raz , I dah lama tak belanja you kan ? jom lah hari ni kita makan
lasagnia dekat restoran popular dekat subang tu nak ? my treat .. “ ujarku sebelum kami berjalan menuju
ke keretaku .
Tiba-tiba aku teringat kepada seseorang “ cup .. I rasa ada lagi satu orang yang I nak belanja hari ni ..”
ujarku . Rahiza memandangku “Siapa? “ aku hanya tersenyum sambil mengeluarkan telefon bimbitku .
Jam sudah menunjukkan angka 1 . Kelihatan Danial seperti tidak lekang tangan di keyboard komputernya
. “ Boss , hari ni meeting pukul 1.30 jadi ye boss ..” ujar shila merangkap setiausaha danialle .
Danial memandangnya sekilas “ Jadi..jadi “ ujarnya sebelum sambung kerjanya . “Serius ke boss ? boss
tak ambil amir ke ? “ soal shila . Danial menepuk dahinya . Allah anak aku ! Tiba-tiba telefonnya bordering
“Hello , ini Sofia , boleh tak kalau saya nak cakap dengan amir ? “ soalku , Teringin mendengar celoteh
amir , tak dapat adik sendiri adik orang pun jadilah .
“Sofia..yang penyanyi tu kan ? “ soal Danial . Aku mengiyakan . “Sofia , nice timing betul you call ni ,
boleh tak kalau I minta tolong you sekejap ? “ soal Danial .
“Apa dia ? “ soalku kembali . “Boleh tak kalau you tolong jemput Amir dari sekolah dia , sebab I tak rasa I
sempat ambik dial ah , I ada meeting kejap ni “ terang Danial .
Pucuk dicita , ulam mendatang , aku bersetuju untuk mengambil Amir dari sekolahnya . Setelah
diberitahu nama sekolahnya , aku terus memandu ke sekolah amir dengan hati yang berbunga-bunga .
“Hai amir , ingat akak lagi tak ? “ ujarku . Amir yang sedang berborak-borak dengan rakan-rakannya
menoleh ke arahku . “Eh , kak fia , kak fia datang nak jumpa amir ke ? “ soal amir kelihatan amir sangat
teruja tentang kedatanganku .
“Tak lah ,bukan jumpa , nak kidnape amir sekali .. boleh ? “ soalku . Amir tergelak-gelak “ Mana boleh ,
nanti Abang Amir taka da bantal peluk malam nanti “ ujar Amir , aku turut tergelak bersamanya .
Kami berbual-bual tanpa mengendahkan mata memandang sehingga ada seorang budak perempuan
menegur amir “ Amir , kakak ni bukan yang nyanyi lagu kat tv tu ke ? “soal budak perempuan itu . Amir
menggeleng-gelengkan kepalanya .
“Hai , nama akak sofia , akak kakak Amir .. “ ujarku budak perempuan yang itu terkejut mendengar perihal
itu . Seorang perempuan dalam lingkungan 30an yang ku anggar ibu kepada budak perempuan itu
menyapaku
“Jadi , awak ni isteri Danial lah ? “ tanyanya . Aku terkedu , isteri ? , jauh menyimpang tu . Aku
menggeleng-gelengkan kepalaku .
“ Tak lah , saya cuma kakak angkat dia je .. taka da kaitan langsung dengan encik Danial “ ujarku sambil
melemparkan senyuman kepada perempuan itu .
“ Sorry , akak bukanya apa , selalunya Danial yang ambil Amir ni , jadi pelik pula bila orang lain yang
ambil dia , tu yang akak cop sofia ni isteri dia , lagipun kalau betul sofia kahwin mesti worldwide dah tahu
kan , terutamanya sofia ni artist popular “ terang wanita itu . Wow , ni yang nak kembang aku ni .
Aku hanya tersenyum menerima pujian wanita itu .
“ Akak , akak nyanyilah untuk kitaorang , please ..” kini segerombolan pelajar lain mencapai tanganku . “
Ala , sorry korang , bukannya akak tak nak .. cuma nanti takut polis tangkap pula sebab ni kan tempat
awam “ terangku .
“ Ala , kaka please .. bukannya senang nak jumpa artis macam ni .. “ pujuk salah seorang budak
perempuan yang sedang memegang tanganku . Selepas hampir 20 minit adegan pujuk-memujuk dan
ternyata kelihatan seperti kekalah memihak kepadaku , aku akhirnya mengangguk setuju .
“ Bestnya akak nyanyi tadi “ puji Amir . Sebelah tanganya memegang ayam drumstick KFC yang baru
dibeli olehku sebentar tadi .
“hihi.. terima kasih-terima kasih .. nak upah .. “ ujarku sambil menadah tangan . Amir meletakkan tulang
ayam gorengnya ke tapak tanganku . Aku mula berwajah cemberot dan ini berjaya mengundang tawa
amir dan Rahiza .
“ Serius Fia , siapa budak ini ? “ soal Rahiza untuk kesekian kalinya . Aku menoleh ke arah rahiza sekilas
sebelum menyambung suapanku
“Kan I kata .. dia adik I .. “ ujarku . Rahiza seperti tidak percaya . “Oh ..no,no,no.. I tak percaya , setahu I ,
adik you yang you cari tu nama dia amir kan “ aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
“ Jadi ? “soalku . “Jadi , this is not your brother .. “ simpul Rahiza . Rahiza menyandarkan badanya sambil
tersenyum puas
“ Unless .. adik , nama adik siapa ? “ soal Rahiza . Amir yang sedang menyuapkan kentang putar itu
menalakan pandanganya ke arah rahiza
“Amir “Rahiza terpana . “ Biar betul .. macam mana you locate adik you ni ? “ soal rahiza
“I did`nt .. dia adik angkat I “ ujarku ambil menghirup air Miranda strawberryku . Rahiza memandangku
“jadi kiranya you coleklah budak ni ? “ soal rahiza . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
“ Tak..tak .. I dah dapat permission dari abang dia “ aku menidakkan rahiza . Rahiza seperti dapat
mengagak reaksiku “ Jadi , you colek adik dia sebab ada maknalah ni ? “ soal rahiza .
Aku yang sedang menyedut air tersedak-sedak kecil “ Mana adalah .. lagipun amir dengan I macam ada
connection .. you tengok muka kitaorang , ada macam iras-iras sikit and favourite dia cara dia ..
entahlah , I rasa macam I somehow close dengan dia , cuma tak tahu atas sebab apa … “terangku
Rahiza mengangguk-anggukkan kepalanya “Yup ! , bila you dah cakap macam ni baru I rasa , memang
macam ada iras-iras sikit you alls ni “ ujar Rahiza . Matanya meneliti kedua-dua wajah kami .
“ Oklah , tak payah nak emo-emo , nak jumpa amir pun sekarang dah susahkan .. apa kata hari ni kita
have fun sahaja .. “ ujarku . Kami jalan beriringan menuju ke molly world yang terdapat di dalam gedung
aeon itu .
“ Thanks lagi sekali sebab tolong ambil and jaga amir ni .. “ ujar Danial sejurus selepas melihat kelibatku .
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku
“ No prob , lagipun I dah anggap amir ni macam adik I dah “ ujarku sambil mengusap-usap kepala amir .
Danial hanya tersenyum melihat perilakuku
“ So , anything , nak tak pergi minum ke apa ke sebelum balik ? “ soal denial . Aku hanya menggelengkan
kepalaku .”Its alright , im fine .. okay amir , nanti kita jumpa lagi ek “ ujarku sebelum berlalu keluar ofis
denial .
“ Yo bro ! , itukan artis sofia tu ? apa dia buat kat sini ? kau .. diam-diam ubi berisi ek ? nampak macam
tak minat kat perempuan , sekali tu dia , artis bhai “ ujar Saiful . Danial menjeling saiful
“Banyaklah kau , dia tak minat kat akulah ! , dia datang sebab nak hantar amir ni je .. “ ujar denial . “ Wow
, sampai dah main jemput-jemput anak , ni memang dah boleh jadi isteri ni .. “ sakat saiful . Memerah
wajah denial menahan malu
“ Wei , tak adalah sampai macam tu , aku cuma minta tolong dia sekali je , lagipun sebab tadikan kita
meeting so memang taka da masa nak ambil amir pun … lagipun dia minat kat amir je , bukan aku .. “
ujar denial
“Itu impossible .. mana ada seorang perempuan pun yang tak cair tengok kau ? isteri aku kat rumah pun
masa first time jumpa kau haritu dah cair .. nasib aku dah nikah dengan dia pagitu kalau tak .. tak pasal-
pasal aku terlepas pula .. “ ujar saiful lagi . Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya .
“ Betul..aku dah ajak dia minum , tapi setiap kali kalau dia hantar amir balik , dia terus balik macam tu je “
ujar denial . Saiful memandang pelik ke arah denial
“ Tu , sememangnya pelik ! . Tapi kau sendiri sebenarnya dah jatuh cinta dengan dia ke ? “ soal saiful .
Danial hanya menggeleng-gelengkan kepalanya “ Macam aku cakap , kitaorang sendiri tak pernah jumpa
dan borak-borak .. selalunya mesti amir dengan dia sahaja “ keluh denial . Malas betul aku nak layan
doctor love ni . Buat kerja lagi bagus . Danial mengeluh .
“ Dah lah bro , aku nak pergi toilet jap , engok-tengokkan anak aku tu .. “ ujar denial sebelum berlalu ke
toilet . Saiful hanya terangguk-angguk . Tiba-tiba suatu idea mula terlakar di mindanya
“ Amir sini jap .. uncle nak bagitahu sesuatu .. “ Saiful membisikkan sesuatu di telinga amir . Kelihatan
seperti mereka berdua sedang khusyuk berbual tentang sesuatu perkara sehingga denial muncul kembali
.
“ Encik Danial , terima kasih sekali lagi kerana memberi sumbungan kepada rumah anak yatim ini.. “ ujar
mak mah . Danial melemparkan senyuman kepada mak mah dan terangguk-angguk kecil .
“ Tak apalah mak mah , ada rezeki sikit eloklah di kongsi bersama kan .. “ ujar denial . Mereka berjalan ke
luar rumah sambil berbual-bual kosong . Pandangan denial difokuskan kepada seorang wanita muda
yang sedang berkejaran bersama budak-budak di rumah anak yatim itu .
“ Mak Mah .. itu bukan sofia yang penyanyi tu ke ? “ soal denial . Matanya masih memerhati susuk tubuh
wanita itu yang kelihatan begitu lincah mengejar seorang budak lelaki ini . Mak Mah mengangguk-
anggukkan kepalanya .
“ Haah , betullah tu . .” ujar mak mah . Danial memandang pelik ke arah sofia . “ Tapia pa yang dia buat
dekat sini mak mah ? “ soal denial kembali .
“ Dia macam kamu juga .. beri sumbangan .. dan memang dia selalu datang ke sini pada hari minggu ..
itu pun kalau dia taka da shooting ke .. apa-apa kerja lah “ terang mak mah . Danial pula sudah
terangguk-angguk .
“ Kesian budak tu .. kecik-kecik lagi dah hilang mak dengan ayah .. lepas seminggu hilang pula adik “
keluh mak mah . Danial memandang pelik ke arah mak mah
“Apa maksud mak mah ? sofia tu dulu warga rumah anak yatim ini juga ke ? “ soal denial . Mak mah
tersenyum ke arah denial . “ Haah , walaupun dia sekarang dah besar .. dah bukan bawah tanggungan
mak mah , dia tetap datang sini , bagi bantuan apa yang patut.. dan berharap dapat bertemu kembali
adiknya “ terang mak mah lagi .
“Adik?” mak mah menganggukkan kepalanya . “Adik dia , kalau tak silap namanya amir .. Sofia sayang
sangat adik dia ..sebab adik dia satu-satunya waris terdekat dia . Tapi kami di sini memenag tak dapat
nak bantu sofia langsung memandangkan amir terus lenyap selepas 2 tahun meninggalkan rumah ini “
keluh mak mah . Danial kembali melakan pandanganya ke arah sofia sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya .
Aku memandang sekelilingku sambil meneguk air mineralku . Tiba-tiba , aku rasa seperti sedang
diperhati . Mataku ditalakan ke arah seorang lelaki yang duduk di sebelah mak mah . Danial ! , apa dia
buat kat sini ?
“ Mak mah “ aku menyapa mak mah dan menundukkan wajahku ke arah denial . Betul ke ni denial ? .
Mak mah mengangguk-anggukkan kepalanya .
“ Bila fia sampai ? mak mah tak perasan tadi ? oh ye .. ni encik denial , dia salah seorang penderma di
rumah anak yatim ini “ aku melemparkan senyuman ke arah denial . Danial tidak menyambut
senyumanku malah dia memandang pelik ke arah ku . Apasal mamat ni ? .
“ Korang boraklah dulu ye .. mak mah nak masuk tengok budak-budak tu jap “ ujar mak mah sambil
berlalu masuk ke dalam rumah .
“ Sofia , lepas ni boleh tak kalau I bawa you pergi suatu tempat ? “ soal denial . Aku memandang pelik ke
arah denial dan melabuhkan punggungku di kerusi bersebelahanya .
“ Pergi mana ? lagipun saya rasa dah lambat sangatlah encik denial .. sekarang pun dah pukul 6 kan “
ujarku .
“ Please .. this is related to your little brother “ rayu denial . Aku terkedu , macam mana dia tahu pasal
adik aku ? . Aku mengangguk laju dan Danial melemparkan senyumanya ke arahku sebelum berlalu
meninggalkan aku keseorangan .
“ Sebenarnya adik I , amir .. sebenarnya .. adik angkat I “ aku terkedu mendengar bicara denial . “Parents
I ambil dia dari rumah anak yatim mak mah 6 tahun lalu .. masa tu dia baru 3 tahun , bila I dengar cerita
you dari mak mah tadi .. I rasa you kakak kandung amir ..” denial meneruskan bicaranya .
Ketika itu aku serasa seperti ingin menjerit . Rupa-rupanya amir ialah amir adikku . “ Betul ke apa yang
encik denial cakap ni ? kalau macam tu kenapa keluarga encik tak munculkan diri masa kami mencari
keluarga encik ? “ soalku . Aku mula ragu-ragu mendengar bicara denial .
Danial mengeluh . “ Sebenarnya , lepas family I ambil amir , syarikat ayah I semakin maju jadi kami telah
berpindah . Ayah I pun dah dapat gelaran dato waktu tu jadi nama pun dah berubahkan . Kira semuanya
berubah sejak kemunculan amir dalam keluarga kami .” ujar denial lagi
“ Tapi sayang.. semua kegembiraan tu cuma kekal selama 1 tahun , tahun berikutnya parents I pergi
bertemu ilahi dan waktu tu I sendiri dah jadi anak yatim … I minta maaf , bukannya I tak terfikir nak
pulangkan balik amir dekat rumah anak yatim tu cuma I rasa takut waktu tu … amir adalah satu-satunya
keluarga yang I ada .. mungkin bagi you I pentingkan diri sendiri jadi minta maaf sangat ! “ ujar denial .
Aku hanya membisu mendengar bicaranya .
“ Tapi macam yang you tengok sekarang … I sangat-sangat sayangkan amir dan I tak sanggup
kehilangan dia .. “ denial menundukkan wajahnya .
“Memang sejujurnya I rasa macam nak maki hamun you je sekarang encik denial … tapi bila memikirkan
I pun pernah alami apa yang you pernah alami .. dan seperti you , I juga tidak mahu kehilangan amir “
ujarku pula . Danial mengangkat wajahnya dan memandangku .
“ Tapi , I nak mengucapkan terima kasih sangat-sangat sebab you sanggup mengaku kepada I dan sebab
you jaga amir macam adik sebenar you .. “ ujarku sambil tersenyum ke arah denial .
“ Boleh tak kalau I nak jumpa amir ? “ soalku . Danial menganggukkan kepalanya dan kami berdua
menuju ke kereta masing-masing untuk menuju ke rumah denial .
“ Abang bawa kakak sofia balik hari ni ? “ soal amir ketika kami bertemu di hadapan muka pintu rumah
denial . Aku tidak dapat menahan tangisanku lalu aku menangis semahu-mahunya sambil memeluk amir .
Amir memandang pelik ke arah denial “Kenapa akak menangis ? .. abang yang buat akak nangis ye ? “
soal amir sambil memandang denial .air mata denial juga turut menitik tatkala aku mencium kepala amir .
Amir hanya memandang pelik ke arah kami berdua .
“ Amir , ingat tak dulu abang ada cakap yang amir ada kakak ? “ soal danial . amir mengangguk-
anggukkan kepalanya . “ Sebenarnya , sofia ni … kakak sebenar amir “Amir memandangku untuk
meminta penjelasan . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku .
Aku mengeluarkan sekeping foto yang memang akan ku bawa ke mana-mana lalu menghulurkannya
kepada amir . “ Amir , ni ayah amir .. nama dia Baharuddin .. ni pula mak amir , Nora “ ujarku sambil
mengesat airmataku .
“ Ni akak .. dan ini amir .. “ jari telunjukku ditala ke arah seorang bayi yang sedang dikendong oleh
seorang wanita . “ Betul ke apa yang kakak cakap ni ? maksudnya amir ni betul-betul adik akak lah ? “
soalnya lagi . Aku mengangguk-anggukkan kepalaku . Kami bertiga berbual-bual dan sedar tidak sedar ,
malam sudah menjelma
Aku merengangkan tubuku . Eh , kat mana aku ni ? , bau apa ni ? wanginya ! . Aku bangun dari katil
asing itu dan berlalu untuk mengikuti jejak bau yang harum itu . “ Hai .. you dah bangun ? jom .. I dah
buat breakfast dah “ ujar danial . Aku terkebil-kebil memandangnya . Eh , cammana danial ada kat sini ? .
Aku menghantukkan kepalaku ke dinding .
“ Tak yah lah you nak test power kepala you tu .. tak ingat ye ? semalam lepas jejak kasih kan you pergi
tidur kan amir sebelum you kata nak balikkan .. tapi in the end bukan amir yang tidur .. you pula .. so I
rasa kesian nak biarkan you pun balik malam-malam macam tu so , I biarkan you tidur kat atas katil I
semalam .. “ ujar danial .
Aku mengangguk-anggukkan kepalaku “Morning kak ! “ amir memelukku dari belakang . Aku
melemparkan senyumanku ke arah amir . “ Morning mir ! “
“ Hari ni I hantar amir boleh ? “ soalku . Kelihatan danial terangguk-angguk kecil sebelum menyambung
suapanya . “ Boleh , tapi nanti I pula yang ambil dia balik ye .. “ kini giliranku pula untuk mengangguk-
anggukkan kepalaku .
Kini sudah hampir 3 tahun lebih aku dan danial menjalankan rutin harian kami bersama . “ Amir .. minggu
ni amir tidur rumah kakak 2 hari .. malam ni dengan malam rabu okay ? “ soalku . Amir mengangguk
malas .
Danial menyapa kami tatkala aku dan amir menuju ke arah kru-kru produksi . Kini , aku bukan sahaja
setakat penyanyi , malah aku juga kini telah menjadi pengacara sebuah rancangan televisyen ini . Aku
melemparkan senyuman ke arah danial . Hari ini danial kelihatan segak almaklumlah dialah orang yang
bakal ku temubual sebentar nanti .
“ Hari ni amir tidur rumah abang ye ? “ soal danial sambil mengusap rambut amir . Aku menjengkilkan
mataku “ Mana boleh ! , tadi amir dah janji dengan saya dia nak tidur rumah saya malam ni ! “ bentakku .
“ Mana aci ! minggu lepas dia dah tidur rumah awak hari isnin ! , so hari ni giliran saya pula ! “ ujar
Danial . Amir memegang kepalanya dan menjerit sekuat hati .
“ Dah,dah ! susahlah macam ni , abang dengan kakak dua-dua pentingkan diri sendiri ! , tau tak amir ni
dah penat tau nak layan kerenah kakak dengan abang ! dah 3 tahun amir duk pindah-pindah setiap
hari ! . Tak kesian ke kat amir ? dahlah tahun ni amir nak ambik UPSR .. kalau amir fail nanti siapa
susah ? … kalau dah susah-susah sangat kakak dengan kahwin je lah ! duk rumah sama-sama .. taka da
gaduh-gaduh ! Amir pun tak payah pindah-pindah setiap hari .. “ bentak amir . Kami bertiga mengeluh .
“ Okay , guys .. can we start now ? “ soal tuan produser . Aku dan danial mengangguk serentak . “ Okay ..
conversation kita continue lepas ni “ ujarku sebelum mengambil tempat di salah sebuah kerusi .
“ Hai danial .. long time no see “ ujar seorang gadis . Aku meneliti figure gadis itu . Humm , not bad ,
figure ada nampak ala-ala model , muka pun boleh tahan , baju ? tak pe itu bisa di-adjust-in . Lagipun
danial kan kaya , lepas ni boleh lah melabur kat perempuan ni . Aku menghirup fresh orenku . Perempuan
itu seakan-akan menjelingku . Aku menjelingnya kembali . Apa ? macam kau seorang je yang boleh
jelling .
Perempuan itu mula menarik kerusi bersebelahan dania . Danial kelihatan rimas tetapi masih tersenyum
ke arah perempuan itu “ Oh mia ! , ingatkan siapa tadi ..” ujar danial kembali . Perempuan itu tersenyum
manja ke arah Danial . Tanganya pula mula melingkar di bahu danial . Aku terbatuk-batuk kecil manakala
amir mula menjeling perilaku wanita itu .
“ Sorry , tapi I tak selesalah bila you buat macam ni ? malu I depan wife I ni “ terang danial . Matanya
mula melirik ke arahku . Aku pula memberikan danial senyuman yang bagiku cukup manis sekali tika ini .
Oh , pandai ye , dulu amir je jadi `anak` dia , sekarang dengan aku-aku sekali dia masukkan dalam
koleksi rumah pondoknya .
Gadis yang menurut danial sebagai `mia` itu membuntingkan matanya . Anak ? dia tak pernah cakap pun
yang dia dah kahwin . Mia menarik semula tanganya “ Sorrylah makcik , ayah saya memang macam tu ,
dia tak suka perkenalkan kami dengan kawan-kawan dia . Almaklumlah , mak saya ni kan artist , nanti
kontroversi pula “ kini giliran amir pula memainkan peranannya . Aku seperti ingin tergelak guling-guling
tatkala mendengar bicara amir namun ku tahan agar lakonan kami menjadi .
Mia mengalihkan pandanganya ke arah ku “ So..sofia ?! “ tergagap-gagap mia menyebut namaku . Ok ,
sekarang memang aku betul-betul rasa macam nak tergelak
“ Iya saya , cik mia kan ? awak ni model dalam klip video saya haritukan ? “ Mia mengangguk-anggukkan
kepalanya sebelum memegang kepalanya
“ Eh , saya minta maaf kacau family cik..eh , pn.. sofia makan , saya..minta diri dulu lah ye .. “ tergagap-
gagap sofia menuturkan bicaranya . Selepas sofia berlalu , aku , danial dan amir menghamburkan tawa
kami sehingga ditegur oleh pemilik restoran kerana telah menggangu pelanggan lain
“ Tapikan , amir harap sangat kalau sketsa tadi betul-betul berlaku “ keluh amir . Aku memandang
wajahnya . “ Abang tak kisah amir , kalau nak suruh abang kahwin dengan kakak amir sekarang pun
abang sanggup “ aku pula berpaling ke arah danial .Danial melemparkan senyuman manis ke arahku .
Aku terkedu
“Betul ke bang ? , betul ke abang nak kahwin dengan kakak ? “soal amir . Danial mengangguk-
anggukkan kepalanya . Aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua .
“Ingatkan awak tak pernah nak tanya “ ujarku dan mengangguk laju .
“ Awak sofia , penyanyi yang datang jemput amir haritu kan ? “ soal seorang wanita dalam umur 30an .
Aku mengangguk-anggukkan kepalaku dan melemparkan senyuman ke arahnya .
“ Sayang , abang ada good news ! . Ada syarikat dari Beijing nak biayai projek abang ! “ Danial berlari
mendapatkanku . Wanita itu memandang kami berdua
“ Sayang ? , kirannya awak berdua dah kahwin lah ye “ soal wanita itu lagi . aku dan Danial mengangguk-
anggukkan kepala kami serentak .
“ Baik isteri Danial ni , tolong ambilkan adik danial dari sekolah sekali “ ujar wanita itu lagi . Aku dan danial
berpandangan sesame kami .
“ Tak lah mak cik , amir tu memang adik kandung isteri saya “ ujar danial . Wanita itu memandang danial .
“ Laa , haritu kata adik danial ? “ soal wanita itu lagi .
Kami meninggalkan wanita itu yang masih memikirkan hubungan kami tatkala melihat kelibat amir meluru
ke arah kami .
Malam menjelma dan kami bertiga duduk bersantai di kerusi yang terletak berhadapan kolam renang
rumah kami . “ Kakak , abang , amir dapat tawaran masuk asramah penuh “ ujar amir .
Aku dan danial memandang satu sama lain “ Ala , sunyilah rumah ni kalau amir taka da nanti “ ujarku .
Amir memandang pelik ke arahku .
“ Sunyi apanya , tu , dua hero dalam perut kakak tu kan ada .. tak sunyi dah “ ujar amir . Aku dan danial
tergelak mendengar bicara amir
“Ala , amir merajuk ye sebab takut nanti kitaorang dah tak sayang amir ?” danial menyekeh kepala amir .
Amir menarik muncung sedepa
“ Tak marah lah , buat apa nak marah .. lagipun diorang tak ada apa yang amir ada .. “ aku memandang
amir . “ Apa dia ? “ soalku .
“ Amir ada .. 2 ayah..2 mama .. dan seorang kakak dan abang yang telah berjaya menggantikan tempat
ibu bapa amir , malah amir langsung tak rasa pun macam amir tak pernah ada ibu dengan ayah “ ujar
amir sebelum memeluk bahuku dan danial .
Aku dan Danial mencium pipi Amir “ Abang pun nak ucap terima kasih juga kat mir ni ..” ujar danial . Amir
menayangkan double-jerknya . “ Sebab apa ? “ Danial tersenyum memandang aku dan Amir .
“ Sebab teman abang tatkala abang kehilangan ibu bapa abang dan..sebab amir jadi cupid antara ..
abang dengan kakak .. “ ujar danial sebelum menggeletek amir .
Aku tertawa melihat mereka berdua yang kemudiannya berlari mengelilingi kolam renang . Aku
kemudiannya memandang langit sambil mengusap perutku yang kini sudah 7 bulan .

