You are on page 1of 4

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukran Jazilan ya Pengerusi acara


Hakim yang bijaksana, hadirin hadirat semua
Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara
Haraplah mendengar isi ceritanya.

Kawan-kawan,Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT dari tanah.
Malah, ia juga adalah Nabi pertama yang diutuskanNya.

Allah SWT telah memerintahkan Adam tinggal di syurga…..

Indahnya syurga bukan kepalang,


Sungai mengalir sejuk dan tenang
Makanan terbayang terus terhidang
Nikmatnya Allah tiada terbilang

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4:

∩⊆∪ Ο5ƒθÈø)s?Ç|¡môr&’þûÎz≈|¡ΣM}$#uΖ)øn=y{‰ôs)s9

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”

Namun dunia hari ini memperlihatkan kejadian pembuangan bayi dan pemerdagangan bayi semakin
menjadi-jadi dikalangan manusia sendiri.

Sahabat sekalian,

Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah di muka bumi menimbulkan kebimbangan para
malaikat. Lalu mereka bertanya:

“Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi,orang yang akan membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau.”

Lalu Allah berfirman,

∩⊂⊃∪ tβθϑßn=÷ès?Ÿω$tΒΝãn=ãôr&’þÎΤo)tΑ$s%

Maksudnya: “Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak
mengetahuinya".
Al-Baqarah: ayat 30
Adam dicipta ditiup rohnya
Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membantah tiada
Iblis membangkang membangga dirinya
Lalu ia diusir dari syurga
Berjanji akan sesatkan manusia – sepohon kayu

Begitulah kawan-kawan, janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang kita ada.

Dunia hari ini, memperlihatkan banyak pemimpin dunia yang mengalami kejatuhan dalam
hidup mereka kerana sikap takabbur mereka sendiri. Misalnya, apa yang berlaku di Palestin dan
beberapa negara lagi.

Sahabat semua,

Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama -nama benda yang ada dimuka bumi.
Kemudian, Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam. Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh
para Malaikat.

“Maha Suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang
Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Firman Allah :
∩⊂⊂∪ tβθΚãFç3õs?ΝöFçΨ.ä$tΒuρtβρ‰ß7ö?è$tΒΝãn=æ÷r&uρÚÇ‘öF{$#uρNÏ≡uθ≈uΚ¡9$#|=‹øxîΝãn=ôãr&’þÎΤo)Νö3ä9©≅%èr&Νös9r&tΑ$s%

Maksudnya: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia
langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Al-Baqarah: ayat 33

Dalam hidup ini, kita patut bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada
kita.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dapat bernaung di bawah pemerintahan
1 Malaysia yang aman dan damai.

Wahai sahabat,

Di dalam syurga Adam sebatang kara


Sepi di jiwa tiada teman bicara
Nikmat di syurga memang tiada taranya
Namun Allah tahu segalanya - lagu Hanya Tuhan yang tahu

Ketika sedang melayan jiwa yang lara, Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa dari
tulang rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada disisinya. Lalu
Malaikat bertanya;
“Wahai Adam, apa dan siapakah makhluk di sisimu?”

Sesuai dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah pada Adam, ia menjawab;

“Seorang perempuan.”

Tanya Malaikat lagi, “Siapa namanya?”

Jawab Adam, “Hawa.”

“Untuk apa Allah ciptakan makhluk ini?” Tanya Malaikat lagi.

“Untuk mendampingiku, membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai kehendak Allah
swt,” Jawab Adam.

Maka, tinggallah Adam dan Hawa di dalam syurga, menikmati segala keindahan dan
kemewahan di syurga dengan hati yang gembira. Firman Allah dalam surah al-A’raf: ayat 19 :

$tΡθ3ätFsùnοtyf±¤9$#νÍ‹É≈yδ$t/)øs?Ÿωuρ$yϑFç⁄øÏ©]ß‹øym

ôΒÏŸξ3äsùsπΨ¨yfø9$#y7ãρ÷y—uρ|MΡr&ô3ä™ó$#ΠãyŠ$t↔¯≈tƒuρ ∩⊇®∪

tΗÏ>≈Íà©9$#zΒÏ

Maksudnya: "Dan Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".

Allah juga berpesan yang iblis akan sentiasa menyesatkan mereka dan mengheret mereka
keluar dari syurga.

Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan. Tujuannya, untuk saling bantu membantu dan
berkasih sayang.

Namun, pada masa kini kes perceraian mencatatkan peningkatan yang semakin
membimbangkan. Sedangkan Allah amat membenci kepada perceraian.

Kawan-kawan semua,

Tipu daya iblis berjaya memesongkan iman Adam dan Hawa.

Buahlah khuldi buah larangan


Perintah Allah jangan dimakan
Iblis memujuk cuba rasakan
Kesedapnnya tiada tandingan – syair

Mereka akhirnya diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman dari

Allah. Firman Allah Taala ;


∩⊄ ⊄ ∪ ×7ÎΒ•Aρ‰ßtã$yϑ3äs9z≈sÜ‹ø±¤9$#β¨)Î!$yϑ3ä9©≅ %èr&uροÍtyf±¤9$#yϑ3ä=ù?Ïtã$yϑ3äpκΞ÷r&Οós9r&

Maksudnya: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada
kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"
Al-A’raf: ayat 23

Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya
dengan godaan dan hasutannya.

Pada masa kini, masalah sosial yang melibatkan gejala syirik dan murtad semakin berleluasa
di kalangan masyarakat Islam. Berhati-hatilah kita agar tidak terjebak dengannya.

Kisah Adam di syurga tamatlah sudah


Jadikan teladan iktibar semua
Hukuman Allah itulah padah
Menyesal kemudian tiada gunanya

Terima kasih untuk semua


Mendengar cerita jemunya tiada
Mana yang baik ambil iktibarnya
Apa yang buruk elakkanlah ya.

Sekian, Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Disediakan oleh,
PN. SITI ATIKAH BINTI ISMAIL
SK SERTING HILIR KOMPLEKS
BANDAR SERI JEMPOL

You might also like