1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.

David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2). Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics), Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C 1.0 Pendahuluan Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716), Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal dalam bukunya A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (Linguistics : the scientific study or language).Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa secara saintifik ( J. Lyon, 1968:1). Apakah yang dimaksudkan dengan istilah saintifik? Dalam bidang ilmu, kajian saintifik terdiri daripada kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. Segala yang dihasilkan dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang sah dengan menggunakan prinsip-prinsip tertentu mengenai bahasa dan kaedah-kaedah yang bertanggungjawab. Ini bermaksud, seorang sarjana linguistik menjalankan kajian linguistik, samalah seperti sarjana sains mengkaji ilmu sains. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan,

ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, contohnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mesti mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian ini pula boleh diuji kebenarannya ( Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood, 2007:2). Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics), Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik (Sociolinguistics), Neurolinguistik (Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik (Psycholinguistics). Bidang sosiolinguistik yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. ilmu sosiolinguistik ini diperkenalkan oleh seorang guru bernama Haver C. 1 Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. Istilah Sosiolinguistik digunakan sebagai pengenalan kepada kajian yang dimaksudkan. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi, bahasa dalam kebudayaan, bahasa dalam masyarakat, bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. 2.0 Sejarah Ilmu Sosiolinguitik Ramai linguis meyakini Panini (500 SM) sebagai pelopor pengkaji sosiolinguistik. Dalam karyanya yang berjudulAs tadhayayi—satu buku yang berisi tentang stilistik bahasa— pengkajian sosiolinguistik yang mulai mendapat perhatian. Baru beberapa abad kemudian, tepatnya pada abad 19, Schuchardt, Hasseling, dan Van Name (1869-1897) untuk pertama kalinya memulakan kajian tentang dialek bahasa pedalaman Eropah dan hubungan bahasa yang menghasilkan bahasa campuran. Perkembangan kajian sosiolinguistik semakin meluas setelah de Saussure (1857-1913) berpendapat bahawa bahasa adalah sebuah fakta sosial yang terdapat dalam masyarakat. Ferdinand de Saussure merupakan seorang sarjana bangsa Swiss yang dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnyalangage,langue danparole ( Prof. Dr. J.W.M. Verhaar,1983:1).Langage bererti bahasa pada umumnya iaitu semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue pula bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa ataulangue- langue tersediri.Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu.Par ole bermaksud pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagaiidiolek. Tak lama selepas itu, langkah de Saussure ini mendapat sambutan oleh beberapa sarjana bahasa Amerika Serikat,

2 Istilah sosiolinguistik digunakan pertama sekali oleh seorang guru bernama Harver Currie pada tahun 1952 di Amerika Syarikat. adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil. dan rumus-rumus bahasa. perhubunganperhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya. dan kognisi. 3 Selanjutnya mari kita kaji dulu batasan kedua yang akan dipadukan ini. menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Inggeris. Istilah Sosiolinguistik hanya berkembang sekitar tahun 60-an. Dan bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi. Arab dll. ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Tokoh ini sebelumnya melihat kajian linguistik tidak memiliki perhatian terhadap realitai sosial. Sehingga hari ini sosiolinguistik menjadi ilmu yang mantap dan menarik perhatian banyak orang. ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan. intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan. ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia.Oleh sebab bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan . namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio + linguistik. Kedah dll. sektor-sektor sosial. mudah untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan bahasa. Sosiolinguistik pada mulanya diterajui oleh ahli antropologi Istilah Sosiolinguistik juga pada mulanya dikenali sebagai Linguistik Antropologi. budaya. yang diikuti dengan kemunculan karyakarya besar lain dalam bidang ini. Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk. Singapura. rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto 1982: 50). dan kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur. Dengan itu.). bahasa dalam kebudayaan.). Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu. termasuklah pernyataan kekecualiannya. pertembungan antara kelompok. Indonesia. Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-proses kemasyarakatan. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. fungsi kelompok.bentuk lisan dan tulisan. Setahun berikutnya. kelas tinggi dan rendah). Ia mencuba memberi pengertian-pengertian umum. peggolongan. dalam ilmu sosiolinguistik. bahasa dan kebudayaan serta sosiologi bahasa. Maksud istilah masyarakat. Kelantan. Brunei. Edward Sapir. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. 3.0 Definisi Umum Sosiolinguistik Sosiolinguistik. empirikal. Thai Selatan. bahasa dalam masyarakat. yang diberi pemerian secara formal dan abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik). rasional. Weinreich (1953) menulis Language in Contact. ragam stailistik (rasmi.seperti Franz Boas. kosa kata. santai. dan Leonard Bloomfield yang melakukan beberapa kajian bahasa. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem. termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.

sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”. sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. bahawa memang ada perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. “puan sri” dan seumpamanya.simbol) interaksi yang diamati. Di samping itu. “tan sri”. Jadi. Sebagai contoh. sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat tentang aspek-aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau dibesarkan. akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur (Fishman 1968: 6). 4 Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang . bunyi-bunyi perkataan. kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek. kedua-dua ungkapan. “adik”. manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. walaupun tanpa disedari. “pak cik”. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Sesungguhnya kita maklum. seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. Jika ditinjau kita dapati istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. perilaku bahasa dan perilaku sosial. “anda”. sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. serta jenis-jenis pebendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. lebih-lebih lagi di Malaysia. dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu. “engkau”. Bagaimana seseorang itu bercakap. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Selanjutnya. dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Pada pihak lain. cara ia menyebut perkataan. “dato”. (Abdullah Hassan. iaitu penekanan dan sifat kajian. Apabila dipertalikan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. kita mengetahui bahawa ada orang-orang berbicara secara berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berlainan. “encik”. Walaupun membawa pengertian yang sama. “abang”. Secara umum. “beta”. pekerjaannya. kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya. maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. 2007). “puan”. Kamus Dewan edisi keempat (2007). sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama. Daripada apa yang dicakapkan. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. “tuan”. “patik”. “mak cik”. sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Beberapa contoh dapat dilihat dalam misalnya. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas. pendidikannya.

Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan pendekatan diakronis. Pendekatan sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok kecil dan informal. struktur sosial mungkin mempengaruhi atau menentukan struktur atau perlakuan linguistik. kedua-dua aspek. struktur linguistik sebaliknya mungkin mempengaruhi struktur sosial. Sosiolinguistik mikro memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain. 5 Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah dialektologi dan sosiolinguistik. 4. . Sosiolinguistik juga merupakan salah satu cabang yang besar dalam kajian ilmu linguistik dan menjadi tumpuan kepada pengkaji-pengkaji ilmu linguistik dalam dan juga luar Negara. 6 terdapat anggapan bahawa tidak ada hubungan antara struktur linguistik dengan struktur sosial. Kedua. retorika dan sosiolinguistik.0 Definisi Sosiolinguistik Mengikut Pendapat Tokoh Pada peringkat awal istilah sosiolinguistik merujuk kepada fungsi dan maksud sosial berbahasa atau hubungan bahasa dengan aspek sosial (atau masyarakat) yang menggunakannya. Di samping itu. sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia. pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur. Cakupan kedua. Hal ini dikenal pasti menerusi kenyataan Currie (1952). pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti. sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan. Dalam Kamus Dewan 1994:1533 ) istilah sosio dianggap sejajar dengan sosial yang bermaksud perkara yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Linguistik pula merupakan disiplin yang mengkaji unsur bahasa. Dalam kata lain. serta memerhatikan kelompok sosial dan variabel bahasa yang digunakan. Ketiga. Dalam hal ini. yang berkaitan dengan masyarakat dan organisasinya. Keempat. khususnya unsur yang membentuk sistem bahasa. Di pihak lain. sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang memuat keahlian-keahlian berbahasa.menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events). retorika berfokus pada fungsi persuasif bahasa. yakni bahasa dan masyarakat saling mempengaruhi. Pertama. sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada level interaksi antara kelompok yang lebih besar. sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur bahasa dengan kriteria ekstralinguistik. Perbezaan lain adalah. topik pembicaraan dan seting pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184). dua komponen utama yang sering dijadikan bahan kajian sosiolinguistik ialah bahasa dan penutur bahasa berkenaan. pola hubungan bahasa dengan masyarakat boleh dihuraikan menerusi empat cara. Gabungan antara dua perkataan iaitu sosio dan linguistik dapat ditakrifkan sebagai disiplin ilmu yang mengkaji bahasa dan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut ( Hudson 1998 ). pendidikan. jenis kelamin. Retorika bertujuan untuk menentukan metode meyakinkan yang paling baik untuk kemudian bertugas menjelaskannya.

