Tatabahasa Bahasa Melayu

_______________ BML 2093

1.0

Konsep Kata 1.1. Menurut Asmah Haji Omar, kata mempunyai berbagai-bagai pengertian

berdasarkan pengwujudannya. Kata terbahgi kepada tiga iaitu fornologis, kata grafemis atau kata ejaan serta kata nahuan.(1882:14). Selain itu menurut Asmah Hj Omar dalam bukunya iaitu Nahu Kemas Kini, istilah kata merupakan unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Sebagai unsur dalam frasa, kata boleh berfungsi dalam hubungan sintagmatik dengan kata lain untuk mewujudkan frasa. Sebagai contoh, hari panas merupakan frasa yang menggambarkan dua kata iaitu hari dan panas, membentuk frasa. 1.2. Abdullah Hassan (1992:107), bentuk bebas dimaksudkan bahawa kata

mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuah ayat yang terdiri daripada satu kata. Kata sebagai bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal itulah yang disebut bentuk bebas. 1.3 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:4) pula, kata merupakan satuan makna

kerana kata memilih makna tertentu. Sebagai contoh, kata jangan mengandungi kesatuan makna, tetapi nganja tidak ada kesatuan makna. Selain itu, kata juga berperanan sebagai satuan mempunyai kebebasan bergerak dalam ayat. Contoh : Rumah itu kecil. Abang telah membeli rumah itu. Abdullah sudah pulang ke rumah.

Dari contoh yang telah ditunjukkan, kata rumah pada ayat yang pertama menjadi subjek. Dalam ayat yang kedua pula, kata rumah telah berfungsi sebagai objek manakala ayat yang ketiga, kata rumah telah menjadi keterangan.

1

Abdullah Hassan. struktur dan sebagainya manakala Abdullah Hassan telah menambah. 2 . Selain itu. golongan dan juga subgolongan kata dan sebagainya. iaitu kata merupakan bentuk terkecil dan dapat digunakan bersendirian secara bebas. Kata adalah satuan gramatikal bebas yang terkecil.tokoh Tatabahasa Melayu mengenai istilah kata. Kata juga haruslah mempunyai makna yang boleh member maksud walaupun hanya satu kata. terdapat sedikit persamaan yang telah wujud di antara pengertian istilah dari Asmah Hj. Omar. 1. Namun. Hasil sumber kajian dari penerangan mengenai pendapat tokoh. susunan kata boleh dipecahkan kepada beberapa morfem iaitu monomorfemis yang bererti kata yang bermorfem satu manakala polimorfemis pula kata yang bermorfem lebih daripada satu. Kata disusun oleh satu atau beberapa morfem. golongan. Kesimpulan Pandangan tokoh adalah berbeza mengenai istilah kata.4. kata juga dapat di dijelaskan sebagai satuan makna. dengan pemilihan makna yang tertentu. Bagi Ahmad Khair pula menekankan kesatuan makna yang terdapat dalam unsur kata dan Ainon Mohd pula menerangkan kata merupakan pendapat. Omar memberikan definisi istilah kata dari perspektif unit nahu yang merupakan unsur frasa serta turut mengembangkan lagi istilah kata yang membentuk beberapa bahagian lain seperti penjenisan kata.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 Menurut Ahmad Khair lagi. dan Ahmad Khair iaitu ketiga-tiga tokoh ini memperkatakan bahawa kata merupakan unit terkecil yang dapat membentuk ayat atau kata atau boleh berdiri sendiri. Asmah Hj. dapat difahamkan disini bahawa kata merupakan unit nahu terkecil dan ianya berfungsi sebagai unsur dalam frasa serta boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal dan boleh mewujudkan frasa apabila berfungsi dengan kata lain. secara jelasnya dapat dilihat di sini Asmah Hj. Omar telah menjelaskan bahawa istilah kata dari sudut jenis.

