PERMAINAN BAHASA PENGENALAN Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan.

Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung. OBJEKTIF PERMAINAN BAHASA Permainan bahasa yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa objektif yang tentu. Antaranya seperti yang berikut: (a) Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu. Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini akan memberi peluang kepada guru

Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin kelas. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara mereka. boleh dimainkan pada semua peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. (d) Alat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu. bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar dengan guru. Permainan yang mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya. pelajar akan merasa bosan. Bayangkan sahaja . Dalam permainan. mereka dapat menunjukkan kecergasan. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa. Pelajar biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. (b) Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Fungsi bahasa boleh melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. terutama dalam konteks kepelbagaian bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis. yang dipelajari. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar. mengantuk dan lapar. (c) Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan individu yang terlibat. Guru harus bersedia memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut.menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan berorientasikan pelajar. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. khususnya yang bersifat pemalu dan pasif. di samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan. umpamanya pada waktu menjelang tengah hari. Bahasayang digunakan dalam sesuatu permainanitu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja.

biasanya mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini. permaian boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut tujuannya. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. akan meransang pelajar untuk bertindak balas. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan yang dirancangkan. Dengan ini. misalnya kumpulan cergas. pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka dalam kehidupan di luar bilik darjah. Sebagai . sederhana dan lemah. Justeru. pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa. Pelajar di dalam sesebuah kelas. Walau bagaimanapun. pengukuhan dan pengayaan. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. memprotes dan memberikan hujah. Selepas sesuatu pengajaran.bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan. Sesetengah pelajar mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah. Permainan mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar. aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Namun demikian. gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. membunyikan suku kata dan perkataan. permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan. (e) Alat pemulihan. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan. mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri mereka itu dapat dihapuskan. huruf. pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi.

permainan dalam aktivitki pengayaan akan menambahkan kemahiran. intonasi. mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif. . betul dan tepat. permainan bahasa tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan.aktiviti pengayaan. Teknik ini berperanan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran. pelajar yang lemah boleh digalakkan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang cergas melalui permainan yang dijalankan. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. PERMAINAN BAHASA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. (b) Permainan bahasa dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran. mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan. Antaranya seperti yang berikut: (a) Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan. frasa dan ayat) dengan jelas. jeda dan gaya yang betul. pengetahuan dan pengalaman mereka. tekanan. (c) Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun. Ini bermakna apa yang dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal dalam ingatan. Di samping itu. permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan. permainan bahasa mempunyai kelebihan.

Oleh itu. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satusatu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Untuk . memberikan arahan. berfikir. iaitu dengan bertanya. (e) Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Teknik ini berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar sehari suntuk. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar. guru harus memikirkan faedah dan apa yang dijangka dapat dicapai melalui aktiviti permainan di dalam bilik darjah. mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan di dalam bilik darjah. Pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain. Ini kerana semasa bermain. teknik permainan boleh memberikan lebih banyak pengalaman yang berguna dan berharga jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran konvensional. Oleh itu. Sekiranya digunakan dengan betul. permainan harus berupaya memberikan motivasi yang tinggi dan bukan hanya setakat bertanding. Permainan bahasa dapat meningkatkan motivasi. UNSUR PERMAINAN BAHASA Aspek yang lebih ditekankan dalam permainan bahasa adalah semangat bekerjasama dan bukan pertandingan semata-mata. membantu proses sosialisasi dan menyatukan pelajar daripada aras kebolehan yang berbeza-beza. Dengan cara bermain pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan pembelajaran mereka.(d) Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. pelajar akan bertindak balas secara spontan. meneka dan membaca. Aktiviti ini harus mampu memantapkan proses penguasaan bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni.