sehingga menyebabkan perubahanperubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. . menurut J.faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar. Dell Hymes juga menitikberatkan kajian sosiolinguitik dari segi penggunaan bahasa dengan rumusan kemungkinan pemakaian data dan analisis linguistik dalam disiplin lain yang berhubungan dengan kehidupan sosial.A. xiii-xiv). jenis kelamin. seperti7 status sosial. Contohnya. tingkat pendidikan. Sejajar dengan pendapat di atas. Selanjutnya. kepada siapa. . Eastman (1975. hubungan bahasa dengan kelas atau status pengguna. Dengan perkataan lain. iaitu siapa berbicara. dan sebaliknya. serta merupakan bahagian dari masyarakat dan kebudayaan tertentu. Menurut Wolfram dan Fasold (1974. di mana. iaitu interaksi faktor. kajian kepelbagaian bahasa dan dwibahasaan komuniti bahasa. dan kajian-kajian yang sekategori. sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan.Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa. sehingga bahasa dipandang sebagai sistem sosial dan sistem komunikasi. karakteristik fungsi bahasa. Rene Appel (dalam Suwito. sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting ). tingkat ekonomi dan faktor situasi. Menurut Dell Hymes (1966 ). 1981: 4 ). Rumusan sosiolinguistik menurut Appel adalah pembelajaran tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. kajian terhadap repetoir individu yang dikaitkan dengan konteks sosial. what language. Fishman (dalam Suwito. tajuk perbincangan. dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi. peserta (participan t ). berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. fungsi sesuatu interaksi. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri ( Nik Safiah Karim. umur. ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi. dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak. to whom. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama. Pemakaian bahasa (language use) merupakan bentuk interaksi sosial yang terjadi dalam situasi konkrit. 1985:5) mengungkapkan bahawa sosiolinguistik menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakaiannya dalam masyarakat. bila. pemakaian data dan analisis sosial dalam linguistik Manakala Fishman ( 1968 ) pula mengatakan bahawa sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. and when. bahasa dalam konteks sosialnya.115) menyatakan bahawa sosiolinguistik mementingkan kajian interaksi antara mementingkan kajian interaksi antara bahasa dengan latar belakang penggunaan bahasa. penggunaan sebenar bahasa. Menerusi beliau menerusi kajian sebegini sosiolinguistik berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat. 1985: 5) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. dengan bahasa apa.

Gabungan kedua-duanya mewujudkan ilmu sosiolinguistik yang merupakan bidang ilmu antara disiplin yang mempelajari bahasa di dalam masyarakat.15) lagi. Kedua. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi. segala sesuatu yang dilakukan manusia dalam bertutur akan selalu dipengaruhi oleh situasi dan kondisi di sekitarnya. serta proses sosial yang ada di dalam masyarakat manakala linguistik adalah ilmu bahasa atau kajian tentang bahasa. 8 Nabahan (1993.3) secara lebih khusus pernyataan di atas dapat digarap menggunakan tiga kajian. dan perancangan bahasa. analisis wacana. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas. Menurut Nababan lagi (1993. Menurut Downes (1998. iaitu kajian bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Sosiologi adalah kajian yang objektif dan ilmiah mengenai manusia dalam masyarakat dan mengenai lembaga-lembaga. Oleh itu. dapatlah dikatakan bahawa.0 . huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi 9 pertuturan berskala kecil. Pertama. kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas. ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. termasuk faktor konteks. kajian variasi.9) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendifinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial. dan kajian terhadap fungsi sosial dan penggunaan bahasa dalam masyarakat. faktor sosial dan budaya. dalam konteks perubahan sejarah. dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual. Downes (1998. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa. khususnya perbezaan-perbezaan (variasi) yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan faktor-faktor kemasyarakatan (sosial).2) pula menyatakan bahawa sosiolinguistik mempelajari dan membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa. kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang mengkaji makna. kerana dalam kehidupan bermasyarakat manusia tidak lagi sebagai individu melainkan sebagai masyarakat sosial. Secara kesimpulannya. geografi.Nik Safiah (1988) pula menyatakan bahawa kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. etnografi komunikasi. kajian yang menghubungkan faktor kebahasaan. analisis perbualan. kehormatan dan sebagainya. iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. 5. ciri-ciri dan ragam bahasa dengan situasi. sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). jantina. Abdul Chaer dan Agustina (1995:3) merumuskan sosiolinguistik sebagai gabungan dari kata sosiologi dan linguistik. Dewa Putu Wijana dan Mohammad Rohmadi (1996:7) telah merangkum semua pendapat tentang sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memandang atau menempatkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan pemakai bahasa di dalam masyarakat. semiotik sosial atau linguistik kritis.

Kamus Dewan edisi ke-4.Bidang-bidang Cakupan Ilmu Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa yang berkaitan dengan masyarakat termasuklah tentang bagaimana seseorang itu bercakap. Pergeseran Bahasa dan Peluputan Bahasa. faktor sosial. kelenturan. berkenaan sebagai alat pemikiran dan juga sebagai alat komunikasi. Komuniti yang berlainan telah dikatakan bahawa ramai . maksud bagi perkataan setia ialah teguh hati atau tetap hati. Jadi kewujudan mereka mungkin tidak begitu membantu memesatkan perkembangan bahasa Melayu. penyusunan frasa dan ayat-ayat tertentu dan sebagainya. pergeseran bahasa dan peluputan bahasa. bunyibunyi perkataan. berkesan dan sesuai dengan tugas dan situasi penggunaannya. pidgin. politik.1. keberkesanan dan keindahan (Abdul Hamid Mahmood. Sosiolinguistik juga adalah ilmu linguistik yang mengkaji sistem ganti nama. Konsep kesetiaan terhadap bahasa oleh pengguna bahasa/ ahli/ anggota masyarakat dapat ditakrifkan sebagai sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa. Pergeseran komuniti besar berkuasa iaitu golongan kelas menengah yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Bidang cakupan ilmu sosiolinguistik begitu luas untuk dikaji. dasar bahasa dan peranan media. migrasi. Bahasa yang sempurna itu adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik seperti berikut: • Kesetiaan terhadap bahasa. perbezaan sosial. pendidikan. dan kreol • Bilingualisme dan multilingualisme • Kesantunan bahasa • Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. komuniti besar berkuasa. Bahasa Melayu yang memiliki sifat kesempurnaan yang menjadikan bahasa Melayu itu tepat. sistem panggilan dan sistem gelaran dalam masyarakat Melayu. Kesetiaan Terhadap Bahasa. penyebaran dan promosi bahasa lain. variasi bahasa dan ragam bahasa • Bahasa kebangsaan. Penutur bahasa Melayu seharusnya bangga menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan tidak merojakkan bahasa Melayu. Manakala kesetiaan pula bermaksud keteguhan hati berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan. bahasa rasmi. cara menyebut perkataan. Penutur-penutur perlu yakin terhadap kemampuan bahasa. • Perancangan bahasa • Laras bahasa. Pergeseran bahasa meliputi komuniti yang berlainan. 1997: 85). kepelbagaian. • Sikap terhadap bahasa 10 5.