Cerpen : Ayah
17 August 2015
Kategori: Cerpen
Jom bagi ulasan
Oleh:penzalim sunyi
“Abang, nanti kalau saya da takde, abang jaga elok-elok anak kita ni ya? Abang bagilah ilmu dunia
akhirat cukup-cukup. Biar dia jadi orang berguna nanti.” Bicara Iera ketika sedang duduk-duduk berehat
di ruang tamu rumah dua tingkat itu bersama suaminya, Aqif.
Tersentak seketika Aqif apabila mendengar butir bicara isterinya yang tersayang itu. Berbagai hipotesis
kejam menerjah hatinya tika itu. Namun, dia berfikir positif. Itu mungkin bawaan anak sulung yang
dikandung isterinya.
“Sayang, kenapa cakap macam tu? Tak baiklah. Nanti kita sama-sama didik anak kita ni ya?” Ujar Aqif
sebagai benteng bagi mengekang tujahan hipotesis kasarnya sendiri itu dengan segarit senyuman.
Hanya sekuntum senyuman manis sahaja Iera luahkan bagi menjaga hati suaminya itu. Tayangan cerita
aksi di televisyen tidak menarik lagi perhatian merpati dua sejoli itu seolah-olah tayangan itu seperti radio
sahaja, ada suara, gambarnya tiada. Iera masih lagi merenung wajah suaminya yang leka menonton
televisyen. Sebenarnya, fikiran Aqif bukan di situ lagi, tetapi telah terbang jauh entah ke mana bersama-
sama jutaan hipotesis yang terlalu nakal menujah benaknya.
—————————————————————————————————————–
“Ayah.. Ayah….”
Jeritan puteri tunggal Aqif mematikan lamunannya.
“Ya sayang. Kenapa jerit-jerit ni? Malulah kawan-kawan kamu tengok tu.” Ujar Aqif penuh manja.
Puterinya itu, Aisyah Amalina, sekarang berada di darjah 4 dalam alam persekolahan.
“Ayah, Ina dapat nombor 1 lagi dalam kelas.. ” Ujar Ina kegirangan. Bagi anak kecil seperti Ina itu,
berjaya dalam sesuatu perkara amat menggembirakan hatinya.
“Wah. Tahniah anak ayah. Hebat anak ayah ni ya. Ok, hari ni kita makan dekat luar ya? Ayah belanja”
Sambut Aqif dengan penuh tertib. Sejak pemergian arwah isterinya itu, Aqif telah nekad akan
menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada satu-satunya amanah yang telah
ditinggalkan permaisurinya itu.
“Kan seronok kalau ibu ada lagi..” Bibit bicara puterinya itu diselangi tangisan. Walaupun dia masih kecil,
tetapi fikirannya jauh dari usianya.
“Sayang… Tak baik cakap macam itu. Ingat tak apa ayah pesan? Kalau Ina ingat ke ibu, buat apa?”
Sebak hati Aqif melihat kesedihan puterinya itu.
“Ingat. Kita kena bacakan al-Fatihahkan? Sedekahkan pada ibu. Jom ayah, kita baca sama-sama. Tapi
Ina nak baca kuat-kuat, ayah baca perlahan-lahan tau” ajak Ina girang. Dia yang sedari dulu telah diajar
oleh ayahnya ilmu agama, tidak mudah menangisi pemergian ibunya itu. Ayahnya telah menanamkan
amalan yang baik kepada Ina kerana Aqif sedar, menangisi pemergian seseorang itu tandanya tidak
redha kepada ketentuan yang berkuasa.
—————————————————————————————————————–
“Assalamualaikum ayah. Ina ada berita gembira dan juga sedih untuk ayah.” Ina memulakan bicara
apabila duduk bersama Aqif ketika sedang berehat. Kebetulan kerja di pejabat telah Aqif selesaikan lebih
awal. Mujur dia mendapat pekerja yang rajin dan amanah untuk menguruskan syarikat perisian miliknya
bersama dengan arwah isterinya itu dahulu.
“Waalaikummusalam. Berita apa ni Ina? Ayah nak dengar yang sedih dulu” Tenang Aqif menjawab.
“Apalah ayah ni. Selalunya orang nak dengar berita gembira dulu. Baiklah, berita sedihnya, lepas ni Ina
akan berjauhan dengan ayah.” Sugul Ina bercerita.
“Kenapa pula ni? Ina tak sayang ayah lagi ke?” Terkejut Aqif dengan kata-kata anak gadisnya itu.
“Ayah, Ina bukan tak sayang ayah. Itulah, ayah tak mahu dengar berita gembira dulu.” Terkekek-kekek
Ina menahan tawanya daripada terhambur. Dia tidak mahu ayahnya tahu punca dia berkata-kata begitu.
“Ayah, Ina dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam bidang guaman. Ayah
tahukan Ina minat sangat nak jadi peguam. Ina harap ayah izinkan.” Sambung Ina dengan harapan
ayahnya membenarkan dia menyambung pelajaran ke Universiti Malaya.
“Ina… Ina… Ina… suka sangat ye buat ayah terkejut macam tu. Kalau macam tu, ayah izinkan. Bila tarikh
daftar masuk?” lega Aqif mendengar penjelasan puteri suntinya itu.
“Kalau ikut tarikh yang dalam surat tawaran tu, hujung bulan ni ayah.”
“Petang nanti kita keluar pergi beli barang Ina ya. Boleh?” Aqif menghulur pendapat kepada puterinya itu.
“Boleh je. Tapi dengan syarat ayah belanja.” Usik Ina. Dua beranak itu ketawa bersama-sama. Sungguh
mesra dan tabah sekali mereka menjalani hidup tanpa seorang ibu. Aqif nekad tidak mahu kahwin lagi.
Biarlah sepenuh kasih sayangnya tertumpah kepada Aisyah Amalinanya itu.
“Sayang, awak tengok puteri kita ni sekarang. Alhamdulillah, dapat dia penuhi harapan awak dulu mahu
anak kita jadi peguam.” Aqif menyeka air mata sambil bermonolog dalam hatinya. Kerinduanya terhadap
arwah isteri masih kuat lagi walaupun sudah 20 tahun arwah pergi ke alam baqa’.
—————————————————————————————————————–
“Ina, jaga diri elok-elok dekat tempat orang ni. Ayah da pernah belajar setahun dekat sini. Ayah hampir
masak dengan perangai orang-orang sekeliling KL ni. Ayah percaya dan yakin ke anak ayah ni. Jangan
khianat kepercayaan ayah ya sayang?” Dengan iringan titisan air mata Aqif menyampaikan amanat
kepada puteri tunggalnya. Kehidupan di bandar Kuala Lumpur sangat mencabar terutama kepada kaum
Hawa. Silap langkah, buruk padahnya.
“Baik ayah. Ina janji dengan ayah Ina akan telefon ayah selalu. Ayah jangan rindu-rindu Ina ya?” Usik Ina
ingin cuba mengawal cucuran air matanya. Dia yang selama ini tidak pernah berpisah jauh dengan
ayahnya cuba untuk menguatkan hatinya agar dia mampu membalas jasa-jasa ayahnya dan arwah
ibunya dahulu.
“Baiklah. Kalau ada apa-apa masalah, telefon ayah ya. Ayah pulang dulu. Jangan nakal-nakal, belajar
rajin-rajin.” Kucupan terakhir diberi kepada puterinya itu sebelum Aqif bertolak pulang. Tanggungjawab
kerjanya tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Justeru itu. Dia tidak dapat menetap di Kuala Lumpur
dalam tempoh yang lama.
—————————————————————————————————————–
Hari-hari perkuliahan Ina berlangsung seperti biasa. Ina yang kini berada dalam tahun kedua
pengajiannya sudah mampu mengadaptasi kehidupan di Kuala Lumpur. Ina seorang gadis yang riang
dan peramah. Walaupun begitu, pantang baginya untuk mencari buah hati di sini. Baginya, buah hati
boleh dicari selepas tamat pengajian empat tahunnya. Amanah ayahnya dipegang kuat. Dia tidak mahu
pelajarannya merosot hanya kerana mengejar apa yang orang kata cinta hati. Cinta hatinya sekarang
hanyalah ayahnya, yang telah selama ini bersusah payah membesarkan dan menjaganya seorang diri
tanpa sang permaisuri di sisi. Dia terikut perangai ayahnya yang sebegitu menjaga nilai-nilai ketimuran
dalam kehidupan mereka. Kata-kata keramat ayahnya sentiasa dipegang kemas di dalam benak hatinya
serta sedekah kepada arwah ibunya tidak pernah putus-putus walau sesibuk mana sekalipun Ina di
kampus.
“Assalamualaikum Ina..”
Aktiviti ini terganggu seketika sedang dia asyik menelaah pelajaran. Azlan, seorang pelajar senior fakulti
dia sedang berdiri sopan di hadapannya.
“Waalaikummusalam. Ye saya. Kenapa abang Lan? Boleh Ina bantu?” sopan dan ramah Ina menjawab
salam seniornya itu. Ayahnya selalu berpesan agar hormatilah orang yang lebih tua daripadanya kerana
mereka ini punyai pengalaman yang masih belum orang muda rasai.
“Begini, boleh saya duduk di sini? Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan kamu.”
Ina hanya mengangguk membenarkan. Namun begitu, Ina tidak mahu berlaku sebarang fitnah dan syak
wasangka. Lantas dia mengajak Yana, rakan sebiliknya yang kebetulan ada di meja sebelahnya untuk
duduk bersama-sama dia. Bagi Ina, tidak sopan kalau sepasang lelaki dan perempuan duduk semeja
berdua kerana akan ada yang ketiga yang akan menghasut hati manusia untuk mendekati perbuatan
terkutuk dalam agama.
“Saya harap abang Lan tak kisah jika Yana duduk sama-sama kita. Lagipun, abang Lan kenal Yanakan?”
ujar Ina penuh sopan. Azlan hanya mengangguk sahaja.
Usai Yana mengambil tempat duduk, Azlan terus mulakan bicaranya.
“Ina, sebenarnya saya dah lama perhatikan kamu. Saya.. saya… sudah jatuh hati pada Ina. Saya harap
Ina sudi terima cinta saya ini”
Terkaku dua orang gadis itu mendengar penjelasan Azlan. Ina terdiam dan malu sehingga kemerahan
mukanya. Hampir lima minit mereka bertiga terkunci mulut masing-masing.
“Aaa… Ina.. Ina tak tahu nak cakap apa, abang Lan. Ini satu kejutan buat Ina. Tapi kalau abang betul-
betul ikhlas mahukan Ina, abang tanya ayah Ina dulu. Dia wali Ina yang sah dan dia sahaja berhak buat
keputusan untuk Ina.” Ina memulakan bicara. Terketar-ketar suaranya ketika melontarkan kata-kata itu.
Luahan hati Azlan umpama halilintar yang menyambar jantungnya.
Azlan hanya diam, berfikir sejenak. Azlan merupakan salah seorang pelajar yang terkenal di fakulti
mereka. Selain daripada dikurniakan otak yang bergeliga, Azlan petah berkata-kata dan kata-katanya
bukan sekadar omong kosong. Ada isinya, kiasnya dan juga sindir dalam senyumannya. Setakat ini, tiada
lagi berita-berita buruk yang benar-benar sah mengenai Azlan. Manusia ini, hasad dengkinya tinggi.
Sudah berkali-kali Azlan difitnah dengan bermacam-macam perkara. Dari menipu dalam peperiksaan
sehingga berita ditangkap basah sudah dijaja oleh orang-orang yang berhati busuk. Namun, yang benar
tidak akan tertutup dek kehebatan penipuan. Natijahnya, keperibadian Azlan terus-terusan dipuji.
“Hmm. Baiklah kalau begitu… Minta maaf kalau menggangu Ina sedang belajar. Assalamualaikum, Ina,
Yana” Ucap Azlan sopan dan terus berlalu pergi.
Yana masih tidak percaya akan keberanian Azlan melamar sahabat baiknya itu. Sehingga mereka berdua
pulang ke bilik, Yana tidak berhenti bertanya macam-macam perkara kepada Ina sehinggakan Ina
tergelak mendengar celoteh sahabatnya itu.
—————————————————————————————————————–
“Ina, mari sini sekejap sayang. Ayah ada perkara ingin dibincangkan” panggilan Aqif itu menyebabkan Ina
tersentak. Berbagai teori bermain di fikirannya.
“Ye ayah. Perkara apa yang ingin dibincangkan? Serius sahaja bunyinya.” Usik Ina bagi menenangkan
gejolak hatinya itu.
“Ayah nak tanya. Kalau ayah nak jodohkan kamu dengan seseorang, kamu mahu?” Aqif memulakan
bicaranya.
Tersipu-sipu Ina ingin menjawab. Hati wanitanya melonjak-lonjak ingin mengatakan setuju, tetapi akal
warasnya membantah.
“Ina tak kisah ayah. Ayah berhak ke atas Ina sepenuhnya kerana ayah adalah wali Ina. Apa yang baik
bagi ayah, insya Allah baik juga untuk Ina” sopan Ina menjawab.
“Baiklah begitu. Ayah harap sayang tak menyesal.”
“Insya Allah ayah. Sesungguhnya redha Allah itu bergantung pada redha ibu bapa. Jadi Ina tahu ayah
akan memberikan segala yang terbaik untuk Ina.” Jujur Ina menjawab sambil memeluk ayahnya itu.
Kolam air mata Ina tidak dapat dibendung lagi. Bercucuran air matanya.
“Kenapa menangis ni? Selalunya, orang nak kahwin gembira. Kamu ni lain pula? Aduhai ayah seorang ni.
Pelik-pelik sahaja perangainya. Sebiji macam perangai ayahnya juga.” Usikan Aqif berjaya menerbitkan
semula senyuman manis di bibir puterinya itu.
—————————————————————————————————————–
“Aku nikahkan Muhammad Azlan bin Asri dengan anak perempuanku Aisyah Amalina binti Mohamad Aqif
dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai” lancar Aqif mengakadkan bakal menantunya itu sendiri.
“Saya terima nikahnya Aisyah Amalina binti Mohamad Aqif dengan mas kahwin RM250 tunai” lancar
Azlan menjawab lafaz akad nikahnya.
Dengan sekali lafaz, Azlan telah sah menjadi suami kepada Aisyah Amalina binti Mohamad Aqif pada
malam 28 Februari itu. Sengaja mereka memilih tarikh itu kerana tarikh itu merupakan tarikh yang
bermakna buat ayah mereka, Aqif. Pada tarikh keramat itulah 25 tahun yang lepas, dua hati telah
disatukan atas jalan yang diredhai, iaitu tarikh yang sama arwah Iera dan Aqif diijabkabulkan.
Kolam air mata Aqif pecah pada malam itu. Dia tidak mampu menahan sebak kerana pada waktu dan
ketika yang sama 25 tahun lepas, dia berada di tempat Azlan, diijabkan oleh ayah mertuanya. Sekarang,
sudah 25 tahun berlalu, sayangnya arwah isterinya tidak dapat bersama-sama mereka meraikan hari
bersejarah buat puteri tunggal mereka.
“Azlan, kamu jagalah Ina baik-baik. Bimbinglah dia ke jalan yang akan menjamin syurga buat kamu
sekeluarga.” Aqif tidak mampu memberikan pesanan yang banyak kepada menantunya itu. Bengkak
matanya menangis yang bercampur aduk puncanya, kerana kesedihan isterinya tiada di sisi, kerana
terlalu gembira kerana anaknya sudah halal berpunya.
“Terima kasih ayah kerana sayangkan Ina selama ini. Ayah jangan khuatir, abang Lan sudah bersetuju
untuk menetap disini bersama-sama ayah. Lagipun, ayah dan abang Lan sama-sama minat bola sepak.
Jadi ada regulah untuk ayah dan abang Lan.” Ina mengusik ayahnya. Walaupun ketawa dan senyum
menghiasi bibir puterinya itu, linangan air mata Ina tidak dapat ditahan-tahan.
—————————————————————————————————————–
“Atok!! Atok!! Penatlah Imah dengan Iman jerit panggil atok. Atok ni suka termenung la. Atok nak cari
nenek ya untuk kami??” celoteh nakal Imah menganggu lamunan jauh Aqif.
“Iman!! Imah!! Jangan kacau atok berehat.” Ina menjerit dari dalam rumah memarahi anak kembarnya itu.
Iman dan Imah terlalu manja dengan Aqif kerana hanya Aqif sahaja datuk mereka. Ibu dan ayah Azlan
telah kembali ke rahmatullah ketika mereka berdua menunaikan haji dua tahun lepas. Rumah dua tingkat
itu kini semakin riuh dengan suara cucu kembarnya itu. Berkat doa dan redha Aqif dalam pembentukan
rumahtangga Ina dan Azlan dibalas dengan keharmonian mereka. Tidak pernah mereka suami isteri
bergaduh. Azlan hormat akan ayah mertuanya itu.
“Sayang, kalau awak masih ada di sisi saya sekarang, mesti awak tersenyum melihat keletah cucu
kembar kita ni.”
Aqif tersenyum dan linangan air mata membasahi pipinya yang kini semakin berkedut dimamah usia.
Nuriman dan Nurimah duduk didakapan datuknya itu sambil merenung bulan dari buaian kayu itu.
0338 180214

Tajuk : Erti Sebuah Persahabatan


“Wafi, salam Sarah.” Wafi Hawani memandang ibunya. Bahunya ditolak perlahan agar dia bersalaman
dengan Sarah Masyitah, jiran yang sebaya dengannya. Akhirnya, tangan kanannya dihulur jua. Lama
tangan kecil mereka bertaut.

“Nama saya Wafi Hawani. Nama awak, apa?” Wafi memulakan bicara.

Sarah terdiam. Dia bagaikan tidak tahu apa yang harus dituturkan. Tidak lama kemudian, Sarah
menarik kembali tangannya. Dia mengogoi sambil berlari ke belakang ibunya.

“Ibu, mengapa dengan Sarah?” Wafi memandang ibunya semula kerana dia kehairanan.

“Huda, saya masuk ke dalam rumah dahulu, ya? Nampaknya Sarah masih susah bergaul dengan orang
lain.” Puan Iman, ibu kepada Sarah meminta diri.

“Baiklah,” balas Puan Huda, ibu kepada Wafi sambil tersenyum.

“Hei!” Pada saat itu, Wafi terasa seperti ada hempukan kuat hinggap di belakangnya. Dia mengaduh
sambil menggosok-gosok belakangnya.

“Berfikir tentang apa? Nampak seperti berangan sahaja?” Wafi menjeling Sarah dengan tajam.

“Lain kali, berilah salam. Ini tidak, terus menyergah orang. Sakit belakang badan saya!” Wafi masih
dengan renungan tajamnya. Sarah terkerising.

“Maafkan saya, saya tidak ada niat untuk menyakitkan awak. Sekadar bergurau. Maafkan saya, ya?”
Sarah menundukkan kepalanya supaya dapat mencari anak mata Wafi yang sedang menunduk.

Tawa Wafi meletus. Sarah terpinga-pinga. Seketika kemudian, Sarah seperti meyedari sesuatu. Terus
tangannya hinggap di belakang Wafi.

“Aduh, sakitlah!” Badannya digosok. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Sarah sekali lagi.

“Menipu saya lagi!”

“Maaflah, siapa suruh awak memukul saya? Sudahlah dipukul dua kali, sekarang saya pula yang perlu
memohon maaf.” Wafi memuncungkan mulutnya. Bukannya dia marah betul-betul tadi, sekadar mahu
melihat reaksi Sarah. Sudahnya, dia dipukul lagi. Nasib badan...

“He..he.. maafkan saya juga!” Sarah tersengih lagi. Terlupa pula dia, Wafi bukanlah jenis perempuan
yang suka membawa rajuk. Hidupnya sentiasa ceria dan berbunga.

“Apa yang awak fikirkan tadi?” Sarah membuka semula topik utama.

“Saya cuma mengimbas kembali waktu pertama kali kita berjumpa. Pada waktu itu, saya hairan
mengapa awak melarikan diri daripada saya.” Kata Wafi sambil tersengih-sengih.

“Saya agak sukar hendak bergaul dengan orang yang asing bagi saya. Kerana itulah, saya menangis.
Maafkan saya kalau awak terasa dengan perbuatan saya.”
“Saya orang asing? Tidak mengapalah.” Wafi membuat muka serius.

“Ya, awak orang asing. Mengapa?” Sarah mebuat muka serius padahal, dia sudah hendak tergelak
melihat perubahan pada wajah Wafi sewaktu dia menuturkan ayat tadi.

“Eh, kerja sekolah saya masih belum diselesaikan. Pergi dahulu!” Wafi meminta diri.

“Ish, saya bergurau sahaja! Itupun hendak mengambil hati.” Sarah seperti serba salah. Tahulah dia
bahawa Wafi menipunya kerana mereka tidak ada kerja sekolah! Esok mereka akan mengambil slip
keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah. Mungkin mereka akan bertukar sekolah. Jadi,
Sarah dapat merasakan bahawa Wafi akan berpindah ke sekolah lain. Yalah, Wafi merupakan seorang
pelajar yang pintar sedangkan dia? Tidak tahulah bagaimana dengan masa hadapannya...

Wafi menoleh. Sarah berdiri kaku di belakangnya. Langkah diundur semula. Bahu Sarah dipegang.

“Mengapa dengan awak?”

Sarah tersenyum lemah. Dia menggeleng. “Wafi, kalau awak mendapat tawaran daripada mana-mana
sekolah, adakah awak akan pergi?”

Dahi Wafi berkerut. Keningnya hampir bercantum. Apa kaitannya tawaran sekolah yang akan dia dapat
dengan Sarah? “Er... tengoklah bagaimana. Kalau itu merupakan sebuah sekolah yang bagus, mungkin
saya akan pergi ke sana.” Wafi berkata dengan jujur tanpa perasan akan perubahan pada wajah Sarah.

“Eh, marilah kita bermain lagi. Esok, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah akan keluar. Lebih baik
kita menghabiskan masa bersama sebelum awak berpindah.” Sarah menceriakan wajahnya yang
sebentar tadinya keruh.

“Mari!” Wafi tersenyum sama tanpa mengambil serius kata-kata Sarah lalu menarik tangan Sarah
kembali ke taman permainan semula.

*******

Satu per satu nama pelajar yang mendapat semua A diumumkan. Debaran di dada semakin menggila.
Wafi mengelap peluh yang membasahi dahi. Dia mengerling Sarah di sebelahnya. Wajah Sarah juga
tampak risau. Dia dapat melihat Sarah menarik nafas beberapa kali kemudian menghembuskannya
semula. Wafi memandang ke kiri dan ke kanan. Ada pelajar yang sedang menangis, ada yang hendak
menangis, ada juga yang sedang beristighfar berkali-kali. Mungkin hendak menenangkan diri mereka.

“Wafi Hawani.” Spontan Wafi berdiri. Kakinya melangkah dengan pantas. Rasa syukur dipanjatkan
kepada Ilahi berkali-kali.Alhamdulillah, alhamdulillah!

“Tahniah,” Wafi menyalami pengetua sekolahnya dan mengucapkan terima kasih. Langkah kembali
diatur ke tempat duduk. Sarah memandangnya dengan senyuman yang cuba dilebarkan namun Wafi
tahu, senyuman itu adalah senyuman yang lemah dan penuh dengan kerisauan.
“Sarah Masyitah.” Nama Sarah disebut juga akhirnya selepas nama tiga puluh orang pelajar. Sarah
kembali ke tempat duduknya dengan senyuman hambar.

“Apa keputusannya?” Wafi bertanya dengan terujanya.

“Tidaklah sehebat keputusan awak.” Sarah masih tersenyum namun Wafi dapat melihat kesedihan
dan kekecewaan di sebalik senyuman Sarah. Dalam keadaan begini, Sarah masih dapat tersenyum?

“Eh, beritahulah saya! Keputusan saya juga biasa-biasa sahaja.”

“Saya cuma mendapat 3A 2B sahaja.” Sarah mengalih pandang. Ada cecair jernih yang bergenang di
pelupuk matanya.

“Wah, tahniah! 3A 2B juga sangat hebat. Alhamdulillah, kita berjaya lulus!” Wafi menepuk-nepuk
bahu Sarah dengan perlahan. Kata-katanya diluahkan dengan ikhlas, langsung tiada niat hanya ingin
menyedapkan hati Sarah.

“Alhamdulillah, tetapi apa kata ibu dan bapa saya nanti? Mereka sangat berharap kepada saya.” Sarah
menatap wajah Wafi dengan mata kuyunya. Setitis air jernih gugur ke pipi.

“Berdoalah agar mereka dapat menerimanya dengan senang hati. Saya yakin ibu dan bapa awak
sangat berfikiran terbuka.” Wafi terus-menerus menasihati Sarah. Masa tidak boleh diputar kembali.
Inilah hakikat yang harus Sarah terima.

Para pelajar diizinkan pulang ke rumah. Senyuman menghiasi bibir Wafi. Ditepuk perlahan bahu Sarah
agar dia turut tersenyum. Ini ujian daripada Allah, dia harus menerimanya.

Berjalan kaki ke rumah mereka hanya mengambil masa selama lima minit sahaja. Lebih
menyenangkan, rumah mereka hanya sebelah-menyebelah.

Wafi memberi salam kepada Sarah tanda dia ingin meminta diri.

Baru sahaja dia ingin menjejakkan kaki ke dalam rumah, ibu dan kakak-kakaknya meluru kepadanya.
Wafi terkejut.

“Boleh saya melihat slip keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah kamu?” Wafa Shahirah, kakak
kedua Wafi bertanya.

Serentak dengan itu, Wafi menghulurkan tangan. Slip keputusan ujian di tangannya diambil oleh kakak
pertama Wafi. Perebutan mula berlaku.

