You are on page 1of 7

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2004

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Pada bicara kita tiada akan alah Melaka, jikalau ada lagi Bendahara Seri Maharaja. Berapa pun besar angkatan menyerang Melaka, tiada akan alah. (muka surat 152-153) a) Siapakah penutur dan kepada siapakah kata -kata itu dituturkan serta di manakah tempatnya ? b) Mengapakah penutur mengeluarkan kata -kata sedemikian? c) Berikan gambaran tentang keberanian orang -orang Melaka menentang bangsa penutur itu? d) Jelaskan reaksi orang yang ditujukan kata -kata di atas. (20 markah) 2. Terdapat dua watak jahat dalam Hikayat Bakhtiar . Kejahatan mereka didorong oleh perasaan dengki tetapi menghadapi penyelesaian yang berlainan. Berikan pendapat kamu berdasarkan petikan tersebut serta nyatakan sebab musabab hal itu terjadi. (20 markah) 3. Perincikan perbezaan antara Pantun dan Syair? Terangkan peranan keduaduanya dalam kehidupan masyarakat Melayu. (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Bismillah, bukan menapakkan tangan dangankusanak, aku yang bertapak, kata Awang Kamaruddin dalam hati. Maka tangan Tuan Pema gat Bongsu Baginda Indera Sakti pun terus ditapakkannya ke ubun -ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Tatakala hampir pada ubun -ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa cepat cepatlah dilapisnya dengan hujung jari manisnya. Maka hujung jari manisnya yang datang ke ubun-ubun Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa, bukannya tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti .

Iya dangsanak, kutapak sudah , katanya. Maka didudukannya Taun Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ambit kiri Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Ia sendiri duduk ambit kanan Tuan P uter Bongsu Kumala Jawa. Dangansanak, kau mendudukkan ini salah , kata Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. (muka surat 51) a) Bila dan di manakah peristiwa di atas berlaku ? b) Apakah muslihat Awang Kamaruddin melapis tangan Tuan Pemangat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan jari manisnya ketika dia menapakkan tangan pengantin lelaki itu ke ubun -ubun pengantin perempuan. c) Ceritakan persediaan Awang Kamaruddin sebelum turun ke tanah untuk menyahut cabaran Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakt i? d) Nyatakan dengan ringkas tiga tempat perkelahian antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan bagaimana perkelahian itu berakhir ? (20 markah) 5. Hikayat Awang Kamaruddin menceritakan beberapa penggembaraan watak utamanya iaitu Awang Kamaruddin untuk menyelesaikan masalah peribadinya. Certiakan dengan jelas peristiwa pengembaraan Awang Kamaruddin mencari Dang Siti Noralam yang lari merajuk sehingga Dang Siti Noralam dapat dibawa balik ke Sinarubai. (20 markah) 6. Ceritakan dengan ringkas mengenai watak -watak di bawah ini : a) Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa . b) Tuan Puteri Si Raksasa . c) Dang Kumala (adik Awang Kamaruddin) . (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Aku juga dukacita tapi apa boleh buat kalau ini sudah takdir hidupku. Memang kanser ovari sukar dikesan di peringkat awal dan bila kedapatan selalunya sudah merebak. Jadi apa yang akan kaulakukan sekarang

(muka surat 142) a) Nyatakan nama dua watak yang menuturkan dialog di atas. Apakah hubungan mereka? b) Siapakah yang mengesan penyakit aku dan bagaimanakah keadaan penyakit itu pada ketika itu? c) Apakah tindakan aku lakukan selepas itu? d) Selepas bercakap tentang kanser ovari, apakah pula topik perbincangan mereka? (20 markah) 8. Fatimah dianggap tunjang kehidupan keluarganya yang penuh kasih sayang . Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan peranan watak Fatimah dalam novel Pengabdian (20 markah) 9. Pandangan kehidupan tiga genarasi yang diwakili oleh Marof dan Peter, Dr Siti Nur dan Faisal serta Zul, Marina dan Hannah, yang dipaparkan dalam novel ini berbeza-beza. Setiap generasi mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi kehidupan masing -masing. Huraikan dengan ringkas tetapi dengan jelas cara generasi tua iaitu Marof dan Peter membina kehidupan mereka masing-masing. (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan -soalan yang berikutnya. Aku ini perempuan kak, takkan perigi mencari timba. Itu memang benar, tetapi setahuku sudah tiga orang pemuda yang kautolak , balasnya. Itu dulu kak, masa itu Nora belum mahu kahwin lagi , kataku sengaja untuk membalas kata kakakku. Itulah kau, pemilih sangat. Kita ini perempuan, lain dari lelaki. Kalau lelaki lambat kahwin pun tidak ap a, tapi kalau perempuan lebih umur sedikit macam macam pula tafsiran orang. (muka surat 67)

