You are on page 1of 10

2.0 Seni Rupa 2.

1 Seni Ukiran Seni ukir ialah seni pertukangan tangan yang merupakan budaya tradisi masyarakat melayu sejak zaman berzaman. Tradisi ukir mengukir ini bukan sahaja menjadi satu kebanggaan kepada masyarakat yang menghasilkannya malah ia merupakan satu daripada nilai seni yang indah dan sukar untuk dipelajari. Di era globalisasi,seni ukir tidak diwarisi oleh generasi moden. Mereka menganggap bahawa seni ukir hanya sekadar hiasan tetapi tidak mengetahui matlamat, falsafah dan pengajaran yang terkandung disebalik seni ukir te rsebut. 2.1.1 Perlakuan Unsur perlakuan terdapat dalam seni ukir iaitu teknik ukiran dan cara pembuatannya. Bentuk-bentuk yang popular dalam ukiran M elayu tradisi dapat dibahagikan kepada dua jenis ukiran utama iaitu ukiran tebuk tembus dan ukiran t ebuk timbul. Dalam ukiran tebuk tembus,teknik pembuatannya lebih rumit dan memakan masa. Pada awalnya, papan ukiran akan ditebuk dan diukir sehingga tembus mengikut bentuk atau corak yang diingini. Biasanya, jenis ukiran ini dibuat pada bahagian perenggang atas dinding, tebar layar,

selasar, kekipas rumah, dan ambang pintu rumah. Ukiran tebuk timbul pula tidak banyak perbezaan dengan ukiran tebuk tembus. Ukiran ini tidak tembus sebagaimana ukiran tebuk tembus. Selain itu juga, kedua -dua jenis ukiran ini diperhaluskan dengan menggunakan satu teknik iaitu teknik silat. Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk mencantikkan motif ukiran tersebut. Maksudnya papan tebuk tadi akan diukir sekali lagi untuk menunjukkan bahagian bahagian yang timbul dan yang te nggelam. Bahagian yang menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang dimelengkung ke dalam serta ditindih akan ditenggelamkan. Semasa membuat teknik silat, ukiran hujungnya di ke bawahkan. Teknik ini penting untuk mencantikkan dan menjelas kan kelembutan motif yang diungkapkan. Teknik ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu silat belah rotan (bahagian tepi tebukan dibulatkan), silat daun tumar (hampir sama dengan silat belah rotan, tetapi lengkungan daunnya lebih hidup), silat serong (juri ng-juring tajam kerana sebelahnya direndahkan), silat leper (jenis silat yang paling senang dibuat), silat minangkabau (bahagian tepi tebukan semua diratakan dan meninggalkan batas yang tajam ). Jenis-jenis silat ini biasanya akan disesuaikan mengikut bentuk gubahan motif atau bentuk ukiran tersebut. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,1995)