“Eh, janganlah bergaduh. Wifa Aleeya, berikan slip itu kepada ibu. Lain kali, tunggulah sehingga tiba
giliran kamu.” Usai berkata-kata, slip itu terus berpindah tangan. Puan Huda tersenyum. Tangannya naik
mengusap kepala Wafi.

“Alhamdulillah, tahniah!” Tubuh kecil Wafi segera ditarik ke dalam dakapannya. Wafi juga berterusan
mengucapkan kalimah suci itu.
“Eh, Sarah bagaimana pula?” Sekonyong-konyong Wafa bertanya. Wafa sememangnya lebih pantas
berbanding mereka berdua.

Wafi tersenyum sambil berkata. “Syukur, dia mendapat 3A 2B.”

Puan Huda mengangguk. Dengan keputusan begitu, Sarah sudah layak memasuki Sekolah Menengah
Taman Laut yang merupakan sekolah menengah kepada sekolah rendah mereka sekarang.

“Wafi, pergi mandi sekarang. Selepas itu, solat. Usai solat, jangan pula kamu segera mengangkat kaki
dari sejadah. Berzikir terlebih dahulu.” Wafi mengangguk. Arahan ibunya sudah melekat di dalam ingatan
mereka bertiga. Setiap hari mereka diingatkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama.

“Assalamualaikum.” Ucapan salam dari luar rumah dibalas.Wafi yang sedang berehat-rehat selepas
mandi mencapai tudung yang tersadai di atas tilam lalu keluar ke halaman rumah. Sarah berdiri di luar
pagarnya dengan senyuman.

“Mari kita ke taman?” Wafi mengangguk sambil tersenyum senang.

“Wafi, terima kasih, ya!” Ucap Sarah dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

“Untuk apa?” Tanya Wafi kehairanan.

“Alhamdulillah, ibu dan bapa saya dapat menerima keputusan peperiksaan saya dengan baik. Saya
sangat bersyukur kerana sebelum ini mereka sering menyuruh saya belajar dan belajar. Risau juga kalau
saya tidak mendapat keputusan yang baik. Tetapi...” Wafi mengalihkan pandangannya kepada wajah
Sarah.

“Kakak-kakak dan abang saya masih merendahkan kebolehan saya. Mereka kata, saya tidak belajar
dan malas berusaha. Padahal, saya tidak sepandai mereka. Bukan semua orang boleh sentiasa berjaya
dan berada di atas, bukan?” Sarah mengambil tempat duduk di atas buaian. Wafi mengangguk sambil
menyertainya.

“Tidak mengapalah, UPSR bukan penentu perjalanan hidup kita. Ia sekadar permulaan. Tahun
hadapan, kita cuba lagi ya?” Kata-kata Wafi meniup semangat dalam diri Sarah.

Tajuk perbualan mereka tidak berakhir di situ. Wafi dan Sarah meneruskan perbualan mereka sambil
bermain di taman permainan yang disediakan di taman perumahan mereka. Senyuman sentiasa
menghiasi bibir dua sahabat baik itu. Mungkinkah perjalanan hidup mereka akan sentiasa diiringi pelangi
yang sentiasa mewarnai hidup?

*******

Tujuh bulan berlalu.Ujian Satu juga telah berlalu. Wafi tersenyum lega.Alhamdulillah, dia dapat
menjawab kesemua soalan dengan baik. Agaknya, bagaimana pula keadaan Sarah? Adakah dia juga
dapat mengakhiri peperiksaan mereka dengan senyuman? Wafi yakin akan kebolehan Sarah. Wafi
mengeluh. Sejak dia dan Sarah melangkah ke alam sekolah menengah, jarang sekali mereka dapat
bertemu di sekolah. Wafi berjaya ditempatkan di kelas yang pertama manakala Sarah ditempatkan di
kelas yang ketiga. Waktu pertemuan mereka hanyalah pada waktu rehat dan pada waktu tamatnya hari
persekolahan. Namun, semua itu tidak menghalang niatnya untuk terus berusaha mencapai segulung
ijazah bersama Sarah.

Kring!

Wafi bangun dari tempat duduknya. Waktu rehat telah bermula bermakna dia akan pergi ke kelas
Sarah untuk menemuinya.

“Sarah, kamu seorang sahaja yang gagal bagi subjek matematik. Biarpun kamu berada di dalam kelas
yang ketiga, kamu tetap harus berusaha. Rakan-rakan kamu, semuanya lulus. Kelas yang terakhir juga
ada yang berjaya lulus. Saya pasti yang kamu tidak menelaah buku matematik dan membuat latihan.
Subjek ini memerlukan latihan yang banyak. Adakah kamu mengulang kaji subjek ini?” Puan Aznidar,
guru matematik kelas Sarah menyoalnya. Wafi yang terdengar luahan guru itu menapak beberapa
langkah ke belakang. Bukan niatnya mahu mencuri dengar perbualan mereka tetapi Sarah, rakan baiknya
juga terlibat sama. Sarah adalah sahabat sejatinya.

“Saya sudah belajar tetapi, saya tidak memahami beberapa topik yang dipelajari. Tambahan pula, saya
memang lemah dalam subjek ini.” Jawab Sarah. Terdengar keluhan berat lahir dari bibir Puan Aznidar.

“Kalau tidak tahu, mengapa tidak bertanya kepada saya? Kamu juga boleh merujuk kepada rakan-
rakan kamu yang lain. Oh, ya! Rakan baik kamu dari Kelas 1 Gamat. Siapa namanya?” Sarah menunduk.
Wafi memasang telinga sebaik sahaja namanya dipetik.

“Wafi Hawani.” Perlahan nama Wafi dituturkan.

“Ya, Wafi. Saya banyak mendengar pujian daripada guru-guru mengenai Wafi. Keputusan Ujian Satu
Wafi juga sangat memuaskan. Kamu bersahabat baik dengannya, mengapa tidak belajar sekali? Dia boleh
membimbing kamu jika kamu tidak tahu. Kalau beginilah sikap kamu, kejayaan memang tidak akan kamu
capai. Kamu malas!” Suara Puan Aznidar semakin meninggi. Wafi menahan sabar di sebalik dinding.
Mengapa perbualan mereka dikaitkan dengannya? Penyataan guru itu tentang ‘Sarah malas’ langsung
tidak benar. Dia sendiri ada bersama ketika Sarah mengulang kaji pelajaran malah mereka sering belajar
bersama-sama. Kaki ini terasa ringan hendak menapak ke dalam kelas Sarah.

Sarah terdiam. Dia menunduk. Air mata bergenang di pelupuk matanya. Bukan kehendaknya untuk
menjadi seorang pelajar yang tidak pandai! Dia tahu dia lembab. Lembab di dalam pelajaran. Mungkin
dia akan sentiasa berada di tempat yang terakhir.

“Kalau keputusan Peperiksaan Akhir Tahun kamu masih begini, saya akan menukarkan kamu ke kelas
keempat.” Puan Aznidar bangun. Sebelum keluar dari kelas, dia menyambung. “Belajar daripada Wafi.”
Kaki dihayun laju ke pintu kelas.

Wafi tersentak. Alamak, Puan Aznidar hendak beredar! Dia membatukan diri di tepi pintu. Agaknya,
dapatkah Puan Aznidar melihatnya? Mata dipejam rapat.
“Ehem, sudah lama kamu berada di sini?” Serentak dengan itu, mata Wafi terbuka luas. Tangannya
naik menggaru kepala yang tidak gatal. Wafi terkerising.

“Maafkan saya, cikgu. Saya ingin berjumpa dengan Sarah.” Dengan tenang Wafi meluahkannya.

“Baiklah, jangan lupa belajar dan mengajar Sarah. Keputusan Ujian Satu Sarah sangat teruk. Lainlah
kamu, kamu pelajar yang pintar.” Sebaik sahaja beliau menghabiskan ayat, beliau mengerling Sarah. Wafi
menahan diri. Hatinya serba tidak kena mendengarkan kata-kata Puan Aznidar.

“Baiklah, saya akan belajar dengan Sarah. Saya hanyalah pelajar yang biasa-biasa. Tidak sepintar yang
cikgu fikirkan.” Wafi membalas kata-kata Puan Aznidar. Bukan niatnya untuk bersikap kurang ajar dengan
gurunya tetapi, dia merasakan tidak wajar bagi seorang guru untuk menuturkan sesuatu yang tidak
sedap didengar kepada pelajarnya. Tugas seorang guru adalah untuk membimbing pelajar. Lumrah hidup
jika kita gagal di dalam hidup. Sedangkan ahli sains gagal di dalam eksperimen, inikan pula pelajar yang
biasa.

Wafi menarik nafas dan menghembuskannya semula. Dia perlu mencari kekuatan untuk menghadapi
semua ini. Langkah diatur ke arah Sarah. Sarah masih membatu.

“Saya ini memang ditakdirkan menjadi pelajar yang gagal, bukan?” Langkah Wafi terhenti. Sungguh,
dia terpempam. Perlahan-lahan Wafi melangkah ke arah Sarah.

“Mengapa awak tidak bertanya kepada saya kalau tidak faham? Saya sentiasa ada. Ketika kita
mengulang kaji pelajaran bersama, saya mempunyai waktu yang banyak untuk menjawab soalan-soalan
daripada awak.” Wafi meluahkan isi hatinya. Dia sedih dengan Sarah. Mengapa Sarah tidak menggunakan
peluang yang ada ketika mereka belajar? Sekarang, Sarah dituduh malas belajar. Dan Wafi mendapat
nama. Bukan pujian seperti itu yang dia mahukan.

“Semua orang menyalahkan saya! Awak juga menyalahkan saya.” Suara Sarah semakin mengendur.
Esakan halus mulai kedengaran.

“Awak sahabat saya. Saya tidak akan menyalahkan awak.” Suara Wafi juga semakin perlahan.

Sarah berlari keluar dari kelasnya dengan esakan kecil. Wafi tidak menghalang malah membiarkan
Sarah. Sarah memerlukan waktu untuk bersendirian. Dia perlukan waktu.

Sepanjang hari di sekolah, Wafi tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Fikirannya
melayang memikirkan keadaan Sarah.

“Wafi, mari pulang.” Dania, rakan sekelas Wafi menegurnya yang sedang mengelamun.

“Okey,” Wafi tersenyum.

Wafi berjalan melintasi kelas yang Sarah duduki. Tempatnya kosong. Nampaknya, Sarah tidak
menunggunya seperti biasa. Wafi mengeluh. Tidak mengapalah. Mungkin Sarah masih perlu
bersendirian.
Wafi menghenyakkan punggung di atas sofa. Hilang segala penatnya di sekolah tadi.

“Wafi, surat ini untuk kamu.” Surat di tangan ibunya dicapai. Perlahan-lahan sampul surat itu dikoyak.

“Apa? Tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara Taiping?” Wafi berkata dengan kuat. Puan Huda
mengambil surat di tangannya.

“Eh, lambatnya surat tiba.” Kata Puan Huda dengan nada perlahan.

“Kamu hendak pergi?” Soalan itu menyentakkan Wafi. Dia terdiam.

“Ibu, saya mandi dahulu? Nantilah saya fikirkannya.” Dengan berat hati Wafi melangkah. Dalam
fikirannya, bagaimana dengan Sarah nanti? Peluang hanya datang sekali. Sahabat sejati hanya satu dalam
seribu.

Usai membersihkan diri dan solat, Wafi merehatkan diri di dalam bilik. Dia tidak ada selera hendak
makan. Matanya tajam merenung kipas yang berpusing di siling. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Puan
Huda menjengah masuk.

“Sarah datang.” Dua perkataan itu membuatkan Wafi bangun secara tiba-tiba. Cepat-cepat dia
melompat turun dari katilnya. Tudung dicapai. Puan Huda hanya menggeleng melihat perlakuan
anaknya.

Wafi meluru ke arah Sarah. Dia memeluk Sarah dengan erat. Bagaikan tidak mahu melepaskan Sarah
pergi.

“Eh, rimaslah!” Dengan perlahan tubuh Wafi ditolak. Wafi terkerising. Seronoknya dapat menyakat
Sarah!

“Mahu peluk lagi!” Wafi mendepakan tangannya. Pantas Sarah mengelak. Tidak tahulah mengapa
dengan Wafi. Gembira semacam!

“Saya mahu memohon maaf daripada awak. Perasaan saya terganggu sebentar tadi.” Wafi berhenti
menyakat Sarah. Bahu Sarah dipukul.

“Aduh, sakitlah! Saya hendak memohon maaf, awak pukul pula!” Sarah mencebik.

“Tidak ada apa yang perlu dimaafkan kerana awak tidak pernah berbuat salah kepada saya. Eh, mari
kita pergi bermain!” Wafi menarik tangan Sarah agar mengikutinya. Dia tidak perlu meminta kebenaran
daripada ibunya kerana ibunya sudah sedia maklum jika Wafi bersama Sarah, pasti mereka tidak akan
‘melekat’ di satu tempat.

Wafi dan Sarah duduk di atas buaian. Wafi bernyanyi-nyanyi kecil. Gembiranya hati ini!

“Emm... saya terdengar, awak mendapat tawaran daripada MRSM.” Kata-kata Sarah membuatkan
segala pergerakan Wafi terhenti. Wafi membeku. Bagaimana Sarah mengetahuinya?
“A... awak tahu daripada mana?” Tergagap-gagap Wafi menuturkannya.

“Maaf, saya terdengar perbualan di antara ibu saya dan ibu awak.” Sarah menarik nafas. Dia
sememangnya sudah mengagak perkara seperti ini akan berlaku. Dan perkara seperti inilah yang paling
dia takuti.

“Awak jangan risau, saya tidak akan pergi ke sana.” Dalam senyuman Wafi membalas.

“Tetapi, mengapa? Bukankah sekolah itu merupakan di antara yang terbaik? Awak juga pernah
memberitahu saya, jika sekolah itu bagus, mungkin awak akan pergi.” Kerutan bertambah pada wajah
Sarah. Hairan dengan sikap Wafi.

“Kalau awak fikir akan keadaan saya, saya sangat menghargainya. Tetapi, awak tidak perlulah
berkorban sehingga begitu sekali. Peluang hanya datang sekali.” Dengan satu nafas Sarah menuturkan
kata.

Wafi tersenyum. Memang itulah yang dia fikirkan. Tentang Sarah. Mungkin Sarah tidak menyedarinya
tetapi, dia juga memerlukan Sarah sebagai sahabat. Bukannya rakan. “Eh, saya ada cakap begitu? Saya
kata mungkin, bukannya akan. Subjek bahasa Melayu awak pasti tidak lulus. Dan siapa kata saya
memikirkan keadaan awak? Saya yang mengambil keputusan untuk tidak pergi. Awak janganlah risau,
mulai hari ini, saya akan membantu awak dalam pelajaran. Jangan malu bertanya, nanti tersesat jalan!”
Wafi ketawa.

Sarah memukul lengan Wafi. “Eh, subjek bahasa Melayu saya luluslah!” Sarah turut ketawa bersama
Wafi. Petang itu, banyak perkara yang mereka pelajari. Tentang pelajaran, tentang kehidupan juga
persahabatan.

*******

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun telah diketahui. Alhamdulillah, Wafi berjaya mengekalkan
kedudukan di tempat pertama dengan keputusan semua A. Dan semestinya dia akan ditempatkan di
dalam kelas yang pertama pada tahun hadapan. Wafi berdebar-debar menantikan keputusan
peperiksaan Sarah.

Sejurus loceng tamat persekolahan dibunyikan, Wafi meluru ke kelas Sarah. Kebetulan Sarah sedang
menunggunya dengan wajah sugul. Tiba-tiba dia berasa berdebar dan takut. Dia dan Sarah telah berjanji
hendak belajar di dalam kelas yang sama pada tahun hadapan.

“Assalamualaikum. Apa keputusannya Sarah?” Wafi menanti jawapan daripada Sarah dengan sabar.

“Waalaikumussalam.” Sarah menarik nafas sebelum menyambung semula. “Maafkan saya, Wafi.”
Wajah Wafi dipandang sayu.

“Maaf? Mengapa? Apa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun awak? Awak ditempatkan di dalam kelas
apa? Beritahulah saya.” Bertalu-talu soalan daripada Wafi. Ah, tidak sabarnya!
“Saya... saya...” Jawapan daripada Sarah membuatkan Wafi tidak sabar lalu menjerit.

“Saya apa?”

“Opocot, saya berjaya!” Latah Sarah. Wafi tergelak.

“Ish, buat saspen saya sahaja! Lain kali, beritahulah awal-awal.” Wafi menepuk bahu Sarah.

Sarah menggosok-gosok lengannya. Bahunya selalu menjadi mangsa Wafi. Sarah terkerising.

“Memang itu tujuan saya. Biar lambat, asal selamat!” Sarah tersenyum. “Alhamdulillah, saya berjaya
memasuki kelas yang pertama dengan keputusan 4A 4B. Saya sangat bersyukur kerana tiada huruf C yang
bertapak di atas slip keputusan saya. Kalau awak hendak tahu, Puan Aznidar juga memuji saya. Dia
memohon maaf atas kata-katanya yang kasar dahulu. Tujuannya hanya ingin menasihati tetapi dia sangat
marah kerana hal ini, dia disoal oleh pengetua. Saya merasa sangat bersalah.” Luah Sarah dengan
bersungguh-sungguh.

“Tidak mengapalah. Asalkan awak telah membuktikan kepada semua orang dan diri sendiri bahawa
awak juga mampu berjaya. Tahun hadapan, kita berusaha lagi. Awak duduk dengan saya ya, di dalam
kelas?” Kata Wafi dengan gembiranya. Sarah mengangguk. Pelangi kian mewarnai kehidupannya
kembali. Dia sangat bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan kepadanya. Nikmat yang tidak terhingga
iaitu seorang sahabat yang bernama Wafi. Wafi Hawani, sahabat sehidup semati. Inilah erti sebuah
persahabatan yang dia cari selama ini.Alhamdulillah...

----- Terima kasih, sila datang lagi :D

: Hati Yg Terluka :.

Setelah lima tahun di perantauan, Azlan kembali ke tanahair. Terlalu banyak


perubahan telah berlaku sepanjang ketiadaannya selama ini. Bumi Malaysia
semakin bertahta di hatinya. Langkahnya lemah menuju ke balai berlepas.
Pesawat yang dinaikinya tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang telah
dijadualkan.

