You are on page 1of 7

Syafiq yang nakal

Selamat pagi kepada semua, tajuk cerita saya ialah Syafiq yang
bakal. Di dalam sebuah kampung , ada seorang kanak-kanak nakal bernama
Syafiq. Dia selalu membawa kambingnya untuk meragut rumput. Suatu hari, dia
mendapat satu idea untuk menipu orang kampung.

”Tolong! Tolong! Harimau besar makan kambing saya ”Tolong! Tolong! Harimau
besar makan kambing saya!”

Orang kampung terus berlari ke arah Syafiq. Apabila sampai di sana, mereka
melihat Syafiq gembira dan ketawa terbahak-bahak.

“ Kah! Kah! Kah! Kamu semua kena tipu dengan saya. Mana ada harimau.

Keesokan harinya, seekor harimau tiba-tiba muncul dari arah hutan. Harimau itu
terus menyerang kambing milik Syafiq.

”Tolong! Tolong! Harimau besar makan kambing saya.

Namun begitu, jeritan Syafiq tidak di pedulikan oleh orang kampung. Mereka
menyangka Syafiq mahu menipu mereka lagi. Akhirnya semua kambingnya
dimakan oleh harimau.
Siput dan arnab.

Siput dan arnab tinggal dalam hutan. Arnab sering memandang


rendah pada siput.

Satu pertandingan larian diadakan di hutan. Siput turut serta


dalam pertandingan itu.

Arnab memperkecilkan kebolehan siput. Siput sentiasa


bersabar dan berusaha. Dengan sombong arnab berlari
meninggalkan siput jauh di belakang. Arnab tidur di bawah pokok
sementara menanti siput. Siput terus gigih walau sudah di tinggal
jauh. Akhirnya siput berjaya memenangi acara itu. Selepas kejadian
itu arnab tidak sombong lagi.
Singa dan Tikus

Singa dan tikus tinggal dalam sebuah hutan. Singa bersikap garang
dan sering memarahi tikus. Tikus sentiasa bersabar dengan sikap
singa yang garang itu.

Satu hari singa telah terkena perangkap pemburu. Puas singa


meraung minta tolong namun yang membantu. Tikus terdengar
jeritan singa lalu tikus pergi melihat apa yang terjadi.

Tikus simpati melihat keadaan singa yang terperangkap itu.


Dengan tenang tikus melepaskan singa yang garang itu. Selepas
kejadian itu singa dan tikus menjadi sahabat baik.
Dua sahabat.

Selamat pagi kepada semua, tajuk cerita saya ialah Dua Sahabat.
Arnab dan tupai tinggal di dalam hutan. Pada suatu hari, tupai
berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Apabila hujan, kita
ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya
berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan
lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka
basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan
basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab.

Keesokan pagi, tupai mengajak arnab menbuat sarang.


“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.
“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa
lagi. Marilah kita pergi cari makanan.” Tupai menggeleng-geleng
melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi.
Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
“Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti
buat sarang. Saya tak mahu terus basah.” Arnab yang pemalas itu
tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok
sahajalah,” kata arnab.
Kawan yang tidak jujur

Selamat pagi kepada semua, tajuk cerita saya ialah Kawan


yang tidak jujur. Rubah dan keldai tinggal di dalam hutan. Rubah
kerap menggunakan Keldai bagi mendapatkan makanan. Roni
hanya menurut segala kata-kata dan arahan keldai. Pada suatu
petang, Rubah dan keldai berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba
mereka terserempak dengan seekor singa.

Rubah yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari


singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu
tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata
Rubah. Rubah berjalan kearah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong
jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua.
Tuan boleh menikmati dagingnya,” kata Rubah dengan lemah
lembut. Rubah kembali menemui keldai. “Ketika rubah dan keldai itu
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia
membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Selamat pagi kepada semua, tajuk cerita saya ialah Anak Ikan
yang suka menipu. Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan
yang nakal. Ia bernama Tony. Tony suka menipu dan mempermain-
mainkan mereka. Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-
celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil
amat takut dengan jerung.

Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu


tertipu dengan helah Tony. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan
aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak
sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
KERBAU BALAR

Selamat pagi kepada semua, tajuk cerita saya ialah Kerbau Balar.
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna
kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Kerbau
balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih.

Tuan mereka menangkap mereka. Semuanya dihantar dan


dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke


tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat
beberapa kepala dan kaki kerbau di kawasan itu.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau


balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya
di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu.