You are on page 1of 5

Pengenalan

Jack Ma atau nama sebenarnya Ma Yun merupakan pengasas kepada syarikat Alibaba
yang merupakan perniagaan berasaskan Internet yang pertama di China. Beliau dilahirkan
pada 10 September 1964 dan berasal dari Hangzhou, Zhejiangyang terletak di bahagian
tenggara China serta dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan mempunyai kelulusan
akademik dengan gred yang lemah. Selepas tamat persekolahan, beliau telah mengambil
peperiksaan kemasukan ke universiti tetapi telah gagal sebanyak dua kali, tetapi cubaan pada
kali ketiga beliau berjaya memasuki HangzhouTeacher’sInstituteddan berjaya menamatkan
pengajiannya pada tahun 1988.

Beliau seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi kerana beliau berjaya
membuktikan kepada masyarakat bahawa Internet yang pada masa itu tidak digunakan secara
meluas boleh dijadikan sebagai satu medium untuk menjalankan satu perniagaan yang dapat
memberikan keuntungan yang besar, buktinya ialah syarikat yang diusahakan oleh beliau
sendiri iaitu, syarikat Alibaba. Alibaba merupakan perniagaan e-dagang, berpusat di
Hangzhou, China, merupakan satu pasaran atas talian di mana semua peniaga boleh menjual
produk menerusi laman tersebut dan pelanggan juga boleh membeli secara atas talian.

Beliau juga seorang yang tidak mudah berputus asa, walaupun beliau pernah gagal
sebanyak 2 kali dalam peperiksaan kemasukan kolej dan hanya berjaya selepas percubaan
kali ke-3 untuk menjadi guru. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau telah menghadiri
banyak temu duga namun tidak satu pun syarikat yang menerima beliau. Malah, beliau juga
tidak diterima untuk menjadi polis. Paling menghampakan, adalah apabila cawangan KFC
hendak dibuka di China dan mereka menjalankan temu duga terbuka. Seramai 24 orang yang
menjalani temu duga tersebut namun hanya seramai 23 orang sahaja yang berjaya mendapat
tempat di KFC kecuali Jack Ma.

Beliau berminat dengan bahasa inggeris ketika berusia 12 tahun. Disebabkan minat
yang sangat menggunung, beliau akan berbasikal setiap hari yang mengambil masa 40 minit,
meredah hujan dan salji menuju ke hotel didaerah Hangzhou. Di situ terdapat ramai pelancong
asing, dan jack menggunakan kesempatan itu menjadi pemandu pelancong secara percuma
dengan bertujuan meningkatkan peguasaan dalam bahasa inggeris, beliau melakukan aktiviti
tersebut selama 8 tahun, dan ia benar-benar mengubah jack menjadi orang china yang lebih
berfikiran meluas daripada yang lain. “Apa yang saya belajar disekolah dan dari guru sangat
berbeza dengan apa yang pelancong asing beritahu saya” ujar beliau.

1
Pada tahun 1979, berlaku satu perkara lagi yang mengubah diri beliau. Jack bertemu
dengan sebuah keluarga dari Australia yang mempunya 2 orang anak. Jack mula rapat dengan
mereka walaupun hanya menghabiskan masa 3 hari bersama mereka. Hubungan itu
berterusan apabila mereka menjadi sahabat pena (pen pals). Dan 6 tahun kemudian jack
dijemput untuk ke Australia oleh keluarga ini, dan menghabiskan masa sebulan disana. Jack
diajarkan bahawa china adalah negara paling kaya dan gembira di dunia, dan pengalaman
beliau tinggal di Australia telah mengubah pandangannya. Beliau mula berfikiran secara
berbeza

Perkembangan

Di samping itu, Jack Ma juga merupakan usahawan yang berani mengambil risiko
dalam perniagaannya sehingga mengakibatkan syarikat Alibaba super-berjaya. Bukti beliau
seorang yang berani mengambil risiko adalah pengambilan risiko untuk mencabar status quo,
disokong oleh bertahun-tahun kebijaksanaan konvensional tentang perniagaan dan
persaingan dalam era digital. Cerita yang menakjubkan penuh dengan pengajaran untuk
usahawan baru dan veteran yang sama sepertinya. Selepas berjaya menubuhkan syarikat
Alibaba, Jack Ma berani mengambil risiko dengan melibatkan diri dan Alibaba ke dalam Bursa
Saham New York dengan lebih daripada $ 20 billion saham untuk dijual. Terbukti, Jack Ma

2
sanggup untuk mengambil risiko walaupun syarikatnya sudah berjaya tetapi beliau tetap
berani mengambil risiko sehingga beliau menajdi seorang usahawan yang sangat berjaya di
dunia dan usahawan internet di China.