"A zlan", Azlan menoleh ke arah suara yang melaungkan


namanya. Bibirnya terukir senyuman. Wajah kakak serta keluarganya kini sudah
di depan mata. Mereka saling bersalaman dan berpelukan.
"Abah dan Mak mana?" tanya Azlan setelah menyedari ketiadaan dua insan yang
teramat dirinduinya itu.
"Abah tak sihat sangat. Akak suruh mak dan abah tunggu kat rumah je. Jomlah,"
jawab Azlia, kakaknya.
Perjalanan pulang ke rumah begitu lambat Azlan rasakan. Namun, melayani
keletah anak saudaranya yang seramai dua orang itu sedikit sebanyak
mengurangkan debarannya.
"Kali ni dah tak balik sana lagi, kan?" tanya Azlia. Azlan hanya tersenyum.
"Insyaallah. Azman dan Azli buat apa sekarang, kak?"
"Azman dah tahun akhir di UITM. Dia sambung degree lepas habis diploma dulu.
Azli sudah setahun di USM. Semua ada tunggu kat rumah. Dah macam orang nak
buat kenduri kat rumah tu," cerita Azlia. Azlan semakin tidak sabar untuk tiba ke
rumah.
Sejam kemudian, mereka tiba di rumah. Suasana agak meriah seperti yang
dikatakan oleh kakaknya. Azman memeluk tubuh kedua orang tuanya. Lima tahun
di negara orang jauh dari keluarga cukup menginsafkan Azlan. Selama ini dia
kurang perihatin terhadap seisi keluarganya. Kini, setelah apa yang ditempuhi
seorang diri selama lima tahun itu tidak akan diulanginya untuk peluang yang kini
di depan mata.
**************
Midvalley Megamall agak sesak di hujung minggu ini. Azlan sendirian menyusuri
ruang legar pusat membeli-belah besar itu. Langkahnya dihalakan menuju ke
butik pakaian kanak-kanak Strawberry.
"Abang Azlan," panggil seseorang. Azlan menoleh ke belakang. Seorang gadis
manis bertudung bersama seorang teman perempuannya berdiri di hadapannya.
Azlan tersenyum. Wajah manis itu tidak banyak berubah sepanjang lima tahun ini.
Ayu dan bertambah cantik dengan penampilan bertudungnya ala gaya Wardina,
artis kesukaannya.
"Ain. Apa khabar?" balas Azlan tenang. Tiada getaran dan debaran yang dilalui
seperti lima tahun dulu. Sudah hilangkah segala rasa kasih sayang dan cinta di
hatinya untuk gadis itu? Ke manakah hilangnya rindu dendam buat gadis itu
selama ini?
"Alhamdulillah sihat. Bila abang balik sini?" tanya Ain sedikit teragak-agak.
"Dah lima hari abang balik. Hari ni baru keluar jalan-jalan. Ain buat apa sekarang
ni?" jelas Azlan.
"Ain kerja di IGB. Kebetulan hari ni Ain cuti temankan kawan. Abang cuti lama
ke?" sambut Ain.
"Tak. I'm back for good," jawab Azlan pendek. Ain menoleh wajah temannya
sebentar lalu mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.
"Ni kad Ain. Kalau abang sudi, telefonlah Ain." Azlan menyambut sekeping kad
nama yang dihulurkan oleh Ain.
"Insya Allah."
"Ain pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Azlan hanya memerhatikan Ain berlalu pergi sehingga hilang
dari pandangannya. Azlan tersenyum sendiri. Untuk apa dia sendiri tidak pasti.
Gembira? Ya, dia gembira bertemu semula gadis yang disayanginya dulu
walaupun terpaksa menerima tentangan hebat dari Abah dan keluarga Ain.
Rintangan itulah yang telah membawanya jauh dari keluarga dan pulang dengan
kebanggaan keluarga. Dia berjaya di atas hati yang telah dilukai.
***************
Azlan duduk di kerusi meja makan. Ayah Ain, Pakcik Taza masih berdiri bercekak
pinggang. Azlan jeling Abah yang sedang asyik menonton televisyen. Azlan tahu
Abah bukan tidak mahu mempertahankannya cuma Abah malas nak melayan
karenah lelaki itu.
"Kau jangan kurang ajar dengan aku. Bapa kau tak ajar ke macamana nak hormat
dengan orang tua. Kenapa kau tak jawap apa aku tanya?" sergah orang tua itu.
Bulat matanya merenung Azlan.
"Tadi pakcik juga yang cakap jangan cakap masa pakcik tengah cakap. Bila saya
diam, pakcik marah pula. Saya memang tak hormatkan pakcik sebab pakcik
sendiri memang tak pandai nak hormatkan orang. Datang menyerang rumah
orang pukul dua belas malam, elok sangat ke?" balas Azlan lembut. Dia tahu api
jika di simbah dengan minyak akan semakin bersemarak amarahnya.
Pakcik Taza kembali duduk. Tahu pula letih berdiri lama sangat, bisik Azlan di
dalam hati. Dibiarkan saja orang tua itu membebel sendiri. Setelah puas
meluahkan ketidakpuasan di hatinya, dia balik tanpa disuruh seperti mana dia
datang tanpa diminta.
"Abah masuk tidur dulu," akhirnya Abah bersuara. Azlan hanya merenungi wajah
tenang Abah masuk ke biliknya. Azlan bersandar di kerusi. Hampir dua tahun
perkenalannya dengan gadis bernama Ain Syuhada itu. Entah apa yang silapnya,
ayah Ain seorang saja yang membantah perhubungan mereka. Ada saja yang
tidak kena. Ini bukan kali pertama dia diserang oleh ayah Ain. Tidak kira siang
dan malam.
Ugutan demi ugutan telah diterimanya. Namun, kerana kejujuran dan keikhlasan
mereka masih meneruskan perhubungan dengan restu ibu Ain yang memahami
keadaan mereka.
"Kau ada harta ke nak kahwin dengan anak aku? Kau ada rumah? Ada kereta?
Boleh ke anak aku hidup senang kahwin dengan kau nanti?" kata-kata itu
berbekas di hatinya sepanjang perhubungan mereka. Tapi, Azlan tahu Ain bukan
begitu. Ain tidak pernah meminta-minta sepanjang mereka berkawan.
Barangkali kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Abah berhasrat untuk
berpindah ke rumah kakak. Abah malu apabila orang tua itu menyerang mereka
sekeluarga. Jiran-jiran ramai yang memasang telinga. Tapi, sebenarnya mereka
mengambil sikap bersiap sedia. Mereka almaklum dengan sikap panas baran ayah
Ain.
**************
Setahun berlalu lagi menjadikan perhubungan itu bertambah usia. Ain sudah
melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Bandar Bersejarah, Melaka. Ain mula
menegur kerjayanya sebagai penyelia restoran ekslusif di sebuah hotel. Azlan
turutkan juga tapi memerlukan masa untuk bertukar ke bidang lain.
Panas tidak selamanya ke petang. Turun hujan di tengahari menghancurkan
segalanya. Permintaan Ain supaya datang ke Melaka ditunaikan demi orang yang
disayangi. Diredah juga kerana Ain walaupun di bulan puasa.
"Ain minta maaf. Ain tahu Ain akan melukakan hati abang tapi Ain tak boleh tipu
diri Ain sendiri," luah Ain tenang ditemani seorang kawan perempuannya dan
seorang lelaki. Azlan hanya memandang muka Ain.
"Apa maksud Ain?" soalnya pendek. Hilang rasa rindu di hati. Sedikit curiga
mengambil tempat. Ain menoleh ke wajah lelaki di sisinya. Azlan turut
mengalihkan pandangan ke wajah lelaki di hadapannya.
"Ain nak putuskan perhubungan kita. Ain dah jumpa orang lain," terangnya.Azlan
hanya tersenyum sinis menyindir dirinya sendiri. Perkara yang paling ditakutinya
sudah pun berlaku. Patutlah beria-ria Ain menyuruhnya datang ke Melaka ini
sekadar ingin memberitahu berita duka ini.
"Ain pasti?" tanya Azlan cuba menduga. Ain mengangguk perlahan lalu
menundukkan kepalanya. Diserahkan sebuah kotak kepada Azlan.
"Ain minta maaf," ujar Ain seperti menahan sendu lalu meninggalkan Azlan
sendirian tanpa sebarang pamitan. Azlan terkedu sendiri. Bermimpikah dia di
siang hari ini? Di bulan Ramadhan yang mulia ini. Azlan tenung kotak berwarna
kuning itu lama. Dibukanya perlahan. Semuanya barang yang pernah diberikan
kepada Ain dahulu telah kembalikan semula kepadanya. Azlan kembali menutup
kotak tersebut lalu beredar menuju ke perhentian bas.Hilang seleranya untuk
menikmati juadah berbuka puasa. Hilang kegembiraan di hatinya untuk berbuka
puasa bersama Ain. Setelah membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur, Azlan singgah
di restoran makanan segera yang berdekatan sementara menantikan waktu bas
akan bertolak. Episod cintanya dengan Ain telah berakhir. Hatinya telah dilukai.
***************
Azlan tiba di rumah tepat jam dua pagi. Abah dan Azman sedang menonton
televisyen siaran bola. Azlan terus kebilik lalu mencapai tuala dan asuk ke bilik
air. Abah hanya melihat. Balik selewat itu adalah perkara biasa pada Abah. Tiada
peliknya.
"Azlan! Azlan!" Terdengar namanya di laung lantang dari luar. Azlan keluar dari
bilik air setelah mandi. Kelihatan ayah Ain berdiri bercekak pinggang di muka
pintu.
"Mana telefon Ain? Kenapa ambik telefon tu dari dia? Kau ni tak habis-habis nak
kacau anak aku," marahnya.
"Pakcik, telefon tu Ain pulangkan balik pada saya sebab saya yang belikan. Lepas
ni saya tak kacau anak pakcik dah. Kami dah putus. Itu yang pakcik nak, kan?
Sekarang, pakcik jangan kacau kami sekeluarga lagi," jelas Azlan tenang. Pakcik
Taza semakin bengis.
"Anak kurang ajar!" tengkingnya kuat. Azlan hanya tersenyum sinis.
"Pakcik pergilah balik. Bersahur dengan keluarga pakcik. Kami pun nak bersahur
ni," lembut Azlan cuba memohon pengertian ayah Ain. Kepalanya makin berat
dengan pemasalahan yang entah bila akan berakhir. Kerananya seorang, seluruh
ahli keluarganya yang lain terpaksa turut terlibat sama.Dengan dengusan kasar,
akhirnya Pakcik Taza berlalu pergi. Azlan tahu di hati orang tua itu masih belum
terpadam rasa dendam dan amarah.
"Azlan dari mana tadi ni?" Azlan menoleh apabila mendengar suara Emak
bertanya. Barangkali gangguan dari ayah Ain tadi telah mengejutkan emaknya
dari tidur.
"Dari Melaka. Jumpa Ain. Kami dah putus. Dia dah pulangkan semua barang pada
Lan tadi. Dia dah ada orang lain," padat dan ringkas keterangan yang Azlan
berikan.
"Dari awal Abah dah cakap. Tak ke mana hubungan tu kalau ayah dia terus macam
ni. Tak habis-habis nak menyerang. Malu pada jiran-jiran sini. Abah baru datang
sekejap dah kena serang macam ni. Masa Abah tak ada, agaknya selalu pula dia
datang menyerang," tanpa diduga Azlan, Abah bersuara.
"Sudahlah tu. Tak yah nak mengungkit. Yang lepas tu biar jadi pengajaran. Mulai
hari ini, buka azam baru. Bina hidup baru. Ramai lagi kat luar sana yang lebih
baik dari yang kita pernah ada. Mak pun tak berkenan nak berbesan dengan
orang yang macam tak ada agama macam tu. Belum kahwin lagi dah suka
menyerang, esok kalau dah kahwin lagi senang nak menyerang," nasihat Emak.
Suasana tiba-tiba menjadi kelam dan sepi. Hanya kedengaran suara dari kaca
televisyen.
"Lan ingat nak berhenti kerjalah, Mak, Abah," tiba-tiba Azlan bersuara. Kakaknya
yang baru bangun dari tidur termangu di kerusi meja makan.
"Kenapa nak berhenti kerja pula? Sekarangkan susah nak cari kerja," sampuk
kakaknya yang baru saja dikhabarkan berita apa yang telah berlaku sebentar
tadi.
"Lan nak kerja dengan kawan Lan. Dia ada offer kerja dengan dia dekat Itali.
Kalau Abah dan Mak izinkan, Lan nak pergi hujung tahun ni," jelasnya.
"Buatlah apa yang terbaik. Asalkan Lan gembira," sambut Abah tanpa Azlan duga.
Selama ini Abah jarang memberi pendapat ataupun kata-kata yang
memberansangkan dengan setiap apa yang dilakukannya.
"Terima kasih, Abah." Keizinan dari Abah dan Emak lebih memberi makna padanya
setelah apa yang berlaku. Azlan bertekad untuk membuktikan kata-kata ayah Ain
salah. Perginya untuk mencari apa yang tidak dimilikinya.
***************
Sehari sebelum pemergiannya, Ain datang berjumpa dengannya. Wajah ayu itu
sembab dihiasi air mata yang mengalir membasahi pipi.
"Abang betul-betul nak tinggalkan Ain? Abang tak kesiankan Ain," tanyanya sayu
dan sebak. Azlan hanya tersenyum. Teringat sejenak bagaimana Ain sengaja
singgah di tempat kerjanya untuk menayangkan kekasih barunya setelah dibawa
lelaki itu berjumpa dengan keluarganya.
"Abang nak cari pengalaman di tempat orang. Ain kan dah ada dia. Tak elok kalau
dia tahu Ain jumpa abang macam ni. Nanti dia pikir abang nak larikan kekasih dia
pula. Cukuplah ayah Ain kata abang macam-macam," Azlan cuba bergurau
menahan gelora di jiwanya.
"Tapi, Ain sayangkan abang," rayunya lagi.
"Ain, abang selalu pesan pada Ain. Walau apa pun yang berlaku, hidup harus
diteruskan. Abang tak mau Ain bersedih macam ni," pujuk Azlan.
"Ain minta maaf. Ain tak bermaksud nak bertindak macam tu. Ain tahu Ain tipu
diri Ain dan abang tapi Ain keliru," luahnya. Berkerut dahi Azlan mendengar kata-
kata Ain.
"Apa maksud Ain? Abang tak faham."
"Ain minta maaf. Ain tak berniat nak lukakan hati abang. Ain keliru. Sebenarnya
Ain cuma nak mainkan perasaan abang. Ain nak tengok sejauh mana
kesungguhan abang pada Ain. Tapi, Ain tak sangka abang betul-betul turutkan
kehendak Ain. Sudahnya Ain yang merana," jelasnya. Azlan mengeluh perlahan.
Kesal.
"Abang faham keadaan Ain cuma abang tak sangka Ain bertindak sampai begitu
sekali. Abang maafkan Ain tapi abang tak mampu nak buat apa lagi. Esok abang
akan berangkat. Apa yang abang nak, Ain ingat pesan abang. Belajar bersungguh-
sungguh. Walau apa pun yang ayah Ain lakukan, jangan sekali-kali lukakan hati
dia. Macamana teruk pun dia, dia tetap ayah kandung Ain. Wali yang sah. Abang
akan doakan semoga Ain panjang umur dan bahagia di samping dia," pesan Azlan
tenang walaupun hatinya bagaikan dipagut dengan parang.
"Ain akan tunggu abang balik," janjinya.
"Jangan, Ain. Jangan rosakkan masa depan Ain sebab nak tunggu abang. Abang
sendiri tak pasti selama mana abang akan duduk di sana. Kita masing-masing ada
tanggungjawab pada keluarga. Tunaikan kewajipan Ain sebagai anak. Insya Allah
kalau ada jodoh kita jumpa lagi tapi abang nak Ain jangan terlalu mengharap.
Kelak, ada di antara kita yang akan merana." Ain menundukkan kepalanya. Azlan
tahu Ain menangis tapi lebih baik melukai hati Ain sekarang dari beberapa tahun
yang belum pasti.
"Ain doakan abang selamat pergi dan selamat kembali," ucapnya lalu
meninggalkan Azlan sedirian di taman perumahan mereka. Itulah kali terakhir dia
menemui Ain. Selepas itu, dia berangkat ke Itali dengan diiringi doa dan restu
keluarga tercinta.
***************
"Assalamualaikum", Azlan menoleh perlahan. Ceria wajahnya melihat wajah manis
ayu bertudung berdiri di hadapannya.
"Waalaikumsalam", Azlan menjemputnya duduk.
"Maaf, terlambat sikit. Bos buat short briefing tadi. Dah lama tunggu ke?" tanya si
gadis penuh sopan. Azlan hanya tersenyum panjang memandang wajah yang
tidak pernah menjemukannya itu. Debaran di dadanya tidak pernah hilang
rupanya selama lima tahun ini. Alhamdulillah. Inilah berkat kejujuran dan
keikhlasan sebenarnya.
"Abang tak pernah bosan kalau tunggu Ain. Lima tahun abang boleh tunggu
takanlah setengah jam abang tak boleh tunggu. So, Ain nak makan apa? Spagetti
lagi ke?" usik Azlan bahagia. Ain tersenyum.
"Abang tahu kan Ain suka makan apa. Ain tak payah cakap pun abang patutnya
dah tahu," balas Ain. Azlan melambai tangannya memanggil pelayan untuk
mengambil pesanan.
"Dua spagetti ayam dan dua air strawberi mirinda", Azlan memberi pesanan.
Pelayan berlalu meninggalkan mereka.
"Ayah dan Mak sihat?" tanya Azlan cuba mengembalikan kemesraan setelah lama
tidak bertentang mata.
"Alhamdulillah, sihat. Lepas operation bulan lepas, Ayah dah boleh jalan sikit-
sikit. Mak pun dah mula berpencen bulan lepas. Mereka tanya bila abang nak
datang rumah? Ayah dah lama tak jumpa abang."
"Insya Allah. Kali ini abang datang bawa keluarga abang, boleh?"
"Apa pula tak bolehnya? Ajak satu kampung pun tak apa," balas Ain cuba
menyakatku pula.
"Insya Allah, kalau tak ada apa-apa hujung minggu ni abang sampai rumah Ain
bersama angkatan rombongan dari kampung abang," Azlan membalas usikan.
"Abang Azlan", mereka berdua menoleh apabila nama Azlan dipanggil. Wajah
Azlan tenang.
"Ain! Seorang saja ke?" tegur Azlan tanpa sebarang riak terkejut. Ain hanya
mengangguk.
"Kenalkan, bakal tunang abang, Sharifah Ain Syazwana. Ini kawan lama abang,
Ain Syuhada. Kebetulan pula, dua-dua nama Ain", perkenal Azlan.Mereka
bersalaman. Ternyata wajah Ain Syuhada sedikit terkejut berbanding Sharifah Ain
Syazwana yang tersenyum manis.
"Jemputlah duduk," Sharifah Ain Syazwana menjemput. Ain Syuhada hanya
menggeleng kepala.
"Tak apalah. Ain nak cepat. Ternampak abang kat sini tadi, saja tegur. Ain balik
dulu. Assalamualaikum," pintanya lalu bersalaman dengan Ain di hadapannya
sebelum beredar begitu saja.
"Patutlah abang bawa diri sampai ke Itali," luah Sharifah Ain Syazwana tenang
dalam senyuman.
"Kenapa pula?" sambut Azlan kurang senang. Tiada riak cemburu pada wajah
gadis kesayangan di hadapannya.
"Yelah, lawa orangnya. Abang tak menyesal ke tinggalkan dia dulu?" usik Ain
ingin menduga.
"Correction! Dia yang tinggalkan abang dulu. Tak dapat Ain dulu Ain sekarang pun
apa kurangnya," balas Azlan selamba. Sharifah Ain Syuhada hanya tersenyum. Dia
tahu di hati Azlan telah hilang kasih untuk Ain Syuhada semenjak lima tahun
dahulu. Semenjak bumi Itali menemukan mereka setelah hati mereka dilukai.

“Tolong, tolong!” Gegendang telingaku bergetar. Suara yang tadinya sayup kedengaran kini semakin
kuat. Seakan dari jauh, pemilik suara itu mendekat. Aku yang berada di koridor tingkat dua, segera
menjengah ke bawah. Pelajar-pelajar di sekeliling aku turut melakukan sedemikian.

Seorang pelajar sedang berlari. Gayanya seperti dikejar hantu. Aku kenal pelajar itu. Namanya
Waqiuddin. Kecil tubuhnya. Pelajar tingkatan tiga. Anak orang kaya. Dia masih berlari tetapi semakin
perlahan. Dia termengah-mengah.

“Hoi anak orang kaya. Kau nak lari mana ha?”

Mendengar laungan itu, aku sudah tahu mengapa Waqiuddin berlari sedemikian rupa. Mataku
menala ke arah suara itu.

Tiga orang pelajar. Terkenal sebagai ketua samseng di Sekolah Menengah Lelaki Timur ini. Muthu,
Kuan Yu, dan ketua mereka, Qayyim. Kalau mereka bertiga, pasti tiada hal lain selain kerosakan.
Aku dapat menjangka bahawa sekarang ini duit Waqiuddin adalah target mereka bertiga.

“Tangkap dia!” Tangan Qayyim menunjuk kepada Waqiuddin.

Muthu dan Kuan Yu menerkam ke arah Waqiuddin, menjatuhkan tubuh kecil itu ke bumi.

“Nak lari ya? Kau nak lari ya?” Qayyim melangkah pantas mendekati Waqiuddin, kemudian
menyepak perut Waqiuddin sekuat hatinya. Waqiuddin menjerit kesakitan.
Suasana ini bukanlah suasana yang digemari. Tetapi tiada siapa berani bersuara. Aku memandang
sekeliling. Kebanyakan pelajar sudah memasuki kelas masing-masing. Membiarkan. Tiada yang
hendak membantu Waqiuddin. Tiada yang berani menghalang tiga orang samseng itu.

“Dah la tu. Jom masuk kelas. Waktu rehat sudah habis” Bahuku ditepuk seorang rakan.

Sekolah Menengah Lelaki Timur, adalah sekolah berasrama penuh dan seperti namanya, sekolah ini
semuanya lelaki. Sekolah ini terkenal dengan kerosakan akhlak pelajarnya. Majoriti pelajarnya
sering melakukan kerosakan tidak kira dari segi material mahupun spiritual. Gejala seperti merokok
sudah menular dengan meluas, bahkan sudah ada pelajar yang menghisap ganja. Jangan dicerita
bahan-bahan haram yang tidak boleh dibawa pelajar, kerana yang haram di sisi agama turut dibawa
bersama ke asrama.

Hanya sekelompok kecil sahaja yang tidak terpengaruh. Tetapi kelompok kecil inilah pula yang
menjadi mangsa buli dan aniaya pelajar-pelajar bermasalah. Tiada pelajar yang berusaha
memperbaiki keadaan kerana takut. Juga tiada guru-guru yang berani bersuara kerana mereka juga
tidak mahu menerima masalah.

Samseng-samseng sekolah semuanya bernaung di bawah bendera Qayyim. Mereka sanggup


melakukan apa sahaja kepada sesiapa yang menentang mereka.

Aku menghela nafas. Memang tiada siapa yang mampu merubah keadaan sekolah ini kah?

“Berhenti!” Satu suara lagi kedengaran. Aku yang baru sahaja hendak masuk ke kelas, berpaling
semula melihat.

Seorang pemuda, kemas dengan kemeja bertali leher, berjalan ke arah tempat Qayim, Muthu dan
Kuan Yu.

Siapa dia ni? Semestinya orang luar. Sebab itu tidak langsung rasa takut hendak menegur ketua
samseng sekolah.

“Kamu ingin apa daripada dia?” Pemuda itu bertanya. Nadanya lembut, tetapi bersulam ketegasan.
Matanya memancar dengan sinar keberanian.

“Kau siapa?” Qayyim bertanya kasar. Mungkin egonya tercucuk apabila ada yang menghalang
tindakannya.

“Aku guru kamu. Dan ‘kau’ bukanlah panggilan yang baik untuk kamu membahasakan diri aku”
Pemuda itu tenang sahaja, terus mendekati Qayyim.
Guru? Aku tidak pernah mengenalinya pun sebelum ini. Guru baru kah? Adakah dia langsung tidak
diberitahu akan keadaan sekolah ini? Hendak cari matikah berbicara dengan tiga samseng sebegitu
rupa?

“Celaka, aku peduli apa hah?” Qayyim terus menerkam ke arah guru baru itu.

Sama ada mataku menipu aku, atau pun aku yang tersalah pandang, atau mungkin aku tidak
mampu mengikuti pergerakan guru itu, aku pun tidak tahu. Tetapi yang aku ketahui, Qayyim telah
terlentang ke bumi. Guru itu pula terus bergerak melepasi Qayyim. Aku berkelip-kelip tidak percaya.

Apakah yang berlaku?

“Aku kenal kamu bertiga. Nama kamu berulang kali menusuk telinga apabila kali pertama aku
menjejak ke bilik guru. Berkali-kali dipesan agar tidak diganggu apa sahaja perbuatan kamu dan
kumpulan kamu. Tetapi, aku menjadi guru bukan untuk tunduk kepada pelajar aku. Tetapi aku
menjadi guru untuk mendidik dan menjadi contoh kepada kamu” Guru baru itu berdiri betul-betul di
hadapan Muthu dan Kuan Yu.

“Ini cikgu banyak sial ma” Kuan Yu pantas melancarkan tumbukan. Muthu pula melancarkan
sepakan rendah. Dan sekali lagi, aku tidak mampu mengikuti pergerakan guru itu. Entah
bagaimana, dia sudah duduk memegang Waqiuddin. Tumbukan Kuan Yu dan sepakan Muthu hanya
menjamah angin sahaja.

“Sekarang, pulang ke kelas kamu. Aku ingin bawa Waqiuddin ke bilik rawatan” Guru baru itu bangun
sambil mendukung Waqiuddin yang kelemahan. Entah berapa sepakan menjamu perut pelajar
bertubuh kecil itu tadi.

Qayyim, Muthu dan Kuan Yu tidak berkata apa-apa. Mungkin mereka masih terkejut dengan abiliti
guru baru itu. Sebagaimana terkejutnya aku. Ini pertama kali aku melihat pemimpin tertinggi
kumpulan samseng sekolah diperlakukan sedemikian rupa.

Loceng tamat rehat berbunyi.

Entah mengapa, aku rasa tumbuh bunga di dalam hati.

Apakah aku telah bertemu dengan penyah gelita bernama matahari?

****
“Masuklah.” Mesra dia menyambutku. Senyuman manis terukir pada bibir tanda mesra. Aku senang
dengan perawakannya.

Guru baru itu bernama Anas. Dia juga rupanya menjadi warden baru sekolah kami. Warden lama
telah meletakkan jawatan. Entah sudah berapa kali sekolah ini bertukar warden. Aku yakin kerana
tiada guru yang sanggup menjaga pelajar-pelajar ibarat raksasa di dalam sekolah ini.

“Kamu ni… Kamil Hashimi kan?” Cikgu Anas meletakkan dulang berisi jag dan dua cawan. Asap
nipis naik dari jag itu. Bau teh menusuk hidungku. Tetapi tidak mampu menarik rasa terkejutku.

“Macam mana Cikgu boleh kenal saya?” Hairan.

“Oh, Cikgu hafal semua nama murid sekolah ini sebelum mula bertugas.” Jawabnya sambil
menuangkan air.

Aku diam tidak percaya. Semua?

“Semua 850 orang pelajar?” Terpacul keluar ayat itu dari mulutku. Tidak mampu kukawal rasa
terkejut.

Cikgu Anas memandangku. Gayanya seakan hairan mengapa aku terkejut.

“Ya. Semua. Kenapa? Cikgu nak jadi warden di sini, mestilah perlu kenal nama semuanya. Barulah
boleh bina hubungan mesra. Bukankah pujangga melayu ada berkata, tidak kenal maka tidak
cinta?” Sambil mulut berbicara, tangan Cikgu Anas menolak perlahan cawan untukku.

“Tak pernah saya dengar lagi warden macam cikgu”

Cikgu Anas menggeleng. “Ada. Warden Cikgu masa Cikgu sekolah menengah dulu, dia buat macam
Cikgu. Cikgu cuma buat apa yang dia buat sahaja”

“Ya kah? Cikgu sekolah mana dahulu?”

“Satu sekolah di Perlis. Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah, atau nama pendeknya MATRI”

Tak pernah kudengari. Tetapi aku kagum dengan sekolah itu jika mempunyai warden sedemikian
rupa, bahkan mampu menjadi contoh kepada anak muridnya walau anak muridnya telah dewasa.

Kami berborak berkenalan bertanyakan latar belakang masing-masing. Pelbagai perkara dan
maklumat dikongsikan berkenaan diri. Walaupun ini kali pertama bertemu dan bersembang, aku
rasa seakan telah lama mengenali Cikgu Anas. Gayanya yang ramah dan peribadinya yang kemas
membuatkan aku benar-benar senang dengannya.
“Cikgu, mengapa tadi Cikgu tak habiskan sahaja mereka bertiga tu? Cikgu tahu kan mereka itu dah
melakukan onar yang tersangat banyak di sekolah ini?” Aku masuk ke tujuan utama bertemu
dengan Cikgu Anas.

“Em? Habiskan? Maksud kamu, pukul mereka?” Cikgu Anas bertanya sebelum menghirup teh.

Aku mengangguk. “Mereka itu patut diajar.”

Cikgu Anas meletakkan cawan. “Ya. Mereka patut diajar. Tetapi Cikgu tak rasa pukul adalah
caranya.”

“Mereka itu bukannya jenis makan saman cikgu. Memang kena ajar dengan penumbuk juga. Sudah
ramai guru berusaha. Bahkan menggunakan pelbagai metod dan cara. Akhirnya semua berputus
asa dan kecewa.”

“Cikgu bukannya cikgu-cikgu kamu yang lain itu.”

“Ya. Itu saya tahu. Cikgu ada seni tempur. Boleh tundukkan mereka” Aku menggesa.

Cikgu Anas ketawa kecil. “Kamu lihat ya apa yang berlaku waktu rehat tadi?”

Aku mengangguk.

“Kamil, kamu tahu apa yang sekolah cikgu ajar?”

Aku menggeleng.

“MATRI itu mengajar Cikgu agar menjadi Matahari”

“Cikgu memang matahari cikgu. Penyah gelita. Maka cikgu kena tundukkan mereka bertiga cikgu.
Bagi semua samseng-samseng sekolah ini takut dengan cikgu” Aku pantas bicara.

Cikgu Anas ketawa lagi. Aku naik hairan. “Kenapa cikgu ketawa? Lawakkah? Saya serius ni. Saya
dah tak sanggup hidup di sekolah ini. Ayah saya hantar saya belajar di sini pun sebab dekat dengan
rumah pakcik saya. Saya hakikatnya sukar hendak belajar di sini.”

“Kamil, Matahari itu, selain penyah gelita, ia juga menjadi petunjuk buat manusia. Harapan cikgu
memanglah nak menyahkan gelita yang wujud, tetapi hendak menyahkan gelita pun perlu ada
caranya. Bukan semberono sahaja. Nanti akan jadi ikutan orang” Tenang Cikgu Anas menjawab.

“Tapi cikgu, ini untuk kebaikan yang lebih besar”

Cikgu Anas mengangkat jari telunjuk, kemudian menggerakkannya ke kiri dan ke kanan. “Matlamat
tak menghalalkan cara. Kamu ingin bagaimana Kamil? Kamu ingin pelajar-pelajar di sini duduk
dalam ketakutan terhadap Cikgu, mereka baik kerana takut kepada Cikgu, dan kemudian mereka
keluar dari sekolah dan melakukan apa-apa yang mereka takut lakukan di hadapan Cikgu?
Begitukah?”

“Sekurang-kurangnya, sekolah dan asrama menjadi tenang” Aku tetap mempertahankan


pendirianku. Hakikatnya aku mahu segera dihabisi masalah di sekolah ini.

Cikgu Anas menggeleng. “Hidup kita, tak habis sekadar di sekolah dan di asrama. Selepas sekolah
dan asrama, kamu ada kehidupan lain yang lebih panjang. Sekolah dan asrama adalah tempat
pembinaan. Jadi, kalau silap pembinaan, bagaimana hendak lalui kehidupan?”

Aku diam. Cikgu Anas tidak melihat seputar hal ehwal sekolah sahaja. Tetapi dia melihat
kepentingan kehidupan untuk seorang pelajar semasa dan selepas sekolah juga. Berputik rasa
kagum dalam jiwa. Jauh sungguh pandangannya.

“Kamu bersabar ya Kamil? Ikuti apa yang cikgu hendak lakukan. Cikgu ada perancangan” Cikgu
Anas tersenyum sambil memanjangkan tangannya menepuk bahuku.

“Rancangan? Rancangan apa?”

“D and T”
Eh? D and T? “Benda apa itu Cikgu?” Aku tidak faham.
“Adalah” Cikgu Anas menghirup teh lagi.

Aku tersenyum sendiri sambil menggeleng. Nampaknya, Cikgu Anas ini lain dari yang lain. Mungkin
dia benar-benar ibarat matahari. Memberikan tenaga kepada semua kehidupan di Bumi.

****

Cikgu Anas cepat dikenali pelajar-pelajar. Bahkan dirinya sangat disenangi dan disayangi. Tuturnya
yang lembut, peribadinya yang kemas, juga gayanya yang mesra membuatkan ramai pelajar senang
dengannya. Keberaniannya dalam menegur samseng-samseng sekolah turut membuatkan dia
seperti hero bagi pelajar-pelajar teraniaya.

Antara keistimewaan Cikgu Anas adalah, selain mengingati semua nama pelajar, dia juga
mengingati semua tarikh lahir pelajarnya. Cikgu Anas acapkali akan memberikan hadiah apabila tiba
hari lahir mana-mana pelajarnya. Baik pelajar yang tidak bermasalah, juga pelajar yang bermasalah.
Cikgu Anas juga adalah yang menghidupkan surau sekolah. Surau yang selama kosong dan tidak
terurus, kini sudah kemas dan mula mempunyai pengunjung. Cikgu Anas membuat kelas agama
selepas Maghrib. Pelajar-pelajar yang menyenanginya, mula pergi ke surau untuk duduk
bersamanya mendapatkan ilmu.

Kelas Agama Cikgu Anas tidak berat pada permasalah Fiqh, tetapi lebih kepada pembinaan jiwa.
Cikgu Anas banyak menekankan aspek hubungan dengan Allah dan kaitannya dengan kehidupan
manusia. Sekali sekala barulah dia masuk ke bab Fiqh untuk memperbaiki asas ibadah pelajar
seperti Wudhu’ dan Solat.

Cikgu Anas bukan sahaja popular dengan pelajar-pelajar melayu. Tetapi juga dengan pelajar-pelajar
Cina dan India. Hinggakan, kelas agama Cikgu Anas turut dihadiri oleh segolongan dari mereka.
Kalau sebelum ini, pelajar melayu pun sukar hendak menjejaki surau. Kini, pelajar India dan Cina
pun duduk di dalam Surau untuk mendengar perkongsian Cikgu Anas. Kelas itu, dari bulatan kecil
yang dihadiri tiga empat orang, kini sudah terpaksa dibuat seakan ceramah dengan Cikgu Anas di
hadapan tempat imam dan pelajar-pelajar duduk rapat-rapat di hadapannya.

Tidak terhenti di situ, Cikgu Anas kadangkala membawa pelajar-pelajar yang rajin ke kelas
agamanya berkelah dan melakukan program sesama mereka. Hasilnya, hubungan antara Cikgu
Anas dengan pelajar-pelajar menjadi sangat erat, juga hubungan sesama pelajar tertingkat.

Aku adalah antara yang mengikutinya. Aku menjadi antara pembantu Cikgu seperti membuat
pengumuman untuk menyampaikan maklumat.

Aku kira, inilah dia Projek D and T yang Cikgu nyatakan di awal dahulu. Walaupun aku masih tidak
faham apa yang D dan apa yang T nya.
Tiga bulan seakan berlalu dengan pantas. Entah mengapa, aku yang selama ini tertekan duduk di
Sekolah Menengah Lelaki Timur ini, terasa gembira dan seperti tidak mahu pulang ke rumah pula.
Suasana sekolah seakan menjadi sangat seronok dengan kehadiran Cikgu Anas. Keadaan sekolah
juga mula berubah banyak. Kalau dahulu pelajar-pelajar mengamalkan hidup sendiri-sendiri, kini
kebanyakan kami adalah seperti adik beradik.

Penekanan hubungan ukhuwwah sesama muslim dan juga sesama manusia yang dilakukan oleh
Cikgu Anas, ditambah pula contoh yang ditunjukkan oleh Cikgu Anas sendiri dalam berhubungan
dengan kami, membuatkan pelajar-pelajar menjadi saling kasih mengasihi sesama sendiri. Ini
membuatkan kini, sudah ada pelajar yang berani melindungi rakan-rakannya yang dianiayai.

Antara perubahan yang menakjubkan adalah, sebahagian pelajar bermasalah telah berubah. Malah
ada yang meminta maaf secara terang-terangan atas apa yang pernah dilakukannya selama ini.
Aku sendiri tidak mampu hendak mempercayai.

Tetapi inilah dia realiti.

Cikgu Anas, dia benar-benar menjadi Matahari.

****

Malam ini tenang. Seperti hari-hari yang lain, kelas agama hari ini berjalan seperti biasa. Cikgu Anas
berbicara perihal dosa. Sangat menusuk bicaranya walaupun gaya Cikgu Anas santai sahaja.

“Orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang menghempap. Bagi yang tidak
beriman, mereka hanya akan melihat dosa itu ibarat lalat yang boleh pergi hanya dengan kuisan
sahaja”

Selama ini aku hidup dengan mengetahui bahawa dosa adalah satu perkara yang tidak elok. Tetapi
selama itu jugalah aku tidak pernah mengetahui seburuk mana dosa. Bagaimanakah hendak
berurusan dengannya. Hari ini, seakan-akan Allah menjawab persoalan di dalam hatiku.

Dosa rupanya adalah sesuatu yang jijik. Jijiknya dosa kerana ia menjauhkan aku daripada Allah
SWT. Selepas banyak mengikuti program Cikgu Anas, aku merasakan bahawa hubungan dengan
Allah adalah yang paling utama. Sebab itu, berjauhan daripada Allah adalah perkara yang aku
paling benci. Maka, dosa yang menyebabkan hati ini jauh daripada Allah, adalah sesuatu yang lebih
lagi aku benci.

“Sebab itu, tiada hakikatnya untuk kita bahawa: Ini dosa kecil, maka aku boleh buat. Ini dosa besar,
maka aku tak boleh buat. Ini kerana, semua dosa adalah dosa. Yakni menjauhkan kita daripada
Allah” Dan kata-kata Cikgu Anas itu ibarat batu yang mengenai kepala, menyedarkan aku dari lena.

Aku menjeling kepada rakan-rakan bukan Islam yang turut hadir. Mereka turut kelihatan seperti
merasai apa yang aku rasai. Penyampaian ini nampaknya turut menyentuh jiwa mereka. Cikgu Anas
juga bijak. Dia sekali sekala akan membuat definisi khas untuk pelajar yang bukan Islam.

“Dosa ini, mudah ceritanya benda jahat la, benda tak elok. Jadi bila buat banyak benda jahat dan
benda tak elok, adakah Tuhan akan suka?”

Pelajar-pelajar bukan Islam menggeleng. Mereka faham bahawa itu khas untuk mereka.
“Allah, jelas menunjukkan bahawa Dia tidak menyukai orang-orang yang melakukan dosa. Tetapi
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia bagi peluang untuk yang berdosa ini bertaubat
selagi nyawa masih ada. Sebab itu Allah turunkan Al-Quran sebagai petunjuk, Rasul sebagai
penyampai. Agar manusia ini ada contoh dan ikutan untuk menjadi baik.”

Penyampaian Cikgu Anas biasanya tidak lama. Sekitar setengah jam sahaja. Kemudian akan ada
masa untuk membaca Al-Quran sementara menanti Isya’. Selepas Isya’, barulah kelas persediaan
dimulakan.

“Cikgu rasa, penyampaian hari ini setakat ini sahaja. Ingatlah bahawa kita tidak mahu majlis ini
sekadar menjadi manisan telinga sahaja. Tetapi kita mahu bawa dalam kehidupan, dalam amalan,
barulah ia menjadi satu perkara yang bermakna.”

Aku melihat kebanyakan pelajar terangguk-angguk. Aku turut melakukan perkara yang sama.
Penekanan Cikgu selama ini lebih kepada amal. Katanya, bicara tanpa amal, sama sahaja bunyi
bising dari tin yang kosong.

“Jadi kita tangguhlah majlis kita dengan membaca Surah Al-‘Asr dan tas…”

“Cikgu jahanam, keluar kau sekarang!” Tasbih Kaffarah tak sempat disebut, satu suara memetir dari
luar surau.

Semua pelajar menoleh ke belakang. Aku kenal akan suara tadi. Suara Qayyim. Dari mata aku,
dapat kulihat dia berdiri di muka pintu bersama rakan-rakannya. Ramai. Siap dengan batang kayu.

“Kenapa ini?” Cikgu Anas bangun dari kerusinya.

“Kau dah melampau ya? Pengaruhi budak-budak ni biar tinggalkan aku?” Qayyim menunjuk kepada
beberapa orang yang ada bersama kami. Mereka adalah rakannya satu masa dahulu yang kini telah
berubah.

“Tinggalkan kamu, atau didik mereka mengambil kebaikan?” Seperti biasa, suara dan nada Cikgu
Anas sentiasa lembut. Tetapi tetap bersulam ketegasan.

“Aaaah, aku tak peduli. Keluar kau sekarang. Biar aku ajar. Aku dah tak sabar!” Qayyim memukul
pintu surau dengan kayu.

“Kamu semua jangan keluar.” Cikgu Anas berpaling memandang kami.

Kami semua berdiri menemani Cikgu hingga ke muka pintu. Aku melihat dari tingkap. Qayyim
membawa puluhan pelajar yang masih bersamanya. Angka mereka yang sebelum ini mencecah
ratusan, kini tinggal sedikit sahaja. Ramai yang telah berubah.
Aku lihat bahawa Qayyim telah tersepit. Selama tiga bulan ini, dia telah berusaha berbagai cara
untuk membuatkan Cikgu Anas kecewa. Tayar kereta Cikgu Anas sudah berpuluh kali dipancitkan.
Sampai satu ketika, dipecahkan. Tingkap rumah Cikgu Anas juga entah berapa kali sudah
dipecahkan. Kadangkala baju-baju Cikgu Anas yang tersidai, dirosakkan. Belum dikira lagi dengan
gula getah yang sengaja dilekatkan pada lubang kunci pintu. Seribu satu cara, berkali-kali dilakukan
untuk menyakitkan hati Cikgu Anas, tetapi tiada satu pun yang berjaya.

Bahkan, kesabaran Cikgu Anas atas tindakannya membuatkan lebih ramai pelajar mengikuti Cikgu
Anas dan teruja untuk mengenalinya.

Kini, Qayyim seakan tersepit di hujung dunia. Dia tidak lagi digeruni. Bahkan sudah banyak kali
beberapa orang pelajar berkumpul menghalang perbuatannya untuk menganiaya pelajar lain. Tiada
lagi pelajar seperti Waqiuddin untuk dibuli dan diminta wang. Rakan-rakan pula sudah semakin
berkurangan.

Mungkin itulah yang menyebabkan Qayyim melakukan tindakan yang drastik seperti hari ini.

“Hari ini, aku akan hapuskan kau!” Qayyim menjerit sambil mengacukan kayu pemukul ke arah
Cikgu Anas.

“Matahari, hanya malap ketika kiamat,” Cikgu Anas mendepangkan kedua belah tangannya, “Kalau
kamu berjaya hapuskan Cikgu sekalipun hari ini, kamu tak akan dapat hapuskan apa yang telah
Cikgu usahakan pada pelajar-pelajar lain. Macam tiada orang yang dapat hapuskan ajaran
Rasulullah SAW hingga ke hari ini walaupun Rasulullah telah sama tiada”

“Aku bukan nak dengar kau ceramah. Semua, pukul!”

Beberapa orang menyerbu ke arah Cikgu Anas. Kuan Yu dan Muthu menyertai. Semua dengan
senjata di tangan. Mujur ada lampu terang menyinari kawasan hadapan surau. Jika tidak, aku tidak
mampu berfikir bagaimana Cikgu Anas hendak melihat serangan mereka. Namun, aku tetap risau
bagaimana Cikgu Anas hendak menghadapi bilangan penyerang yang ramai.

Tetapi, kerisauanku lenyap apabila aku melihat semua pelajar itu terlentang ke bumi dengan senjata
mereka semua terlepas dari tangan.

Pantas. Berkelip mataku tidak percaya. Langsung tidak dapat kuikuti pergerakan Cikgu Anas. Sedar-
sedar, Cikgu Anas sudah berdiri dengan bukaan langkah seni tempur. Kedua jari tangannya merapat
membentuk seperti pisau dan ditalakan ke bawah pinggang.

“Apa kata, kamu hentikan perbuatan yang tak bermakna ini? Bukankah ini sia-sia?” Cikgu Anas
bersuara.
“Aku tak peduli!” Qayyim pula menerkam.

Sekali lagi, ibarat kilat, pergerakan Cikgu Anas tidak mampu kuikuti. Yang mampu kulihat adalah
kayu pemukul Qayyim melayang ke udara, dan betis Cikgu Anas sudah berada di atas perut Qayyim
yang sudah terlentang ke bumi. Qayyim terkunci. Ketika ini, aku melihat Cikgu Anas mengangkat
penumbuknya, sedang sebelah tangan lagi mencekak dagu Qayyim.

Apakah Cikgu akan menghabiskan Qayyim?

Cikgu Anas menumbuk. Tetapi tidak mengenai wajah Qayyim, sekadar terhenti di hadapan
hidungnya. Satu kali, dua kali, tiga kali, empat kali, lima kali. Kemudian tangan Cikgu Anas berhenti
di hadapan hidung Qayyim tanpa bergerak.

“Kalau Cikgu mahu, Cikgu boleh landaskan tumbukan ini.” Cikgu Anas melepaskan Qayyim. Dia
berdiri. Kini memandang semua rakan Qayyim.

“Kamu boleh lakukan apa sahaja. Tetapi Cikgu tak akan berhenti dari apa yang Cikgu lakukan.
Kalau kamu kira, apa yang kamu lakukan selama ini boleh memberikan masa hadpaan yang baik
kepada kamu, apa salahnya kamu teruskan. Tetapi ingat, Cikgu sentiasa membuka pintu Cikgu
kepada kamu semua.”

Kemudian Cikgu Anas berpaling dan kembali ke surau. Disambut dengan sorakan daripada kami.
Namun Cikgu Anas pantas mendiamkan kami semua.

“Tiada apa yang perlu disorakkan. Sepatutnya, kita berdoa agar mereka dibukakan hati oleh Allah”
Wajahnya mengukir senyuman. Seakan tiada perkara besar yang berlaku.

Aku sempat melirik kepada Qayyim yang dipapah oleh rakan-rakan.

Aku kira, tindakan Cikgu yang tidak menghabiskan Qayyim, pasti memberikan kesan yang
mendalam kepada Qayyim, rakan-rakannya, juga kepada kami semua. Aku yang melihat, sangat
tersentuh dengan akhlak Cikgu yang bersih. Kekerasan tidak digunakan melainkan bila perlu. Dan
bila perlu menggunakan kekerasan, dia menggunakannya tanpa dikawal oleh nafsu.

Cikgu memilih memberikan sinar, berbanding membakar hangus dengan cahayanya.

Cikgu Anas, matahari kami semua.

****

Aku tersenyum mengingatkan peristiwa dua hari yang lepas itu.


“Apa yang kamu tersenyum seorang diri ni?” Belakang tubuhku ditepuk.

“Cikgu” Aku hendak bangun menghormatinya, tetapi Cikgu Anas segera menunjukkan isyarat agar
aku tetap duduk. Cikgu Anas duduk di sebelahku.

“Bagaimana pelajaran?” Cikgu Anas bertanya sambil melayangkan pandangan ke padang.

“Alhamdulillah. Semakin meningkat”

“Dah boleh tumpukan perhatian?” Aku disikunya lembut. Aku ketawa kecil.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada Cikgu”

“Syukur itu kepada Allah” Rambutku diramas lembut.

Aku mengangguk-angguk.

“Cikgu, nampaknya samseng-samseng sekolah macam tersepit dengan keadaan sekarang”

“Nampaknya begitulah. Bilangan mereka semakin sedikit”

“Cikgu tak risau kah jika mereka melakukan sesuatu di luar dugaan?”

“Contoh?”

“Pukul Cikgu dari belakang ke?” Aku memberikan kemungkinan.

Cikgu Anas ketawa kecil. “Cikgu elak la”

Aku tersengih. Cikgu Anas sentiasa positif. Aku tidak pernah melihat lagi dia bersikap negatif.
Kadangkala, seperti terlebih positif pun ada. Tetapi setakat ini, aku lihat sikap positifnya itu sentiasa
membawa kebaikan.

“Kamu tahu, Ah Chong dan Rama nak masuk Islam?”

“Ya kah?”

“Em. Semalam mereka datang jumpa Cikgu. Cikgu kata malam ini kita buat majlis. Biar ramai
kumpul, dan kita buat makan-makan sedikit tanda kesyukuran” Kulihat senyuman di bibir Cikgu Anas
melebar.

“Wah. Ini berita yang sangat menggembirakan. Alhamdulillah” Aku tidak mampu menyembunyikan
rasa gembira. Entah mengapa, hati berbunga-bunga ceria. Tambahan, Ah Chong dan Rama adalah
orang kuat Qayyim sebelum ini. Mereka boleh dikatakan darjat kedua selepas Kuan Yu dan Muthu.
Tak sangka sungguh aku.

“Kamu nampak tak Kamil?” Suara Cikgu Anas menarik perhatianku kembali. Bayangan wajah Ah
Chong dan Rama hilang dari khayalan.

“Nampak apa Cikgu?”

“Apa maknanya menjadi Matahari?”

Aku diam. Berfikir sebentar. Kemudian aku bersuara, “Sebenarnya, saya masih belum faham lagi.
Tapi saya kira, apa yang cikgu lakukan selama ini, itulah dia maksudnya menjadi matahari”

“Manusia, mereka memerlukan contoh yang hidup. Kalau kita lihat, Islam itu secara teorinya sangat
sempurna. Tetapi yang membuatkan ramai orang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup, adalah
kerana tiada orang yang hendak mengambil Islam itu secara sempurna. Biasanya, kita ambil dari
Islam apa kita nak, kita tinggalkan apa yang kita tak nak”

“Jadi?”

“Jadi, kalau ada manusia yang berjaya membumikan cara hidup Islam secara sempurna, maka ia
secara automatik akan menarik manusia lain untuk mengikutinya sama ada cepat atau lambat.
Sebabnya, Islam adalah fitrah bagi manusia”

“Maka, maksud Cikgu, menjadi Matahari adalah menjadi contoh?”

“Matahari adalah apa?” Cikgu Anas menjawab soalanku dengan soalan.

“Matahari adalah sumber tenaga untuk Bumi. Matahari juga menjadi paksi buat Bima Sakti. Seluruh
planet tetap di dalam orbit mengelilingi Matahari kerana medan magnetiknya yang kuat. Matahari
juga adalah sumber cahaya.”

“Maka begitulah kita perlu menjadi matahari kepada manusia. Menjadi sumber tenaga untuk jiwa
mereka. Menjadi cahaya yang menyah gelita hati mereka. Justeru, Islam adalah medan magnetik
yang kuat agar manusia tetap dalam kebaikan untuk kehidupannya”

Jiwaku seakan disentuh. Perumpamaan yang tidak pernah kujangka.

“Allah tidak menjadikan Matahari menggunakan kemarakannya untuk menundukkan planet-planet”


Cikgu Anas memandang kepadaku.

Aku ketawa. Teringat di awal perkenalan, aku menyuruh Cikgu menggunakan seni tempurnya untuk
menundukkan Qayyim dan rakan-rakan agar masalah di sekolah ini segera selesai.
Tetapi nampaknya, cara yang perlahan dan lambat yang Cikgu Anas gunakan, kesannya lebih
mendalam dan kuat. Sungguh, Cikgu Anas sangat berpandangan jauh, melihat masalah hingga ke
akarnya dan berusaha menyelesaikan masalah bermula dengan akarnya terlebih dahulu.

Kalau matahari menggunakan kemarakannya untuk menundukkan planet-planet, hasilnya bukan


menunduk, tetapi hasilnya adalah terhangus.

“Ah, sudahlah. Mari bersiap. Malam ini jangan lupa bagitahu sahabat-sahabat kita, yang kita ada
majlis. Kiranya, kelas agama malam ini tak ada, diganti dengan makan-makan. Cikgu datang sini
cari kamu sebab nak bagitahu ini sahaja sebenarnya” Cikgu Anas bangun. Aku turut bangun.

“Kita hajat sikit, Allah bagi banyak” Aku merujuk tujuan Cikgu yang sekadar hendak memberitahuku
berkenaan majlis, tetapi akhirnya berkongsi denganku banyak perkara.

“Matahari itu nampak sahaja satu, tetapi manfaatnya tidak terkira banyak”

Aku ketawa. Kami bersalaman sebelum berpisah.

Menjadi matahari. Macam Cikgu Anas.

Itu aku semat di dalam hati.

Tajuk Cerpen: Marsya Aiza


Penulis: Reenisha Thyagarajan
(bekas murid Cikgu Tan C L)

Marsya Aiza baru saja habis mencuci pinggan dan mangkuk serta mengemas bilik
dapur yang bersepah itu. Penat buatnya. Kedengaran keluhan berat daripada bibirnya.
Dengan langkah yang malas, dia menuju ke ruang tamu lalu menghempaskan
punggungnya ke sofa coklat itu. Otak fikirannya hanyut di alam lamunan yang
tersendiri.

NAH! Aku akan pastikan impianku jadi kenyataan. Aku mesti! Itu tanggungjawabku! Aku
akan pastikan Ezy berjaya untuk mengharungi setiap badai kehidupan yang
menantinya. Ini suatu permulaan baginya, permulaan yang harus menjadi uswah dan
hala tuju dirinya untuk menjadi modal insan yang cemerlang. Aku tidak mahu dia jadi
macam abang Zairil yang telah memusnahkan masa depannya.Itu bukan salah dia
sendiri, rasa kasihan mula terbit di hati Marsya. Ah, yang dah lalu tak usah aku fikirkan.
Sekarang cita-citaku ialah mahu melihat Ezy berjaya. Ya, Ezy, kakak tidak mahu kau
tersilap langkah dan aku yakin kau tak akan. Kita akan berlumba-lumba mengejar cita-
cita yang tersemat. Azam kalau dicampurkan dengan usaha, pasti akan mengemburkan
kejayaan, bukankah gitu!

Begitulah hebatnya Marsya Aiza bermonolog sendirian untuk merealisasikan sesuatu


yang telah kukuh terpahat di kotak akalnya sejak dia sedar akan tanggunjawabnya.

Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu menampar mukaku dengan lembut..
Marsya tersedar daripada ketegangan fikirannya yang baru sahaja reda. Dia memejam
celik matanya berulang-ulang kali bagi menghilangkan rasa mengantuk. Bayangan
wajah abah dan ibunya menguasai fikirannya satu per satu. Dia kecewa melihat insan
yang alfa dan evasif seperti orang tuanya. Sejumlah kisah pahit terbayang di ingatan.
Kenangan itu mula membesar dan menjajahi benaknya. Nawaitu materialistik yang
menyelubungi ibu bapa Marsya yang menyebabkan mereka mengabaikan kewajipan
mereka sebagai ibu bapa. Mereka juga yang menjadi punca abangnya, Zairil tidak maju
dan berjaya dalam hidupnya tetapi hanya menjadi sampah masyarakat.

Abah dan ibu hanya mementingkan wang, wang dan wang sahaja! Apakan wang itu
yang dapat membeli semua benda di dunia ini? Aku tak faham sikap abah dan ibu, dan
aku tak mahu jua. Nasib baikku yang mungkin menyebabkan aku dikelilingi persekitaran
yang baik dan positif. Kalau bukan kerana guru-guruku dan kawan-kawanku, aku tentu
jadi macam abang Zairil.Marsya Aiza berbisik pada dirinya lagi.

Otak fikirannya menerawang mencari kapastian. Tiba-tiba dia teringat akan Ezy yang
sedang tekun belajar untuk Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang akan
didudukinya tidak lama lagi. Marsya bergegas ke dapur untuk membancuh kopi untuk
adiknya itu. Dengan memegang cawan kopi di tangannya, dia berjalan dengan perlahan
ke arah meja di ruang tamunya lalu diletakkannya kopi yang panas itu. Sebelum sempat
dia berkata, Ezy melaung dari atas.

“Kak Sya……..
Ezy nak tengok TV boleh tak?”
“Kejap je ada ‘House’sekarang.”

Itulah satu-satu rancangan kegemaran Ezral yang tidak gagal ditontoninya. Marsya
hanya tersenyum sendirian memikirkan Ezy yang gila dengan rancangan itu.

“Ya Ezy, kakak baru saja nak panggil kau turun minum kopi dah kau nak turun.” …Cepat
ke bawah ya, boleh kau rest kejap, jawab Marsya.

Ezy pun dengan segera menyimpan buku-bukunya lalu melangkah turun dengan
pantas supaya dapat menikmati kopi sambil menonton rancangan yang diminatinya.

“Tengok tu Ezy, sudah lewat ni masih tak kelihatan bayang-bayang abang kau tu.”
“Alah kan sudah normal abang pulang lambat…..”
“Tapi tak kan setiap hari pun sama je, dah malas aku nasihat dia….balik-balik sama
perangainya.”
“Kasihan kak……… bagai mencurahkan air ke daun keladi.”
“Alah….cukuplah dengan peribahasa kau tu. Buat aku frust je.”

Ezy tersenyum sinis.Khusyuk dia mengenakan kakaknya itu.

“Hari ini, abang Ril lupa bawa kunci rumah bersama, tulah aku tunggu dia.Tapi tengok
tu, dah tau tak ada kunci dengannya, tak terfikir nak balik awal, ishh!…”
“Pleaselah kak, dah pasti abang Ril belum sedar pun yang dia tak bawa kunci
dengannya.”
“Aduhai! Mungkin juga. Habislah, entah berapa lama aku nak tunggu dia. Dah call dia
pun tak terjawab….”sambung Marsya lagi.

“Eh….. kak Sya, abah dan ibu belum balik lagi ke?”
“Haa…. mana boleh balik lagi, you know ada party besar-besaran di rumah korporat itu.
Dapat jumpa all the rich people….nanti mana dapat berlagak kalau mereka tak pegi,”
jawab Marsya dengan selamba.

Kata-kata kakaknya itu mengundang ketawa di bibir Ezral.


Selepas Ezral menonton rancangan yang amat digemarinya sambil menghirup kopi
yang dibancuh oleh kakanya, dia terus ke biliknya untuk kembali membelek buku-buku
yang bersepah di meja bacaanya.

Jendela di ruang tamu dikuak agar angin dingin segar malam dapat masuk. Marsya
yang bersendirian terasa berada di rumah sepi seperti tiada manusia yang
menghuninya. Seperti malam-malam yang lalu hanya bunyi cengkerik yang begitu setia
menemani malam. Titis-titis hujan yang menimpa laman direnungnya tunak. Segugus
nafas tenat dileraikan dari dada. Tanpa suara. Marsya berjalan dengan langkah longlai,
lalu mencekau surat khabar yang terbaring di meja. Begitu teliti dia membaca semua
artikel…. kata demi kata dengan penuh perhatian.
Tiba-tiba daun pintu dibuka dan dihempas dengan begitu kuat. Marsya tekejut bagaikan
terdengar bedilan mortar. Marsya terasakan bahang kemarahan mulai meresap ke
dalam hatinya apabila melihat perangai abangnya itu.