dan frasa sendi nama. Aspek menerangkan sama ada perbuatan itu akan dilakukan. Kata adverba sebagai kata bantu Abdullah Hassan (2008:195) mengatakan kata adverba adalah perkataan yang memberi keterangan kepada kata kerja. Kata ini terdapat dalam dua jenis iaitu kata bantu yang menunjukkan aspek dan ragam.3. frasa kata kerja . Jadi kata bantu menjalankan fungsi menerangkan aspek dan ragam. Kata bantu kebiasaanya telah dibincangkan bersama-sama kata kerja. dan juga kata adverba itu sendiri.1 Konsep Kata Bantu Abdullah Hassan (1993:222) mengatakan kata bantu membantu menerangkan frasa kerja. Dengan itu kata bantu telah digolongkan kepada dua bahagian iaitu kata bantu aspek yang menerangkan berkaitan perbezaan masa dan kata bantu ragam yang menjelaskan maksud ragam perasaan. Abdullah Hassan (2008:194) mengatakan perkataan yang hanya boleh digunakan bersama-sama dengan kata kerja sahaja. atau sudah selesai.Contohnya: 1) 2) 3) Mereka semua sudah kembali. kata adjektif. (FSN) 2. 2.3 Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) mengatakan kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja. Perkataan±perkataan itu disebut kata bantu. Oleh sebab ia 3 .1. Ragam pula menerangkan keadaan perasaan pelaku semasa melakukan perbuatan tersebut. (FA) Ahmad akan ke sana. frasa adjektif.0 2. Oleh sebab itu kata bantu adalah sejenis kata kerja juga. frasa sifat dan frasa sendi nama.2 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:148) kata bantu ialah perkataan yang memberi keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Ia menerangkan kata kerja. kata bantu juga bertugas membantu frasa adjektif dan frasa sendi nama. iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. 2.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 2. Kata bantu sentiasa digunakan di depan kata kerja. sedang dilakukan. (FK) Anda harus segera. Selain itu. dan frasa sendi nama. kata sifat .

(menerangkan frasa sendi nama) Abdullah Hassan (2008) mengatakan kata bantu aspek adalah berfungsi bagi menunjukkan apabila perbuatan itu belum. Pandai mengaji 5. sedang mengail (belum sempurna) 2. sedang mandi (belum sempurna) 4 . sedang. 2. atau akan dilakukan. akan.(menerangkan kata kerja). Aktif menulis 7. masih. Berjalan kuat 3. dan belum.0 Contoh Kata Bantu 3. sedang.Contoh kata bantu aspek: 1.Kami pernah menziarahi dia di utara Malaysia. Lama berfikir 3. Berikut adalah beberapa contoh kata adverba: 1. sedang atau sudah disempurnakan. Bertindak pantas 2.1 Kata Bantu Aspek Abdullah Hassan (1993) menjelaskan bahawa kata bantu aspek membezakan sama ada sesuatu perbuatan itu selesai. (menerangkan kata sifat) 3.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 mem-bantu menerangkan kata-kata tersebut. Mereka belum besar lagi. pernah. atau belum dibuat. Terbang tinggi 4. sedang dilakukan . Contoh penggunaan adalah seperti berikut: 1. Ini bermakna kata bantu aspek memberitahu sama ada perbuatan itu. sudah. Emak sedang ke pasar. Bijak berniaga 6. sudah. Ini dibawa oleh perkataan seperti : telah. maka ia juga adalah sejenis kata bantu.

sama ada masa itu belum berlaku. Sudah tamat(sudah sempurna) 5. Contohnya: 1) Yang merah itu masih belum berumah tangga 5 . Pernah bermain (sudah sempurna) Ahmad Khair Mohd Nor (2007:149) mengatakan kata bantu aspek menerangkan perbezaan masa dilakukan.Contohnya : 1.belum 2. iaitu: sudah (sudah. pernah). Telah tidur (sudah sempurna) 6. masih berlaku atau telah berlaku. masih). Contohnya: 1) Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin 2) Majapahit telah menyerang Melaka 3) Iraq pernah menawan Kuwait 4) Mahasiswa itu sedang berangan-angan 5) Pemuda itu masih bersembunyi 6) Bulan belum mengambang 7) Orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama sendiri pada satu masa. Masa sedang berlaku: sedang.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 3. Masa belum berlaku: akan . sedang (sedang. tengah 3. dan belum (belum. sudah Selain itu menurut Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran (2006) Kata bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga jenis mengikut masa. Akan tiba (belum sempurna) 4. akan). Masa telah berlaku: telah. telah.

