You are on page 1of 2

Seruding Daging Sedap

Bahan siat:

1.5 kg daging

*daging dipotong kiub sebesar penumbuk, rebus sehingga lembut mungkin dalam sejam lebih atau
bergantung dengan jenis daging. Bila lembut, ambil daging tadi dan tumbuk menggunakan lesung
batu bagi lembut sehingga boleh disiat dengan mudah. Jangan tumbuk sampai hancur ye. Tumbuk
sekadar leeperkan daging dan dapat disiat dengan mudah. Kemudian siat menggunakan kudrat
tangan masing2 ye.

Bahan kisar:

20 biji bawang ros kisar kering


15 batang serai hiris dan kisar kering. Ambil bahagian putih sahaja
30 biji cili kering cuci, jemur, gunting kecil, sangai tanpa minyak sebentar, kisar kering.
2 inci halia kisar dengan sedikit air
2 inci lengkuas atau satu ketul, tumbuk, cuci dan perah buang air. Kisar dengan sedikit air untuk
halus kan

Bahan hiris:

25 biji bawang ros hiris


15 ulas bawang putih hiris

Bahan rempah tumis:

4 sekawan
Sebatang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
4 biji pelaga
4 kuntum cengkih

Bahan Rempah sangsi kisar

5 sudu besar biji ketumbar


3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih

3 sudu besar lada hitam

Bahan lain:

2 sudu besar rempah kari


2 sudu besar rempah kurma/1 paket kecil
Dibancuh dengan 1 cawan air, biar kembang
3 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
santan secukupnya dari 3 biji kelapa agak2 sama aras daging
2 cawan minyak jagung atau matahari

Bahan perasa:

2 sudu besar gula nisang/ 4 kiub kecil


4 sudu besar gula putih
2 sudu besar garam

Cara-cara:

Panaskan kuali, masukkan minyak masak . Tumis 4 sekawan yang sudah dicuci, tumis wangi atau
hingga pelage pecah.

Masukkan bawang merah ros dan bawang putih hiris, goreng sampai kekuningan atau hampir garing.

Masukkan bawang, halia, lengkuas blend dan rempah-rempah sangai, goreng sampai kering dan
hampir garing.

Masuk rempah kari dan rempah kurma yang sudah dibancuh air. Masuk air jika kering. Tumis
berulang kali sehingga benar benar masak dan pecah minyak.

Masuk cili kering yg dikisar kering. Masukkan air jika takut hangus.

Sudah garing semua baru masuk gula nisang dan gula putih. Apabila berubah warna, menjadi gelap,
masuk kerisik dan garam.

Boleh rasa dahulu sesuai citarasa. Jika mahu lebih pedas, tambahkan lada hitam.

Masuk santan,masak sampai pekat.

Apabila pekat masukkan daging.

Keringkan.

Terakhir boleh masukkan ke dalam oven dengan suhu rendah, untuk keringkan sepenuhnya.

*Jika suka, boleh letakkan daun limau purut atau kunyit .

You might also like