You are on page 1of 2

PANDUAN PENGISIAN TAPAK KPI SBT VERSI TAHUN 2014

SECARA DALAM TALIAN

DATA ASAS SEKOLAH

1. Log In ke portal nkra.moe.gov.my


2. Masukkan username dan password SBT masing-masing
3. Klik pada KPI SBT Menengah
4. Klik pada KOKURIKULUM dan isikan enrolmen murid keseluruhan (T1 hingga T6)

BIDANG AKADEMIK

5. Klik pada AKADEMIK, masukkan bil calon SPM tahun berkenaan


6. GPS sepatutnya telah ada (ditarik terus daripada data PADU/LP)
7. Klik Simpan dan klik Rumusan untuk semakan (harus dilakukan selepas siap mengisi
data setiap bidang)

BIDANG KOKURIKULUM

8. Klik KOKURIKULUM dan isikan maklumat berkenaan


9. Bil murid mendapat gred A dan peratus murid mendapat Gred A harus betul (bil murid
bahagi enrolmen T5 dan T6 Atas)
10. Kelab/Persatuan/Badan Uniform/Sukan – masukkan data iaitu no KP murid dan acara
disertai (masukkan juga penyertaan bagi ETOS)
a. Bagi penyertaan tapak akan auto kira berdasarkan unique IC NO
b. Bagi kemenangan tapak akan auto kira berdasarkan unique event
c. Penyertaan – no KP sama TIDAK akan diambilkira 2 kali
d. Kemenangan – event sama TIDAK akan diambilkira 2 kali
e. Penyertaan adalah bil murid masuk bertanding (menang atau tidak) berdasarkan
total enrolmen
f. Kemenangan adalah bil event menang berdasarkan total event disertai
11. Bagi acara berkumpulan, kemenangan hanya diambil kira sekali; letakkan kemenangan
pada no KP ketua pasukan atau salah seorang wakil
12. Bagi acara berbentuk karnival yang melibatkan banyak pertandingan lain, masukkan
data berdasarkan acara bagi menampakkan beza. Cth: Karnival Pengakap – Kawad
Kaki Terbaik, Karnival Pengakap – Komandan Terbaik dll.
13. Selesai, klik Simpan dan Rumusan

BIDANG JARINGAN DAN JALINAN

14. Klik JARINGAN DAN JALINAN


15. Isikan data aktiviti dengan merujuk penerangan item dalam BUKU KPI SBI VERSI
TAHUN 2014 yang diedarkan ke sekolah
a. Jaringan harus telah berturut diadakan selama 2 tahun; samada secara
lawatan/pertemuan sosial ataupun secara online. Aktiviti online haruslah yang
mempunyai pengisian bukan sekadar sesi chatting (cth pengisian - perkongsian
ilmu, pertukaran bahan, ABM atau hasil kerja murid.
16. Klik SKOR dan isikan data penandaarasan untuk generate markah
17. Selesai, klik Simpan dan Rumusan

BIDANG ETOS

18. Klik ETOS


19. Masukkan sekali lagi penyertaan bagi etos TETAPI bagi acara berpasukan, hanya
masukkan satu No KP sebagai wakil untuk penyertaan dan/atau kemenangan
20. Selesai, klik rumusan

BIDANG BIMBINGAN

21. Klik BIMBINGAN dan masukkan data berdasarkan laporan/dokumentasi


a. Prestasi bimbingan tidak mengambil kira impak bimbingan kepada mentee;
hanya rujuk kepada pelaksanaan bimbingan yang telah dilakukan berdasarkan
3-feet plan
22. Klik Simpan dan Rumusan

BIDANG PENANDAARASAN

23. Klik PENANDARASAN, isikan data bagi:


a. penandaarasan masuk/diterima – bagi penandaarasan yang melibatkan
beberapa wakil dalam satu kumpulan pada tarikh yang sama dan atas anjuran
pihak luar (cth PPD, JPN dll) tetap dikira sebagai SATU
b. penandaarasan dilakukan/keluar – lawatan bagi menandaaras bidang/ amalan
terbaik di sekolah/jabatan lain
c. aplikasi bidang yang ditanda aras – jika amalan/bidang yang ditanda aras
dipraktikkan di sekolah (bukti harus ada cth lokasi/laporan dll)
24. Klik Simpan dan Rumusan

LAPORAN

25. Klik Rumusan untuk lihat keseluruhan markah KPI sekolah:


a. mengikut bidang
b. keseluruhan
26. Cetak setiap mukasurat atau interface portal termasuk rumusan dan failkan setelah
mendapat pengesahan Pengetua sebagai dokumen rujukan bagi tujuan verifikasi JNJK