a) Jelaskan daripada cerpen manakah petikan di atas dipetik dan siapakah pengarangnya ? b) Di dalam petikan tercatat tiga pemuda yang ditolak lamaran mereka o leh Nora. Nyatakan nama pemuda-pemuda berkenaan dan berikan sebabnya. c) Gambarkan ciri-ciri suami yang menjadi pilihan Nora . d) Nora menyesali perkahwinan pertamanya jelaskan. (20 markah) 11. Berdasarkan cerpen Meniti Waktu karya H.M.Hameibas, terangkan empat unsur gaya bahasa yang digunakan pengarang dan berikan contoh -contohnya. (20 markah) 12. Cerpen Salam karya Hj.Abdullah Hj.Tahir dan Cerpen Buat Saja karya Chong Ah Fok memaparkan kompleks jiwa watak -watak utamanya. Huraikan. (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Mana Orang Kita? Orang kita: Terlalu malu kerana pemalu Tiada peraga diri demi harga diri Tidak boleh sentuh -sentuhan Tidak boleh tonjol-tonjolan. Orang asing: Perilaku yang melulu Peraga diri mengulum senyum Rembut mengintai di sebalik tudung Melayan mesra menusuk kalbu Bikin pak tua giling kepala Mak tua memburu rasa. Orang kita: Patuh orang tua Hormat ketua Sosial amalan bangsa

Bangsa terhormat Nilai murni budaya bangsa. Orang asing: Mereka bilang boleh saja Usuk-mengusik alpa segalanya Mungkin betul Budaya tak sama Kebiasaan yang terbiasa Biasa jadi boleh. Mana orang kita? Zuriat Puteri Gunung Ledang Rebutan pemuda terbilang Kini pupus dan ketandusan Bikin orang asing tawa ghairah Terbang di awan biru Monopoli segalanya. Adi Dharma Kuala Lumpur Julai 1996

(muka surat 17-18)

a) Apakah perbezaan antara Orang kita dengan Orang Asing gambaran penyair dalam sajak di atas? b) Jelaskan perutusan yang ingin disampaikan penyair kepada pembacanya . c) Huraikan nada dan perasaan terdapat dalam sajak di atas. (20 markah) 14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Di Dunia Sendiri Di dunia sendiri Aku ingin bertenang Melihat ruang Menembus alam Di sana ada laut ketenangan. Di dunia sendiri Aku ingin melihat wajah Bagai bunga di pagi Bagai laut tenang Bagai dunia damai Bagai senyum seorang bayi

Di dunia sendiri Aku ingin bernafas rindu Pada seni Pada puisi indah Pada suara biola di malam sepi Pada sepoi bayu di daunan. Di dunia sendiri Aku ingin melihat wajah Sebuah danau Tanpa bayu Tanpa riak Hanya wajah bulan Tersepit di biduk danau. Di dunia sendiri Kuingin dengar Nyayian burung Dan bisik embun Mencumbu bumi. Yusuf M.D (muka surat 89)

a) Berikan maksud keseluruhan sajak di atas . b) Jelaskan dua unsur keindahan bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. c) Berdasarkan sajak di atas, huraikan maksud rangkai kata berikut : i. Menembus alam (1:4) ii. Bunga di pagi (2:3) iii. Bernafas rindu (3:2) iv. Tersepit di biduk danau (4:7) (20 markah) 15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Bergelimpangan Bila senja menyapa Ramailah mereka yang duduk-duduk Berbaring di kerusi simen Bergelimpangan di kaki lima Kompleks membeli belah Tanpa ragu malu Manusia yang lalu lalang Tiada di mata hatinya Mereka kaku kelelahan Siang tadi mencari sesuap rezeki

Saban hari yang gersang Sang surian kian benderang Manusia, kenderaan lalu -lalang Tiada hiraukannya Mereka masih dengkur selesa Beralaskan kertas suratkhabar cuma Betis yang telanjang, melidi Sehelai sepinggang yang sudah usang Perutnya kempis Kutang bajungnya entah di mana Persisi bangkai bernya wa Kesangsian menerpa fikiran Apakah mereka Sebatang kara cuma Di lembah marhaenisme Ataukah mereka Sengaja menconteng arang Di wajah lembahnya.

Firdaus H.N Pulau Pinang 3 Jun 1988

(muka surat 39)

a) Apakah yang dimaksudkan penyair dengan Bergelimpangan itu? b) Prosakan keseluruhan sajak yang tersebut di atas . (20 markah)