“Abang Ril! Abang tau tak sekarang pukul berapa sudah? Dah tak bawa kunci rumah
bersama, tak terfikir untuk pulang awal ke? Tak terfikir adik you ni akan menunggu!”

Ril, sekadar mengangguk-angguk beberapa kali tanpa sepatah bicara. Marsya


merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap. Dirinya mula diselimuti perasaan
pesimis dan mengalah.

“Dia ni tak akan berubah! kata Marsya dengan nada yang marah bercampur kecewa.”

Pedih di hati dikunci dengan teguh lalu dia bergerak menuju ke biliknya. Sebelum pnitu
biliknya dibuka, Marsya meneriak memberi amaran kepada adiknya yang sedang rajin
mengulang kaji pelajaran.

“Ezy! Jangan terjaga lama sangat, esok kan ada sekolah. kena bangun awal ni.”
“Ya kak, kejap lagi I’ll go to bed already,jawabnya tenang.”

Tanpa berkata, Marsya terus ke dalam biliknya lalu merebahkan dirinya atas katil. Dia
terus melelapkan matanya.

Malam memanjang dinahari telah berlalu. Deringan nyaring jam bulat di bilik Marsya
mengejutkannya lalu memanifestasikan pagi sudah menjelma. Marsya bingkas bangun
dan meneruskan rutin hariannya. Selepas mengerjakan sembahyang subuh, dia segera
membangunkan Ezal untuk bersedia ke sekolah. Kemudian terus ke dapur, sibuk
menyediakan sarapan pagi. Ezral menggalas beg sekolahnya lalu menuruni tangga
dengan langkah yang pantas.

“Kak sya, kenapa asyik… roti bakar aja jadi sarapan?”


“Kenapa Ezy kau harapkan chicken chop pagi-pagi lagi ke?”Marsya mengusik adiknya
itu.

Ezy hanya melontarkan pandangan tajam kepada kakanya.Marsya tesenyum puas


mengenakan adiknya.

Selepas Ezral ke sekolah, Marsya kembali meneruskan kerja hariannya seperti biasa
sambil mendengar radio yang sedang mengumandangkan lagu-lagu sentimental.
Mentari pagi yang pada mulanya seolah-olah mengintai di sebalik lautan sudah mula
memancarkan cahaya emas. Kicauan burung turut mmeriahkan suasana.

Sejurus kemudian, Marsya keluar ke beranda rumah dan memerhati sinaran sang suria
yang bergemerlapan ke arah tingkap rumah jirannya. Pada masa itu, terdengar bunyi
enjin kereta dimulakan yang menerjah perhatian Marsya. Matanya lantas terfokus pada
wajah abah dan ibunya yang sedang menaiki kereta Perdana putih yang kemudiannya
meninggalkan halaman rumah. Marsya menjuihkan bibirnya sambil melirikkan matanya.
Dia sudah biasa melihat ibu bapanya keluar mencari nafkah pada pagi dan hanya
pulang ke rumah lewat malam. Kemudian matanya mendongak ke atas memerhati
langit . Dia memikirkan tentang Ezral yang akan menempuh cabaran hebat dalam dua
minggu lagi yakni peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang amat mustahak bagi
Ezy.

Ingatan yang dating tiba-tiba itu segera pula tertangkap dan terbayang wajah Ezy di
mindanya. Wajah Ezy yang bersih, yakin dan menonjolkan cirri-ciri kematangan
tentunya mentah dalam menangani hidup penuh pancaroba, kata hati Marsya. Ada
kebimbangan yang berakar di perdu hati Marsya tetapi falah itu sudah mula
dikecapinya.
Ezy nescaya akan mencapai azamnya kerana telah dan sedang berhempas pulas
dengan prakarsa dan semangat yang berkobar-kobar. Ezy tentu akan membuktikan
kebolehannya sekali gus merealisasikan impian aku juga,bisik Marsya dalam
hatinya.Pejuangan tak akan berakhir, selagi ada ombak di lautan kata Marsya dengan
penuh iltizam mahu menguatkan keyakinanya.

………………….

Pejam celik, dua minggu sudah berlalu. Dalam kata lain, peperiksaan yang akan
diduduki Ezral sudah pun tiba. Hati Marsya digigit resah yang bukan kepalang.
Kesejukan mencengkam urat-urat saraf tangan Marsya walaupun sinar cahaya masih
belum hilang dan langit masih lagi cerah tambahan pula panas mentari tengah hari itu
membahang. Melalui reaksi muka Ezy, dia kelihatan begitu yakin dan bersemangat
tetapi perasaan cuak terselindung di sebalik sanubarinya.

“Ketabahan dan kesabaran akan membuahkan nikmat yang tidak dapat dinilai, Ezy.
Usahakau selama ini akan membuahkan hasil, Insya-Allah mahkota kemenangan itu
akan kita kecapi bersama. Jangan kau risau, usaha tangga kejayaan! Semoga kau
berjaya Ezy!
Kakak akan doakan kejayaan kau.”

Marsya menukilkan kata-kata semangat yang berjaya meresap ke seluruh urat saraf
Ezral. Dia kelihatan lebih bersemangat.

“Ezral akan menghadapi detik-detik bernilai dengan bersungguh-sungguh,kak Sya.


Saya yakin Tuhan akan kabulkan aspirasi saya dan kakak…… saya pergi dulu ya
kak…..luah Ezral tatkala memandang Marsya.”

Marsya hanya melihat adiknya yang melangkah dengan tenang dan kukuh meniggalkan
halaman rumah untuk menghadapi peperiksaan yang amat bermakna buatnya. Teriak
Marsya dengan nada yang lantang.

Ezy, all the best!


Thank you! ujar Ezy, sambil menaiki bas sekolah yang menunggunya.

Peperiksaan selama tiga hari itu berlalu dengan sekelip mata. Ezy berpuas dengan
setiap kertas yang diambilnya. Dia agak yakin dengan cara dia menjawab kesemua
kertas tersebut. Marsya hanya mengukir senyuman puas apabila melihat wajah adiknya
yang gembira dan tenang.

………………..

Masa berlalu dengan begitu pantas. Hati seakan berdoa meminta jarum jam berhenti
sebentar. Angin petang datang menyisar-nyisar hingga menyeratkan daun-daun kering
gugur ke serata halaman. Petang mula remang merangkak senja, cahaya merah langit
pudar dan mula bertaut dengan kegelapan. Lubuk hati Marsya berdebar-debar. Esok
ialah hari yang teramat istimewa dan juga membimbangkan. Keputusan peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah akan diumumkan esok. Sebak meesap ke dalam diri
Masya. Dia kelihatan lebih gementar menghadapi hakikat berbanding Ezral. Marsya
menggaru-garu dagu yang sebenarnya tidak gatal. Dia cuba membuang
kecanggungannya dan melemparkan pandangannya ke arah Ezral yang sedang
menonton television dengan perasaan cool tanpa rasa risau yang terpancar di
wajahnya. Bibir Marsya menyulam secebis senyuman. Dia terus melahap wajah
adiknya yang ceria itu.

Malam dicengkam kedinginan. Marsya dan adiknya masing-masing dalam bilik mereka.
Ezral sempat memejamkan matanya, lalu tidur dengan nyenyak. Marsya pula tidak
dapat melelapkan matanya yang penat. Keraguan demi keraguan mula menyelinap
dalam fikirannya, tidak sabar rasanya menanti saat yang signifikan itu. Bagaimana jua
dengan berfikiran positif dia menutup kelopak matanya.

Sesekali kicauan sang burung dan hembusan sang bayu memainkan irama,
masing-masing membuktikan keagungan ciptaan Tuhan. Pagi itu Marsya sudah bangun
awal-awal lagi dan juga membereskan kerja hariannya dengan cepat sekali. Dia juga
sudah bersedia begitu awal untuk mengikut Ezy ke sekolah, mangambil keputusannya.
Rasa resah kembali menggamit Marsya. Entah mengapa debaran di hatinya kian
kencang. Semua ini menyerabutkan lagi otaknya. Dia hanya merenung persekitarannya
dengan renungan yang tidak membawa apa-apa makna. Sejenak kemudian, Ezral yang
sudah berpakaian sekolah turun ke bawah untuk mengambil sarapannya. Ezy hanya
dapat mengukir senyuman apabila melihat kakaknya yang membatukan diri merenung
jam yang tergantung di dinding. Suara Ezy memecah keheningan.

“Kak Sya, Ezy kena pergi sekolah sebelum pukul 10.00, so…. you ready?”
“Err….yup! Let’s go kata Marsya sambil mengambil begnya.”

Sampai sahaja di sekolah, suasana yang riuh rendah dengan murid-murid yang juga
menanti keputusan masing-masing menyebabkan bulu roma Marsya meremang. Mata
Marsya dan adiknya saling bertatapan, penuh pengertian yang tersembunyi. Semua
murid bertebaran bagaikan ‘lipas kudung’ untuk beratur sebaik sahaja guru tingkatan
masing-masing menuju ke dewan dengan keputusan peperiksaan. Apabila tiba giliran
Ezral, terpancar semacam rasa cemas dan yakin yang bercampur aduk di hatinya.
Marsya dari jauh hanya mendoakan kejayaan bagi Ezy. Matanya bersinar mahu
menanti keputusan daripada Ezy. Ezral menggeleng-geleng hairan, dan Marsya berasa
payah untuk mengertikannya. Amat sukar bagi Marsya untuk menerima saat-saat
seperti ini. Pada masa itu juga, suasana begitu bingit dengan jeritan dan tangisan
murid-murid yang sudah menerima keputusan mereka. Hati Marsya berdetik hiba dan
dari kelopak matanya tergenang air mata kegembiraan tatkala melihat slip keputusan
peperiksaan Ezy yang tercatat 7A. Marsya mengukir senyuman syabas kepada Ezy. Air
mata masih bercucuran di pipi Marsya yang terlalu gembira dan bangga.

“Hasrat kita telah Tuhan kabulkan. Usahakau selama ini telah membuahkan hasil,Ezy!
Tahniah Ezy!”

“Terima kasih, kak. Tanpa kakak, tak mungkin Ezy boleh mendapat keputusan ini.
Semangat dan dorongan kakak yang membolehkan Ezy berjaya.Terima kasih,… kak.”

“Itu tanggungjawab kakak, Ezy….tak payah nak ucap terima kasih. Kak, sanagat puas
dan girang dengan usaha kau yang akan mencerahkan masa depan kau. Kau akan
dapat masuk aliran sains, dan kau mesti berusaha lebih gigih seperti kata peibahasa
‘patah tongkat berjermang’ untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.”

Hasrat Marsya yang mahu adiknya berjaya telah menjadi kenyataan. Dia berasa
gembira kerana kehidupan Ezral tidak seperti abangnya Zairil. Bukan sahaja Ezy, tetapi
dia juga berjaya membentuk dan menunjukkan jalan yang baik kepada adiknya. Marsya
yakin sinar kebahagian akan sentiasa menemani Ezral.

Kemuliaan Hati Seorang Anak.

Di sebuah kampung, tinggalah sebuah keluarga yang teramatlah miskin.Keluarga itu


terdiri daripada seorang ibu yang telah hampir uzur bernama Mak Lamah serta dua anaknya yang
bernama Malik dan Adi. Malik merupakan anak sulung yang berumur 14 tahun. Mak Lamah
telah kehilangan suaminya sejak Malik dilahirkan. Suaminya itu meninggal dunia kerana telah
terjatuh dari sebuah bangunan yang tinggi ketika sedang menjalankan tugas membuat bangunan.
Mak Lamahlah yang menyara kehidupan mereka sekeluarga walaupun beliau telah hampir uzur.
“ Mak, sedap sungguh sarapan pagi ini! ” kata Malik sambil memakan ubi kayu bercecah
semangkuk garam. “Malik, sebentar lagi sekolah akan bermula jadi kamu mesti bergegas ke
sekolah.” kata Mak Lamah.Kemudiannya,emak Malik menghulurnya wang saku sebanyak empat
puluh sen. Walaupun Malik malu dengan jumlah wang yang diberikan ,namun Malik tetap
mengeraskan hatinya untuk lebih memahami kesusahan hidup mereka.
Pada suatu pagi ketika Malik sampai ke pintu pagar sekolah, tiba-tiba sekumpulan pelajar
nakal menyergah ke arah Malik lalu mengugutnya agar menghulurkan kesemua wang sakunya.
Malik tetap tabah menghadapi segala dugaan tersebut walaupun telah kerap kali dia diugut oleh
mereka. “ Macam biasa, duit mana? ” tanya salah seorang daripada ahli kumpulan pelajar nakal
tersebut. “ sa..saya bawa dua puluh sen sahaja hari ini” kata Malik. Walaupun jumlah wang
tersebut hanya sedikit namun mereka tetap berkeras hati untuk mengambilnya.
Ketika waktu rehat, semua pelajar bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Namun
Malik duduk berseorangan di sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut. “ Hai..apalah
malang nasibku, telah kerap kali wangku dirampas” bisik hati Malik. Air mata perlahan-lahan
turun mencucuri pipinya. Pelajar-pelajar yang melintasi di pondok itu semuanya mentertawakan
Malik. Malik tetap menguatkan hatinya. Dengan sedih bercampur hibah Malik berjalan perlahan-
lahan ke arah sebatang paip. Malik lalunya menghirup air paip tersebut perlahan-lahan sambil
melinangkan air matanya. .Malik telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya
sering sakit memulas-mulas kerana terminum air paip itu. Walaupun dalam kepayahan itu namun
Malik tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan guru-guru serta ibunya
kerana takut akan dibuli oleh rakan-rakan yang nakal itu.
Pada suatu ketika Malik pulang dari sekolah ibu serta adiknya tidak berada di rumah.
Malik memanggil ibu serta adiknya sambil mencari mereka namun kelibat mereka tidak
kelihatan. Malik mula merasa bimbang. “ Ibu…ibu… ?” suara Malik kedengaran lebih kuat.
Namun suaranya tidak disahut oleh ibu ataupun adiknya. Malik mula merasa bingung. Setelah
satu menjelang senja ibu serta adik Malik masih belum pulang lagi. Hari semakin gelap dan
diselubungi oleh suasana suram dengan hujan yang sudah mula turun. “ Oh, Tuhan apalah
malangnya nasibku ini, sudahlah ditinggalkan ayah, ibu dan adik juga telah hilang, “ demikian
keluhan hati Malik.
Sambil memikirkan ibu serta adiknya Malik akhirnya telah tertidur di atas tangga rumah
kerana keletihan. Tanpa disedari di dalam tidurnya air mata Malik telah bergenang di pipinya.
Setelah menjelang malam Malik telah tersedar apabila tubuhnya telah digoncang oleh seseorang.
Apabila membuka matanya rupa-rupanya sekujur tubuh yang berada di sisinya ialah ibu serta
adiknya. Sambil meraung kesedihan Malik telah memeluk ibu serta adiknya. “Sampai hati ibu
meninggalkan Malik sendirian,” kata Malik sambil menangis tersedu-sedu. Ibu Malik sangat
terharu dengan kata-kata Malik. “Ibu minta maaf kepada Malik kerana telah meninggalkan Malik
sendirian tanpa pesan.” Kata ibu Malik. Ibu Malik menjelaskan bahawa pada siang tadi ibu
terpaksa membawa adik ke klinik kerana sakit. Ibu terpaksa berjalan kaki sejauh enam kilometer
semata-mata untuk mendapatkan rawatan kepada adik yang sakit. Tanpa wang belanja ibu
terpaksa meredah kepayahan berjalan kaki sejauh enam kilometer. Walaupun dalam keadaan
payah namun ibu berusaha untuk menyembunyikan perasaannya. “Malik, adikmu sakit dan
perlukan makanan serta susu.” Keluh ibu dengan perasaan sangat sedih. Sambil mengusap air
mata di pipi ibunya Malik memberitahu kepada ibunya bahawa di belakang rumah mereka ada
sebuah tin buruk yang disimpannya sekian lama telah dipenuhi dengan duit siling yang telah
diberikan sejak arwah ayahnya masih hidup. Duit tersebut adalah hasil daripada simpanannya
sejak sekian lama. “Ibu, sebenarnya selama ini Malik tidak pernah menggunakan wang yang ibu
serta ayah beri dulu tetapi sebaliknya duit itu Malik telah simpan di belakang pokok pisang
sebagai duit belanja apabila ditimpa kesusahan.” Ibu Malik sangat terharu mendengar cerita
Malik bahawa selama ini rupanya Malik hanya menghirup air paip di sekolah semata-mata untuk
mahu mebantu kemiskinan keluarganya. Ibu Malik tidak henti-henti menitiskan air matanya
sambil memeluk Malik. “Oh, Tuhan hamba bersyukur ke hadratmu kerana telah memberikan
anak yang berhati mulia ini.”

Apabila mengenangkan semula peristiwa itu tanpa Malik sedari air mata di pipinya akan
jatuh menitis. Kini, Malik bukan lagi seorang budak miskin tetapi telah menjadi seorang jutawan
yang sangat budiman. Sikap Malik yang dermawan telah menjadikan namanya menjadi sebutan.
Cerpen : Hadiah hari guru
29 May 2010
Kategori: Cerpen
11 ulasan

Oleh : antikapel
Kaki melangkah dengan penuh yakin. Ya! Hari ni hari pertama aku bertugas sebagai
guru.
“saya fauzeah, nak daftar untuk guru ganti bagi puan surayani yang cuti bersalin”
“owh, ni la adik Kak Yani. Cik Fauzeah pergi jumpa Puan Aini dulu. Nanti dia akan
terangkan segalanya pada cik fauzeah”
“ok, terima kasih” aku melangkah penuh yakin walaupun debaran dihati bagai menggila.
“assalamualaikum. Puan Aini, saya Fauzeah, guru ganti untuk Puan Surayani” aku
memulakan bicara sejurus masuk ke bilik penyelia petang sekolah ini.
“ni adik ustazah surayani kan? Awak akan mengajar 5 kelas tahun tiga untuk peajaran
pendidikan islam. Ni buku rancangan mengajar ustazah yani. Awak bolehlah terus
masuk ke bilik guru. Semua jadual kelas ada dalam buku tu. Selamat bertugas.”
Kata-kata semangat yang membuat aku punya rasa gementar kurang sedikit.
Aku melangkah menuju ke bilik guru dan mencari tempat kakak aku. Senyuman ku
hulur untuk setiap cikgu yang aku selisih. Cuak gila! Tak pernah ada pengalaman
menjadi cikgu. Ya ALLAH…permudahkan aku….
************
“cikgu baru ye? Ganti kak yani kan?” seorang guru yang duduk berhadapan dengan
meja dengan ku menegur ku ramah.
“ye saya…saya, fauzeah. Adik kak yani.” Aku meramahkan diri.
“owh. Nama akak kak su. Kak yani kata fauzeah datang semalam. Kami tunggu juga.
Tapi, tak sampai pon”
“sebenarnya, hari ahad baru sampai sini. Penat naik bas dari kedah tak habis lagi. Tu
yang datang selasa.”
“owh…baru habis la ni belajar? Dapat sambung kat mana nanti?”
“Alhamdulillah…baru habis. Tak tau lagi, harap-harap dapat yang dekat je la. Tak larat
nak sekolah jauh-jauh” seronok pula bersembang dengan kak su.
“ustazah fauzeah, sekarang ni waktu ustazah mengajar kelas 3B kan?” tiba suara puan
aini menerjah ke telinga ku.
“eh, kelas saya pukul 3. Kejap, alamak! Salah tengok jadual. Minta maaf puan” adus,
gelabah la pula. Aku ingat hari ni hari isnin. Mati-mati aku duduk sembang ngan kak su
ni.
Alahai malunya. Hari pertama dah kena tegur dengan puan aini. Aku melangkah
menuju ke kelas.
********
“bangun…assalamualaikum ya ustazah”
Bergema suara pelajar tahun 3H itu. Seolah aku rasa dihormati. Indahnya perasaan itu.
Aku selalu rasa pening bila masuk kelas yang satu ni. Bukan apa, aku pening sebab
aku tak tahu macam mana nak ajar mereka. Kelas ni memang khas untuk pelajar yang
belum lagi tahu membaca dan hampir semua pelajar kelas ni tak kenal pon huruf jawi.
Tu yang membuat aku lagi pening.
Malam tadi aku tanya kak aku, macam mana nak cover budak-budak ni. Kak aku kata,
aku baca je petikan kat buku teks dan suruh mereka ikut apa yang aku baca.
“hari ni kita belajar akhlak. Ustazah nak kamu buka buku teks muka surat 22.” Seraya
aku member I arahan selepas aku mengarahkan mereka duduk di tempat masing-
masing.
“cikgu….”
“cikgu ke ustazah?” aku bertanya pada hafiz.
“eh, silap. Ustazah…saya tak bawa buku akhlak.” Hafiz tersipu malu.
Aku dah biasa dengan keadaan pelajar yang memanggil aku cikgu walau hakikatnya
mereka sepatutnya memanggil aku ustazah. Mungkin sebab tudung aku tak macam
tudung ustazah.
“kenapa tak bawa? Siapa yang baca kat rumah?” aku menyoalnya semula.
“err, terlupa la ustazah.”
“tak pe. Kongsi dengan kawan kamu kat sebelah tu”
Aku membaca setiap patah perkataan dalam petikan tu, dan anak-anak murid ku yang
lain mengikut sahaja rentak dan intonasi bacaan aku.
Sedang asyik membaca petikan tersebut, mataku menangkap perbuatan hafiz yang
membaling pemadam kepada aiman yang duduk di barisan hadapan.
” hafiz! Jangan main pemadam.” Aku meninggikan suara.
“hafiz! Jangan main pemadam.” Bergema suara pelajar 3H mengikut gaya suara ku.
Astaghfirullah…aku beristighfar dalam hati. Sabar je lah. Budak-budak ni memang
mendengar arahan dengan baik. Ayat aku sebentar tadi bukan berdasarkan petikan,
tapi aku menegur Hafiz yang sedang bermain pemadam. Tak sangka pula mereka yang
lain mengikut apa yang aku katakan.
“ustazah marah Hafiz. Bukan baca petikan. ”
“ustazah marah Hafiz. Bukan baca…..” ada lagi suara yang mengikut ayat aku. Sabar je
la….
“kejap, jangan ikut apa yang ustazah kata ni, ok??” aku memberi arahan sambil menuju
ke meja Hafiz.
“hafiz, bagi ustazah pemadam kamu tu. Kamu dah tak nak kan pemadam ni?” aku
mengugut dia.
“err, saya nak ustazah. Kalau ustazah ambil, macammna saya nak main balin-baling?”
Hafiz menjawab.
Subhanallah! Kalau adik aku, dah lama aku piat telinga dia. Baru puas hati aku.
Tapi, ni anak orang….tahan sabar je la…
“ustazah tak kira. Bagi semua pemadam kamu. Dah la buku tak bawa, main pemadam
pulak tu masa ustazah mengajar.” Aku membebel sambil mengutip pemadamnya.
“ustazah, hafiz ada lagi pemadam banyak dalam kotak pensil dia.” Syaffiq menyampuk.
“hafiz, keluarkan semua pemadam kamu.” Aku memberi arahan.
“ustazah, syaffiq pon ada juga. Siap bawak besi berani dengan kereta mainan lagi.”
Hafiz membongkar rahsia kawannya pula setelah rahsia kewujudan pemadam-
pemadamnya diketahui.
“syaffiq, bagi kat ustazah besi berani dengan kereta mainan kamu.” Aku harus berlaku
adil!
“ustzah, aiman pon ada pemadam banyak ustazah. Dia main tikam kat kelas tadi.
Lawan dengan faizal” satu lagi suara menyampuk.
“ok, kamu semua…keluarkan semua pemadam kamu dan mainan yang kamu bawa ke
sekolah. Sekarang!”
Terkejut gila bila banyak sangat pemadam yang aku kutip petang tu. Aku tak marah
mereka memiliki pemadam yang banyak, tapi yang buat aku bengang bila mereka
bermain pemadam tu tika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada la dalam satu plastic
pemadam yang aku dapat. Puas hati aku.
“ustazah bagi balik pemadam-pemadam ni sebelum kamu cuti nanti” aku bersuara
tegas.
“ustazah, pemadam tu murah je. Dorang boleh beli lagi ustazah.” Hasmah, pelajar
perempuan yang duduk dibarisan hadapan sekali menyampuk.
“siapa yang ustazah jumpa dia bermain pemadam dalam kelas ustazah, bukan
pemadam je yang ustazah ambil, ustazah denda kamu lari keliling padang. Faham?”
aku mengugut mereka.
Dalam hati, rasa nak gelak je tengok budak-budak ni memasamkan muka.
Memang sebentar tadi aku rasa berapi dengan budak-budak ni, tapi mereka ‘menyejuk
kan hati’ aku dengan gelagat mereka.
*********
Sudah dua minggu aku menjadi seorang pendidik yang tak bertauliah. Terlalu banyak
kenangan yang menggamit jiwa. Mengajar aku tentang kesabaran. Fitrah kanak-kanak
yang menceriakan aku. Aku mula merasai peningnya cikgu-cikgu aku masa aku
disekolah rendah dengan gelagat dan perangai nakalku yang tak sudah-sudah.
Namun, ku akui walau marahnya aku dengan mereka kerana kenakalan mereka, tapi
mereka lah jua yang menghilangkan marahku ini. Mereka terlalu istimewa. Sungguh,
aku bersyukur dengan peluang yang aku dapat sekarang.
Hari ni terlalu penat rasanya kerana menanda buku latihan tahun 3 yang aku ajar iaitu 5
kelas kesemuanya. Aku hanya mengarahkan pelajar kelas 3D menyiapkan latihan. Tak
terdaya nak mengajar. Mujur juga tajuk yang telah dijadualkan dalam buku rancangan
pelajaran sudah ku ajar kelmarin.
Aku menanda buku-buku tersebut sambil mata ku mengawasi pergerakan mereka.
Untuk memastikan keadaan tenang dan terkawal.
“azam, apa kamu buat?”mata ku tertancap kearah azman yang sedang melipat kertas
membentuk roket.
“err, tak ada apa ustazah.”
Aku berjalan kearahnya.
“mana buku pendidikan islam awak?kenapa tak buat?”
Dengan muka tak bersalah, azam menunjukkan buku nya yang hampir ‘bersih’ tanpa
diisi dengan apa-apa jawapan.
“siapa ada pembaris kayu? Ustazah nak pinjam. Ustazah nak semak semua buku-buku
kamu. Setiap muka surat yang tak buat, ustazah rotan 2 kali.” Aku tak terniat pun nak
merotan mereka. Hanya menakutkan sahaja.
“ustazah, pembaris kayu tak ada, pembaris besi adalah” salman memberitahu dengan
‘jujurnya’.
Sucinya mereka. Berkata benar dengan ustazah. Budak-budak ni….
“lagi bagus! Pembaris besi lagi sakit kan kalau ustazah rotan kan azam??” aku
menjengilkan mataku kearah azam.
Azam hanya menunduk.
Aku hanya menakut-nakutkan mereka seolah aku ingin merotan, tapi tak la merotan
mereka. Sekali mereka report kat mak bapak mereka, habis la aku.
********
Minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi semua pelajar. Aku
memberi semangat kepada semua anak-anak muridku. Berdasarkan pencapaian
mereka dalam subjek ini dipeperiksaan yang sebelumnya, bilangan yang gagal hampir
separuh. Apatah lagi yang mendapat A, tak sampai 10.
“untuk peperiksaan pertengahan tahun ni, ustazah janji siapa yang dapat A ustazah
bagi hadiah.”
Mulanya aku kira tak ramai yang dapat A. tapi, rupanya hitungan ku silap!
Hampir suku pelajar tahun 3 dari 5 kelas yang aku ajar dapat A. yang gagal tak sampai
10 orang. Aku tersenyum bangga. Nampaknya tak sia-sia aku memberi semangat.
Tapi, yang menjadi masalahnya, dalam dompet aku hanya ada RM20. Itupun untuk duit
minyak untuk minggu ni dan minggu depan. Sebab, aku memang tak ada duit. Baru
habis matriks, mana ada duit simpanan lagi. Kat matriks dulu pon, mak ayah yang
support sikit. Nasib baik gak dapat duit elaun RM50 setiap bulan.
Aku pening, mana nak cari duit nak beli hadiah untuk budak-budak ni. Pening aku
menanda kertas peperiksaan yang seramai 5 kelas itu pun tak habis lagi. Mana taknya,
dengan pelbagai gaya tulisan hingga membuat mataku sakit untuk memahaminya.
Huruf ba yang hampir sama dengan ta dan kadang-kadang aku keliru huruf kha dan jim.
Ditambah lagi dengan jawapan yang tunggang terbalik yang membuat aku rasa macam
nak pangkah semua jawapan mereka. Nasib baik juga kak aku tolong menanda, selama
seminggu aku demam dek penangan menanda kertas2 mereka. Namun aku gagahi
juga untuk ke sekolah.
Aku buat solat Dhuha hampir setiap pagi. Aku pernah dengar Dhuha ni pembuka pintu
rezki bagi sesiapa yang mengerjakannya.
Hujung minggu itu, kakak aku ajak aku pergi jenguk abah yang kerja kat shah alam.
Saja melawat sebab kami dah lama tak balik kampong.
“macammna mengajar?seronok?” abah bertanya.
“seronok la juga. Biasalah budak-budak.” Aku menjawab dengan girang.
“ada duit tak buat belanja?” eh, abah ni macam tau-tau je.
“ada, tapi tak la banyak”hehe….aku berkias.
Lantas abah menghulurkan note RM50 kepadaku.
Alhamdulillah. Aku sangat tidak menyangka. ALLAH murahkan rezki ku. Kini aku tak
perlu risau tentang hadiah yang aku janjikan kepada anak-anak muridku itu.
Benarlah…ALLAH membuka pintu rezki kepada hamba Nya yang berusaha. Aku
berazam untuk istiqamah dalam mengerjakan solat Dhuha.
*******
Lagi seminggu sesi persekolahan akan berakhir. Minggu terakhir sebelum cuti
pertengahan tahun ni, sekolah sibuk dengan aktiviti menyambut hari guru selepas
peperiksaan pertengahan tahun berakhir. Sangat menyeronokkan sebenarnya. Pertama
kali aku menyanyi lagu ‘kami guru malaysia’ dihadapan semua pelajar SK kg Melayu
Subang. Pertama kali juga aku menyambut hari guru sebagai seorang guru. Syahdunya
perasaan itu. Tak mungkin aku lupa sepanjang hidupku.
Dan paling best, aku dapat hadiah hari guru banyak gila! Sampaikan kak as pon tegur.
“banyaknya kau dpat hadiah gee. Kami yang dah lama mengajar ni pun tak banyak
dapat macam kamu.”
Aku hanya tersengih. Tak tau nak jawab apa. ALHAMDULILLAH, rezeki aku.
Dalam seminggu, aku membawa balik hadiah yang aku terima. Yelah, aku naik motor,
mana larat nak bawak sekali gus. Ada yang bagi coklat, Tupperware, jam, frame, kek
dan macam-macam lagi. Ada juga yang bagi bunga hingga berkuntum-kuntum. Nasib
baik ada yang bagi pasu, boleh la aku letak bunga-bunga hiasan tu. Paling best aku
dapat banyak sangat pen merah. Dan kebanyakannya adalah dari pelajar kelas hujung.
Hanya mereka mengerti kenapa mereka memberiku pen merah. Aku hanya tersenyum
sendirian.
Paling terharu, adalah kad hari guru yang dihadiahkan oleh seorang pelajar, Asyraf. Kad
yang dibuat sendiri oleh Asyraf itu dari kertas lukisan. Walaupun harganya mungkin tak
semahal hadiah yang lain, tapi itulah hadiah paling bernilai bagi ku.
Tulisan tangan yang tunggang langgang dengan huruf-huruf yang terbalik itu
menggambarkan kesungguhan Asyraf untuk menghadiahkannya untukku.
Lagi terharu bila membaca ayat dalam kad itu.
“selamat hari guru ustazah. Saya sayang ustazah”
Murninya hati Asyraf. Menitis air mata ku melihat kesungguhannya melukis orang lidi di
tengah-tengah kad tersebut. Ada dua orang lidi yang dilukis, iaitu orang lidi perempuan
dan lelaki. Walaupun lukisan tu agak comot, tapi aku masih boleh memahaminya.
Asyraf menggambarkan orang lidi perempuan itu adalah aku, dan yang lelaki adalah
dia. Comel sungguh.
Budak-budak sangat jujur. Mereka hanya berkata dan membuat apa yang terlintas
dihati mereka. Fikiran mereka suci tanpa dosa dan noda. Mereka berterus terang dan
tidak mengumpat belakang. Jika mereka ingin berkata sesuatu dengan aku, mereka tak
selindung. Hari ni aku marah mereka, esok aku boleh tertawa gembira dengan mereka
tanpa mengingati cerita semalam.
*********
Setahun sudah berlalu. Namun pengalaman mengajar anak-anak muridku aku tak
pernah lupakan.
Petang itu, aku mendapat panggilan dari kakak ku, Asyraff bekas anak muridku
meninggal kerana kemalangan ketika pulang dari mengaji menaiki basikal.
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un….semoga roh mu dicucuri rahmat.
Aku menyelongkar laci untuk mencari kad hari guru yang pernah dihadiahkan oleh
Asyraf kepadaku. Namun tak ketemu. Sungguhpun begitu, itulah hadiah hari guru
paling bermakna dalam hidupku.
Hadiah yang tak ternilai ikhlas dari hati tulus seorang pelajar tahun 3. Akan ku ingat
selamanya. Seorang pelajar tahun 3 yang Berjaya menyedarkan aku erti keikhlasan
yang sebenarnya. Sungguh, kini aku mengerti hadiah paling ebrnilai bukanlah hadiah
yang harga berpuluh-puluh, tapi ia terletak pada hati yang member.
Itulah hadiah paling bernilai dan bermakna.
##cerita ini adalah berdasarkan pengalaman penulis ketika menjadi guru ganti di SK Kg
Melayu Subang. Namun, nama-nama diatas adalah rekaan semata kerana penulis
sudah lupa nama anak-anak muridnya.
BAYU pagi bulan Mei berhembus membawa pergi segala kenangan yang tercipta
dalam bulan April. Lembaran baru bakal diselak, menutup naskah kehidupan yang
lama. Azrul menyapu jem berperisa strawberry pada roti bakar di tangan kanannya.
Kemudian, roti itu diletak di dalam piring kecil. Dia berlalu ke rak menyimpan gelas
dan cawan. Dua biji gelas diambil lalu diletakkan di atas meja. Dia melangkah ke
arah peti ais pula, mengeluarkan sekotak jus epal dan kembali semula ke meja
makan. Azrul berpuas hati dengan juadah yang terhidang untuk sarapan pagi itu.
Ada beberapa keping roti bakar, semangkuk bijirin dan sekotak jus epal. Tiba-tiba
telinganya menangkap bunyi derap kaki yang menuruni anak tangga. Segera dia
berlari ke ruang tamu.

