You are on page 1of 58

BAB 1: MASALAH KAJIAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Sistem pendidikan di Malaysia menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan. Peluang pendidikan ini terbuka kepada semua warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Selain itu, peluang mendapatkan perkhidmatan pendidikan tidak terbatas kepada mereka yang normal, tetapi juga untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan atau ketidakupayaan. Kanak-kanak ini dikenali sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (Abdul Rahim Razali, 2005). Proses pembelajaran bahasa dalam perkembangan kanak-kanak amat penting supaya mereka dapat berkomunikasi dengan baik. Kemahiran komunikasi yang berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat di antara individu amat penting dalam kehidupan seharian. Keberkesanan komunikasi amat penting dalam hubungan sosial dan masyarakat.

Terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa masalah dalam penggunaan bahasa lisan kanak-kanak terencat akal, selalu menunjukkan perkaitan dengan kemahiran membaca mereka (e.g., Byrne, Buckley, MacDonald, & Bird, 1995; Fletcher

1

& Buckley, 2002; Kay-Raining Bird, Cleave, & McConnell, 2000; Snowling, Hulme, & Mercer, 2002)

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-bertukar fikiran (Abdul Rahim Talib, 2007). Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi ynag dilahirkan daripada alat sebutan (articulator), ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia (Kamarudin Hj. Husin 1988).

Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR), terencat akal merupaya keupayaan intelek yang sanagt ketara yang jatuh dibawah had purata keupayaan intelek individu sebelum mencapai umur 18 tahun. Kerencatan akal juga didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi aspek fungsi mental, disamping kemahiran yang rendah dari aspek tingkahlaku adaptif. Tingkah laku adaptif atau kemahiran penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau mengemas diri. Individu yang dikesan mengalami kecacatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga diri sendiri atau hidup secara berdikari (Julia Jantan, 2007).

2

Kemahiran

bertutur

yang

berkesan

memerlukan

kanak-kanak

mampu

menuturkan kebayakan bentuk pertuturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai termasuklah prosodi iaitu nada dan irama dan begitu juga dengan fornem dan morfem. Pertuturan kanak-kanak terencat akal berkait rapat dengan perkembangan bahasa yang diterima oleh mereka. Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi, menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hatton, 1998).

Kelewatan perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbedeto, 1992). Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. Umumnya bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal, namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami terencat akal teruk (Paula & Martin, 2006).

Di sekolah-sekolah pendidikan khas atau integrasi masalah pembelajaran, pengajaran teknik dan kemahiran bertutur tidak dispesifikasikan secara khasnya kepada kanak-kanak terencat akal. Keupayaan yang dimiliki mereka adalah terbatas dan berbeza-beza mengikut kategori terencat akal. Dalam kajian ini, masalah bertutur lebih difokuskan lagi dengan masalah sebutan perkataan yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat akal di sekolah secara kajian kes.

3

1.2

Penyataan Masalah

Dapatan daripada beberapa kajian mendapati terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal ini. Hal demikian membawa gambaran bahawa mereka lemah dalam aspek kemahiran komunikasi dan kemahiran bahasa. Kemahiran bertutur merupakan salah satu komponen dalam kemahiran komunikasi yang membantu meningkatkan perkembangan hubungan sosial kanak-kanak dengan persekitarannya. Masalah bertutur selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran namun masih terdapat ramai kanak-kanak terencat akal yang masih belum mampu untuk bertutur dengan baik walaupun tidak mempunyai masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran. Bagi mendapatkan kemahiran bertutur yang lebih baik, adalah perlu untuk meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif seseorang kanak-kanak itu sebanyak mungkin.

Dalam kajian ini, penguasaan kemahiran bertutur difokuskan dengan mendalam mengenai masalah sebutan yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah terencat akal. Masalah dan punca kesukaran kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataanperkataan dikaji mengenai peranan guru serta pendekatan yang biasanya diambil di sekolah untuk membantu kanak-kanak terencat akal untuk menyebut perkataan. Masalah yang cuba dihuraikan dalam kajian ini ialah adakah pendekatan yang diambil oleh guru adalah berkesan dalam membantu kanak-kanak terencat akal meningkatkan sebutan-sebutan perkataan seterusnya membantu kemahiran bertutur mereka. Kajian ini juga akan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak terencat 4

akal yang menhalang mereka untuk menuturkan sebutan-sebutan perkataan dengan baik dan jelas.

1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini bertujuan menyelidik masalah sebutan perkataan di kalangan kanak-kanak terencat akal dan pendekatan yang diambil guru untuk membantu mereka menguasai kemahiran bertutur di sekolah pendidikan khas atau integrasi pendidikan khas di Malaysia. Kajian ini bertujuan:

1. Untuk mengenal pasti punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal 2. Untuk mengenal pasti bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal 3. Untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa yang diambil oleh guru dalam membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik 4. Untuk membantu guru menjalankan kaedah-kaedah yang lebih berkesan terhadap masalah sebutan perkataan yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terencat akal

5

Kajian ini juga akan memberi faedah kepada guru pendidikan khas untuk merancang aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran bertutur kanak-kanak berkeperluan khas. Selain ini. Apakah punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal? 2. guru pendidikan khas dapat membaiki kaedah pendekatan dalam proses pengjaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya kanakkanak terencat akal. Apakah bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal? 3. kajian ini dapat dijadikan asas kepada guru pendidikan khas untuk membentuk kaedah baru bagi menangani masalah sebutan perkataan di kalangan kanak-kanak terencat akal dan 6 . Apakah kaedah berkesan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu masalah sebutan perkataan kanak-kanak terencat akal? 1. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah dapat membantu kanak-kanak terencat akal untuk menguasai kemahiran bertutur? 4.5 Kepentingan Kajian Melalui penyelidikan ini.4 Soalan Kajian Kajian yang dijalankan ini akan cuba soalan-soalan berikut: 1.1.

seterusnya memberi manfaat kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain. 1. Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. pihak Jabatan Pendidikan Khas serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menyusun satu program intervensi awal bagi membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik dengan memahami puncapunca masalah yang dihadapi mereka. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ dimana skor purata ialah 100. sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu: a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian.6 Definisi Operasional Istilah Terencat Akal : Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan dalam tingkah laku social sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. Melalui kajian ini juga. Untuk mengukur tingkah laku adaptif. guru pendidikan khas. makan dan sebagainya b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindak balas c) Kemahiran social seperti hubungan dengan rakan. mandi. 7 . orang dewasa dan masyarakat. ibu bapa. keluarga.

Kemahiran Bertutur : menurut American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) kemahiran bertutur adalah cara berkomunikasi lisan. kemahiran urus diri. (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV). Individu kerencatan akal juga ditakrifkan sebagai individu yang dianggap untuk memiliki satu rencatan mental: iaitu IQ di bawah 70.dan suatu hubungan antara fungsi kemahiran-kemahiran individu dalam persekitaran mereka. kemahiran-kemahiran sosial. komunikasi. kemampuan terhad dalam dua atau lebih kawasan tingkah laku sesuai (seperti yang diukur secara satu tingkah laku sesuai skala pemeringkatan contohnya. b) Suara: Menggunakan lipatan-lipatan suara dan pernafasan menghasilkan bunyi (contohnya suara boleh disalahgunakan yang menyebabkan keserakan atau kehilangan suara).World Health Organization (WHO) mendefinisikan kerencatan akal adalah satu gangguan berunsur fungsi sub-purata kognitif dan defisit dalam dua atau lebih tingkah laku adaptif sebelum usia permulaan 18 tahun. kerencatan tertumpu hampir keseluruhannya pada kognitif. dan sebagainya). 2000). dan berlaku sebelum usia jelas 18 tahun. namun takrif terkini termasuklah suatu komponen hubungan antara fungsi kognitif dan emosi . pertuturan mengandungi berikutan: a) Artikulasi: Bagaimana bunyi-bunyi pertuturan telah dibuat (contohnya. kanakkanak mesti belajar bagaimana untuk mengeluarkan "r" bunyi teratur untuk mengatakan "rabbit" daripada "wabbit"). 8 .

Inggeris Oxford Dictionary mentakrifkan masalah sebutan sebagai "sebutan tidak betul atau tidak tepat". Latihan pertuturan perlu dilakukan diperingkat fonetik. sebagai kelakuan social yang dijanakan oleh organ-organ artikulasi. Percanggahan pendapat mengenai ketepatan atau tidak sesuatu sebutan istilah atau perkataan betujuan untuk membukti sebutan perkataan tersebut adalah bermakna. bibir. dan ungkapan-ungkapan mengenai pengeluaran bunyibunyi dan penempatan tekanan. intonasi. Menurut Abdullah Yusoff (1995) latihan pertuturan memerlukan jangkamasa yang panjang dan pendekatan yang sesuai. Konsep ini sering sahaja digunakan untuk mendefinisikan produksi konsonan- konsonan namun kemahiran bertutur bolh ditakrifkan . perkataan.c) Kefasihan: Rentak pertuturan (contohnya teragak-agak atau gagap boleh menjejaskan kefasihan) Dalam linguistik (fonetik artikulasi). dan alat pertuturan lain terlibat dalam membuat satu hubungan yang sama. morfologi dan bahasa. Masalah Sebutan Perkataan : sebutan didefinisikan sebagai aksi atau cara menyebut suku kata. cara artikulasi menggambarkan bagaimana lidah. dan sebagainya (Schell dan Martins 2006). 9 .

(Kamaruddin hj Husin. 1988) 1. diharapkan satu kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru pendidikan khas dan pihak-pihak yang terlibat seperti jabatan-jabatan kerajaaan. Dalam kajian ini masalah-masalah dan punca-punca kanak-kanak terencat akal kurang menguasai kemahiran bertutur dan peranan guru pendidikan khas untuk membantu masalah sebutan perkataan dikaji. perkataan atau ayat dengan tepat dan jelas.Fungsi perkataan adalah tidak mengandungi makna sendiri tetapi memberi makna kepada ayat. Sebutan ialah membunyikan huruf-huruf.7 Rumusan Melalui kajian ini. badan-badan bukan kerajaan (NGO). ibu bapa dan masyarakat. Kanak-kanak mungkin memnyebut satu perkataan dalam perhubungan untuk belajar bahasa tetapi tujuan komunikasi perkataan tersebut perlu digabungkan dengan perkataan lain (Safani Bari. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yng mendengar pertuturannya. 2007). pertubuhan swasta dan orang perseorangan. 10 .

kemahiran ‘oralmotor’ dan persekitaran.1 Pengenalan Pertuturan adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap individu untuk memajukan diri dalam bidang akademik dan kehidupan secara keseluruhannya. Kebolehan sebutan menggunakan kod bunyi yang jelas dan betul bergantung kepada beberapa pembolehubah iaitu umur pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat seramai 10% dariapada kanak-kanak prasekolah mengalami masalah artikulasi (ASHA.2 Masalah Artikulasi dan Masalah Fonologi Masalah artikulasi didefinisikan sebagai masalah yang mengganggu sistem dalam sesuatu bahasa. 2002). Antara masalah yang timbul dalam kesukaran bertutur ialah masalah sebutan yang terdiri daripada masalah artikulasi dan masalah fonologi. 11 . 2. sejarah perkembangan.BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2. Kesukaran berkomunikasi di kalangan kanak–kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan mereka sukar untuk menerima mesej yang disampaikan oleh guru dan orang lain.

menyingkirkan satu bunyi dengan bunyi lain ( fi' for fish) Penambahan.menghasilakan bunyi yang berbeza daripada biasa Penggantian. Organ artikulasi dan masalah fonologi adalah saling berkaitan dengan keupayaan saraf dan fizikal yang diperlukan untuk menghasilkan pertuturan. 1999). Menurut ahli terapi pertuturan di sekolah.penambahan bunyi dalam satu kata( fisha for fish (Boone 256-58) Selain daripada itu masalah artikulasi juga dikaitkan dengan masalah fonologi. di mana aktiviti yang sangat kompleks melibatkan pelbagai 12 . Sesetengah masalah kanak-kanak berkeperluan khas adalah berkaitan dengan peluang mempelajari jenis pertuturan yang bersesuaian atau tidak bersesuaian. Ia adalah mungkin disebabkan oleh masalah ‘organic’ ataupun masalah kefungsian.menggantikan sesuatu bunyi dengan bunyi yang lain( fith for fish ) Penyingkiran. terdapat kira-kira 99% daripada kes kanakkanak yang mengalami masalah artikulasi adalah disebabkan oleh masalah kefungsian (ASHA. termasuklah peluang menjalani terapi pertuturan.Terdapat empat jenis kesilapan utama artikulasi menurut Mc Reynolds (1990) iaitu : • • • • Gangguan. Beberapa masalah kefungsian fonologi mungkin disebabkan oleh gangguan ataupun kerosakan pada bahagian saraf. Perbezaan dalam pertuturan juga dikaitkan dengan persekitaran dan juga perubahan bahasa. darjah kehilangan pendegaran yang tidak jelas serta ketiadaan model pertuturan yang sesuai.

13 . sumbing.3 Terencat Akal 2. masalah pertuturan yang disebabkan oleh faktor organic adalah termasuk kehilangan pendengaran.3. Masalah artikulasi dan fonologi boleh berbeza di antara individu bergantung kepada bahagian mana yang mempunyai masalah. di samping kemahiran yang rendah dari aspek tingkah laku penyesuaian. Kerencatan akal ini mesti dikesan sebelum usia 18 tahun. 2. Menurut American Psychiatric Association (2002). kerencatan akal didefinisikan sebagai individu yang mempunyai had tertentu dari segi fungsi mental. saraf deria dan sistem kognitif. Tingkah laku penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri seperti kebolehan memakai pakaian. bentuk gigi yang tidak sempurna (dental malformation) dan juga ketumbuhan. ketepatan dan koordinasi pantas di antara saraf otot.1 Definisi Terencat Akal Menurut American Association on Mental Retardation (AAMR).rangkaian yang sangat rumit. makan atau mengemas diri. Kecacatan otak pula berkait dengan kerosakan saraf yang seterusnya boleh menyebabkan masalah pertuturan seperti apraksia dan dysatria.