2.1.2 Perhiasan Motif dalam seni ukir dijadikan sebagai satu perhiasan yang diukir dalam pelbagai bentuk. Sebelum kedatangan pengaruh Hindu bentuk yang dihasilkan bersifat goemetri. Motif goemetri dalam seni ukir melayu biasanya berbentuk bersegi dan bulat yang disusun secara berderet-deret. Kadangkala bentuk segi ini digabungkan dengan sulur tumbuh tumbuhan. Selain disusun secara berderet ia juga disusun secara bertingkat -tingkat. Motif goemetri ini banyak menghiasi pada bahagian kekapis rumah, dinding, anjung dan tangga. Setelah kedatangan pengaruh hindu, motif seni ukir telah bertukar kepada objek yang berimejkan haiwan. Imej -imej haiwan yang biasa digunakan bermotifkan burung, ikan dan ayam. Motif-motif haiwan lain ialah motif ular naga dan kuda laut. Motif haiwan ini biasanya diukir pada perenggang bumbung terutama di bahagian pemeles. Kedatangan islam kemudian telah menegah pengukir daripada mencipta mot if-motif dan benda yang bernyawa pada ketika ini. Uk iran yang bermotifkan alam dan tumb uh-tumbuhan serta ayat-ayat al-Quran telah dihasilkan. Hubung an yang erat antara masyarakat Melayu dengan alam telah menghasilkan ilham kepada pengukir untuk menghasilkan ukiran yang berimejkan tumbuh-tumbuhan. Tumbuh -tumbuhan yang sering menjadi sumber ilham kepada pengukir melayu ialah daripada jenis kekacang, labu, ketumbit, ketam guri, peria, daun salad, bunga cengkih, teratai, cempaka, pucuk rebung dan sebagainya. Pada kebiasaannya motif tumbuh -tumbuhan ini diukir den gan corak atau pola -pola tertentu bergantung kepada fungsi dan tataletaknya. Biasanya motif ukiran bunga atau tumbuh tumbuahn diletakkan pada kekapis rumah, bahagian dinding rumah, syiling rumah, kekisi tingkap, bahagian tangga rumah dan bahagian cucur ata p rumah. Selain motif tumbuh -tumbuhan, motif alam juga popular dalam dalam seni ukir M elayu. Motif alam paling ba nyak digunakan dalam seni ukir M elayu tradisi ialah motif awan larat. Motif awan larat terbahagi kepada beb erapa jenis seperti awan lara t Melayu asli dan awan larat jawa. Awan larat M elayu asli selalunya mempunyai bunga yang agak besar da un jarang. Bunganya bermula Motif atau bentuk yang paling banyak digunakan ialah motif daun, ranting, bunga, dan buah dengan penumpuan pada keindahan daun . (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,1995)

Awan larat jawa berbentuk lebih kecil dan rapa t serta halus bentuk ukirannya. Bahagian bunganya bertumpang tin dih antara satu sama lain dan kedudukannya r apat serta halus. Bentuknya berpusar-pusar dan bergulung, melilit serta mempunyai banyak daun. Bunga biasanya bermula pada satu atau dua tempat dan berpusar melarat hingga memenuhi ruang yang hendak diukir. Selepas kedatangan islam juga unsur kosmos juga turut mendapat perhatian. Unsur kosmos atau ruang angkasa yang biasa digambar pada seni ukir adalah seperti matahari, bulan, bintang, awan berarak, gunung -ganang, bukit-bukau, ombak dan sebagainya. Unsur unsur kosmos yang banyak terdapat pada ukiran rumah M elayu ialah motif matahari, bintang, dan awan berarak. Motif matahari dan bintang kebiasaannya digunakan pada muka tebar layar manakala unsur awan berarak terdapat pada ukiran pola lengkap. Kadangkala unsur ini sering kali dicantumkan dengan unsur khat dan tumbuhan. Penggunaan seni khat dalam seni ukiran melayu adalah disebabkan larangan islam terhadap penggunaan bentuk manusia dan makhluk bernyawa yang lain dalam bidang kesenian. Penggunaannya sering kali dicantumkan dengan motif lain seperti motif kosmos dan tumbuh-tumbuhan. Motif kaligrafi yang menggunakan ayat -ayat al-Quran, Hadis Nabi, dan kata-kata hikmat ditulis dalam pelbagai jenis khat antaranya ialah nasakh, thuluth, kufi, raq¶ah, diwani, farisi raihani dan sebagianya . Walau bagaimanapun, se ni khat ini diukir dalam pelbagai bentuk yang berbeza. Ukiran -ukiran khat pada kebiasaannya diletakkan di ambang pintu serta turut menghiasi bahagian -bahagian dinding rumah. 2.1.3 Perasaan Dan Daya Kreativiti Seni ukir bukan sahaja perhiasan pada be ntuk rupa sesuatu ciptaan tetapi ia juga memperlihatkan taraf pencapaian teknik kefasihan pemikiran dan mendedahkan nilai falsafah Melayu yang tersembunyi disebalik ukiran tersebut. Ukiran-ukiran rumah Melayu lebih banyak bermotifkan imej binatang seperti burung, ikan, dan ayam. Motif ini menjadi pilihan para pengukir kerana mereka percaya bahawa imej -imej tersebut membawa rezeki selain melambangkan permainan rakyat seperti berlaga ayam, beradu burung, dan berlaga ikan. Selain itu juga, motif -motif ini disifatkan sebagai tanda pengabadian kasih sayang mereka terhadap binatang belaan. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,1995)

