You are on page 1of 3

ASAS PERNIAGAAN (PP1113)

KUIZ SEPTEMBER 2013 (5%)

NAMA :……………………………………………………… MATRIK :………………………………………

BAHAGIAN A

1. Pengurusan atasan perlu menetapkan matlamat perancangan dengan


a) Mengenal pasti ekonomi luar Negara
b) Mengambil kira kedudukan kakitangan yang produktif
c) Mengagihkan sumber manusia serta fizikal dengan cekap dan produktif
d) Memastikan misi dan wawasan organisasi tercapai

2. Proses perancangan dibahagikan kepada langkah-langkah berikut kecuali


a) Menetapkan matlamat
b) Mentakrifkan keadaan masa kini
c) Mengenal pasti matlamat
d) Membentuk satu set tindakan

3. Seseorang pengurus boleh mengekalkan stafnya melalui cara berikut, kecuali


a) Memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan
b) Membeli hasil keluaran dan pemilikan organisasi
c) Memberi penghormatan dan mengambil hati staf
d) Mengamalkan pengurusan yang baik

4. Proses pemilihan pekerja melibatkan proses-proses berikut KECUALI


a) Permohonan, temuduga, ujian
b) Pemeriksaan fizikal, ujian, borang permohonan
c) Temuduga, pemeriksaan emosi, ujian
d) Ujian, temuduga, permohonan

5. Berikut merupakan 3 gaya kepimpinan kecuali


a) Memokratik
b) Demokratik
c) Autokratik
d) Laissez-faire
6. Kewujudan peluang perniagaan untuk menawarkan produk atau perkhidmatan dalam
pasaran tertentu bergantung kepada perubahan persekitaran. Faktor persekitaran yang
dimaksudkan adalah
i. Politik
ii. Undang-undang
iii. Sosial
iv. Etika perniagaan

a) i , ii dan iii
b) ii, iii dan iv
c) i , iii dan iv
d) semua di atas

7. Apabila hendak memulakan perniagaan seseorang itu mestilah melengkapkan diri


dengan infrastruktur yang mencukupi terdiri daripada berikut kecuali
a) Wang sebagai modal
b) Ilmu di dalam bidang perniagaan
c) Rakan sebagai jaringan kerjasama
d) Mengenali pemimpin politik supaya senang mendapat lessen

8. Dua faktor yang selalu dijadikan faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi ialah
a) Gaji dan produktiviti
b) Penyorokan dan peningkatan gaji
c) Mogok dan kekurangan bahan
d) Pembaziran dan produktiviti

9. Berikut adalah keburukan inflasi kecuali


a) Meningkatkan keuntungan
b) Harga barang meningkat
c) Pembuangan pekerja
d) Barangan jualan tidak laku

10. CUEPACS adalah kesatuan sekerja yang mewakili


a) Buruh di seluruh Malaysia
b) Pekerja di sektor awam
c) Pekerja-pekerja Melayu
d) Pekerja di sektor swasta
BAHAGIAN B

Jawab semua soalan di bawah. Tandakan B (Betul) dan S (Salah).

1. Pengurus adalah sumber manusia sesebuah organisasi yang bertanggungjawab


mengurus dan mengendalikan organisasinya.

2. Kemahiran konsepsi bermaksud menggalakkan pekerja menumbangkan idea, kreativiti


dan inovasi.

3. Visi dan Misi organisasi termasuk didalam persekitaran luaran.

4. Dr Philip Kotler pula mengatakan pemasaran adalah proses sosial di mana individu dan
kumpulan memperolehi apa yang di perlukan dan dikehendaki melalui penciptaan dan
penawaran.

5. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja bertanggungjawab mengendalikan


pelbagai isu aduan berkaitan dengan pekerjaan yang dilaporkan oleh pelanggan yang
terdiri daripada pekerja, majikan, orang awam serta media massa.

6. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertujuan untuk mempergiatkan usaha dan


aktiviti dalam mencegah pekerja daripada ditimpa malang akibat bencana.

7. Perniagaan yang tidak mempunyai lebih drpd 150 pekerja sepenuh masa dikategorikan
sebagai perniagaan sederhana.

8. Harga syiling bermaksud harga yang paling rendah peniaga boleh tawarkan kepada
pengguna.

9. Perbezaan pengguna dari segi gaya hidup, kumpulan etnik, pendapatan dan
sebagainya meyebabkan satu teknik pemasaran telah diamalkan, teknik itu ialah
segmentasi.

10. Perniagaan yg mempunyai kitaran jualan tidak melebihi RM10 juta dikategorikan
sebagai perniagaan sederhana.