belajar untuk sementara waktu sahaja dan tanpa kesungguhan serta keinginan yang mendalam. Oleh sebab terdapat beberapa masalah dalam pembelajaran bahasa. Mereka juga tidak dapat melihat kepentingan aktiviti ini dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan mereka seharian. latih tubi dan latihan menulis. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. perkara-perkara yang berikut perlu diberikan perhatian: (a) Meningkatkan motivasi Motivasi adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Ini menjadikan pelajaran bahasa sungguh membosankan. Ini kerana di dalam bilik darjah pelajar dikehendaki melakukan terlalu banyak aktiviti mendengar. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. (b) Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk bersosialisasi. Permainan memerlukan penyertaan individu. mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul. (c) Pertandingan . Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Pelajar biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. pelajar biasanya menjadi pasif. Sewaktu pelajar memainkan permainan bahasa. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri.pelaksanaan teknik permainan yang berkesan. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya.

(e) Pembelajaran semula jadi Permainan bahasa membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Pembelajaran bahasa berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Dalam permainan. terdapat beberapa peraturan khusus yang telah didefinisikan secara jelas.Permainan bahasa bercirikan persaingan. (f) Peraturan permainan Dalam permainan bahasa. pencapaian persembahan yang terbaik atau mencapai matlamat tertentu. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahasa itu secara langsung. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru. masa yang dihadkan. Semangat bekerjasama yang dipupuk melalui aktiviti permainan ini juga dapat digunakan dalam perkara-perkara lain sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada peserta. ahli-ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan bagi kumpulan mereka. Sudah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan ada pula yang kalah. Persaingan boleh berlaku antara sesama peserta. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran bahasa boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Semua pelajar yang terlibat dalam permainan. biasanya tahu dan faham akan cara dan peraturan untuk bermain. permainan bahasa mengeksploitasi kecenderungan bertanding tersebut untuk maksud pembelajaran. . di samping dapat mengredkan permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu. Jadi. Malahan kecenderungan bermain adalah satu gesaan yang semula jadi. (d) Kerjasama Bekerjasama adalah satu unsur yang kukuh bagi setiap permainan yang penuh pertandingan.

PENGELOLAAN PERMAINAN BAHASA Menyediakan pelajar atau kumpulan tertentu yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti adalah satu faktor yang penting bagi memastikan kejayaan sesuatu permainan. . Pelajar boleh dibahagikan kepada pasangan. Walau bagaimanapun. terdapat beberapa penentuan awal yang menandakan titik penamat untuk peserta menghentikan permainan mereka.(g) Penamat permainan Permainan bahasa mempunyai penamat. jika keadaan ini tidak dapat dielakkan. terutama jika saiz bilik darjah itu kecil. Ia juga dapat mempererat perhubungan dalam kalangan pelajar. Aktiviti berpasangan atau kumpulan diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat bekerjasama. permainan tersebut boleh digantikan dengan jenis permainan bahasa yang dilakukan di luar bilik darjah. guru hendaklah membahagikan pelajar dalam banyak kumpulan. kumpulan kecil yang mengandungi tiga atau empat orang ahli atau aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas. Biasanya. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Ia mesti dilakukan walaupun pada ketika itu pemain-pemain masih belum mencapai keputusan yang sepatutnya. Biasanya. di samping mereka harus menggunakan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal bagi mencapai matlamat permainan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Jika bilangan pelajar dalam sesebuah kelas terlalu ramai. Organisasi bilik darjah mestilah dirancang dengan baik. Secara Berkumpulan Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil. empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan. iaitu tolong-menolong dalam suasana harmoni dagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan permainan secara kumpulan. mentor. Guru juga turut bertindak sebagai fasilitator dan merancang pembahagian pelajar seperti dalam rajah yang berikut: CIRI-CIRI PERMAINAN BAHASA YANG BAIK Permainan bahasa yang dijalankan di dalam bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah. BENTUK INTERAKSI DALAM PERMAINAN BAHASA Peranan guru dalam aktiviti permainan bahasa adalah sebagai perunding. tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. Guru haruslah berkecuali dan mengetepikan diri setelah arahan penting diberikan dan pelajar dapat memahaminya dengan baik. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Cara ini biasanya dilakukan untuk pelajar yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu. Pelajar juga perlu diberitahu bahawa setiap mereka mesti mengambil bahagian secara aktif dan menunjukkan kesungguhan. pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberi. pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan.Secara Berpasangan Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan pelajar. pembetul kesalahan dan pengadil. Berlaku juga keadaan pelajaran bahasa yang . Jika masalah itu tidak dapat diselesaikannya. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan pelajar dengan bergerak dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain. Biasanya. Dalam permainan.

