You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2006

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Budak ini, tuan, ia sudah lari, sekarang delapan hai baharu dapat, orang bawa dari kendu nama tempat itu, sehari perjalanana dari sini jauhnya. Ibu bapanya bayar seringgit kepada orang itu. Maka sebab itulah sahaya hukum begitu. Dan lagi ini satu budak, ia lari, dua hari sudah ia panjat pokok dalam hutan. Inilah saya hukumkan. Dan lagi ini satu budak, segala, yang sudah dibacakannya, habis dilupakannya. Maka itulah sahaya suruhkan membaca. (muka surat 221) a) Di manakah kata-kata itu dituturkan dan siapakah penuturnya serta kepada siapakah kata-kata itu dituturkan? b) Berapa orangkah budak yang kena hukum itu? Nyatakan hukuman yang mereka terima. c) Apakah tanggapan/reaksi orang yang dilawan bercakap dalam konteks di atas terhadap hukuman yang dibuat penutur? d) Daripada cerita seterusnya, jelaskan mengapakah bahasa Melayu tidak diajarkan di tempat itu? (20 markah) 2. Mereka berjalan masuk ke hutan, Dengan hati yang kesakitan, Sebab Liku punya buatan, Jadi hilang fikir ingatan. Ia pun lari hendak mengembara, Hidup di negeri rasa sengsara, Tiadalah hendak kembali segera, Hendak melakukan takdir Betara.

(muka surat 188)

a) Jelaskan maksud puisi di atas. b) Huraikan dengan jelas peristiwa yang digambarkan oleh baris -baris berikut dalam puisi di atas: i. ii. Sebab Liku punya buatan. Hidup di negeri rasa sengara. (20 markah)

3. Huraikan watak-watak berikut: i. ii. iii. Lebai Malang Sang Rajuna Tapa Pateh Kerma Wijaya [Lebai Malang] [Sejarah Melayu] [Hikayat Hang Tuah] (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Bismillah aku membongkas, bukanku membongkas apa, aku membongkas ajung awangku; awangku akan ke tanah subarang bermain perang . (muka surat 29) a) Siapakah penutur kata-kata di atas dan di manakah tempatnya? b) Perihalkan keadaan ajungku itu. c) Bagaimanakah ajungku itu membawa awangku ke tanah subarang? d) Apakah yang dimaksudkan penutur dengan kata awangku akan ke tanah subarang bermain perang itu ? (20 markah) 5. Plot dalam Hikayat Awang Kamaruddin dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian menceritakan tentang perkahwinan. Jelaskan struktur plot bahagian tengah yang menceritakan tentang perkahwinan Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jaw a. (20 markah) 6. Hikayat Awang Kamaruddin memaparkan banyak watak termasuk Awang Kamaruddin. Menurut pandangan kamu, sesuaikah Awang Kamaruddin menjadi watak utama protagonis dalam hikayat tersebut? Berikan alasan -alasan yang sesuai daripada hikayat berkenaan sebagai menyokong pendapat kamu itu. (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Zul tu bukan budak lagi, Mah. Umur dua puluh lima tahun itu sudah patut tahu mengendalikan hidupnya sendiri. Tidak perlu ditunjuk ajar lagi.