Penggunaan unsur -unsur binatang dalam seni ukiran Melayu dapat memperlihatkan bahawa terdapatnya percampuran pengaruh hindu dalam kepercayaan tempatan. Penganut Hindu percaya bahawa burung dan ikan merupakan pesuruh yang setia, selain melambangkan kekuatan dan kebanggaan. Mereka percaya perantaraan yang boleh berjalan jauh. Abdullah Mohamed berpendapat penggunaa bentuk ular naga atau makara pada pemeles dalam konsep kealaman dan ketuha nan adalah satu perlambangan kekuatan dan kehebatan terhadap pembinaan rumah tersebut. Pemeles disimbolkan sebagai penyangga dan perlu mempunyai sifat -sifat kehebatannya tersendiri. Ular naga merupakan satu makhluk dari alam ghaib yang dipandang tinggi dal am kebudayaan melayu. Lambang ini bertujuan bagi menghilangkan perasaan sombong dan takbur yang diertikan sebagai sebesar mana pun sesuatu perkara yang ada pada manusia, ianya tidak dapat menandingi kekayaan dan kekuasaan Allah S.W.T. Akhirnya, penggunaan ular naga pada pemeles kian luput setelah munculnya pengaruh islam dalam masyarakat melayu. Penggunaan ular naga ini digantikan dengan sejenis tumbuh-tumbuhan yang dinamakan sulur bayung atau digantikan dengan sesuatu bentuk ukiran yang sederhana dinamakka n ekor itik. Selain itu juga, motif awan larat juga mempuyai daya kre ativitinya yang tersendiri. Sekiranya dilihat dari sudut tampak, keindahan awan larat memang mudah dikesan. Ukirannya yang berkeluk, berkerawang, dan bersilat mempunyai pengertian yang simbolik. Pengulangan motif yang serupa dalam ukiran ini telah mengingat kan kita kepada salah satu jalan yang dipilih oleh manusia bagi mengingatkan kepada Allah dengan melakukan zikir yang berterusan. Pihak pengukir cuba untuk mengekalkan motif ukiran ini kerana motif ini merupakan satu perlambangan kepada suatu kehidupan yan g telah dibangunkan daripada umbi yang sama dengan kewujudan manusia. Melalui motif bunga pula, masyarakat M elayu menyedari bahawa motif bunga -bungaan yang pelbagai warna dan rupa juga bukan sahaja berfungsi sebagai keindahan luaran tetapi ianya mempunyai makna yang simbolik. Motif bunga adalah sebahagian keindahan alam yang boleh menimbulkan perasaan halus,suci bers ih, kegembiraan dan ketenangan seperti yang terdapat pada sifat -sifat bunga itu sendiri. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,1995) bahawa burung sebagai