membaca. persediaan yang rapi hendaklah dibuat agar pengajaran melalui permainan itu dapat mencapai objektif . Oleh itu. PENGENDALIAN AKTIVITI PERMAINAN BAHASA Sebelum sesuatu permainan itu dijalankan. (d) Dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka. sesuai dengan peringkat penguasaan bahasa pelajar. bertutur. pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar terhadap bahan. (g) Dapat dijalankan dalam jangka waktu dan tempat yang sesuai agar objektif pembelajaran dapat dicapai. guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri permainan bahasa yang baik dan sesuai dipraktikkan dalam pengajaran bahasa. menulis dan penguasaan elemen tatabahasa. (c) Memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar. (e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. (f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami.disampaikan secara bermain dapat membantu pelajar mempelajari sesuatu yang lebih daripada aktiviti bermain itu sendiri. (b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti yang berikut: (a) Dapat mengukuhkan dan meningkatkan penguasaan bahasa seperti penguasaan kemahiran mendengar.

Manakala permainan secara individu sesuai untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang pintar dan lemah. iaitu bentuk pertandingan dan penghayatan kendiri. tempoh masa.yang telah ditetapkan. ketepatan jawapan atau kepantasan menyelesaikan masalah. iaitu: (a) Perancangan Permainan Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran bahasa yang diajarkan. Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya. Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran. Permainan berbentuk pneghayatan kendiri dijalankan bagi memenuhi minat dan memberikan kepuasan serta keseronokan kepada diri sendiri. Guru juga harus menentukan ada penjaga masa dan hakim sebagai penyelia jika berkaitan. (b) Bentuk Permainan Permainan bahasaboleh dilakukan dalam bentuk berkumpulan. Permainan bahasa dalam kumpulan kecil sesuai untuk kelas yang mempunyai bilangan murid yang ramai. guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing pelajar apabila diperlukan. . Selepas permainan. Sebelum memulakan permainan. Permainan boleh dijalankan dalam dua bentuk. Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. Cara pengendalian sesuatu aktiviti permainan bahasa penting. Permainan secara berpasangan pula memudahkan guru mengawal dan memberikan perhatian kepada setiap murid. sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu. selain memilih permainan dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan. perkara yang berikut perlu diambil kira. pelajar hendaklah diberitahu tentang nama permainan. Dalam aspek pengendalian aktiviti. Semasa permainan berlangsung. berpasangan atau secara individu. bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain. Penentuan kalah menang dalam pertandingan ditentukan dengan kiraan mata.

(c) Waktu Pengendalian Permainan Permainan bahasa boleh dijalankan pada peringkat awal.misalnya permainan teka silang kata. Pada peringkat pertengahan. permainan dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah dijalankan. Manakala pada peringkat akhir. permainan dijalankan sebagai langkah pengajaran guru. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya. . (e) Arahan dan Peraturan Permainan Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada pelajar agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. pertengahan dan akhir pelajaran. (d) Tunjuk cara Sebelum aktiviti permainan dijalankan. Permainan pada peringkat ini tidak memakan masa yang panjang dan sesuai dijadikan sebagai rangsangan kepada tajuk atau kemahiran yang diajarkan. mencari perkataan tersembunyi atau mencari gambar tersembunyi. guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar pelajar dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut. Pada peringkat awal pengajaran. permainan dijalankan dalam induksi set.