(menerangkan kata kerja) 2. 4. akan dan belum yang masingmasingnya digunakan seperti dalam ayat-ayat yang berikut: 1. 2. Guru besar masih menyiapkan laporan itu. Mereka sedang mendaki gunung. 3. 3.(menerangkan kata sifat) Abdullah Hassan (2008:195) mengatakan kata bantu ragam menerangkan perasaan dan pendapat arang yang melakukan perbuatan itu. Pertanyaan pemuda itu belum berjawab. masa kini. Hendak makan 6 .Bentuk± bentuk kata bantu ialah telah. baru.Ini dibawa oleh perkataan seperti : akan.Contoh adalah seperti berikut: 1. hendak. Pekerja itu telah pulang. Contoh penggunaan adalah seperti berikut: 1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. 4) dia sudah pernah menangkap harimau 5) saya telah pernah pergi ke bulan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004:246) mengatakan kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. masih. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 2) orang itu belum pernah memanjat pokok. (menerangkan kata kerja) 3. Hendak pergi 2. iaitu sama ada masa lampau. Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan. boleh . atau masa hadapan.2 Kata Bantu Ragam Abdullah Hassan (1993:222) mengatakan kata bantu ragam menerangkan perasaan pelaku terhadap perbuatan yang dilakukan . harus. dan dapat. 3) rombongan pengantin masih belum tiba. sedang. mesti. mahu. pernah.

2. Mesti hadir 8. hendak. hendak. mesti. sama ada mesti. 2. Contoh: 1. dapat. Mesti berdoa 9. ingin. Adik saya tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana demam. mahu. Mahu bergaduh 4. Harus berusaha 7. berupaya atau tidak berupaya untuk melakukannya. harus dan sebagainya Menurut Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran (2006) Kata bantu ragam boleh dan dapat mempunyai makna yang berbeza. Mahu melawan 5. Boleh terima Ahmad Khair Mohd Nor (2007:149) mengatakan kata bantu ragam menerangkan kemahuan atau perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan Contohnya: boleh. Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perlakuan itu. Selain itu.manakala dapat digunakan dalam hubungannya dengan ³kepercayaan´ atau ³kemampuan´. Kedua-dua remaja itu hendak bergusti. 7 . 3. Kata boleh digunakan untuk menunjukkan keizinan . Harus mengalah 6. Contohnya: 1. Peserta yang berumur lebih daripada 30 tahun tidak boleh menyertai pertandingan itu. Dia mahu mempertingkatkan prestasi kerja. Saya tidak boleh masuk ke dewan kerana tertinggal slip peperiksaan.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 3.

Contoh penggunaanya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. dan dapat. seperti hendak. penggunaan kata bantu dalam ayat jelas menunjukkan fungsinya adalah sama dan tidak berubah. Kita boleh bertolak ke Johor Bahru esok. Kita mesti berkorban untuk negarA Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk mengungkapkan ragam atau suasana perasaan mengikut konteksnya. Kami dapat pulang ke kampong pada masa cuti persekolahan. 6. boleh. mahu. Mereka mesti keluar hari ini juga. 3. Ini kerana merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) dan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) tugas kata bantu ini sememangnya merujuk kepada sesuatu perbuatan atau kata kerja. 3. 3. Suaminya mesti mahu berkahwin lagi. Pembahagian jenis kata bantu pada kedua rujukan tersebut juga sama iaitu 2 jenis / bentuk / golongan yakni kata bantu ragam dan kata bantu aspek. Kami harus bergegas ke sana. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004:246) mengatakan kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. 2.3 Perbandingan Jika dilihat pada kesemua rujukan yang telah dikaji. 2. frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Anaknya dapat menyelam. 5. Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan. Kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke Mekah tahun ini. 4. Selain itu juga kata bantu ini juga bertugas membantu dalam frasa kerja (FK). 4. Kita mesti dapat mengambil buah yang tergantung itu. mesti. Kamu boleh balik pada petang nanti. 8 . Contoh: 1.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 3.