Individu yang memperolehi skor bawah 70 hingga 75 dikenal pasti mengalami kerencatan akal. Kemampuan kognitif kanak-kanak terencat akal juga terganggu. IQ lazimnya diukur melalui Ujian IQ di mana skor purata ialah 100. sesetengah kemahiran boleh dikenal pasti iaitu: a) Kemahiran aktiviti seharian seperti memakai pakaian. Ini bermakna. makan dan sebagainya b) Kemahiran komunikasi seperti memahami apa yang dituturkan dan berupaya memberi tindak balas c) Kemahiran sosial seperti hubungan dengan rakan. mandi. Untuk mengukur tingkah laku adaptif.Seperti yang dinyatakan dalam bab 1. keluarga. 14 . kanak-kanak ini lambat unutk menerima sesuatu maklumat yang disampaikan kepada meraka dan sukar untuk memahami konsep-konsep yang kompleks. Kerencatan akal yang berlaku pada individu bukan sahaja melibatkan batasan fungsi mental tetapi turut melibatkan masalah emosi. orang dewasa dan masyarakat. Individual with Disabilities Education Act (IDEA) mendefinisikan terencat akal sebagai fungsi intelek (IQ) yang rendah serta kekurangan dalam tingkah laku sosial sepanjang tempoh perkembangan yang memberi kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. Julia Jantan (2007) menyatakan bahawa kerencatan akal berlaku akibat masalah kegagalan otak berfungsi.

Gen tunggal seperti phenylkenoturia (PKU) dan kegagalan metabolisme sewaktu janin dalam kandungan juga merupakan antara faktor kerencatan akal sekiranya tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. kecacatan tuib saraf merupakan kecacatan sewaktu kelahiran yang menyebakan kegagalan pembentukan saraf tulang belakang yang sempurna. Selebihnya sebanyak 15% pula tidak dapat ditentukan faktor penyebabnya. 15 .2.3. sebanyak 30% kanakkanak yang mengalami kerencatan akal yang teruk disebabkan oleh ketidaknormalan genetik seperti Sindrom Down. 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah prenatal. Keadaan ini menyebabkan pembentukan cecair yang berlebihan daripada tulang belakang yang akan mengakibatkan hydrocephalus (bayi berkepala besar). Mutasi dalam perkembangan gen juga boleh menyebabkan kerancatan akal. Contohnya. Kesannya mengakibatkan tekanan akibat kepala yang lebih besar boleh menyebabkan kegagalan dalam proses pembelajaran (Julia Jantan. otak dan sistem saraf tunjang juga merupakan antara ounce kerencatan akal.2 Punca-punca Terencat Akal Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 2007).Manakala 25% disebabkan oleh palsi sereblum. Proses kelahiran yang menyebabkan kecatan fizikal di bahagian kepala.

Umumnya.3 Punca-punca Kerencatan Akal Selepas Kelahiran -jangkitan di otak -kecederaan di kepala -penderaan atau pengabaian emosi -tumor otak 2. sukar memahami peraturan-peraturan sosial dan tidak dapat mengingat atau membezakan 16 . kanak-kanak terencat akal menunjukkan beberapa tanda tertentu seperti menghadapi kesukaran untuk pertuturan.Punca-punca Kerencatan Akal Tempoh Kehamilan Semasa Kehamilan -nutrisi tidak -kekurangan oksigen seimbang -kelahiran pramatang -jangkitan seperti HIV. mandi. berfikir. terdapat dua perkara penting yang dilihat sebelum memastikan kanak-kanak itu mengalami kerencatan akal iaitu: a) Kebolehan mental untuk belajar. menguruskan diri dan sebagainya. menyelesaikan dan fungsi intelek (IQ).3.3. Namun menurut Warren & Abbedutto (1992). b) Kebolehan sosial yang dimiliki untuk membolehkan hidup berdikari atau lebih dikenali sebagai tingkah laku adaptif seperti memakai pakaian. rubella -penggunaan alcohol -penggunaan dadah Rajah 2.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal Umumnya kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah yang ketara dalam mengurus diri. Kesukaran untuk mengingat.

1988). menyampaikan kehendak dan perasaan dalam sesuatu persekitaran (Hutton. Umumnya. tiada instrumen yang tepat untuk memastikan seseorang individu itu terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak terencat akal juga sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar untuk berfikir secara logik (Wehman. Kelewatan dalam perkembangan bahasa merupakan antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-kanak terencat akal (Warren & Abbeduto. perkembangan bahasa mereka yang mengalami kerencatan normal. Masalah pertuturan seperti masalah artikulasi biasa boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal. 2.4 Kajian-kajian yang Berkaitan 17 . namun kemajuan perkembangan bahasa mereka agak perlahan sekiranya kategori yang dialami kerencatan akal yang teruk.kesan dan akibat. 1992). Terdapat pelbagai variasi tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak terencat akal yang menjadikan setiap seorang dariapada merupakan individu yang unik. Dalam menentukan kriteria psikologikal dan tingkah laku kanak-kanak terencat akal. 1998). bagi kanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan. Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah dalam memproses penyelesaian masalah dan untuk berfikir secara logik atau kritikal. Bahasa digunakan seawal usia kanak-kanak untuk keperluan komunikasi.

Menurut Abdullah Yusoff (1995). Sesi ini mungkin berlangsung dibilik darjah dengan bantuan peralatan yang khusus. Pertuturan akan membabitkan sistem fonetik. Pendekatan ini sukar dilakukan kerana kecacatan pendengaran mempengaruhi penerimaan bunyi dan membawa kesan kepada penghasilan bunyi. pengajaran pertuturan ialah satu sesi dimana murid-murid bermasalah pendengaran diajar bertutur dengan menggunakan alat pertuturan (artikulasi) mereka bagi membantu merekamengeluarkan suara dan komunikasi secara lisan. pengasas pertuturan Kiu Bahasa Melayu menyatakan bahawa kaedah Pertuturan Kiu yang digunakan membolehkan pelajar18 . Menurut kajian. 2007). 2. pendekatan pengajaran pertuturan memerlukan orang pekak menuturkan bahasa lisan seperti orang biasa. Melalui penguasaan kemahiran komunikasi kanakkanak terencat akal dapat meningkatkan perkembangan sosial mereka.Kebanyakan kajian yang dijalankan berkaitan dengan masalah pertuturan adalah berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran. iaitu sebutan. Rahman Hamdan (1996).4. kanak-kanak terencat akal tidak dapat memahami peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran apabila seseorang selesai bercakap sebelum memulakan topik perbualan (Suhaila Sulaiman. Namun begitu kemahiran pertuturan amat diperlukan oleh kanak-kanak terencat akal dalam meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. morfologi dan sintaksis. Menurut Tan Chin Guan (1995).1 Kajian Dalam Negara Menurut Abd.

2 Kajian di Luar Negara 19 . melatih kanak-kanak menggunakan alat bantu dengar dengan betul. 2. Menurut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed (2004). Sebagai contoh. meletakkan kanak-kanak di dalam kelas yang paling mudah untuk membaca pergerakan bibir. adalah sukar untuk memahami pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran jika guru tidak biasa dengan mereka. ada kes murid pekak yang mempunyai sisa pendengaran tetapi kerana tidak mendapat pendedahan dan latihan berbahasa awal di rumah oleh ahli keluarga dan kakitangan professional menyebabkan mereka ke sekolah tanpa boleh berbahasa lisan.pelajar berkeperluan khas terutamanya bermasalah pendengaran bertutur. pihak-pihak yang terlibat dalam pengendalian bagi murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah perlu mengambil aspekaspek berikut dalam pengajaran pertuturan seperti memeriksa dan menentukan darjah kehilangan pendengaran. Hal ini ada kaitannya dengan kelewatan member latihan dan pendedahan bunyi bahasa kepada mereka. menggalakkan kanak-kanak tersebut menggunakan alat bantu dengar. ibu bapa dan guruguru yang terlibat tentang bantuan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini untuk memperbaiki pertuturan. Mereka juga boleh berinteraksi dengan pelajar normal dengan cara bacaan bibir. Menurut Noraini Ismail (1988). memperbaiki kesilapan artikulasi yang sering berlaku kepada kanak-kanak masalah pendengaran serta memberi khidmat nasihat kepada kanak-kanak.4.

