You are on page 1of 2

Fauzul Azmi Bin A.

Ghani
Sekolah Kebangsaan TUDM Subang
40150 Shah Alam
Selangor

11 Mac 2015

Komander Pangkalan
Pangkalan Udara Subang
40150 Shah Alam
Selangor

Melalui dan salinan :


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan TUDM Subang
40150 Shah Alam
Selangor

Tuan,

PERMOHONAN MENDUDUKI KUARTERS KEDIAMAN PANGKALAN UDARA SUBANG

Merujuk perkara di atas, saya FAUZUL AZMI BIN A. GHANI (870610-11-5155), guru SK TUDM Subang, ingin
memohon untuk menduduki kuarters keluarga, Pangkalan Udara Subang.

2. Hal ini kerana, saya yang mula berkhidmat di SK TUDM Subang pada 16 Januari 2012 masih lagi tidak
mempunyai kediaman tetap. Untuk makluman pihak tuan juga, saya sudah berkahwin dengan Nur Fahada Kamilah
Binti Rozali.

3. Untuk makluman tuan juga, saya juga merupakan jurulatih bola sepak dan olahraga sekolah. Tugas ini
memerlukan saya sentiasa berulang-alik ke sekolah melatih murid. Matlamat saya adalah untuk membangunkan
sukan sekolah seterusnya membawa kecemerlangan dalam sukan dan akademik. Jesteru,dengan kemudahan yang
ada saya mampu meluangkan banyak masa melatih murid-murid. Bersama-sama ini, saya sertakan surat pengesahan
saya di sekolah ini.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan terhadap permohonan ini amatlah diharapkan dan mendapat
pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan serta di dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

..................................................
(FAUZUL AZMI BIN A. GHANI)
Biro Sukan dan Kokurikulum
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK TUDM Subang