frasa adjektif. (FSN) Jika dilihat dari ayat-ayat tersebut sememangnya peranan kata bantu untuk membantu menjadikan ayat lengkap sangat jelas dan di situ jugalah dapat dilihat kewujudan sesuatu perbuatan atau disusuli kata kerja.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 Contoh ayat: 1.0 Dapatan 4. Manakala menurut Abdullah Hassan (2008) kata bantu boleh digunakan bersama-sama dengan kata kerja sahaja tetapi tetap merujuk kepada sesuatu perbuatan. konsep pemahamannya tetap sama dengan dua lagi rujukan sebelum ini kerana masih wujud lagi frasa kerja. Pekerja itu telah pulang. pernah. telah. dan frasa sendi nama dalam setiap ayat walaupun dalam kata bantu aspek mahupun kata bantu ragam bagi mewujudkan sesuatu ayat kata bantu. Selain itu juga kata bantu ini sentiasa berada di hadapan kata kerja dan dari sudut ini. mula Sudah berlalu sudah. akan. (FA) 3. Kata bantu terbahagi kepada 2 jenis iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam Kata Bantu Aspek Belum dilakukan belum . 4.1 Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2009:64) kata bantu sering berkait dengan kata kerja bagi menambahkan pengertian sesuatu perbuatan dan kata bantu harus di hadapan kata kerja. masih. hendak Sedang berlangsung sedang. baru 9 .1. Awak harus cepat. (FK) 2. Ahmad akan ke sana.

boleh dan dapat 4. dan frasa sendi nama. pernah. mahu. wajib. barangkali tentu. Kata Bantu Aspek Telah. akan dan belum Kata Bantu Ragam Akan.2 Menurut Abdullah Hassan (2008:222) sifat bagi kata bantu adalah sama tetapi beliau tidak membuat pengkelasan khusus untuk kata bantu aspek dan kata bantu ragam berlainan dengan Ahmad Khair Mohd Nor yang membuat jadual pengkhususan bagi kata bantu. 10 .Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 Kata Bantu Ragam Makna a) keupayaan b) kehendak c) kemestian d) kemungkinan e) kepastian f) keizinan g) keengganan h) kepatutan Contoh Kata Bantu boleh. hendak. Namun begitu pengkelasan yang dibuat hampir sama dengan tokoh Abdullah Hassan dan mempunyai penambahan µbaru¶ pada kata bantu aspek yang digantikan dengan µsudah¶ dan pembuangan perkataan µakan¶ pada kata bantu ragam.3 Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas untuk membantu.1. frasa kerja. pasti boleh enggan patut 4. masih. mesti. harus. frasa adjektif. mahu.1. perlu mungkin. ingin mesti. dapat hendak. sedang. harus. sudah. iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam.

akan.Saya sudah bukan menari 2) Saya telah tidak menari . 1) Saya sudah tidak menari . 4.2 kesimpulan Berdasarkan pemerhatian dari ketiga-tiga rujukan diatas konsep dan sifat kata bantu sebagai kata yang berada di hadapan kata kerja adalah sama dan tidak berubah. baru. mahu. harus.Saya telah bukan menari 11 . dan dapat. masih. tetapi kategori kata bantu aspek dan kata bantu ragam mempunyai penambahan jika dibandingkan dengan Ahmad Khair Mohd Nor (2009) yang menjelaskan bahawa terdapat 10 contoh kata bagi kata bantu aspek serta 16 contoh kata bagi kata bantu ragam. kesalahan yang terdapat di sini ialah ketidaksuaian penggabungan dengan kata bantu aspek. boleh. Ini menjadikan jumlah jumlah kata bantu aspek sebanyak 7 serta 7 contoh kata dalam kata bantu ragam yang dijelaskan oleh Abdullah Hassan (2008) manakala terdapat 6 contoh kata dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) 5. Kata Bantu Ragam Hendak. Namun dari sudut pandangan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004) dan Abdullah Hassan (2008) persamaan pengkelasan contoh kata bantu aspek dan kata bantu ragam terdapat sedikit penambahan µbaru¶ bagi kata bantu aspek bagi menggantikan perkataan µsudah¶ dan pembuangan µakan¶ bagi kata bantu ragam. pernah.0 Kesalahan Tatabahasa Dalam Kata Bantu Merujuk Ahmad Khair Mohd Nor (2008) .Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 Kata Bantu Aspek Telah. dan belum. mesti. sedang. dalam konteks ini kata nafi tidak berpotensi untuk begabung dengan kata bantu aspek berbanding dengan bukan.