“Selamat pagi mama!” ucap Azrul dalam senyuman yang melebar.

Zuhrina yang sedang memakai anting-anting di telinga hanya tersenyum nipis


sebagai balasan sapaan anaknya tadi. Dia pantas mencapai beg bimbit yang
terletak di atas meja kecil yang dihiasi beberapa pasu pokok kaktus. Ada yang
tumbuh menghijau dan ada juga yang mula rekah berbunga.

“Mama tak sarapan dulu?” soal Azrul apabila melihat mamanya tidak terus ke dapur
sebaliknya bergegas ke muka pintu.
Zuhrina membuka rak kasut lalu mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi rona
krim, bersesuaian dengan kebaya biru gelap yang dipakainya. Dia memandang
wajah anaknya yang berumur lapan tahun itu dengan pelbagai rasa.

“Mama dah lambat Rul. Rul sarapan sorang ya. Nanti mama balik kita makan
sama,”

“Tapi ma...”

“Okey Rul mama pergi dulu,” tukas Zuhrina.

“Mama tunggu!”

Langkah Zuhrina terhenti tatkala mendengar panggilan dari anaknya itu. Dia segera
berpaling. Azrul berjalan perlahan ke arah mamanya. Wajahnya jelas masam
mencuka.

“Kenapa ni Rul? Dahlah, mama nak pergi kerja ni,” ujar Zuhrina, agak malas
melayan kerenah anaknya.

“Rul nak salam mama,” ucap Azrul.

Zuhrina terpana namun cepat-cepat tersedar. Segera dia menghulurkan tangan


kanannya pada Azrul lalu disambut dengan kucupan oleh anak sulungnya itu.
Sepantas kilat juga tangannya direntap kembali. Zuhrina membuka pintu kereta
Viva miliknya lalu menghidupkan enjin. Azrul hanya memerhati pemergian
mamanya dengan pandangan kosong.

Dia kembali semula ke dapur, melihat juadah yang terhidang di atas meja. Kerusi
ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di atas kerusi tersebut. Sekeping roti bakar
dicapai lalu disuakan ke mulut. Terasa pahit, tidak mampu ditelan. Namun dia
gagahkan juga. Selepas habis menikmati sekeping roti bakar, dia menuangkan jus
epal itu ke dalam gelas. Rakus dia meneguk air tersebut sehingga tinggal suku
gelas. Berharap kedinginan jus epal itu dapat menyejukkan hatinya yang
berbahang. Sejak mamanya dilantik menjadi guru penolong kanan dan sejak
mamanya berpisah dengan papa, sedikit demi sedikit Azrul merasakan mamanya
kian menjauh. Hatinya dipaut sayu. Tanpa disedari, ada air jernih yang mengalir di
pipi bersama-sama jiwa yang rawan.
* * * * *

“MACAM mana ni cikgu? Perkara ni kalau diketahui oleh orang luar, malu kita!”
ujar Cikgu Kamarulazman, guru disiplin di Sekolah Menengah Sri Gelam itu.

“Sabar cikgu, bawa bertenang. Masalah tak akan selesai kalau kita asyik bertekak
macam ni,” getus Puan Maria, pengetua sekolah itu.

Zuhrina membaca sekali lagi kertas yang dipegangnya. Pelajar-pelajar kelasnya ini
memang tidak habis-habis buat masalah. Bukannya tidak pernah ditegur, sudah
berbuih mulut ini menasihati mereka, sampai hendak tercabut anak tekaknya
memarahi mereka, tetap juga masih tidak mahu mendengar kata ibarat mencurah
air ke daun keladi sahaja.

“Macam mana Cikgu Rina?” tanya puan pengetua.

“Saya serahkan pada Cikgu Kamarul saja puan. Saya dah tak larat nak hukum
mereka tu. Kalau ini jalan yang terbaik, saya ikut saja,” jawab Zuhrina.

Cikgu Kamarulazman tersenyum seakan puas hati dengan jawapan yang diberi oleh
rakan sekerjanya itu. Puan Maria mengeluh kecil. Sedangkan guru kelas sudah
bersetuju, apalah dayanya untuk menghalang.

“Baiklah Cikgu Rina, nanti awak panggilkan Fared dan Zenizam untuk berjumpa
saya pada waktu rehat nanti. Cikgu Kamarul, saya serahkan hal ni pada awak,” ujar
Puan Maria.

Kedua-duanya keluar dari bilik puan pengetua serentak. Belum sempat Cikgu
Kamarulazman hendak membuka mulut, dilihatnya Zuhrina sudah mempercepatkan
langkah. Pasti menuju ke kelasnya. Siaplah budak-budak tu nanti kena serangan
mulut laser Zuhrina itu.

* * * * *
SELUAR biru gelap disarungkan ke tubuhnya diikuti dengan kemeja putih bersih
yang licin bergosok. Rambutnya dilumur sedikit gel lalu disikat rapi. Beg sekolah
yang agak berat dengan buku-buku teks yang tebal dipikul. Pintu rumah ditutup
rapat lalu dikunci. Gugusan kunci itu kemudiannya diselitkan dicelah-celah pasu
bunga yang terdapat di hadapan pintu itu. Azrul melangkah ke pintu pagar. Dia
berdiri menanti ketibaan pemandu van untuk membawanya ke sekolah petang itu.
Dalam penantian, Azrul terkenang semula pertelingkahan yang berlaku antara papa
dan mamanya beberapa bulan yang lepas.

“Apa yang you sibukkan sangat kat sekolah tu sampai balik lewat petang? You tak
kasihan ke tengok Azrul duduk sorang-sorang kat rumah?” Zuraidi memarahi
isterinya.

“You tak tahu kerja I jadi you jangan ikut sedap mulut je bercakap. Yang you tu
pun sama. Balik pagi tidur, petang keluar balik sampai pagi. Azrul tu langsung tak
ada peluang nak jumpa you tahu tak?” bidas Zuhrina.

“Dah waktu kerja I macam tu. You bukan tak tahu kerja I, bouncer di kelab
malam.You sepatutnya memahami,” balas Zuraidi.

“I yang patut faham atau you yang tak pernah faham? Sekurang-kurangnya
kerja Ilebih terjamin dari you!”

“Oh, jadi you nak cakap yang kerja you tu bagus, baik and kerja I ni bodoh, macam
tu?” ujar Zuraidi.

Zuhrina mencebikkan bibir. Sudah faham buat-buat bertanya pula.

“Baik, I nak tengok. Apa kerja you tu dapat tanggung hidup you atau tak!”

Zuhrina tersentak. Apa yang suaminya itu cuba sampaikan?

“Maksud you?” tanya Zuhrina.

“Mulai malam ni, I ceraikan you talak satu!”

Hampir gugur jantung Zuhrina mendengar lafaz talak yang keluar dari mulut
suaminya. Dia jatuh terjelepok di atas lantai. Zuraidi lantas keluar dari rumah itu
lalu menghempas pintu dengan kuat. Azrul yang sejak tadi bersembunyi di balik
dinding berjalan perlahan ke arah mamanya yang terduduk menahan rasa. Zuhrina
yang menyedari kedatangan Azrul segera bangun lalu berlari masuk ke dalam bilik.
Azrul yang tidak ketahui apa-apa hanya mampu diam terpinga-pinga.

“PIN!! PIN!!”

Bunyi hon dari van berwarna kuning jingga itu mengejutkan Azrul dari lamunan.
Azrul membuka pintu pagar dan kemudian menguncinya. Dia menyapa pemandu
van yang dikenali sebagai Pak Ajis itu. Pintu van dibuka dari dalam dan Azrul pun
memasuki perut van lalu van tersebut meninggalkan perkarangan rumah teres dua
tingkat itu dengan kepulan asap hitam di udara.

* * * * *

“CIKGU tak seharusnya bersetuju dengan tindakan Cikgu Kamarul tu,” bantah
Cikgu Saliza pada Zuhrina.

“Saya dah tak mampu nak fikir apa lagi cikgu. Penat dah saya melayan kerenah
pelajar kelas saya yang nakal tu,” balas Zuhrina.

“Tapi apa gunanya gantung mereka dari pergi sekolah? Mereka tetap akan buat
perkara yang sama apabila kembali semula ke sekolah. Seharusnya sebagai guru
kelas mereka, cikgu patut fikirkan cara lain supaya mereka sedar,” ujar Cikgu
Saliza lagi.

“Saya tahu, saya faham tapi saya tak tahu bagaimana lagi nak didik mereka ni
supaya mendengar kata. Bergaduh dengan orang luar di dalam kawasan sekolah,
memang kes berat Cikgu Saliza. Sampai jadi kes polis. Apalagi yang saya nak buat?
Lebih baik serahkan pada ibu bapa mereka untuk selesaikannya,” balas Zuhrina.

Saliza menatap wajah sahabatnya itu dengan rasa simpati. Saliza tahu masalah
yang melanda diri sahabatnya itu. Zuhrina masih sedang belajar menerima hakikat
penceraian yang berlaku dalam hidupnya beberapa bulan yang lepas. Dia masih
dalam kejutan. Namun sebagai seorang guru, Zuhrina harus bersikap profesional.
Dia harus bijak membezakan yang mana urusan peribadi dan yang mana urusan
kerja.

“Jadi, apa yang cikgu nak buat sekarang?” tanya Cikgu Saliza.
Zuhrina diam dan terus diam.

* * * * *

AZRUL pelik apabila melihat pintu pagar masih berkunci. Matanya melilau
sekeliling. Kereta Viva milik mamanya tiada di halaman. Ini bermakna mamanya
masih belum pulang. Azrul melirik pada jam di tangan. Sudah pukul 6.30 minit
petang. Ke mana agaknya mamanya pergi? Beg yang dipikul diturunkan lalu
diletakkan di tepi. Azrul duduk di atas jalan tar di hadapan pintu pagar, menunggu
kepulangan mamanya kerana dia tidak punya kunci mangga pintu pagar itu.
Kebiasaannya mama akan pulang dahulu sebelum dia jadi dia memang tidak
pernah menyimpan atau membawa kunci pintu pagar itu. Lima minit menunggu,
Azrul mula bosan. Dia cuba memanjat pintu pagar yang dua kali ganda dari
tingginya namun gagal. Hatinya mula merungut, marah.

“Eh, Rul!! Buat apa kat luar ni? Mama tak balik lagi?” tegur Ramlah, jiran sebelah
rumahnya.

“Belum lagi makcik,”

“Azrul, dah berapa kali kakak cakap, jangan panggil kakak makcik. Kakak ni muda
lagi tau,” jelas Ramlah.

Azrul menyeringai, menampakkan barisan giginya yang berlubang di sana-sini.


Bukannya Azrul tak mahu memanggil wanita itu kakak tetapi dirasakan tidak
sesuai. Kata mama, jirannya itu sudah berumur 38 tahun, justeru tidak sesuai
dipanggil kakak. Mungkin kerana Ramlah masih belum berkahwin, menyebabkan
dia membahaskan dirinya begitu.

“Tak ada pula mama kamu pesan pada kakak apa-apa. Adalah hal agaknya tu. Dah,
jom masuk rumah kakak. Dari kamu duduk sini sorang-sorang, kena culik baru
tahu,” lancang sekali mulut Ramlah berbicara.

Azrul mengangkat beg sekolahnya semula. Dia tidak berapa gemar tinggal di rumah
Ramlah. Adik lelaki wanita itu yang berumur 14 tahun selalu sahaja membulinya.
Habis buku sekolahnya diconteng atau dikoyak budak lelaki itu. Entah mengapa dia
berperangai begitu, tidak pula Azrul ketahui. Dengan langkah yang malas, dia
berjalan menuju ke rumah jirannya itu. Baru beberapa langkah, bunyi enjin kereta
menampar telinganya lantas Azrul berpaling. Mamanya sudah pulang! Azrul
menjerit kesukaan. Zuhrina keluar dari kereta lalu mendapatkan anak lelakinya itu.

“Maaf sayang. Mama jumpa kawan tadi. Dah lama Rul tunggu?” beritahu Zuhrina.

“Tak apa mama. Rul pun baru sampai,” ujar Azrul menyedapkan hati mamanya.

“Akak baru nak ajak dia masuk rumah akak tadi. Yalah, akak tengok dia sorang-
sorang duk tercegat kat depan pagar tu, risau pula akak,” terang Ramlah.

“Terima kasih kak. Kami balik dulu ya,” ujar Zuhrinah lalu memimpin tangan
anaknya menuju ke kediaman mereka.

* * * * *

LANGIT malam hitam pekat. Tiada langsung cahaya rembulan yang menerangi.
Gugusan bintang pula seakan malap cahayanya. Mungkin petanda malam ini hujan
akan turun. Zuhrina berjalan perlahan mengelilingi halaman rumahnya. Di tangan,
gelas berisi coklat panas masih berasap. Perlahan-lahan Zuhrina membuka
lembaran peristiwa yang berlaku siang tadi. Peristiwa yang menghadirkan gundah
di dalam hati. Semuanya berlaku selepas dia tamat mengajar kelas tambahan pada
pukul empat petang. Hajatnya untuk terus pulang ke rumah tergendala setelah
menerima mesej dari bekas suaminya yang ingin bertemu empat mata dengannya.
Ada perkara mustahak yang ingin dibincangkan.

Dalam hati, ada pelbagai gelodak rasa yang menerpa. Mungkinkah bekas suaminya
itu ingin berbaik semula dengannya? Mengenangkan perkara tersebut, dia
diselubungi gembira. Ternyata masih ada sayang dalam hati untuk suami yang
masih dicintai. Sampai di tempat yang dijanjikan, Zuhrina menunggu dalam debar
ketibaan suaminya.

Beberapa minit menunggu, suaminya muncul. Tanpa salam, tanpa bertanya


khabar, suaminya terus ke topik utama. Zuhrina hanya menangkap perkataan hak
penjagaan anak dan yang selebihnya ibarat angin membuai pergi setiap patah kata
bekas suaminya itu. Hatinya hancur, luluh! Lenyap segala angan-angan indah yang
diimpikan. Musnah semua khayalan pesona yang dicitakan. Selepas menerangkan
serba-sedikit tentang tujuan perjumpaan itu, suaminya bergerak pergi namun
sempat dia berpesan sesuatu. Pesanan yang Zuhrina tidak akan lupa hingga
nyawanya terputus dari badan.

“Kalau boleh, I nak selesaikan dengan cara baik. I nak you serahkan Azrul dengan
rela hati. Tak perlu nak bawa ke mahkamah. I malas nak uruskan segala macam
prosedur yang leceh tu. I tahu, you rasa yang Azrul tu satu beban. Sebab itulah I
nak Azrul tinggal dengan I. Lagipun, I akan bernikah tak lama lagi. Dengan
perempuan yang tahu menghargai dan menyayangi,”

“Mama!”

Teriakan Azrul memecah lamunan Zuhrina. Benarkah seperti kata suaminya, Azrul
adalah satu beban baginya? Jauh di lubuk hati, Zuhrina seakan bersetuju dengan
pendapat suaminya itu. Perpisahan yang terjadi antara dia dan suami, Azrul yang
menjadi punca. Sedikit-sebanyak dia rasakan Azrul pembawa malang. Apatah lagi
selepas melahirkan Azrul, dia dimaklumkan bahawa dia sudah tidak boleh
mengandung lagi kerana rahimnya sudah tidak kuat. Jika dia berkeras untuk
mengandung, kandungan tersebut akan mudah gugur.

Tinggal bersama-sama Azrul juga memeningkan kepalanya. Dia tidak kisah soal
kewangan kerana gajinya sebagai seorang guru mampu menampung mereka dua
beranak. Apatah lagi baru-baru ini dia dinaikkan pangkat sebagai guru penolong
kanan hal ehwal pelajar. Cuma, apa yang menjadi masalah ialah dia tidak punya
cukup masa untuk mengambil berat akan diri Azrul. Siangnya dia sibuk dengan
aktiviti di sekolah. Mengajar, mesyuarat, menguruskan perihal para pelajar yang
ramai dan melayan pelbagai kerenah para pelajar kelasnya yang nakal itu. Kadang-
kala dia harus pergi mengikuti seminar atau kursus menyebabkan dia harus
meninggalkan Azrul pada jagaan orang lain. Kala malam, dia harus menanda dan
menyemak latihan dan ujian yang diberi. Kemudian dia akan masuk tidur kerana
keletihan. Selalu juga dia diserang migrain kerana terlalu banyak berfikir. Berfikir
tentang perasaan, tentang masa depan dan tentang kehidupannya.

“Mama!!” jerit Azrul lagi.

Perlahan-lahan sebuah keluhan dilepaskan. Mungkin ada baiknya jika dia serahkan
Azrul pada bekas suaminya. Mungkin kehidupannya akan lebih teratur.
“Mama di sini Rul!” laung Zuhrina.

Azrul keluar dari dalam rumah, mencari-cari mamanya. Apabila melihat mamanya
yang sedang berdiri memandang langit, segera dia menerpa ke arah mamanya.
Kaki mamanya dipeluk erat. Zuhrina mengusap kepala anaknya lembut. Dia tidak
tahu bagaimana untuk memberitahu Azrul akan hasrat papanya itu. Dapatkah Azrul
menerimanya? Ah, mungkin itu yang Azrul hajatkan. Yalah, selama ini dia sendiri
jarang menumpukan perhatian pada anaknya yang seorang ini. Jadi, secara tidak
langsung, ini adalah untuk kebaikan Azrul juga.