Kejutan yang paling utama adalah tentang terkuburnya semua sekolah aliran Melayu.2. Seterusnya. Peluputan bahasa dianggap sebagai zaman pemalapan bahasa Melayu. Misalnya. Misalnya golongan elit menggunakan bahasa Inggeris di dalam pertuturan seharian mereka manakala bagi golongan yang sederhana. Pergeseran bahasa juga wujud disebabkan oleh adanya penyebaran dan promosi bahasa lain. dasar bahasa dalam sesebuah negara juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. Kedudukan yang berbeza di antara masyarakat akan menyebabkan wujudnya pergeseran bahasa di kalangan mereka. Peranan media yang berperanan penting di dalam mewujudkan pergeseran bahasa misalnya media 11 bertanggungjawab menyalurkan pelbagai maklumat dalam pelbagai bahasa seperti dalam bahasa Melayu. 12 5. bahasa Cina dan bahasa Tamil. Begitu juga dalam sistem pendidikan di negara-negara ini. Kerajaan pada hari ini juga mengambil keputuan membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris di Institusi Pengajian Tinggi bagi tujuan mempertingkatkan ilmu dalam bidang sains dan teknologi dan yang paling kritikal penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pemimpin dimana para pemimpin ini tidak segan silu lagi menggunakan bahasa Inggeris di tempat-tempat sepatutnya digunakan bahasa Melayu. Zaman malap bagi martabat bahasa Melayu ini memberi cabaran yang paling besar kepada pejuang bahasa Melayu. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peluputan bahasa.orang memegang pandangan umum iaitu setiap kaum itu memutuskan satu bahasa. dan setiap satunya menuturkan bahasa yang berlainan. Misalnya. Dasar seperti ini seolah-olah menggambarkan bahawa bahasa Melayu Sentral dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain yang periferal. Tamatnya era persekolahan Melayu ini bermula dengan penutupan sekolah rendah sebanyak 41 buah dan 13 buah sekolah menengah. Setiap kaum sebenarnya mempunyai subkaum. dalam sesuatu mesyuarat rasmi kerajaan( mesyuarat yang 90% daripada anggotanya terdiri daripada orang Melayu dan dipengerusikan oleh orang Melayu) di dapati lebih 80% bahasa yang digunakan ialah bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris bercampur Melayu. bahasa Inggeris. padahal bahasa Melayu adalah bahasa rasmi. Pada masa kini. bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua manakala bahasa Inggeris dijadikan bahasa pertama dan bahasa pengantar semua mata pelajaran lain di semua sekolah nasional. Seterusnya. Penggunaan bahasa Melayu amat rendah. Misalnya dasar bahasa di Singapura bahawa terdapat empat bahasa rasmi. Berlaku juga dalam penggunaan Bahasa Melayu di Sektor Korporat dan Swasta berada di bawah paras bahaya dan amat membimbangkan. bahasa Tamil dan sebagainya. bahasa Inggeris. malah ada golongan tertentu seperti yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa pihak swasta memusuhi bahasa Melayu. Perancangan Bahasa . kerajaan Malaysia telah mewujudkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolahsekolah tetapi dengan memberi pemberatan kepada bahasa Inggeris. tetapi pemerhatian yang lebih rapat terhadap setiap kaum akan mendedahkan keadaan yang sangat berbeza. bukan bahasa Inggeris. iaitu bahasa Melayu. perbezaan sosial juga menyebabkan berlakunya pergeseran bahasa. sesetengah individu atau organisasi lebih suka menyebarkan dan mempromosi bahasa lain. mereka tentu menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan mereka. Seterusnya.

Sebenarnya perancangan bahasa bukanlah satu perkara baru. Mereka tidak akan mampu belajar bahasa Inggeris dengan baik. kita lihat apakah langkah-langkah perancangan bahasa yang dilakukan di Malaysia bagi membina identiti sendiri. Fungsi tersebut ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran negara. Sebagai bahasa kebangsaan. Kejayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendiditan memang tidak dapat dinafikan. Apabila dimerdekakan mereka mula membangunkan negara bangsa masing-masing. Ini termasuklah Malaysia.) Akademi Sains Malaysia (ASASI). pendidikan menengah dan tinggi hanya dalam bahasa Ingerís. 5. Pendidikan sampai kepada semua lapisan rakyat.1 Perancangan Taraf Bahasa Kebangsaan Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. dan sekali gus tersisih daripada pendidikan. dan tidak pun sampai ke universiti setiap tahun. alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. buat pertama kalinya. Ini menyebabkan penduduk-penduduk asli negara-negara tersebut mundur dan identitinya tertekan. Apabila manusia sudah mula membina sistem tulisan.2. Bilangan pelajar Melayu yang sampai ke universiti dalam bidang sains boleh dikira dengan jari. Dasar ini dijangka akan membawa penduduk luar bandar. ahli sains dan lain-lain. Ada banyak dasar yang dibentuk dalam membina negara dan identiti Malaysia yang melibatkan perancangan bahasa. dan digunakan 13 sebagai bahasa penghantar pendidikan. para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara. Inilah dasar yang membolehkan. Dasar ini banyak dibantah oleh Badan Bukan Kerajaan seperti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). jurutera. dan juga mendemokrasikan ilmu. Bahasa Melayu telah mendemokrasikan pendidikan. Itupun dalam bidang sastera. pelajar Melayu dari luar bandar mendapat pendidikan melalui bahasa sendiri. Itulah sumbangan terbesar Tun Abdul Razak Hussein kepada bangsa Melayu.Mereka menyusulkan supaya sains dan matematik terus diajar dalam bahasa . negara-negara ini tidak lagi terpaksa menggunakan bahasa penjajah bagi urusan pentadbiran dan pendidikan. ada beberapa langkah yang dilakukan bagi membina bangsanya. Dalam kurun yang lalu. dan kawasan miskin di bandar kembali kepada keadaan sebelum merdeka. Ini adalah langkah yang dikenali sebagai perancangan taraf Bahasa Melayu diberi taraf dan martabat baru. Penjajah bukan sahaja menguasai negara itu daripada segi politik. Tuan Abdul Razak Hussein. tetapi juga daripada segi bahasa dan budayanya.Perancangan bahasa dianggap sebagai sebahagian daripada sosiolinguistik. Pada masa itu hanya sepuluh pratus anak-anak Melayu yang mendapat pendidikan sekolah menengah. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA. Dasar ini dibentuk oleh Menteri Pelajaran pertama Persekutuan Tanah Melayu iaitu. Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya menjadi Malaysia selepas 1963. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). estet. Mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. banyak negara yang merdeka daripada kuasa yang menjajahnya. maka itu sudah mula dianggap sebagai suatu aspek perancangan bahasa. Namun dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik pada tahun 2003. Oleh sebab itu. Selepas merdeka. pada zaman penjajahan Inggeris. Pertama. Anak-anak Melayu dari luar mula menjadi doktor. Perancangan bahasa adalah satu bidang yang dimasukkan ke dalam perancangan negara. bahasa Melayu diberi fungís-fungsi khusus. dan lain-lain.