Manakala terlambat sebagai perbuatan yang digunakan sesuai dengan sifat kata bantu ragam yang menunjukkan kata kerja.Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 3) Saya sedang tidak menari . Kata bantu juga harus wujud di hadapan kata kerja dan tidak boleh dari aspek bahasa semata-mata. kata ini agak berpotensi dalam menyesuaian ayat tersebut walaupun kebiasaanya kata kerja yang patut berada di tempat kata nafi tersebut. dapat dijelaskan disini bahawa kata bantu merupakan bentuk kata yang bertugas sebagai pelengkap ayat yang penting kerana melibatkan frasa kerja. Penerbitan kata ini juga boleh meluaskan lagi penggunaan bahasa dan ia menjadi salah satu keistimewaan penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dalam pengajaran. 6. ayat tersebut mungkin didengar betul tetapi dari segi maksud ia adalah salah seperti contoh : Saya mungkin menangis . penggunaan bukan pada ayat tersebut menyebabkan makna ayat itu tidak betul dan munasabah.0 Kesimpulan Kesimpulannya. dan sedang . Contoh ayat 1) 2) Saya mungkin terlambat Salah jika : Saya mungkin (kata sifat digunakan) - Saya mungkin (menangis) Di sini kata bantu ragam mungkin digunakan bagi menyempurnakan ayat tersebut. 12 . namun penyesuaian bagi ayat tersebut menggunakan kata nafi bukan adalah tidak sesuai sama sekali bagi menyempurnakan ayat tersebut. jenis perkataan lain yang menggantikan tugas kata bantu manakala pembahagian kata bantu adalah kepada 2 jenis yang cukup untuk menjelaskan sifat dan kepentingan peranan kata bantu itu sendiri iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. frasa adjektif dan frasa sendi nama. telah. Begitu juga apabila melibatkan kata bantu ragam. Jika penggunaan kata lain selepas kata bantu seperti kata sifat.Saya sedang bukan menari Ini kerana apabila dilihat. Walaupun penggunan kata bantu aspek di sini telah ditukar dari sudah. Tetapi apabila penggunaan kata nafi tidak.

Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 Kepentingan ilmu tatabahasa dalam memastikan penggunaan bahasa yang jitu dan gramatis tidak dapat dinafikan. Selain itu.Onn. penguasaan yang luas dalam ilmu tatabahasa seperti dalam penggunaan apitan akan membolehkan kita menganalisis kesalahan-kesalahan bahasa yang kerap kali dilakukan oleh pelajar dalam penghasilan ayat. Musa dan Abdul Hamid Mahmood 13 . penguasaan dalam bidang tatabahasa akan menentukan pengajaran tatabahasa berlangsung dalam suasana yang terancang dan mencabar pemikiran untuk memperoleh kepastian berkenaan hukum-hakam berkaitan bahasa. Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Nik Safiah Karim.. Pembentukan Kata. Pengajaran Ayat Bahasa Melayu. Hashim Hj. 7. Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor (2009). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Tatabahasa Pedagogi BahasaMelayu. Ahmad Khair Mohd Nor (2008). Farid M. Abdullah Hassan (2008). Saranan kepada para pelajar dan guru agar menguasai aspek ini kerana kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Persoalan Tatabahasa. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.0 Rujukan Abdullah Hassan ( 1993). Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Tatabahasa Bahasa Melayu _______________ BML 2093 (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 14 . Sulaiman Masri. Mohd Ra´in Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran Dan Pembelajaran. Abdullah Yusof. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful