You are on page 1of 6

2023/01 - Kesusasteraan Melayu (Oktober/November 2009

)

Bahagian A Bunga Rampai Melayu Kuno

1. Adapun ibarat kehendak raja Singapura itu, jika kita datang ke sana, demikianlah kepala kita ditarahnya seperti kepala budak itu. (muka surat 139) a) Siapakah yang menuturkan kata -kata di atas dan ditujukan kepada siapa serta di mana peristiwa itu berlaku ? b) Nyatakan peristiwa yang berlaku sebelum kata -kata di atas dituturkan. c) Apakah peristiwa berlaku selepas kata -kata di atas dituturkan? d) Mengikut pendapat kami, mengapakah Majapahit tidak dapat mengalahkan Singapura? (20 markah) 2. Cerita jenaka berfungsi sebagai pengajaran dan kritikan sosial. Berikan pendapat kamu mengenai kenyataan itu. (20 markah) 3. Hikayat Hang Tuah itu merupakan sebuah epik Melayu. Bincangkan pernyataan tersebut dengan memberikan contoh -contoh untuk menyokong pendapat kamu itu. (20 markah)

Hikayat Awang Kamaruddin

4. Adui kamu dangkusanak! Mengapa kian kamu hinda periksaan? katanya. Bisai hantap lukisan di tanah ini. Siapa deh yang berbuat? Maka diselirik seliriknya lagi dilindap-lindapnya jua lukisan itu. Siapa deh berbuat lukisan ini? Mun setuntut macam jalamanya bisai juga gayanya yang berbuat. Dangsanak, jangantah hantap diperiksa akan. Hinda kuasa. Berhabar k itani karang, hujah kawannya yang dahulu itu. Yang benarnya deh dangsanak. Siapa deh yang berbuat lukisan ini? Mun setuntut macam jalamanya bisai juga gayanya yang berbuat.

Dui dangsanak! Hadangtah dikurapak akan. Hinda karang dangan sampai ke tamu mun miyani gaya, hujah lagi yang seorang. Au dangsanak, hadangtah! Hinda karang sampai balik ke rumah. (muka surat 2-3) a) Siapakah yang berkata dan ditujukan kepada siapa? b) Bilakah dan di mana peristiwa itu berlaku? c) Jelaskan peristiwa yang berlaku sebelum kata-kata ini dituturkan. d) Ceritakan dengan ringkas peristiwa yang berlaku selepas kata -kata di atas dituturkan. e) Mengapakah rakan -rakan penutur yang lain tidak menghiraukan lukisan itu? (20 markah) 5. Hikayat Awang Kamaruddin dianggap sebagai sastera lisan bagi Puak Melayu Kedayan. Bersetujukah kamu dengan pernyataan itu? Berikan pendapat kamu. (20 markah) 6. Plot Hikayat Awang Kamaruddin dikatakan berbeza dengan plot cerita -cerita dongeng biasa yang lain. Bertolak dar ipada pendapat itu, bincangkan plot dan jalan cerita hikayat ini. (20 markah)

Bahagian B Novel Pengabdian

7. Aku juga dukacita tapi apa boleh buat kalau ini sudah takdir hidupku. Memang kanser ovari sukar dikesan di peringkat awal dan bila kedapatan selalunya sudah merebak . Jadi apa yang akan kaulakukan sekarang? (muka surat 158) a) Siapakah yang menuturkan kata -kata itu dan ditujukan kepada siapa dan apa hubungan mereka? b) Siapakah yang mengesan penyakit aku dan bagaimana keadaan penyakitnya pada masa itu? c) Apakah tindakan yang aku lakukan selepas itu? d) Apakah peristiwa yang berlaku selepas itu?