Sistem ejaan yang digunakan sekarang adalah hasil usahanya. Variasi Bahasa dan Ragam Bahasa Dalam kehidupan sehari-hari manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Ada dua aspek pengsian ini. hasrat dan seumpamanya. Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai yang termaktub dalam akta penubuhannya. Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan pada tahun 1956 di Johor Bahru. baik ejaan rumi mahupun jawi. Masyarakat yang maju sudah mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan kemajuan. dan universiti. sastera. hubungan antara pembicara. Bahasa boleh digunakan untuk menerangkan hal-hal mengenai sejarah. 5. dan penggunaannya. Perancangan begini dipanggil perancangan bahan.2. Dewan Bahasa dan Pustaka pula mencipta istilah-istilah ilmu yang diperlukan. perubatan dan berbagai bidang lain. 2005a: 355). Badan-badan bukan kerajaan ini sama sekali tidak menentang pembelajaran bahasa Inggeris. bidang dan peristiwa. agama.2 Perancangan Bahan. sains. pertanian. Ab. perkataan. Bahasa digunakan oleh masyarakat untuk memperkatakan bermacam-macam hal. sekolah menengah. Bagi membolehkan bahasa Melayu menjalankan fungsi tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya menyusun sistem ejaan baharu bagi Bahasa Malayu. waima secara lisan atau penulisan (Nik Hassan Basri Nik. tatabahasa.3.3 Pengisian Bahasa Melayu Satu lagi usaha Dewan Bahasa dan Pustaka yang banyak mencapai kejayaan ialah rancangan pengisian bahasa Melayu.Melayu sebab dasar ini terbukti berjaya. Selama hampir 50 yahun.2. Laras bahasa dikenal sebagai kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan. Kemudian Dewan Bahasa dan Pustaka dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun berikutnya. Kadir. Pada tahun 1955. semasa Persekutuan Tanah Melayu merdeka. istilah. Bukan bagi mengajar sains dan matematik di sekolah. pendapat. ekonomi. Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi sebuah bahasa moden. Laras Bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam masyarakat. . aspek. dan situasi pembicaraan. maka bahasa Melayu itu sendiri perlu dibina daripada segi sistem ejaan. 15 5. dan sekiranya perlu diberi penekanan yang lebih kuat. 14 5. Bagi menjalankan tugas-tugas ini. bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah-sekolah rendah sahaja. maktab. perasaan. banyak buku ilmu dikarang atau diterjemahkan bagi kepentingan sekolah rendah. iaitu bahasa itu sendiri dijadikan bahan perancangan. Banyak hasil sastera dihasilkan dan ramai penulis dilahirkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bidang peristilahan pula. Pertama. Bahasa digunakan untuk menyatakan buah fikiran. sastera Melayu juga berkembang pesat. Kedua. Sejak awal merdeka lagi kerajaan sudah menyedari perlunya bahasa Melayu dirancangkan bagi menjalankan fungsinya sebagai bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran. Cuma mestilah bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Pada masa ini bahasa Melayu digunakan bagi menyampaikan ilmu di maktab dan universiti.

Idiolek. Walaupun namanya berbeza. sudah wujud berbagai-bagai kelainan bahasa atau variasi bahasa mengikut daerah yang berlainan. 1979:1 ). Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia.Menurut Halliday (1968) laras merupakan variasi bahasa yang berdasarkan fungsi. dalam majlis rasmi. Kalimantan dan sebagainya. variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. 1993: 29). Dialek. tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai menyebabkan mereka merasa mempunyai bahasa yang berbeza (Meillet. Halliday membezakan dialek dengan laras bahasa berdasarkan dua faktor. jawa. Bahasa mempunyai masyarakat penuturnya sendiri. kedudukan sosio-ekonomi penutur yang berbeza-beza. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Seseorang penutur akan mengubah laras bahasanya bergantung kepada situasi. Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina.bahasa yang formal. Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani dialektos yang pada mulanya dimulakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya (Ayatrohaedi. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. cara percakapan dilakukan sama ada lisan atau tulisan. bentuk percakapan. Demikian juga terdapat variasi-variasi Bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktorfaktor sosial. dialek sosial. iaitu idiolek. Lampung dan Orang Laut. Nias. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Misalnya. Seterusnya 16 dialek kawasan. Menurut Chambers 1983. Oleh itu. Di Malaysia. Makin luas daerah penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari sagi penggunaannya. Laras berubah mengikut situasi. jenis pekerjaan. 1967:69). iaitu pengguna dan penggunaanya. iaitu dengan siapa seseorang itu bercakap. seperti dialek Kelantan. Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu antaranya. Sumatera. Kelainan bahasa atau variasi bahasa berdasarkan daerah itu disebut dialek. dialek adalah variasi daripada satu tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam . Di Yunani terdapat perbezaanperbezaan kecil didalam bahasa yang digunakan oleh pendukungnya masing-masing. sepeti latar belakang pendidikan. (Nik Safiah Karim dan rakan-rakan. cabang Nusantara. Makin banyak jumlah penuturnya. bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia. Dialek Johor dan seumpamanya. dialek kawasan atau loghat. variasi bahasa iaitu kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. Bahasa Indonesia di Indonesia. kosa kata dan tatabahasa. tajuk percakapan. Acheh. Istilah dialek sosial yang dikaitkan dari segi penggunaan. dialek Perak. ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Pei. orang akan menggunakan bahasa. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak. misalnya. Mengikut Mario A. Minangkabau. dan penutur-penutur dialekdialek ini pula saling faham-memahami antara satu sama lain. bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek. suasana.