Gaya Kempimpinan

Seterusnya, Jack Ma juga merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri


keusahawanan iaitu daya pemerhatian yang tajam. Pada tahun 1998, ketika Jack Ma dalam
perjalanan perniagaan ke Seattle, beliau pertama kali melihat komputer yang di sambungkan
ke Internet. Beliau memasukkan "bir" sebagai istilah carian. Enjin carian memaparkan hasil
carian daripada laman web dari seluruh dunia kecuali China. Beliau mencari lagi dengan
memasukkan "birCina. " Sebagai istilah carian. Namun beliau tidak memperoleh sebarang
hasil atau maklumat. Jack Ma mulai sedar bahawa perniagaan kecil dan sederhana China
tidak dapat dilihat di Internet. Dan di sinilah beliau telah melihat peluang yang besar yang
boleh beliau terokai. Ma memutuskan untuk memanfaatkan peluang tersebut dengan
menghantar iklan untuk perkhidmatan perterjemahan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa
Mandarin yang telah beliau bangunkan semasa mengajar Bahasa Inggeris di Maktab
Perguruan Hangzhou. Berkat bantuan beberapa pihak, beliau telah Berjaya mencatatkan
sebuah laman web satu halaman yang menampilkan nama perkhidmatan, senarai harga, dan
maklumat kenalan. Laman ini telah dimuat naik pada jam 09:30 pagi danpada jam 05:00
petang beliau telah menerima 5 e-mel. Ini sudah cukup untuk meyakinkan beliau bahawa
peluang ini harus digarap dan dimanfaatkan sepenuhnya.

3
Tambahan pula, beliau juga mempunyai rangkaian yang luas. Jack Ma mencari
pendapatan di luar negara China. Salah satu strateginya adalah untuk meletakkan Alibaba
sebagai penyelesaian e-dagang merentasi sempadan. Beliau bergerak ke kawasan tengah
Amerika di mesyuarat gaya bandar dewan di Chicago dengan 300 pemilik perniagaan dan
Ketua Pegawai Eksekutif American Express iaitu Ken Chenault, menurut Alibaba. Beliau juga,
bertemu dengan Datuk Bandar Chicago Rahm Emanuel, yang melihat eksport ke China
sebagai sumber pertumbuhan pekerjaan. Costco Wholesale Corp dan Inc. Macy adalah antara
syarikat-syarikat AS menarik minat pembeli di China melalui Alibaba. Alibaba bersaing
dengan Amazon.com Inc. dan Tencent Holdings Ltd. yang disokong JD.com Inc untuk
memperkenalkan jenama yang lebih Barat. Jualan merentasi sempadan ke China dan jualan
melalui platform Alibaba kepada pengguna di luar China menjadi pendapatan antarabangsa.

Pada 19 September 2014, harga perdagangan pertama perusahaan Alibaba menjadi


9270 dolar per saham. Harga penawaran perdananya (initial public offering atau IPO) adalah
68 dolar per saham, yang menjadikannya salah satu IPO terbesar dalam sejarah. Ini
merupakan kejayaan terbesar Jack Ma. Dalam ucapannya, beliau menekankan 6 nilai yang
perlu dipraktikkan di Alibaba, iaitu mengutamakan pelanggan (customer first), orientasi
kumpulan (team oriented), integriti (integrity), komitmen (commitment), menggalakkan
perubahan (embrace change) dan keterujaan (passion). Di sini menunjukkan salah satu nilai
yang perlu ada untuk seseorang usahawan mencapai kejayaan adalah ‘teamwork’ atau ‘team
oriented’.

4
Kesimpulannya,

sifat usahawan yang terdapat dalam diri Jack Ma harus dijadikan sebagai contoh
kepada setiap individu yang ingin bergelar sebagai usahawan yang berjaya. Ini kerana,
usahawan yang berjaya mampu menjadi pemangkin ekonomi negara ke arah yang lebih tuntas
dan ekonomi negara yang sedang membangun seperti negara kita iaitu Malaysia. Maka,
semua pihak haruslah berganding bahu dalam menerapkan sifat-sifat keusahawanan dalam
diri masing-masing supaya negara kita mampu melahirkan lebih banyak usahawan yang
berjaya setanding negara luar.

Selain itu, kesimpulan yang diperoleh dengan pilihan usahawan Jack Ma adalah
melalui minat yang mendalam terdapat sesuatu yang boleh membantu untuk mencapai
kejayaan seperti dia berkata, "Untuk berjaya anda mesti suka apa yang kamu lakukan" . Kami
mesti mempunyai satu pelan dan tujuan untuk mencapai matlamat kita dalam perniagaan. Ciri-
ciri usahawan yang merupakan pemimpin dalam usahawan-usahawan ini, bakal usahawan
yang ingin menceburi kerjaya ini, mereka boleh membuat Jack Ma sebagai model peranan.
Dalam cerita itu menunjukkan memulakan perniagaan kita mesti mempunyai keberanian untuk
menangani pelbagai kemungkinan yang akan datang. Apabila kegagalan seorang datang, kita
tidak boleh mudah berputus harapan sebaliknya terus berjuang. Apabila produk kami diterima
oleh semua lapisan masyarakat, kita telah berjaya memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna. Dalam perniagaan, kepuasan pelanggan adalah keutamaan untuk usahawan.