perantaraan antara tuhan dengan manusia yng bakal. Ikan pula membawa maksud

Unsur-unsur kosmos juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Unsur ini lebih kepada falsafah keagamaan untuk menunjukkan sesuatu makna dalam ukiran tersebut. Ukiran matahari melambangkan Nur Muhammad dan segala benda yang terjadi daripada Nya. Ukiran matahari pada tebar layar mungkin ada kaitan dengan lambang bulan pada masjid yang meletakkan bentuk bulan dan bintang pada puncaknya. Menurut ahli falsafah, seni ukiran ini mempunyai pengertian damai dan romantis di sepanjang sejarah perkembangan agama islam. Bulan dan bintang adalah sumber cahaya dan panduan perjalanan kafilah masyarakat Arab dan ianya bertempat di langit. Tempat bulan dan bintang merupakan satu-satunya arah renungan Rasulullah ketika baginda berfikirb dan mencari ilham. Masyarakat Melayu percaya bahawa penggunaan ukiran kalimat Allah juga dapat menghalau hantu dan syaitan daripada memasuki rumah. Kalimat tersebut merupakan lambang ketuhanan iaitu pencipta alam yang mempunyai kuasa ke atas setiap makhluk ciptaan-Nya. Penyusunan motif geometri juga mepunyai keindahan dan makna yang simboliknya tersendiri. Motif ini mempunyai pelbagai bentuk yang berbeza maknanya. Antara bentuk yang bisa digunakan dalam motif ini ialah bentuk tiga segi melambangkan keinsafan dan b entuk enam segi melambangkan syurga. Bentuk bulat merupakan simbol Arasy atau singgahsana Tuhan yang melambangkan taklukan Arasybyang meliputi semua yang ada dan tidak ada yang t erkeluar daripada taklukannya. Selain itu, motif khat juga mempunyai perlambangannya tersendiri. Ukiran-ukiran ini banyak diletakkan pada ambang pintu kerana dipercayai dapat menghindarkan kemasukan hantu dan syaitan serta sebagai tanda bahawa penghuninya beragama islam. Penggunaan ukiran ini pada binaan rumah juga dipercayai mendapat keberkatan dan mengelakkan daripada berlakunya perkara -perkara yang tidak diingini. Seni khat merupakan satu simbolisme yang sesuai bagi s eseorang makhluk yang beribadat, tafakur, dan menyaksikan keesaan Allah S.W.T serta sebagai khalifah di muka bumi ini. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan,1995)

2.2 Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Rumah atau tempat kediaman merupakan keperluan asas setiap manusia. Pelbagai bentuk rumah telah dibina dan direka sesuai dengan keperluan penghuninya. Orang Melayu mula membina tempat tinggal dengan cara yang mudah. Mereka menggunakan sumber sumber alam seperti batang -batang pokok untuk dijadikan tiang atau pasak rumah, anyaman daun-daun yang dijadikan dinding dan atap rumah serta pelbagai car lagi. Setelah zaman berlalu, rumah yang dibina denagn ringkas diubahsuai menjadi lebih baik dari segi binaan serta fungsinya. Keadaan ini berlaku kerana adanya alat -alat pertukangan yang membantu dalam pembinaan rumah seperti kapak, gergaji, pahat, alat pengorek dan ketam. 2.2.1 Perlakuan Rumah Melayu tradisional mempunyai keunikan tersendiri dari segi binaan serta srtuktur rumah tersebut. Binaan rumah Melayu merupakan salah satu bidang kesenian yang tergolong dalam seni rupa. Setiap perlakuan atau pembinaan untuk membina rumah Melayu telah mengambil kira tiga nilai yang utama iaitu nilai kerohanian, nilai estetika dan nilai etika. Nilai-nilai ini masih diterapkan sehingga sekarang dalam menghasilkan sebuah rumah yang bukan sahaja dijadikan tempat berlindung tetapi juga mempunyai nilai kesen ian yang tinggi. Rumah Melayu tradisional terdiri daripada tiga perenggan utama iaitu perenggan tiang, perenggan dinding dan perenggan bumbung. Kekuatan dan ketahanan sesebuah rumah bergantung kepada gabungan bahan -bahan binaan yang digunakan seperti jenis-jenis kayu yang digunakan untuk membuat tiang. Rumah -rumah Melayu Tradisional dahulu mempunyai tiang yang ditanam dalam tanah. Pada tiang -tiang itu diletakkan alas di bahagian kakinya yang dipanggil sebagai lapik tiang. Lapik tiang ini diperbuat dar ipada kayu atau bahan konkrit. Kaki tiang ditebuk lubang untuk menempatkan kuku tiang. Pelbagai jenis tiang telah dibina antaranya ialah tiang seni, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung dan tiang penyokong. Tiang utama dibahagia n tengah biasanya lebih panjang daripad tiang serambi. Pada bahagian tiang panjang terdapat sebatang tiang seri. Tiang ini merupakan tiang adat dan penting dalam upacara pembinaan rumah. Tiang tongkat dan tiang gantung hanya setinggi aras lantai. Tiang pen yokong pada kebiasaannya ditambah kemudian dan ia juga hanya setinggi aras lantai sahaja. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Rumah Melayu Tradisi,1994)