aspek bidang. Seterusnya. misalnya Bahasa Melayu. iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan stilistik di dalam dialek-dialek tersebut. tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami diantara satu sama lain ketika berkomunikasi. seperti bahasa Melayu pasar. setiap dialek setempat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pei. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. intonasi. variasi Bahasa Melayu Moden. tetapi kelainan tersebut tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. ayo. keadaan. Teew 1961:43).Dialek berbeza dari segi: a Sebutan Contoh: Perkataan ``air’’ disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq. ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks.dan–kan. terdapat idiolek-idiolek. c. . semasa mengajar atau bertutur dengan orang yang kita tidak kenal mesra atau lebih tinggi status dan pangkatnya. Semua kelainan ini disebut dialek. dan tempat. Terdapat dua jenis ragam bahasa. variasi Bahasa Rasmi. seperti urusan surat-menyurat. Seterusnya. Pei 1966:119). B Gaya lagu bahasa Contoh: Dialek Melayu Sabah biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan. variasi bahasa kacukan. (A. tatabahasa 17 atau penggunaan kata-kata tertentu. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi perkara tersebut tidak harus terkeluar daripada had saling kefahaman yang menentukan bahawa kelainan-kelainan itu masih tergolong dalam satu bahasa. Bahasa Arab atau Bahasa Jepun mempunyai banyak variasi atau kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur-penuturnya untuk pelbagai macam tujuan. Bahasa Melayu sekarang ini telah menjadi bahasa Kebangsaan negara ini dan sejak 13 Mei 1969 bahasa tersebut dikenal sabagai Bahasa Malaysia (Asmah Haji Omar 1976:1). (Mario A. variasi cakap mulut. Bahasa Malaysia sekarang merupakan bahasa standard yang menjadi bahasa pengantar di Malaysia. Bahasa formal mengambil kira sebutan. dan Variasi Bahasa Melayu Baku. Dialek mempunyai bentuk tertentu yang dituturkan dalam kawasan tertentu dan berlainan dari bentuk standard baik dari segi sebutan. Tatabahasa 18 Contoh: penggunaaan imbuhanper . Kini sudah wujud pelbagai variasi Bahasa Melayu. variasi cakap surat. 1960: 56). Mereka mendapati bahawa satu-satu bahasa itu. Dialek-dialek setempat di Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Malayu. iaitu kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan. Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50 ). Perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor). dan kelainan stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan (Mario A.satu-satu masyarakat bahasa. (d) Kosa kata Contoh: kəpitiŋ (dialek Melayu Sabah bermaksud ketam) Kesedaran bahawa bahasa itu mempunyai variasi-variasinya sudah lama dibincangkan oleh ahli-ahli bahasa. secara umumnya. Bahasa Inggeris. variasi Bahasa Melayu Lama. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Contoh. umumnya perkataan atau sebarang unsur bahasa lain. Contoh. Bahasa rasmi menyatakan taraf sesuatu bahasa. profesor dan sebagainya digunakan sepenuhnya dalam perbualan formal. Percampuran kod berbeza dengan pertukaran kod. kata gelaran digunakan selengkap-lengkapnya. bahasa formal juga memerlukan intonasi yang sempurna. bersesuaian dengan konteks. tuan dan kata gelaran jawatan seperti doktor. Cuma satu bahasa atau kod lain digunakan untuk memerikan suatu kesan tertentu. ‘Makcik duduk kat P. pilihan perkataan. inspektor. Seterusnya penggunaan kata gelaran dalam bahasa tidak formal tidak terdapat kata gelaran lengkap yang digunakan. di sana ada pasar malam. nahu. Oleh tu. . Bahasa formal biasanya memerlukan penggunaan nahu yang lengkap dan tidak melanggar hukum tatabahasa Melayu. ‘Saya tinggal di Petaling Jaya. iaitu percampuran kod. Kadang-kadang ganti nama bahasa Inggeris ‘I’ dan ‘you’ digunakan untuk menggambarkan unsur kemesraan antara sahabat karib. Terdapat perbezaan yang ketara antara bahasa tidak formal dengan bahasa formal iaitu dari segi pilihan ganti nama. Bahasa tidak formal menggunakan nama sendiri bagi ganti nama orang pertama. Manakala dalam bahasa formal. mahu→mau. lengkap dan memerlukan segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam konteks formal. ‘Encik tinggal dengan siapa?Tidakkah encik berasa sunyi tinggal seorang diri?’. bahasa formal lebih mementingkan penggunaan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan bahasa itu. penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya. Bahasa tidak formal ialah bahasa yang digunakan dengan tidak mengambil kira sebutan. Selain itu. Secara ringkasnya. Contoh. hendak → nak. Dalam bahasa formal tidak terdapat langsung kata singkatan kerana bahasa ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang lengkap dan teratur. adik →dik. puan. Macam-macam barang boleh 20 beli’. Contohnya. penggunaan peribahasa dan budaya sesuatu bahasa itu sepenuhnya.pilihan perkataan. ‘Imah tak mau ke bandar sorang-sorang’. 19 Manakala bahasa tidak formal merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-hari. kat sana ada pasar malam. khususnya dengan orang yang kita kenal mesra. Ia digunakan dengan betul dan teratur. Pertukaran kod ialah penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal. ganti nama yang berpadanan dan kata-kata aluan yang tersusun rapi. tidak → tak. bapak→ pak. ‘Saya tidak mahu ke bandar seorang diri’. manakala bahasa formal merujuk kepada keadaan penggunaan sesuatu bahasa. Bahasa formal tidak sama dengan bahasa rasmi. intonasi. cikgu. Contoh : I suka menggunakan komputer kerana ia sophisticated dan mempercepatkan kerja-kerja pejabat I yang bertimbun-timbun. Perbezaan dari segi penggunaan kata singkatan atau unsur kependekan dalam bahasa tidak formal kata singkatan banyak sekali digunakan. Contoh. Kami boleh membeli segala macam barang . Kod dalam bahasa ialah unsur-unsur bahasa yang digunakan dalam perhubungan. Seperti. Manakala dalam bahasa formal nama sendiri tidak boleh digunakan untuk menggantikan saya. Kata gelaran hormat seperti encik. ‘Pakcik duduk dengan sapa? Tak sunyi ke pakcik duduk sorang-sorang?’. Percampuran kod merupakan salah satu ciri yang paling menonjol dalam Bahasa Melayu tidak formal. bahasa formal bersifat lebih rasmi den teratur dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan. Bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur. Bahasa tidak formal dapat dilihat melalui cirinya yang ketara.J. Contoh. nahu.

Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia. Bahasa Mandailing dan sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang berhijrah dari kepulauan Indonesia. Setiap negara yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati diri bagi negara yang meredeka. aspek intonasi dalam bahasa tidak formal. Arab.4. Contoh dalam bahasa formal. Bahasa Acheh.Contoh. ‘I tak dapat ambik anak I from school hari ini. Hokkien. 21 Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera. Mungkin dia ada di rumah’. ‘Saya tidak dapat menjemput anak saya dari sekolah hari ini kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting’. khususnya negara yang mencapai kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. terdapat bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa Tamil. Soalnya. terdapat juga bahasa Jawa. Pidgin. Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa Inggeris. budaya kebangsaan. Akhir sekali ialah bahasaKr eol dalam kalangan orang- . dan Kreol 5. Banggali. Ketiga. bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan sebagai bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan difahami umum. Contoh. unsur ini banyak digunakan dalam perbualan. Kedua. Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara. 1970: 58. Seterusnya. mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini? Sememangnya. Selain itu. ‘Awak ini asyik termenung sahaja. di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti Bahasa Melayu. unsur ‘-lah’ dalam bahasa tidak formal. percampuran kod atau penggunaan kata-kata daripada bahasa lain seperti bahasa Kantonis. Di Malaysia bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Bahasa Iban (di Sarawak). Inggeris dan Tamil ke dalam bahasa Melayu sering digunakan dalam perbualan. Manakala dalam bahasa formal unsur ini tidak digunakan. intonasi mengiringi ungkapan-ungkapan yang lebih pendek dan tidak memberikan pola intonasi sepenuhnya manakala dalam bahasa formal. negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Selain itu. Cuba telefon buah hati awak.4 Bahasa Kebangsaan. seperti dalam ayat penyata dan ayat tanya. Kelima. Telugu. Bahasa Rasmi. dan Urdu. intonasi lebih lengkap digunakan untuk menggambarkan segala pola intonasi.keperluan’. ‘Kau ni asyik termenunglah. Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih mempunyai pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negaa kita. Contoh. adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik. Telefonlah buah hati engaku tu. lagu kebangsaan dan seumpamanya. Manalah tahu kot-kot dia ada kat rumah’. di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti bendera kebangsaan.1 Bahasa Kebangsaan Menurut Kamus Dewan. Hindustan. Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya. di Malaysia terdapat juga bahasa orangorang asli. percampuran kod dalam bahasa tidak formal. I ada meeting hari nilah’. bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan oelah ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. Pertama. 5. bunga kebangsaan. Seterusnya. dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera.

bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal. iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina. kita dapat membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian. dan sebagainya. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda juga paling tinggi jumlahnya. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh. bukan bahasa yang datang dari luar. Pun begitu. Sesebuah negara. Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris. Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia. dialek Johor.2 Bahasa Rasmi Menurut Kamus Dewan (1970: 59). tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. dialek Pulau Pinang. 23 5. dan bahasaPidgin atau bahasa pasar. Dialek Melayu Sarawak. bahasa-bahasa orang asli. Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri mengikut daerah-daerah tertentu. dialek Terengganu.orang Portugis di Melaka.puluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu. dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem tulisan yang sempurna. iaitu bahasa bumiputera dan bahasa bukan bumiputera. 22 Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai jumlah pemakai yang banyak. dialek Melayu Sarawak dan sebagainya. Pedagang-pedagang dari negara China. Bahasa Jawa. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah. Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita memilih Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan . Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam. dan sebagainya. dialek Melayu Sabah. Tamil. Bahasa Acheh.4. Inggeris dan seumpamanya. dialek Kelantan. dan mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain. mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak. dialek Pahang. Banyak lagi faktor lain yang menyokong pilihan tersebut. bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. dialek Negeri Sembilan. Bahasa-bahasa ini dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini merupakan bahasa penduduk asal negara ini. bahasa Melayu yang digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di sekolah-sekolah. India dan Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka. dialek Melayu Sabah. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah percakapan dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari daerah yang sama bagi mereka. dialek Perak. Antaranya termasuklah faktor bahasa Melayu itu merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa bumiputera yang lain tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu.

