You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2007

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Maka disuruh buka oleh baginda, maka dilihatnya tatal bergulung seperti subang. Maka baginda pun tersenyum, tahu baginda akan ibarat kehendak Betara Majapahit itu. Maka titah baginda : Dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit, maka kita dikirimi subang. Maka sembah utusan itu: Bukan demikian kehendak paduka kakanda itu. Adakah orang yang pandai di bawah duli paduka sangulun yang demikian? (muka surat 138) a) Di manakah kata-kata itu dituturkan dan siapakah duli paduka sangulan itu? b) Apakah yang dikatakan tatal itu dan bagaimana benda itu dibuat? c) Apakah hasrat Betara Majapahit mengirimkan tatal itu kepada Raja Singapura dan bagaimanakah Raja Singapura membalasnya? d) Apakah reaksi Betara Majapahit terhadap balasan Raja Singapura itu dan apakah tindakan Betara Majapahit selanjutnya? (20 markah) 2. Terjadi satu perselisihan di antara Raja Iskandar Syah dengan Sang Rajuna Tapa sehingga membawa keruntuhan kerajaan Singapura dan kematian Sang Rajuna Tapa. Berdasarkan kenyataan tersebut jawab soalan -soalan berikut: a) Apakah punca perselisihan di antara mereka itu? b) Huraikan bagaimanakah kemusnahan kerajaan Singapura itu boleh terjadi dan mengapakah pula Sang Rajuna Tapa turut terlibat sehingga menyebabkan kematinnya? c) Nyatakan waadat antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun di Palembang itu dan apakah kaitan dengan peristiwa yang berlaku di Singapura pada ketika itu? (20 markah) 3. Huraikan watak dan peranan Nenek Kebayan dalam Hikayat Si Miskin. (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Iya dayangku, bungaku, dayangku adi seorang. Apa kiranya fikirmu dayangku? Aku ini menghasil akantahku penyuruh babuku dengan dayangku, orang di B ukit Surau, Dang Siti Noralam, anu ulungnya ke diaku lagi damit dahulu, kini besar sudah; akan kahwintahku ini dengan dayangku itu. (muka surat 73) a) Siapakah Aku dan babuku dalam pertikan di atas ? b) Siapakah pula dayangku itu dan apakah jawapannya terhadap kata -kata aku? c) Apakah yang berlaku selepas itu? d) Bagaimanakah Aku dapat berkahwin dengan Dang Siti Noralam itu? (20 markah) 5. Beberapa unsur kesaktian dipaparkan d alam Hikayat Awang Kamaruddin. Unsur kesaktian itu bukan hanya digunakan oleh satu watak malah digunakan juga oleh watak lain. Jelaskan dua unsur kesaktian itu dan caranya digunakan. (20 markah) 6. Huraikan dengan jelas watak-watak berikut: a) Dang Kasuma b) Dang Kumala c) Dang Siti Noralam d) Tuan Puteri Si Raksasa (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Jika benar, ya untuk apa ia begini. Untuk apa?!! Ia berkata dalam hatinya. Untuk apa?!!! Tiba-tiba suara itu terkeluar darinya. Khalid menumbuk tilam di ranjang dan menyembamkan mukanya ke bantal yang basah oleh keringatnya. Ia ternampak wajak Azmil, wajah Faridah dan Siti Nur di benaknya. Untuk apa, ayah? Azmil seolah-olah bertanya. Untuk apa bang? Faridah dengan suaranya lunah tetapi mengandungi kesediahan pula bersuara.

Untuk apa usu? bertanya.