Tapi anak awak yang seorang ni lain, bapanya. Bukan pandai berfikir sendiri. Kalau tak silap sama macam perangai awak masa muda -muda dulu. (muka surat 88-89) a) Siapakah Mah dan bapanya dan apakah hubungan mereka berdua dengan Zul? b) Bila dan dimanakah kata-kata itu dituturkan? c) Apakah perkara yang menjadi punca konteks itu dituturkan ? d) Nyatakan dua perkara yang sama dengan Zul yang dilakukan oleh bapanya semasa muda dulu (20 markah) 8. Novel Pengabdian berlatarkan berbagai -bagai tempat. Nyatakan tiga peristiwa penting yang berlaku di dalam Hospital RIPAS dan satu peristiwa yang berlaku di Hospital Kuala Belait . (20 markah) 9. Buat satu bandingan tentang watak Dr.Siti Nur dengan Zul dan berikan pendapat kamu sejauh manakah perbezaan tersebut mencetuskan masalah dalam keluarga mereka. (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Kerana itulah aku datang ke rumah Pak Lasim ini. Pak Lasim sajalah yang menjadi harapan kami untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Kami akan datang lagi petang esok dan kami harap Pak Lasim akan memberi kerjasama kerana ini menjadi kepentingan kita bersama juga. (muka surat 106) a) b) c) d) Siapakah aku dalam konteks di atas dan di manakah konteks ini dituturkan? Siapakah Pak Lasim? Apakah yang dimaksudkan penutur dengan kata -kata kerana itulah...? Bagaimanakah Pak Lasim membantu mereka menyelesaikan masalah yang mereka hadapi itu? (20 markah)

11. Jelaskan tema dan persoalan yang ingin disampaikan oleh Izaat melalui cerpennya Dari Awan Ke Awan. (20 markah) 12. Huraikan watak dan perwatakan berikut: a) Dollah b) Liau Tangah c) Leman [Gaji] [Titian] [Perlabuhan Senja] (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Di Stesen ini Di stesen ini Kereta api datang Dan kereta api pergi Maka ia bukan giliran kunaiki Di bangku tua Di stesen ini Ketika menanti kereta api datang Untuk kunaiki Aku tidak pernah luput Mengenang Hari semalam. Noorilham 1983

(muka surat 65)

a) Jelaskan bentuk sajak di atas. b) Apakah perutusan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam sajak di atas. c) Jelaskan asonansi dan aliterasi dengan memberikan contoh yang sesuai bagi membuktikan penulis sajak di atas menggunakan gaya penulisan tersebut. (20 markah)

14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pendaki Harapan Bagi kelmarin juga Hari in hadir lagi Menggores Wajah-wajah baru Mula melangkah Larinya kuat dan cepat Seperti yang kelmarin juga Belum tiba di kaki menara Nafasnya tercungap-cungap Ia menoleh ke belakang Di sana tangan-tangan mesra melambai Langkahnya mati Lemas bersama lambaian Bonda mengeluh lagi Jiwanya hampa Tiada seorang pun antaranya Berjaya menaiki tangga menar a itu Hatinya sayu Jiwanya lemah Darahnya dingin Pudarlah harapan bonda Dalam mimpi Wujudnya para wali Yang lahir dari rahim rimba Nafasnya dari keringat petani Membina syurga Untuk bangsanya di pendalaman Rohaidah Kinchai Tutong 11 September 1988

(muka surat 12)

a) Berikan maksud keseluruhan sajak di atas . b) Apakah amanat yang ingin disampaikan oleh penyair melalui sajak di atas? c) Apakah corak dan nada sajak di atas? (20 markah)

15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Cerita Dari Sungai Arus Airmu yang tertumpah melemaskan aku Padalah ikan-ikan adalah rezekiku Nipah Kusungkutkan celanaku yang basah Pada dahan tuamu Walau angin tak kelihatan Sentuhannya mengeringkan kudisku yang belum sembuh Perahu Mahu kukiramkan lelahku yang sarat muatan Padahal sering kupesankan terima kasih Sewaktu tergelincir dari gunung ombak Yang menghantar aku tinggi sebentar Tanjung Bentukku memaksa aku sentiasa terjaga Agar dapat kuamati perjalanan Tebing segalanya mengingatkan aku Pada hari Apabila kauciptakan keindahan panaroma senja Pangkalan Kau melamar aku jadi tamu Tiba-tiba aku tak jadi singgah Dyan Bebuloh 18 September 1989

(muka surat 7)

a) Prosakan rangkap ketiga hingga rangkap keenam dengan tidak mengubah maksudnya. b) Sajak ini menggunakan gaya penulisan perbandingan khasnya personifikasi. Apakah personifikasi dalam sajak? Nyatakan frasa-frasa yang mengandungi personfikasi dalam sajak di atas. (20 markah)