bahasa pasar dihuraikan sebagai berikut: “Due to the intermingling between the Malay and the non-Malay. Maksudnya bahasa pasar tidak gramatis sifatnya jika dibanding dengan bahasa baku. You free tak malam ni. You datanglah my house and kita boleh study sama. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil. Di negara Singapura keadaannya agak berbeza. ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu. tidak dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan. tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat jelata. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya. iaitu bahasa ibunda penutur itu. gaya yang dipakai ketika orang-orang Melayu bercakap sama-sama Melayu dinamakan ‘gaya cakap mulut sahaja’ dan jika yang dipakai di antara orang Melayu dengan bangsa lain atau di antara orang bangsa lain yang berlainan bangsa dinamakan ‘bahasa pasar’. Bahasa pasar atau pidgin tidak mempunyai sistem tatabahasa yang tertentu. atau bahasa penjajah. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin. 1996: 88). Dari segi intonasi atau lagu bahasa juga. Bahasa pasar merupakan bahasa yang bercampur aduk antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya. Bahasa itu. Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan. 24 Menurut Asmah Haji Omar (1982: 99). This form of communication uses Malay words which are fitted into other structural muduls in particular the Chines and Tamil ones”. didapati terpengaruh oleh intonasi bahasa asing seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Bahasa Benggali. a. Lazimnya kata-kata Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan kata bahasa asing dan mengucapkannya mengikut struktur ayat bahasa asing. Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. 5. maka kata-kata daripada bahasa Cina dicampuradukkannya dengan Bahasa Melayu. dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bangsa dan bahasa. . there is arisen pidgin Malay known locally as Bahasa Pasar. Family I tak de so u boleh temankan I kat umah. Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi. mostly in the market place. Penutur bahasa pasar menggunakan kata-kata dalam Bahasa Melayu dengan dicampur aduk dengan bahasa asing. Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dan sebagainya. boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara. Jika pentutr itu orang Cina.3 Pidgin Pidgin juga dikenal sebagai bahasa pasar (Kamus Dewan.bahasa rasmi negara.4. Berikut diberikan beberapa contoh bahasa pasar: a. Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Menurut Za’ba.

Lu beli manyak-manyak. maksudnya. Beliau menyatakan antara bahasa Malayu pasar termasuklah bahasa Melayu-Cina. penggunaan komunikasi yang terdiri dari bahasa dominan. Pertama-pertama itu budak kecil mesti selalu cukup bersih. Mereka mengucapkan Bahasa Melayu pasar mengikut telor bahasa mereka. lagi lebih bersih dan senang boleh dapat. Itu emak punya susu dia punya makan yang lebih baik sekali. Namun. Sebagian besar bahasa Kreol ini berakar dari bahasa-bahasa Indo-Eropa sebagai bahasa dasarnya. Orang asing yang menggunakan bahasa pasar tidak pandai menuturkannya mengikut sebutan orang Melayu. Ini ikan cukup baik le. 1993:33). Seterusnya. Kajian umum menunjukkan (khususnya yang dilakukan oleh Derek Bickerton) bahawa bahasa-bahasa kreol yang ada di dunia menunjukkan adalah kesamaan. Melayu-Baba. Orang Melayu pula suka memudahkan sebutan Bahasa Melayu dan menyebutnya juga mengikut telor bahasa asing supaya maksudnya senang difahami. dan Melayu – Inggeris. dengan kosakata yang sangat sederhana. Melayu-Tamil. khususnya dari segi tatabahasa yang terarah pada teori tatabahasa universal. bahasa kreol berkembang kerana berkumpulnya berbagai orang dari latar belakang yang berbeza. supaya mereka dapat menjadi contoh kepada orang-orang bukan Melayu. (Dipetik daripada Pelita Bahasa Melayu) 5. Sejak itu. Lagi satu mesti ingat-ingat kasi itu budak makan dia punya emak punya susu saja. 5. dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menggunakan istilah bahasa kacukan bagi bahasa pasar. Jangan susu lain. Berikut diperturunkan contoh Bahasa Melayu pasar yang diberikan oleh Za’Ba. Nas boleh tunjuk apa macam mahu kasi mandi itu budak. lebih baik sekiranya orang Melayu jangan ‘merendahkan’ taraf Bahasa Melayu yang baik. Dengan demikian Bahasa Melayu baku dapat diwujudkan dengan lebih cepat. Pada mulanya bahasa inilah yang disebut Pidgin. Dia naik itu api kereta. Lu pilih dulu cali beto-beto baik punya. “Saya boleh ajar apa macam menjaga itu budak. Saya punya anak hari-hari dia surat khabar baca. Wa cakap beto. terpengaruh oleh kosakata-kosakata yang dibawa oleh orangorang tersebut. manyak mulah oi. Sifat ini sering diperkatakan sebagai sifat orang Melayu zaman-berzaman. b.4 Kreol Bahasa Kreol merupakan keturunan dari bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakang berbeza-beza. (Nik Safiah Karim.Lu mau beli ikan ke. ketika mengalami proses kreolisasi. tidak lama dia nanti cukup baik dan sihat. iaitu sifat sedia menyesuaikan diri dan pertuturan mereka dengan persekitarannya dengan tujuan untuk lebih mudah dan senang difahami. pada saat kita sedang memupuk Bahasa Melayu moden ini. tidak kena belanja”. Sepatutnya. ragam Bahasa Melayu jati. 25 Za’ba.4. tata bahasanya mengalami perkembangan sehingga menjadi bahasa yang stabil dan terpisah dari bahasa induknya. .5. dalam suatu daerah terjadi pertembungan antara penduduk asli dan pendatang yang satu sama lain berbeza bahasa. wa tak tipu lu la. Bahasa Kreol ini juga dipengaruhi oleh 26 kosakata-kosakata yang dibawa oleh para penuturnya. Melayu Benggali. Hari-hari dia sekolah pagi.

menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer & Leonie Agustina. Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan kedua. Berikut dinyatakan pendapat beberapa orang tokoh : 27 a. dia berdwibahasa. selain istilah bilingualisme. it is very common that people develop some knowledge and ability in a second language and so become bilingual. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam interaksi dengan orang lain. penguasaan terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya. Pertama. Seseorang bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan memahaminya sahaja. b. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. sesebuah bahasa akan menjadi dominan. Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanak-kanak yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan. mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing. d. e. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional ability in a second language.” Bilingual merupakan suatu kemampuan seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih. jika bahasa keduanya kurang mahir juga dikira sebagai bilingualisme. iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti. bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina. Haugen (1961). iaitu bahasa yang melibatkan proses terjemahan daripada bahasa dominan. Dalam keadaan bilingualisme. c. tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. . Bernard Spolsky (1998) menyatakan “speakers of a single language (putative monolinguals) control various styles and levels of that language. Orang yang menggunakan dua bahasa tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Maksudnya. akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya. 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian. terdapat istilah multilingualisme atau aneka bahasa. Bloomfield (1933) dalam bukunyaLanguage mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan seseorang penutur untuk menggunakan dua bahasa dengan sama baiknya. This may vary from a limited ability in one or more domains. dan yang lain menjadi ‘subordinat’. Menurut Haugen lagi.1 Bilingualisme Penutur bilingualisme ataubilingualism juga dikenali sebagai penutur dwibahasa atau lebih dari satu bahasa. to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced bilingualism)”. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan “kedwibahasaan” (untuk kebiasaan) dan “kedwibahasawanan” (untuk kemampuan) dengan menggunakan istilah “bilingualisme” dan “bilingual. Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain.dua bahasa. Secara umumnya.5.Bilingualisme dan Multilingualisme 5. iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau penutur bilingual.