Siti Nur dengan wajah yang seolah -olah mengejak pula

(muka surat 102) a) Siapakah Azmil, Faridah dan Siti Nur dan apakah hubungan mereka dengan Khalid? b) Huraikan punca-punca yang menyebabkan persoalan Untuk apa? itu dilafazkan. c) Apakah yang dilakukan oleh Khalid selepas petikan di atas? (20 markah) 8. Novel Pengabdian yang ditulis Norsiah Abd Gapar bukan sahaja menyampaikan perkara-perkara yang tersurat tetapi juga menyampaikan perkara -perkara yang tersirat. Nyatakan lima perkara tersirat yang dapat kamu kesan dalam novel tersebut dengan memberikan contoh yang bersesuaian daripada novel berkenaan. (20 markah) 9. Pandangan terhadap kehidupan dipaparkan dalam n ovel Pengabdian karya Norsiah Abd Gapar sebanyak tiga peringkat umur dengan cara mereka masing masing. Berdasarkan kenyataan di atas huraikan cara penghidupan peringkat umur pertengahan yang diwakili oleh Dr Siti Nur dan Samuel membina kehidupan mereka masing-masing. (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Ucapan dipacakkan di kawasan itu dan pembawanya mengangkat cangkul dan skop masing-masing. Air yang deras mengalir ke aliran yang baru itu dibuat itu mesti dialirkan semula ke tempat asalnya . Bagaimana nanti kita menghadapi tindakan dari mereka? Itu soal kedua, yang penting babang ini mesti kita robohkan. Soal lain kita serahkan kepada Ketua Timbul. (muka surat 109) a) Siapakah yang membina babang itu dan apakah kegunaannya ? b) Bila dan mengapakah babang itu dirobohkan ? c) Apakah akibat-akibat yang ditanggung oleh penutur semenjak pembinaan babang itu?

d) Jelaskan cerita selanjutnya mengenai babang itu . (20 markah) 11. Cerpen Meniti Waktu karya H.M. Hamiebas memaparkan aktiviti wataknya dalam pelbagai tempat dan masa. Berikan gambaran jelas tentang tempattempat tersebut dan aktiviti watak protagonisnya dan nyatakan waktunya. (20 markah) 12. Berdasarkan cerpen Bisa karya Lamat Jaafar huraikan perkara-perkara berikut: a) Watak dan perwatakan Kassim dan Udin. b) Dua unsur murni kemasyarakatan yang ingin disampaikan oleh penulis cerpen ini. (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Apa Yang Ada Apa yang ada padaku Hanya sebuah hati bisu Tiada erti Menyepi gelisah Antara kebenaran dan keruntuhan Apa yang ada di sini Manusia diburu nafsu Mempersenda harga diri Bagai lelongan barang murahan Apa yang ada dalam hidup ini Manusia diburu bayangnya sendiri Mencerna dosa dan maksiat Semaunya Apa yang ada Cuma kepalsuan

Salmi Mesra Tutong 11 Ogos 1982

(muka surat 83)

a) Berikan maksud keseluruhan sajak di atas. b) Jelaskan gaya bahasa yang digunakan oleh penyair dalam sajak di atas dan berikan contohnya. (20 markah) 14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pokok Kelapa Berdiri gagah Terjuntai mayang dan buah Engkau penghapus dahaga Para olahraga yang lelah Pokok kelapa yang subur Tumbuhmu tersusun bagai beratur Akarmu menggenggam tanah yang susur Daunmu melambai lembut Tumbuhmu di tanah desa yang subur Pokok kelapa, tenangmu Engkau tercegat di persisir pantai Para remaja Gembira bersiar Dalam suasana aman dan damai Pokok kelapa Hidup subur di bumi kami Dalam hawa panas iklim tropika Baktimu seutuh usia Terang dan nyata bukan legenda Bim Qassim Mei 1987

(muka surat 31)

a) Menurut penyair, pokok kelapa banyak menaburkan bakti. Huraikan. b) Jelaskan tema dan persoalan yang dikemukakan dalam sajak di atas . (20 markah)

15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Menolog Pada Diri Pernahkah kita menilai Beraoa harganya Setitik keringat ayah Atau setitik air susu ibu? Sebenarnya Kita golongan alpa Yang tidak pernah bertanya Kita duduk di mana? Kita sibuk dengan segala keindahan duniawi Yang mengaburkan pandangan Menutup pendengaran Sampai bila pun Segalanya tidak terjawab Kerana kita tidak peranah bertanya Kalaupun kita bertanya Kita tidak pernah menjawab Kerana kita tidak pernah mencari jawapan yang hakiki Rohaidah Kinchai Tutong

(muka surat 7)

a) Prosakan keseluruhan sajak di atas dengan tidak mengubah maskudnya . b) Jelaskan perutusan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam sajak di atas . (20 markah)