(20 markah) 8. Dalam novel Pengabdian pengarang juga ingin menyampaikan mesej tersirat menerusi peristiwa-peristiwa yang tersurat. Bincangkan mesej tersirat dengan memberikan contohnya. (20 markah) 9. Huraikan watak dan perwatakan watak-watak berikut: a) Fatimah b) Usu Khalid c) Shukri (20 markah)

Antologi Cerpen Meniti Waktu

10. Apa Cikgu Nayan suruh pada kamu semalam? tanya Guru Besar. Er... Abdul tersentak mendengar pertanyaan itu. Betul seperti yang disangka Abdul yang menjadi punca ia dipanggil. Apakah itu satu kesalahan? Abdul menyoal diri. Eh! Mengapa diam? Terkejut lagi Abdul mendengar suara itu, lebih tinggindari suara Guru Besar. Berdosakah dia, bersalahkah dia? Mengapa ganjil sekali kelakukan Cikgu Lamat melihatnya, fikir Abdul. (muka surat 65) a) Ceritakan peristiwa yang berlaku sehingga guru besar mengatakan Cikgu Nayan suruh pada kamu sekalian. b) Mengapakah Cikgu Lamat marah pada Abdul? c) Jelaskan watak dan perwatakan Abdul selepas di atas. d) Ceritakan tindakan yang dilakukan oleh Abdul selepas peristiwa ini . (20 markah) 11. Teknik merupakan perkara penting untuk menyampaikan cerita. Berdasarkan cerpen Pantaran, penulis telah menggunakan pelbagai teknik . Bincangkan teknik yang digunakan dalam cerpen ini. (20 markah) Apa

12. Berdasarkan cerpen Dari Awan Ke Awan karya Issmat, huraikan tema dan persoalan yang disampaikan pengarang dan berikan contoh -contohnya. (20 markah)

Bahagian C Antologi Sajak Cermin Diri

13. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Di Stesen ini Di stesen ini Kereta api datang Dan kereta api pergi Maka ia bukan giliran kunaiki Di bangku tua Di stesen ini Ketika menanti kereta api datang Untuk kunaiki Aku tidak pernah luput Mengenang Hari semalam. Noorilham 1983

(muka surat 65)

a) Huraikan bentuk dan aliran sajak Di Stesen Ini yang digunakan oleh penyajak. b) Berikan maksud sajak bagi rangkap pertama dan kedua . c) Jelaskan gaya bahasa yang digunakan oleh Noorilham dalam sajak di atas. d) Apakah perutusan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak ini. (20 markah)

14. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Pak Tua Pak Tua Wajahmu telah menghilang

Di titian musim yang panjang Pada waktu yang menyepi begini Wajahmu yang tua Terbayang di persadaian masih Pada perahumu yang hampir reput Di sana rinduku terpuat Angin laut mendayu sayu Mendengarnya hatiku pilu Memori indah Kenangan di sudut hatiku Tiada pernah padam selari di pingg iran waktu Aduhai Pak Tua Di sini Di hujung pantai yang putih Di gigi air meniti buih Anak nelayan hatinya gusar Dalam menempuh ombak yang besar A. Rahim Hamid Buda-buda Temburong

(muka surat 1)

a) Jelaskan tema sajak di atas. b) Apakah bentuk dan corak yang digunakan oleh penyajak dalam sajaknya? c) Apakah perutusan yang ingin disampaikan oleh penyajak menerusi sajak di atas? d) Jelaskan maksud sajak Pak Tua. (20 markah)

15. Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Engkau Bagai dalam Sangkar Kamar itu Bukan kamar yang engkau impikan Pintunya pagar diri Ada penjaga setia Bentengnya batu kelikir keras Sukar untukmu melepas Angin panas memasuki pintu kamarmu Menghantar ganjaran duniawi Hambarlah kaurasakan kehidupan ini

Engkau yang memilih jalan itu Jalan yang keras Ranjau runcing pucuk api merah Engkau rakus menujah jalan itu Tali fikirmu pun berlalu Kini Engkau bagai dalam sangkar Kokokmu tidak kedengaran lagi Suara lantangmu menghilang Engkau tinggal menantikan cuma Hari-hari pembalasan yang pasti A. Rahim Hamid Perpindahan Rataie Temburong 17 Januri 1992

(muka surat 4)

a) Apakah corak dan nada sajak di atas? b) Apakah perutusan yang hendak disampaikan oleh A.Rahim Hamid menerusi sajak berjudul Engkau Bagai dalam Sangkar ? c) Jelaskan tema dan bentuk sajak di atas. d) Jelaskan maksud sajak Engkau Bagai dalam Sangkar . (20 markah)