Fey dan Littlewood (1986) telah mencadangkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan bagi mengatasi kanakkanak yang mempunyai masalah pertuturan. murid perlu diajak berbincang berdasarkan topik tertentu yang berkaitan dengan pengalaman murid. jangan memaksa murid untuk menghafal. Ramai daripada kalangan kita tidak dapat bertutur dalam bahasa yang tidak pernah kita dengar kerana tidak pernah mendengar bunyi-bunyi bahasa berkenaan. guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan pengajaran. 20 . 1994 dalam mempelajari mana-mana bahasa pertuturan.Robertson dan Rexter (1990) pula. faktor kebolehan mendengar adalah penting Ketidakmampuan mendengar menghalang seseorang itu mengajuk atau meniru bunyi-bunyi sesuatu bahasa yang dipelajari. murid perlu digalakkan bercakap. Pushaw (1976). perlu mengulang arahan yang agar sukar difahami oleh murid. Di antaranya ialah tempatkan murid berhampiran dengan guru. percakapan dan arahan guru perlu jelas. Menurut Paul & Quigley. elakkan murid daripada merasa tertekan. kaedah Oral-Auditory adalah sangat berkesan untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran menguasai pertuturan. menggunakan pendekatan komunikatif dimana peranan guru menjadi kurang dan menggunakan berbagai teknik yang melibatkan pemusatan pembelajaran murid. Latihan AuditoriOral yang telah distrukturkan dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dengan lebih berjaya melalui interaksi yang berterusan dan konsisten dengan bantuan dan sokongan persekitaran ahli keluarga.

2. dapat disimpulkan bahawa masalah sebutan dan pertuturan di kalangan kanak-kanak terencat akal adalah satu masalah yang ketara yang di hadapi oleh mereka. Kajian yang lebih spesifik mengenai masalah ini masih belum dilaksanakan dan keseluruhan kajian berkaitan masalah sebutan dan pertuturan lebih berbentuk umum untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran.5 Rumusan Melalui tinjauan literatur hasil daripada kajian-kajian lepas. 21 . Penguasaan kemahiran bertutur di kalangan kanak-kanak terencat akal akan menyebabakan kelewatan perkembangan bahasa yang mempunyai hubung kait dengan keyakinan diri mereka dan seterusnya menghadapi masalah untuk memahami konsep-konsep sosial.

BAB 3: KAEDAH KAJIAN 3. tatacara penganalisisan data dan rumusan dalam melaksanakan kajian ini. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data melalui penggunaan beberapa kaedah seperti ujian penilaian. senarai semak. kesalahan sebutan. instrument kajian yang dipilih. populasi dan sampel kajian. Kaedah kajian yang dipilih ialah kaedah kualitatif. sebutan dan kemahiran bertutur berdasarkan objektif kajian. kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak terencat akal. Chua (2006) menyatakan kajian kes atau tinjuan boleh 22 . kaedah kajian yang akan dijalankan yang merangkrekabentuk kajian yang dilaksanakan. tatacara pengutipan data. Dalam kajian ini satu kajian tinjauan dibuat untuk mengumpul maklumat mengenai permasalahan bahasa.1 Pengenalan Dalam bab ini. Rekabentuk kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan maklumat secara efektif dan mengenal pasti keupayaan kefahaman berkomunikasi kanak-kanak terencat akal. Kefahaman berkomunikasi ini difokuskan mengenai proses fonologi pertuturan. temubual dan permerhatian individu atau kumpulan yang terlibat. 3. lokasi kajian.2 Rekabentuk kajian Rekabentuk kajian merupakan satu tatacara pengumpulan data yang bertujuan untuk menjawab persoalan hasil daripada permasalahan kajian.

Ujian fonetik yang akan dijalankan menggunakan kaedah impresionik iaitu bergantung kepada kepakaran pendengaran penguji dalam membezakan bunyi-bunyi yang didengar. Menurut Hayward (2000) ujian fonetik boleh diuji melalui dua kaedah iaitu melalui kaedah impresionik dan eksperimental. Lokasi sampel ialah murid-murid terencat akal di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.4. Sekolah Kebangsaan Seri Indah dan Sekolah kebangsaan Setapak. Instrumen senarai semak pemerhatian menguji tiga aspek iaitu kesalahan sebutan.3 Populasi dan Sampel Kajian Populasi dan sampel kajian adalah terdiri daripada murid-murid terencat akal di tiga sekolah kebangsaan yang menjalankan Program Pendidikan Khas Pembelajaran di sekitar Kuala Lumpur. kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial.4 Instrumen Kajian Kajian ini akan menjalankan dua instrument kajian iaitu ujian fonetik dan senarai semak pemerhatian. 3.dilaksanakan untuk menyelidik sesuatu permasalahan pada satu perspektif yang luas mengenai peristiwa. tingkah laku masyarakat dan boleh difokuskan kepada latar belakang seseorang individu. 3. 3.1 Ujian Fonetik 23 . Sampel yang dipilih adalah seramai 20 orang dan dipilih secara rawak.

ketika bertutur.2 Kesalahan Sebutan Aspek kesalahan sebutan adalah untuk mengenal pasti sebutan bahasa yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak terencat akal. Meninggalkan suku kata awalan seperti ‘cepat’ kepada ‘pat’ Keliru dengan konsonan bersuara atau tak bersuara Kelancaran sebutan ketika bercerita 3.4. 3. Satu set borang ujian fonetik disediakan dan ujian dijalankan dengan guru atau penguji menunjukkan gambar-gambar tertentu dan kemudian meminta murid menyebut nama objek-objek yang ditunjukkan.Pemerolehan maklumat melalui ujian fonetik melibatkan pemerolehan dan pembinaan kemahiran dalam mengenalpasti. iii. Bunyi sebutan murid akan dicatat dan direkod dan masalah artikulasi murid dikenal pasti. Meninggalkan sebutan awal atau akhir contohnya ‘lari’ kepada ‘ari’ atau ‘makan’ kepada ‘akan’ ii. iv. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah dengan meminta murid bercerita mengenai apa yang diperdengarkan.3 Kemahiran Komunikasi 24 .4. membezakan dan menghasilkan satu siri bunyi-bunyi bahasa secara keseluruhan dan meluas. Pemerhatian yang diberikan ketika aktiviti dijalankan ialah: i.