Rasuk merupakan salah satu elemen penting dalam mendirikan sesebuah rumah. Ia berfungsi sebagai pengikat rangka rumah. Jika tidak ada rasuk, maka sesebuah rumah tersebut tidak dapat berdiri den gan baik. Rasuk tebahagi kepada dua iaitu rasuk panjang bagi rasuk yang memanjang dan rasuk pendek atau rasuk rot bagi rasuk yang melintang. Rasuk bagi rumah Kelantan dan Terengganu dipasang kira -kira 60 cm di atas kaki tiang dan dipanggil belira. Baris -baris kayu yang melintang terletak di atas alang disebut sebagai gelegar dan berfungsi sebagai alas lantai. Ruang antara perenggan tiang denga n perenggan dinding dipanggil lantai. Pada zaman dahulu, lantai diperbuat daripada bilah -bilah batang pinang at au buluh yang berukuran kira kira lima hingga enam sentimeter lebar. Lantai ini dinamakan sebagai lantai jerai. Namun, lantai pada zaman dahulu berbeza dengan zaman kini. Lantai pada zaman kini dibelah dengan gergaji atau ditarah dengan pepatil dan diketam kan untuk kelihatan lebig halus cara pembuatannya. Pada zaman dahulu, tangga diperbuat daripada kayu bulat dan diikat dengan rotan atau akar. Tarahan tangga dibuat pada paha tangga supaya anak tangga lebih kukuh pegangannya. Tangga sebegini masih dig unakan pada masa kini oleh masyarakat desa. Namun begitu, masyarakat kini lebih suka menggunakan tangga yang diperbuat daripada papan dan batu konkrit. Di Melaka tangga batu ini biasanya disalut dengan jubin yang beraneka corak. Dinding juga merupa kan satu aspek yang penting dalam pembinaan rumah Melayu tradisional. Dinding berfungsi sebagai kontraksi di samping dekoratif yang diukir dengan menarik. Pada zaman dahulu, dinding diperbuat daripada daun iaitu daun bertam, cucuh, enau, dan juga daun nipa h. Daun ini disusun dan disirat menjadi berkajang atau berbidang. Selain itu juga, dinding diperbuat daripada pelupuh atau dinding tepas yang biasanya dilihat di rumah yang mempunyai bumbung yang panjang. Dinding rumah Melayu ini juga diperbuat daripada kulit kayu dan papan. Dinding yang diperbuat daripada kulit kayu tidak lagi

digunakan pada zaman kini. Pada zaman kini, dinding rumah diperbuat daripada papan yang siap diketam. Dinding biasanya dipasang secara menegak atau melintang mengikut citarasa pemilik rumah tersebut.

(sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Rumah Melayu Tradisi,1994)

