You are on page 1of 8

1.

KISAH HELANG YANG SETIA

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk Kisah
Helang Yang Setia.

Al-kisah terdapat seorang pemburu mempunyai seekor burung helang yang sangat
bijak. Setiap kali dia pergi berburu, pemburu itu mesti membawa burung itu
bersama.

Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke dalam hutan untuk memburu dengan
helang kesayangannya. Sebaik tiba di dalam hutan, burung helang pun terbang
sambil melihat ke bawah mencari binatang yang diburu oleh tuannya.

Tiba-tiba burung helang terbang dengan pantas ke satu tempat. Melihat reaksi
helangnya, pemburu tahulah bahawa burung helang nampak binatang yang
diburu. Apabila tiba ke tempat itu, pemburu nampak seekor pelanduk yang sedang
enak memakan buah-buahan hutan di situ. Tanpa disangka pemburu, si pelanduk
sedar akan kedatangan pemburu itu lalu menyelamatkan dirinya.

Kawan-kawan,

Pemburu dan helangnya pun mengejar pelanduk itu yang lari naik bukit dan turun
bukit menyelamatkan dirinya daripada diburu. Pelanduk itu berlari dan terus berlari
sehingga tiba di tepi sungai ia pun berhenti. Pelanduk itu mula resah kerana ia tidak
boleh menyeberang sungai. Akhirnya pemburu pun berjaya menangkap pelanduk
itu setelah penat mengejarnya tadi.

Selepas penat pemburu mengejar pelanduk itu, pemburu mula rasa sangat
dahaga dan dia pergi ke tepi sungai untuk mencedok air sungai itu dengan
tangan.

Apabila pemburu itu hendak meminum air sungai itu dengan tangan, tiba
helangnya menepis air di tangan pemburu. Pemburu itu mencedok air sungai sekali
lagi, burung helang menepis tangan tuannya sekali lagi.

Akibatnya pemburu itu sangat marah lalu memanah ke arah burung helang
kesayangan yang sedang terbang itu. Burung helang itu pun jatuh menyembah
bumi di tepian hulu sungai.

Pemburu itu berlari untuk mendapatkan burung helangnya dan mendapati


helangnya telah mati dengan matanya yang terbuka, seolah-olah berkata, “Tuan,
kenapa tuan memanah saya? Apa salah saya?”. Tidak jauh dari tempat burung
helang itu jatuh, pemburu itu ternampak seekor ular berbisa yang telah mati. Racun
daripada ular meleleh masuk ke dalam sungai.

Maka pemburu itu sedar mengapa helangnya itu menepis tangannya setiap kali
dia hendak mencedok air sungai tersebut. Sesiapa yang meminum air sungai itu
pasti akan jatuh sakit kelak.

Rasa kesal memanah helangnya pun membuak dalam hati pemburu itu. “Sungguh
setia helang aku, maafkan aku helang” kata pemburu itu pada helangnya yang
mati itu.

Hadirin Sekalian,

Maka dengan itu, kita janganlah sombong dan sentiasa menerima teguran kerana
teguran itu membawa kepada kebaikan.

Sekian, Wabillah……..
2. SI PEMOTONG KAYU YANG JUJUR

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbak di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk Si
Pemotong Kayu Yang Jujur.

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang
tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan
menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya
isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan
untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si
isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari
kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah
uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Kawan-kawan,
Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari
tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua
kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari takut
disambar arus, merataplah ia mengenangkan nasib.

Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut lalu


turunlah ia bertanya, "Wahai orang tua. Kenapa bersedih hati?"

Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa
yang berlaku.

"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta
merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah
kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan
sedih, jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba
memiliki kapak emas ini."

Hadirin Sekalian,
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama
kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si
pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu
menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai
balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan
kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran
suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

Maka dengan itu, hadirin sekalian


Kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dalam kehidupan seharian sepaya kehidupan
kita lebih harmoni.

Sekian, Wabillahi……………….
3. KISAH SEEKOR BURUNG PIPIT

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru
dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk Kisah Seekor
Burung Pipit.

Apabila datang musim kemarau, seekor Burung Pipit mula merasakan


tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada persekitarannya yang dikatakan tidak
bersahabat.
Ia pun memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi
habitatnya, terbang jauh ke utara yang kononnya, udaranya sentiasa dingin dan
sejuk. Ia pun terbang ke daerah utara. Benar, perlahan-lahan ia mula merasakan
kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk. Ia semakin bersemangat terbang ke
arah utara lagi.

Kawan-kawan,
Kerana teruja, burung pipit itu tidak merasakan sayapnya yang mula bersalut
salji, semakin lama semakin tebal, dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana tubuhnya
terbungkus salji. Sampai ke tanah, salji yang menempel di sayapnya bertambah
tebal. Si burung pipit tidak mampu berbuat apa-apa, dan berasakan riwayatnya
telah tamat. Ia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan melalui kawasan itu
datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa kerana yang datang hanyalah
seekor Kerbau. Ia mengherdik si Kerbau agar menjauhinya dan mengatakan
bahawa makhluk yang tolol tidak mungkin mampu berbuat apa-apa untuk
membantunya.

Hadirin Sekalian,
Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat di
atas burung tersebut. Si Burung Pipit semakin marah dan memaki hamun si Kerbau. Si
Kerbau hanya berdiam diri, maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke
atas tubuh si burung. Langsung si Burung tidak mampu berkata-kata lagi kerana
dirinya sudah tertimbun kotoran si kerbau. Si Burung pipit mula menganggap ajalnya
semakin hampir dan ia akan mati tidak lama lagi kerana tidak mampu bernafas.
Namun perlahan-lahan, ia berasakan kehangatan. Salji yang membeku pada
bulunya mulai cair disebabkan hangatnya tahi kerbau itu. Ia kembali dapat bernafas
dengan lega dan melihat langit yang cerah. Si Burung Pipit berteriak kegirangan,
bernyanyi-nyanyi keriangan.

Kawan-kawan,

Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampirinya,


menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-
nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih menempel
pada bulu si burung. Apabila bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari
kegirangan, dia menganggap telah mendapat teman yang ramah dan baik hati.
Namun keriangannya tidak lama...dunianya kemudian terasa gelap gelita ditelan
oleh si Kucing. Maka tamatlah riwayat si Burung Pipit.

Oleh itu kawan-kawan pengajaran kisah seekor burung pipit ialah kita mestilah
sentiasa menepati janji supaya orang lain lebih mempercayai kita.

Sekian, Wabillah….
4. KISAH PERANGKAP TIKUS

Asslammualaikum W.B.T dan Salam Negaraku Malaysia.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-
guru dan kawan-kawan yang manis. Marilah hayati cerita saya yang bertajuk Kisah
Perangkap Tikus.

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar
agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik
panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah
sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam
berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan
aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang
Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh
aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni
boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh
engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Kawan-kawan,

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan
menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun
mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah
mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi
mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan
menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat
diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari
kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup
kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun
dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Sidang Hadirin,

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan
untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil
hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan
orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari
kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah kisahnya.

Jadi pengajarannya kawan-kawan, jika suatu hari, anda mendengar seseorang


dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali
lagi.

Sekian, Wabillah………………….

You might also like