* * * * *

JAM loceng menjerit nyaring. Zuhrina segera menekan butang berwarna biru itu
sekaligus menghentikan jeritan yang membingitkan telinga. Tepat pukul sembilan
pagi. Hari Sabtu begini biasanya dia akan ke sekolah untuk mengajar kelas
tambahan bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM.
Zuhrina bingkas bangun lalu mengemas katilnya ala kadar. Dia tidak terus ke bilik
air sebaliknya melangkah ke bilik Azrul. Pintu bilik dibuka. Katil anaknya sedikit pun
tidak berusik. Oh, dia terlupa semalam bekas suaminya membawa Azrul bermalam
di rumahnya sementara. Soal hak penjagaan anak itu, sudah dimaklumkan pada
suaminya bahawa dia telah bersetuju untuk menyerahkan Azrul di bawah jagaan
bekas uaminya itu dan biarlah bekas suaminya sendiri yang memberitahu Azrul
tentang perkara itu.

Pintu bilik ditutup semula. Zuhrina menuruni anak tangga menuju ke dapur.
Selalunya sarapan sudah tersedia di atas meja. Azrul telah diajar untuk
menggunakan pembakar roti dan sedikit perkakas dapur. Anaknya itu memang
pandai berdikari walau umurnya masih lagi muda. Sudah lama juga Zuhrina tidak
menjejakkan kaki ke dapur. Biasanya dia akan membeli lauk-pauk dari kedai
kerana nasi sudah ditanak oleh Azrul sejak pagi. Dia hanya perlu memanaskan
sahaja.

Baru sahaja Zuhrina ingin naik semula ke bilik, dia terpandangkan tudung saji rona
hijau yang terletak betul-betul di tengah meja. Ada sesuatu di dalamnya. Pantas
Zuhrina membukanya dan alangkah terkejut apabila melihat sebiji kek dan sepucuk
surat disertakan bersama. Perlahan-lahan surat itu dibuka. Dari Azrul.
Mama,

Azrul minta maaf sebab tak dapat sambut hari ibu dengan mama hari ni sebab
mama kata papa nak ajak Azrul pergi jalan-jalan. Azrul tak nak pergi tapi mama
kata kasihan dekat papa. Papa rindukan Azrul. Jadi Azrul pun ikutlah cakap mama.

Mama,

Kek ni Azrul yang buat dengan Makcik Ramlah. Azrul yang minta Makcik Ramlah
ajarkan. Azrul cakap dekat makcik yang mama selalu nampak sedih. Jadi makcik
kata baik bagi mama makan kek sebab kek manis. Makcik kata lagi mama pasti
senyum sebab makan kek yang manis. Azrul pun mintalah makcik ajarkan sebab
Azrul dah lama tak nampak mama senyum.

Mama,

Azrul minta maaf kalau Azrul ada buat salah. Azrul tahu Azrul banyak susahkan
mama. Azrul selalu kacau mama masa mama tengah buat kerja sekolah. Azrul
selalu kacau mama masa mama tengah berehat. Azrul selalu paksa mama balik
cepat walau Azrul tahu mama banyak kerja kat sekolah. Azrul minta maaf mama.

Mama,

Tak lama lagi hari guru pula. Azrul tak tahu nak bagi mama hadiah apa. Takkan
nak bagi kek lagi. Azrul tanya cikgu dekat sekolah. Cikgu cakap Azrul boleh bagi
apa yang Azrul mampu asalkan ikhlas. Azrul ada kumpul duit belanja sekolah. Azrul
ingat nak belanja mama makan KFC. Nanti kita pergi sama-sama ya mama.

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru, mama. Azrul sayang mama. Sayang
sangat-sangat!!!

Tangan Zuhrina menggigil. Dia terjelepok di atas kerusi. Apa yang telah dia
lakukan? Apa yang telah merasuknya sehingga dia tergamak membuang anak yang
dikandungnya selama sembilan bulan? Apa yang telah dia lakukan pada anak yang
langsung tidak bersalah? Apa yang telah dia lakukan pada anak yang selalu
menyediakan sarapan untuknys setiap pagi, yang menemaninya setiap hari di
rumah, yang memeluknya sebelum tidur, yang berusaha untuk membuat dia
tersenyum semula? Ya Allah! Kejamnya aku sebagai seorang ibu! Betapa dia
pentingkan diri sendiri, betapa dia terlalu ikutkan perasaan dukanya, betapa dia
mudah berputus asa pada hidup ini. Maafkan mama, Azrul. Maafkan mama!

Zuhrina bangun perlahan-lahan. Surat ditangan diepagang kejap. Dia bergegas


menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Dia segera menyiapkan diri. Dia ingin
bertemu Azrul. Dia ingin memeluk dan mencium anaknya itu sepuasnya. Tunggu
mama Azrul, tunggu mama...

Cerpen : Maafkan Saya Cikgu!


24 July 2010
Kategori: Cerpen
17 ulasan

Oleh : Nura Azata


Hari ini, aku amat berpuas hati kerana akhirnya, aku dapat mempermainkan cikgu yang paling aku benci
di sekolah. Cikgu Ariff, seorang guru bahasa Melayu, agak garang dan sering kali menengking pelajar
sesuka hati, pada fikiran ku. Cikgu Ariff seorang yang tegas, dan dia merupakan guru disiplin yang
menjadi musuh kepada ramai pelajar bermasalah. Hm, aku bermasalah ke? Tidaklah!
Pagi tadi, aku dan geng sekelas telah mencuri buku diarinya yang mungkin tertera begitu banyak nukilan
peribadi yang menjadi rahsianya sejak tahun lepas lagi. Biarlah. Padan muka dia. Suka sangat
mengambil tahu hal orang lain. Mungkin nama aku juga tertera di dalam sebagai pelajar paling nakal dan
paling menyusahkan pernah dia kenali. Namun, aku masih lagi menghormati dia. Sedikit pun tidak ku
baca, dan aku melarang kawan-kawan ku daripada menyelak helaian rahsia itu.
Tapi, kami pun bukannya baik sangat! Diari hitam yang sarat dengan nukilan itu kami rendamkan ke
dalam kolam ikan di Taman Mini sekolah. Habis basah lencun. Ha! Ha! Terimalah nasib kau, cikgu Ariff!
Ketika dia melalui kawasan itu, aku memang sengaja berdiri di kawasan berdekatan. Tergopoh-gapah dia
berlari dan mendapatkan diarinya semula. Sambil itu, dia menjeling tajam ke arah ku. Dia tahu, itu
memang kerja kami. Tapi, dia tidak menuduh, mahupun menghukum kami. Sebaliknya, dia terus
menjemur diari itu di tepi tingkap bilik guru, tanpa banyak bicara…
****
Sehari selepas itu, diari dia hilang lagi. Dia memanggil aku dan beberapa lagi kawan untuk bertanya
tentang perkara ini. Manalah aku tahu. Setahu aku, semuanya selesai setelah cikgu mengambil semula
diarinya dari dalam kolam petang semalam. Wajahnya begitu bengis memandang kami. Sungguh! Aku
tak berbohong. Aku tidaklah sejahat itu… Aku tahu, diari adalah sesuatu yang terlalu peribadi kepada
pemiliknya. Tapi, benarlah kata orang, sekali kita berbuat kejahatan, jangan hairanlah jika orang tidak lagi
mempercayai kita. Sekali lagi, kami dilepaskan…
Waktu tengah hari, ketika mata pelajaran bahasa Melayu, dia masuk ke kelas dengan wajah yang sugul.
Entah apa dalam fikirannya. Yang aku pula, memang sengaja cari fasal. Kami langsung tidak menyiapkan
kerja sekolah, dan membiarkan ruang buku kelihatan kosong dan bersih tanpa sebarang perkataan. Ini
kerana cikgu Ariff sering memperkecilkan kebolehan aku. Hakikatnya, aku amat mencintai penulisan, dan
aku bercita-cita menjadi seorang sasterawan suatu hari nanti. Tapi, dek kerana terlalu dendam dengan
cikgu Ariff, maka cita-cita ku ditolak ke tepi, asalkan hati ku puas dengan menimbulkan kemarahannya
setiap kali kami bersua. Biarlah! Biar kami seperti anjing dan kucing. Langsung tidak akan berbaik
selama-lamanya…
****
Pada bulan April, rakan baik ku, Adi, mencadangkan agar kami tidak hadir ke sekolah dan terus
melencong ke air terjun berdekatan. Katanya, musim ini air terjun amat sejuk dan seronok untuk
berenang bersama. Aku agak keberatan. Namun, beberapa rakan sekelas telah pun bersetuju untuk
ponteng kelas bersama. Aku pun apa lagi. Apatah lagi hari ini, kelas cikgu Ariff saja berjalan selama satu
jam. Amat membosankan!
“Aku tau, mesti kau yang simpan diari cikgu Ariff?” Aku sekadar mengagak.
Aku tahu, sedalam mana aku benci kepada cikgu Ariff, dalam lagi perasaan benci dan marah Adi kepada
guru itu. Ini kerana, kasut kesayangannya pernah dirampas dua bulan lalu. Malahan, rambutnya juga
dipotong di hadapan pelajar-pelajar ketika di perhimpunan minggu lalu. Mana tidak peliknya, Adi seorang
pelajar gengster di sekolah kami, tapi dia memakai songkok ke sekolah. Mulanya ramai yang menyangka
dia sudah berubah, tetapi rupanya songkok itu dijadikan alat untuk menyembunyikan rambutnya yang
semakin panjang dan berwarna kecoklatan. Akibatnya, kepalanya hampir dibotakkan oleh cikgu Ariff
sendiri, dan sejak itu tak habis-habis cikgu Ariff yang menjadi mangsanya. Hinggakan satu ketika dulu,
pernah dia meletakkan paku-paku dan serpihan kaca di bawah tayar cikgu Ariff. Nasib baik tidak terjadi
apa-apa. Tentang diari itu, memanglah idea aku, tapi bukanlah hingga melenyapkan terus sesuatu yang
pernah menjadi milik cikgu Ariff.
“Aku dah baca… Kisah cinta beb!” Ejek Adi.
Ingin saja aku tumbuk mukanya. Sudah aku katakan, jangan sesekali membaca rahsia orang. Walaupun
aku nakal, tapi aku juga punya perasaan. Jika orang lain membaca diari ku, tentu aku malu dan rasa
seolah-olah rahsia ku dibongkar. Suka hati dialah nak tulis apa. Tapi, kita tak boleh suka-suka hati nak
meneroka apa yang ditulisnya. Dan, di saat itu, aku berasa amat bersalah pada cikgu Ariff. Kerana idea
akulah, Adi bertindak begitu…
****
“Cikgu, tadi ada budak perempuan kata, dia nampak Kimi dengan kawan-kawan dia berenang dekat air
terjun belakang hutan.”
Baru aku perasan, patutlah kelas hari ini agak hambar, rupanya Hakimi tidak hadir ke sekolah. Jika
kerana sakit, mungkin boleh dimaafkan, rupanya dia pergi berenang. Degil betul budak ni. Masih musim
tengkujuh pun mahu bermain air lagi. Peperiksaan SPM akan menjengah akhir tahun ini. Langsung tidak
dihiraukan tentang pelajarannya.
Lalu, aku dan beberapa orang guru pergi ke tempat yang dimaksudkan. Mulanya, kami hanya
menghendap dari jauh. Ya! Bukan main bergembira ria lagi berenang dengan hanya berseluar pendek.
Tali leher sekolah diikat di kepala. Semakin lama semakin besar kepala. Sudah berapa kali aku lepaskan
dia walaupun aku tahu dia punya angkara.
Kami menyerbu kawasan itu. Lekas-lekas mereka naik ke atas batu dan menutup badan dengan baju
sekolah memandangkan seorang guru wanita juga ikut bersama. Wajah Hakimi seperti seorang pesalah,
tetapi tidak rakan-rakan yang lain. Ada yang berpaling daripada melihat wajah ku, ada pula yang bersikap
kurang ajar terhadap kami.
“Alah, kami tak pergi sekolah, cikgu juga yang untung. Kan cikgu benci lihat muka kami?” Jerit salah
seorang daripada mereka.
“Kalau saya benci kan kamu, kenapa saya bersusah-payah datang ke mari?”
“Sebab cikgu nak cari salah kami. Cikgu sentiasa nak hukum kami. Kami tak salah pun, cikgu masih
menuduh kami.”
Aku terdiam seketika. Bukan apa, sebelum ini aku lebih banyak berdiam diri daripada menuduh dan
menghukum mereka. Jarang sekali aku menjalankan hukuman, kecuali kesalahan itu benar-benar
melanggar adap dan peraturan sekolah. Mereka saja yang menganggap aku ini kejam.
“Sudahlah, mari balik.” Jerit cikgu Latifah.
Akhirnya mereka balik ke sekolah dalam keadaan basah kuyup. Mereka dihukum membersihkan tandas
pada setiap hari sepanjang minggu ini oleh Pengetua. Aku tidak mahu masuk campur lagi dalam hal
mereka. Dan sebenarnya, menjadi seorang guru disiplin adalah satu perkara yang paling sukar. Bukan
saja tidak disukai pelajar, malahan kami dijadikan bahan untuk membalas dendam. Walhal, bukan kami
yang memulakan…
****
Seminggu selepas itu, ketika dalam perjalanan ke sekolah, aku terserempak dengan Hakimi yang sedang
menuju ke arah hutan seorang diri. Aku tahu, dia mahu mandi di air terjun itu lagi!
“Hakimi, nak ke mana tu? Kita bukan bersekolah dalam hutan.”
“Cikgu apa peduli? Saya ni anak cikgu ke?”
“Ya! Awak macam anak saya. Sebab itulah saya ambil berat fasal awak.”
“Cikgu, bapak saya pun tak hiraukan saya. Tak payahlah cikgu susah payah nak kawal saya. Saya dah
besar, tau jaga diri.”
Hakimi terus beredar masuk ke dalam hutan. Sampai saja di sekolah, aku segera memberitahu Pengetua
dan beberapa guru dan merekalah yang menangkap Hakimi dan kawan-kawannya buat kali kedua.
Mereka tak serik-serik lagi. Kali ini, ibu bapa mereka dipanggil. Hm, patutlah. Semua ibu bapa agak sibuk.
Ada yang pentingkan perniagaan. Ada yang bermasalah. Ada juga yang mementingkan harta. Kerana
itulah mereka lalai dalam memelihara suatu anugerah daripada Allah SWT berupa seorang anak!
Petang itu, sekali lagi aku dimalukan. Helaian diari aku yang sudah tiada rupa itu digantung merata-rata
di seluruh kawasan kantin. Itu pun seorang daripada guru lelaki memberitahu aku. Rahsia suka dan duka,
gembira dan sedih menjadi bahan gelak pelajar-pelajar. Merah padam wajah aku menahan geram.
Tidakkah mereka tahu, bahawa satu-satunya wanita yang aku cintai sudah pergi selamanya. Malahan,
anak kecil kami juga turut pergi bersama, gara-gara kecuaian aku memandu kereta pada suatu malam
yang gelap. Kalaulah mereka benar-benar mengamati isi kandungan diari itu, pasti mereka tahu,
mengapa aku begitu murung apabila aku kehilangannya. Terpaksalah aku mengutip sehelai demi sehelai
sambil diperhatikan beberapa pelajar yang tergelak melihat kejadian itu. Aku ibarat peminta sedekah
yang mengutip sisa makanan di jalanan. Aku rasa amat terhina.
“Hakimi, dah berapa banyak kali saya pesan, jangan ikut mereka lagi.”
“Kenapa? Cikgu melarang saya, tapi cikgu tak beri amaran pun pada mereka.”
“Saya dah cuba. Tapi, mereka lebih degil daripada sangkaan saya. Tapi, saya tahu, awak masih boleh
dibentuk.”
“Cikgu, saya bukan budak kecil lagi. Saya dah ada otak untuk berfikir.”
“Jika awak ada otak, gunakan sebaik-baiknya. Adakah dengan pergi berenang, awak boleh jadi pelajar
cemerlang dan hidup senang satu hari nanti?”
“Cikgu, bapak saya orang kaya. Saya tak kerja pun, saya masih boleh hidup senang.”
“Awak anak orang kaya, kan? Jadi gunakan peluang tu untuk menimba ilmu. Tak sedar ke awak, masih
ada lagi budak sebaya awak yang tak mampu pergi ke sekolah?”
“Hei, cikgu. Jangan nak mengajar saya. Saya ada hak untuk buat apa saja. Bapak saya pun tak pernah
marah.”
“Tapi saya bukan bapak awak. Saya akan marah bila pelajar saya tak dengar cakap. Sekarang, awak
beritahu saya. Awak nak jadi budak pandai ke, atau awak nak jadi budak bodoh?”
“Jadi cikgu kata saya ni bodohlah, gitu?”
“Awak pilihlah jalan awak sendiri!”
“Saya tak bodoh!”
“Saya minta satu saja. Minta maaf dengan saya, dan saya akan lupakan segala-galanya.”
“Tak mahu.”
Hakimi termenung sebentar…
“Oh! Berapa banyak nama saya tertulis dalam diari bodoh tu. Nampaknya cikgu benar-benar benci kan
saya, kan?”
“Adakah awak baca dengan jelas isi diari bodoh itu?”
“Tak ingin.”
“Ya! Memang banyak nama Hakimi terkandung di dalamnya. Hakimi itu satu nama yang indah. Walaupun
namanya sama, saya tak maksudkan awak. Hakimi adalah anak kecil saya yang sudah meninggal
setahun lalu. Puas hati awak, kan? Ketawalah puas-puas. Ketawakan penderitaan saya.”
“Er…”
Tak berapa minit lepas tu, kami mendapat berita bahawa Adi dan kawan-kawannya dihanyutkan oleh air
deras. Mereka masih belum dijumpai. Beberapa orang penduduk yang melaporkan hal itu kepada kami.
Berderau darah Hakimi apabila mendengar berita bahawa dua orang dari rakan mereka telah meninggal
dunia. Kalaulah dia ikut bersama…
****
“Cikgu, keempat-empat pelajar disahkan meninggal dunia. Seorang daripadanya masih belum dijumpai.”
Waktu itu, dia terpandang wajah sayu cikgu Ariff. Betapa berdosanya dia kepada guru itu. Guru ibarat lilin
yang membakar diri untuk menerangi segala-galanya. Tetapi, cahayanya tidak dihargai, disia-siakan…
Malangnya menjadi guru kepada kami.
Aku bersalah, aku berdosa. Tapi, aku begitu marah kerana cikgu Ariff kerana menyifatkan aku sebagai
pelajar bodoh. Aku tak bodoh. Dengan sedikit usaha, aku mampu berjaya. Akan aku buktikan kepada
cikgu Ariff, bahawa aku bukan budak bodoh!
Adi, agaknya mengapalah takdir kau begitu? Kau dilahirkan dalam keluarga yang bahagia. Kau ada ayah,
ibu, juga adik-adik. Tapi, kau mensia-siakan kebahagiaan itu dan memilih jalan kau sendiri. Lainlah aku,
dari kecil sudah kehilangan ibu. Aku pula anak tunggal dalam keluarga, dan merupakan satu-satunya
harapan abah. Abah, kenapa abah tak pernah menghiraukan Kimi? Kenapa abah hanya menaburkan
harta dan wang buat Kimi, tapi abah lupa, Kimi perlukan kasih sayang. Kadangkala abah seakan-akan
lupa bahawa Kimi masih wujud di depan abah. Kenapa abah? Kalaulah cikgu Ariff itu adalah abah aku…
Sudah seminggu kami kehilangan Adi dan kawan-kawan lain. Aku masih lagi sugul, kerana Adi satu-
satunya kawan baik aku. Sekolah kami juga agak muram baru-baru ini. Minggu lepas saja, beberapa kali
bacaan Yasin diadakan. Dan, walaupun hati ku terdetik perasaan kasihan kepada cikgu Ariff, tapi aku
masih ego. Aku tak mahu langsung bersua muka dengannya. Ketika kelas sedang berjalan, aku
memalingkan muka. Ketika terserempak, aku sanggup memilih jalan lain. Permintaan cikgu agar aku
meminta maaf daripadanya tidak aku hiraukan. Mengapalah hati ini begitu keras?
Tak lama selepas itu, cikgu Ariff berpindah ke sekolah lain. Atas alasan apa, tak pula aku ketahui. Aku
sedikit sayu dan sedih, seolah-olah aku kehilangan abah di sekolah ini. Kenapa dia pergi? Adakah dia
benar-benar sudah benci kan aku? Tak boleh ke kami berbaik?
Kami digantikan dengan seorang guru baru yang jauh lebih garang daripada cikgu Ariff. Padan muka aku.
Besar kepala sangat. Sekarang, aku jauh lebih terseksa berdepan dengan guru wanita itu berbanding
berdepan dengan cikgu Ariff. Cikgu, kalaulah cikgu kembali, saya sanggup belajar bersungguh-sungguh
dan berjanji takkan mengetepikan segala nasihat cikgu.
“Saya akan buktikan, saya bukan budak bodoh!”
****
Hari ini, setelah tujuh tahun perkara itu berlalu, aku sudah pun menggenggam segulung Ijazah dan akan
bergelar seorang guru bahasa Melayu tak lama lagi. Ini semua kerana cikgu Ariff. Cikgu Ariff mencabar
aku untuk menunjukkan kepandaian, maka itu aku buktikan. Setiap hari, selama bertahun-tahun aku
berdoa agar aku bertemu kembali dengan cikgu Ariff, dan memohon maaf daripadanya. Ya Allah,
berikanlah aku satu peluang…
Aku kembali ke sekolah lama, dengan harapan mendapat sedikit maklumat mengenai cikgu Ariff. Ya!
Memang apa yang aku pinta berjaya diperoleh, tetapi sayangnya… cikgu Ariff sudah tiada lagi. Dia telah
kembali ke Rahmatullah. Rupanya, dia telah terlibat dalam satu kemalangan. Dia cedera teruk dan
kakinya terpaksa dipotong. Sejak itu, dia telah putus harapan, dan terus pergi tanpa mendengar
kemaafan daripada ku. Aku rasa sangat berdosa. Adakah kejayaan aku pada hari ini mendapat restu
daripadanya?
Di tanah perkuburan, aku tercari-cari pusaranya. Mohd. Ariff Sulaiman, tertera nama indahnya di batu
nisan yang agak kusam. Mungkin pusaranya sudah lama tidak dikunjungi sesiapa. Aku begitu sedih
melihat keadaan pusara itu. Sambil mengalirkan air mata, aku sempat mencabut rumput-rumput yang
mula menebal. Saat itulah, mata ini terpandang akan sebuah lagi pusara kecil di sebelahnya, Hakimi
Mohd. Ariff. Inilah pemilik nama di dalam diari kesayangan cikgu Ariff.
Ketika itu, seseorang telah datang menegur, barangkali dia seorang penjaga kubur. Dia bertanya nama
ku, lantas menyerahkan sebuah buku yang agak usang. Aku pasti, itu diari cikgu. Diari kesayangan cikgu
Ariff yang pernah aku curi suatu ketika dulu. Beberapa helaian ditampal kembali. Walaupun coretan
dakwat mulai pudar dan hilang, tapi ia masih lagi disimpan elok.
“Dulu, keluarga arwah pernah berpesan, arwah minta sangat agar diari ini sampai ke tangan anak angkat
kesayangannya, Hakimi Rizal.”
“Anak angkat… kesayangan?”
Air matanya gugur lagi. Tak disangka bahawa selama ini dia dianggap lebih daripada seorang pelajar.
Patutlah dia mendapat lebih keistimewaan dan nasihat berbanding pelajar-pelajar lain. Patutlah dia
digesa berubah menjadi insan yang berguna. Patutlah dia diambil berat, diberi perhatian… Patutlah…
Kimi membuka helaian kertas yang terakhir. Tertulis coretan terakhir di dalamnya yang bertarikh 11 Ogos
2002. Itulah pesanan terakhir daripada cikgu Ariff, kepada insan yang tidak pernah mengenang budi
sepertinya.
11 Ogos 2002 – 12.38 p.m
Ketika diari ini telah sampai ke tangan kamu, di saat warkah ini kembali dibaca, Hakimi, saat itulah
kejayaan sudah pun kamu kecapi. Sayangnya, saya tidak berpeluang meraikan kemenangan bersama
kamu. Percayalah, saya sering mengambil berat tentang diri kamu. Saya sering cuba mendekati kamu,
tetapi sebaliknya kamu sentiasa cuba menjauhkan diri daripada saya. Saya rasa hampa. Maka itu, saya
membawa diri ke tempat lain, agar kamu dapat menumpukan pelajaran, dan seterusnya berusaha
bersungguh-sungguh tanpa perlu melihat wajah saya setiap kali. Terima kasih Hakimi. Terima kasih
kerana meminjamkan kasih sayang ‘Hakimi’ kepada saya. Sebelum kamu bertanya, saya sudah sediakan
jawapannya… Saya maafkan awak.
“Cikgu Ariff… maafkan saya.”
Aku terbaring di sebelah pusaranya. Betapa lemahnya kaki ini setelah membaca warkah terakhir yang
dikirim oleh cikgu Ariff sebelum pemergiannya. Menyesal pun tidak berguna lagi. Cikgu Ariff terus
meninggalkan aku, dan terus hilang dalam kenangan. Cikgu, kalaulah masa ini boleh berputar kembali…
Dan, ketika itu, sekeping gambar cikgu Ariff yang diselitkan bersama di dalam diari itu terjatuh ke atas
ribanya. Gambar segak cikgu Ariff, sedang bergaya di hadapan Taman Mini sekolah, sedikit sebanyak
memberi kekuatan baginya untuk terus menjalani hidup.
Cikgu, saya pegang kata-kata cikgu. Saya akan jadi orang pandai, dan saya akan hidup senang atas
usaha saya sendiri. Saya juga akan menyayangi pelajar-pelajar saya, sebagaimana cikgu menyayangi
saya sebagai pelajar satu ketika dulu.
“Terima kasih cikgu… Maafkan saya…”
-END-
PS: Cerpen ni ditulis pada tahun lepas, pada hari guru… Kebetulan pula teringat pada guru-guru SMK
Sultan Ismail, JB. Selamat Hari Guru!

You might also like