Perenggan bu mbung merangkumi berbagai -bagai kayu rangka dari kayu alang panjang hingga ke tulang perabungnya yang paling atas. Pada pengalas tutup bumbung terdapat pengalas tutup bumbung yang diperbuat daripada berbagai jenis bahan. Pada zamn dahulu, mereka menggunakan bumbung yang dinamakan sebagai atap cucuh yang diperbuat daripada daun cucuh. Selain itu juga, mereka menggunakan atap rumbia atau atap nipah sebagai penutup bumbung. Kini, rumah Melayu menggunakan kayu sebagai atap yang dikenali sebagai atap sisip atau atap belian. Segelintir masyarakat menggunakan atap genting atau atap zink sebagai bumbung rumah mereka. 2.2.2 Perhiasan Unsur perhiasan terdapat dalam binaan rumah Melayu tradisi iaitu pada anyaman yang terdapat pada dinding rumah. Sesetengah rumah -rumah tradisi zaman dahulu menggunakan daun-daun nipah, bertam, cucuh dan lain -lain lagi. Selain itu, ada juga yang di perbuat daripada pelupuh dan dinding tepas. Pelupuh yang bercorak yang bercorak dikenali sebagai kelarai. Kelarai yang biasa digunakan ia lah kelarai tampuk manggis, kelarai bunga, kelarai bintang, kelarai empat sebilik, kelarai mas murai dan sebagainya. Di sini jelaslah bahawa terdapat unsur-unsur perhiasan atau seni dalam pembinaan rumah Melayu tradisi. 2.2.3 Perasaan Dan Daya Kreativiti Binaan rumah bukan sahaja memenuhi fungsi sebagai tempat berlindung disebalik pembinaan rumah ini terdapat falsafah tersirat yang menjadikan binaan rumah Melayu tradisional lebih unik. Selain mempunyai binaan yang menarik, ia turut memainkan peranan yang penting dalam masyarakat kerana melambangkan kehidupan berkeluarga dan berjiran. Selain itu juga, ia turut melambangkam kebesaran dan kekayaan penghuninya. Dari sudut psikologi, rumah merupakan tempat di mana dan bagaimana kehendak dan keperluan naluri kita dibentuk. Rumah memberi penghuninya rasa aman, tenteram, suasan harmoni, menjadi tempat mengasuh, mengasih dan mendapati ketenangan jiwa. Rumah juga melambangkan status penghuninya. Orang Melayu membina rumah berdasarkan kemampuan, dan kedudukan ekonomi serta sosial dengan mempunyai reka bentuk yang menarik. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Rumah Melayu Tradisi,1994 Dan Anyaman Pandan Dan Mengkuang,1989)

Pembinaan rumah Melayu tradisional terdapat tiga perenggan dalam yang utama iaitu rumah ibu, rumah tengah dan rumah depan. Rumah Melayu dibina selari dengan ajaran Islam yang menegah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, rumah -rumah Melayu tradisi diadakanruang -ruang khas untuk lelaki dan perempuan. Ruang lelaki terletak di bahagian terten tu seperti serambi, anjung, tangga, bangsal dan lain -lain. Bahagian tengah rumah adalah bagi kaum wanita. Selain itu juga, rumah Melayu tradisi dibahagikan kepada bahagian tertentu disebabkan penggunaan dan fungsinya. Bahagian hadapan rumah digunakan sebagai tempat menerima kunjungan dan meraikan tetamu. Bahagian belakang rumah digunakan sebagai pusat pelaksanaan tugas harian seperti memasak dan lain -lain. Bahagian tengah pula digunakan sebagai tempat beristirehat kaum keluarga. Selain itu, teknik pe nsendian tanpa dibaku mati dibuat bagi memudahkan tiang -tiang dan rasuk dipecat dan di angkat tanpa merosakkan bahagian lain. Teknik ini dilakukan apabila berlakunya penambahan ahli keluarga. Keadaan ini menjadikan pembinaan rumah adalah mengikut bilangan penghuni. Tangga juga tidak dimatikan untuk menyenangkan

perombakan dan pemindahan ke tempat lain. Perubahan iklim turut mempengaruhi corak dan reka bentuk binaan rumah. Keadaan ini telah menjkadikan kebanyakkan rumah Melayu dibina bertiang atau berpanggun g dan lantainya tinggi daripada permukaan tanah. Kedudukan lantai yang tinggi merupakan cara untuk mengurangkan kelembapan tanah dan memberi laluan pengedaran udara keluar rumah serta mengel;ak daripada ditenggelami air sekiranya berlaku banjir. Penggunaan daun nipah untuk dijadikan atap ialah kerana atap nipah dapat menyerap bahangan dan mengekalkan udara nyaman semasa musim panas. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa pembinaan rumah Melayu ole h pandai kayu bukan sahaja mengambil kira dari aspek luaran sahaja tetapi terdapat sebab dan falsafah mengapa ia direka sebegitu unik. (sumber : Diolah Dan Dipetik Daripada Rumah Melayu Tradisi,1994)

BIBLIOGRAFI
1.