3.Pemerhatian yang dibuat juga bertujuan untuk mengenal pasti keupayaan murid untuk memahami.4. Pemerhatian juga bertujuan untuk memastikan keupayaan murid untuk memahami sesuatu maklumat atau mesej daripada orang lain atau satu cara melahirkan keperluan dan pemikiran mereka. penglibatan diri dalam aktiviti dan kebolehan murid terhadap jenaka atau humor dalam kumpulan JADUAL 3. Memerhatikan interaksi sosial murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku ii. intonasi dan nada suara yang sesuai. Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas 25 . menguji keupayaan bercerita menggunakan gaya. mengikut dan member arahan tanpa bantuan.1 Skala rujukan instrumen Skala 3 Peringkat Baik Ciri-ciri i. Memerhatikan ketika aktiviti riadah. menyanyi dan bermain Memerhatikan kemahiran bercerita tanpa bantuan. iii.4 Kemahiran Sosial Kemahiran sosial dibina untuk mengenal pasti keupayaan bersosial murid menggunakan bahasa iaitu: i.

perkataan dan ayat ii. mudah difahami Kelancaran atau kelantangan dalam pertuturan Boleh sebut tetapi tidak jelas Pertuturan kurang lancer atau tersekat-sekat Pertuturan difahami tetapi terdapat kelemahan dalam diskriminasi bunyi 1 Lemah iv. ii. Sebut perkataan dengan intonasi yang betul Pertuturan kemas. Terdapat sedikit intonasi dalam pertuturan Tidak berupaya sebut suku kata.ii. 3. iii.5 Tatacara Pemerolehan Data Sebelum kajian dijalankan beberapa perkara perlu dilaksanakan untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan kajian tersebut. Pertuturan tak lancar dan kurang difahami Berkomunikasi dengan menggunakan tangan dan menggunakan kepala sahaja iv. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah menghantar surat kebenaran kepada Guru Besar sekolah-sekolah yang 26 . 2 Sederhana iv. iii. Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi Jadual 3. iii. i. i.1 menunjukkan skala rujukan bagi menggunakan instrumen senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh penguji. tepat.

Perjumpaan ini amat penting kerana kaedah-kaedah perlaksanaan instrumen perlu dijelaskan dengan teliti supaya sampel kajian dapat memberi maklumat yang berkesan dan dapat dikaji. dapatan tersebut akan dikaji mengenai bunyi-bunyi pertuturan mengikut Sistem Bunyi Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA).6 Tatacara Analisis Data Melalui maklumat yang telah diperolehi hasil daripada borang ujian dan soal selidik. dapatan data akan dianalisa mengikut bahagian-bahagian tertentu. 3. Dapatan daripada senarai semak yang dilaksanakan pula menggunakan skala Likert 3 mengikut skala dalam jadul 3.berkaitan untuk melaksanakan kajian. proses pengumpulan ujian dan soal selidik dijalankan untuk dianalisa. 3. Untuk borang ujian fonetik. satu sessi taklimat akan dibuat kepada penyelaras program dan guru-guru yang terlibat. Dapatan data akan dianalisa mengikut aspek yang diuji kemudian bilangan kekerapan dan peratuan dicatat.7 Rumusan 27 . Setelah mendapat kebenaran. Salinan surat kebenaran akan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak Institut Perguruan Ilmu Khas. Melalui sessi ini juga guru-guru atau penguji tidak menemui sebarang kesulitan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selepas item dan ujian penilaian dijawab. Tempoh masa yang sesuai ditetapkan agar sampel dapat memberikan maklumatmaklumat yang dikehendaki.1 dimana item ditanda (√) pada kotak yang disediakan.

Data-data dan maklumat adalah amat diperlukan dalam menjalankan kajian dan dianalisa secara kekerapan dan peratusan. Cara perlaksanaan dan menganalisis data ditentukan dalam bab ini. BAB 4: DAPATAN KAJIAN 28 . Instrumen yang dipilih akan digunakan dalam mengumpul data berdasarkan objektif dan rekabentuk kajian supaya dapat menjawab permasalahan kajian.

Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini ialah mengenai profil responden iaitu murid-murid terencat akal yang telah menjalankan instrumen-instrumen kajian.1 Profil responden mengikut jantina 29 . Sampel kajian ini terdiri daripada 20 orang murid terencat akal di tiga sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dapatan adalah mengenai masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi oleh responden di setiap populasi sampel kajian dijalankan. 4.4.2. analisis dapatan kajian dan rumusan mengenai daptan tersebut. Dapatan kajian yang dibentangkan melihat terus kepada jawapan kekerapan atau peratusan yang tertinggi dan yang terendah. 4.1 Pengenalan Dalam bab ini dapata kajian dilaporkan berdasarkan soalan-solan kajian yang dibuat. Kekerapan atau peratusan ini diambil melalui skala yang ditetapkan dan aspek-aspek masalah yang dihadapi oleh responden. Profil responden yang didapati dibahagikan kepada profil mengikut jantina dan profil mengikut penggunaan bahasa.2 Profil Responden Kajian Profil atau latar belakang responden adalah berdasarkan profil murid terencat akal yang dicatat dalam soalan ujian fonetik dan senarai semak sebutan dan pertuturan yang dibina.

1 Profil responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Kekerapan 13 7 20 Peratusan (%) 65 35 100 4. JADUAL 4. 15 orang (75%) menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian manakala lima orang (25%) tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa Kumpulan Bahasa Melayu Bukan bahasa Melayu Jumlah Kekerapan 15 5 20 Peratusan (%) 75 25 100 30 . Jadual 4.1 menunjukkan profil responden mengikut jantina. seramai 13 orang (65%) adalah murid lelaki manakala tujuh orang (35%) adalah murid perempuan. Daripada 20 orang responden iaitu kanak-kanak terencat akal.2 Profil responden mengikut penggunaan bahasa Profil responden mengikut penggunaan bahasa merujuk kepada pengunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian responden.Jadual 4. JADUAL 4.2.2 menunjukkan daripada 20 orang responden.

3 Dapatan Kajian Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian melalui instrumen-instrumen kajian yang dilakukan iaitu (a) masalah artikulasi yang dihadapi responden berdasarkan ujian fonetik (b) kesalahan sebutan berdasarkan senarai semak (c) kemahiran komunikasi berdasarkan senarai semak dan (d) kemahiran sosial berdasarkan senarai semak. 4. Setiap responden menunjukkan satu atau lebih kesilapan artikulasi yang berlainan.3 menunjukkan kesilapan artikulasi yang ditunjukkan oleh 20 orang responden. JADUAL 4.3. Kesilapan penggantian mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 52% diikuti 31 .3.1 Analisis masalah artikulasi analisis mengkaji masalah artikulasi yang dihadapi responden iaitu (a) gangguan (b) penggantian (c) penyingkiran dan (d) penambahan. Masalah artikulasi yang dihadapi responden ditunjukkan dalam Jadual 4.4.3 Masalah artikulasi yang dihadapi Kesilapan artikulasi Gangguan Penggantian Penyingkiran penambahan Jumlah kekerapan 2 15 25 6 48 Peratusan (%) 4 31 52 13 100 Jadual 4.

32 . diikuti dengan murid mencapai peringkat lemah seramai enam orang (29%) murid.3. Kesilapan penambahan dan gangguan pula masing-masing menunjukkan peratusan 13% dan 4%.penggantian 31%. Hanya seramai tiga orang murid (15%) sahaja mencapai peringkat baik.2 Analisis kesalahan sebutan Dalam masalah sebutan terdapat lima item yang diperhatikan ialah: a) Meninggalkan sebutan awal atau akhir perkataan b) Meninggalkan suku kata c) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok d) Pertuturan tidak jelas apabila cuba bertutur dalam ayat panjang e) Keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara JADUAL 4. 4.4 Analisis purata kesalahan sebutan Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 11 6 20 Peratusan (%) 15 52 29 100 Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal mencapai peringkat sederhana bagi senarai semak item kesalahan sebutan dengan 11 orang (52%) murid.

5.Setiap soalan senarai semak bagi item kesalahan sebutan dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4. JADUAL 4.5 Analisis soalan kesalahan sebutan Soalan 1(a) 1(b) 1(c) 1(d) 1(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 7 11 2 20 6 11 3 20 4 13 3 20 2 8 10 20 9 11 20 Peratusan (%) 35 55 10 100 30 55 15 100 20 65 15 100 10 40 50 100 45 55 100 33 .

Analisis soalan bagi item kesalahan sebutan menunjukkan soalan 1(a) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai tujuh orang (35%) murid dan sederhana seramai 11 orang (55%) murid. Oleh itu lima item yang diuji dan dibuat analisis ialah: a) Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat tanya seperti mana. 4. Tiada murid yang mencapai peringkat baik dalam menjawab soalan 1(e). bila dan apa b) Boleh mengikut dan memberikan arahan tanpa bantuan c) Boleh bercerita tentang aktiviti harian dengan ringkas d) Boleh menjawab soalan dalam pelbagai pola ayat mudah e) Menggunakan intonasi dan nada suara yang sesuai ketika bertutur 34 .3. Soalan 1(e) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 11 orang (55%) murid dan sederhana seramai 9 orang (45%) murid.3 Analisis kemahiran komunikasi Kemahiran komunikasi adalah perlu untuk memastikan keupayaan bertutur dan berbahasa.

JADUAL 4.7. Hanya seramai tiga orang murid (13%) sahaja mencapai peringkat baik.7 Analisis soalan kemahiran komunikasi 35 . diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam orang (29%) murid. Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.JADUAL 4.6 Analisis purata kemahiran komunikasi Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 6 11 20 Peratusan (%) 13 29 58 100 Berdasakan jadual di atas didapati bahawa secara purata murid terencat akal mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran komunikasi dengan 11 orang (58%) murid.

4 Analisis kemahiran sosial Kemahiran sosial dikaji dari segi penglibatan dan keupayaan murid terencat akal dalam aktiviti yang dilaksanakan. Lima item yang diperhatikan ialah: a) Boleh bercerita berdasarkan gambar bersiri 36 . Seorang sahaja murid (5%) mencapai peringkat baik dalam soalan 2(e).3.Soalan 2(a) 2(b) 2(c) 2(d) 2(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 3 7 10 20 5 8 7 20 2 6 12 20 2 9 9 20 1 9 10 20 Peratusan (%) 15 35 50 100 25 40 35 100 10 30 60 100 10 45 45 100 5 45 50 100 Analisis soalan bagi item kemahiran komunikasi menunjukkan soalan 2(b) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan sederhana seramai lapan orang (40%) murid. 4. Soalan 2(e) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 10 orang (50%) murid dan sederhana seramai 9 orang (45%) murid.

b) Boleh melibatkan diri dalam permainan seperti bunyi. rentak dan perkataan c) Boleh mengikut peraturan permainan d) Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual di televisyen e) Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad JADUAL 4. Hanya seramai empat orang murid (19%) sahaja mencapai peringkat baik. 37 .8 di atas menyatakan bahawa secara purata murid terencat akal didapati mencapai peringkat lemah bagi senarai semak item kemahiran sosial dengan lapan orang (46%) murid.8 Analisis purata kemahiran sosial Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 4 7 8 20 Peratusan (%) 19 35 46 100 Jadual 4. diikuti dengan murid mencapai peringkat sederhana seramai enam orang (35%) murid.

Setiap soalan senarai semak bagi item kemahiran komunikasi dikaji dan dianalisis dengan kekerapan dan peratusan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.9 JADUAL 4.9 Analisis soalan kemahiran sosial Soalan 3(a) 3(b) 3(c) 3(d) 3(e) Peringkat Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Baik Sederhana Lemah Jumlah Kekerapan 2 5 13 20 4 8 8 20 5 5 10 20 5 9 6 20 3 8 9 20 Peratusan (%) 10 25 65 100 20 40 40 100 25 25 50 100 25 45 30 100 15 40 45 100 Analisis soalan bagi item kemahiran sosial menunjukkan soalan 3(d) mencapai peringkat baik paling tinggi dengan seramai lima orang (25%) murid dan sederhana 38 .

Soalan 3(a) pula mencapai peringkat paling lemah yang terbanyak dengan seramai 13 orang (65%) murid dan sederhana seramai lima orang (25%) murid.seramai sembilan orang (45%) murid. Hanya dua orang murid (10%) mencapai peringkat baik dalam soalan 3(a). pengkaji-pengkaji lain dapat menambahkan maklumat yang berguna untuk membantu kanak-kanak terencat akal mengatasi masalah pertuturan yang dihadapi oleh meraka melalui perlaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.4 Rumusan Dapatan kajian ini adalah hasil dapatan berdasarkan jawapan ujian fonetik dan jawapan ujian soal selidik daripada responden. 4.1 untuk senarai semak. Dapatan kajian dipersembahkan dengan jadual kerana mudah untuk difahami dan dirujuk dalam menjalankan kajian ini. Diharapkan melalui dapatan kajian ini. 39 . Dapatan kajian diproses menggunakan sistem fonetik bunyi dan abjad fonetik antarabangsa (IPA) bagi ujian fonetik dan skala Likert 3 seperti dalam Jadual 3.

1 Pengenalan Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu rumusan dapatan kajian. Instumen ujian fonetik menguji masalah artikulasi responden. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah kajian. Menurut ASHA (1999). Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah sebutan dalam kemahiran bertutur murid terencat akal di sekolah.BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5. Setelah instrumeninstrumen kajian dibuat. kesimpulan berdasarkan objektif kajian dibuat untuk memperluaskan bidang kajian. terdapat kira-kira 99% daripada kes kanak-kanak mengalami masalah artikulasi adalah disebabkan oleh masalah kefungsian. implikasi kajian dan cadangan dan kesimpulan kajian. 5.2 Rumusan Dapatan Kajian Hasil daripada instrumen-instrumen kajian yang telah diuji. Hasil daripada rumusan dan perbincangan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak40 . beberapa kesimpulan mengenai kesuluruhan kajian dibuat berdasarkan dapatan objektif kajian yang dibuat. perbincangan kajian. masalah sebutan dan pertuturan yang diuji telah dikenal pasti.

