You are on page 1of 3

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/3 JLD 2 (08) 16 Oktober 2012


________________________________________
PEKELILING PENGURUSAN BIL. 3 TAHUN 2012
____________________________________

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI YANG DISAPINA UNTUK HADIR


DI MAHKAMAH SEBAGAI SAKSI ATAU MEMBERI KETERANGAN PAKAR

1.0 TUJUAN

Pekeliling Pengurusan ini bertujuan untuk menjelaskan kemudahan-


kemudahan bagi pegawai yang disapina untuk hadir di mahkamah sebagai
saksi atau memberi keterangan pakar.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (Ruj:


JPA(S)223/8/3-3 Sk.4/(11) bertarikh 26 Julai 1994, telah menjelaskan
beberapa kemudahan yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam
yang disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi atau memberi
keterangan pakar.

2.2 Universiti ini telah menerima pakai peraturan dan kemudahan yang
dinyatakan melalui surat edaran tersebut untuk dilaksanakan di
Universiti ini.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pegawai yang telah disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi
atau memberi keterangan pakar dikehendaki menghadirkan diri dan
ianya merupakan suatu tugas rasmi mahkamah.

3.2 Kehadiran pegawai di mahkamah adalah bertujuan sebagai saksi sama


ada menjadi saksi di pihak kerajaan atau menjadi saksi di pihak
bukan kerajaan atau memberi keterangan pakar.

1
3.3 Jika pegawai disapina menjadi saksi di pihak kerajaan atau
memberi keterangan pakar, pegawai layak dipertimbangkan
kemudahan-kemudahan berikut;

3.3.1. Kehadiran pegawai di mahkamah adalah dianggap menjalankan


tugas rasmi dan pegawai perlu mengisi borang makluman
pergerakan (UTHM.PP/BPP-10/2007);

3.3.2. Pegawai layak diberi elaun serta kemudahan seperti dinyatakan


di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

3.4 Jika pegawai disapina menjadi saksi di pihak bukan kerajaan,


pegawai layak dipertimbangkan kemudahan-kemudahan berikut;

3.3.3. Diberi pelepasan untuk meninggalkan pejabat bagi tempoh yang


diperlukan, jika menghadiri mahkamah di dalam kawasan Ibu
Pejabat atau;

3.3.4. Diberi Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan menghadiri mahkamah di


luar kawasan Ibu Pejabat iaitu bagi hari-hari yang diperlukan
untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan
sehari selepas bagi tujuan perjalanan jika perlu.

3.5 Bagaimanapun elaun serta kemudahan seperti dinyatakan di perenggan


3.3.2 tidak dipanjangkan kepada pegawai yang disapina sebagai saksi
di pihak bukan kerajaan.

3.6 Pegawai yang dikehendaki hadir ke mahkamah tetapi tidak disapina


sebagai saksi atau memberi keterangan pakar, adalah dikehendaki
menggunakan mana-mana kemudahan Cuti kerana perkhidmatan
seperti berikut (tertakluk memenuhi syarat kelayakan):
3.6.1 Cuti Rehat
3.6.2 Cuti Tanpa Gaji

2
4.0 PEMAKAIAN

4.1 Peraturan dan kemudahan ini adalah terpakai kepada semua pegawai
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

4.2 Pihak Universiti boleh meminda peraturan dan kemudahan ini mengikut
keperluan dari masa ke masa selaras dengan pindaan yang dibuat oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

5.0 KUATKUASA PERATURAN

Pekeliling Pengurusan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

SULAM BIN HAMID


Pendaftar
 07-4537100

s.k - Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor


- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Penolong-Penolong Naib Canselor
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat / Pusat
- Ketua-ketua Pejabat /Pusat /Unit

SH/myh/mfaa/16.10.12/PekelilingPengurusan

You might also like