Multilingualisme pada umumnya dihubungkan dengan masyarakat multilingual. 1996:48). Pada mulanya kedwibahasaan selalu didefinisikan sebagai native control of two languages atau mempunyai dua bahasa seperti menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld. Oleh itu. apabila dewasa kita mengenali bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan turut menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan masyarakat Melayu misalnya. Manakala ‘lingua’ pula membawa maksud bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa Oxford:233). 29 5. Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat atau keadaan (dalam waktu yang pendek atau lama).28 Weinreich (1968:1) menjelaskan. dan Ain Nadzimah Abdullah). 1993: 28). maka kerana itulah kita menggunakan bahasa-bahasa lain mengikut persekitaran. bilingual” ertinya ‘peristiwa pemakaian dua bahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut kedwibahasaan. 2000. Ini bermaksud multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai serta kepelbagaian penggunaan bahasa atau aneka bahasa. Mereka mungkin lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. bilingualisme ialah satu fenomena kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart. Kedwibahasaan. and the person involved. Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang lama. maka ia disebut penutur bilingual seimbang atau disebut oleh Halliday (1964) ambilingualisme atau dalam peristilahan kita penutur ambilingual (Nababan. 1968: 56). kita diajar sejak kecil lagi menggunakan bahasa Tamil. 1992. dan memakai bahasa yang kedua kalau dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama). dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan’. Sesetengah negara .5. NairVenugopal. 1993: 33). kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya. Tiga bahasa yang digunakan oleh penutur multilingual inilah yang mewujudkan multilingualisme. Di Malaysia bukan luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang bilingual (kefasihan serupa dalam dua atau lebih bahasa) dan sesiapa yang semilingual (kekurangankekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan monolingual). Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah kedwibahasaan bersifat nisbi atau relatif (Suwito. adalah bahawa tidak semua yang mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari. Sebagai contoh. “the practice of alternately using two languages will be called bilingualisme. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan. Jadi jelaslah di sini multilingualisme adalah kepelbagaian penggunaan bahasa. Ini bermakna kita mempunyai semangat perpaduan dan kemajmukan yang tinggi. masyarakat yang menggunakan lebih dari satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota masyarakat. iaitu jika kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang sama.2 Multilingualisme ‘Multi’ ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian (Kamus Dewan Edisi Ketiga:906). Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak juga penutur pelbagai bahasa. Hubungan logik antara bilingualisme dan penutur bilingual.

Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan sebagai multilingualisme. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. dan menjadi aktif sama ada melalui bercakap dan menulis atau pasif dengan cara mendengar dan membaca. kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang menguasai bahasa kedua. yang dipanggil kecekapan komunikatif. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan). 30 Multilingualism boleh dirujuk untuk satu kejadian mengenai satu penutur yang menggunakan dua atau lebih bahasa. orang yang mendapati bahawa terdapat kepentingan dalam konteks kehidupannya untuk mempelajari bahasa kedua seperti individu yang terlibat dalam bidang perniagaan. Individu-individu pelbagai bahasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu bahasa sepanjang zaman kanak-kanak namun bahasa-bahasa lain mungkin diperolehi secara langsung atau tidak langsung. iaitu Compound Bilinguals. penduduk-penduduk yang mendiami kawasan sempadan antara dua negara. ibu bapa akan menerapkan konteks baru penggunaan bahasa kedua tersebut. sebuah masyarakat yang mana menggunakan dua atau lebih bahasa. penutur tersebut mungkin tidak mempunyai keseimbangan dalam pertuturannya.dan Subordinate Bilingual. bahasa Cina dan bahasa Tamil di samping bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas. atau antara individu-individu yang menggunakan bahasa-bahasa lain. Ia juga mungkin ditafsirkan sebagai penutur bukan asli seperti masih dapat berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Coordinate Bilinguals. Walaupun seseorang penutur multilingual amat cekap dalam dua atau lebih bahasa. Ahli bahasa mengkategorikan kecekapan berbahasa ini kepada tiga kategori. gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. boleh menjadi aktif atau pasif. iaitu bahasa Melayu. iaitu orang yang minat akan bahasa asing selain bahasa ibundanya. penghijrahan oleh kaum imigran. dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran komunikasi lebih satu bahasa. 5. pengumpulan maklumat. dan lain-lain. di mana ia merujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara 31 . anak yang bertutur dalam bahasa Melayu standard tetapi ibu bapanya bertutur dalam dialek ibunda. Dalam takrif yang lebih luas. tidak biadab atau kurang ajar.6. iaitu melalui pendidikan formal atau pendidikan tidak formal. Sebagai contoh negara Singapura yang mempunyai empat bahasa rasmi. Kesantunan Bahasa Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponen sosiolinguistik dalam pendidikan bahasa. Multilingualism boleh dengan tegas ditafsirkan sebagai penutur asli seperti dalam dua atau lebih bahasa. Dalam konteks ini. bahasa kebangsaan atau bahasa daerah. seseorang multilingual boleh berkomunikasi lebih satu bahasa. Terdapat beberapa ciri penutur multilingual. Lebih mudah jika dijelaskan bahawa tiga bahasa adalah digunakan untuk menggambarkan situasi-situasi dalam mana dua atau tiga bahasa-bahasa yang terlibat. hiburan dan sebagainya.bersifat multiligual kerana negara-negara ini mempunyai dua atau lebih bahasa rasmi. kanak-kanak yang ibu bapanya bertutur dalam bahasa yang berlainan seperti. Seterusnya. nada.

Perhubungan untuk menyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnya antara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruh jagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas. Bahasa bukan setakat alat untuk menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata. sama ada ia sesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya. Bahasa Melayu sering dikaitkan dengan bahasa yang indah. Maka dengan bahasa yang kita gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita. Ini adalah kerana bukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatu aspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan. Namun pada masa kini. Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran. Selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. beradab dan bersopan. dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskan perasaan marah atau kekusutan . Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakat itu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. yang merah itu saga. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainya menggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. sopan dan lembut yang diperlihatkan melalui pertuturan kita. Walau bagaimanapun. tiada kata tiadalah bahasa. iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa. lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain. tetapi turut berperanan dalam menyampaikan perasaan prejudis penggunanya. Bahasa sebenarnya wujud kerana kata. 32 sosiobudaya kita. kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Singkatnya. Kerana bahasa juga. mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa si penutur maka terkeluarlah katakata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya. bahasa adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagi menggambarkan budi seseorang. kita menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan penanda-penanda sopan. yang indah itu bahasa. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. yang baik itu budi.individu yang berkomunikasi. kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itu bersifat khusus. Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkat kesantunan si penutur. pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkan oleh gangguan emosi. siapa kita. Yang kurik itu kundi. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orangorang Melayu yang dianggap pemalu. 1988:31). asal usul kita. Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.