Masalah ini mungkin berpunca daripada 41 . Hasil daripada instrumen ujian fonetik dan senarai semak item masalah sebutan. Masalah ini dapat dikesan apabila pemerhatian dibuat ketika aktiviti bercerita dan permainan dilakukan. banyak suku kata yang mempunyai bunyi diftong seperti /oi/. Selain itu. Kanak-kanak terencat akal yang diuji juga menunjukkan kelemahan yang ketara dalam item kemahiran komunikasi di mana 59% murid mencapai peringkat lemah. Dapatan kajian menunjukkan responden mencapai peringkat lemah dalam ketigatiga item yang diuji ialah 29%. /ai/ dan bunyi vokal seperti /saat/ gagal dibunyikan dengan tepat. Perkataan-perkataan yang sukar dalam item instrumen menunjukkan kekerapan kesilapan artikulasi ini berlaku dan secara keseluruhan kanak-kanak terencat akal gagal untuk menyebut suku kata perkataan dengan tepat. Melalui dapatan kajian ini juga. Masalah ini juga dikenal pasti ketika menjalankan item kemahiran komunikasi terhadap responden.kanak terencat akal cenderung untuk melakukan kesilapan artikulasi jenis penggantian dan penyingkiran iaitu 31% dan 52%. Kesalahan laras bahasa ini amat ketara dalam item kemahiran komunikasi dan item kemahiran sosial. kajian juga menunjukkan kanak-kanak terencat akal yang diuji mempunyai masalah penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam situasi yang berbeza. kanak-kanak terencat akal yang diuji menunjukkan kelemahan dalam aspek sebutan. Hasil dapatan kajian melalui instrumen senarai semak pula mendapati hampir ke semua responden mencapai peringkat lemah dalam ketiga-tiga item pertuturan yang diuji. 59% dan 48%.

kurangnya interaksi sosial kanak-kanak terencat akal dengan persekitaran dan menyebabkan mereka tidak memahami penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam petuturan seharian mereka. keadaan pengalaman murid yang tidak memberikan rangsangan untuk menguasai sesuatu bahasa sejak kecil lagi boleh menjejaskan perkembangan pertuturan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat masalah ketara dalam masalah sebutan dan pertuturan adalah dari kalangan responden bukan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Reed (1996) menyatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak meningkat berdasarkan kematanagan usianya. 5. oleh itu didapati kebanyakan murid yang lebih dewasa mempunyai perkembangan bahasa yang lebih baik berbanding murid yang lebih muda. 42 . Usia yang berbeza sewaktu memperolehi bahasa mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal. Melalui dapatan kajian ini.3 Perbincangan Dapatan Kajian Perbincangan kajian ini dibuat berdasarkan objektif kajian iaitu punca-punca masalah sebutan dan bentuk masalah sebutan dan pertuturan yang dihadapi. Di sekolah pendidikan khas misalnya. faktor usia kanak-kanak terencat akal ini mempengaruhi perkembangan bahasa mereka.2. kanak-kanak terencat akal tidak dibezakan mengikut umur. menurut Brown (1973).

Hallahan dan Kauffman (2003) menerangkan bahawa kecacatan dalam gaya pertuturan adalah amat berkaitan dengan masalah artikulasi. Dapatan daripada kajian ini juga mengenal pasti bentuk masalah pertuturan yang dihadapi kanak-kanak terencat akal adalah lebih kepada masalah artikulasi.Bagi pertuturan yang sukar untuk difahami. Hallahan dan Kauffman (2003) juga menyatakan kanak-kanak yang mengalami kerosakan mental sering memberi gambaran bahasa yang konkrit dan tidak berupaya memberikan gambaran bahasa secara abstrak.4 Implikasi Kajian dan Cadangan 43 . Antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kanak-kanak terencat akal mungkin mempunyai masalah dalam penyusunan huruf-huruf dan bunyi konsonan dalam fonologi (Bleile dan Moran. Kermin (1989) menyatakan kanakkanak tersebut mungkin mempunyai masalah artikulasi dan pertuturan. 5. 1986). masih terdapat murid yang mempunyai pertuturan yang sukar untuk difahami. Instrumen ujian fonetik yang dijalankan menunjukkan dua dari empat kesilapan artikulasi amat ketara apabila diuji kepada kanak-kanak terencat akal. Berdasarkan pemerhatian kajian.

iv. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui isi pengajaran yang lebih bermakna.1 Pengajaran Penguasaan Kemahiran (‘Mastery Learning’) 44 . Sehubungan itu beberapa cadangan yang sesuai boleh dilaksanakan untuk membantu secara am kanak-kanak terencat akal mengenai masalah pertuturan dan maslaah sebutan secara khususnya. Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998) mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menimbangkan perkara-perkara berikut: i.Bedasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan. beberapa masalah yang berkaitan dengan masalah sebutan dalam kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal telah dikenal pasti. 5. berkesan dan seronok kepada murid. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya murid tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu memenuhi keperluan murid. iii. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau individu. ii.4.

Teknik bercerita. Seperti aktiviti pemerhatian senarai semak. iaitu bercerita. konsep-konsep dan fakta-fakta. 5. Olson dan Platt (1992) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan kemahiran amat berguna untuk mengajar kemahiran asas. guru memberikan latihan berulang kali kepada murid supaya murid benar-benar menguasai kemahiran ii.4.Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah ini dilaksanakan mengikut langkah-langkah kecil dalam pengajaran daripada mudah ke sukar. Antara teknik yang berkesan ialah: i.2 Pembelajaran Koperatif 45 . guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang berkesan membantu kemahiran bertutur murid. bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata murid teutamanya dalam masalah sebutan Menurut Blair (1988). kebolehan kanak-kanak menceritakan sesuatu yang didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Teknik latih tubi.

Teknik pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang melibatkan sekumpulan murid yang bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah atau melengkapan satu-satu tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang sama atau kumpulan (Azhar Wahid. v. iv. 2007). ii. Prinsip-prinsip utama pembelajaran koperatif ialah: i. kebolehan dan keupayaan. Ia amat sesuai bagi murid-murid yang mepunyai pelbagai latar budaya atau kaum. Ini akan mewujudkan satu situasi berkongsi idea 46 . iii. Fokus utama pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah kemahiran bertutur ialah melibatkan murid secara bersama-sama dengan guru yang bertindak sebagai fasilitator berusaha mencapai kejayaan yang dikehendaki. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif Saling menggunakan interaksi bersemuka Akuantabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri Kemahiran koperatif Pemprosesan maklumat secara berkumpulan Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam satu kumpulan tugasan.

iii. guru boleh membantu murid menggunakan pengalaman mereka untuk memahami pengajaran guru. Lakonan sesuatu aksi tertentu seperti cerita menggunakan ‘puppet’. Borish (2000).dan penerimaan pandangan secara bersemuka di kalangan mereka. gender. pengajaran adaptif sesuai untuk mengajar murid yang mempunyai latar belakang budaya.3 Pengajaran Adaptif Dalam proses pengajaran. Murid secara bergilir-gilir melakukan aktivti yang ditetapkan oleh guru ii. Melakukan simulasi aktivti harian secara berkumpulan contohnya melakonkan aktiviti penggunaan telefon. perbezaan individu harus diberi perhatian kerana pertamanya. Teknik nyanyian secara berkumpulan iaitu guru menyediakan seni kata lagu dan meminta murid secara bersama-sama menyanyi dengan baik. kekuatan dan kelemahan murid secara individu. Dialog lakonan disediakan oleh guru dan murid secara berpasangan melakonan gaya yang sesuai dengan dialog yang betul.4. sebenarnya guru dapat menyelami masalah. dengan mengiktiraf perbezaan setiap murid. dengan memahami perbezaan latar belakang murid sendiri. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid terencat akal ialah: i. status sosio-ekonomi yang 47 . 5. bahasa. Kedua. Menurut D.

Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah remedial atau pemulihan terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Sebagai contoh. prasyarat yang penting ialah guru perlu mengetahui dan memahami tahap kebolehan murid dengan pihilan-pilihan instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan mereka. kemahiran. 5. Pendekatan ini menyediakan murid dengan pengetahuan. Antara pendekatan pengajaran adaptif yang sesuai digunakan dalam mengatasi masalah pertuturan murid terencat akal ialah pendekatan Remedial (Remedial Approach).berbeza. atau tingkah laku paling asas yang memberikan faedah kepada murid yang mempunyai masalah pertuturan yang ketara. guru boleh meletakkan murid yang tidak mempunyai masalah pertuturan dalam satu kumpulan dengan murid yang mempunyai kelemahan dalam pertuturan.5 RUMUSAN 48 . Guru juga boleh mengajar kemahiran mendengar kepada murid-murid yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu sebelum menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua murid. Oleh itu dalam pengajaran adaptif ini. Pendekatan adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua murid. tanpa mengambil kira perbezaan individu.

Ibu bapa seharusnya selalu bertanya kepada guru apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan apakah kaedah-kaedah yang boleh membantu anak-anak mereka dalam pertuturan yang boleh mereka laksanakan sendiri di rumah.Walaupun dapatan-dapatan kajian ini banyak disokong oleh kajian yang bukan memfokuskan kanak-kanak terencat akal. ibu bapa juga merupakan orang yang paling penting bagi memastikan pengajaran pertuturan dapat dilaksanakan dengan jayanya. RUJUKAN 49 . dan ketiga. guru dan individu yang terlibat perlu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan bebas. Hal ini berlaku kerana pengajaran pertuturan akan lebih efektif jika adanya kesinambungan antara di sekolah dan juga di rumah. guru perlu menyediakan persekitaran yang menggalakkan murid untuk bertututur. Guru-guru pendidikan khas perlu menjana minda secara kreatif dan inovatif untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih sesuai dalam menagani masalah ini. Selain daripada guru-guru. Tiga langkah yang boleh dilaksanakan guru untuk meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah pertama. Kedua. namun hasil dapatan ini boleh diadaptasi dan diaplikasikan untuk membantu murid terencat akal yang menghadapi masalah sebutan dan pertuturan dalam memaksimakan pembelajaran mereka. aktivitiaktiviti yang menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran bertutur perlu digunakan agar murid sentiasa sedia dan lebih selesa.

50 . Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu: Pelaksanaan dan Penilaian.effectivespeech. 639-680. Ahmad Tahir. Abdullah Yusoff. 1987. Pengajaran Bahasa Melalui Kaedah Bercerita.Abd. 1995. Fikiran. 1976. Persekitaran dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Effective Speech to The Deaf. http//www. Effective Speech to the Deaf. Rahman Hamdan. Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School. Pengajaran Pertuturan kanak-kanak bermasalah Pendengaran.1986. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.com Watson et al. 2004.com. 32(6): 36-48. Latihan Ilmiah. 1999. 1988. Jurnal Dewan Bahasa. London: David Fulton Publisher Yasin Abdul Majid. http//www. 1996. Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Soroton dari Perspektif Linguistik.efectivespeech. Jurnal Dewan Bahasa. Jurnal Dewan Bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 39(7): 543 -552 Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. Pushaw. 35(6): 543-551 Fey dan Littlewood.

(2006) .N. Kuala Lumpur Open Univesity Malaysia. (20003). Kaedah Kajian dalam Pendidikan. J.P.M. Freeman and Company.H.S.2000. & Pinson. W. (4nd ed).D (2004). R. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.P & Kauffman.Denes. E. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). D. DBP Heward. Teaching Student With Special Needs In Inclusive Setting. The speech chain.). 1993. 2006. Pendidikan Khas dan Pemulihan – Bacaan Asas. New York. A. E. Abdul Razak Habib. A. Boston: Allyn and Bacon. Kuala Lumpur. Hallahan. United State of America. Indirawati Zahid. Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas. W L (1996) Exceptional Children – An Introduction to Special Education (5th Ed. Fonetik dan fonologi. Tome. Exceptional children: Introduction to special education. Prentice Hall 51 .P.B. Edward. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Khas Malaysia. P. New Jersey. Carol.C. James.

. M. Needs and Advocacy. Wehmann. American Journal of Mental Retadation. Boston. (1990)..M. Allyn and Bacon Inc.Sellin.. D F (1979) Mental Retardation – Nature. & Abbeduto. Oliver. Baltimore: Paul H. London: Macmillan. J. Understanding disability: From theory to practice. J. The relation of communication and language development to mental retardation.F. Wood. (1988). Moon. Brookes. 125130.. & Barcus. 52 . M. (1992). W. Everson. Transition from school to work: New challenges for youth with severe disabilities. P. 97(2). Warren. M.. S. L. S.

LAMPIRAN A 53 .

........ ) BAHAGIAN B: ARAHAN : Sila tandakan (√) pada kotak yang disediakan bagi setiap peringkat yang dilcapai oleh murid dengan menggunakan petunjuk-petunjuk berikut: 1 – LEMAH 2 – SEDERHANA 3 – BAIK Skala 3 Peringkat Baik Ciri-ciri v.PEMERHATIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR MURID TERENCAT AKAL BAHAGIAN A: Latar Belakang Murid Maklumat Murid Nama Murid : ______________________ Kelas : ____________ Tarikh lahir : __________________ Umur : _______________ Jantina :Lelaki Perempuan Bangsa:Melayu Cina India Lain-lain ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ( Nyatakan :..... Sebut suku kata atau perkataan dengan jelas 54 .....................

2 Sederhana v. viii. vii. tepat. 1 Lemah v. (a) (b) Pemerhatian Kesalahan Sebutan Pemerhatian Meninggalkan sebutan awalan dan akhiran perkataan Meninggalkan suku kata 55 1 2 3 . Sebut perkataan dengan intonasi yang betul Pertuturan kemas. Bil.vi. vii. vii. kelemahan dalam diskriminasi bunyi pertuturan Tidak berupaya perkataan dan ayat Pertuturan tak lancar dan kurang difahami Berkomunikasi dengan menggunakan tangan dan menggunakan kepala sahaja Tidak berupaya mendiskriminasikan bunyi 1. mudah difahami Kelancaran atau kelantangan dalam pertuturan Boleh sebut tetapi tidak jelas Pertuturan kurang lancer atau tersekatsekat Pertuturan Terdapat difahami sedikit tetapi intonasi sebut suku terdapat dalam kata. viii. viii. vi. vi.

Bil. rentak dan perkataan dengan suka rela Boleh mengikut peraturan permainan Boleh mengikut jalan cerita berdasarkan visual di televisyen Boleh berjenaka walaupun percakapan terhad 56 1 2 3 (c) (d) (e) . (a) (b) Pemerhatian Kemahiran Sosial Pemerhatian Boleh berinteraksi dengan rakan di dalam kelas Melibatkan diri dalam permainan yang menggunakan bunyi. Bil. (a) (b) (c) (d) (e) Pemerhatian Kemahiran Komunikasi Pemerhatian Boleh memahami perkataan kunci dalam ayat tanya Boleh mengikut dan memberi arahan tanpa bantuan Boleh bercerita tentang aktiviti harian diri sendiri Boleh menjawab soalan dengan pelbagai pola ayat yang mudah Menggunakan intonasi dan nada suara yang sesuai ketika bertutur 1 2 3 3.(c) (d) (e) Pertuturan tidak jelas apabila terlalu seronok Pertuturan tidak jelas ketika bertutur dalam ayat yang panjang Keliru dengan konsonan yang bersuara dan yang tidak bersuara 2.

Cacatan :_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ___________________________________ LAMPIRAN B 57 .

58 .