Ini adalah cara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam serta menaikkan imej perkhidmatan. tetapi juga untuk guru. padahal si penutur tidak pernah berniat untuk berbuat demikian. para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurang pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah. nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasi dan sekeliling. Oleh itu. rakan sekerja dan para pelanggan yang memerlukan khidmat kita. Maka berucap salamlah ketika bertemu. Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayu dan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga boleh menjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakat Melayu. Maka kita harus menggunakan bahasa yang bersesuaian.fikiran. Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalam bahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialah berkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resam berbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harus mematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu. Senyuman yang diberikan haruslah ikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Di mana sering kali terjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduh pihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya. Terdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa." Kepentingan kesantunan berbahasa bukan sahaja untuk keluarga. bersopan dan sentiasa ingin membantu. yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang menepati situasi dan kehendak sosial. di antaranya ialah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan berbahasa ketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiada satu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasa ketika berinteraksi antara satu dengan yang lain. Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi kerana kesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi 34 . misalnya si penutur 33 sengaja menuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka. penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara. kita harus mempertahankan penggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Terdapat juga pelbagai situasi yang berbeza yang menuntut kita. Sebagai kesimpulan. dan besar kemungkinan juga tidak disengajakan kerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut. Walau bagaimanapun.

bahasa.7. PualuPinang. dan ulama-ulama serta pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan India yang pulang ke Nusantara telah melakukan kerja mubaligh mereka dengan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa lisan penyampaian ilmu agama Islam dan juga sebagai bahasa penulisan dalam kita-kitab yang ditulis mereka.7 Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan dan Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu. Pada waktu itu Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa ilmu dan bahasa falsafat. iaitu dengan kemasukan agama Islam ke Nusantara. Singapura pada tahun 1878 untuk melatih guru-guru Melayu bagi Negeri-negeri Selat. dan keempat sebagai bahasa pentadbiran dan diplomatik. sehingga pedagangpedagang. para ulama tempatan yang pulang dari menuntut ilmu di Timur Tengah. selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Pada masa orang-orang Eropah datang ke sini. mubaligh-mubaligh. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu peringkat selepas pendidikan rendah telah bermula dengan tertubuhnya Maktab Melayu di Teluk Belanga. Bahasa Melayu sudah sedia kukuh kedudukannya sebagai lingua franca di kepulauan Melayu.1Bahasa Melayu dalam Bidang Pendidikan Dengan Bahasa Melayu dalam pendidikan dimaksudkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran dan sekaligus peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu dalam sistem pendidikan. Seperti yang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekerti dan kesantunan bahasa yang mulia. Lanjutan daripada perkembangan itu. pertama sebagai bahasa perdagangan. Serentak dengan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat rendah dan maktab. with an Introduction and Paraxis dan diberi judul Melayu dalam tulisan Jawi sebagai Kitab Ilmu Nahu dan Saraf dari Bahasa Melayu. 5. dan pegawai-pegawai kolonial 35 memperlihatkan minat dan usaha menyusun daftar-daftar kata. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan formal berlaku sejak tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu dan maktabmaktab perguruan Melayu. terjemahan kitab-kitab Injil ke dalam Bahasa Melayu. dalam tahun 1812. pendidikan mengenai Bahasa Melayu juga turut berkembang dalam bidang penulisan buku tatabahasa yang berjudul A Grammar or the Malayan Language. kedua sebagai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan tinggi. Sejak dahulu lagi Bahasa Melayu digunakan oleh pedagang-pedagang antarabangsa sebagai lingua france. malah ada pula yang cuba menyusun nahu Bahasa Melayu. beradab dan bersopan. 5. Menjelang abad ke-19 Bahasa Melayu mula menerima bibit-bibit permodenan dan bersedia memainkan peranannya. kamus-kamus. Penjajah Belanda dan Inggeris menggunakannya sebagai lingua france untuk berhubung dengan raja-raja dan rakyat ditanah jajahan mereka. Istanaistana juga pada masa itu merupakan pusat perkembangan kesusasteraan Melayu. ketiga sebagai bahasa ilmu dan falsafat. Sekolah Melayu yang pertama didirikan pada tahun 1821 di Gelugor. Seterusnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan moden telah dimulakan oleh golongan elit ilmuan agama Islam dan golongan awam pula menggunakannya dalam pembelajaran agama Islam melalui Bahasa Melayu lisan. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan sebenarnya bermula sejak awal abad ke-13 lagi. iaitu Indonesia dan Malaya sejak awal abad ke-16. .

sejarah. dapatlah dibuat rumusan bahawa Bahasa Melayu sudah pun berjaya memainkan peranannya dalam pendidikan di negara ini. perniagaan saham. Fungsifungsinya yang lain yang tidak kurang pentingnya seperti penerbitan pelbagai jenis buku dan jurnal turut membantu menjayakan peranan Bahasa Melayu dalam pendidikan di negara ini. ia perlu mempunyai dua ciri penting. pemerintah Belanda telah menubuhkan Balai Pustaka dalam tahun 1917 untuk menerbitkan buku-buku bacaan umum. satu-satu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu. (Nik Safiah Karim. kemuncak pencapaian taraf keintelektualan bahasa ialah 37 . Bahasa Malaysia sebagai ilmu dimaksudkan peranan Bahasa Malaysia sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden.Pada pertengahan pertama abad ke-20 perkembangan Bahasa Melayu di Malaya di pengaruhi oleh perkembangan bahasa yang berlaku di Indonesia. Bahagian Terjemahan di Jabatan Pelajaran. istilah. maka perlulah Bahasa Malaysia mempunyai perbendaharaan kata. Sebagai bahasa ilmu Bahasa Malaysia harus mempunyai perbendaharaan kata. laras sains rumah tangga dan sebagainya. istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. kamus majalah. Teknologi. Menurut Havranek (dalam Garvin1984). Bahasa Malaysia perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti Bahasa Inggeris. maktab dan universiti. kemunculan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 yang berperanan sebagai membina. dan disusun semula pada tahun 1925 seta diberi nama baru ”Pejabat KarangMengarang Sultan Idris Training College. Di Malaya. Berdasarkan begitu banyak buku teks. Bahasa Jepun.” Seterusnya. kejururteran elektrik dan elektronik. misalnya dalam bidang kejuruteraan. yang sudah lama berperanan sebagai bahasa ilmu moden dengan jayanya. tanjung Malim. Kedoktoran. iaitu ilmu Sains. iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa dalam bidang-bidang tertentu. iaitu mengungkapkan kesinambungan dan kerumitan fikiran. dan kejuruteraan kimia. laras seni ukir. dan bahanbahan bacaan yang sudah diterbitkan dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah36 sekolah. perindustrian ringan dan berat. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan. 5. dan Bahasa Perancis. Mengikut Havranek. Bahasa Malaysia harus mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam. Bahasa Jerman. dan Undang-Undang di samping sastera dan agama. Dengan keintelektualan bahasa dimaksudkan bahasa itu harus mempunyai keupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Ekonomi. Misalnya apabila memperkatakan konsep ekonomi. istilah dan laras bahasa yang cukup dan sesuai untuk menyatakan konsep dan pemikiran tentang hal-hal perdagangan antarabangsa. menyempurnakan dan memperkembangkan Bahasa Melayu supaya dapat memainkan peranannya dengan sempurna dalam dunia pendidikan dinegara ini bukan sedikit. 1986:6).7. Kuala Lumpur dipindahkan ke maktab itu dalam tahun 1924. Dengan perkataan lain Bahasa Malaysia harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baru dalam aneka bidang ilmu moden. kejuruteraan mekanikal. atas permintaan Pengetua Sultan Idris Training College.2 Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Ilmu. pengurusan perakaunan dan perangkaan. Kejuruteraan.

scribd.http://www.com/doc/18433659/Tugasan-Linguistik-Dan-Sosiolinguistik-Upload .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful